Pages

Monday, March 19, 2012

Larangan Memilih Pemimpin Menurut al-Quran

Makhfi:


سُوۡرَةُ آل عِمرَان 
Janganlah orang-orang mu’min mengambil orang-orang kafirmenjadi wali [2] dengan meninggalkan orang-orang mu’min. Barangsiapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah kecuali karena [siasat] memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri [siksa]-Nya. Dan hanya kepada Allah kembali [mu]. (28)

سُوۡرَةُ النِّسَاء 
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi wali [6] dengan meninggalkan orang-orang mu’min. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah [untuk menyiksamu]? (144)

سُوۡرَةُ المَائدة 
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, [yaitu] di antara orang-orang yang telah diberi Kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir [orang-orang musyrik]. Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman. (57)

سُوۡرَةُ المَائدة 
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin [mu]; sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. (51)

سُوۡرَةُ التّوبَة 
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan bapak-bapak dan saudara-saudaramu pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanandan siapa di antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin-pemimpinmu, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (23)


سُوۡرَةُ المُمتَحنَة 
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka [berita-berita Muhammad], karena rasa kasih sayang; padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan [mengusir] kamu karena kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu. Jika kamu benar-benar keluar untuk berjihad pada jalan-Ku dan mencari keridhaan-Ku [janganlah kamu berbuat demikian]. Kamu memberitahukan secara rahasia [berita-berita Muhammad] kepada mereka, karena rasa kasih sayang. Aku lebih mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Dan barangsiapa di antara kamu yang melakukannya, maka sesungguhnya dia telah tersesat dari jalan yang lurus. (1)

'via Blog this'

Sara kaji Islam sebelum syahadah

Utusan Malaysia Online - Bicara Agama:
MEMBACA al-Quran merupakan satu sumber yang membuka pintu hati Sara kepada Islam. - Gambar hiasan


IBU bapa saya mengatakan bahawa orang Islam itu berperangai buruk, pengganas dan suka menyeksa orang lain. Jadi pandangan saya tentang Islam adalah negatif.
Rupa-rupanya saya silap! Pertama kali saya mendengar tentang Islam ialah kira-kira tiga tahun yang lalu. Pada waktu itu saya berada di sebuah sekolah menengah dan ramai di kalangan teman-teman sekolah saya adalah orang Islam.
"Mereka sangat baik, peramah dan mengambil berat. Ada sekali itu, saya terdengar mereka bercerita tentang Tuhan mereka. Secara curi-curi dengan, saya dapati mereka sangat menyayangi agama mereka.
"Bermula dari situ, saya mula berminat untuk mengenali siapa tuhan bagi orang Islam. Lantas, saya mula mencarinya menerusi bahan-bahan bacaan dan menerusi Internet. Saya terkesima apabila mendapati bahawa apa yang disentuh di dalam Islam itu diterima akal belaka."
Itu cerita Sara membuka bicara detik awal yang membawa kepada Islam.
Mungkin ramai yang berasa pelik pada usia 11 tahun Sara sudah mula mencari maklumat tentang agama. Sedangkan lumrah remaja seusianya hal berkaitan agama langsung tidak pernah diendahkan.
Namun, akui Sara, oleh kerana dia dibesarkan dalam pegangan agama Kristian yang kuat, tidak hairlanlah pada usia muda dia telah mula mengkaji pelbagai agama, sebelum mengambil keputusan untuk memilih pegangan agama yang dirasakan betul dan benar.
Malah dia pernah diajukan persoalan tentang pandangan ramai yang beranggapan wanita Islam sentiasa ditindas dan perlu dibebaskan.
Semua itu adalah salah belaka kerana katanya, wanita Islam jauh lebih bebas dan ada hak-hak mereka yang jelas.
Malah dalam al-Quran sendiri ada beberapa surah khas buat kaum Hawa.
"Yang sebenarnya, ramai yang tidak perasan atau mungkin tidak tahu bahawa wanita Barat adalah golongan yang lebih ditindas secara rela. Kenapa saya kata begitu? Kerana mereka terang-terangan telah dipotretkan sebagai simbol seks.
"Lantas, mereka terpaksa menggunakan aset tersebut untuk mencapai pelbagai matlamat dalam hidup. Yang mana hakikatnya, ini merupakan sesuatu yang jelas satu penghinaan kepada kaum wanita. Apabila datangnya Islam, wanita itu telah dipelihara hak-hak mereka," jelas Sara yang masih merahsiakan pengislaman diri daripada pengetahuan kedua-dua orang tuanya.
Kata Sara lagi, dia mungkin berbuat demikian kerana masih dibelenggu dengan perasaan takut dengan pelbagai kemungkinan yang bakal dihadapi sekiranya rahsia yang disimpan itu bocor.
"Saya akan memberitahu mereka bila tiba masa yang sesuai. Buat masa ini saya rasa lebih selesa dan selamat jika mereka tidak mengetahuinya. Tetapi apabila mereka tahu, saya pasti akan bertudung selepas itu."

'via Blog this'

Mangsa rogol bunuh diri dipaksa kahwin dengan penyerangnya

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

Wanita Maghribi dan aktivis hak kemanusiaan memegang poster dan potret Amina al-Filali, 16 yang membunuh diri selepas dipaksa berkahwin dengan perogolnya dalam satu protes di luar bangunan Parlimen di Rabat, Maghribi, kelmarin. - AFP 


RABAT 18 Mac - Sebanyak 200 wanita Maghribi mengadakan tunjuk perasaan di luar Parlimen semalam, seminggu selepas peristiwa seorang gadis berusia 16 tahun membunuh diri selepas dipaksa berkahwin dengan lelaki yang merogolnya.
Protes tersebut diadakan bagi mendesak pindaan terhadap undang-undang sedia ada yang membolehkan perogol tidak penjarakan sekiranya memilih untuk berkahwin dengan izin keluarga mangsa.
Sebelum ini, keluarga mangsa rogol di bawah usia 18 tahun biasanya bersetuju dengan perkahwinan kerana pada pandangan mereka wanita yang hilang dara tanpa ikatan perkahwinan ibarat satu aib kepada keluarga.
Dalam kejadian Sabtu minggu lalu, Amina al-Filali bertindak membunuh diri dengan meminum racun tikus, menggemparkan seluruh negara dan mencetus kemarahan ramai pihak yang mendesak pindaan dilakukan terhadap undang-undang yang kononnya dikatakan memelihara nilai kekeluargaan.
Bapa Amina, Lahcen al-Filali pada protes itu Khamis lalu berkata, dia membantah perkahwinan tersebut, namun isterinya mendesak supaya ia diteruskan.
"Bolehkah anda membayangkan seorang lelaki yang memaksa seorang gadis mengikutinya dengan pisau dan bertindak merogolnya, kemudian berkahwin dengannya?" soalnya.
Dalam protes yang diadakan semalam, penunjuk perasaan membawa sepanduk dengan tulisan 'Maruah wanita. Hentikan gangguan seksual'.
"Pada 2008, kerajaan memperkenalkan rang undang-undang baru dalam usaha menghentikan diskriminasi dan keganasan terhadap wanita, namun ia kemudian ditangguhkan," kata Houda Bouzil, dari Pertubuhan Demokrasi Wanita Maghribi.
Di bawah undang-undang Maghribi, kesalahan merogol akan dikenakan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun, atau antara 10 hingga 20 tahun sekiranya mangsa bawah umur dan denda sebanyak AS$24 (RM72) hingga AS$60 (RM120).
Sekiranya perogol berkahwin dengan mangsa, dia tidak akan dikenakan tindakan undang-undang, melainkan jika wanita tersebut meminta perceraian. - AFP

'via Blog this'

Letupan sabotaj usaha aman Syria

DAMSYIK 18 Mac - Syria hari ini mendakwa dua letupan maut di sini pada awal pagi semalam bertujuan untuk mensabotaj usaha bagi mencari penyelesaian terhadap krisis di negara ini.
Dalam pada itu, pakar-pakar daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bersiap sedia untuk menyertai misi kemanusiaan yang diketuai oleh kerajaan Syria ke medan-medan protes yang musnah dalam pertempuran.
"Letupan semalam dilakukan oleh pengganas yang disokong kuasa asing yang membekalkan dana dan senjata kepada mereka.
"Dua serangan itu bertujuan untuk menggagalkan misi Annan dan usaha antarabangsa bagi mencari penyelesaian politik terhadap krisis," menurut akhbar Al-Baath, lidah rasmi parti pemerintah Syria, Parti Baath.
Sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh dan 140 lagi cedera dalam dua letupan bom yang kuat dekat ibu pejabat polis dan tentera udara di tengah ibu negara Syria ini, semalam.
Aktivis pemberontak menuduh rejim Presiden Bashar al-Assad mendalangi serangan bom itu, seperti letupan di ibu negara dan di bandar Aleppo, utara Syria sebelum ini.
Sebuah lagi akhbar rasmi, Ath-Thawra menuding jari ke arah Qatar dan Arab Saudi yang menggesa supaya bekalan senjata disalurkan kepada pemberontak yang memerangi rejim Assad. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Dunia digesa bantu Palestin

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:WASHINGTON 18 Mac – Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) semalam menggesa negara-negara penderma supaya menunaikan janji mereka untuk membantu Pihak Berkuasa Palestin (PA) ketika ekonomi wilayah Palestin sedang memasuki ‘fasa sukar’ dan boleh menjadi bertambah buruk.
Ekonomi Palestin mengalami penurunan besar dalam aset mudah tunai, situasi yang merosot sejak tahun lepas disebabkan pengurangan bantuan daripada negara-negara Barat dan Teluk, di samping sekatan perdagangan dan pergerakan yang dikenakan oleh Israel, menurut laporan IMF itu.
Dalam laporan yang disediakan untuk mesyuarat negara penderma di Brussels minggu depan, defisit kewangan Palestin dianggarkan AS$500 juta (RM1.55 bilion).
Kata IMF, bantuan penderma berjumlah hanya AS$800 juta (RM2.48 bilion) dikeluarkan untuk membiayai bajet 2011, berbanding AS$1 bilion (RM3.1 bilion) yang dijangka.
Bantuan bajet pembangunan hanya AS$169 juta (RM524 juta), berbanding jangkaan AS$500 juta (RM1.55 bilion).
“Kekurangan itu, di samping pendapatan cukai yang lebih rendah daripada dijangka disebabkan kelembapan pertumbuhan ekonomi, membawa kepada tunggakan AS$0.5 bilion (RM1.55 bilion) dalam bayaran domestik kepada sektor swasta dan kepada dana pencen awam,” menurut laporan IMF.
Laporan itu memberi amaran mengenai ‘risiko tinggi’ jurang kewangan akan menyebabkan pemotongan gaji, bantuan sosial dan perbelanjaan lain yang diperlukan.
IMF menggesa ‘usaha bersepadu’ dilakukan oleh PA, kerajaan Israel dan negara-negara penderma untuk merapatkan jurang pembiayaan. – AFP

'via Blog this'

51 militan, 4 tentera terkorban

myMetro | 51 militan, 4 tentera terkorban: "PESHAWAR: Sekurang-kurangnya 51 militan terbunuh dalam pertempuran dengan anggota keselamatan Pakistan di wilayah bergolak di barat laut negara itu yang turut menyaksikan empat tentera maut, kata pihak berkuasa, semalam.

Pesawat pejuang Pakistan mengebom kawasan pedalaman di sempadan Afghanistan membunuh 26 anggota militan, kata seorang pegawai kanan tentera.


“Jet pejuang Pakistan membunuh 26 anggota militan dan mencederakan 15 yang lain serta memusnahkan tujuh tempat persembunyian di kawasan berbeza di Orakzai dan Kurram,” katanya.

Kebanyakan kawasan di Orakzai di bawah kuasa Taliban dan menjadi sasaran pertempuran antara pasukan keselamatan dengan kumpulan militan. Pegawai itu juga berkata, dalam kejadian berasingan, sekurang-kurangnya 25 anggota militan dan empat tentera terbunuh dalam pertempuran di Bara, bandar bergolak di daerah Khyber.


“Empat anggota tentera maut dan 12 lagi cedera dalam insiden yang turut menyebabkan 25 anggota militan terbunuh,” katanya. Pegawai itu turut menafikan kumpulan militan dari Bara dibunuh ketika dalam tahanan ekoran laporan mengatakan sesetengah mayat tahanan mempunyai kesan kecederaan akibat peluru dan penyeksaan. - AFP"

'via Blog this'

Britain kecam Teheran sekat laman sesawang khas

myMetro | Britain kecam Teheran sekan laman sesawang khas: "LONDON: Britain semalam mengutuk tindakan Iran menghalang laman sesawang yang digunakan menerangkan polisi negara itu terhadap Teheran.

Setiausaha Luar, William Hague, berkata perbuatan menghalang laman sesawang UK For Iranian itu dibuat tiga hari selepas ia dilancarkan, membuktikan Teheran takut warganya berinteraksi dan berhubung dengan dunia luar
Menurut Britain, Iran menghalang laman sesawang itu Sabtu lalu.


Hubungan diplomatik antara Britan dan Iran semakin teruk apabila Teheran mula memulakan program nuklear mereka.

Britain menarik keluar pegawai diplomat dari Iran dan menghalau diplomat Iran keluar dari Britain selepas serangan di kedutaan Briatain di Teheran, November lalu.

Siaran BBC Persian juga sering dihalang oleh Iran. - AP "

'via Blog this'

Pembunuh orang awam Afghan bermasalah

myMetro | Pembunuh orang awam Afghan bermasalah: "LAKE TAPPS (Washington): Tentera AS yang disyaki menembak mati 16 orang awam di Afghanistan baru-baru ini dilaporkan sebagai lelaki “penyayang” dan pernah mendapat pujian pasukannya.

Berdasarkan rekod dan temubual, Robert Bales juga pernah dinaikkan pangkat dengan cepat, tetapi pada masa sama, dia menghadapi masalah kewangan untuk membayar hutang rumahnya.


Dia juga pernah bercadang untuk meninggalkan pasukan tentera beberapa bulan lalu.

Ketika Bales, 38, kini ditahan di penjara tentera di Fort Leavenworth, bekas rakan sekelas dan jirannya di pinggir Cincinnati, Ohio, menggambarkan dia lelaki periang.


Bales juga didakwa mengambil berat kanak-kanak kurang upaya, selain sering menjaga keamanan di kawasan kediamannya. Rekod mahkamah dan temubual pula menunjukkan, Bales - menerima penghargaan atas tindakannya sepanjang bertugas di Iraq dan Afghanistan - menyertai tentera apabila menghadapi masalah pekerjaan di sebuah firma pelaburan di Florida. - AP"

'via Blog this'

Perancis, ICC mahukan orang kanan Gadhafi

myMetro | Perancis, ICC mahukan orang kanan Gadhafi:NOUAKCHOTT (Mauritania): Perancis dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) meminta Nouackchott mengekstradisi bekas ketua perisik rejim Muammar Gaddafi, Abdullah Senussi.
Sumber berkata, buat pertama kali Mauritiana menerima dua permintaan dariapda dua pihak, dengan setiap satu dari Perancis pada kelmarin dan ICC (semalam).
“Kami belum menerima khabar dari Libya tetapi menunggu delegasi dari Majlis Peralihan Kebangsaan - yang kini berkuasa di Libya - untuk datang ke sini tetapi kami tidak diberitahu bila tarikhnya.

Libya berusaha untuk mengadili orang kanan bekas pemimpin Muammar yang juga dikehendaki oleh ICC untuk diadili di The Hague atas jenayah yang dilakukan ketika pemberontakan rakyat, tahun lalu.


Menteri Kehakiman, Ali Hmeida Ashur, berkata mahkamah mereka, terutama di Tripoli, mampu mengadili dengan baik dan mengikut standad antarabangsa.

Senussi ditahan malam Jumaat lalu di lapangan terbang antarabangsa Nouakchott ketika tiba menaiki pesawat biasa dari Casablanca di Maghribi dengan menggunakan pasport palsu Mali.

Sabtu lalu, jurucakap kerajaan Libya, Nasser al-Manaa, berkata ketua pendakwa raya menghantar permintaan ekstradisi kepada Mauritania melalui Interpol dan meminta Senussi dihantar kembali ke Tripoli.

Libya dan Mauritinia tidak ada perjanjian dua hala untuk ekstradisi, tetapi sumber diplomatik berkata negara itu mungkin bergantung kepada bantuan perjanjian kehakiman yang menghubungkan negara Liga Arab.

Senussi berhadapan waran tangkap antarabangsa selepas mahkamah di Paris menjatuh hukuman “in absentia” seumur hidup kerana terlibat dalam merancang nahas pesawat Perancis pada 1989 yang membunuh 170 orang.

Pesawat UTA itu dalam perjalanan dari Brazzaville ke Paris melalui N’Djamena apabila ia meletup pada 19 September, 1989 di Niger. - AFP

'via Blog this'

Syria digegar bom kali ke-3

myMetro | Syria digegar bom kali ke-3:DAMSYIK: Syria sekali lagi digegarkan dengan serangan bom kereta - insiden ketiga hujung minggu lalu - ketika wakil PBB bersedia melaksanakan misi kemanusiaan di negara itu, semalam.
Kenyataan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria berkata, serangan terbaru itu disasarkan ke pejabat keselamatan parti politik di utara bandar Aleppo.

Sehingga tengah malam tadi, media menyatakan, tiga maut dan 25 cedera akibat letupan berkenaan.

Media kerajaan melaporkan, serangan itu dilakukan “untuk menggagalkan usaha kerajaan mencari penyelesaian politik bagi krisis Syria.” Letupan itu didakwa berlaku berhampiran kawasan kediaman dan pejabat pos.

Aktivis di Aleppo berkata, letupan berlaku menjelang tengah hari.

Bandar Aleppo pernah digegarkan letupan kereta pada 10 Februari lalu dan mengorbankan 28 orang.


Kelmarin, dua kereta sarat dengan bom diletupkan di tengah Damsyik, membunuh 27 orang dan mencederakan 140 yang lain.

Kerajaan menyalahkan “pengganas” atas insiden yang menyasarkan bangunan polis dan ibu pejabat tentera udara itu.

Akhbar al-Baath yang menjadi suara rasmi kerajaan melaporkan: “Letupan kelmarin dilakukan pengganas yang mendapat sokongan kewangan dan senjata daripada kuasa asing.” Al-Baath mendakwa, dua letupan bom kereta kelmarin cuba mengganggu misi bekas Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan, dan komuniti antarabangsa yang cuba mencari penyelesaian politik di Syria.

Sementara itu, perarakan diadakan di lokasi letupan bom paling kuat di daerah al-Qasaa yang menjadi kediaman penduduk minoriti Kristian.

Pembangkang menuduh rejim Bashar al-Assad mendalangi serangan berkenaan.

Akhbar Ath-Thawra pula menuding kepada Qatar dan Arab Saudi di sebalik insiden itu kerana kedua-dua negara pernah menggesa pemberontak diberi senjata. - AFP

'via Blog this'

Gunung berapi, ribut solar dianggap bakal ancam Britain

LONDON: Britain menamakan gunung berapi dan ribut solar sebagai satu daripada ancaman keselamatan terhadap negara itu.
Menurut Daftar Risiko Kebangsaan edisi terbaru, ancaman utama tertinggi bagi Britain adalah wabak influenza, banjir pesisir pantai, serangan pengganas dan letusan gunung berapi di negara seperti Iceland.

Kerajaan turut memasukkan risiko “cuaca angkasa melampau” sebagai satu ancaman terbaru yang mungkin menjejaskan sistem komunikasi, litar elektronik dan grid tenaga.

Ribut solar - sejenis gangguan tenaga magnetik dan partikel bercas - adalah satu daripada putaran normal tahunan matahari dan dijangka mencapai puncaknya tahun depan.

Minggu lalu, ribut solar terbesar sejak 2004 berlaku tanpa gangguan besar. - AP
myMetro | Gunung berapi, ribut solar dianggap bakal ancam Britain

Kes kanak-kanak hilang: Berapa ramai lagi?

Kes kanak-kanak hilang: Berapa ramai lagi? - Nasional - Sinar Harian:
kanak-kanak hilang
BERAPA ramai lagi? Perkataan itu timbul di benak fikiran selepas mendengar berita kematian Dirang, 12 Mac lalu.

Kanak-kanak dengan nama sebenar Nurul Nadirah Abdullah yang baru berumur lima tahun itu, dibakar sehingga hanya tinggal rangka.

Tragedi itu seperti ulang tayang kes pada 2007, apabila seorang kanak-kanak perempuan comel, Nurin Jazlin Jazimin, 8, dilaporkan hilang. Dia kemudian ditemui mati dalam keadaan menyayat hati.

Dua kes dengan tempoh lima tahun itu mempunyai jalan cerita dan pengakhiran tragik yang serupa.

Tetapi di manakah permulaan kisah sedih ini?

Setiap kali berita mengenai kanak-kanak hilang dilaporkan, perkara pertama yang ditanya adalah ‘Macam mana budak tu boleh hilang?’.

Jika mangsa hilang semasa bermain seorang diri di taman, atau semasa ke kedai seperti diarahkan ibu, tidakkah ia menggambarkan kecuaian ibu bapa?

Mungkin ada yang merasakan kenyataan seperti ini sedikit kasar, tetapi kebenaran itu memang pahit, bukan?

Ya, tetapi tidak ramai yang ingin memperkatakannya kerana enggan digelar tidak sensitif.

Jika kesedaran ini tidak diterapkan ke dalam ibu bapa, sampai bila negara perlu menangis melihat tubuh longlai kanak-kanak tidak berdosa menjadi mangsa kerakusan manusia berhati binatang atau kemalangan lain?

Lihat di sekeliling kita. Berapa ramai ibu bapa yang meninggalkan anak-anak di dalam kereta sementara mereka ke bank, kedai atau membeli makanan?

Berapa ramai pula yang membiarkan anak berlari-lari di kawasan sibuk seperti pusat membeli-belah dan lapangan terbang?

Hanya tiga hari selepas berita kematian Dirang, seorang kanak-kanak lelaki berumur dua tahun pula ditemui mati terapung setelah hilang semasa bermain di taman permainan­ di Tasik Titiwangsa, minggu lalu.

Ibunya mengakui mangsa kerap merenung ke arah tasik dan cuba menghampiri kawasan itu dua kali sebelum hilang.

Juga dalam minggu lalu, satu lagi tragedi dilaporkan, melibatkan seorang bayi berumur 15 bulan yang mayatnya ditemui terapung di sungai berhampiran rumahnya, di Kelantan.

Mangsa yang baru belajar berjalan keluar dari rumah tanpa disedari ibunya yang sedang mencuci pakaian.

Jadi, apa yang kita perlu lakukan?

Mungkin kita semua perlu mendengar nasihat Sultanah Johor, Raja Zarith Sofia Sultan Idris Shah semasa baginda melawat keluarga Dirang, minggu lalu.

“Sebagai ibu, saya faham perasaan ibu Dirang. Perkara seperti inilah paling ditakuti setiap ibu bapa. Saya tidak menyalahkan sesiapa tetapi lebih baik kita mengambil langkah berjaga-jaga,” katanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin juga dalam kenyataan terbaru menyebut, penguatkuasaan undang-undang yang berkesan memerlukan perhatian dan kerjasama orang ramai.

“Sekali lagi pihak polis ingin mengingatkan ibu bapa supaya mengawasi anak-anak pada setiap masa, terutamanya yang masih kecil dan tidak meninggalkan mereka tanpa pengawasan,” katanya.

Peringatan Bakri itu memang tepat.

Ini kerana kes kanak-kanak hilang bukan baru, tetapi nampaknya ramai ibu bapa masih tidak me­ngambil iktibar.

Memang benar, jenayah atau kemalangan bukan sesuatu yang boleh dijangka, tetapi persekitaran itu boleh dikawal bagi merendahkan risiko anak-anak kecil ini menjadi mangsa culik atau bunuh, terutama jika kita sendiri maklum dunia kini dipenuhi manusia kurang waras.

Umpama pintu rumah yang dikunci berbanding pintu rumah terbuka luas. Yang mana lebih mudah dimasuki pencuri?

'via Blog this'

Kanak-kanak maut jatuh dalam tangki najis

Kanak-kanak maut jatuh dalam tangki najis - Semasa - Sinar Harian:
Anggota polis melihat lubang tempat Nur Ammar terjatuh
BESUT - Seorang kanak-kanak tiga tahun maut selepas terjatuh dalam lubang tangki pembetung najis berhampiran rumahnya di Kuarters Klinik Kesihatan Jabi di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang itu, mangsa, Nur Ammar Adlyn Mohd Husni dikatakan sedang bermain basikal sendirian di tempat kejadian, sebelum terjatuh ke dalam lubang terbabit dan meninggal dunia dipercayai akibat lemas.

Sebelum tragedi malang itu, mangsa yang juga anak bongsu daripada tiga beradik dan juga anak kepada seorang jururawat di situ, sedang bermain basikal berhampiran ibu dan bapanya yang sedang berbual dengan rakan di depan rumahnya.

Menurut bapa mangsa, Mohd Husni Mat Hussin, 32, anaknya bermain basikal berhampiran dia dan isterinya yang sedang berbual bersama rakan di hadapan rumah, selepas mereka sekeluarga pulang dari menghadiri kenduri kahwin di Kubang Depu, Jertih.

“Kira-kira 10 minit kemudian, isteri saya menyedari Nur Ammar tiada dan bertanya di mana anak saya itu,” kata kakitangan Majlis Daerah Besut (MDB) itu.


Dijumpai dalam keadaan tertiarap

Mohd Husni terlebih dahulu mencari anaknya dalam rumah, namun kelibatnya tidak kelihatan. Sejurus kemudian, dia terdengar jeritan jiran memberitahu anaknya terjatuh dalam lubang najis.

Dia kemudiannya berlari ke belakang kuarters jiran dan dari jauh dapat melihat basikal yang dinaiki Nur Ammar berada­ berhampiran lubang itu, di samping sepasang selipar milik ibunya yang dipakai mangsa.

“Apabila menghampiri lu­bang itu, saya dapati anak saya terapung dalam keadaan tertiarap­ dalam lubang najis itu. Isteri saya terlebih dahulu cuba mencapai badannya, namun tidak berjaya.

“Saya kemudiannya meniarap lalu menarik anak saya ke atas dan terus dibawa ke klinik sebelum dimaklumkan dia telah meninggal dunia,” katanya.

Mohd Husni berkata, kedalaman lubang tersebut dari permukaan jalan dengan permukaan air najis adalah kira-kira 1.5 meter.

Dia sama sekali tidak menyangka kejadian seperti itu boleh berlaku dalam sekelip mata kerana anaknya hilang dari pandangannya hanya seketika.

Menurutnya, lubang tang­ki­ najis itu tertutup dengan kepingan besi, tetapi dipercayai apabila anaknya terpijak di atas permukaan besi itu, menyebabkan besi terbabit terjatuh ke dalam lubang itu bersama mangsa.

Mohd Husni memberitahu, dia difahamkan tangki pembetungan najis itu baru disiapkan dan dia sama sekali tidak menyangka keadaan itu tidak selamat.

Jenazah mangsa kemudian­ dibawa ke Hospital Besut dan doktor mengesahkan punca kematian akibat lemas.

Jenazah kanak-kanak malang itu selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja jam 2 pagi semalam.


Datuk mimpi lelaki berjubah putih

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi, mengesahkan kejadian­ tersebut.

Katanya, siasatan men­dapati­ tidak ada unsur jenayah berlaku dalam kejadian itu dan ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Mangsa disahkan mati akibat lemas selepas terjatuh ke dalam tangki pembetungan­ najis itu yang dipercayai penutupnya dipasang dengan tidak sempurna,” katanya.

Kamaruddin berkata, mang­sa didapati tertelan air dalam pembetung itu sebelum lemas.

Sementara itu, datuk mangsa, Mat Hussin Awang, 62, paling sedih kerana­ mangsa rapat den­gannya.

Katanya, pada hari ibu bapa cucunya bekerja, kanak-kanak itu bersama dua abang kembarnya, Nor Amarida dan Nor Amarifqi dihantar ke rumahnya di Kampung Limbongan, dekat Kampung Raja.

“Sekiranya berada di sini, dia tidak mahu tidur dengan ibunya, sebaliknya akan tidur dengan saya dan kejadian­ ini amat mengejutkan kerana­ dia sangat rapat dengan saya,” kata Mat Hussin yang tidak menyangka mimpi didatangi lelaki berjubah putih tiga hari sebelum
kejadian memberi alamat kurang baik.

Mohd Husni pula berkata­, anaknya menunjukkan perubahan beberapa hari sebelum kejadian apabila­ dia menyebut panggilan mesra ‘Awang’ yang selalu disebut oleh ayah dan ibunya.

“Kami memang memanggilnya dengan panggilan ‘Awang’ tetapi baru-baru ini dia juga membahasakan dirinya Awang sedangkan sebelum ini tidak sedemikian,” katanya.

'via Blog this'

Sepasang kekasih antara 63 remaja ditahan

Sepasang kekasih antara 63 remaja ditahan - Kelantan - Sinar Harian:
Sepasang kekasih antara 63 remaja ditahan operasi bersepadu
KOTA BHARU - Sepasang kekasih yang mempunyai ‘gigitan cinta’ di leher antara 63 remaja yang diberi kaunseling dalam Operasi Lepak dan Cegah Jenayah melibatkan lima agensi yang diketuai Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) di sini, semalam.

Selain itu, beberapa pelajar yang berpakaian seksi, berpelukan, berpegangan tangan di khalayak ramai turut diberi kaunseling dalam operasi yang diadakan di sebuah pusat membeli belah di sini.

Ketua Penolong Pengarah Penguat kuasa MPKB-BRI Ramly Che Hussin berkata, dalam operasi yang dijalankan bermula jam 3 hingga petang itu berjaya ‘menyelamatkan’ 63 remaja, 15 daripadanya adalah pelajar.

“Seramai 22 daripada yang dipanggil itu menjalani ujian saringan air kencing dan kesemuanya bebas pengaruh dadah. Mereka ini diberikan kaunseling serta pelajar yang terlibat dalam operasi diserahkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan (JPN),” katanya semalam.

Ramly berkata, lebih mengejutkan ketika operasi dijalankan ada di antara pengunjung tidak segan silu memakai baju ketat, pelajar perempuan tidak bertudung, mendedahkan dada, malah ada juga yang mewarnakan rambut pelbagai warna dan tindik telinga.

Selain itu, ada juga di antara remaja yang memakai baju menjolok mata, lelaki berketerampilan perempuan, pelajar bawah umur mengunjungi pusat snooker turut ditahan untuk kaunseling.

“Kesemua yang ditahan ini diberi peluang untuk mengubah cara hidup mereka dengan mengikuti kaunseling dari pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan ada diantaranya diarahkan menjalani ujian air kencing,” katanya.

Katanya, operasi seperti ini diteruskan dari masa ke masa supaya golongan remaja dan belia boleh akan mematuhi peraturan serta takut untuk melakukan perkara bertentangan dengan agama Islam.

Operasi berkenaan turut melibatkan kerjasama Agensi Anti Dadah Kelantan (AADK), Jabatan Pelajaran Kelantan (JPN) dan polis.

Turut serta dalam operasi berkenaan Ketua Inspektor MPKB-BRI, Mohamad Ali dan pegawai JPN, Wan Suraya Arifin.

'via Blog this'

5 suspek militan ditembak mati di Bali

5 suspek militan ditembak mati di Bali - Global - Sinar Harian:JAKARTA - Lima suspek militan ditembak mati oleh polis Indonesia dalam dua serbuan di Bali, semalam.Menurut jurucakap Ketua Polis Nasional, Saud Usman Nasution, kelima-lima suspek yang ditembak mati itu dipercayai mempunyai hubungan dengan Jemaah Islamiah, sebuah kumpulan serantau yang dikaitkan dengan Al-Qaeda.

"Pihak polis percaya mereka merupakan kumpulan kecil Jemaah Islamiah," katanya dipetik agensi berita Reuters.

Menurut ketua unit antikeganasan, pegawai polis telah melakukan serbuan di beberapa lokasi berbeza di sekitar Bali.

Polis turut berjaya merampas senjata api dan peluru yang didakwa mempunyai kaitan dengan pengeboman di Bali pada 2002.

Kejadian pengeboman di Bali  yang telah mengorbankan lebih 200 nyawa itu dipercayai didalangi kumpulan Jemaah Islamiah.

Suspek yang terbunuh semalam turut didapati mempunyai kaitan dengan kumpulan militan yang melakukan rompakan bank di Medan pada 2010.
'via Blog this'

Mimpi Rasulullah pada malam israq....

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah RA berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda:
Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”
1- aku telah melihat salah seorang dari umatku didatangi oleh malaikat maut yang datang untuk mencabut nyawanya tetapi terhalang disebabkan amalanya yang taat kepada ibubapanya.

2 - aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur untuk menyeksanya akan tetapi dia telah diselamatkan berkat wuduknya.

3 - aku melihat seorang umatku sedang dikerumuni syaitan pada saat sakaratulmaut akan tetapi dia telah diselamatkan oleh amalan zikrullah.

jika tidak mampu mengislamkan seorang kafir, bantulah saudaramu yang hampir meninggal dunia supaya mati dalam iman - bacakan ayat-ayat alquran disamping orang yang nazak tadi dan bisikkan kalimah2 suci supaya dia terhindar dari hasutan syaitan yang ingin menyesatkan.

4- aku melihat bagaimana umatku diseret oleh malaikat azab tetapi solatnya telah melepaskannya dari siksaan tersebut.

5- aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat sangat, setiap kali ia mendatangi satu telaga dia dihalang dari meminumnya dan ketika itu datanglah puasanya menyelamatkannya dengan memberinya minum sehingga puas.

6- aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api neraka ke mukanya maka segeralah menjelma pahala sedekahnya lalu menabiri wajahnya.

7- aku melihat umatku sedang diseret oleh malaikat zabaniah, menyiksanya kemerata tempat maka datanglah pahala amal makruf nahi mungkar menyelamatkannya.

8- aku melihat seorang umatku sedang meniti titian sirat dalam keadaan tubuhnya terketar-ketar maka datanglah pahala berbaik sangka kepada Allah lalu mententeramkannya dan menyelamatkannya.

9- aku melihat seorang umatku terangkat timbangannya maka menjelmalah anak-anaknya yang mati kecil lalu menekan timbangan hingga menjadi berat.

3 orang anak mati kecil, ibubapanya dijamin masuk syurga dan kematian itu disebabkan oleh takdir allah

10- aku melihat seorang dari umatku berada dalam keadaan gelap gelita dan teraba-raba tiba-tiba datanglah pahala haji dan umrahnya yang akan mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang benderang.

Itik berlaga di Rusia

Kosmo! Online - Dunia:
SEJUMLAH orang menyaksikan dua ekor itik berlaga di Pavlovsk kelmarin. 

PAVLOVSK - Satu pertandingan laga itik diadakan di bandar ini, 450 kilometer dari Moscow, Rusia kelmarin.
Semua itik yang bertanding perlu diperiksa oleh veterinar sebelum pertandingan tersebut dibenarkan.
Pertandingan itu diadakan ketika musim salji. - Agensi

'via Blog this'

Ikan paus terdampar di timur China

Kosmo! Online - Dunia:
BEBERAPA orang melihat seekor ikan paus yang
ditemui mati di daerah Binhai, timur China kelmarin.
 

YANCHENG - Beberapa orang menyaksikan seekor ikan paus yang mati di tepi sebuah pantai di daerah Binhai, timur China pada Jumaat lalu.
Sebanyak empat ekor ikan paus ditemui terdampar di pantai tersebut oleh sekumpulan nelayan.
Bagaimanapun, semua ikan paus tersebut kemudian ditemui mati pada Sabtu lalu. - Agensi

'via Blog this'

10 maut van dirempuh kereta api


BEBERAPA penduduk kampung mengalihkan bangkai sebuah van yang dirempuh kereta api di Tasikmalaya, Indonesia semalam. 


JAKARTA - Seramai 10 orang daripada sebuah keluarga maut semalam selepas sebuah van yang mereka naiki dirempuh kereta api di bandar Tasikmalaya.
Van itu membawa 14 orang yang melalui lintasan kereta api di bandar tersebut di wilayah Jawa Barat.
Menurut polis, pemandu van itu tidak sedar ketibaan kereta api berkenaan semasa melalui lintasan tersebut.
"Van itu diheret antara lima hingga enam meter sebelum terbalik ke sawah padi," kata seorang pegawai polis, Suherman.
Beliau berkata, tujuh orang mati di tempat kejadian, tiga di hospital manakala empat penumpang lagi berada dalam keadaan kritikal.
"Mereka cedera di seluruh badan dan peluang untuk hidup amat tipis," katanya. - AFP

Letupan di bandar Syria


GAMBAR menunjukkan sebuah bangunan yang rosak
teruk akibat bom kereta di Aleppo, Syria semalam.
 

DAMSYIK - Satu letupan berlaku di sebuah kawasan penduduk di bandar Aleppo, Syria semalam, lapor agensi berita SANA.
Menurut laporan itu, letupan itu dilakukan oleh pengganas tanpa memberikan maklumat kematian dan kecederaan.
Ia merupakan serangan kedua dalam tempoh dua hari di bandar tersebut.
Di bandar tersebut, rejim Presiden Bashar Al-Assad mendapat sokongan kuat daripada penduduk.
Seorang penduduk, Mohammed Saeed berkata, sebuah bom kereta meletup dekat pejabat Jabatan Keselamatan Politik di kawasan penduduk Suleimaniyeh.
Menurutnya, kawasan itu mempunyai ramai penduduk beragama Kristian.
Beliau berkata, letupan tersebut berlaku pada pukul 1 petang waktu tempatan.
Mohameed memberitahu, pasukan keselamatan kemudian melepaskan tembakan ke udara dan mengawal lokasi letupan bom.
Menurutnya, pada hari biasa, kawasan berkenaan menjadi tumpuan orang ramai terutamanya semalam kerana ia merupakan hari pertama bekerja selepas cuti mingguan.
"Ia merupakan letupan yang kuat. Sebahagian bandar bergegar ekoran letupan itu," katanya.
Pasukan Pemantau Hak Asasi Manusia Untuk Syria yang beribu pejabat di Britain turut mengesahkan ia merupakan bom kereta.
Syria berdepan dengan pergolakan sejak awal tahun lalu antara tentera Bashar dengan penduduk yang menentang kepimpinannya.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lebih 8,000 orang terbunuh sejak kebangkitan rakyat berlaku di negara ini. - Agensi

'via Blog this'