DUBAI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) berada dalam keadaan stabil meskipun gelombang tunjuk perasaan yang melanda dunia Arab sudah merebak di negara Teluk.
Sehubungan itu, pihak berkuasa UAE berkata, mereka tidak ada rancangan melaksanakan usaha baru berhubung keselamatan.
“Keadaan di UAE adalah stabil. Tidak ada kebimbangan mengenai keselamatan,” kata Ketua Polis Dubai, Dhahi Khalfan Tamim yang juga anggota Majlis Eksekutif kepada Reuters, semalam.
Negara Teluk yang kekayaan minyak mereka membolehkan penduduknya menjalani kehidupan mewah berbanding negara Arab lain sebelum ini dianggap mempunyai daya tahanan kental daripada mengekang merebaknya tunjuk perasaan Arab yang menyaksikan penggulingan pemimpin di Tunisia dan Mesir serta mencetuskan pemberontakan di Libya.
Namun, tunjuk perasaan antikerajaan kini sudah merebak ke beberapa negara rantau itu, termasuk Bahrain, Oman dan Arab Saudi meskipun belum ada tanda-tanda tunjuk perasaan di UAE.
“Terdapat ramai rakyat dari pelbagai negara di sini. Kami tidak bimbang dan kami tidak berbincang mengenai usaha baru bagi mengukuhkan keselamatan,” kata Dhahi.
UAE, negara pengeksport minyak ketiga terbesar bersama-sama Qatar, pengeksport utama gas cecair asli dunia, dilihat sebagai negara Teluk yang kurang diancam kekacauan politik. - Reuters