Pages

Friday, July 8, 2011

Satu Juta Rakyat Mesir Kembali Turun ke Jalan, Revolusi Belum Selesai

Sumber[eramuslim.com]Satu juta warga Mesir akan kembali memadati Lapangan Tahrir pada hari ini, Jumat (8/7), untuk menagih tuntutan mereka yang belum dipenuhi setelah lima bulan revolusi di negeri Piramida itu.
Warga Mesir akan melakukan aksi duduk di lapangan yang dikenal dengan nama "Lapangan Pembebasan". Mereka mendesak petinggi militer yang sekarang berkuasa, untuk memberantas korupsi dan mempercepat reformasi demokrasi yang dijanjikan pada rakyat.
Pasca revolusi rakyat yang berhasil menumbangkan diktator Husni Mubarak, insiden-insiden kekerasan dan aksi unjuk rasa masih terjadi di Mesir, meski secara sporadis dan dalam jumlah massa yang lebih sedikit. Akhir Juni kemarin, aparat keamanan Mesir menggunakan kekerasan terhadap sekelompok keluarga yang sedang berkumpul di Lapangan Tahrir untuk mengenang keluarga mereka yang tewas pada saat revolusi pecah di Mesir.
Hari Kamis kemarin, pengadilan di kota Alexandria menolak banding yang diajukan jaksa penuntut atas pembebasan tujuh polisi yang didakwa menembaki pengunjuk rasa selama 18 berlangsungnya gerakan rakyat Mesir. Persidangan kasus ini akan dilanjutkan pada 14 September mendatang.
Rakyat Mesir juga menginginkan agar proses persidangan terhadap warga sipil di pengadilan militer dihentikan. Di sisi lain, rakyat menuntut agar para pejabat pemerintah yang terbukti koruspi segera diadili. "Hukum di atas segalanya, dan keadilan harus diberlakukan pada semua orang," kata Mahmud Ghzolan, juru bicara kelompok Ikhwanul Muslimin.
Organisasi Arabic Network for Human Rights Information yang berbasis di Kairo menyebutkan, lebih dari 10.000 warga sipil sudah dijatuhi hukuman oleh pengadilan militer, sejak gerakan rakyat dimulai akhir Januari lalu. Sementara Amnesty Intenational menilai persidangan yang digelar pengadilan militer Mesir tidak fair, melanggar hukum internasional dan merusak sistem peradilan kriminal.
Sejumlah organisasi hak asasi manusia di Mesir sudah mengajukan gugatan hukum terhadap kepala angkatan bersenjata atas persidangan terhadap seorang perempuan di pengadilan militer Mesir, karena perempuan itu mengalami penyiksaan dan dipaksa untuk menjalani tes keperawanan. Ia adalah satu dari 17 perempuan yang ditangkap aparat Mesir saat berunjuk rasa di Lapangan Tahrir pada 9 Maret kemarin.
Rakyat Mesir juga menuntut agar mantan Presiden Husni Mubarak segera diadili. Mubarak akan menghadiri hearing persidangannya pada tanggal 3 Agustus mendatang atas dakwaan mengeluarkan perintah membunuh para pengunjuk rasa dan penyalahgunaan kekuasaan. (kw/ptv)
ustazcyber online

Bantah sekolah di Toronto izin solat jemaah

Ibu bapa mahu sekolah kekal sekular
OTTAWA: Tindakan sebuah sekolah di Toronto yang membenarkan solat jemaah di kantin telah mencetuskan bantahan ibu bapa dan golongan yang menuntut agar institusi itu kekal sekular.Ibu bapa yang disokong badan Hindu, Yahudi dan Islam setempat khuatir para pelajar di Sekolah Menengah Park Valley itu akan diserapkan dengan ideologi radikal oleh imam yang mengetuai solat jemaah itu.Seorang anggota lembaga sekolah, Encik Jim Spyropoulos, memberitahu akhbar Globe and Mail, pihaknya membenarkan solat jemaah bagi sekitar 300 pelajarnya bagi memastikan mereka tidak perlu meninggalkan kawasan sekolah dan tidak lambat menghadiri kelas.Ini tahun ketiga para pelajar dibenarkan solat berjemaah.Pengarah Badan Sokongan Hindu Canada, Encik Ron Banerjee, berkata:'(Kumpulan Islam) telah memaksa pandangan mereka terhadap orang lain dan cuba mengubah peraturan, norma dan nilai bagi memenuhi keperluan mereka sendiri dan bagi tempoh jangka panjang untuk menyebarkan ideologi mereka.'Tidak lama lagi, kita akan mempunyai 50 kumpulan etnik dan agama lain yang minta keperluan berbeza mereka dipenuhi.'Kongres Islam Canada pula meminta agar solat jemaah itu dihentikan atau dipantau dengan teliti bagi mengelakkan ideologi radikal disebarkan.Menurut Naib Presiden Kongres Islam, Cik Salma Siddiqui, apabila solat jemaah itu dijalankan, para pelajar bukan Islam tidak dibenarkan memasuki kawasan kantin sekolah.'Tiada sebab bagi kanak-kanak bukan Islam dipaksa duduk di luar,' kata Cik Salma.'Anggota lembaga sekolah daerah Toronto berfikiran naif.'Mereka mahu melakukan sesuatu yang baik dari sudut politik. Mereka mahu menunjukkan mereka dapat memenuhi keperluan golongan lain.'Namun, akhirnya, hasilnya adalah sebaliknya,' tambah Cik Salma sambil menarik perhatian bahawa tindakan itu hanya akan meluaskan lagi jurang perbezaan di antara pelajar.Sebelum ini, sekolah-sekolah di Canada biasanya memulakan sesi persekolahan dengan mewajibkan setiap pelajarnya membaca doa Kristian.Namun, amalan itu dihentikan sejak 1982 apabila Piagam Hak dan Kebebasan dikuatkuasakan.Sesi berdoa yang diwajibkan itu dikatakan melanggar hak pelajar bebas memilih agama. -- AP.Cyberita Online Luar Negara

Ahmad Sarbaini mengaku terima rasuah - Saksi

KUALA LUMPUR 7 Julai - Ahmad Sarbaini Mohamed pernah mengaku menerima rasuah antara RM30 hingga RM200 sebulan daripada seorang lelaki bernama Ah Seng daripada syarikat ejen penghantaran Topmark Shipping Sdn. Bhd.

Penolong Pengarah Kastam Selangor itu turut mengakui menerima suapan antara RM50 hingga RM100 sebulan daripada seorang lelaki dikenali sebagai Zainal dari Schenker Logistic Sdn. Bhd.

Perkara itu diberitahu oleh Ahmad Sarbaini kepada Penolong Penguasa Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad iaitu pegawai yang merakamkan percakapannya pada sebelah pagi, 4 April lalu di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini.

Ia didedahkan oleh Ketua Unit Siasatan SPRM di ibu negara, Penolong Penguasa Mohamad Fauzi Husin, 46, semasa menjadi saksi inkues kelapan pada prosiding inkues untuk menyiasat kematian Ahmad Sarbaini di Mahkamah Koroner yang masuk hari keempat hari ini.

Namun begitu menurut Mohamad Fauzi, Ahmad Sarbaini telah datang semula ke pejabat SPRM itu sehari selepas pengakuannya itu pada 6 April lalu difahamkan untuk mengubah semula kenyataannya kepada tidak menerima sebarang suapan.

Beliau berkata, hasil rakaman percakapan pertama yang dirakam oleh Mohd. Rosly Mohd. Saupi, Ahmad Sarbaini turut mengakui memiliki tiga buah rumah seperti yang ditaklimatkan kepadanya pada 2 April lalu.

''Namun dalam mesyuarat apabila mendapati pegawai penyiasat tidak memperincikan tentang pemilikan harta disebabkan kesuntukan masa, saya telah mengarahkan supaya allahyarham dipanggil semula untuk mengisytiharkan harta mengikut Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM,'' ujarnya.

Terdahulu, saksi tersebut berkata, dalam kes membabitkan Ahmad Sarbaini, pihak SPRM mendapati terdapat catatan RM100 yang diberikan kepada pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang meluluskan borang taksiran cukai tersebut.

Lanjutan daripada itu, kata Mohamad Fauzi, hasil Operasi 3B yang dijalankan oleh ibu pejabat SPRM di Putrajaya, pasukan itu telah menyita beberapa dokumen milik Ahmad Sarbaini dan ahli keluarganya.

''Ahmad Sarbaini telah dihantar ke lokap polis di Bukit Jalil pada hari tersebut. Allahyarham dibawa semula ke pejabat SPRM pada sebelah pagi, 2 April lalu sebelum dia dibebaskan, Penguasa Rosli perlu merakamkan percakapannya,'' katanya.

Ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd. Abbas mengenai keperluan Ahmad Sarbaini pergi semula ke SPRM setelah dibebaskan, saksi itu berpendapat, mungkin lelaki itu mahu mengubah kenyataannya kerana rasa bersalah terhadap JKDM.

Oleh kerana Ahmad Sarbaini datang secara mengejut, katanya, beliau tidak membuat sebarang arahan sebaliknya meminta pegawai penyiasat bertanya tujuan lelaki itu mahu berbuat demikian apatah lagi Zainal juga dalam perjalanan dari Klang ke pejabat itu.

Sementara Penolong Penguasa SPRM, Kamal Awang Besar, 31, dalam keterangannya menyatakan, dia diarahkan oleh Mohamad Fauzi menjaga Ahmad Sarbaini di Aras 3 sebelum kejadian berlaku.

Menurutnya, dia kemudian pergi ke bilik Penolong Penguasa Henritta Serai Anak Andrew Lenggie selepas mendapati pegawai penyiasat kes itu, Abdul Ghani Ali sedang berbual di telefon dengan seseorang.

Ujarnya lagi, Abdul Ghani kemudian mengajaknya minum dahulu sementara menunggu Zainal dan mereka bersetuju agar Ahmad Sarbaini turut menyertai mereka minum pagi.

''Selepas lebih kurang empat minit saya bertemu Abdul Ghani, saya kembali ke bilik saksi, namun Ahmad Sarbaini sudah tiada di situ, yang ada cuma sebuah fail hijau di atas meja.

''Saya fikir mungkin dia pergi ke tandas, namun setelah mencari di tandas dia tiada, saya terus melihat di beberapa bilik lain lagi namun tidak berjumpa,'' katanya.

Menurut Kamal, dia memberitahu Henritta dan Abdul Ghani mengenai kehilangan Ahmad Sarbaini dan ketiga-tiga mereka mencari lelaki itu di semua bilik di Aras 3 itu.

''Henritta memeriksa pantri dan dia keluar semula menemui saya dengan wajah cemas sambil berkata 'Dia di bawah sudah, Pok (panggilan untuk Kamal)'.

''Saya sangka cepat sungguh Allahyarham turun ke aras bawah tapi selepas saya masuk ke pantri dan melihat ke tingkap, ada sekujur tubuh terbaring di gelanggang badminton dan saya yakin itu Ahmad Sarbani melalui pakaiannya,'' katanya.

Inkues di hadapan Koroner Aizatul Akmal Maharani bersambung esok.

Utusan Malaysia Online - Mahkamah

Sebuah lagi kapal flotila disekat



Gambar fail bertarikh 25 jun lalu merakamkan kapal 'Dignite Al Karama' mengibarkan bendera Perancis bersama enam aktivis pro-Palestin sedang belayar menuju pulau Corsica untuk menyertai flotila bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza. - AFP


BAITULMAQDIS 7 Julai - Sebuah lagi kapal yang menyertai flotila bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza ditahan pengawal pantai Greece di Crete ketika ia berhenti untuk mengisi minyak di pelabuhan berhampiran.

"Kapal 'Dignite Al Karama' milik Perancis itu ditunda ke Sitia di Crete oleh pengawal pantai Greece selepas dipintas di sebuah pelabuhan berhampiran semasa mengisi minyak.

"Pihak berkuasa menyekat kapal itu belayar atas pelbagai sebab-sebab pentadbiran," kata penganjur misi kemanusiaan itu, Claude Leostic menerusi telefon dari Paris.

Kapal itu bersama 12 aktivis pro-Palestin belayar dari pelabuhan Greece awal pagi kelmarin dalam cubaan mencabar sekatan Israel ke atas Genting Gaza.

Sementara itu di Turki, satu laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuduh Israel menggunakan kekerasan melampau dan menyebabkan kematian sembilan aktivis Turki 'yang tidak dapat diterima' dalam serbuan komando rejim Zionis itu ke atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza pada Mei tahun lepas.

Menurut sumber, Israel dan Turki gagal mencapai kata sepakat selepas enggan menandatangani laporan berhubung serbuan Israel ke atas kapal Turki, Mavi Marmara yang sepatutnya diserahkan hari ini kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon.

"Pilihan untuk tidak mengunakan kekerasan sepatutnya didahulukan sebagai langkah pertama," jelas sumber tersebut. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Skandal seks IMF: Lantik pendakwa raya baru

NEW YORK 7 Julai – Kumpulan peguam yang mewakili pekerja hotel yang mendakwa dirinya cuba dirogol bekas Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) Dominique Strauss-Kahn hari ini menuntut pelantikan pendakwa raya baru.

Ini kerana mereka menuduh peguam daerah New York membocorkan maklumat dan kepentingan berhubung kes tersebut.

‘Perang’ antara bekas ahli politik itu dengan golongan yang menyokong tindakan dikenakan ke atasnya tercetus apabila pihak pendakwa raya menyatakan keraguan terhadap keterangan pendakwa.

Pekerja hotel berusia 32 tahun itu dikatakan memberi maklumat palsu ketika mengisi borang permohonan suaka politik termasuk menyatakan dirinya menjadi mangsa rogol beramai-ramai di Guinea.

Dalam isu terbaru itu, peguam belanya, Kenneth Thompson menghantar sepucuk surat kepada pejabat peguam Daerah Cyrus Vance meminta menarik diri daripada kes tersebut dan membenarkan pelantikan pendakwa raya khas.

Surat itu menjelaskan tentang pembocoran maklumat berhubung artikel dalam akhbar New York Times yang mendedahkan rakaman rahsia perbualan antara pekerja hotel tersebut dengan seorang banduan.

Thompson turut menyatakan kekesalannya apabila akhbar tabloid New York Post melabelkan anak guamnya sebagai pelacur. – AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Obama tentang negara Palestin

WASHINGTON 7 Julai – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berkata, beliau akan menolak sebarang percubaan satu pihak bagi mendapatkan pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB) bagi sebuah negara Palestin yang merdeka.

Beliau juga bersedia menghadiri mesyuarat bersama sekumpulan perunding damai Asia Barat untuk membincangkan mengenai isu tersebut pada minggu depan.

Jurucakapnya, Victoria Nuland berkata, AS sedang berusaha ‘memujuk’ Israel dan Palestin untuk menyambung rundingan secara langsung selepas rundingan sebelum ini menemui jalan buntu.

“Matlamat kami adalah untuk membawa mereka (Israel dan Palestin) kembali berunding dan tindakan menuntut pengiktirafan daripada PBB (bagi negara Palestin merdeka) bukanlah suatu idea yang baik,” katanya merujuk kepada orang tengah rundingan damai Palestin, Saeb Erekat yang mengadakan pertemuan dengan pegawai atasan AS untuk mendapatkan pengiktirafan.

Dalam pada itu, Erekat berkata, rakyat Palestin tidak akan teragak-agak untuk mengemukakan tuntutan itu kepada PBB menjelang akhir bulan ini.

Beliau juga menolak idea yang menyatakan tuntutan pengiktirafan itu bertentangan dengan isu keamanan, sambil menyuarakan kekecewaan berhubung rundingan dengan Israel sejak dua dekad lalu menemui jalan buntu.

“Berdiam diri mengenai isu Palestin sama sekali tidak boleh diterima,” ujarnya. – Agensi

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Iraq jumpa kubur besar

DIWANIYAH 7 Julai - Pihak berkuasa Iraq menemui 900 rangka mayat manusia di dalam sebuah kubur besar berdekatan bandar Diwaniyah, semalam, dipercayai mayat penduduk Kurdis yang dibunuh semasa pemerintahan bekas Presiden Saddam Hussein.

Menurut Pengarah Suruhanjaya Keadilan dan Akauntabiliti, Dakhil Saihoud, kesemua rangka tersebut ditemui di kawasan Shanafiya yang terletak 70 kilometer di barat Diwaniyah.

"Rangka-rangka tersebut ditanam dalam sebuah parit. Maklumat awal menunjukkan kesemua 900 rangka manusia itu merupakan penduduk Kurdis dan rangka tersebut dipindahkan ke makmal di bandar Najaf untuk dikenal pasti," jelasnya.

April lalu, pihak berkuasa menemui sebuah kubur besar di wilayah Anbar dan menemui lebih 800 rangka mayat manusia termasuk rangka mayat wanita dan kanak-kanak yang dibunuh semasa pemerintahan rejim Saddam.

Semasa perang Iraq-Iran dari 1980 hingga 1988, askar yang lari dari medan perang dihukum dan pemerintah Iraq ketika itu mengenakan tindakan keras terhadap pengikut Syiah yang disyaki bersimpati dengan Iran yang majoritinya pengikut Syiah.

Penduduk Kurdis sering dihukum bunuh kerana mereka penentang utama Saddam.

Menurut sumber, jumlah individu yang hilang semasa pemerintahan Saddam, yang berkuasa sejak 1979 adalah antara 300,000 hingga 1.3 juta orang.

Kumpulan hak asasi manusia percaya terdapat beratus-ratus kubur besar di Iraq bagi menanam mayat-mayat penduduk yang dibunuh sepanjang pemerintahan Saddam.

Sejak pencerobohan tentera bersekutu diketuai Amerika Syarikat di Iraq, kira-kira 263 kubur besar telah ditemui di Iraq termasuk 40 kubur yang mengandungi bukti menunjukkan pembunuhan secara sistematik dilakukan. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Penduduk di beberapa bandar Syria anjur protes


Gambar yang dikeluarkan oleh agensi berita SANA merakamkan penyokong Presiden Bashar Al-Assad mengibarkan bendera gergasi Syria sebagai tanda sokongan kepada Presiden itu ketika mengadakan demonstrasi di Perkampungan Ezraa di wilayah Daraa, Syria, kelmarin. - Agensi


KAHERAH 7 Julai - Penduduk di beberapa bandar di Syria mengadakan tunjuk perasaan semalam, mengikut jejak penduduk Hama yang menjadi sasaran tindakan keras pihak keselamatan minggu ini.

Penunjuk perasaan menuju ke jalan raya malam semalam di al-Hajar al-Aswad berdekatan ibu negara Syria, Damsyik dan di barat wilayah Homs, mendesak tentera dan pihak keselamatan menamatkan pengepungan ke atas bandar Hama.

Sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh dalam pertempuran di Hama berikutan penunjuk perasaan mengadakan protes membantah pemerintahan Presiden Ali Bashar al-Assad pada Jumaat lalu, lapor kumpulan hak asasi manusia.

Kerajaan Syria mengharamkan wartawan asing memasuki negara itu.

Kerajaan menuduh kumpulan subversif itu menghalang jalan raya dan membakar tayar di Hama.

"Pasukan keselamatan memasuki bandar itu untuk memulihkan keselamatan dan kestabilan," kata pegawai Syrian TV memetik kata-kata seorang pegawai yang enggan dikenali.

Pasukan keselamatan telah mengukuhkan kedudukan mereka di Hama, terutama di sekitar ibu pejabat parti pemerintah, Parti Baath. - dpa

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Keluarga sebak kebumi tulang, tengkorak Ayu

JOHOR BAHRU: Hanya tengkorak serta serpihan tulang remaja mangsa bunuh kerat dan bakar, Nurahayu Qomarodin, 16, mampu dibawa pulang untuk disemadikan keluarganya ketika menuntut jenazah mangsa dari Hospital Sultan Ismail (HSI) hari ini.

Keluarga mangsa dibenarkan oleh polis untuk menuntut mayat mangsa mulai petang semalam, tetapi mereka hanya akan berbuat demikian pagi ini, selepas semua persediaan bagi pengebumian disiapkan.
Bapa mangsa, Qomarodin Bajuri, 43, berkata keluarganya akan membuat tuntutan jenazah anak keduanya itu dari HSI pagi ini untuk solat jenazah di Surau Al-Ikhlas, Pulai Utama, selepas solat Jumaat.
Katanya, walaupun bersedih dengan tragedi menimpa anak kesayangannya itu, namun beliau bersyukur kerana polis berjaya menemui semula tengkorak kepala anaknya, sekali gus mempercepatkan urusan pengebumian dilakukan.

“Walaupun belum melihat keadaan mayat Ayu lagi, saya sekeluarga reda dengan perkara ini, kerana apa yang penting adalah untuk kami mengebumikan secara sempurna dan berpusara.

“Kami belum membuat keputusan untuk mengebumikan, sama ada di tanah perkuburan di Gelang Patah atau Kangkar Pulai esok,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Roslan Zainuddin, mengesahkan semua tulang dan tengkorak yang ditemui itu akan diserahkan kepada keluarga, hari ini.
Berita Harian Online | Keluarga sebak kebumi tulang, tengkorak Ayu

NATO nafi hulur bantuan kepada pemberontak Libya

TRIPOLI: NATO hari ini menafikan dakwaan kerajaan Libya bahawa tentera bersekutu itu menggunakan serangan udaranya bagi membantu gerakaan pemberontak, sebaliknya operasi itu bagi melindungi orang awam.

Jurucakap NATO, Komander Mike Bracken, memberitahu pemberita di Naples, Itali bahawa NATO "tidak sekali-kali terbabit dalam operasi darat' meskipun menyedari tentera pimpinan Muammar Gaddafi turut berdepan dengan pemberontak.
Semalam, Timbalan Menteri Luar Libya, Khaled Kaim menuduh NATO menjalankan operasi intensif serangan udara dan pegeboman bagi memudahkan gerakan pemberontak mematahkan rejim Muammar.
"NATO mensasarkan pusat kawalan polis di pergunungan Nafusa di barat daya Tripoli yang kini menjadi pusat gerakan pemberontak dari perkampungan Qawalish yang kita ditawan mereka.

"Depot minyak di bandar Brega juga dimusnahkan termasuk peralatan yang digunakan untuk mengisi minyak kenderaan tentera kerajaan," katanya. - AP
Berita Harian Online | NATO nafi hulur bantuan kepada pemberontak Libya

Tawan tadika


ANGGOTA polis membawa keluar sebahagian daripada 30 murid Tadika Serikids, di Taman Sungai Abong Cemerlang Muar yang menjadi tebusan selama tujuh jam. - Foto AP
ANGGOTA polis membawa keluar sebahagian daripada 30 murid Tadika Serikids, di Taman Sungai Abong Cemerlang Muar yang menjadi tebusan selama tujuh jam. - Foto AP


30 murid, empat guru hadapi episod ngeri 7 jam jadi tebusan penagih dadah

MUAR: Isyarat dan aksi mencurigakan yang ditunjukkan empat guru yang ketika itu ditawan seorang lelaki bersenjata parang dan tukul bersama 30 murid tadika Serikids di sini, pagi semalam, menyelamatkan mereka apabila ibu bapa yang menyedari isyarat itu menghubungi polis.

Berikutan itu, polis melancarkan gerakan selama enam jam bagi menyelamatkan mereka dan berjaya menembak lelaki yang dipercayai penagih dadah itu.
Lelaki terbabit yang cedera parah di kepala dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar untuk menerima rawatan dan mati pada jam 9.15 malam tadi.
Kejadian di Taman Sungai Abong Cemerlang kira-kira jam 9.45 pagi itu, berakhir tepat jam 3.41 petang, selepas sepasukan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) polis menyerbu masuk tadika terbabit selepas lelaki itu enggan menyerah diri.

Lelaki itu disyaki orang yang sama dalam serangan dua tadika di bandar ini, menggunakan tukul besi pada Mac tahun lalu dan Januari 2009, menyebabkan tiga murid cedera parah berikutan modus operandinya sama.

Dalam kejadian semalam, suspek dipercayai menceroboh tadika itu dengan memanjat pagar sebelum mengugut dan mengurung semua mangsa dalam sebuah bilik di tingkat atas banglo tadika berkenaan. Suspek kemudian mengunci semua pintu rumah menggunakan mangga yang dibawanya sendiri.

Kejadian itu disedari ibu bapa yang mahu menghantar anak mereka ke tadika itu, sebaliknya disuruh membawa anak mereka pulang selain memberi isyarat dan menunjukkan aksi mencurigakan dan memberi alasan semua pintu tadika berkunci.
Curiga dengan alasan itu kerana biasanya semua guru di situ mesra, ibu bapa berkenaan menghubungi polis. Sepasukan anggota polis dihantar membuat pemeriksaan kira-kira jam 10 pagi, mendapati 34 mangsa menjadi tebusan seorang lelaki di dalam banglo berkenaan.

Polis cuba berbincang dan memujuk suspek supaya membebaskan semua mangsa tetapi tidak berhasil, menyebabkan anggota UTK dihantar ke tempat kejadian bagi membantu usaha membebaskan semua tebusan.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata usaha memujuk yang turut disertai dua saudara lelaki itu supaya membebaskan semua mangsa tidak berhasil, menyebabkan serbuan terpaksa dilakukan.

"Polis mengambil masa lama untuk menyerbu tadika itu kerana perlu memastikan semua mangsa selamat. Serbuan hanya dibuat selepas mereka dikesan dikumpul dalam sebuah bilik di tingkat atas," katanya.

Katanya, polis terpaksa mengalihkan kira-kira 30 kerusi yang diletakkan suspek pada tangga tadika sebelum disedari lelaki itu yang kemudian menyembur alat pemadam api dan menyerang dengan penukul.

"Berikutan itu, polis melepaskan tembakan menyebabkan suspek terkulai dan segera dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan kritikal," katanya.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Sri Shahrizat Abdul Jalil, mengucapkan syabas kepada polis kerana tindakan pantas memberkas penjenayah dan menyelamatkan semua murid dan guru tadika berkenaan.

Di KUALA LUMPUR, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, tindakan polis melepaskan tembakan dilakukan demi kepentingan dan keselamatan kanak-kanak itu.

"Dalam tindakan itu (tembakan), suspek telah menyerang polis yang cuba menyelamatkan kanak-kanak itu sebelum berlaku pergelutan dan tembakan," katanya.
Berita Harian Online | Tawan tadika

Isteri tolak poligami dosa besar


pix_gal0
Kesilapan suami laksana syariat bukan alasan ketepi hukum: Nooh

KUALA LUMPUR: Isteri yang menolak syariat berpoligami secara mutlak adalah berdosa besar dan perlu segera bertaubat, kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut.

Beliau berkata, tindakan bakal isteri atau isteri yang sejak awal dan terang-terangan menolak syariat menuntut bakal suami atau suami tidak berpoligami dengan menandatangani perjanjian juga boleh membawa jatuh hukum murtad.
“Ini dosa besar dan perlu segera bertaubat sebab Allah syariatkan sesuatu mesti ada kebaikan.
“Tindakan itu juga boleh jadi murtad kerana menolak secara total syariat ditetapkan Allah yang menjejaskan kepercayaan kita kepada-Nya dan ketentuan-Nya,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr Akram Sabri yang berkata, wanita Islam boleh menolak poligami dan tidak berdosa sekali pun Islam menghalalkannya.

Kelmarin, Akram dilaporkan berkata, wanita mempunyai hak menuntut syarat ke atas suami supaya tidak berpoligami.

Bagaimanapun, katanya, penolakan isteri itu tidak mewajibkan suami mematuhinya kecuali jika pasangan sudah menandatangani perjanjian tidak berpoligami.
Ditanya pandangan beliau yang bertentangan dengan Akram, Nooh berkata, persepsi berlainan mungkin disebabkan suasana dan budaya negara berbeza.

“Mungkin suasana negara Arab lain, budaya kita lain, saya tidak kata pendapatnya tidak betul, itu persepsi dia.

“Kita kena melihat ‘nyamuk dengan kelambu’... kalau nyamuk yang silap kenapa kelambu dibakar, mungkin kesilapan suami, bukan syarat poligami itu sendiri sebab sudah jelas dalam al-Quran ia tidak boleh ditolak, namun ia tertakluk kepada syarat tertentu.

“Yang penting, wanita mesti tahu hak, kalau nak tolak poligami jangan sampai jejas secara total kepercayaan kepada Allah,” katanya.

Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohd Shukri Muhamad ,berkata adalah tidak berdosa seseorang isteri tidak mengizinkan suami berpoligami jika mempunyai alasan kukuh.

“Tapi berdosa sekiranya menolak mentah-mentah hukum Allah,” katanya.
  Berita Harian Online | Isteri tolak poligami dosa besar

Empat remaja berlumba maut nahas



  • Foto

  • Foto
    ORANG ramai melihat kemalangan yang menyebabkan empat remaja maut di Kampung Banggol Chica, Pasir Mas, semalam.
Foto

ORANG ramai melihat kemalangan yang menyebabkan empat remaja maut di Kampung Banggol Chica, Pasir Mas, semalam.


Bentuk dua kumpulan dari arah bertentangan tunjuk kehandalan menunggang motosikal


PASIR MAS: Akibat mahu menunjukkan kehebatan berlumba, empat remaja maut apabila motosikal ditunggangi mereka bertembung antara satu sama lain, di jalan pintasan di Kampung Banggol Chica, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, mangsa Raja Ahmad Muzzammil Raja Mansor, 18, dari Kampung Kubang Panjang, Mohd Fikri Mat, 19, dari Kampung Banggol Setol, Mohamad Amirul Afiq Baharon, 17, dari Kampung Kubang Pak Amin dan Abdul Muhaimin Makhtar, 21, dari Kampung Kubang Panjang, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Seorang saksi, Mohd Khairul Zaman Alias, 15, berkata kejadian berlaku apabila empat penunggang membentuk dua kumpulan berlumba iaitu dua penunggang dari arah kanan, manakala dua lagi dari arah bertentangan.
Beliau yang menyaksikan perlumbaan itu berkata, ketika berlumba, motosikal ditunggang Mohd Fikri tiba-tiba terbakar dan meletup menyebabkan seorang penunggang dari arah bertentangan merempuhnya, manakala dua lagi mangsa dalam kumpulan lain turut bertembung.

“Semua mangsa mahu menunjukkan kehebatan mereka menunggang motosikal kerana, ramai penonton hadir menyaksikannya. Jalan itu selalu menjadi tempat pemuda kampung menunggang serta berlumba,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Pasir Mas (HPM), malam kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, semua mangsa dipercayai berlumba di jalan baru itu dan kemalangan berlaku akibat bertembung antara satu sama lain, dengan satu daripada motosikal digunakan dalam perlumbaan itu terbakar.

Katanya, semua mangsa mati di tempat kejadian dan siasatan mendapati hanya seorang daripada mangsa mempunyai lesen memandu, manakala dua mangsa terbabit memakai topi keledar ketika berlumba.
Berita Harian Online | Empat remaja berlumba maut nahas

‘91 individu kena sekatan’

Ambiga, Anwar, Khairy antara dilarang sertai perhimpunan

KUALA LUMPUR: Sembilan puluh satu individu daripada tiga kumpulan, iaitu BERSIH, PERKASA dan Pemuda UMNO dilarang berada atau mengambil bahagian dalam apa-apa perhimpunan di semua lokasi panas di ibu kota antara jam 8 pagi hingga 6 petang, esok.

Arahan itu dikeluarkan Polis Kuala Lumpur selepas mendapat perintah mengikut Seksyen 98 Kanun Acara Jenayah yang dikeluarkan Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Antara yang tersenarai ialah Datuk S Ambiga, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang, Khairy Jamaluddin dan Datuk Ibrahim Ali.Enam puluh enam daripada mereka adalah daripada BERSIH, PERKASA (14) dan Pemuda UMNO (11).

Antara lokasi panas ialah sekitar Dataran Merdeka, Masjid Jamek Kampung Baru, Masjid Jamek Jalan Tun Perak, Sogo, Maju Junction, Istana Negara, Pasar Seni dan KLCC.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata permohonan mahkamah dibuat selepas siasatan dan risikan polis mendapati kehadiran individu itu boleh menimbulkan suasana tegang.

“Jika ingkar perintah ini, polis mempunyai kuasa menahan mana-mana individu terbabit selama enam bulan mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan. Perintah itu sudah dihantar ke alamat rumah semua 91 individu terbabit hari ini (semalam),” katanya semalam.
Beliau turut menegaskan larangan terhadap apa juga pakaian atau logo BERSIH 2.0 masih berkuat kuasa dan sesiapa yang menggunakannya boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Polis.

Polis turut mengumumkan penutupan beberapa jalan utama sekitar ibu kota bermula jam 12 tengah malam ini sehingga jam 10 malam esok kepada semua kenderaan, termasuk pengangkutan awam.

Orang ramai yang tidak mempunyai sebarang urusan penting dinasihatkan agar tidak memasuki kawasan larangan itu serta mematuhi segala peraturan ditetapkan, manakala penduduk di kawasan terbabit boleh memaklumkan perjalanan mereka kepada pegawai polis bertugas.

Sementara itu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan perpindahan operasi beberapa terminal bas utama di ibu kota bermula jam 12 tengah malam ini hingga jam 10 malam esok bagi memastikan perjalanan bas ekspres tidak terganggu.

Operasi bas di Terminal Puduraya (kecuali laluan Kuala Lumpur-Seremban) dan Terminal Pekeliling dipindahkan buat sementara waktu ke Hentian Duta, manakala operasi bas di Hentian Putra dan laluan Kuala Lumpur-Seremban yang beroperasi di Puduraya dipindahkan ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Bagi bas henti-henti yang memasuki Kuala Lumpur, hentian terakhir di Stesen LRT/monorel Titiwangsa untuk perjalanan dari arah Jalan Semarak, Jalan Setapak/Genting Kelang, Jalan Ipoh, Jalan Kuching dan Jalan Duta; Stesen Dato Keramat dari Jalan Ampang; Stesen LRT Maluri untuk perjalanan dari Jalan Kampung Pandan, Jalan Cheras; Stesen monorel KL Sentral - untuk perjalanan dari Lebuhraya Persekutuan masuk melalui Jalan Bangsar – Jalan Travers – Jalan Tun Sambanthan; Stesen monorel KL Sentral untuk perjalanan dari arah Jalan Damansara.
Berita Harian Online | ‘91 individu kena sekatan’

BERSIH tetap mahu Stadium Merdeka


 PENGGUNA Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dekat Seberang Jaya, Pulau Pinang  menghala arah selatan  dapat melihat skrin elektronik  mengeluarkan kenyataan amaran daripada pihak polis berkaitan perhimpunan haram.
PENGGUNA Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dekat Seberang Jaya, Pulau Pinang menghala arah selatan dapat melihat skrin elektronik mengeluarkan kenyataan amaran daripada pihak polis berkaitan perhimpunan haram.


KUALA LUMPUR: Pertubuhan haram, BERSIH 2.0 tetap berdegil mahu meneruskan perhimpunan di Stadium Merdeka, Sabtu ini dengan menggunakan salah sebuah persatuan di bawah gabungannya untuk mendapatkan permit polis.

Pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan, berkata masa semakin suntuk untuk mereka menukar lokasi seperti yang ditawarkan polis, selain ia akan menimbulkan kesulitan kepada penyokong kerana pengumuman sudah dibuat.
Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya bercadang mengadakan perjumpaan dengan pengurusan Stadium Merdeka, petang semalam bagi mendapatkan kebenaran sebelum memohon permit polis.
“Sebelum ini kami sudah buat permohonan tapi ditolak sebab tak ada permit polis, tetapi apabila berjumpa Tan Sri Ismail Omar (Ketua Polis Negara) beliau menyatakan perlu dapatkan persetujuan pengurusan stadium, baru mohon permit polis. Mungkin pihak stadium salah faham dalam hal ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Ismail di Bukit Aman, semalam.

Bagaimanapun usaha menghubungi semula Ambiga untuk mendapatkan maklumat mengenai hasil pertemuannya dengan pengurusan Stadium Merdeka, gagal diperoleh.

Terdahulu dalam satu kenyataan, jawatankuasa Induk BERSIH menyatakan, mereka tetap akan mengadakan perhimpunan dirancang di Stadium Merdeka pada jam 2 petang Sabtu ini, walaupun Kabinet memutuskan gabungan itu tidak boleh menggunakan stadium berkenaan.

“Kami memilih Stadium Merdeka sebagai tempat terbaik untuk perhimpunan kerana ia amat simbolik serta terletak di tengah-tengah ibu kota, dan kami berdiri teguh kepada keputusan untuk berhimpun secara aman di sana,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu Pertubuhan haram, BERSIH 2.0 tidak menyerahkan memorandum tuntutan untuk pilihan raya bersih dan adil kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, sewaktu pertemuan dengan baginda, Selasa lalu kerana mahu mengadakan perhimpunan terlebih dulu.

Ini diakui sendiri Ahli Jawatankuasa Induk BERSIH 2.0 yang juga Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin. Berita Harian Online | BERSIH tetap mahu Stadium Merdeka

Ratu cantik Honduras dicekup


SUAREZ diiringi anggota polis ketika tiba di balai di  Tegucigalpa, Honduras, kelmarin.
SUAREZ diiringi anggota polis ketika tiba di balai di Tegucigalpa, Honduras, kelmarin.


Belgica Suarez gagal isytihar bawa RM141,430 ketika seberang sempadan

TEGUCIGALPA: Polis Honduras semalam menahan ratu cantik tahun 2009 negara berkenaan atas tuduhan pengubahan wang kerana gagal mengisytiharkan wang yang dibawanya yang berjumlah $47,000 (RM141,430) ketika memasuki negara itu.

Jurucakap Unit Khas Polis, Alex Madrid berkata Belgica Suarez, 25, ditahan di lebuh raya berdekatan sempadan Nicaragua bersama mata wang euro dan pound British .
Madrid berkata ratu cantik itu gagal mengisytihar wang ketika menyeberangi sempadan dari bandar Esteli di Nicaragua.
“Beliau mendakwa memperoleh wang terbabit hasil kerjayanya sebagai model di Eropah,” kata Madrid kepada AP.

Di bawah undang-undang Honduras, pelancong diwajibkan untuk mengisytihar wang jika membawa lebih $10,000 (RM30,091). Ketika kejadian berkenaan, Suarez ditahan bersama pemandu warga Nicaragua.

Pada 2009, khabar angin turut bertiup yang Honduras mungkin menarik diri daripada pertandingan ratu cantik Miss Universe berikutan ketegangan politik yang berlaku di negara tengah Amerika Selatan itu.

Tetapi tanpa menganjurkan pertandingan ratu cantik pda peringkat kebangsaan, penganjur memilih calon mereka sendiri dan Suarez bernasib baik dipilih.
Untuk merebut gelaran Ratu Cantik Honduras Universe 2009, wanita jelita itu ke Bahamas untuk menyertai pertandingan kali ke-58 itu.

Dalam satu temuramah, Suarez berkata: “Ketika Honduras dilanda krisis, menjadi tanggungjawab sosial saya untuk menjadi duta kebudayaan dan kesedaran mengenai aspek positif selain memulihkan imej negara ini di mata penduduk dunia.” – AP/Agensi Berita Harian Online | Ratu cantik Honduras dicekup

Rakyat Peru rai seratus tahun ‘Machu Picchu’


BEBERAPA kanak-kanak memakai pakaian tradisional Andean ketika meraikan ulang tahun ke-100 penemuan artifak itu di Cusco, semalam.
BEBERAPA kanak-kanak memakai pakaian tradisional Andean ketika meraikan ulang tahun ke-100 penemuan artifak itu di Cusco, semalam.


Rahsia penemuan arkeologi abad ke-15 masih belum terungkai

CUSCO: Penduduk Peru meraikan seratus tahun ‘penemuan’ Machu Picchu, yang menjadi tarikan pelancong seluruh dunia dan keajaiban arkeologi yang masih belum terungkai rahsianya.

Bandar struktur ukiran batu abad ke-15, Inca yang dibina di pergunungan tinggi Andean di tenggara Peru diperkenalkan kepada dunia pelh pengembara Amerika Syarikat, Hiram Bingham.
Profesor Yale University, yang mencetuskan karektor Hollywood, ‘Indiana Jones’ tiba di situ pada 24 Julai 1911 yang mengetuai satu ekspedisi saintifik lengkap. Beliau berkongsi penemuan ‘kota yang hilang Incas’ itu dalam jurnal National Gerographic.
Bagaimanapun, petani tempatan sudah mengetahui mengenai kewujudannya beberapa tahun sebelumnya malah berkurun sebelumnya di mana ada segelintir yang mengusahakan tanaman mereka di situ.

Kawasan yang berusia 100 tahun itu akan diraikan secara rasmi mulai Khamis, sempena dengan ulang tahun keempat kawasan terbabit dipilih sebagai Tujuh Keajaiban Dunia dalam undian internet global.

Tarian Andean, konsert, perarakan, upacara mistik dan persidangan akademik dirancang bagi sambutan berkenaan.

“Bagi rakyat Peru, Machu Picchu adalah sama seperti piramid Mesir,” kata arkeologi, Luis Lumbreras, bekas ketua Institusi Kebudayaan Kebangsaan.
Pakar sejarah dan arkeologi bagaimanapun tidak bersetuju mengenai fungsi Machu Picchu. Ada yang percaya bahawa tempat terbabit adalah lokasi suci manakala yang lain mengatakan bahawa ia adalah sebuah bandar peranginan bagi maharaja Inca atau juga mungkin kubu.

Misteri berkenaan ditambah lagi dengan keindahan tempat yang dikelilingi dengan hutan tropika dan diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 1983.

Ia menempatkan kota itu di bawah pengawasan ketat dan jumlah pelawat dicadangkan supaya hanya dihadkan kepada 1,800 orang setiap hari walaupun purata lebih 1,900 orang melawat setiap hari, kata pengarah arkeologi, Fernando Astete.

Machu Picchu bermaksud, ‘kemuncak tua’ dalam bahasa Quechua, berada 2,400 meter d ari aras laut.

Pelancong perlu menaiki keretapi dari Cusco untuk ke kawasan terpencil atau berjalan kaki selama beberapa hari melalui laluan berbatu yang dibina oleh penduduk Incas. – AFP
Berita Harian Online | Rakyat Peru rai seratus tahun ‘Machu Picchu’

140,000 amah Filipina balik kampung

Arab Saudi henti permit kepada dua negara, galak ejen ambil pembantu rumah tempatan

MANILA: Lebih 140,000 pekerja Filipina mungkin kehilangan pekerjaan mereka di Arab Saudi berikutan larangan terhadap pembantu rumah dan program untuk memaksa firma negara itu mengambil lebih ramai penduduk tempatan, kata menteri buruh Filipina semalam.

Sekurang-kurangnya 20,000-50,000 pekerja domestik Filipina berada di negara itu boleh terjejas berikutan keputusan Arab Saudi yang diumumkan bulan lalu untuk menghentikan pemberian permit kerja kepada pembantu rumah Filipina dan Indonesia, kata Setiausaha Buruh, Rosalinda Baldoz.
Pada masa sama, kira-kira 90,000 daripada 1.3 juta rakyat Filipina lain yang bekerja di sana akan terjejas dengan dasar baru yang dilaksanakan dengan memberi kuota lebih kepada buruh tempatan, walaupun majoriti mereka mempunyai kemahiran khusus yang akan menyebabkan kehilangan pekerjaan, katanya.
“Biar kita tidak perkatakan mengenai semua yang akan dihantar pulang. Ia adalah mustahil. Anda tidak boleh menggantikan pekerja mahir,” kata Baldoz kepada satu forum berita.

Bagaimanapun, dasar Saudi berkenaan akan menjejaskan terutama kepada pekerja tidak mahir seperti buruh, penjaga, pemandu dan pekebun, katanya.

Arab Saudi minggu lalu berkata mereka akan menghentikan pemberian permit kepada pembantu rumah Indonesia dan Filipina selepas gagal mencapai persetujuan mengenai syarat dikenakan negara itu.

Baldoz berkata larangan pembantu rumah akan menjejaskan permohonan baru dan mereka yang sudah lama bekerja di sana.
Bagaimanapun, kesan sebenar masih lagi belum jelas dan beliau berharap rundingan dengan pihak berkuasa Arab Saudi akan mengurangkan kesan mereka.

Isu utama muncul berikutan tuntutan yang disokong undang-undang Filipina mengenakan gaji asas bulanan 400 dolar bagi pembantu rumah, katanya. Arab Saudi menolak gaji asas berkenaan. – AFP
Berita Harian Online | 140,000 amah Filipina balik kampung

33 maut kereta api rempuh bas


KEADAAN bas yang dilanggar keretapi di Lucknow ketika membawa rombongan pengantin, semalam. - Foto AFP
KEADAAN bas yang dilanggar keretapi di Lucknow ketika membawa rombongan pengantin, semalam. - Foto AFP

Pemandu bawa rombongan perkahwinan tidak perasan isyarat berhenti

LUCKNOW: Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh semalam apabila sebuah kereta api terlanggar sebuah bas yang membawa rombongan perkahwinan di utara India, kata polis dan pihak berkuasa.

Kemalangan berlaku pada waktu tengah malam di sebuah persimpangan di kawasan luar bandar Uttar Pradesh.
“Seramai 33 orang terbunuh dan 24 yang lain cedera,” kata pegawai polis tempatan, Rishi Bal Singh kepada AFP melalui telefon. Semua mangsa dipercayai berada dalam bas yang membawa sekurang-kurangnya 70 orang penumpang.
Mereka yang cedera, termasuk mengalami kecederaan parah di kepala dan dada dibawa ke hospital daerah berhampiran kira-kira 30 kilometer dari tempat kemalangan.

“Pihak kami sudah bercakap dengan mangsa yang terselamat untuk mendapat maklumat lanjut. Keterangan mereka menunjukkan bahawa pemandu bas terbabit sama ada tidak melihat isyarat atau mendengar kereta api apabila beliau memutuskan untuk melintas,” kata penyelia hospital, SK Seth kepada AFP.

Bas yang lebih muatan itu membawa rombongan pengantin lelaki pulang dari sebuah majlis perkahwinan apabila ia dilanggar kereta api terbabit pada awal pagi semalam.

Rakaman stesen televisyen rangkaian NDTV dari tempat kemalangan, kira-kira 300 km dari barat laut Lucknow, tenggara New Delhi menunjukkan kesan kemalangan di landasan dan pegawai polis membawa mayat yang ditutup dengan selimut dan dibawa dengan pengusung.
Pengantin lelaki dan perempuan yang berada di belakang bas menaiki jip bagaimanapun terselamat.

Sistem kereta api India masih lagi dalam bentuk perjalanan jarak jauh walaupun adanya saingan daripada syarikat penerbangan persendirian baru, membawa 18.5 juta penduduk setiap hari.

Beratus-ratus kemalangan kereta api dilaporkan setiap tahun tetapi kemalangan ini disifatkan paling dahsyat sepanjang 2011.

Pejabat Perdana Menteri, Manmohan Singh mengumumkan pampasan kepada mangsa bernilai 200,000 rupee (RM13,519) bagi setiap keluarga mangsa yang maut dan 50,000 rupee (RM3,379) bagi mereka yang cedera.

Pada Mei tahun lalu hampir 150 orang terbunuh apabila sebuah kereta api ekspres penumpang ke Mumbai dari Kolkata tergelincir dari landasan dan berlanggar dengan keretapi dari arah bertentangan selepas dipercayai berlaku sabotaj oleh pihak tertentu.

Pada Julai 2010 lebih 60 orang terbunuh dan 165 cedera apabila sebuah kereta api ekspres merempuh sebuah kereta api penumpang di stesen di West Bengal.

Kemalangan paling buruk dalam sejarah di India adalah pada 1981 apabila sebuah kereta api menjunam ke sebuah sungai dalam kejadian di Bihar menyebabkan kira-kira 800 penumpang terbunuh. – AFP
Berita Harian Online | 33 maut kereta api rempuh bas

Peserta himpunan akan ditahan

KUALA LUMPUR – Orang ramai yang menyertai perhimpunan pada Sabtu ini akan ditangkap jika ia dianjurkan tanpa permit polis, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Katanya, polis juga boleh menahan mereka kerana menghadiri perhimpunan anjuran sebuah pertubuhan tidak berdaftar.

“Tindakan kami berlandaskan undang-undang. Ia tiada pengecualian, Akta Polis relevan.

“Sesiapa sahaja yang bertindak atas nama mereka itu (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih)), kita tidak teragak-agak untuk tahan mereka mengikut undang-undang.

“Ini kerana telah jelas mereka bukan pertubuhan berdaftar dan sah. Hantar permohonan guna nama lain dan kita akan pertimbangkan. Kerajaan sudah bagi peluang (anjur perhimpunan) gunalah sebaiknya (dengan memohon permit),” kata beliau pada sidang akhbar di Bukit Aman semalam.

Gabungan itu yang kononnya menuntut perjalanan pilihan raya lebih adil dilaporkan mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka setelah rancangan awal mereka untuk mengadakan demonstrasi jalanan mendapat bantahan rakyat sehinggakan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengeluarkan titah khas mengenai kesan buruk yang akan berlaku sekiranya ia diteruskan.

Ismail berkata, polis dimaklumkan bahawa pengurusan Stadium Merdeka belum memberikan sebarang kelulusan untuk perhimpunan itu diadakan di situ.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Kosmo! Online - Negara

Kapten MU ada 10 kekasih gelap

LONDON - Seorang penari lucah, seorang model bogel dan seorang penyanyi pop merupakan sebahagian daripada 10 wanita yang menjalin hubungan sulit dengan kapten kelab bola sepak Manchester United (MU), Rio Ferdinand, lapor sebuah akhbar semalam.

Nama sekurang-kurangnya 10 wanita yang didakwa kekasih gelap Ferdinand itu didedahkan di Mahkamah Tinggi London kelmarin semasa perbicaraan kes saman ganti rugi bintang MU berkenaan terhadap sebuah akhbar mingguan tempatan kerana menyiarkan berita hubungan sulitnya dengan seorang pereka dalaman, Carly Storey.

Ferdinand, 32, yang turut mewakili pasukan England telah berkahwin dengan Rebecca Ellison pada 2007 dan mereka kini mempunyai 3 anak.

Pemain pertahanan MU itu cuma menuntut ganti rugi berjumlah £50,000 (RM240,527) terhadap akhbar berkenaan kerana melanggar hak peribadinya dengan menyiarkan laporan tersebut walaupun dia memperoleh pendapatan dianggarkan jutaan pound.

Namun, peguam defendan, Gavin Millar memberitahu mahkamah bahawa pendedahan memalukan itu perlu dibuat demi menjaga kepentingan awam dan untuk mendedahkan sikap sebenar Ferdinand yang sebelum ini dilabel pemain bersih daripada sebarang skandal.

"Dia (Ferdinand) telah mengabui mata orang awam selama beberapa tahun," kata peguam tersebut.

Antara wanita yang didakwa pernah menjalinkan hubungan dengan Ferdinand termasuk dua model Israel, Lilach Yafe dan Tslil Sela masing-masing berusia 29 dan 22 tahun, model Brazil, Tatiane Rosalino, 26, model bogel, Holly McGuire, 33, dan penari lucah berusia 22 tahun, Coralie Robinson serta pramugari syarikat Virgin, Lauren Alcorn. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia

Pembersih hampagas dibuat daripada kadbod

JAKE TYLER bergambar bersama pembersih hampagas ciptaannya yang diperbuat daripada kadbod.


LONDON - Seorang pencipta Britain berusia 22 tahun, Jake Tyler mencipta pembersih hampagas daripada barangan kitar semula kadbod, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang merupakan pelajar rekaan industri di Universiti Loughborough berharap ciptaannya itu akan dapat dijual di pasaran Asia seperti China dan Hong Kong.

Tyler mencipta pembersih hampagas itu dengan kerjasama kakitangan syarikat pengeluaran peralatan pembersihan, Vax di Worcestershire.

Syarikat itu tertarik dengan ciptaan Tyler sehingga ia berhasrat untuk dipasarkan. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia

Saman bekas kekasih kerana enggan kahwin



ROY WILLIAMS


NEW YORK - Seorang pemain bola sepak Amerika, Roy Williams menyaman bekas kekasihnya untuk mendapatkan semula sebentuk cincin berharga AS$76,600 (RM230,604) yang diberikannya kerana menolak lamaran perkahwinannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Williams mengemukakan saman di sebuah mahkamah di sini pada 30 Jun lalu dengan mendakwa bekas kekasihnya, Brooke Daniels enggan memulangkan cincin tersebut selepas mereka berpisah pada Februari lalu.

Bekas kekasihnya itu memberitahu Williams bahawa dia hilang cincin tersebut menyebabkan pihak insurans melakukan satu siasatan.

Siasatan itu mendapati, cincin tersebut berada dalam simpanan bapa Brooke, Michael Daniels.

Williams melamar Daniels yang merupakan bekas peserta ratu cantik dengan menghantar wang sebanyak AS$5,000 (RM15,052) dalam sebuah kotak, sebentuk cincin dan rakaman suara yang meminta wanita itu berkahwin dengannya.

Brooke dikatakan akan memulangkan semula cincin itu bagi mengelak implikasi undang-undang. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia

Facebook lancar panggilan video

MARK ZUCKERBERG (kiri) melihat perbualan video Facebook di ibu pejabat parti itu di Palo Alto, California kelmarin.


NEW YORK Amerika Syarikat (AS) - Pihak pengurusan Facebook kelmarin mengumumkan 750 juta penggunanya kini boleh menggunakan laman jaringan sosial berkenaan untuk membuat panggilan video.

Ciri terbaru itu menggunakan perkhidmatan telefon Internet, Skype.

Facebook juga mengubah susun atur aplikasi laman sembang itu supaya ia lebih mesra pengguna.

Bagi membuat panggilan video, para pengguna Facebook yang menggunakan komputer dilengkapi kamera web, perlu terlebih dahulu memilih rakan sembang mereka.

Selepas satu tetingkap sembang akan tertera pada skrin, para pengguna perlu mengklik ikon video kecil berwarna biru untuk menggunakan aplikasi berkenaan.

Kemunculan produk terbaru itu seiring dengan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg, 27, yang menjanjikan beberapa pelancaran baharu untuk tahun ini. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia

4 pelatih nekad cabut lari


SEBUAH kereta Perodua Kancil yang diletakkan di hadapan pintu Puspen rosak selepas dirempuh oleh lori yang dinaiki empat pelatih ketika melarikan diri di Besut semalam.


BESUT – Empat pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di sini bertindak nekad dengan merampas sebuah lori dan merempuh pintu pagar hadapan pusat itu ketika melarikan diri semalam.

Kejadian berlaku pada pukul 10.30 pagi apabila keempat-empat pelatih tersebut menyusup masuk ke dalam sebuah lori tiga tan ketika pemandu dan kelindannya menurunkan barang di pusat itu.

Pelatih berusia di antara 25 hingga 32 tahun itu kemudian memandu lori tersebut dan melanggar pintu pagar sebelum terlanggar sebuah kereta Perodua Kancil yang diletakkan di bahu jalan di luar pusat berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, kesemua pelatih tersebut kemudian memandu lori itu menuju ke Kelantan.

Ujarnya, apabila tiba di Bukit Jong, Pasir Putih iaitu kira-kira 20 kilometer dari lokasi kejadian, lori tersebut telah merempuh sekatan jalan raya menyebabkan seorang anggota polis cedera di tangan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Kosmo! Online - Negara

30 kanak-kanak, guru jadi tebusan


ANGGOTA polis membawa keluar murid-murid tadika selepas berakhir drama tebusan di Taman Sungai Abong Cemerlang, Muar semalam.


MUAR – Seramai 30 kanak-kanak dan empat guru di Pusat Jagaan Serikids, Taman Sungai Abong Cemerlang, Sungai Abong di sini berhadapan saat-saat cemas semalam apabila dijadikan tebusan oleh seorang penagih dadah selama hampir tujuh jam.

Lelaki berusia 30-an yang dipercayai kurang siuman itu bagaimanapun cedera parah ditembak polis dan meninggal dunia pada pukul 9.15 malam tadi ketika dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, lelaki itu dikatakan menceroboh pusat jagaan berkenaan yang berupa banglo dua tingkat pada pukul 9.15 pagi melalui pintu belakang bangunan berkenaan.

Katanya, sebaik berjaya masuk, lelaki berkenaan yang bersenjatakan sebilah parang dan tukul besi mengarahkan guru dan kanak-kanak terbabit diam jika tidak mahu dicederakan.

“Suspek kemudiannya mengunci kesemua tiga pintu pusat jagaan berkenaan dengan mangga yang dibawanya sebelum mengarahkan semua mangsa naik ke tingkat atas dan masuk ke dalam sebuah bilik,” katanya.

Jelasnya, polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada pukul 10 pagi.

“Polis cuba berunding dengan suspek mulai pukul 11 pagi hingga 3 petang dan ahli keluarganya iaitu bapa saudara, kakak dan adiknya turut datang memujuk suspek agar menyerah diri tetapi gagal,” katanya kepada pemberita.

Katanya, sepanjang rundingan, suspek mengemukakan beberapa permintaan yang tidak munasabah seperti sepucuk pistol dan peluru.

Jelasnya, polis mendapat petunjuk keadaan mangsa apabila seorang guru mencampak sekeping nota dari bilik berkenaan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Kosmo! Online - Negara