Pages

Wednesday, March 31, 2010

Universiti Hamburger dibuka di China




PEKERJA-PEKERJA restoran McDonald's menghadiri kursus latihan pertama di Universiti Hamburger di Shanghai semalam.


SHANGHAI - Rangkaian restoran makanan segera terbesar dunia, McDonald's Corp. merasmikan pembukaan Universiti Hamburger pertama di China semalam.
Universiti itu ditubuhkan bagi melatih pengurus generasi baru selepas syarikat-syarikat asing menggandakan usaha membangun dan memupuk bakat tempatan.
Presiden McDonald's Inc. Asia Pasifik, Asia Barat dan Afrika, Tim Fenton berkata, China mencatat perkembangan terbesar dalam pasaran global syarikat itu.
Rakyat China membelanjakan AS$300 bilion (RM980 bilion) setahun untuk aktiviti makan di luar rumah dan ia meningkat 10 peratus setiap tahun berbanding Amerika Syarikat (AS) yang mencatat kenaikan cuma dua hingga tiga peratus.
"China amat penting kepada McDonald's kerana itu kami membuat keputusan untuk membuka Universiti Hamburger di Shanghai," kata Fenton.
Universiti bernilai AS$250 juta (RM817 juta) itu adalah yang ketujuh di seluruh dunia.
Pusat pengajian tinggi itu tidak mengajar cara membuat burger atau kentang goreng sebaliknya ia melatih pelajarnya tentang kaedah pengurusan perniagaan. - AP

No comments: