Pages

Thursday, November 13, 2014

Belanja RM159,000 lawat 243 rangkaian Hard Rock Cafe



KALKRENNER turut melawat rangkaian Hard Rock Cafe di Bogota, Colombia tahun lalu. - AGENSI


FRANKFURT – Seorang lelaki dari Jerman membelanjakan lebih £30,000 (RM159,353) untuk mengunjungi 243 rangkaian pusat hiburan Hard Rock Cafe di seluruh dunia.
Lelaki itu, Kay Kalkrenner, 28, telah mengembara ke seluruh dunia dan sehingga kini, dia telah mengunjungi sebanyak 243 buah pusat hiburan Hard Rock Cafe di lima benua.
Katanya, pusat hiburan Hard Rock Cafe yang pertama dikunjunginya ialah di Miami, Amerika Syarikat ketika bercuti bersama keluarganya pada tahun 1994.
Selepas menamatkan pengajian, dia pernah berkhidmat dengan syarikat penerbangan sebagai pramugara dan menggunakan peluang itu untuk mengunjungi pusat hiburan berkenaan di seluruh dunia.
“Selepas berhenti sebagai pramugara saya menggunakan wang sendiri untuk melancong ke mana-mana negara yang mempunyai rangkaian Hard Rock Cafe.
“Saya sukakan pusat hiburan ini kerana setiap rangkaian yang di lawati memberikan saya satu kepuasan dan pengalaman yang berbeza,” katanya yang baru pulang dari melawat Hard Rock Cafe di Kazakhstan dan kini mencari lokasi premis sama yang seterusnya. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1113&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3Ixh30Wr2 
Hakcipta terpelihara 

Budak lima tahun daki Base Camp Gunung Everest


HARSHIT bergambar selepas berjaya mendaki sehingga ke Base Camp Selatan yang terletak di Gunung Everest. - Agensi


KATHMANDU – Seorang budak lelaki berusia lima tahun mencipta rekod dunia apabila menjadi pendaki termuda berjaya sampai ke Base Camp Selatan pada ketinggian 5,379 meter di Gunung Everest.
Kanak-kanak itu, Harshit Saumitra yang berasal dari New Delhi, India melakukan pendakian tersebut bersama bapanya, Rajeev Saumitra ketika musim salji tebal pada Oktober lalu.
Mereka berdua mengambil masa selama 10 hari untuk melakukan pendakian sebelum tiba ke kem yang popular itu.
Rajeev berkata, dia mengambil gambar Harshit bersama sijil kelahirannya di Base Camp sebagai bukti untuk diserahkan kepada pihak Buku Rekod Dunia Guinness.
“Saya amat bangga dengan pencapaian anak saya. Dia melakukan sesuatu di luar dugaan.
“Saya amat yakin nama dia akan dicatat dalam Buku Rekod Dunia Guinness. Saya telah menghantar klip video, sijil kelahiran dan gambar Harshit kepada mereka,” katanya.
Menurutnya, mereka kini merancang untuk mendaki Gunung Kilimanjaro setinggi 5,895 meter yang terletak di Afrika. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1113&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3Ixgsc0Uz 
Hakcipta terpelihara 

Lapan tahun tak dapat buka mulut

Uttar Pradesh: Seorang remaja belasan tahun buat pertama kali dalam masa lapan tahun, mampu membuka mulutnya selepas menderita akibat satu kemalangan yang menyebabkan rahangnya melekat pada pangkal tempurung kepalanya.
Shivam Sharma dari Hathras, Uttar Pradesh di India, tidak boleh makan atau bercakap sejak jatuh dari bumbung rumahnya.
Kecederaan yang dialaminya juga menyebabkan dia mengalami kesukaran bernafas hingga menyukarkan dia tidur.
Bagaimanapun, dua doktor berjaya membuat semula rahangnya menggunakan sendi tiruan.
Kejayaan itu membolehkan Sharma menganga dan menggerakkan mulutnya semula.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 November 2014 @ 5:06 AM


GAMBAR sebelum (kiri) dan selepas Sharma menjalani pembedahan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8389#sthash.tGQiNX77.dpuf

Jam RM71 juta

Geneva: Jam Henry Graves Supercomplication semalam dijual dalam bidaan dengan harga menakjubkan- £13.4 juta (RM71 juta).
Hasil rekaan Patek Philippe itu adalah jam tangan buatan tangan paling kompleks pernah dicipta dengan anggaran harga £10 juta (RM52 juta).
Pengumpul jam tangan mewah berebut-rebut membida untuk memiliki jam tangan berkenaan selepas tawaran awal sebanyak £5.85 juta dibuat.
Keadaan juga menjadi tegang apabila harga dibida meningkat kepada £11.7 juta (RM62 juta) sebelum akhirnya dijual pada harga RM71 juta-rekod dunia baru bagi Sotheby's diiringi tepukan gemuruh semua orang.
Jika termasuk dengan kos bidaan, pembelinya yang hanya dikenal pasti sebagai 'lelaki bertali leher merah' membayar keseluruhan £15.1 juta (RM80 juta).
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 November 2014 @ 5:06 AM


JAM yang memecahkan rekod Sotheby’s.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8708#sthash.IlMwlV5b.dpuf

Lebih seronok peluk orang-orang daripada isteri

Guangzhou: Apabila seorang lelaki di wilayah Guangdong mengetahui isterinya menghabiskan dua bulan gajinya membeli-belah dalam talian sempena ‘Hari Single’ ( 11 November), dia merajuk dan enggan pulang ke rumah.
Dalam keadaan mabuk selepas minum arak, lelaki itu merayau mencari tempat tidur dan akhirnya menemui paip konkrit.
Dia turut menemui orang-orang yang dipeluknya sepanjang malam sebagai cara untuk mengurangkan kesejukan.
Keesokannya, seorang pekerja binaan yang melakukan tinjaun di kawasanitu, terkejut melihat lelaki itu begitu lena sambil memeluk orang-orang yang dipakaikan pakaian wanita.
Dia mengejutkan lelaki itu selepas merakam beberapa gambarnya sambil bertanya apa yang terjadi hingga menyebabkan dia tidur di situ.
Lelaki berkenaan berkata, dia kecewa apabila mengetahui isterinya menghabiskan wang sebanyak 10,000 yuan (RM5,452) untuk membeli-belah menerusi Internet.
Lelaki itu bekerja sebagai tukang masak dan memperoleh pendapatan RM2,453 sebulan dan selepas mengetahui gajinya habis, dia enggan pulang ke rumah.
Dengan tidak tahu apa yang hendak dilakukannya, dia membeli arak dan menjumpai orang-orang untuk dijadikan teman sepanjang malam itu.
Dia memberitahu pekerja binaan itu: “Lebih seronok memeluk orang-orang daripada memeluk isteri saya.” - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 November 2014 @ 5:05 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8692#sthash.szpbIaVI.dpuf

Bila-bila boleh meletup

Montpellier: Pegawai Perancis semalam berusaha memusnahkan bangkai seekor ikan paus kerana bimbang kemungkinan ia membawa maut jika meletup.
Pakar hidupan liar berkata, bangkai paus seberat 15 tan itu yang menggelembung begitu besar dengan gas berkemungkinan tinggi akan meletup.
Pihak berkuasa kini terdesak mencari jalan terbaik bagi memusnahkannya.
Ia mungkin akan meletupkan bangkai itu dengan mengguna dinamit.
Laluan menuju ke pantai tempat bangkai paus itu terdampar di pantai Saintes-Marie-de-la-Mer, berhampiran Montpellier di pantai Meditteranean sudah ditutup bagi menghalang orang ramai mendekatinya.
Bangkai itu dikatakan hanyut ke pantai itu pada awal November.
Pengurus projek hidupan luar Camargue, Anais Cheiron mencadangkan bangkai itu diheret ke laut dan diletupkan menggunakan dinamit.
Bagaimanapun, masalah timbul kerana bot tidak mungkin dapat mendekati bangkai itu untuk menariknya kerana keadaan pantai.
Satu lagi pilihan ialah dengan mencucuk bangkai itu untuk mengeluarkan gasnya sebelum memotongnya kepada beberapa bahagian. 
- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 November 2014 @ 5:06 AM


BANGKAI seekor ikan paus yang berkemungkinan boleh membawa maut jika meletup.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8702#sthash.9pbjQpp3.dpuf

Burung jadi vokalis kumpulan heavy metal

Hatebeak membuat kelainan dengan menjadikan burung kakak tua sebagai
Hatebeak membuat kelainan dengan menjadikan burung kakak tua sebagai vokalis utama kumpulan tersebut. – AGENSI
BALTIMORE 12 Nov. – Sebuah kumpulan rock heavy metal, Hatebeak bertindak di luar jangkaan apabila memilih seekor burung kakak tua sebagai penyanyi utama kumpulan tersebut.
Laman web Oddity Central melaporkan, kumpulan ditubuhkan pada tahun 2004 yang dianggotai oleh Blake Harrison dan Mark Sloan itu memilih burung kakak tua yang dikenali sebagai Waldo untuk menjadi penyanyi utama atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan.
Harrison berkata, Waldo merupakan satu-satunya penyanyi kumpulan Hatebeak dan haiwan itu hanya mengeluarkan bunyi bising seekor burung serta menyebut beberapa perkataan tertentu dalam setiap lagu yang dimainkan.
“Kami tidak melakukan persembahan secara langsung kerana perkara tersebut akan menyebabkan Waldo terseksa. Hatebeak merupakan satu projek muzik yang tidak mempunyai lirik dan muzik yang jelas,” ujar Harrison.
Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Rakaman Reptilian, ChrisX berkata, hasil penjualan album kumpulan tersebut begitu memberansangkan kerana ramai orang sanggup berbelanja sebanyak AS$5 (RM16.68) untuk menikmati keunikan muzik Hatebeak.
“Pada mulanya saya agak ragu dengan idea Hatebeak ketika mula-mula kumpulan tersebut ditubuhkan, namun kini mereka sudah berjaya dan menjadikan Waldo popular sama seperti bintang pop yang ada di luar sana,” jelas ChrisX.
Peminat fanatik Hatebeak, Chris Okon menyifatkan, hasil seni kumpulan berkenaan yang menggabungkan alunan muzik keras dan vokal menarik sebagai sesuatu yang sempurna.
Bagaimanapun, kumpulan berkenaan berpecah pada tahun 2009, namun sempat berkolaborasi bersama kumpulan Caninus, yang vokalis utamanya adalah seekor anjing.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/burung-jadi-vokalis-kumpulan-heavy-metal-1.23992#sthash.FLedh4WC.dpuf

Jack Ma tidak gembira jadi kaya

JACK MA
JACK MA
BEIJING 12 Nov. – Kemewahan tidak menjamin kebahagiaan. Itulah yang dialami oleh pengasas syarikat perniagaan laman web Alibaba, Jack Ma yang merupakan lelaki terkaya di China.
Sumber, ibtimes.co.uk melaporkan, Ma yang memiliki kekayaan bernilai AS$24 bilion (RM80 bilion) mendedahkan, dia tidak gembira seperti yang disangka serta menyifatkan lebih sukar untuk membelanjakan duit daripada berusaha untuk mendapatkan wang.
“Saya tidak berasa senang hati, sebaliknya sangat tertekan. Ramai yang berkata, menjadi kaya adalah menyenangkan, tetapi tidak kepada lelaki paling kaya di China.
“Saya tertekan kerana semua orang menghampiri saya disebabkan wang. Hari ini ketika saya berjalan kaki di luar, orang ramai memerhatikan saya. Saya mahu menjadi diri sendiri,” katanya dalam wawancara stesen televisyen, CNBC TV.
Menurut senarai kekayaan tahunan, The Hurun Report, nilai kekayaan Jack meningkat enam kali ganda berbanding tahun lalu.
Lelaki berusia 50 tahun itu memiliki enam peratus saham syarikat Alibaba yang bernilai AS$164 bilion (RM547 bilion) dan mempunyai 46 peratus pegangan dalam laman web transaksi, Alipay.
Ma juga merupakan seorang daripada lima pendatang baharu dalam senarai 10 individu paling kaya di China yang kebanyakannya terlibat dalam sektor teknologi negara ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/jack-ma-tidak-gembira-jadi-kaya-1.24052#sthash.Q44inEnd.dpuf