Pages

Sunday, January 27, 2013

Ujian nuklear ‘permintaan rakyat’

Ujian nuklear
Korea Selatan giat menyiapkan projek roket jarak jauh mereka.
SEOUL - Korea Utara menjelaskan ujian nuklear ketiga yang bakal dilancarkan dalam tahun ini bertujuan untuk memenuhi permintaan rakyat.

Kenyataan itu dikeluarkan sehari selepas Pyongyang mengumumkan pelancaran roket jarak jauh yang bukan hanya mampu membawa satelit malah kepala peledak yang disasarkan ke arah Amerika Syariat (AS).

Akhbar rasmi Korea Utara, Rodong Sinmun melaporkan, ujian itu dilakukan atas permintaan rakyat selepas tindakan PBB meningkatkan sekatan.

Pesuruhjaya Pertahanan Kebangsaan Korea Utara berkata, mereka tidak akan menyembunyikan kelengkapan satelit, roket jarak jauh dan ujian nuklear dalam fasa terbaru perjuangan menentang anti-Amerika kerana AS adalah musuh ketat rakyat Korea.

“Pertikaian dengan AS harus diselesaikan dengan kekerasan, bukan perbincangan,” katanya.

Ujian itu mendapat kecaman dari negara jiran hingga memaksa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) campur tangan. - AP

Ibu, kakak Presiden Syria larikan diri

Ibu, kakak Presiden Syria larikan diri
Seluruh bandar Homs musnah akibat
bedilan udara tentera Syria semalam. 
n
BEIRUT - Ahli keluarga Presiden Syria, Bashar Al Assad termasuk ibunya, Anisa Makhlouf, melarikan diri dari negara itu.

Media Britain, Telegraph melaporkan, Robert Ford yang berkhidmat sebagai duta Amerika Syarikat ke Syria memberitahu, ahli keluarga rejim itu meninggalkan negara terbabit secara senyap.

“Ibu Assad dilaporkan melarikan diri ke Emiriah Arab Bersatu, manakala kakaknya Bushra melarikan diri ke Dubai,” katanya.

Beliau berkata, lokasi persembunyian keluarga Al-Assad yang lain masih belum dikesan tetapi dipercayai sebahagian daripada mereka masih berada di ibu negara tersebut.

Sementara itu, angkatan tentera Syria melancarkan serangan roket berterusan ke arah kawasan yang di takluk pemberontak di tengah-tengah wilayah negara itu, Homs semalam.

Ketua kumpulan aktivis melaporkan, sekurang-kurangnya 140 terbunuh dalam pertempuran antara kedua-dua pihak di seluruh negara.

Jurucakap Pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (UNCHR) Melissa Fleming berkata, bilangan rekod pelarian Syria ke Jordan meningkat dua kali ganda dengan jumlah keseluruhannya mencecah 65,000.

“Pendatang kebanyakannya berkeluarga, wanita, kanak-kanak dan warga tua,” katanya.

Menurutnya, lebih 30,000 pendatang baru dari bandar selatan Daraa iaitu kawasan awal  pemberontakan tercetus sejak dua tahun lalu memasuki Zaatari. - Reuters

Apa hebat mata wang £1 juta, £100 juta Britain?



LONDON - "Apabila ia mengenai £ 1 juta (RM4.8 juta), semua orang berfikir!

"Apakah ia satu perkara yang hebat," kata Ketua Jabatan Wang Kertas, Barnaby Faull di tempat lelong di Spink.

"Apa yang kebanyakan orang tidak sedar ialah mereka benar-benar wujud," katanya dipeti BBC.

Tetapi mata wang  £1 juta - yang dikenali sebagai "gergasi" - tidak akan berada dalam edaran dan ia hanyalah dibayangkan untuk disediakan dari 'cashpoints'. Berapa ramai daripada kita akan mengambil risiko membawa mata wang itu dalam dompet kita.

Apatah lagi mempunyai dana yang mencukupi dalam akaun untuk mendapatkan satu?

Tetapi walaupun nilai mata wang gergasi adalah agak kecil berbanding dengan "Titan" - wang kertas yang menjanjikan untuk pembawa  £100 juta (RM480 juta).

Adalah tidak praktikal walaupun ia adalah untuk kegunaan harian, kedua-duanya memainkan peranan penting dalam sistem mata wang British, dengan sokongan nilai nota harian yang dikeluarkan oleh bank-bank komersial di Scotland dan Ireland Utara.

Ramai tahu bagaimana wang kertas lima dolar Scotland (RM15) boleh menimbulkan syak-wasangka dalam perniagaan di England.

Sokongan ini bertujuan untuk mengekalkan keyakinan semua orang dalam nilai mata wang yang diwakili.

Untuk setiap paun Scotland atau Ireland Utara yang dibenarkan, pihak bank mahu terus mencetak dalam bentuk mata wang sendiri.

Ia mempunyai cara untuk mendepositkan jumlah yang setara mata wang Sterling dengan Bank of England.

Jika perlu, misalnya mata wang dari sebuah bank Scotland boleh digantikan dengan bank tempatan England tetapi dibayar tunai.

"Jika terdapat situasi malang seperti salah satu daripada bank gagal, pemegang mata wang akan mempunyai keyakinan bahawa mata wang mereka masih bernilai," kata Ketua Bahagian Mata Wang Bank of England, Victoria Cleland.

Jadi, Bank Scotland dan Ireland Utara telah membekalkan sokongan mereka dengan membayar untuk setiap penciptaan gergasi dan Titan. Bank of England telah mencetak mata wang itu secara dalaman, bukannya dengan pencetak komersial biasa.

Mereka kemudiannya disimpan jauh sebagai langkah berhati-hati.

Cleland berkata, langkah itu lebih berkesan daripada mempunyai beribu-ribu peti simpanan yang disimpan di Bank England di seluruh negara. Dalam era kewangan bergelora, sokongan ini perkara-perkara yang lebih baik daripada biasa.

Jual anak bayar denda


NEW DELHI - Seorang wanita di Rajasthan, India ditahan polis selepas didakwa menjual anak perempuannya berumur 11 tahun.

Menurut polis, wanita berkenaan menjual mangsa pada harga 650,000 rupee (RM36,787) bagi melangsaikan denda dikenakan oleh jawatankuasa kampung terhadapnya.

"Suspek berkata dia perlu membayar 450,000 rupee (RM25,468) kerana melanggar adat," kata polis.

Akhbar tempatan melaporkan, suspek ditahan selepas mangsa melarikan diri kerana didera.

"Ibu mangsa dan dua pembeli ditahan," kata Ketua Anti Pemerdagangan Manusia, Rakeh Verma. - MailOnline

30 maut protes mahkamah Mesir hukum mati 21 peminat bola


KAHERAH - Angka kematian ekoran kemarahan membantah keputusan mahkamah Mesir semalam, yang menghukum mati 21 orang berkaitan rusuhan di stadium bola sepak awal tahun lalu, meningkat kepada 30 orang.

Laporan media menyebut penyokong-penyokong defendan cuba menyerbu penjara yang menempatkan mereka yang dihukum mati, semalam.

Perkembangan itu memburukkan lagi keadaan di Mesir yang kelmarin berhadapan dengan pertempuran antara polis dan penyokong kumpulan yang menentang kepimpinan Presiden Mohammed Morsi, menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh terbunuh dan
hampir 500 cedera.

Mahkamah menjatuhkan hukuman mati ke atas 21 defendan, yang merupakan penyokong kelab al-Masry yang berpangkalan di Port Said.

Keputusan mahkamah itu disambut baik oleh saudara-mara mangsa.

Bagaimanapun penyokong defendan yang marah dengan keputusan bertempur dengan pihak berkuasa.

Dua anggota polis ditembak mati di luar penjara di Port Said manakala bangunan keselamatan kerajaan pula dibakar.

Selain dua anggota polis 28 lagi maut.

Antara yang turut terbunuh ialah dua pemain bola sepak iaitu bekas penjaga gol kelab al-Marsy, Tamir al-Fahlah dan pemain kelab Port Said, Muhammad al-Dadhawi.

Seramai 74 orang terbunuh dalam rusuhan susulan perlawanan antara kelab al-Masry dan al-Ahly pada 2 Februari lalu.

Penyokong-penyokong menyerbu padang lalu menyerang pemain al-Ahly sebaik perlawanan berakhir.

Bandar Port Said terletak di sebelah timur Kaherah.

Asteroid mendekati bumi pada Februari 2013

Asteroid
Lakaran asteroid yang bakal merentasi bumi.

Sebuah asteroid dikatakan bakal mendekati bumi pada pertengahan Februari ini.

Asteroid dianggarkan bersaiz kecil itu dikenali sebagai 2012DA14 dijangka mendekati Bumi pada 15 Februari ini.

Ahli Astronomi berpendapat asteroid itu akan berada dalam orbit bulan sekitar 38,6243 kilometer (km) dan dalam orbit satelit Geosynchronous sejauh 418,429 km.

Asteroid 2012 DA14 mendekat pada jarak 35,000 km dari bumi. Perhitungan astronomi dari orbit asteroid dapat dipercayai berdasarkan rekod kejayaan puluhan tahun ketika Neil Amstrong menjadi manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan 20 Julai 1969.

Tetapi apa yang akan berlaku ketika 2012DA14 mendekati bumi? Jawapannya adalah ‘mungkin tidak terjadi apa-apa’.

Kebanyakan orang tidak akan melihat atau menyedarinya kerana kehadiran asteroid tersebut tidak mengubah pusingan pasang surut air laut, ia juga  tidak menyebabkan gunung berapi.

Ketika kehadiran asteroid itu, pakar astrologi akan mengukur jarak tepat kedudukan bintang dan bulan dengan teleskop mikro.
Andainya asteroid  itu bersaiz 46 meter dan memintas bumi, ia masih tidak boleh menghancurkan bumi, tetapi kejadian itu akan meninggalkan kesan seperti kawah di kawasan ia mendarat.

Peristiwa itu pernah terjadi pada 1908 di daerah terpencil di Rusia, di mana satu ledakan asteroid telah meratakan sebuah kawasan di situ hingga membentuk sebuah kawah dan melenyapkan pokok dan haiwan yang terdapat di situ.

Mungkin sekiranya 2012 DA14 mendarat ke bumi kejadian sama dijangka berlaku. Ahli astrologi juga mengharapkan asteroid itu mendarat di laut dan bukannya di kawasan pembangunan kerana dikhuatiri binaan akan musnah sama seperti pokok dan haiwan yang lenyap
ketika kejadian di Rusia.

Ahli astronomi di Observatorio Astronomico de La Sagra di Spanyol menemui 2012 DA14 pada awal 2012. Ia menyerupai bumi dan pusingan orbitnya juga menyamai pergerakan bumi iaitu mengelilingi matahari.

Pastinya, Asteroid 2012 DA14 akan menghampiri bumi pada 15 Februari 2013. perkara ini bakal mendapat perhatian orang ramai. - Earthsky.org

Apa itu asteroid?

Asteroid ialah planet minor atau planetoid. Ia berukuran lebih kecil daripada planet, tetapi lebih besar daripada meteoroid dan selalu berada dalam orbit planet Neptunus. Asteroid berbeza dengan komet dari struktur visualnya. Komet mempunyai 'ekor' sementara asteroid hanya berbentuk seperti ketulan batu.

Gambar Diana dilelong RM54,800



Amherst (New Hampshire): Sekeping gambar Diana Spencer bertanda “bukan untuk disiarkan” dijual pada harga lebih AS$18,000 (RM54,800) dalam acara lelongan, semalam.

Gambar itu memaparkan Diana sebelum berkahwin dengan Putera Charles dan bergelar Princess of Wales berehat di katil bersama rakannya dalam satu percutian bermain ski.


Selain Diana, seorang lelaki dan sebotol wiski turut kelihatan dalam gambar berkenaan. Gambar itu diperoleh sebuah akhbar Britain sejurus selepas Diana bertunang dengan Charles.

Firma lelongan RR Auction berkata, gambar itu dijual kepada seorang pelabur hartanah dari San Diego pada harga $18,306 (RM55,731) - AP

Tentera Syria cuba rampas Homs


Beirut: Tentera Syria melancarkan roket dan artileri ke kawasan dikuasai pejuang antikerajaan di tengah Homs dalam usaha mereka meluaskan gerakan memerangi kumpulan yang cuba menyingkirkan Presiden Bashar al-Assad.

Aktivis antikerajaan juga mendakwa, rejim Bashar membeli kelengkapan tambahan untuk tentera kerajaan bagi mengukuhkan serangan di Homs serta cuba mengambil semula kawasan dikuasai pejuang. Satu rakaman video amatur dimuat naik di Internet menunjukkan deretan roket terkena banyak bangunan di bandar Rastan, tidak jauh dari Homs.


Bunyi tembakan sengit turut dapat didengar dalam rakaman itu.

Pertubuhan Pemantau Syria Untuk Hak Asasi Manusia berkata, tentera kerajaan turut menyerang pejuang antikerajaan di sekitar Damsyik.


“Tentera melancarkan serangan ke beberapa daerah, termasuk Zabadani dan Daraya,” kata pertubuhan berpangkalan di Britain itu.


Satu lagi kumpulan aktivis, Jawatankuasa Penyelarasan Tempatan (LCC), berkata jet tentera kerajaan menyerang kawasan Douma yang menjadi kubu kuat pejuang berhampiran Damsyik. Kata LCC, sekurang-kurangnya 80 maut akibat keganasan di seluruh Syria kelmarin, termasuk 11 daripada mereka terkorban di Homs. Sementara itu, PBB berkata, jumlah penduduk Syria memasuki Jordan bulan ini meningkat ketara menyebabkan populasi di kem pelarian itu bertambah dua kali ganda.

Kata badan dunia itu, lebih 30,000 orang tiba di Zaatari pada Januari.


“Untuk tempoh dua hari lalu saja, 6,000 orang tiba di situ, menjadikan jumlah pelarian meningkat kepada 65,000 orang,” katanya. - AP

30 tahun terkurung



Rio de Janeiro: Sebuah keluarga yang kehilangan kura-kura kesayangan tidak menyangka dapat bertemu haiwan peliharaan mereka 30 tahun kemudian, lapor media semalam.

Kura-kura bernama Manuela itu gagal dikesan pemiliknya pada 1982 walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk mencarinya. Keluarga Almeida kemudian menganggap Manuela melarikan diri ketika pekerja pembinaan mengubah suai rumah mereka. Awal bulan ini, ketua keluarga Almeida, Leonel, meninggal dunia dan anak-anaknya bekerjasama membersihkan bilik di tingkat dua rumah mereka yang sarat berisi barangan elektrik rosak.


Selama ini, bilik berkenaan dibiarkan berkunci.

Anak lelaki Leonel Leandro berkata, dia terkejut apabila mendapati Manuela berada dalam sebuah kotak di bilik berkenaan, tetapi ia hanya disedari sejurus sebelum kotak berkenaan dibuang.


“Saya meletakkan kotak itu di kaki lima supaya pemungut sampah mengambilnya, tetapi ada seorang jiran bertanya, mengapa saya mahu membuang kura-kura?” katanya. Hairan dengan kata-kata jirannya, Leandro melihat kotak berkenaan sekali lagi dan terkejut melihat apa yang ada di situ.


Adik Leandro, Lenita, berkata kura-kura itu hadiah untuknya ketika dia masih kecil. Pada masa sama, Leonel tidak suka membuang barangan elektrik yang dirasakan boleh dibaiki. “Jika bapa terjumpa televisyen rosak dan dia berasa boleh diperbaiki, bapa akan menyimpannya di dalam bilik.

Foto

“Lama-kelamaan, bilik itu penuh dengan barangan elektrik dan kami tidak berani masuk ke situ,” katanya.
Foto
KELUARGA Almeida menunjukkan Manuela yang ditemui selamat selepas terperangkap dalam bilik rumah mereka selama 30 tahun.

Mengenai penemuan Manuela itu, Lenita berkata, mereka sekeluarga sangat gembira apabila bertemu semula dengan kura-kura berkenaan.

Namun, kata Lenita, tiada siapa tahu bagaimana Manuela mampu bertahan dalam bilik berkenaan selama 30 tahun. Sementara itu, pegawai vaterinar Rio de Janeiro, Jeferson Pires berkata, kura-kura spesies berkaki merah mampu bertahan walaupun tanpa makanan untuk tempoh lama. “Kura-kura jenis itu boleh hidup tanpa makanan selama dua hingga tiga tahun.


“Jika di hutan, ia boleh makan buah-buahan, daun, bangkai haiwan atau najis,” katanya.


Mengenai Manuela, Pires berkata, ia mungkin terselamat kerana makan anai-anai di lantai kayu rumah berkenaan. -Daily Mail

UFO terhempas punca ikan mati

Berjuta-juta ikan ditemui mati secara misteri di perairan Okinawa minggu lalu, sementara itu, imej UFO (gambar kecil) yang dilaporkan terhempas di perairan Okinawa, dikeluarkan tentera laut Jepun.Berjuta-juta ikan ditemui mati secara misteri di perairan Okinawa minggu lalu, sementara itu, imej UFO (gambar kecil) yang dilaporkan terhempas di perairan Okinawa, dikeluarkan tentera laut Jepun. Okinawa: Objek terbang tidak dikenali (UFO) yang terhempas ke dalam laut di Okinawa, didakwa menjadi punca berjuta-juta ikan mati di perairan kepulauan itu minggu lalu.

Berjuta-juta ikan mati di perairan kepulauan itu dan setakat ini lebih 50 tan sudah dibersihkan di sepanjang pantai dan beberapa wilayah yang berhampiran.
Lebih menghairankan bangkai yang ditemui mati itu menunjukkan kesan terbakar dan pendarahan di bahagian mata.


Laman web Veteran Today melaporkan, wartawan mereka menghubungi dengan sumber boleh dipercayai pemerintah Jepun yang menyaksikan proses mengeluarkan UFO yang terhempas itu.


Kesan kemalangan UFO

“Saya dapat mengesahkan bahawa jutaan ikan yang mati di perairan Okinawa adalah kesan daripada ‘kemalangan’ UFO terbabit.

“Kami mempunyai pakar yang ditempatkan di kapal JS Kurama di laut Jepun yang bertanggungjawab membawa bangkai UFO itu ke permukaan,” kata sumber itu yang dipetik laman berkenaan.
Sumber itu juga menyatakan Perdana Menteri Jepun sudah dimaklumkan bahawa cecair misteri yang mengalir dari UFO terbabit menyebabkan asap beracun naik ke permukaan laut.

Katanya, cecair itu bukan saja membunuh ikan tetapi asap yang dihasilkan menyebabkan anggota penyelamat sukar menaikkan bangkai UFO terbabit.


Halang media siar

“Pakar turut menyatakan kebimbangan bahan kimia UFO itu boleh mencemarkan air laut dan membunuh hidupan di sekitarnya. Malah ketika diangkat, air laut di sekitar UFO terbabit mendidih,” kata sumber itu.

Perdana Menteri Jepun Yoshihiko Noda dilaporkan menandatangani perintah menghalang media di negara itu melaporkan mengenai nahas yang berlaku. - Agensi

Elak kahwin lelaki Mesir

Wanita Syria menunggu visa untuk masuk ke Lubnan.Wanita Syria menunggu visa untuk masuk ke Lubnan. Kaherah: Majlis Hak Asasi Wanita Mesir (NCWR) baru-baru ini mengecam fenomena lelaki Mesir berkahwin dengan pelarian Syria.

Ramai penduduk Syria menjadi pelarian ke Mesir berikutan konflik di tanah air mereka. Jumlah pelarian Syria berdaftar mencecah 8,858 orang menurut data paling terbaru Suruhanjaya Tinggi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR).
Majlis itu dalam satu kenyataan berkata, perkahwinan itu adalah “jenayah dilakukan ke atas wanita atas nama agama, apabila ulama menggalakkan lelaki muda Mesir berkahwin dengan pelarian Syria.”


Sesetengah lelaki mewajarkan perkahwinan itu sebagai langkah pemurah untuk menyelamatkan gadis Syria daripada status pelarian mereka walaupun hakikatnya mereka dipergunakan untuk mendapatkan wang manakala mas kahwin untuk perkahwinan itu biasanya tidak melebihi 500 pound Mesir (RM229.17).


Aktivis berkempen

Sebuah akhbar tempatan menerbitkan kisah dengan tajuk ‘Tragedi tersembunyi perkahwinan Syria di Mesir’ yang melaporkan fenomena itu menghasilkan broker untuk perkahwinan itu.

Menurut status undang-undang Syria, usia minimum untuk berkahwin bagi gadis ialah 16 tahun, manakala undang-undang tidak mengawal perkara itu mengikut perlembagaan baru Mesir.
Kempen dilancarkan dalam laman rangkaian sosial. Aktivis mewujudkan ruangan di Facebook menggunakan nama ‘Pelarian tidak ditawan’ dan satu hashtag di Twitter mengecam isu terbabit.

Majlis mendesak siasatan terhadap angka disebut media dengan pembabitan individu yang menjadi broker perkahwinan supaya tindakan wajar diambil. - Agensi

8 kanak-kanak antara 16 maut serangan udara di Syria

PEJUANG daripada Tentera Bebas Syria Tahrir al Sham membalas tembakan tentera Syria dalam pertempuran sengit di pinggir bandar Mleha, Damsyik. - Foto Reuters
PEJUANG daripada Tentera Bebas Syria Tahrir al Sham membalas tembakan tentera Syria dalam pertempuran sengit di pinggir bandar Mleha, Damsyik. - Foto Reuters BEIRUT: Sekurang-kurangnya 16 maut dengan separuh daripadanya kanak-kanak apabila pesawat tentera rejim kerajaan membedil Bandar Manbij di utara Wilayah Aleppo semalam.

Badan Pemerhati Hak Asasi Syria mendakwa, serangan sama menyebabkan tujuh terkorban di Al Ban di Aleppo dan Aazaz yang terletak kira-kira tujuh kilometer di sempadan Turki.
Klip video yang dimuat naik dalam YouTube menunjukkan kawasan serangan di Manbij dengan puluhan lelaki bergegas ke tingkat bawah sebuah bangunan yang dibom untuk menggali mengeluarkan mangsa.


Serangan udara di Wilayah Aleppo digandakan oleh rejim kerajaan yang mendakwa menjalankan operasi menghapuskan pemberontak yang turut berada di wilayah berjiran di Raqa.

Di sempadan utara Turki, NATO berkata satu darpada roket Patriot kawalan bateri dilancarkan untuk melindungi orang awam bagi mengakhiri konflik yang berlarutan 22 bulan itu.

"Bateri berkenaan dibekalkan oleh Belanda dan membantu untuk melindungi bandar selatan dan orang ramai di Adana," katanya. - AFP