Pages

Monday, June 29, 2015

Burj Khalifa punyai tiga waktu berbuka puasa?

Burj Khalifa
Burj Khalifa

LAZIMNYA perbezaan waktu berbuka puasa disebabkan oleh perbezaan wilayah, negeri, misalnya waktu berbuka puasa di Shah Alam selalunya akan berbeza dengan Kuala Lumpur, meskipun secara geografinya kedua-dua kawasan itu berdekatan.
 
Namun, pernahkah anda mendengar adanya waktu berbuka puasa yang berbeza waktu dalam satu bangunan?
 
Menarik bukan, memetik laporan Kompas.com perkara yang kelihatan mustahil berlaku di Malaysia ini terjadi di bangunan tertinggi di dunia iaitu di Burj all-Khalifa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
 
KENAPA BERBEZA WAKTU
 
Laporan itu dipetik, puncanya adalah kerana faktor ketinggian.
 
Oleh itu , Kementerian Urusan Agama Islam dan Amal Sosial di Dubai telah menerbitkan jadual berbuka puasa khusus  di bangunan ini.
 
Sebagai pencakar langit tertinggi di dunia sejak 2010 hingga kini dan berlokasi di negara Islam, bangunan ini mendapat perakuan berbeza waktu berbuka puasa berbanding lokasi-lokasi lainnya di Dubai.
 
"Tingginya bangunan inilah yang pada akhirnya mempengaruhi waktu berbuka puasa....pembahagian ini berdasarkan matahari terbenam yang dilihat oleh penghuni bangunan ini," petik kenyataan Pengarah urusan agama Islam dan Amal Sosial Dubai,  Dr. Ahmed Al Haddad. 
 
Menurut Ahmed,  penghuni yang tinggal di aras 80 tingkat ke bawah, akan berbuka puasa sama dengan waktu di mana ketika azan Maghrib berkumandang di televisyen Dubai atau masjid berdekatan, manakala penghuni di aras 80-150 tingkat akan berbuka puasa dua minit selepas azan dan bagi mereka yang tinggal di aras 150 tingkat ke atas harus berbuka puasa lewat tiga minit.
 
 Namun, mereka yang berada di aras ini akan menunaikan solat subuh tiga minit lebih awal berbanding penghuni yang berada ditingkat bawah.
 
TENTANG BURJ KHALIFA
 
Burj Khalifa dahulunya dikenali sebagai Burj Dubai, ialah sebuah pencakar langit yang tertinggi didirikan di Dubai dan juga struktur binaan manusia tertinggi yang pernah dibina dalam sejarah, ia memiliki ketinggian 828 m (2,717 kaki).
 
Pembinaan bermula pada 21 September 2004, sehingga struktur luarannya disiapkan pada 1 Oktober 2009 dan dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010.
 
Bangunan ini merupakan sebahagian projek pembangunan besar-besaran seluas 2 km2 (490-ekar) yang dikenali sebagai Downtown Burj Khalifa di "Persilangan Pertama" di sepanjang Jalan Sheikh Zayed, berhampiran kawasan perniagaan utama Dubai.
 
Pembina utamanya merupakan usahasama antara syarikat Samsung  dari Korea Selatan yang pernah membina Taipei 101 dan Menara Berkembar Petronas, kumpulan Besix dari Belgium dan Arabtec dari EAB. 
 
Jumlah perbelanjaan projek Burj Khalifa dianggarkan sekitar AS$1.5 bilion; dan untuk seluruh projek "Downtown Dubai" pula, AS$20 bilion. 
 
Reka bentuk Burj Dubai berasaskan seni bina Islam dengan tiga lobus tapak bangunan yang menyerupai bunga padang pasir. 
 
Menara ini terdiri dari tiga unsur yang membentuk gelendung utama. Pelan lantai berbentuk 'Y' yang menghadap Teluk Parsi.
 
 Ia juga berbentuk kubah bawang iaitu seni bina utama dalam Islam.
 
Bahagian luar disadur dengan aluminium dan tekstur keluli tahan karat dengan jarak panel menegak berbentuk tiub sirip keluli tahan karat. Sistem lapisan direka agar tahan suhu panas melampau di Dubai.
 
Bahagian dalaman dihiasi oleh pakar lanskap Georgio Armani. Hotel Armani mengambil 37 tingkat. Tingkat 45 hingga tingkat 700 akan menjadi apartmen persendirian bermula tingkat 64. 
 
Semua apartmen ini telah habis dijual dalam tempoh hanya 8 jam ketika mula dibuka.
 
 Pejabat korporat ditempatkan di tingkat 123 dan tingkat 124. Kolam renang juga disediakan pada tingkat 78.
 
Burj Dubai mempunyai sistem lif yang paling laju di dunia iaitu 18 meter sesaat, mengatasi bangunan Taipei 101 yang mempunyai sistem lif dengan kelajuan 16.83 meter sesaat. Ia menggunakan sistem lif berangkai yang dipanggil double decker elevator.
 
Jurutera menyatakan bangunan ini kukuh dari gegaran 120 darjah dan mampu menahan rempuhan angin ribut, taufan dan pelbagai bencana alam. Mereka telah mengambilkira faktor gempa bumi yang berlaku di wilayah Bam, Iran dan Teluk Parsi pada tahun 2004. Kedalaman pula 50 meter ke dalam tanah
 
Burj Khalifa direka untuk menjadi titik pusat projek pembangunan pelbagai kegunaan besar-besaran yang merangkumi 30,000 buah rumah, sembilan buah hotel termasuk The Address Downtown Burj Dubai, kawasan taman seluas 3 hektar (7.4 ekar), sekurang-kurangnya 19 buah menara perumahan, pusat beli-belah Dubai Mall, dan Tasik Burj Khalifa buatan manusia seluas 12-hektar (30-ekar).

Tunisia tutup 80 masjid


KAKITANGAN perubatan bersiap sedia memindahkan mayat mangsa pembunuhan di sebuah resort di tepi pantai Sousse, Tunisia semalam.


TUNIS – Kerajaan Tunisia semalam memutuskan untuk menutup 80 masjid yang didakwa mempunyai kaitan menyebarkan aktiviti keganasan termasuk menyebabkan serangan yang mengorbankan 39 orang kelmarin.
“Semua 80 buah masjid akan ditutup dalam masa seminggu,” kata Perdana Menteri Tunisia, Habib Essid.
Katanya, langkah itu juga sebagai salah satu tindakan meningkatkan kawalan keselamatan ekoran pembunuhan di sebuah resort tepi pantai Saosse.
Habib memberitahu, kebanyakan mangsa yang terlibat dalam kejadian itu terdiri daripada warga Britain rakyat Jerman, Belgium dan lain-lain negara.
“Kerajaan akan mengambil langkah ke–selamatan tambahan luar biasa,” katanya yang menekankan kepada kawasan pelancongan dan arkeologi.
Tentera simpanan juga telah dikerahkan bagi meningkatkan kawalan keselamatan di semua lokasi yang berpotensi menjadi sasaran pengganas.
“Kerajaan juga akan membubarkan parti politik dan mana-mana pertubuhan yang tidak mematuhi undang-undang,” kata Habib merujuk kepada kumpulan yang menyebarkan fahaman radikal.
Semalam, militan Islamic State (IS) me–ngaku bertanggjawab melakukan serangan oleh seorang anggota mereka yang bernama Abu Yahya al-Kairouani. – dpa


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0628&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3eRLT4aFo 
Hakcipta terpelihara 

Pasangan kekasih berpaut di hujung batu



PEREIRA tidak menggunakan sebarang peralatan keselamatan semasa berpaut pada tebing batu tersebut. - Agensi


BRASILIA – Sepasang kekasih melakukan aksi lagak ngeri dengan berpaut dan bergayut pada sebuah tebing batu pada ketinggian 843 meter tanpa menggunakan sebarang peralatan keselamatan.
Leonardo Edson Pereira, 23, dan kekasihnya, Victoria Medeiros Nader, 18, melakukan aksi berani mati tersebut di kawasan pergunungan Pedra de Gavea, dekat bandar raya Rio de Janeiro.
Satu gambar itu memaparkan Nader yang memakai bikini berwarna merah jambu tergantung pada tebing itu sambil memaut tangan kekasihnya.
Dalam foto lain, Pereira pula dilihat berpaut pada tebing batu itu tanpa menggunakan sebarang peralatan keselamatan dengan panorama indah sekitar Rio de Janeiro menjadi latar belakangnya.
“Saya tahu orang ramai menganggap tindakan ini bukan sahaja tidak munasabah tetapi membahayakan diri sendiri. Namun, lagak ngeri itu membuatkan saya berasa teruja.
“Tebing batu itu sememangnya tinggi namun, saya hanya menggunakan kekuatan tangan untuk berpaut. Apa yang penting, saya percaya kepada diri sendiri bahawa saya tidak akan terjatuh ke bawah,” kata Pereira.
Ini bukan kali pertama Pereira melakukan aksi merbahaya itu memandangkan dia pernah memanjat beberapa tebing tinggi lain di sekitar Rio de Janeiro. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0629&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3eRKzhAIe 
Hakcipta terpelihara 

Peluk Islam pada bulan Ramadan


Seramai 20 pekerja asing merakam gambar kenangan selepas memeluk
SERAMAI 20 pekerja asing merakam gambar kenangan selepas memeluk agama Islam di sebuah masjid di Riyadh selepas selesai sunat tarawih, kelmarin. AGENSI
RIYADH 27 Jun – Seramai 20 orang pekerja asing yang berkhidmat di negara ini, kebanyakan warga Filipina mengambil keberkatan di bulan suci ini untuk memeluk agama Islam, di sini, kelmarin.
Menurut portal arabnews.com, semua mereka yang menjadi saudara baharu merupakan pekerja di Hospital Universiti Raja Abdul Azizi di sini .
Imam besar masjid di daerah Dubhat, Malaz, Sheikh Turky Qelaiwy mengumumkan perkara itu selepas solat sunat tarawih selepas semua mereka mengucap dua kalimah syahadah.
Mereka kemudian bergambar bersama bagi merakamkan detik-detik manis sebagai saudara baharu.
“Ini adalah masa untuk bergembira kerana kita menerima saudara baharu,” ujar Sheikh Turky.
Beliau berkata, pada peringkat awal, kemungkinan saudara baharu itu akan berdepan dengan masalah untuk mengikuti ajaran Islam, tetapi agama Islam adalah agama yang mudah.
“Jika tahun ini anda tidak boleh berpuasa kerana masalah tertentu seperti kesihatan yang tidak mengizinkan, anda boleh melakukannya tahun depan, tetapi sebagai seorang umat Islam, kita perlu mengamalkan cara hidup Islam,” ujarnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/peluk-islam-pada-bulan-ramadan-1.107789#sthash.gk8pj4xu.dpuf

Upacara ritual wanita bergaduh sesama sendiri


Bertumbuk merupakan acara tahunan mereka.
DUA wanita bergaduh sesama sendiri pada upacara ritual di Kampung Nahua, Mexico bertujuan mengumpul darah bagi membawa hujan. – AGENSI
GUERRERO, MEXICO 28 Jun – Kampung Nahua di Guerrero, Mexico akan mengadakan satu upacara ritual setiap tahun, acara perlawanan sesama wanita, dan mengambil darah mereka yang cedera dalam perlawanan itu atas kepercayaan darah boleh membawa hujan dan membawa hasil tanaman yang banyak.
Menurut laporan Oddity Central, upacara ritual tersebut merupakan kombinasi acara keagamaan Katholik dan budaya Sepanyol yang diadakan pada bulan Mei setiap tahun
Ia bermula sejak sekian lama, apabila penduduk La Esperanza dan El Rancho Las Lomas saling bergaduh sesama mereka di sebuah padang yang terletak di sempadan antara kedua-dua pekan itu.
Pada hari pertama ritual, golongan wanita akan bangun awal untuk menyediakan makanan yang banyak seperti ayam turki, ayam, nasi, telur yang direbus, pozole, mole dan tortillas untuk dibawa ke gelangang perlawanan.
Ritual dimulakan dengan penduduk kampung berdiri mengelilingi satu bulatan dan menunggu lawan mereka tiba daripada penduduk kampung yang tinggal berhampiran.
Selepas itu, wanita yang lebih tua dan berpengalaman akan mencabar gadis-gadis muda untuk bertarung dengan mereka sehingga bertumpah darah.
Menurut majalah VICE, bagi mereka, apa yang penting ialah darah daripada perlawanan itu, bukannya tentang siapa yang bakal menang.
Kadangkala golongan lelaki dan kanak-kanak akan turut menyertai upacara itu sehingga larut malam. Selepas itu mereka akan memeluk sesama sendiri dan pulang ke rumah masing-masing.
Profesor David Delgado dari Universiti Chapingo, yang menjalankan kajian selama 12 tahun mengenai upacara itu percaya perlawanan ritual itu telah bermula sejak zaman Aztec.
“Ia bermula ketika musim menuai jagung. Penduduk di sini terdiri daripada tiga komuniti dan apabila salah satu kaum mencampuri urusan kaum lain, mereka akan bergaduh sesama mereka. Mereka mendakwa pergaduhan itu menyebabkan tuhan mereka, Tlaloc telah mengambil hujan daripada mereka.
“Dua kaum itu kemudian mencadangkan supaya satu pertandingan diadakan bagi menentukan siapa boleh mengambil semula hujan semula daripada tuhan Tlaloc,” tambah beliau.
Menurut kepercayaan kaum itu, satu titik darah adalah bersamaan satu titik hujan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/upacara-ritual-wanita-bergaduh-sesama-sendiri-1.108177#sthash.z9mMQu5u.dpuf

Rambut kembar terlilit bersama ular sawa


Pasangan adik beradik kembar seiras terpaksa melalui detik paling
PSANGAN adik beradik kembar seiras terpaksa melalui detik paling mencemaskan apabila seekor ular sawa besar yang melingkar dikepala mereka menyebabkan rambut tersimpul.
SUMMERDALE, Amerika Syarikat 28 Jun – Sepasang adik beradik kembar seiras melalui detik mencemaskan apabila seekor ular sawa besar yang melingkar di kepala mereka menyebabkan rambut mereka tersimpul, baru-baru ini.
Menurut laporan Telegraph, kembar tersebut, Scarlet dan Fiona Mallory, 5, yang melawat sebuah taman buaya di sini cuba berjinak-jinak dengan ular yang juga menjadi tarikan di taman tersebut.
Ular tersebut pada awalnya melingkar di atas kepala kedua-dua pasangan kembar itu apabila tiba-tiba menyebabkan rambut pasangan itu tersimpul, sekali gus membuatkan mereka menjerit dan menangis ketakutan.
Pelatih ular tersebut kemudian membantu mereka meleraikan rambut mereka yang kusut mengakibatkan reptilia itu tersekat bersama dalam simpulan rambut kembar itu.
Sebuah video dimuat naik oleh ibu pasangan kembar itu, Stephanie Mallory merakamkan detik cemas yang dilalui anak mereka itu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/rambut-kembar-terlilit-bersama-ular-sawa-1.108187#sthash.T2c4Oejm.dpuf