Pages

Friday, July 15, 2011

Mati Ketika Sedang Berzina Dengan ikan Pari


Ambillah iktibar dari cerita ini. [Dipetik dari majalah BICARA keluaran bulan Julai] Kisah berikut adalah sebuah kisah benar yang telah berlaku di sebuah perkampungan nelayan di Sabah dan bukan lah satu cerita rekaan yang sengaja diada-adakan oleh penulis untuk menakut-nakutkan pembaca. Semoga kisah ini dapat memberi keinsafan dalam diri kita.


Allah akan membalas setiap apa pekerjaan yang kita lakukan tidak kira samada ianya melibatkan manusia, tumbuhan mahupun haiwan. Selagi kita semua adalah makhlukNya selagi itulah pulangan terhadap setiap perbuatan kita akan dibalas.

Nordin (bukan nama sebenar) adalah seorang pemuda pendiam dikampungnya. Beliau tidak gemar bercampur-gaul bersama kawan-kawan sekampungnya. Beliau sering mengasingkan diri daripada masyarakat setempat dan sering bersendirian dalam melakukan sesuatu perkara. Ramai yang tidak dapat mengagak sikap Nordin yang sebenar. Kadangkala beliau kelihatan ramah dan kadangkala sering memencilkan diri dalam rumah peninggalan kedua orang tuanya. Sikap pendiamnya itu membuatkan rakan-rakan menganggap Nordin tidak cukup sifat kelakian. Adakala ada juga yang bermulut celupar menggelarnya 'pondan'. Ini kerana Nordin dianggap pelik kerana beliau tidak gemar jika rakan-rakannya bercakap tentang perempuan dan kisah-kisah cinta mereka pada gadis-gadis kampung itu. Nordin dibesarkan di sebuah perkampungan nelayan yang telah wujud lebih 40 tahun yang lalu. Beliau mahir dalam kerja menangkap ikan yang diwarisi dari arwah bapanya yang juga seorang nelayan. Sebenarnya Nordin bukanlah seorang lelaki yang tidak cukup sifat kelakian seperti yang didakwa oleh kawan-kawannya. Cuma beliau merasa diri beliau tidak bersedia untuk berumah tangga memandangkan keadaan dirinya yang tidak terurus dan pendapatan yang tidak menentu. Beliau tidak yakin beliau akan bertemu dengan mana-mana perempuan di kampung itu yang mahukannya seikhlas hati. Kebanyakannya lebih suka memilih jejaka yang tampan dan mempunyai pekerjaan tetap di bandar. Oleh itu beliau sering menghabiskan masa di sungai atau laut bermanja dengan ikan-ikan dan hasil penangkapannya sahaja. Kadang-kadang bermalam beliau tertidur sambil menunggu hasil tangkapan. Semuanya sudah menjadi rutin hidupnya setiap kali pukat yang dipasang tidak mengena. Hari itu, Nordin berasa rajin untuk turun ke laut, biarpun biasanya hari Jumaat nelayan tidak turun memukat. Rakan-rakan semua turun ke pekan namun Nordin berasa ingin turun bersendirian ke laut melakukan tugas-tugas seperti biasa. Selepas sejam memasang pukat, Nordin berhenti di tepi kuala yang dipercayai tempat ikan-ikan terperangkap. Setelah memasang pukat, beliau baring-baring di tepi botnya sambil berangan-angan kosong tentang diri dan masa hadapan. Sedang leka berangan, tanpa disedari beliau tertidur dan apabila beliau terjaga jam sudah menunjukkan pukul 11.30 pagi. Terus beliau menghidupkan enjin botnya dan menuju ke pukat yang dipasang pagi itu. Alangkah gembiranya beliau setelah mendapat banyak ikan merah, kerapu dan seekor ikan pari yang terperangkap dalam pukatnya itu. Nampaknya Nordin dapat seekor pari betina yang agak gemuk dan besar. Tanpa berlengah beliau pulang ke rumah untuk memunggah ikan-ikan itu. Sampai di rumah, Nordin memasukkan ikan merah dan kerapu ke dalam tong air sementara ikan pari diletaknya di dapur. Ikan pari betina yang sedang kelemasan itu diletaknya di dapur sementara, sebelum dipotong-potong untuk dijual kepada orang kampung. Tiba-tiba mata beliau tertumpu pada alat kelamin pari betina yang sedang mengembang dan mengempis. Nordin berasa tertarik lalu menyentuhnya beberapa ketika. Mungkin disebabkan oleh hasutan syaitan, tiba-tiba Nordin merasa satu perasaan lain yang menyelubungi dirinya. Perasaan ghairah yang belum pernah dirasainya sebelum ini. Tiba-tiba sahaja nafsunya bergelora selepas menyentuh alat kelamin pari betina itu. Syaitan mula merancang strategi untuk melemahkan iman manusia. Iman Nordin yang sudah sedia lemah itu telah menerima pakai rancangan - rancangan yang ditimbulkan oleh para syaitan yang bersorak keriangan. Apa lagi tanpa berlengah ditusuknya ikan pari malang itu berkali-kali hingga menyebabkan ikan pari yang sedang kelemasan itu terus lemah dan mati akibat terkena suatu goncangan yang kuat. Terdampar Nordin kepuasan setelah dikerjakan pari betina itu semahu-mahunya. Barulah Nordin faham kenapa rakan-rakannya sering mengusiknya tentang perkahwinan dan perempuan. Setelah segala-galanya selesai, dibasuhnya ikan pari itu dan mengeluarkan segumpalan lendir putih yang terpelusuk di dalam tubuh pari itu dengan suatu senyuman. Puas. Tanpa perasaan jijik, dimasukkan pari itu ke dalam tong ais bersama-sama dengan ikan-ikan yang lain untuk dijual kepada orang kampung. Sedang Nordin mengelamun malam itu, selepas makan malam, tiba-tiba fikirannya kembali pada perbuatan terkutuknya petang tadi. Para syaitan kembali menghasut agar mengulanginya kembali. Sekali lagi Nordin termakan hasutan itu dan kembali ke tong ais dan mengeluarkan pari berkenaan dan mengulangi perbuatannya yang jijik dan kotor itu pada bangkai pari yang tidak mampu berbuat apa-apa itu. Nordin berdayung dengan gelojohnya. Nafasnya turun naik bersama syaitan yang bersorak riang di sisinya. Nikmat bersetubuh dengan pari itu membuatkan Nordin tercungap-cungap dengan peluh yang mengalir ke seluruh badan. Disebabkan pari itu terlalu lama terdedah pada kepanasan dan kerakusan goncangan Nordin, akhirnya bangkai ikan malang itu menjadi busuk. Tanpa berasa belas terus Nordin membaling bangkai ikan pari betina itu terus ke tengah air pasang berhampiran rumahnya. Keesokan hari, gempar seluruh kampung apabila mereka terlihat seekor ikan pari yang besar terdampar di pasir pantai. Oleh kerana pari tersebut telah busuk, maka tidak siapalah yang mengambilnya dan dibiarkan sahaja terus membusuk. Nordin pula meneruskan semula kerja-kerjanya seperti biasa tanpa berasa sedikitpun kesal atas perbuatannya itu. Pagi itu Nordin turun ke laut dengan kawan-kawannya memukat udang. Setiap kali menarik pukat, Nordin akan berangan-angan untuk mendapatkan pari yang lebih besar. Apabila tidak bertemu beliau akan berasa geram dan marah. Di hempas-hempasnya pukat dan jala ke atas bot sambil menyumpah seranah ikan-ikan hasil tangkapannya itu. Setiap malam Nordin tidak keruan menahan gelora nafsu. Dia sentiasa terbayang-bayang perbuatannya terhadap pari betina hasil tangkapan yang lalu. Pagi esok, tanpa berlengah lagi cepat-cepat Nordin turun ke laut memasang pukat. Cita-citanya besar, untuk menangkap ikan pari betina yang lebih besar agar 'kenikmatan' akan bertambah. Setelah berpanas menunggu hasil tangkapan akhirnya Nordin dapat juga seekor ikan pari betina yang besar seperti yang diidamkannya. Beberapa ketika timbul pula seekor lagi betina yang lebih besar, juga ditangkapnya dan diletakkan di dalam bot. Gembiranya hati Nordin bukan kepalang, mahu sahaja diterkamnya 2 ekor pari yang masih hidup itu namun ditahannya hingga ke rumah. Begitulah hasutan syaitan terhadap nafsu Nordin. Sesampai di rumah, selepas mengeluarkan duri berbisa pari tersebut, terus beliau melayari nafsu rakusnya bersama pari-pari itu bergilir-gilir. Pari-pari yang masih hidup itu mengelupur kesakitan menahan goncangan Nordin yang terlalu kuat. Pari-pari itu seperti tahu bahawa dirinya telah dinodai oleh manusia rakus dan kejam seperti Nordin, ia mengelupur sambil mengerak-gerakkan sayapnya beberapa kali meminta diri dilepaskan, namun Nordin tidak kisah dengan itu semua, biar apapun terjadi nafsu serakahnya harus dilepaskan dan pari itulah yang akan menjadi mangsa. Petang itu tanpa berasa jijik dan kotor dibasuhnya ikan pari itu dan dijualkan kepada kanak-kanak yang berpeleseran di tepi rumahnya. Berebut-rebut kanak-kanak itu membeli pari besar dan banyak isi itu untuk dibuat lauk kerana Nordin menjualnya dengan harga murah. Tanpa disedari sudah lebih tiga bulan perkara itu terjadi sehingga tiada lagi rasa minatnya pada perempuan. Sesekali difikirkan juga akan buruk kelakuannya itu namun dipendamkan saja. Sehinggalah pada suatu petang beliau telah dikunjungi rakan lama. Rakan ketika alam persekolahan dahulu. Walaupun beliau pendiam dan sukar bergaul namun Ramli (bukan nama sebenar) bukan seperti orang lain padanya. Ramli adalah rakan tempat beliau mencurah segala masalah yang melanda dirinya satu masa dahulu. Malah Ramli lah tempat dia menumpang kasih setelah ketiadaan ibu dan ayah. Ramli bercadang untuk bermalam barang seminggu dirumahnya untuk menghabiskan cuti semesta. Ramli sempat belajar hingga ke Universiti tetapi Nordin tersangkut kerana kemiskinan hidup yang tidak mengizinkan beliau menyambung pelajaran. Ramli bercadang untuk belajar menangkap ikan dengan Nordin sepanjang cutinya itu. Nordin bagaikan tersentak sedikit kerana beliau terpaksalah memendam rasa untuk melepaskan nafsu syaitannya itu pada pari-pari hasil tangkapannya kelak. Suatu hari sedang mereka berada di kuala laut menunggu pukat, mereka bersembang tentang hal masing-masing. Di situlah Nordin mula melepaskan rahsianya yang selama ini dipendamkan. Rahsia tentang tabiat buruknya. Apalagi terkejut besar Ramli mendengar pengakuan rakan karibnya itu. Dinasihatnya Nordin agar kembali insaf diatas perbuatannya. Nordin mengangguk-angguk tanda setuju. Beliau telah bertekad dalam hati untuk membuang sahaja tabiat buruknya itu dan kembali ke pangkal jalan. Ramli lega dengan keinsafan Nordin dan bersyukur pada Tuhan. Rupanya Tuhan telah menghantar Ramli untuk memberi peluang kedua pada Nordin agar insaf dan bertaubat. Namun tidak semudah itu, keinsafan Nordin itu hanya muncul sepanjang Ramli berada dirumahnya sahaja, setelah Ramli tiada, gelora nafsunya tiba-tiba sahaja memuncak kembali. Tuhan mahu menguji sejauh mana keinsafan dan keikhlasan hati Nordin pada perjanjiannya dulu. Ternyata Nordin tewas, tewas dalam ujian Tuhan yang tiada henti-henti menguji setiap hambanya. Pagi itu beliau kembali ke laut memasang pukat. Hatinya begitu lega kerana pukatnya mengena seekor pari betina yang besar dan gemuk. Nordin cepat-cepat membelek-belek alat kelamin pari betina itu dan mengusapnya beberapa kali. Gelora nafsunya semakin memuncak. Tanpa perlu pulang ke rumah, diatas botnya itu juga dihayunnya senjata tajam miliknya yang tiada bermata itu. Setelah dilanyak dan dihayun beberapa kali Nordin semakin hilang pertimbangan. Syaitan kini telah merasuk dirinya. Sedang leka berdayung, tiba-tiba beliau merasa suatu kelainan pada hayunan tubuhnya kali ini. Hisapan pari itu pada senjatanya semakin kuat hingga kenikmatan tadi bertukar menjadi perit dan pedih. Di tengah laut Nordin menjerit kesakitan. Sakit seperti dihiris-hiris. Seluruh tubuhnya tiba-tiba menjadi kejang dan keras. Beliau tidak lagi dapat bernafas dan bergerak. Tubuhnya mengelupur sama seperti ikan pari betina itu yang mengelupur kesakitan menahan hentakan kuat di tubuhnya dahulu. Rupanya kemaluan Nordin telah ditusuk oleh duri anak ikan pari yang belum lahir dalam perut ibunya. Akhirnya Nordin keras dan meninggal di situ juga, di atas bot yang menjadi saksi diatas segala perbuatan Nordin selama ini. Petang itu kembali gempar seluruh kampung apabila bot Nordin terdampar di tepian pantai dengan Nordin yang masih tertiarap di atas tubuh pari betina dengan alat kemaluan yang masih tertusuk dalam perut pari betina itu. Tubuhnya hitam kebiru-biruan. Sesekali apabila pari betina itu mengelupur, mayat pucat Nordin turut menggelepar. Ngeri dan tragis sekali. Penduduk kampung begitu terkejut dengan penemuan yang tidak disangka-sangka itu, apatah lagi Nordin bukan orang asing bagi mereka. Seluruh kampung merasa malu dengan perbuatan Nordin dan mengambil keputusan untuk mengkebumikan jenazah Nordin di luar perkampungan itu. Bukan setakat orang kampung sahaja malah saudara-mara dan kawan-kawannya semua tidak peduli dengan kubur Nordin. Dibiarkan sahaja tanpa dinesan dan dibersihkan. Mereka menanggung malu seumur hidup kerana perbuatan Nordin telah menjadi buah mulut orang ramai sehingga ke luar daerah. Begitulah betapa Tuhan melaknat perbuatan zina, tidak kira pada sesiapa sahaja seperti dalam firmanNya yang bermaksud "Jauhkan dirimu dari zina kerana zina itu kebinasaan,"
KISAH TAUBAT: Mati Ketika Sedang Berzina Dengan ikan Pari

ANTARA ILMU & HARTA

Suatu hari semasa Khalifah Ali sedang memberi syarahan dalam sebuah majlis ilmu, datang 10 orang lelaki yang hendak menguji kehebatan ilmunya.
“Wahai Ali, benarkah Rasulullah berkata; Saya adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya?” Tanya salah seorang daripada lelaki itu.
“Memang benar……,” jawab Khalifah Ali bin Abi Talib.
Lelaki pertama bertanya, “Wahai Ali, manakah yang lebih baik antara ilmu dengan harta?”. “Sudah tentu ilmu itu lebih baik daripada harta,” jawab Sayyidina Ali.
“Apa dalilnya, wahai Ali?” tanya lelaki itu lagi. “Wahai saudaraku, ilmu itu adalah warisan para nabi dan rasul. Harta itu warisan Qarun” jawab Sayyidina Ali.
Lelaki kedua pula bertanya, “Wahai Ali, manakah lebih baik antara ilmu dengan harta?”. “Tentulah ilmu itu yang lebih baik daripada harta,” jawab Sayyidina Ali, tanpa menunjukkan rasa marah.
“Apa dalilnya?” tanya lelaki ke-dua itu lagi. “Wahai saudaraku, ilmu itu menjaga kamu tetapi harta itu kamu yang menjaganya,” jawab Sayyidina Ali.
Lelaki ke-tiga pula bertanya, “Wahai Ali, manakah yang lebih baik antara harta dengan ilmu?”. Maka dijawab oleh Sayyidina Ali, “Wahai saudaraku, orang yang mempunyai banyak harta akan mempunyai ramai musuh. Tetapi orang yang berilmu mendapat ramai kawan,"
Lelaki keempat juga bertanya soalan yang sama. Jawapan Sayyidina Ali, “Wahai saudaraku, harta apabila ia dibelanjakan maka ia akan berkurang, sedangkan ilmu, jika ia diamalkan semakin bertambah."
Lelaki kelima juga bertanyakan soalan yang sama. Maka dijawab oleh Sayyidina Ali, “Wahai saudaraku, orang yang banyak harta biasanya kedekut dan tidak dihormati. Mereka yang banyak ilmu pemurah dan dihormati."
Lelaki keenam pula bertanya soalan yg sama, lalu dijawab oleh Sayyidina Ali, “Pemilik harta akan dihisab pada hari kiamat. Ilmu pula akan memberi syafaat kepadanya pada hari kiamat.”
Sayyidina Ali memandang ke arah lelaki yang ketujuh lalu berkata, “Harta menjadikan pemiliknya keras hati, tetapi ilmu menjadikan pemiliknya terang hati."
Kepada lelaki kelapan Sayyidina Ali berkata, “Harta semakin lama disimpan ia semakin usang; tetapi ilmu tidak usang dan tidak lapuk.”
Kemudian Sayyidina Ali terus berkata, “Pemilik harta akan berkata harta itu milik dia. Pemilik ilmu pula berkata ilmu itu milik Allah.”
Akhirnya 10 orang lelaki yang hendak menduga ilmu Amirul Mukminin Sayyidina Ali bin Abi Talib beredar. Orang ramai berasa kagum kerana Sayyidina Ali dapat memberikan banyak jawapan untuk hanya satu soalan.
”Sekiranya 100 orang yang datang bertanya satu soalan yang sama, aku boleh memberi 100 jawapan yang berbeza,” kata Khalifah Ali bin Abi Talib.
My MiND SToRieS: ANTARA ILMU & HARTA

Kisah Pemuda Malas Solat

Assalamualaikum..

Islam itu mudah apabila,pertama,menjalankan syari’at Islam boleh secara bertahap. Dalam hal ini, seorang muslim tidak serta-merta diharuskan menjalankan kewajipan agama dan amalan-amalan sunnah secara serentak.

Ada tahap yang mesti dilalui: mulanya kita hanya diperintahkan untuk melaksanakan kewajipan-kewajipan asas agama. Setelah yang asas-asas itu berhasil dilakukan dengan baik dan rapi, kalau punya kekuatan dan kesempatan, maka dianjurkan untuk menambah dengan amalan-amalan sunnah.

Bagaimana?
Pertama, membenarkan Islam diamalkan secara berperingkat- peringkat seperti kita mendidik seseorang untuk bersolat. Saya berikan contoh dari cerita seorang lelaki yang baik tetapi tidak bersolat.

Kisahnya bermula di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah. Setiap kali ada ulama yang berkunjung ke tempat mereka, seringkali jugalah penduduk setempat mengadu kepada ulama yang datang bertandang berkenaan sikap pemuda tersebut.

Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini. Malah makin menjadi-jadi.

“ Awak wajib mendirikan solat lima waktu. Solat merupakan tiang agama kita” kata salah seorang pendakwah kepada pemuda tersebut.

“ Emm..insyaAllah kalau saya rajin saya akan buat ye “ jawab pemuda tersebut secara sinis.

Begitulah seterusnya. Sehinggalah datang seorang ulama daripada al-Azhar al-Syarif bertandang ke tempat mereka. Aduan yang sama diberikan. Setelah mendengar dengan teliti aduan para penduduk. Maka Ulama ini berkenan untuk bertemu dengan pemuda ini.

“ Syeikh pun nak tegur saya juga? Nak suruh saya dirikan solat lima waktu?” sindir pemuda ini bila melihat ulama tersebut datang bertamu ke rumahnya.

Ulama tersebut sambil tersenyum menjawab “ Sekadar ingin berkenalan.Tiada langsung niat saya ingin memaksa kamu seperti yang kamu sebutkan”.

Pertemuan pertama berjalan dengan lancar. Langsung tidak disentuh oleh ulama tersebut berkenaan solat . Perkara yang dilaksanakan hanyalah sekadar merapatkan tali silaturrahim. Bincang tentang pekerjaan, tempat tinggal, sara hidup dan lain-lain.

Pemuda tersebut begitu senang dengan perlakuan Syeikh. Tanpa sedar terselit rasa kagum pada seorang tua berjubah tersebut. Tidak seperti yang selalu datang bertemu dengannya. Setiap kali duduk , terus memberikan peringatan dan dalil-dalil tentang haramnya meninggalkan solat.

Akhirnya pemuda ini pula datang berkunjung ke tempat penginapan Syeikh. Maka semakin bertambah mesra pergaulan mereka. Begitulah keadaan seterusnya, Syeikh tetap tidak pernah menyentuh tentang solat. Sehinggalah tiba satu hari, Syeikh memberitahu bahawa beliau akan berangkat pulang ke Mesir. Ini kerana tugas yang diberikan oleh pihak al-Azhar ditempat tersebut telah selesai. Pemuda itu datang bertemu Syeikh. Rasa sedih akan berpisah dengan seorang ulama menyentak-nyentak jiwanya.

Sebelum berpisah, Syeikh memeluk Ahmad seraya berkata dengan lembut “ Ahmad, aku ada mendengar suara-suara mengatakan bahawa engkau tidak pernah bersembahyang. Betulkah begitu?”Tersentak Ahmad bila mendengar pertanyaan daripada Syeikh tersebut.

“ Memang benar wahai tuan Syeikh. Bukan aku tidak mengetahui bahawa ianya wajib cuma sikap malas yang ada padaku inilah yang menghalang untukku melakukannya”jawab Ahmad memberikan alasan.

“Baiklah, kalau begitu, bolehkah kamu tunaikan permintaanku sebelum aku berangkat pulang?”

“Permintaan apa itu wahai tuan?”

“ Kamu pilih solat mana yang paling ringan untuk kamu dirikan. Satu pun sudah memadai, Boleh?”Tanya Syeikh kepada Ahmad.

Terkejut Ahmad mendengar pertanyaan Syeikh. Belum pernah dia dengar solat boleh dipilih-pilih untuk disempurnakan.

“ Bolehkah begitu wahai tuan Syeikh?” Tanya Ahmad penuh keraguan.

“Boleh tapi hanya untuk kamu sahaja” Jawab Syeikh sambil tersenyum.

“ Baik ,dulu kamu pernah ceritakan kepadaku bahwa kamu berkerja sebagai petani bukan? Dan kamu juga sering bangun awal pagi untuk ke kebunmu. Bukankah begitu Ahmad?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“Benar Tuan Syeikh”

”Kalau begitu aku cadangkan kepadamu, alang-alang kamu telah bangun setiap awal pagi , apa kata jika kamu basahkan sedikit sahaja anggota tubuhmu dengan wudhuk dan terus selepas itu dirikan solat subuh dua rakaat. Dua rakaat sahaja, rasanya tidak terlalu berat bukan?” Syeikh memberikan cadangan kepada Ahmad.

Ahmad tanpa banyak bicara terus menerima cadangan Tuan Syeikh. Perasaan serba salah menyelinap jiwanya jika dia menolak permintaan syeikh tersebut yang terlalu rapat dengannya.

“Janji denganku Ahmad yang kamu tidak akan meninggalkan sekali-kali solat subuh ini di dalam hidupmu. InsyaAllah tahun depan aku akan berkunjung lagi ke sini. Aku berharap agar dapat bertemu denganmu di Masjid setiap kali solat subuh tahun hadapan.Boleh ya Ahmad? Syeikh memohon jaminan daripadanya.

“ Aku berjanji akan menunaikannya”. Maka dengan senang hati Tuan Syeikh memohon untuk berangkat pulang ke Mesir. Di dalam hatinya, memohon agar Allah memberikan kekuatan kepada Ahmad untuk melaksanakan janjinya.

Tahun berikutnya, setelah Tuan Syeikh sampai di tempat tersebut, beliau benar-benar gembira bilamana melihat Ahmad benar-benar menunaikan janjinya. Namun menurut penduduk setempat, Ahmad hanya solat subuh sahaja. Solat yang lain tetap tidak didirikan. Tuan Syeikh tersenyum. Gembira dengan perubahan tersebut.

Suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid. Syeikh memanggil Ahmad. Seraya bertanya: “ Bagaimana dengan janjimu dulu Ahmad.Adakah ada terdapat hari yang engkau tertinggal menunaikan solat subuh?”.Ahmad menjawab dengan yakin : “ Berkat doamu tuan Syeikh, Alhamdulillah sehari pun aku tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid ini”

“Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engaku benar-benar menunaikan janjimu.”

“ Mudah sahaja rupanya tunaikan solat ini ya Tuan”

“ Perkara yang kamu lakukan tanpa paksaan pasti akan kamu rasakan mudah sekali. Yang penting jangan rasakan ianya suatu paksaan .Tetapi anggap ianya suatu kegemaranmu. Seperti kamu berkebun. Tiada yang memaksa, tetapi disebabkan minatmu yang mendalam terhadap kerja-kerja itu, maka tanpa disuruh kamu akan melaksanakannya bukan?”Syeikh menerangkan kepada Ahmad.

“ Benar apa yang tuan katakan.Perkara yang kita lakukan dengan minat, tanpa dipaksa pun akan kita laksanakan”

“Ahmad, kamu habis bekerja pukul berapa ya?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“ Ketika azan Zohor aku berhenti untuk makan , kemudian aku sambung kembali kerja sehingga hampir Asar”

“Pasti kamu bersihkan sedikit dirimu bukan ? Membasuh tangan dan kaki untuk duduk menjamah makanan? Benar Ahmad?” Tanya Syeikh meminta kepastian.

“Ya benar Tuan”

“ Kalau begitu, apa pendapatmu jika aku mencadangkan agar engkau lebihkan sedikit basuhanmu itu. Terus niatkan ianya sebagai wudhuk. Selesai makan, terus dirikan solat zohor empat rakaat. Sekadar empar rakaat tidak lama rasanya bukan? Takkan terjejas tanamanmu agaknya?” Kata Syeikh berseloroh kepada Ahmad.

Ahmad tertawa dengan gurauan Tuan Syeikh. “ Betul juga apa yang disebutkan oleh tuan. Baiklah mulai hari ini saya akan cuba laksanakannya”.

Jauh disudut hati Syeikh berasa sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Ahmad. Setelah selesai kerja Syeikh di tempat tersebut. Beliau berangkat pulang ke Mesir. Beliau berjanji untuk datang semula pada tahun hadapan.

Begitulah keadaannya Ahmad. Setiap tahun Syeikh bertandang, maka setiap kali itulah semakin bertambah bilangan solat yang dilakukan. Kini masuk tahun ke lima Syeikh bertandang ke tempat tersebut.

Ahmad seperti biasa hanya mendirikan solat empat waktu kecuali Isya’. Selesai menunaikan solat Maghrib. Terus beliau berangkat pulang ke rumah.

Suatu hari semasa Tuan Syeikh melihat Ahmad hendak berangkat pulang setelah menunaikan solat Maghrib berjemaah. Terus beliau memanggil Ahmad.

“ Bagaimana dengan kebunmu Ahmad? Bertambah maju?” Syeikh memulakan bicara.

“ Alhamdulillah, semakin bertambah hasilnya Tuan”

“ Baguslah begitu.Aku sentiasa doakan hasilnya semakin bertambah.”Doa Tuan Syeikh kepada Ahmad.

“ Ahmad, aku ingin bertanya kepadamu sebelum engkau pulang. Cuba engkau perhatikan dengan baik. Apa lebihnya kami yang berada di dalam masjid ini berbanding kamu? Dan Apa kurangnya kamu berbanding kami yang berada di dalam masjid ini?”

Ahmad tunduk sambil memikirkan jawapan yang patut diberikan.

“ Lebihnya kamu semua adalah kerana kamu mendirikan solat Isya’, sedangkan aku tidak menunaikannya”

“Baiklah, adakah kamu ingin menjadi orang yang lebih baik daripada kami semua?”Tanya Tuan Syeikh menguji.

“Sudah tentu wahai Tuan Syeikh” jawab Ahmad dengan penuh semangat.

“ Kalau begitu dirikanlah solat Isya’. Maka engkau tidak lagi kurang berbanding kami.Malah engkau akan menjadi lebih baik daripada kami” Syeikh memberikan jawapan yang cukup berhikmah kepada Ahmad.

Akhirnya, berkat kesabaran Tuan Syeikh mendidik Ahmad.Beliau berjaya menjadikan Ahmad seorang yang tidak lagi meninggalkan solat.

Lima tahun bukanlah masa yang singkat untuk memberikan dakwah sebegini. Kesabaran dan hikmah yang tinggi sangat-sangat diperlukan demi menyampaikan risalah dakwah.

Berbeza dengan kita sekarang. Sekali kita bercakap, harapan kita biar sepuluh orang berubah dalam sekelip mata. Oleh kerana itulah, bilamana orang menolak dakwah kita, kita mencemuh, mengeji dan mengatakan bahawa semua sudah lari daripada jalan dakwah.Lari daripada jalan kebenaran.

Kisah Pemuda Malas Solat | wazy84[dot]com

Wasiat Rasulullah SAW kepada Aisyah r.a - Arrahmah.com

‘Aisyah r.’a meriwayatkan : Rasulullah SAW bersabda “Hai Aisyah, aku berwasiat kepada engkau.

Hendaklah engkau senantiasa mengingat wasiatku ini. Sesungguhnya engkau akan senantiasa di dalam kebajikan selama engkau mengingat wasiatku ini…”

Intisari wasiat Rasulullah s.a.w tersebut dirumuskan seperti berikut: Hai, Aisyah, peliharalah diri engkau. Ketahuilah bahwa sebagian besar daripada kaum engkau (kaum wanita) adalah menjadi kayu api di dalam neraka.

Diantara sebab-sebabnya ialah mereka itu :

(a) Tidak dapat menahan sabar dalam menghadapi kesakitan (kesusahan), tidak sabar apabila ditimpa musibah

(b) Tidak memuji Allah Ta’ala atas kemurahan-Nya, apabila dikaruniakan nikmat dan rahmat tidak bersyukur.

(c) Mengkufurkan nikmat; menganggap nikmat bukan dari Allah

(d) Membanyakkan kata-kata yang sia-sia, banyak bicara Yang tidak bermanfaat.

Wahai, Aisyah, ketahuilah :

(a) Bahwa wanita yang mengingkari kebajikan (kebaikan) yang diberikan oleh suaminya maka amalannya akan digugurkan oleh Allah

(b) Bahwa wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, maka pada hari kiamat, Allah menjadikan lidahnya tujuh puluh hasta dan dibelitkan di tengkuknya.

(c) Bahwa isteri yang memandang jahat (menuduh atau menaruh sangkaan buruk terhadap suaminya), Allah akan menghapuskan muka dan tubuhnya Pada hari kiamat.

(d) Bahwa isteri yang tidak memenuhi kemauan suami-nya di tempat tidur atau menyusah-kan urusan ini atau mengkhiananti suaminya, akan dibangkitkan Allah pada hari kiamat dengan muka yang hitam, matanya kelabu, ubun-ubunnya terikat kepada dua kakinya di dalam neraka.

(e) Bahwa wanita yang mengerjakan sholat dan berdoa untuk dirinya tetapi tidak untuk suaminya, akan dipukul mukanya dengan sholatnya.

(f ) Bahwa wanita yang dikenakan musibah ke atasnya lalu dia menampar-nampar mukanya atau merobek-robek pakaiannya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka bersama dengan Isteri nabi Nuh dan isteri nabi Luth dan tiada harapan mendapat kebajikan syafaat dari siapa pun;

(g) Bahwa wanita yang berzina akan dicambuk dihadapan semua makhluk didepan neraka pada hari kiamat, tiap-tiap perbuatan zina dengan depalan puluh cambuk dari api.

(h) Bahwa isteri yang mengandung ( hamil ) baginya pahala seperti berpuasa pada siang harinya dan mengerjakan qiamul-lail pada malamnya serta pahala berjuang fi sabilillah.

(i) Bahwa isteri yang bersalin ( melahirkan ), bagi tiap-tiap kesakitan yang dideritainya diberi pahala memerdekakan seorang budak. Demikian juga pahalanya setiap kali menyusukan anaknya.

(j) Bahwa wanita apabila bersuami dan bersabar dari menyakiti suaminya, maka diumpamakan dengan titik-titik darah dalam perjuangan fisabilillah.

Allahumma Amin..

Wasiat Rasulullah SAW kepada Aisyah r.a - Arrahmah.com

Penduduk dedah kisah misteri



KULIM - Beberapa hari lalu penduduk di Taman Sri Kulim dikejutkan dengan berita jelmaan wanita berselendang hitam yang berjalan sambil mendukung batu nisan.

Selain itu, beberapa kejadian aneh turut dilaporkan berlaku di sekitar kawasan berkenaan. Walaupun ia tidak dihebahkan tetapi ia diakui oleh penduduk.

Bekas Pengerusi Skim Rondaan Sukarela (SRS) Taman itu, Ahmad Jusoh berkata, sebelum ini beberapa penduduk pernah terserempak dengan jelmaan itu tetapi ia tidak diendahkan.

Walaupun ia mengerikan tetapi mereka yang mengalaminya tidak menceritakan kepada penduduk lain sehinggalah Sinar Harian mengupas kisah misteri itu.

“Kejadian pernah berlaku pada seorang penduduk di taman ini. Kira-kira jam 12.30 pagi, dia terdengar suara wanita memberi salam di luar rumahnya.

“Dia didatangi seorang wanita yang sangat cantik. Wanita itu memaklumkan bahawa dia datang dari Pahang dan ingin ke rumah saudaranya di taman itu.

“Penduduk berkenaan kemudiannya menunjukkan arah tetapi wanita itu meminta supaya menghantarnya,” katanya.

Menurutnya, atas dasar simpati, penduduk itu kemudiannya akur kehendak wanita terbabit.

“Ketika berjalan, wanita itu memaklumkan bahawa tapak asrama berdekatan taman itu dulunya merupakan kawasan hutan. Bertambah pelik lagi, dia tiba-tiba sahaja bercerita mengenai kewujudan syaitan, jin dan iblis.

“Apabila sampai di satu selekoh, penduduk itu dengan tiba-tiba tercium bau busuk dan apabila menoleh belakang dia mendapati wanita tadi sudah tidak ada di belakangnya lagi,” katanya.

Ahmad Jusoh berkata, dalam keadaan tergamam, penduduk itu kemudiannya terkejut apabila dia ternampak wanita terbabit terbang lalu menuju ke arah hutan berdekatan.

Selain daripada kisah tadi, penduduk lain juga pernah terserempak dengan jelmaan wanita berkenaan yang sering bertenggek di tepi jalan atau di atas pokok.

Sinar Harian kemudiannya berjumpa seorang pengamal perubatan tradisional yang tinggal di Kampung Padang Tembak dan tidak mahu namanya disiarkan bagi mendapatkan penjelasan tentang kemunculan jelmaan itu.

Menurutnya, sebelum pembangunan dijalankan di taman itu, tapak pembinaan asrama yang sedia hari ini merupakan kawasan kampung. Wanita jelmaan itu tinggal di hujung kampung kerana dipulaukan oleh penduduk. Dia sangat cantik dan menjadi kegilaan ramai lelaki di kampung itu.

“Memandangkan dia terlalu cantik, ramai dalam kalangan penduduk kampung terutama wanita membenci dirinya selain menuduhnya membela jembalang dan pelesit.

“Ketika hamil dua bulan, suaminya meninggal dunia. Wanita malang itu duduk di rumah dan tidak berani keluar pada waktu siang kerana dikhuatiri dicerca oleh penduduk kampung,” katanya.

Malangnya, wanita itu meninggal dunia bersama anaknya ketika dia bersalin.

“Apa yang lebih menyedihkan tidak ada siapa mempedulikan tentang kematian dua beranak itu dan mayatnya tidak diurus dan dikebumikan.

“Walaupun penduduk kampung terhidu bau busuk dari rumah wanita itu tetapi mereka tidak mengendahkannya sehinggalah rumah mereka reput dan akhirnya menyembah bumi,” katanya.
SH

Anak cari bapa kandung

MUAR – Seorang wanita terpaksa menunda majlis pernikahannya berikutan gagal mengesan bapa kandungnya, Ngadiman Dollah, 50.

Aishah Ngadiman, 23, berkata, majlis :pernikahannya yang sepatutnya berlangsung pada pertengahan Julai ini tidak dapat dilaksanakan sebagaimana perancangan asal.

“Kini, saya menetap bersama keluarga angkat di Kampung Teluk Kemang, Sungai Terap, Muar.

“Manakala, keluarga kandung tinggal di Jalan Pantai Emas Klebang berhampiran Klebang Besar,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, dia tidak lagi tinggal sebumbung bersama keluarganya sejak Januari lalu, kerana bekerja di daerah ini.

“Pada 28 Jun lalu, saya bersama bakal suami, Kasim Yahya, 31, ke Melaka untuk mencari keluarga kandung.

“Namun, saya terkejut setelah mendapati rumah berkenaan tidak berpenghuni selain ditumbuhi lalang dan semak,” katanya.

Aishah berkata, dia menjadi bingung apabila keluarga menghilang secara tiba-tiba, tambahan pula tarikh pernikahannya semakin hampir.

“Kami turut berusaha bertanya kepada jiran terdekat bagi mendapatkan alamat terbaru keluarga, namun mereka juga tidak mengetahui keluarga saya sudah berpindah dari kampung berkenaan.

“Kasim pernah menelefon keluarga saya untuk meminta sijil akuan nikah ibu bapa saya dan mereka turut berjanji akan menghantar dokumen berkenaan melalui pos, namun sehingga kini saya masih belum menerimanya,” katanya.

Menurutnya, pada masa sama, dia tidak berputus asa menjejaki keluarganya dengan melakukan pelbagai usaha.

“Ini termasuk mengupah saudara terdekat untuk menjejaki keluarganya tetapi sehingga kini masih belum ada sebarang perkembangan positif,” katanya.

Walaupun begitu katanya, dia berharap bapanya dapat tampil bagi melancarkan proses pernikahan dan dia turut merindui keluarganya yang terpisah hampir lima bulan lalu.

“Saya mohon kerjasama daripada ayah agar dapat menghubungi saya di talian 0176099571 atau datang ke Pejabat Agama Islam Daerah Muar dengan segera bagi memudahkan urusan pernikahan kami,” katanya.

Sementara itu, Kasim berkata, dia turut tidak ketinggalan membantu Aishah menjejaki keluarganya dengan mencari di sekitar Johor dan Melaka dan pernah beberapa kali .membuat panggilan telefon kepada bakal mentua tetapi tidak dijawab.SH

2 warga emas ditinggalkan



SENAI- Dua warga emas memohon agar keluarga mereka menjemput mereka pulang semula dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Kedua-dua warga emas itu dipercayai ditinggalkan individu yang mengenali mereka di dua lokasi berasingan iaitu di sebuah perhentian bas dan kedai kopi di Taman Ungku Tun Aminah, baru-baru ini.

Warga emas terbabit, Ng Kok Ting, 72, dan Woon Sang Chew, 56, kini ditempatkan di Pusat Jagaan Orang Tua Ceria.

Kok Ting dipercayai dihantar oleh individu yang dikenalinya dengan menaiki teksi sebelum ditinggalkan di sebuah kedai kopi sehari suntuk sebelum pemilik premis menghubungi pusat jagaan itu dan menyerahkannya.

Manakala Sang Chew pula ditinggalkan di sebuah perhentian bas di taman perumahan berkenaan sebelum orang awam yang melihatnya mundar mandir di situ menghubungi pusat jagaan terbabit.

Kedua-dua mereka didapati masih sihat dan tiada sebarang tanda-tanda cacat dan cela.

Menurut Sang Chew yang telah kematian dua anak dan suami, dia mahu mencari ibunya, Chong Chin You yang kini berusia lingkungan 70-an dan dipercayai berada di salah satu daerah iaitu di Kota Tinggi, Kulaijaya dan Mersing.

"Saya diserahkan kepada keluarga angkat sejak berumur tiga tahun kerana keluarga saya orang susah dan adik beradik ramai.

"Saya masih ingat semasa umur belasan tahun ada bertemu dengan emak sekali sahaja dan kemudian hubungan terputus dan kini berharap dapat bertemu emak dan saya ingin meminta maaf kepadanya, begitu juga adik-adik saya yang lain," katanya yang merupakan anak sulung daripada 13 beradik.

Salah seorang pekerja pusat jagaan itu, Ng Chee Lim berkata, pihaknya sudah berusaha untuk mengesan ahli keluarga kedua-dua warga emas itu berpandukan maklumat yang diberikan melalui perbualan mereka bersama kedua-dua warga emas itu.

"Ingatan mereka tidak begitu baik dan sebab itu, jawapan diterima berbeza-beza. Itu men�yukarkan pihak kami mengesan ahli keluarga mereka," katanya pada sidang akhbar di Kelab Media Cina Johor Bahru Selatan, Taman Pelangi, kelmarin.

Orang ramai yang mengenali dan mempunyai maklumat lanjut mengenai kedua-dua keluarga terbabit diminta hubungi talian 019-7111516 atau pusat jagaan terbabit di talian 012-7079191.
SH

5 minit bergelut dengan peragut



KEPALA BATAS - “Lima minit saya bergelut dengan peragut adalah tragedi hitam yang tidak dapat dilupakan seumur hidup apatah lagi turut mengalami kecederaan,” demikian kata Che Zasah Hashim, 64, dari Kampung Permatang Bertam di sini, yang trauma selepas menjadi mangsa ragut ketika sedang menyidai kain di hadapan rumahnya di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian pada jam 8.30 pagi itu, warga emas terbabit bukan sahaja mengalami kerugian lebih RM5,000 selepas rantai lehernya dilarikan peragut juga turut dicederakan.

“Tidak berperikemanusiaan apabila peragut itu sanggup menolak makcik hingga nyaris terkena bonggol simen sebelum melarikan diri,” katanya kepada Sinar Harian.

Ibu kepada empat anak itu berkata, ketika kejadian dia baru selesai menyidai kain di ampaian manakala suaminya, Ahmad Deraman, 74, sedang sarapan dalam rumah dan empat anaknya keluar bekerja.

“Selesai menyidai pakaian, saya bergerak untuk menyapu sampah di halaman rumah namun, tiba-tiba lengan kanan di pegang kuat oleh seseorang dari arah belakang.

“Dalam masa sama saya terasa amat sakit di bahagian leher dan sesak nafas apabila rantai yang dipakai tidak putus biarpun direntap beberapa kali oleh lelaki berkenaan,” katanya.

Menurutnya, dalam keadaan terhuyung-hayang dia cuba mempertahankan rantai lehernya daripada diragut dan dalam masa sama pening selepas ditumbuk pada bahagian mata kanannya dari arah belakang menyebabkan dia tidak dapat mempertahankan rantainya.

“Kesakitan yang dialami pada bahagian leher dan mata menyebabkan saya menjadi lemah sebelum peragut itu berjaya menarik keluar rantai melalui kepala sejurus selepas itu.

“Dalam kejadian itu, saya tidak berpeluang menjerit meminta tolong sedangkan suami hanya berada lebih kurang 1.5 meter dari tempat saya bergelut dengan peragut,” katanya.

Menurutnya, sebelum melarikan diri, peragut itu bertindak menolaknya hingga jatuh.

“Saya tidak sempat mengecam peragut itu kerana hanya melihat kelibatnya dari arah belakang selepas terjatuh tetapi dari warna kulitnya yang sawo matang mungkin dia berketurunan Melayu.

“Sejurus selepas itu baru saya menjerit meminta tolong,” katanya.

Suaminya kemudian membawa Che Zasah membuat laporan polis dan mendapatkan rawatan di Hospital Kepala Batas sejurus selepas itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias yang dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan jenayah ragut.
SH

Lima bulan dikurung ‘pucuk muda’

CEDERA...kesan tikaman di belakang badan Ngooi.
CEDERA...kesan tikaman di belakang badan Ngooi.

JOHOR BAHRU: Impian wanita berusia 41 tahun berkahwin dengan ‘pucuk muda’ yang juga seorang warga asing bertukar mimpi ngeri apabila dikurung serta didera termasuk ditikam sepanjang lima bulan berada di kediaman keluarga lelaki itu di Amman, Jordan.
Mangsa, Ngooi Sew Lan, berkata, lelaki berusia 25 tahun itu mendakwa dirinya anak hartawan ketika berkenalan melalui laman sosial ‘Tagged’ awal Januari tahun ini. “Saya berkenalan dengan lelaki dikenali sebagai Hamada ketika bertugas sebagai pengurus restoran di London, United Kingdom (UK).

“Saya mula menjalin hubungan cinta kerana tertarik dengannya. Kami serasi bersembang menggunakan Bahasa Inggeris dan Cina serta mendakwa dirinya ahli perniagaan,” katanya di sini, semalam.
Menurut Ngooi, dia kemudian bersetuju mengikuti Hamada ke Jordan untuk bertemu keluarga lelaki terbabit sambil melancong di sana.

Pada masa sama, dakwa Ngooi, Hamada meminjam RM48,000 daripadanya dengan alasan mahu meluaskan empayar perniagaan ke China.

“Pada mulanya, Hamada bersikap romantik tetapi tiba-tiba berubah seperti orang kurang siuman selain begitu obses terhadap saya.
“Bukan setakat dibelasah, malah dia pernah menikam belakang badan saya ketika berada di rumah keluarganya di Amman menyebabkan saya kehilangan banyak darah,” katanya.

Ngooi mendakwa, ketika itu dia tidak dapat menghubungi sesiapa untuk bantuan kerana sentiasa dikawal Hamada serta keluarganya dan barangan peribadinya termasuk pasport turut disimpan lelaki itu.
“Selepas ditikam dan dihantar ke hospital, saya menghubungi kakak di Malaysia bagi mendapatkan bantuan, 12 Jun lalu.

“Doktor memaklumkan saya bernasib baik kerana cepat dihantar ke hospital, jika tidak saya boleh kehilangan nyawa akibat cedera parah,” katanya.

Menurut Ngooi, tindakan kakaknya meminta bantuan pihak berkuasa negara ini dan Jordan membolehkan dia terlepas kawalan Hamada serta pulang ke negara ini dengan selamat.

Justeru, dia mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa Jordan yang menyelamatkannya selain menasihati golongan wanita tidak terpedaya dengan helah lelaki terutama dikenali menerusi Internet.

Bagaimanapun, kata Ngooi, Hamada masih menghubungi dan meminta dia menerimanya sebagai kekasih selain mendakwa tidak boleh hidup tanpa dirinya.

“Saya fobia masih diganggu Hamada, namun saya tidak akan memenuhi permintaannya untuk kembali bersama sebagai pasangan kekasih,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang, Mok Chek Hou berkata, dia menerima panggilan telefon kakak mangsa, Bong Yeng Phong, 42, memaklumkan situasi menimpa Ngooi lalu menghubungi Kementerian Luar dan Kedutaan Malaysia di Jordan.

Menurut Mok, tindakan pantas pihak berkuasa dengan bantuan polis Jordan membebaskan Ngooi pada 30 Jun lalu sebelum dibawa pulang ke negara ini.myMetro | Lima bulan dikurung ‘pucuk muda’

SPR anggap desakan Bersih sebagai ugutan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan desakan pemimpin Bersih dan parti pembangkang supaya kerajaan menambah baik sistem pilihan raya termasuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja sebagai ugutan.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata apabila Bersih mahu mengemukakan memorandum mengandungi lapan tuntutan kepada Yang di-Pertuan Agong, adalah wajar semua pihak menunggu reaksi atau kenyataan beliau dan tidak mengambil tindakan, termasuk mendesak atau mengugut kerajaan.

'Jika Bersih beriya-iya mahu mengemukakan lapan tuntutan kepada Yang di-Pertuan Agong, tunggu dulu jangan buat sebarang desakan yang boleh dilihat sebagai ugutan. Tindakan itu tidak wajar kerana Tuanku belum melihat memorandum.

'Mereka seolah-olah tidak menghormati istana, sebarang desakan atau yang berbaur ugutan tidak menyelesaikan masalah, itu bukan budaya kita,' kata Tan Sri Abdul Aziz.

SPR turut mempertikaikan campur tangan pemimpin pembangkang, termasuk Parti Islam Semalaysia (PAS), sekali gus mempertikaikan ketelusan Bersih dalam mengendalikan tuntutan yang sebelum ini mendakwa tidak dipengaruhi mana-mana parti politik.

'Pengerusi Bersih (Datuk S. Ambiga) memberitahu saya mereka tidak dipengaruhi parti politik, sebaliknya mereka bergerak bebas dan tidak menyebelahi mana-mana pihak, tetapi saya hairan kenapa Timbalan Presiden PAS (Encik Mohamad Sabu) boleh memberi kata dua kepada kerajaan sedangkan Bersih yang berurusan dengan SPR,' katanya kelmarin.

Selasa lalu, PAS memberi kata dua kepada kerajaan bahawa parti itu akan mendesak Bersih menganjurkan demonstrasi jalanan sekali lagi jika SPR gagal memenuhi tuntutan apa yang didakwa sebagai penambahbaikan proses pilihan raya.

Bersih pula mendesak Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi meneliti secara keseluruhan sistem pilihan raya di negara ini.

Mengulas lanjut, Tan Sri Abdul Aziz berkata SPR sentiasa membuat perubahan bagi kebaikan dan manfaat semua pihak, selain bersikap terbuka menerima pandangan, cadangan dan kritikan membina, termasuk di kalangan pemimpin lebih 30 parti politik di negara ini.

Malah, daripada 17 tuntutan dikemukakan Bersih, hanya lapan masih pada peringkat perbincangan.

Daripada jumlah itu, hanya empat yang ada kaitan dengan SPR iaitu menuntut senarai daftar pemilih dibersihkan, menggunakan dakwat kekal, menghapuskan undi pos dan memanjangkan tempoh kempen pilihan raya. -- BHM.

Cyberita Online Luar Negara

Budak AS dibunuh, mayat dikerat-kerat

NEW YORK: Seorang budak lelaki berusia lapan tahun dari Brooklyn yang tersesat ketika pulang sendirian dari perkhemahan di kejiranan Yahudi Ortodoks dibunuh dan anggota badannya dikerat-kerat oleh seorang lelaki yang ditanya mangsa arah ke rumahnya.

Mayat budak itu kemudian ditemui disumbatkan ke dalam tong sampah dan peti sejuk suspek, kata polis semalam.

Pembunuhan ngeri Leiby Kletzky itu mengejutkan kejiranan puak Yahudi Hasidik di Borough Park, kerana ia adalah antara kawasan paling selamat di New York dan lelaki yang ditahan itu seorang penganut fahaman Yahudi Ortodoks.

Usaha sehari suntuk mencari budak itu berakhir dengan penemuan kakinya yang sudah dipotong dalam sebuah peti ais di rumah suspek, yang telah dilihat bersama budak berkenaan dalam satu rakaman video, kata seorang pegawai kepada agensi berita The Associated Press (AP).

Baki tubuh mangsa ditemui dalam tong sampah di sebuah kawasan kejiranan lain.

'Ia satu igauan paling buruk bagi setiap ibu bapa,' kata Persuruhjaya Polis, Encik Raymond Kelly.

Levi Aron, suspek berusia 35 tahun itu, terbabit dalam pembunuhan itu, dedah beliau.

Polis berkata tidak ada bukti bahawa budak lelaki itu diserang secara seksual dan motif pembunuhan juga masih belum jelas.

Menurut polis, Aron 'panik' apabila dia terlihat gambar budak yang hilang itu pada lembar-lembar iklan yang diedarkan di kawasan kejiranannya.

Apa yang dilakukan polis sekarang ialah melihat sama ada Aron mempunyai sejarah penyakit mental. Dia ditahan atas dakwaan melakukan pembunuhan darjah kedua - satu pembunuhan tidak dirancang.

Pejabat pemeriksaan perubatan berkata ia sedang menyiasat bagaimana budak itu dibunuh.

Apabila para detektif tiba di apartmen loteng suspek sekitar 2.40 pagi (waktu tempatan), mereka bertanyakannya di mana mangsa, dia menganggukkan kepalanya sambil menunjuk ke arah dapur, kata Encik Kelly.

Para detektif melihat darah pada pintu peti ais suspek dan menemui kaki yang dibungkus dalam beg plastik, kata seorang pegawai atas syarat namanya tidak didedahkan.

Sekeping papan potong dan tiga bilah pisau berlumuran darah ditemui dalam peti sejuk itu, bersama sebuah beg plastik sampah dan tuala-tuala dengan kesan darah berdekatan peti sejuk itu.

Aron kemudian memberitahu polis di mana baki anggota tubuh budak itu; ia sudah dikerat-kerat dan dibungkus dengan beg-beg plastik dalam sebuah beg pakaian merah yang dicampakkan ke dalam tong sampah di sebuah kejiranan lain di Brooklyn, kata Encik Kelly. -- AP.

Cyberita Online Luar Negara

Libya tuduh Nato bunuh lebih 1,000 rakyat biasa

Duta Khas Russia: Gaddafi akan letupkan Tripoli jika jatuh ke tangan pemberontak
ASABAH (Libya): Pemerintah Libya menuduh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) membunuh lebih 1,100 rakyat biasa, sedang konflik di negara itu berterusan.

Dalam pada itu, duta khas Russia ke Libya, Encik Mikhail Margelov, berkata beliau percaya pemimpin negara itu, Encik Muammar Gaddafi, mempunyai 'rancangan maut' meletupkan Tripoli jika ia jatuh ke tangan pemberontak.

'Perdana Menteri Libya memberitahu saya: Jika para pemberontak merampas bandar itu, kami akan penuhinya dengan misil dan meletupkannya.

'Saya dapat bayangkan bahawa Gaddafi mempunyai rancangan maut serupa ini,' kata Encik Margelov dalam wawancara yang disiarkan akhbar Russia, Izvestia, semalam.

Encik Margelov telah bertemu dengan Perdana Menteri Libya, Encik Baghdadi al-Mahmudi, pada 16 Jun lalu di Tripoli.

Encik Margelov percaya Encik Gaddafi mempunyai banyak lagi bekalan letupan dan misil.

Kelmarin, para pemberontak telah menawan bandar Gualish, yang akan dijadikan tapak pelancaran bagi serangan mereka ke atas Tripoli.

Sementara itu, rejim Libya mengumumkan akan mendakwa ketua Nato, Encik Anders Fogh Rasmussen, di mahkamah Libya atas tuduhan 'jenayah perang' ekoran serangan udara pakatan itu.

'Sebagai Setiauasah Agung Nato, Encik Rasmussen bertanggungjawab atas tindakan yang diambil pakatan ini.

'Ia telah menyerang golongan yang tidak bersenjata - membunuh 1,108 rakyat biasa dan mencederakan 4,537 yang lain, dalam serangan ke atas Tripoli dan bandar serta kampung lain,' kata pegawai pendakwa raya Libya, Encik Mohamed Zekri Mahjubi.

Selain jenayah perang, Encik Mahjubi turut menuduh Encik Rasmussen cuba membunuh Encik Gaddafi, 'sengaja menyerang orang awam yang tidak bersalah' dan 'membunuh kanak-kanak.'

Encik Rasmussen dituduh cuba menjatuhkan rejim Libya dan menggantikannya dengan pasukan pemberontak bagi mengaup segala kekayaan minyak negara itu.

Sementara itu, Setiausaha Negara Amerika, Cik Hillary Clinton, telah berlepas dari Washington ke Turkey semalam bagi memulakan lawatan diplomatik bagi membincangkan isu Libya.

Beliau dijadualkan menghadiri mesyuarat di Turkey, yang bakal dihadiri oleh wakil dari lebih 40 negara yang menyokong operasi Nato bagi melindungi orang awam Libya.

Mesyuarat Kumpulan Kontak bagi Libya itu, antara lain, akan meneroka usaha meningkatkan tekanan ke atas Encik Gaddafi agar beliau meletak jawatan.

Ia juga akan meninjau usaha memberi sokongan dana kepada Majlis Kebangsaan Peralihan. -- AP, AFP, Reuters.

Cyberita Online Luar Negara

Populariti Obama di negara Islam merosot teruk

WASHINGTON: Populariti Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di dunia Arab merosot teruk sejak dua tahun beliau berucap di Kaherah, menggesa permulaan hubungan baru dengan dunia Islam.

Menurut kajian terbaru, sejumlah besar daripada 4,000 responden di Mesir, Jordan, Lubnan, Maghribi, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu berpendapat Obama gagal mencapai matlamat yang ditetapkannya ketika berucap di Kaherah pada 2009.


Kajian itu dilakukan oleh Institut Arab Amerika.

Dalam ucapannya itu, Obama menggesa ditamatkan prasangka dan rasa tidak puas hati antara Amerika Syarikat dan dunia Islam serta menggariskan rancangan negaranya untuk Asia Barat, termasuk sebuah negara Palestin.


Bagaimanapun, kajian itu mendapati, masyarakat Arab melihat pentadbiran Obama gagal menyumbang kepada hubungan lebih baik antara mereka dengan Amerika Syarikat. - AP

myMetro | Populariti Obama di negara Islam merosot teruk

Gaddafi mahu letup ibu negara

MOSCOW: Pemimpin Libya mempunyai ‘rancangan berani mati’ - meletupkan Tripoli sekiranya ibu negara itu dikuasai oleh pemberontak.

“Perdana Menteri Libya, Baghdadi al-Mahmudi memberitahu saya: Jika pemberontak menawan bandar raya itu, kami akan melambakkannya dengan peluru berpandu dan meletupkannya,” kata duta Russia, Mikhail Margelov dalam temuramah dengan akhbar Izvestia.


Beliau berunding dengan Baghdadi bulan lalu.

“Saya percaya rejim Gaddafi memiliki rancangan berani mati. Beliau masih mempunyai banyak peluru berpandu dan bom lain,” katanya.


Margelov yang mempunyai hubungan baik dengan pemimpin kanan Libya, mempertikaikan laporan kononnya Gaddafi akan kehabisan senjata dalam menghadapi pemberontak.


“Gaddafi masih belum menggunakan satupun peluru berpandu bumi ke bumi.

“Tripoli, secara teorinya mungkin berdepan dengan kekurangan peluru untuk kereta kebal dan raifal. Tetapi beliau masih mempunyai banyak peluru berpandu dan bahan letupan lain,” katanya.


Margelov berunding dengan Perdana Menteri Libya pada 16 Jun lalu di Tripoli selepas berbincang dengan pemberontak di Benghazi.

Russia berkecuali daripada pengundian ketetapan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mac lalu yang membuka jalan kepada serangan Nato dan sejak itu menyelar kempen pengeboman itu. - AFP

myMetro | Gaddafi mahu letup ibu negara

Sanggup mati untuk dapat kerja


GAMBAR Encino dalam laman webnya.
GAMBAR Encino dalam laman webnya.

UTAH: Seorang penganggur di sini berikrar untuk berusaha mendapatkan pekerjaan walaupun jika pekerjaan itu akan menyebabkan dia terbunuh.
Mork Encino bersedia meletakkan dirinya sebagai sasaran untuk pemburu yang kaya raya.
Katanya, dia gagal mendapatkan pekerjaan walaupun sudah berusaha bersungguh-sungguh sejak beberapa tahun lalu.

Kerana kecewa, dia mewujudkan laman web, huntme4sport.com.

Dia menjadikan dirinya sasaran buruan dengan bayaran AS$10,000 (RM30,000) dan sanggup berbogel untuk bayaran tambahan sebanyak AS$2,000 (RM2,000).

Laman web itu menunjukkan gambarnya dalam kedudukan bersembunyi yang melucukan sambil memakai dungari di samping kata-kata lucu.

Dia menulis: “Saya mencari lelaki yang baik hati yang menganggap diri mereka ahli sukan dan bosan dengan pemburuan biasa.

“ Saya adalah mangsa jenis baru, berbulu keras dan berkulit lembut.

“Saya lebih pantas daripada ayam belanda, lebih pintar daripada babi hutan dan bersedia untuk berkorban untuk memperoleh pendapatan bagi keluarga saya.

“Jika saya terperangkap dan terbunuh, anda berhak mendapat penghormatan daripada rakan pemburu dan semua wang hasil jualan organ saya.”

Laman itu mendapat sambutan di Amerika Syarikat dan Encino mengaku dia berusaha mendapatkan perhatian daripada orang ramai untuk mendapatkan pekerjaan. - AgensimyMetro | Sanggup mati untuk dapat kerja