Pages

Saturday, March 23, 2013

Siapa lelaki tua lulusan lebih daripada 1000 Ulama' Hadis ini?



Siapakah lelaki tua ini ?

Beliau telah meninggal dunia pada tarikh 7/1/2013,tetapi siapakah beliau ?

Jika beliau adalah penyanyi atau pemain bola sepak terkenal,semua media akan melaporkan kematiannya.

Tetapi ini tidak berlaku kerana beliau bukanlah penyanyi mahupun model yang terkenal.

Siapakah lelaki tua ini ?

Beliau ialah Sheikh Al-Lamah : Muhammed Al-Bakkali,salah seorang daripada Muhadisin terhebat (Seseorang yang pakar dan mahir dalam bidang Hadis,perlu pakar dan mahir sekurang-kurangnya 200 ribu Hadis untuk mendapatkan gelaran ini) di dunia.Beliau berasal daripada Bandar Tanger-Maghribi.Beliau telah belajar dan lulus lebih daripada 1000 Ulama' Hadis dari Maghribi dan luar Maghribi.Beliau hidup selama 100 tahun.

Jika anda sedang membaca artikel ini,sila kongsi Post ini dan jangan lupa untuk mendoakan doa kepada beliau.Semoga Allah memberkati segala dakwahnya sepanjang semasa beliau hidup.Amin Ya Rabb..Al Fatihah.

sumber dari facebook.com/IbnuAlKhamsOriginal

Laman temu janji tawar RM11.67j tukar nama bandar

Laman temu janji tawar RM11.67j  tukar nama bandar
SugarDaddie.com cuba memujuk pihak berkuasa bandar Sugar Hill supaya menukar namanya kepada nama laman web itu. Sugardaddie.com pujuk pihak berkuasa Georgia

New York: Sebuah laman web, SugarDaddie.com yang membantu menjodohkan golongan tua berduit dengan wanita muda, dilaporkan cuba memujuk sebuah bandar kecil Georgia untuk menerima namanya sebagai sebahagian usaha mendapatkan publisiti besar.
Laman terbabit sebelum ini pernah menawarkan Sugar Hill, sebuah bandar kecil di Atlanta yang memiliki kira-kira 20,000 penduduk dengan tawaran sejumlah AS$3.75 juta bagi menukar namanya kepada Sugardaddie.com untuk selama 10 tahun, lapor New York Daily News.

Idea sebuah patung Hugh Hefner di kawasan ini, yang benar-benar konservatif, berasaskan keluarga, masyarakat beragama tidak dapat diterima” Mike Sullivan, Ahli Majlis Bandaraya Sugar Hill

“Sebab pada asalnya adalah kami pasti sukakan nama Sugar Hill. Ia sepadan dengan nama kami Sugar Daddie dan kami menyangkakan ia sesuatu menyeronokkan,” kata jurucakap SugarDaddie.com, Darrell Shuster kepada WSMV-TV.

Sugardaddie.com yang menganggap ia sebagai laman berpacaran berkualiti tinggi kepada lelaki berjaya yang memiliki keyakinan dan jaminan keselamatan serta wanita menarik.

Bandar raya keluarga

Bagaimanapun Ahli Majlis Bandaraya Sugar Hill, Steve Edwards berkata nama Sugardaddie.com itu bertentangan dengan apa yang cuba dibangunkan di kawasan terbabit, di mana beliau menganggapnya sebagai sebuah bandar raya keluarga.
“Mereka sedang cuba membelanjakan wang bagi menaikkan imej dan meningkatkan profil melalui Georgia, jadi saya rasa wang ini boleh pergi jauh dengan cara ini,” kata Shuster.

Idea tak diterima

Apa yang menyebabkan cadangan itu tidak dapat diterima, berdasarkan penduduk lain ialah rancangan antaranya bagi membina sebuah patung pengasas majalah Playboy, Hugh Hefner di bandar terbabit.

“Idea sebuah patung Hugh Hefner di kawasan ini, yang benar-benar konservatif, berasaskan keluarga, masyarakat beragama tidak dapat diterima,” kata Ahli Majlis, Mike Sullivan.

Datuk Bandar Sugar Hill, dilaporkan membuat bantahan kepada syarikat itu di mana bandar raya terbabit enggan menukar namanya. Halaman terbabit dilaporkan sudah mengenal pasti Sugar City, Colo sebagai sasaran seterusnya sekiranya usaha di Georgia gagal. - Agensi

Ninja wanita seluruh dunia berhimpun di Jepun




GAMBAR menunjukkan pengamal seni mempertahankan diri ninjutsu sedang berlatih di gimnasium seni mempertahankan diri Budo-kan, Tokyo semalam.- AFP


TOKYO - Seramai lebih 200 ninja dari seluruh dunia telah berkumpul di Tokyo semalam bagi menjalani satu sesi seminar latihan selama dua hari yang khusus untuk wanita sahaja.
Seorang guru seni mempertahankan diri itu, Masaaki Hatsumi telah menghimpun semua pengamal ilmu seni mempertahankan diri tersebut dari 17 buah negara di gimnasium seni mempertahankan diri Budo-kan di Tokyo.
Perhimpunan itu dilakukan bagi menajamkan lagi kemahiran seni pertahanan diri semua ahli yang terlibat.
Hatsumi juga merupakan seorang pengasas sekolah seni mempertahankan diri Bujinkan.
Katanya, zaman ejen-ejen perisikan bertopeng beraksi menjalankan tugas pengintipan terhadap musuh dengan memakai topeng sudah berlalu.
Pada zaman sekarang, ninja merupakan orang biasa yang mengamalkan kemahiran seni mempertahankan diri ninjutsu.
Ninjutsu menekankan kepentingan keseimbangan dan ruang yang ada untuk menjatuhkan lawan.
Seorang tenaga pengajar dari Amerika Syarikat (AS), Sheila Haddad berkata, imej ninja pada masa silam mungkin menarik minat ramai orang untuk turut serta.
Namun mereka akhirnya akan mengetahui kepentingan budaya dan falsafah yang ada dalam ilmu seni mempertahankan diri tersebut.
"Seni ini sangat sesuai untuk wanita kerana ia tidak bergantung sepenuhnya kepada tkekuatan," katanya.
Tambahnya, kebanyakan peserta merupakan mereka yang terlibat dalam bidang penguatkuasaan undang-undang dan ketenteraan di negara masing-masing. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0323&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2OJGEKPVL 
Hakcipta terpelihara 

Yoko Ono tunjuk cermin mata John Lennon




GAMBAR cermin mata milik John Lennon yang dipenuhi darah dikongsi oleh balunya, Yoko Ono sempena ulang tahun perkahwinan pasangan tersebut yang ke-44.- Reuters


NEW YORK - Balu penyanyi John Lennon, Yoko Ono memuat naik gambar cermin mata yang mempunyai kesan darah milik Lennon di laman Twitter, lapor akhbar New York Daily News kelmarin.
Gambar lama itu dimuat naik oleh Ono, 80, untuk tatapan lebih 3.6 juta pengikut Twitternya pada Rabu lalu sempena ulang tahun perkahwinan mereka ke-44.
Cermin mata tersebut pernah dipakai Lennon yang juga penyanyi legenda Britain dan bekas anggota kumpulan The Beatles pada malam dia ditembak mati.
Bahagian kiri cermin mata berkenaan mempunyai kesan darah dan sebelah kanan cermin juga terdapat sedikit percikan darah.
"Kematian orang disayangi adalah pengalaman menyedihkan. Selepas 33 tahun, saya dan anak lelaki kami, Sean masih merinduinya," kata Ono di Twitternya.
Pasangan tersebut berkahwin pada 20 Mac 1969.
Lennon yang berusia 40 tahun mati ditembak bekas pengawal keselamatan, Mark David Chapman dengan menggunakan sepucuk pistol di depan bangunan apartmen mereka di sini pada 8 Disember 1980.
Chapman kemudian dihukum penjara seumur hidup kerana membunuh Lennon. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0323&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2OJGINpYV 
Hakcipta terpelihara 

Pokok ceri di Jepun mekar lebih awal




ORANG ramai merakam gambar pokok ceri yang sedang kembang dan mekar di Tokyo semalam.


TOKYO - Pokok-pokok ceri di Tokyo mula kembang dan mekar semalam, sekali gus mencatat rekod mekar lebih awal untuk kali kedua, kata agensi cuaca Jepun semalam.
Musim bunga pokok ceri biasanya tiba setahun sekali pada bulan April setiap tahun selama dua minggu sahaja.
Perkhidmatan cuaca kebangsaan Jepun menggunakan tokong Yasukuni di bandar Tokyo sebagai satu barometer untuk menilai kemuncak musim bunga pokok ceri di negara berkenaan.
Ketika musim itu tiba, suasana bunga mekar dengan warna merah jambu yang indah mula menyelubungi kawasan taman, tokong, sekolah dan jalan raya.
Senario tersebut menandakan kedatangan musim bunga pokok ceri. Ia turut menarik minat orang ramai berkumpul bersama rakan, keluarga dan sahabat baik untuk berkelah di bawah pohon tersebut.
"Suhu yang tinggi pada awal bulan Mac menjadi faktor utama di sebalik fenomena pengembangan bunga pokok ceri lebih awal daripada sepatutnya di Tokyo pada tahun ini," kata seorang pegawai agensi berkenaan.
Pada Sabtu lalu, agensi cuaca Jepun yang telah memantau pengembangan bunga pokok ceri sejak tahun 1953 mengumumkan bahawa waktu permulaan musim tersebut akan bermula lebih awal. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0323&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2OJGhfGMz 
Hakcipta terpelihara 

Pameran penjara Alcatraz




PENGUNJUNG sedang merakam gambar pada pameran foto silam Penjara Alcatraz kelmarin.- REUTERS


SAN FRANCISCO - Sempena 50 tahun Alcatraz ditutup, satu pameran menampilkan gambar-gambar penjara berkenaan yang belum pernah disiarkan sebelum ini, telah diadakan.
Terletak di Teluk San Francisco, di sini, dalam negeri California, Alcatraz merupakan penjara paling dikawal ketat di samping menjadi simbol keadilan di negara Amerika Syarikat (AS).
Pameran terbaharu di Alcatraz memperlihatkan gambar-gambar yang dirakamkan oleh seorang jurugambar bebas untuk majalah Life yang berpengkalan di Los Angeles, Leigh Wiener.
Ia akan berlangsung selama tiga bulan.
Bermula dengan kubu dan berek tentera, Pulau Alcatraz diambil alih oleh Biro Penjara AS pada 1934 untuk dijadikan sebuah penjara.
Peguam Negara AS Robert Kennedy kemudian mengeluarkan arahan untuk menutup penjara Alcatraz pada tahun 1962 ekoran kos pengurusannya yang mahal dan kedudukan penjara itu di atas pulau.
Sembilan tahun kemudian Alcatraz diubah menjadi salah satu pusat pelancongan paling popular di AS dengan jumlah pelancong mencecah 1.5 juta setahun. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0323&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm#ixzz2OJGr1MnU 
Hakcipta terpelihara