Pages

Wednesday, February 29, 2012

Tumor 22kg dalam rahim dikeluarkan

Tumor 22kg dalam rahim dikeluarkan - Global - Sinar Harian: "NEW DELHI - Seorang pesakit wanita kini berada dalam keadaan stabil selepas doktor di Institut Perubatan Siswazah di Rothak berjaya mengeluarkan tumor sebesar bola sepak dari rahimnya, menurut pihak hospital, kelmarin.

Doktor yang mengetuai pembedahan selama tiga jam itu, Savita Rani Singhal berkata, Suresha Singh, 45, menghidapi tumor bukan sel barah seberat 22 kilogram tersebut sejak enam tahun lalu.

“Ia terhasil dari tisu pepejal dan dipercayai tumor paling besar dalam sistem peranakan yang pernah ditemui dalam dunia perubatan,” menurutnya."

'via Blog this'

Krisis Syria bunuh lebih 7,500

Krisis Syria bunuh lebih 7,500 - Global - Sinar Harian: NEW YORK - Lebih 7,500 orang telah terbunuh di Syria sejak pasukan keselamatan melancarkan pendekatan keras terhadap kumpulan-kumpulan yang memberontak sepanjang setahun lalu,kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Penolong Setiausaha Agung PBB bagi Hal Ehwal Politik, Lynn Pascoe berkata, terdapat laporan-laporan berwibawa mengatakan lebih 100 orang awam mati setiap hari.

"Ada laporan-laporan yang berwibawa mengatakan angka kematian kini melepasi 100 orang setiap hari, termasuk wanita dan kanak-kanak," kata beliau.

"Sudah pasti jumlah kematian setakat ini sudah melebihi 7,500 orang," kata beliau dipetik laporan BBC.

Kerajaan Syria berkata, sekurang-kurangnya 1,345 anggota pasukan keselamatan terbunuh dalam usaha menangani kumpulan-kumpulan bersenjata dan pengganas dan menurutnya seramai 2,493 orang awam turut terbunuh setakat ini.
Kebangkitan rakyat menentang kepimpinan Presiden Bashar al-Assad.

Di Washington, Setiausaha Negara Hillary Clinton mendakwa Bashar memang layakn untuk dikategorikan sebagai penjenayah perang.

'via Blog this'

Serpihan tsunami Jepun hanyut sehingga kawasan Pasifik

Berita Harian Online | Serpihan tsunami Jepun hanyut sehingga kawasan Pasifik: "HONOLULU: Kayu, bot dan serpihan lain yang dihanyutkan bencana tsunami dari Jepun tahun lalu hanyut sejauh kira-kira 4,828 kilometer iaitu separuh perjalanan menyeberangi Pasifik Utara.

Sebahagian serpihan itu boleh sampai ke pulau utara Hawaii pada bila-bila masa.
Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan menjangkakan serpihan awal akan terkumpul di barat laut pulau utama Hawaii musim sejuk ini. - AP"

'via Blog this'

Jumpa rangka hangus

myMetro | Jumpa rangka hangus: PERIKSA...Mohamad Shukor (belakang kiri) bersama anggota Unit Forensik memeriksa rangka manusia yang dijumpai, malam tadi.
PERIKSA...Mohamad Shukor (belakang kiri) bersama anggota Unit Forensik memeriksa rangka manusia yang dijumpai, malam tadi.

KLANG: Penduduk di Taman Desa Baiduri 2, Bukit Kapar, di sini, gempar berikutan penemuan rangka mayat lelaki dipercayai dibakar di ladang kelapa sawit kira-kira 150 meter dari Jalan 1C/KUII, malam tadi.

Rangka lelaki dianggarkan berusia 20-an itu ditemui seorang penduduk yang tercium bau busuk sebelum melaporkannya kepada polis. Kejadian turut menyebabkan seorang guru wanita enggan dikenali yang juga penduduk berkenaan takut disebabkan tinggal berseorangan.


Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong yang ditemui di tempat kejadian berkata, berdasarkan siasatan awal forensik mendapati mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dibakar di ladang sawit itu. “Kami terima panggilan berhubung kejadian jam 6.30 petang oleh seorang lelaki sebelum bergegas di tempat kejadian. Forensik yang tiba dan membuat siasatan mendapati rangka itu milik seorang lelaki berusia 20-an.

“Berdasarkan kedudukan tengkorak, rangka dan keseluruhan tulang mungkin mangsa dibunuh di tempat lain sebelum dibakar di ladang kelapa sawit berdekatan perumahan itu dalam anggaran kejadian tiga minggu lalu,” katanya. Bagaimanapun, katanya, sehingga ini, tiada senjata ditemui.


Sehubungan itu, katanya, orang ramai yang kehilangan keluarga diminta melaporkan ke balai berdekatan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh. Tinjauan di lokasi kejadian mendapati pelepah sawit dan tumbuhan di sekeliling rangka hangus terbakar manakala hanya beberapa cebisan kulit mangsa terdapat di bawah rangka berkenaan. Ini kejadian kedua membabitkan kejadian manusia dibakar. Kelmarin, Harian Metro melaporkan kejadian menimpa Muhammad Syahiruddin Mohd Shauki, 20, yang dibakar hidup-hidup sehingga melecur 80 peratus tubuhnya dalam kejadian di Hulu Selangor.


'via Blog this'

Orang kaya lebih cenderung langgar peraturan, tipu

myMetro | Orang kaya lebih cenderung langgar peraturan, tipu: "WASHINGTON: Dalam satu kajian yang dibuat di Amerika Syarikat, masyarakat kelas atasan lebih cenderung melanggar peraturan jalan raya ketika memandu, berbanding mereka yang miskin, dan menipu untuk mendapatkan keuntungan.

Kajian yang dibahagikan kepada tujuh, dibuat oleh pakar psikologi di Universiti California, Berkeley dan Universiti Toronto, menganalisis tingkah laku manusia melalui beberapa siri eksperimen.
Contohnya, pemandu kereta mewah seperti Mercedes, BMW dan Toyota Prius hibrid, dilihat sering melanggar peraturan di simpang empat dan tidak membenarkan pejalan kaki melintas berbanding mereka yang memandu kereta murah seperti Camry atau Corolla. - AFP "

'via Blog this'

Teheran tidak mahu konfrontasi: Ali

myMetro | Teheran tidak mahu konfrontasi: Ali: "GENEVA: Menteri Pertahanan Iran, Ali Akbar Salehi semalam menuduh Barat bersikap tidak adil kerana menyokong Israel, satu-satunya negara di Asia Barat yang tidak menandatangani Perjanjian Mengehadkan Senjata Nuklear (NPT).

Bercakap pada persidangan Perlucutan Senjata tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, Ali berkata, negaranya memilih kerjasama dalam menangani pertelingkahan mengenai proggram nuklearnya.


“Kami sudah berulang kali berkata ada dua alternatif dalam menghadapi program nuklear untuk keamanan Iran. Pertama menerusi kerjasama dan interaksi. Kedua, konfrontasi dan konflik.

“Iran yakin mengenai matlamat keamanan program nuklearnya dan sentiasa mahukan pilihan pertama untuk menyelesaikan pertelingkahan yang berlaku.


“Apabila ia berkait dengan hak dan tanggungjawab kami, Iran sentiasa tidak mahukan konfrontasi,” kata Ali. - AFP"

'via Blog this'

Rejim Zionis ketepikan AS

myMetro | Rejim Zionis ketepikan AS: WASHINGTON: Pegawai Israel semalam berkata, mereka tidak akan memaklumkan kepada Amerika Syarikat sekiranya rejim Zionis itu mengambil keputusan untuk melancarkan serangan terhadap kemudahan nuklear Iran.

Seorang pegawai perisikan Amerika yang enggan dikenali memberitahu wartawan, Perdana Menteri rejim Zionis, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanannya, Ehud Barak memaklumkan hal itu kepada beberapa pegawai kanan Amerika yang melawat Tel Aviv, termasuk Pengerusi Ketua Turus Bersama, Penasihat Keselamatan Kebangsaan Rumah Putih dan Pengarah Perisikan Kebangsaan serta anggota kanan Kongress.


Netanyahu juga memberitahu mesej yang sama kepada semua pegawai Amerika yang datang ke Israel untuk berunding.

Pegawai Israel berkata, sekiranya mereka mengambil keputusan untuk melancarkan serangan, mereka tidak akan memberitahu Washinton bagi mengurangkan kemungkinan Amerika Syarikat akan dipertanggungjawabkan kerana gagal menghalang Israel bertindak demikian.


Amerika Syarikat berusaha sejak beberapa bulan lalu bagi mempengaruhi Israel supaya tidak melancarkan serangan dengan berkata, ia hanya akan menjejaskan program nuklear Iran untuk seketika saja.


Rumah Putih enggan mengulas dakwaan pegawai berkenaan, begitu juga dengan Pentagon dan Pejabat Pengarah Perisikan Kebangsaan serta Kedutaan Israel.

Amaran sulit itu sudah pasti membimbangkan pegawai Amerika dan mendorongnya untuk memulakan rundingan peringkat tinggi. - AFP


'via Blog this'

Nasib ‘lelaki buih’

myMetro | Nasib ‘lelaki buih’: BERSAMA tiga anak mereka.
BERSAMA tiga anak mereka.
MOHAMMAD bersama isteri, Farhat.
MOHAMMAD bersama isteri, Farhat.

HYDERABAD: Seorang lelaki berusia 62 tahun yang digelar ‘lelaki buih’ kerana badannya yang dilitupi ketumbuhan mendedahkan bagaimana dia dilayan lebih buruk daripada haiwan terbiar oleh orang ramai.

Tubuh Mohammad Umar mula mengalami ketumbuhan pada tangannya ketika dia berusia 14 tahun dan sejak itu tumor tidak berbahaya berkenaan merebak secara perlahan-lahan ke seluruh anggota tubuhnya.


“Saya lelaki baik. Dan saya boleh bekerja keras. Tetapi paras rupa saya menjadi masalah kepada orang ramai. Tidak ada orang yang suka melihat saya atau mendekati saya. Ia memusnahkan kehidupan saya,” kata Mohammad.

Mohammad yang berasal dari Hyderabad, India, dilahirkan sihat. Ibunya mempunyai ketumbuhan pada tangannya tetapi tidak di tempat lain. Tanpa disedari, wanita itu menurunkan penyakit yang lebih agresif kepada anaknya. Ibu Mohammad meninggal dunia pada 2001.


“Saya dilahirkan dengan kulit yang lembut dan licin. Saya tidak tahu apa yang tumbuh pada tubuh saya ketika berusia 14 tahun. Tetapi ibu saya menyedari ia sama dengan yang ada pada tangannya dan membawa saya berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.


Tetapi, lama kelamaan, keadaan Mohammad bertambah teruk. Ketika berusia 20 tahun, tumor tumbuh secara rambang di beberapa bahagian badannya.

“Saya tahu ia akan bertambah teruk. Saya sedar ia akan menjadi mimpi buruk bagi saya,” katanya.


Doktor memberitahu dia boleh menurunkan penyakit itu kepada anaknya jika dia berkahwin.

“Doktor tidak memberi jaminan tetapi ia mungkin berlaku. Ia menghantui kehidupan saya selama beberapa tahun. Saya tidak pasti sama ada saya akan berkahwin,” katanya.


Tetapi akhirnya, dia berkenalan dengan Farhat-un-Nisa, 45. Mereka bercinta dan berkahwin, Farhat tidak pedulikan penyakit suaminya ketika itu.


“Mohammad lelaki yang baik dan pemurah. Keluarga saya memberi amaran mengenai masa depan saya yang akan menjadi rumit jika penyakitnya bertambah teruk. Mereka mendapatkan nasihat doktor bagi pihak saya. Tetapi saya tidak mempedulikannya,” kata Farhat.


Pasangan itu dikurniakan dua anak dan kedua-duanya membesar tanpa mewarisi penyakit Mohammad. Bagaimanapun, lama-kelamaan, Farhat hanya boleh melihat seluruh tubuh suaminya dilitupi tumor besar yang gatal. “Saya tidak boleh berbuat apa-apa. Doktor berkata penyakitnya tidak boleh diubati. Ia mengubah sikap suami saya. “Dulu dia begitu bahagia tetapi selepas itu dia menjadi begitu takut. Kami berusaha keras untuk hidup dan membesarkan anak kami,” kata Farhat.


Dalam pada itu, Mohammad dipecat daripada jawatan sebagai pembantu bagasi di sebuah stesen kereta api tempatan. Dan sejak itu, tidak ada orang yang bersedia untuk mengambilnya bekerja. - DM


'via Blog this'

1 bilion kanak-kanak hidup melarat di bandar raya seluruh dunia

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:


GENEVA 28 Feb. - Lebih satu bilion kanak-kanak kini tinggal di bandar-bandar raya di seluruh dunia, namun kebanyakannya hidup dibelenggu kemiskinan dan hidup tanpa pendidikan, bekalan elektrik dan air, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.

Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) berkata, urbanisasi menyebabkan beratus ribu kanak-kanak yang tinggal di bandar raya dan bandar-bandar tanpa keperluan asas.

Menurut laporan bertajuk Situasi Kanak-kanak Di Dunia 2012, dalam beberapa tahun ini, majoriti kanak-kanak akan membesar dalam bandar dan bandar raya berbanding kawasan pedalaman.

Kanak-kanak yang dilahirkan di bandar merupakan 60 peratus daripada peningkatan jumlah penduduk di bandar.

Menurut laporan itu, pembangunan di bandar-bandar terlalu cepat sehingga kerajaan tidak mampu mengawal keadaan, menyebabkan satu daripada tiga penghuni bandar tinggal di kawasan setinggan.

Tambah laporan itu, infrastruktur dan perkhidmatan tidak sejajar dengan pembangunan bandar dan penduduk miskin sering terpaksa membayar lebih untuk perkhidmatan yang tidak mencapai standard. - AFP


'via Blog this'

Puasa elak otak mengecut

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:


LONDON 28 Feb. - Kajian saintifik perubatan Barat mendapati berpuasa dua kali seminggu boleh mengelakkan otak individu daripada mengecut dengan pertambahan umur, selain manfaat kepada mereka yang menghidapi penyakit jantung, diabetes dan kanser.

Berpuasa pada masa dulu pernah digunakan dalam rawatan perubatan namun kajian terbaru menunjukkan ia perlu diterapkan semula.

Ini kerana ia mampu mencetuskan pelbagai hormon yang membantu meningkatkan kesihatan selain perubahan metabolisme badan.

Berpuasa selama beberapa hari hanya melibatkan pemakanan makanan antara 500 dan 800 kalori sehari sahaja berbanding hari biasa iaitu 2,000 kalori bagi wanita dan 2,500 kalori (lelaki).

Ia menurunkan tahap hormon yang dikaitkan dengan kanser dan diabetes selain kolestrol 'tidak baik' dan triglyceride dalam darah serta pengurangan radikal bebas, molekul yang dikaitkan dengan pelbagai penyakit.

Ketua Neorosains Institut Penuaan Nasional Amerika Syarikat (AS), Profesor Mark Mattson berkata, faedahnya sama seperti anda bersenam. Ia boleh melindungi otak daripada penyakit kemerosotan otak seperti Alzheimer dan Parkinson.

Dalam satu kajian yang dilaporkan oleh Jurnal Obesiti Antarabangsa tahun lepas, sekumpulan wanita obes dan gemuk diberikan pemakanan melibatkan 1,500 kalori sehari untuk satu minggu.

Satu lagi kumpulan diberikan pemakanan 500 kalori untuk dua hari dan kemudian 2,000 kalori setiap hari pada lima hari seterusnya.

Pakar diet Universiti Manchester, Dr. Michele Harvie yang mengetuai kajian itu berkata, kedua-dua kumpulan menunjukkan penurunan berat badan yang sama selain pengurangan sama penanda biologi yang boleh meningkatkan risiko kanser. - Agensi


'via Blog this'

135 lagi korban serangan di Syria

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:



Penduduk Syria menghadiri pengebumian beramai-ramai penduduk yang terbunuh semasa bertempur dengan tentera kerajaan di kawasan Khaldiyeh, bandar Homs di utara Syria pada 26 februari lalu. - REUTERS


BEIRUT 28 Feb. - Pasukan keselamatan Syria melancarkan serangan di kawasan pemberontak di bandar Homs dan Idlib, menyebabkan seramai 135 penduduk awam terbunuh.

Serangan tersebut dilancarkan ketika kerajaan memuji kelulusan Perlembagaan baru yang menerima 90 peratus undi, sekali gus menunjukkan kejayaan reformasi demokrasi yang cuba ditunjukkan rejim Presiden Bashar al-Assad.

Kumpulan aktivis Jawatankuasa Penyelaras Tempatan (LCC) berkata, seramai 64 penduduk ditembak mati pasukan keselamatan Syria ketika meninggalkan daerah Baba Amr, di tengah bandar Homs.

Baba Amr dan daerah-daerah lain di tengah Homs seperti Inshaat dan al Bayada berada di bawah pengawasan tentera Syria sejak 4 Februari ini.

Sumber-sumber berita yang diperoleh, bagaimanapun tidak dapat disahkan kerana kerajaan Syria masih mengenakan larangan terhadap kumpulan wartawan bebas daripada melaporkan sebarang berita yang berlaku di kawasan-kawasan 'panas'.

Sebelum ini, kumpulan aktivis melaporkan serangan yang dilancarkan di Baba Amr dan Al Khalidiyeh menyebabkan 40 terbunuh manakala seramai 31 askar berpaling tadah maut di wilayah Idlib.

Dalam pada itu, Kementerian Dalam Negeri menyatakan proses pengundian draf Perlembagaan baru yang diadakan pada Ahad lalu memperoleh undian lebih 57 pratus.

"Proses demokrasi ini berlaku dalam suasana kebebasan, tulus dan adil," katanya.

Pihak pemberontak, bagaimanapun memboikot referendum tersebut dengan menyatakan Assad bakal menggunakan kelebihan itu untuk menguatkan barisan pertahanannya bagi melindungi rejimnya. - DPA


'via Blog this'

Gempa sederhana landa Bonin, Jepun

Kosmo! Online - Terkini:


29/02/2012 2:35am

KUALA LUMPUR — Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter melanda Kepulauan Bonin di Jepun pada 11.07 malam tadi, kata Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM).

Kenyataan JMM menyebut, gempa itu berpusat di 743km tenggara Hamamatsu, Jepun dan 3,363km timur laut Kudat di Sabah. Tiada amaran tsunami dikeluarkan. — BERNAMA


'via Blog this'

Cipta pesawat di atas bumbung rumah

Kosmo! Online - Dunia:



PESAWAT buatan sendiri yang dicipta oleh Li Jungchun dilihat berada di atas bumbung
rumahnya di Kampung Xiahe semalam.


KAMPUNG XIAHE, China - Seorang petani berusia 58 tahun, Li Jingchun mencipta pesawat buatan sendiri di atas bumbung rumahnya di sini.

Dia menyembur cat pada badan pesawat itu yang sepanjang 5 meter (m) dan lebar 1.5m.

Kebanyakan badan pesawat itu diperbuat daripada barang kitar semula dengan kos lebih 40,000 yuan (RM19,136). - Reuters


'via Blog this'

Apartmen runtuh kerana paip gas meletup

Kosmo! Online - Dunia:



BEBERAPA anggota penyelamat memeriksa lokasi runtuhan bangunan apartmen di bandar Astrakhan, Rusia semalam.


MOSCOW - Beberapa pegawai menyatakan sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan 12 lagi cedera selepas satu bahagian bangunan apartmen setinggi sembilan tingkat di Rusia runtuh berpunca daripada satu letupan paip gas.

Letupan dan runtuhan yang berlaku di bandar Astrakhan yang terletak 1,300 kilometer dari tenggara bandar raya Moscow itu turut menyebabkan lima mangsa hilang.

Beratus-ratus anggota penyelamat mencari mangsa yang hilang di celah runtuhan semalam.

Perdana Menteri, Vladimir Putin telah mengarahkan tugas beberapa pegawai syarikat gas tempatan digantung sehingga siasatan letupan tersebut selesai dilakukan.

Letupan disebabkan oleh paip bocor di bangunan apartmen di Rusia yang kerap berlaku.

Putin turut mengarahkan pihak berkuasa tempatan supaya mencari apartmen baharu untuk semua penduduk di sekitar bangunan tersebut. - Agensi


'via Blog this'

Wanita pertama Pakistan menang Oscar

Kosmo! Online - Dunia:


SHARMEEN Obaid-Chinoy memegang anugerah Oscar bersama dengan Daniel Junge di Hollywood pada Ahad lalu.


ISLAMABAD, Pakistan – Akhbar-akhbar di sini semalam memuji seorang pengarah wanita muda negara ini, Sharmeen Obaid-Chinoy apabila menjadi warga Pakistan pertama memenangi Anugerah Academy bagi kategori dokumentari pendek terbaik menerusi filem Saving Face.

Gambar-gambar Sharmeen, 33, ketika menerima patung Oscar dalam anugerah itu di Hollywood disiarkan di muka depan akhbar-akhbar Pakistan.

Filem Saving Face mengisahkan tentang mangsa-mangsa serangan asid dan pakar bedah plastik kacukan Inggeris, Mohammad Jawad yang kembali ke Pakistan untuk membantu memulihkan wajah dan kehidupan mereka.

Dokumentari itu diarahkan Sharmeen bersama dengan Daniel Junge.

Akhbar berbahasa Inggeris tertua Pakistan, Dawn, menyatakan kemenangan Sharmeen dialu-alukan kerana liputan media asing terhadap negara ini kerap tertumpu kepada Al-Qaeda, Taliban, kemiskinan, rasuah dan senjata nuklear. – Agensi


'via Blog this'