Pages

Tuesday, July 26, 2011

Susulan isu Wahabi, Asri tulis warkah sentuh tanggungjawab polis

Assalamualaikum warahmatuAllahi wabarakatuhu,

Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah ini terbuka. Saya harap ia dapat dibaca oleh semua. Jika ada kebaikan, ambillah darinya. Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja. Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan. Tanda cinta dan kasih kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas tanggungjawab menjaga keamanan kita semua. Mata memandang, hati merintih dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat.


Tugas Mulia

Saudaraku anggota polis,

Kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur dan ikhlas. Sepatutnya, tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis. Sebaliknya, perasaan fitrah; sayang dan menghargai akan tertanam dan mekar sebaik sahaja mendengar nama polis, melihat anggota atau apa sahaja perlambangan polis. Itulah perkara sewajarnya berlaku.

Saudaraku anggota polis,

Tugas seorang anggota polis -sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu ‘Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran’. Itu moto asal pasukan polis. Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada bahagian kedua iaitu ‘Mencegah Kemungkaran’. Hakikatnya, polis berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum. Jika itu tidak berlaku, masyarakat akan porak peranda dan menerima hukuman dari Allah. Allah berfirman: (maksudnya):

“Telah dilaknat mereka yang kufur daripada Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka kerjakan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 78-79).

Nabi s.a.w pula bersabda:

“Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).

Kami sebagai rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis yang telah menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah, kezaliman dan kerosakan.

Bahaya Kuasa

Saudaraku anggota polis,

Namun, dalam masa yang sama, bidang tugas dan kuasa saudara yang menghalang kezaliman itu jika disalahgunakan boleh memberikan kesan yang sebaliknya. Ia boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, menghalang yang zalim kepada memberi peluang kepadanya, memberi hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya. Jika itu berlaku, rosaklah masyarakat, hilanglah neraca keadilan, bermegah si zalim, kesakitanlah yang ditindas. Lantas, kebencian akan merebak, kepercayaan akan hilang dan saudaraku polis yang sepatutnya disayangi menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui.

Saudaraku anggota polis,

Ingin saya sebut di sini suatu tazkirah yang harapnya boleh memberikan manfaat kepada semua, khususnya mereka yang berkuasa seperti saudara. Saudaraku, kezaliman itu adalah suatu racun. Ia bukan sahaja menyakitkan yang dizalimi, tetapi suatu hari akan membawa sengsara, bahkan mengorbankan si zalim itu sendiri. Pada hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada. Mungkin juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal mangsa mengenali pelakunya.

Namun Tuhan tidak lupa. Akan ada harinya yang menanti kita di hadapan. Tangan yang memukul orang lain dan kaki yang menendang mangsa itu tidak akan terpadam catatannya sehingga kemaafan diberikan. Ketika saudara pulang ke rumah berjumpa keluarga, si mangsa mendongak ke langit mengadu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa. Dengarlah baik-baik apa yang yang disabdakan Nabi s.a.w:

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda:

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya” (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Dalam riwayat Ahmad yang lain:

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Allah Tidak Lupa

Saudaraku anggota polis,

Tiada siapa antara kita yang dapat menyelamatkan dirinya dari hukuman Tuhan. Seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya, atau si mangsa juga mungkin terlupa, atau pergi menemui Ilahi terlebih dahulu. Namun doanya tetap hidup. Akan ada waktu, ia tetap datang bertandang dalam kehidupan si zalim; meragut kebahagiaannya, ketenteraman hidupnya dan mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa. Mungkin si zalim ketika itu terpinga dan bertanya ‘apakah salah saya?’. Dia terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, di dunia dan akhirat sana.

Dunia Sementara

Saudaraku anggota polis,

Dunia ini sementara. Setiap kita akan ada hari akhirnya. Akan berakhirlah sebuah kehidupan dan bermulalah mahkamah keadilan Tuhan. Tiada kuasa yang dapat membela, tiada pembesar yang dapat berkata. Semua tunduk menunggu balasan. Firman Allah (maksudnya):

“Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang ketika itu terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar), mereka terburu-buru (menyahut panggilan) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)”. (Surah Ibrahim 42-43).

Saudaraku anggota polis,

Sekali lagi pada hari itu si zalim akan bertemu dengan semua mereka yang telah dimangsakan, di hadapan mahkamah yang Maha Adil. Tiada bukti yang dapat disembunyikan, diputarbelit dan ditipu kepada masyarakat manusia yang berkumpul ketika itu. Tiada media yang boleh diperguna dan tiada kuasa kerajaan yang boleh melindunginya. Adil seadil-adilnya. Bak kata Nabi s.a.w:

“Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk” (Riwayat Muslim).

Sabda baginda juga :

“Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tiada dinar dan dirham (tiada harta iaitu pada Hari Kiamat). Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya” (Riwayat al-Bukhari).

Nasihati Hasan al-Basri

Saudaraku anggota polis,

Saya tahu, kadang-kala ada keadaan yang sukar sebagai anggota polis yang terpaksa melaksanakan arahan ‘atasan’. Maka, mungkin ada yang berkata ‘kami hanya menjalankan tugas’. Sudilah saudara mendengar nasihat tokoh Islam yang agung al-Imam Hasan al-Basri r.a. kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu ‘Umar bin Hubairah. Ketika itu zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik. Kata ‘Umar bin Hubairah:

“Sesungguhnya khalifah Yazid bin Abdul Malik kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi sutu kesalahan di sisi agama? Kata Hasan al-Basri: “Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai Yazid, jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah azza wajalla dapat menghalang Yazid daripada bertindak ke atasmu, tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada bertindak ke atasmu.

Wahai ‘Umar bin Hubairah! Sesungguhnya akan turun kepadamu malaikat yang bengis dan keras, dia tidak akan menderhakai apa yang Allah perintahkannya. Dia akan mengambil engkau dari tempat dudukmu ini, dan memindahkan engkau dari istanamu yang luas, ke kubur yang sempit. Di sana tiada Yazid, hanya yang ada amalanmu yang menyanggahi Tuhan Yazid.

Wahai ‘Umar bin Hubairah! Sekiranya engkau bersama Allah dan ketaatan kepadaNya, ia boleh menghalangmu dari kejahatan Yazid di dunia dan akhirat. Jika engkau bersama Yazid dengan menderhakai Allah, sesungguhnya Allah akan menyerahkanmu kepada Yazid. Ketahuilah wahai ‘Umar bin bin Hubairah! Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta”. Maka menangislah Gabenor ‘Umar bin Hubairah”. (rujukan: Mir at al-Jinan wa ‘Ibrah al-Yaqzan)

Saudaraku anggota polis,

Kita boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab kita di hadapan Allah. Tiada cacatnya menjadi anggota polis. Saudara bukan musuh rakyat. Sebaliknya, saudara diperlukan rakyat. Apa yang cacat dan menimbulkan kebencian awam adalah tindakan kita sendiri jika menyalahi prinsip-prinsip keadilan dan keamanan. Jika itu tidak berlaku, sayang dan cinta rakyat tertumpah kepada saudara.

Ingatlah kata-kata Abu Bakar al-Siddiq: “Benar adalah amanah, bohong adalah khianat”.Jika saudara benar, rakyat sayang, Allah juga sayang. Kedamaian jiwa pun menjelang. Jika saudara bohong rakyat benci, Allah juga benci. Rezeki tidak halal, hidup tidak bahagia.

Saudaraku anggota polis,

Inilah pandangan seorang rakyat marhaen awam seperti saya. Tiada kebencian antara rakyat dan saudara jika keadilan itu tertegak. Rakyat awam bukan sahaja mahukan keadilan yang ditafsirkan oleh pihak saudara, tetapi keadilan yang dapat difahami oleh semua. Bukan sahaja adil dari segi bicaranya, tetapi hendaklah kelihatannya juga adil. Semoga Allah merahmati saudara dan tugas saudara. Diberikan rezeki yang halal. Bebas dari kezaliman dan rasuah. Kami akan bersama menyanjungi saudara! Selamat bertugas!

Dari blog Mohd Asri Zainul Abidin

Batu vs Kayu

‘Saya mahu Strauss-Kahn dipenjara’


MUKA hadapan majalah Newsweek edisi 25 Julai yang menunjukkan wajah Strauss-Kahn dan mangsa, Diallo.
MUKA hadapan majalah Newsweek edisi 25 Julai yang menunjukkan wajah Strauss-Kahn dan mangsa, Diallo.


Pekerja hotel azam buktikan dakwaan dicabul bekas pengarah urusan IMF

NEW YORK: Pekerja hotel menyifatkan bekas Pengarah Urusan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn sebagai ‘lelaki gila’ ketika menyerangnya di bilik hotel di sini dalam wawancara majalah hal-ehwal semasa Newsweek.

Mangsa yang berasal dari Guinea itu juga membenarkan majalah berkenaan dan stesen ABC News mendedahkan namanya, Nafissatou Diallo, 32.
Ia adalah temu bual pertama dengan media sejak dia mengejutkan dunia dengan tuduhan bahawa Strauss-Kahn muncul sambil berbogel dari bilik air dan memaksanya melakukan seks oral, 14 Mei lalu.
ABC News kelmarin juga mengumumkan ia akan menyiarkan satu temuramah dengan Diallo.

“Saya mahukan keadilan. Saya mahu lelaki itu dipenjarakan. Saya mahu dia tahu bahawa ada sesetengah tempat anda tidak boleh gunakan wang anda, tidak boleh gunakan kuasa anda apabila melakukan sesuatu seperti ini,” kata Diallo dalam satu petikan temuramah televisyen.

Seorang peguam Diallo, Douglas Wigdor, pula berkata anak guamnya mahu memberitahu dunia bahawa dia bukan ‘pelakon yang memeras ugut atau pelacur.’

“Dia diserang dan menganggap adalah penting untuk tahu siapa nama orang itu dan wajah penyerangnya,” kata Wingdor.
Diallo juga merancang memfailkan tuntutan saman sivil tidak lama lagi, yang bermaksud namanya akan diketahui umum.

ABC News melaporkan Diallo juga mengakui ‘melakukan kesilapan tertentu’ namun beranggapan ia tidak sepatutnya menghalang pendakwa raya meneruskan pendakwaan.

“Saya tidak pernah mahu didedahkan identiti diri namun saya tiada pilihan,” katanya kepada ABC News, menambah “Kini, saya terpaksa berhadapan khalayak awam. Saya perlu lakukannya untuk diri saya. Saya perlu memberitahu kebenaran.”

Diallo bersetuju diambil gambar untuk edisi minggu depan, berkata dia melihat Strauss-Kahn berbogel di hadapannya apabila dia membuka pintu ke dalam suitenya. Dia seperti ‘seorang lelaki gila bagi saya,” katanya.

“Anda cantik,” kata Strauss-Kahn kepadanya sebelum menyerangnya meskipun dibantah, kata Diallo.

Strauss-Kahn, 62, berulang kali menafikan semua tuduhan ke atasnya. Dalam satu kenyataan kelmarin, peguamnya menggelar temuramah itu usaha terakhir pengemas bilik terbabit dan peguamnya untuk memeras wang daripada bekas pengarah urusan IMF itu.

“Dia adalah tertuduh pertama dalam sejarah melakukan kempen media meyakinkan pendakwa raya untuk meneruskan tuduhan ke atas seseorang sambil meminta wangnya,” kata peguam itu, Benjamin Brafman dan William Taylor.

“Peguam dan perunding perhubungan awamnya merancang banyak sesi media dan perhimpunan untuk memberi tekanan kepada pendakwa raya dalam kes ini selepas dia mengaku berusaha keras menipu mereka.” – Reuters Berita Harian Online | ‘Saya mahu Strauss-Kahn dipenjara’

Penyerang rancang serangan di London


PENDUDUK Islam Norway turut menunjukkan simpati kepada mangsa pembunuhan Breivik.
PENDUDUK Islam Norway turut menunjukkan simpati kepada mangsa pembunuhan Breivik.


Siar manifesto dedah 80 lagi sedia mengganas di seluruh Eropah

OSLO: Pelampau Kristian, Anders Behring Breivik, mendedahkan tindakannya melakukan serangan yang membunuh 93 orang di Oslo dirancang ketika dia berada di London apabila berbincang dengan sekumpulan fanatik berhaluan kanan untuk melancarkan ‘Perang Salib baru’ di Eropah.

Dakwaan itu terkandung dalam satu manifesto 1,500 muka surat yang disiarkan sebelum serangan dengan mendakwa mentornya adalah seorang lelaki Inggeris bernama Richard, lapor akhbar Daily Telegraph dan Daily Mail, semalam.
Dia mendabik, kempen Perang Salib baru itu akan dilancarkan di seluruh Eropah Barat oleh 80 orang lain sepertinya bagi menggulingkan kerajaan yang bertolak ansur terhadap orang Islam.
Scotland Yard sedang cuba memastikan sama ada dia memang benar melawat London sejak beberapa tahun kebelakangan ini ketika polis mendedahkan peluru yang digunakannya ketika mengganas meletup dalam badan selepas mangsa kena tembakan.

Dalam manifesto itu, Breivik, 32, memuji Liga Pertahanan Inggeris (EDL) dan pertubuhan anti-Islam lain sepertinya.

Dokumennya menggelar bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown sebagai penjenayah perang kerana bersekutu dengan kumpulan pelampau Islam serta ditandatangani dengan nama 'Andrew Berwick' iaitu namanya dalam bahasa Inggeris.

Tony Blair, Jack Straw, Putera Charles dan beberapa wartawan akhbar juga disebut dan menamakan dokumen itu sebagai Perisytiharan Kemerdekaan Eropah sebelum menghantarnya dalam e-mel kepada 5,700 orang beberapa ketika sebelum dia melancarkan pembunuhan beramai-ramai di Norway.
Breivik, 32, membuat kemunculan pertamanya di sebuah mahkamah pinggir bandar kira-kira jam 1 tengah hari (1100 GMT), untuk tuduhan berhubung pengeboman dan tembakan membabi buta Jumaat lalu yang dikatakannya dilakukan seorang diri.

Keputusan awal penting perlu dilakukan hakim ialah sama ada untuk mengarahkan perbicaraan dilakukan secara tertutup, sesuatu yang diminta oleh pendakwaan.

Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam satu letupan awal di luar pejabat perdana menteri dan bangunan kerajaan lain sebelum Breivik menembak 86 orang lain, kebanyakannya belia yang menghadiri perjumpaan pemimpin belia parti pemerintah utama Buruh di pulau Utoeya, 40 kilometer dari situ.

Perdana Menteri, Jens Stoltenberg melabel penyerang sebagai ‘penjahat’ ketika satu ucapan dalam upacara pengebumian besar-besaran dihadiri keluarga diraja Norway dan ribuan penganut kelmarin. – AFP/Agensi Berita Harian Online | Penyerang rancang serangan di London

Gaddafi boleh terus tinggal di Libya: Britain

LONDON: Setiausaha Luar Britain, William Hague menuntut agar Muammar Gaddafi meletakkan jawatan tetapi pemimpin Libya itu dibenar untuk terus menetap di negara utara Afrikan itu.

Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatan dari Perancis, Alain Juppe, Hague berkata Britain lebih memilih agar Gaddafi berundur dan menekankan bahawa Perancis dan Britain 'amat bersatu' dalam pertubuhan NATO dalam menjalankan misi serangan terhadap rejim Gaddafi.
“Adalah jelas seperti yang dinyatakan Alain (Juppe) bahawa apa saja berlaku, Gaddafi mesti melepaskan kuasa.
“Mungkin tindakannya keluar dari Libya adalah jalan terbaik bagi menunjukkan kepada rakyat Libya bahawa mereka tidak lagi hidup dalam ketakutan terhadap Gaddafi.

"Namun seperti yang saya tekankan sebelum ini, persoalan ini hanya ditentukan oleh keputusan rakyat Libya sendiri," katanya. - AFP
Berita Harian Online | Gaddafi boleh terus tinggal di Libya: Britain

Penculik hantar SMS ancam sembelih Nazar


SITI HAMDAH menunjukkan SMS yang dihantar penculik.
SITI HAMDAH menunjukkan SMS yang dihantar penculik.


Keluarga makin buntu kumpulan desak bayar segera wang tebusan

KUALA LUMPUR: Keluarga Mohd Nazarrudin Saidin, 38, yang masih dalam tahanan kumpulan penculik di selatan Filipina, trauma selepas menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada kumpulan itu mengancam akan menyembelih mangsa jika wang tebusan tidak dibayar secepat mungkin.

Terdesak dengan perkembangan terbaru itu, bapa Mohd Nazarrudin, Saidin Aziz bersama isteri, Siti Hamdah Ahmad dan seorang lagi anak mereka, Mohd Lukman Saidin bergegas ke pejabat Kelab Putera 1Malaysia merayu bantuan Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim membantu menyelamatkan Nazaruddin.
“Saya sudah hilang punca, tidak tahu ke mana hendak meminta tolong. Saya sudah ke sana ke mari menagih simpati tetapi tiada pihak yang benar-benar membantu.
“Kini hanya kelab ini harapan saya... bantulah kami. Saya merayu kepada Datuk (Abdul Azeez),” kata Siti Hamdah menahan sebak ketika ditemui di di pejabat kelab di sini, semalam.

Mohd Lukman pula berkata, dia sempat bercakap beberapa patah dengan Nazarrudin, Jumaat lalu sewaktu mangsa menghubunginya.
“Saya mendapat panggilan daripada kumpulan itu pada sebelah pagi tetapi saya berkata, saya mahu bercakap dengan abang saya untuk mengesahkan ia panggilan daripada kumpulan penculik.

“Pada sebelah petang, abang menghubungi saya - ‘Man, kau telefon abang balik’. Hanya itu saja perbualan kami dan apabila saya menghubungi semula nombor itu, seorang lelaki yang bercakap dialek Sabah menjawab dan enggan membenarkan saya bercakap dengan abang, sebaliknya meminta kami segera menyediakan wang tebusan.
“Saya memberitahu kami tidak mampu, kami bukan dari keluarga kaya. Lelaki itu berkata, wang tebusan perlu dirundingkan dengan komander mereka. Keesokannya, saya menerima SMS mengancam mahu menyembelih abang jika gagal membayar tebusan seperti diminta,” katanya.

Mohd Nazarrudin ditahan kumpulan penculik sejak 8 Mei lalu ketika berada di Jolo, selatan Filipina untuk mendapatkan cicak tokek.

Sementara itu, Abdul Azeez, berkata beliau amat terharu dengan kepercayaan yang diberikan keluarga mangsa dan akan segera menghubungi semua pihak yang berkaitan bagi memudahkan urusannya berlepas ke Filipina bagi merundingkan pembebasan Nazarrudin. Berita Harian Online | Penculik hantar SMS ancam sembelih Nazar

Duit syiling baru diperkenal tahun depan


KAKITANGAN Bank Negara, Zuraidah Abdul Malek bersama duit syiling peringatan untuk siri ketiga.
KAKITANGAN Bank Negara, Zuraidah Abdul Malek bersama duit syiling peringatan untuk siri ketiga.


KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan memperkenalkan duit syiling baru siri ketiga awal tahun depan bagi menggantikan siri semasa yang berusia lebih 20 tahun.

Dengan tema ‘Keunikan Malaysia’ duit syiling baru akan memaparkan motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna yang ada di negara ini.Berita Harian Online | Duit syiling baru diperkenal tahun depan

5 juta dijangka tunai umrah

RIYADH: Dengan bulan Ramadan hanya seminggu lagi, Makkah menyaksikan kebanjiran jemaah umrah dari seluruh dunia. Kira-kira lima juta jemaah dijangka menunaikan ibadah umrah tahun ini.

Menurut angka terkini yang dikeluarkan Agensi Hal Ehwal Umrah di Kementerian Haji, jumlah visa umrah yang dikeluarkan hingga 16 Julai mencecah lebih 4.6 juta. Angka itu melebihi 1.1 juta berbanding jumlah keseluruhan visa yang dikeluarkan tahun lalu. Kebanjiran jemaah mencapai peningkatan ketika Ramadan, menandakan kemuncak musim umrah dalam setahun. Sememangnya terdapat peningkatan dalam angka jemaah umrah sejak beberapa tahun lalu. Namun, peningkatan yang disaksikan tahun ini tidak pernah berlaku dalam tahun-tahun terdahulu.


Terdapat peningkatan 20,000 hingga 30,000 jemaah pada tahun lalu dan 2009 berbanding tahun-tahun sebelum itu.

Agensi itu juga menyatakan terdapat angka penurunan ketara bagi jemaah umrah yang tinggal lebih tempoh. Tahun lalu, hanya 3,000 daripada lebih tiga juta jemaah yang datang menunaikan ibadah itu tinggal melebihi tempoh. - AN

myMetro | 5 juta dijangka tunai umrah

Rumah bapa suspek digeledah

COURNANEL: Polis Perancis semalam menyelongkar kediaman bapa pelampau Kristian yang mengaku membunuh 93 orang di Norway.

Lebih 12 anggota polis mengepung rumah itu di Cournanel, selatan Perancis sementara wartawan tidak dibenarkan mendekatinya.


Polis tempatan mengesahkan rumah itu milik bapa Anders Behring Breivik tetapi enggan mengulas mengenai operasi itu.

Media sebelum ini melaporkan, lelaki itu, Jens Breivik, tidak menemui anaknya sejak beberapa tahun lalu. - AP

myMetro | Rumah bapa suspek digeledah

Breivik dibicara secara tertutup

OSLO: Rakyat Norway semalam bertafakur untuk memperingati mangsa pengeboman dan tembakan sementara lelaki yang dituduh melakukan pembunuhan itu dihadapkan ke mahkamah tertutup di bandar raya ini.

Ketika negara itu berusaha menangani kesan tragedi paling buruk selepas perang, beribu-ribu orang menundukkan kepala sambil berdiam diri di luar universiti utama Oslo pada majlis tafakur yang diketuai Perdana Menteri, Jens Stoltenberg dan Raja Harald V.


“Untuk memperingati mangsa yang terbunuh di ibu pejabat kerajaan dan di Pulau Utoeya, saya mengisytiharkan majlis tafakur selama seminit,” kata Stoltenberg, tepat 12 tengah hari, sebelum merasmikan buku ucapan takziah.

Stesen kereta api seluruh Norway ditutup sementara pasaran saham menghentikan urus niaga.


Negara jiran, Sweden, Denmark dan Iceland juga mengadakan upacara itu dan mengibarkan bendera kebangsaan masing-masing separuh tiang.


“Ia adalah serangan terhadap nilai yang digunakan untuk membina negara kita. Ia adalah serangan terhadap kita semua,” kata Perdana Menteri Denmark, Lars Loekke Rasmussen.

Suspek, Anders Behring Breivik mengaku melakukan pembunuhan itu tetapi menafikan melakukan jenayah, kata peguamnya.

Pelampau Kristian berusia 32 tahun itu dihadapkan kemahkamah atas tuduhan meletupkan bom kereta yang menyebabkan tujuh orang mati dan menembak mati 86 remaja yang dikatakannya sudah dirancang sejak sekian lama.

Dia mengaku melakukan pembunuhan itu bersendirian.


Seorang pegawai mahkamah berkata, hakim mengarahkan perbicaraan dilakukan secara tertutup, bertentangan dengan kehendak Breivik.


Peguamnya, Geir Lippestad berkata sebelum ini, pelampau Kristian itu mempunyai dua permintaan: “Pertama, dia dibicarakan secara terbuka dan kedua, dia mahu menghadiri perbicaraan dengan berpakaian seragam.” Sebelum melakukan keganasan, Breivik menulis manifesto setebal 1,500 mula dengan mendakwa dia seorang daripada 80 penyerang bersendirian yang diambil dari seluruh dunia untuk menggulingkan kerajaan di Eropah Barat yang bertolak ansur terhadap Islam.


Breivik mengaku tindakannya akan dilihat sebagai kejam tetapi berkata, ia bertujuan menamatkan penjajahan Islam di Eropah.


Kejadian itu mendorong gesaan supaya Norway melaksanakan semula hukuman mati.


Hukuman penjara maksimum di negara itu ialah 21 tahun. Ini bermakna, jika didapati bersalah, dia akan dipenjarakan selama 82 hari untuk setiap pembunuhan. - Reuters

myMetro | Breivik dibicara secara tertutup

Lelaki khayal ganja curi ambulans

PHOENIX: Seorang lelaki cuba untuk mencuri sebuah ambulans yang ditinggalkan dengan enjin masih hidup, di hadapan sebuah rumah yang terbakar.

Jurucakap polis, Sarjan Tommy Thompson berkata, lelaki itu Travis Ward, 28 tahun mencuri kenderaan itu yang dibiarkan tidak berkunci dan enjin yang masih hidup awal pagi semalam untuk orang ramai yang memerlukan rawatan.

Kata Tommy, Travis memandu ambulans itu sejauh beberapa blok lalu melanggar tiang, pagar dan kemudian beberapa buah kereta yang diparkir. Lelaki itu memberitahu polis bahawa dia telah mengambil ganja sebelum itu. - AP

myMetro | Lelaki khayal ganja curi ambulans

Mayat menjerit minta tolong

CAPE TOWN: Seorang lelaki berusia 50 tahun yang dikatakan sudah meninggal dunia tiba-tiba saja bangkit di dalam sebuah rumah mayat yang sejuk dan menjerit minta tolong di keluarkan sehingga menakutkan dua orang penjaga yang menyangka dia hantu.

“Keluarganya ingat dia sudah meninggal dunia,” kata jurucakap kesihatan Sizwe Kupelo.


“Keluarganya telah memanggil pengurus mayat swasta dan terus membawa lelaki yang dianggap sudah mati, ke rumah mayat, tetapi lelaki itu tiba-tiba bangun jam 5 petang dan menjerit mahu keluar dari tempat sejuk.” Jeritannya menyebabkan dua orang penjaga bangunan yang terletak di Libedo di kawasan pendalaman Cape Timur melarikan diri kerana mereka menyangka lelaki itu hantu.

Selepas mereka meminta bantuan dan pulang ke bangunan itu, mereka dapati lelaki itu masih hidup dan terus memanggil ambulans. Lelaki itu sudah “terdedah di dalam suhu yang sangat sejuk hampir 24 jam,” kata Kupelo.


Katanya, orang ramai sepatutnya tidak membuat kesimpulan seseorang itu sudah mati dan terus hubungi rumah mayat. - AFP

myMetro | Mayat menjerit minta tolong

42 tahun Chen minum petrol

BEIJING: Chen Dejun yang berusia 71 tahun, tinggal di dalam pondok uzur di sebuah bukit di dekat Bandar Shuijiang, mukim Nanchuan di barat daya daerah Chongqin, mendakwa dia minum minyak petrol selama 42 tahun.

Chen yang bertubuh pendek dan kurus berkata, dia minum tiga hingga 3.5 liter minyak petrol sebulan yang dibeli di sebuah stesen minyak di kaki bukit.

Dikalangan penduduk setempat, Chen dikenali sebagai seorang pemahat batu dan pengayam buluh yang pandai berniaga. Dia juga dikenali kerana gemar minum minyak petrol.

Dia mula minum minyak petrol pada 1969 apabila dia mula batuk dan dadanya terasa sakit. Setelah mencuba pelbagai ubat, penyakitnya masih tidak sembuh, dia mula mengikut petua orang tua dan minum minyak tanah.

Penyakitnya sembuh, dan sejak hari itu, dia mula ketagih minyak tanah. Dia kemudian berubah selera dan minum minyak petrol pula. Kata Chen sukar untuk dia menganggarkan berapa banyak minyak petrol yang diminumnya sepanjang hidupnya, tetapi menurut sebuah akhbar, Chen telah minum sekurang-kurangnya 1.5 tan minyak petrol sejak 42 tahun.


Isteri Chen, Yuan Huibi dan tiga anak lelaki mereka, telah berkali cuba untuk menghentikan ketagihannya kepada minyak petrol tetapi usaha mereka menyebabkan hubungan keluarga menjadi tegang. Lapan tahun lalu, Chen terus pindah ke pondok untuk hidup sendirian.

Sumber dari Hospital Honglou di Chongqin berkata, kesihatan Chen baik walaupun dia mempunya simptom emfisema (penyakit paru-paru) tetapi Chen tidak mahu mendapatkan pemeriksaan percuma di hospital.

myMetro | 42 tahun Chen minum petrol

Breivik dedah misi jahat dalam manifesto 1,500 halaman

OSLO: Pembunuh gila Anders Breivik menulis manifesto menggerunkan menerangkan misi jahat pembunuhannya.

Dalam manifesto setebal 1,500 halaman itu, lelaki Norway itu mengisytiharkan perang ke atas umat Islam dan golongan sayap kiri - dan mengancam untuk menjatuhkan peradaban barat menjelang tahun 2083. Breivik - yang meningkatkan kemahiran ganasnya di kem neo-Nazi yang digelar The Vikings - memberitahu bagaimana dia membina gedung sejata dan menyembunyikan bahan letupan di ladang terpencil.


Manisfestonya mengandungi catatan tiga bulan terakhir persediaan kejadian letupan dan tembakan Jumaat lalu di Norway yang mengorbankan sekurang-kurangnya 93 orang.

Catatan terakhir - dibuat tiga jam sebelum bom kereta seberat 500 kilogram meletup di luar pejabat Perdana Menteri Jens Stoltenberg di Oslo - mengisytiharkan: “Sama ada semuanya atau tiada langsung.”

myMetro | Breivik dedah misi jahat dalam manifesto 1,500 halaman

Peluru berkecai dalam tubuh





MANGSA yang ketakutan menggunakan tilam sebagai perisai.
MANGSA yang ketakutan menggunakan tilam sebagai perisai.



BREIVIK...benci umat Islam.
BREIVIK...benci umat Islam.


OSLO: Penyerang bersenjata Norway, Anders Behring Breivik menggunakan peluru dum-dum - yang meletup dan berkecai di dalam tubuh dan sering membunuh sasaran serta-merta - dalam serangan amuk di sekitar pulau Utoya.
Pendedahan pakar bedah itu dibuat ketika gambar menunjukkan kanak-kanak menggunakan tilam sebagai perisai bagi melindungi diri mereka di dalam bilik.

Saksi berkata, pembunuh itu tenang serta bersahaja ketika serangan dilakukannya, dan menjelaskan bagaimana mereka berpura-pura mati bagi mengelak dibunuh.

Mangsa yang ketakutan berusia antara 15 dan 25 tahun menyorok dalam bangunan, membongkok di bawah pokok dan berbaring antara mayat yang bergelimpangan. Yang lain berpura-pura mati, manakala sesetengahnya terjun ke dalam air laut yang sejuk bagi meninggalkan pulau Utoya, di barat-laut Oslo.

Sementara itu, ketua pakar bedah di hospital yang merawat mangsa pembunuhan perkhemahan belia itu berkata, pembunuh menggunakan peluru khas yang direka bagi menghancurkan bahagian dalam tubuh dan menyebabkan kerosakan dalaman secara maksimum.


Ketua pakar bedah Hospital Ringriket di Honefoss, di barat-laut Norway, Dr Colin Poole, berkata pakar bedah yang merawat 16 mangsa tidak menemui peluru yang lengkap.

Poole berkata: “Peluru itu meletup di dalam tubuh. Peluru itu menyebabkan kerosakan dalaman yang benar-benar teruk.” Pakar balistik juga berkata demikian dan memberitahu peluru dum-dum ringan dan boleh ditembak pada sasaran secara tepat dari jarak berbeza.

Peluru itu biasa digunakan oleh marsyal udara pesawat dan pemburu haiwan kecil.
Poole yang menjadi pakar bedah selama 26 tahun di hospital berkenaan berkata, peluru itu mudah pecah dan menimbulkan kekeliruan pada gambar x-ray.

“Ia menimbulkan masalah tambahan dalam menangani kecederaan disebabkan olehnya. Kesannya di dalam tubuh seperti dicucuk beribu-ribu pin,” katanya.
myMetro | Peluru berkecai dalam tubuh

Bir halal disah halal

KUALA LUMPUR: Boleh diminum. Itulah rumusan dibuat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke 95 pada 16 hingga 18 Jun lalu berhubung isu minuman ringan buah-buahan berperisa malta, Barbican yang mencetuskan kegemparan berikutan dakwaan kandungan alkohol melebihi jumlah dibenarkan.

Ketika mengumumkan perkara itu, pengerusinya, Tan Sri Abdul Shukor Hussin berkata, selepas berbincang dan meneliti beberapa keputusan muzakarah sebelum ini berkaitan alkohol dalam makanan dan minuman serta ubat-ubatan, pihaknya membuat keputusan minuman berkenaan dan beberapa jenis yang lain diproses bukan untuk tujuan pembuatan arak boleh diminum.


Menurutnya, alkohol terkandung dalam minuman terbabit juga bukan terhasil daripada proses pembuatan arak serta dengan kadar sedikit dan tidak memabukkan adalah dibolehkan bersesuaian dengan keputusan muzakarah pada kali ketujuh pada 1984, ke 19 pada 1987 dan ke 91 pada tahun lalu.

“Muzakarah juga menasihatkan supaya pengeluar minuman berkenaan tidak menggunakan label, jenama dan sebagainya yang boleh menimbulkan keraguan kepada umat Islam. Justeru, orang ramai khususnya masyarakat Islam di negara ini tidak perlu ragu dengan status minuman ini kerana ia sudah diputuskan halal,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.


Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali. Abdul Shukor berkata, pihaknya mendapati kandungan alkohol di dalam Barbican adalah kurang daripada 0.01 peratus iaitu pada kadar dibenarkan untuk produk akhir sebanyak 0.05 peratus sekaligus tidak mendatangkan kesan yang memabukkan jika diminum.


“Kami juga ingin maklumkan kadar 0.01 peratus seperti dilaporkan di dalam media bukanlah hasil muzakarah kerana kami dapati jika ia ditetapkan pada kadar itu, banyak jenis makanan dan minuman yang bukan diproses untuk pembuatan arak akan diambil kira.

“Jadi, kami putuskan untuk buat kajian lebih terperinci dan menyeluruh supaya kadar ditetapkan selaras dengan kaedah hukum syarak,” katanya.

Menurutnya, dibantu pakar Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia (UPM), jawatankuasa merumuskan setiap minuman arak mengandungi alkohol dan bukan semua alkohol itu adalah arak dan jika ia diperoleh dari pembuatan arak, hukumnya haram.

Selain itu katanya, muzakarah khas berkenaan juga menetapkan alkohol diperoleh bukan menerusi proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum kerana ia racun yang boleh membunuh.


Katanya, minuman ringan dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti membuat arak sama ada kandungan alkoholnya sedikit atau banyak haram diminum begitu juga dengan alkohol disuling.


“Makanan atau minuman yang mempunyai alkohol secara semula jadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya hukumnya tidak najis dan boleh dimakan atau diminum.


“Manakala yang mengandungi bahan perisa atau pewarna mengandungi alkohol untuk penstabilan adalah boleh digunakan sekiranya ia tidak dihasilkan menerusi proses pembuatan arak dan kuantiti dalam produk akhir tidak melebihi 0.5 peratus,” katanya.

myMetro | Bir halal disah halal

Tetak kepala, pancung leher

SEREMBAN: Misteri kehilangan seorang ejen pekerja asing sejak dua hari lalu terungkai apabila mayat mangsa ditemui dalam keadaan ngeri di sebuah ladang getah di Felda Pasir Besar, dekat Gemas, awal pagi semalam.

Lebih memilukan apabila mayat Mohd Sopian Mustafa, 34, yang hampir reput dan dipercayai dibunuh ditemui adiknya sendiri dalam lubang sedalam kira-kira satu meter dan ditutup dengan daun kering.

Menceritakan penemuan itu, Mohd Yatim, 29, berkata, dia berasa tidak sedap hati apabila dimaklumkan polis mengenai penemuan kereta Perodua Kancil milik abangnya di ladang berkenaan, kira-kira jam 12.20 tengah, malam kelmarin.

“Sejurus tiba, saya segera mencari di sekitar kawasan itu sebelum menemui satu lubang mencurigakan yang hanya ditutupi daun kering kira-kira 50 meter dari kereta berkenaan.


“Sebaik mengalihkan daun itu, hati saya remuk melihat mayat abang yang hampir reput dengan kepala hampir terbelah dan masing-masing satu daripada pergelangan tangan dan telinganya putus.

myMetro | Tetak kepala, pancung leher

Bayi rentung dalam rumah


PILU...ibu mangsa, Rapillah Rabaie tidak dapat menahan kesedihan.
PILU...ibu mangsa, Rapillah Rabaie tidak dapat menahan kesedihan.



KUCHING: “Sebaik tiba di rumah, saya cuba meredah api untuk menyelamatkan anak kecil saya selepas dimaklumkan dia terperangkap, tetapi gagal berikutan api marak begitu cepat.”
Demikian kata Salleh Hamid, 38, selepas bayi lelakinya yang berusia 15 bulan, Mohd Shahfizan, rentung apabila rumah mereka di Taman Malihah, di sini, terbakar kira-kira jam 4.45 petang semalam.

Menceritakan peristiwa sedih itu, Salleh, buruh yang bekerja di Batu 4 1/2, dekat sini, berkata ketika kejadian dia bekerja sebelum menerima panggilan kecemasan daripada seorang jiran memaklumkan rumahnya terbakar.

“Tanpa berlengah, saya memecut motosikal pulang ke rumah. Sebaik tiba di sebuah jambatan tidak jauh dari rumah, saya melihat kepulan asap di udara yang datang dari rumah saya.

“Dalam hati terdetik mengatakan pasti semua barangan gagal diselamatkan dan tidak sangka seorang anak saya masih terperangkap di dalam rumah,” katanya.


Salleh berkata, ketika kejadian, semua lapan anaknya tidur termasuk Mohd Shahfizan.

Menurutnya, anak sulungnya, Norliana tidak sempat menyelamatkan adiknya kerana terlalu takut dan panik berikutan api marak cepat, malah jiran turut menghulurkan bantuan, tetapi gagal.

“Ketika kejadian, semua anak saya berada di rumah manakala isteri berniaga cucur pisang tidak jauh dari rumah,” katanya yang mempunyai lapan anak berusia 15 bulan hingga 17 tahun.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya, Terry Robson berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai jam 4.49 petang sebelum tiba di tempat kejadian 11 minit kemudian.

“Seramai 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya dan tujuh dari Batu Lintang bergegas ke tempat kejadian dan memadam api sepenuhnya jam 6 petang,” katanya.
myMetro | Bayi rentung dalam rumah

Replika gunung berapi, air terjun pada kapal mewah

PEMANDANGAN dari udara kapal mewah yang mempunyai replika gunung berapi dan air terjun.


DERBY - Sebuah kapal layar mewah yang sedang dibina di Britain bakal memiliki replika sebuah gunung berapi yang boleh meletus dan beberapa pulau terapung, lapor sebuah akhbar kelmarin. Kapal layar sepanjang 89.9 meter yang diberi nama Tropical Island Paradise itu turut dihiasi dekorasi air terjun buatan manusia.

Ia yang mendapat sentuhan pereka dalaman profesional, Rob McPherson, dibina lengkap dengan tempat pendaratan helikopter. Kapal layar berkenaan boleh membawa 10 tetamu pada sesuatu masa dan berupaya belayar pada kelajuan 30 kilometer sejam. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia

Gadis tertinggi Britain



JESSICA PARDOE


LONDON, Britain - Gadis tertinggi Britain, Jessica Pardoe sukar memilih kasut kerana ketinggian dan saiz kakinya yang besar, lapor sebuah akhbar semalam. Pardoe, 18, yang memiliki ketinggian 2.108 meter memakai kasut saiz 11 yang jarang dijual di Britain. Menurutnya, tidak seperti kebanyakan gadis lain yang menganggap akiviti membeli kasut sebagai hobi, proses membeli kasut adalah sukar untuk dirinya.

"Saya terpaksa membeli kasut dari kedai khas di Internet. Saya sememangnya mahukan sepasang kasut yang murah tetapi kasut paling murah untuk saya berharga sekitar £50 (RM242)," katanya. Selain saiz kasut, jahitan juga akan menimbulkan masalah kepada Pardoe yang memiliki kaki sepanjang 96.5 cm. "Saya tidak pernah dengar mana-mana wanita mempunyai ukuran kaki melebihi saya," kata Pardoe. "Namun, saya bernasib baik kerana masih boleh membeli pakaian bergaya di Internet walaupun harganya lebih mahal," tambahnya. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia

Ubi kentang berbentuk seperti wajah Lord Voldermort

UBI kentang yang kelihatanseperti Lord Voldermort
berkerut.


SOUTHAMPTON, Britain - Seorang peminat filem Harry Potter berusia 49 tahun, Ronie Todd, terkejut apabila menemui ubi kentang ganjil yang menyerupai watak jahat, Lord Voldemort dalam filem tersebut. Kentang pelik itu yang berukuran empat kali ganda lebih besar daripada kentang biasa, diambil di kebun miliknya di sini, tenggara England. Selepas membasuh kentang tersebut, dia terkejut melihat tanaman tersebut mirip wajah Voldemort, seorang ahli sihir yang dilakonkan oleh aktor, Ralph Fiennes dalam filem Harry Potter.

Menurut Todd, kentang itu mempunyai sepasang mata, hidung dan mulut berkerut seperti Voldermort. "Saya tidak percaya sebaik sahaja menggalinya daripada tanah. Ia sepatutnya sebiji kentang kecil yang sesuai untuk salad dan stik tetapi kentang ini bersaiz gergasi. Ia tidak seperti yang saya lihat sebelum ini," kata Todd. "Kemudian saya melihat ia jelas mirip Voldermort. Saya pernah menonton filem Harry Potter dan tidak terfikir bahawa wajah penjahat itu akan muncul di kebun saya," tambahnya. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia

Lamborghini terbakar di McDonald's



KEADAAN kereta Lamborghini yang hangus terbakar selepaskebakaran dipadamkan oleh anggota-anggota bomba.


OSLO - Sebuah kereta Lamborghini milik seorang penyanyi rap Norway, Tshawe Baqwa terbakar di restoran makanan segera McDonald's, lapor sebuah akhbar kelmarin. Kereta yang berharga AS$677,179 (RM2.01 juta) itu terbakar semasa Baqwa memesan makanan di laluan pandu lalu di restoran berkenaan. Semasa kereta sport itu berhenti di laluan tersebut, kenderaan berkenaan terbakar kerana enjinnya terlalu panas sehingga mengejutkan orang ramai.

Baqwa keluar dari kereta itu dan memerhatikan kejadian tersebut yang berlaku baru-baru ini. Seorang saksi berkata, adalah sesuatu yang memalukan untuk melihat kereta itu terbakar. Pelanggan-pelanggan di restoran itu terpaksa dipindahkan manakala sejumlah anggota bomba dari Jabatan Bomba Oslo memadamkan kebakaran tersebut. Namun, kereta itu sukar untuk dibaik pulih. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia

Isteri Putera William dapat berlian Puteri Diana

LONDON - Pewaris kedua takhta diraja Britain, Putera William menghadiahkan sepasang anting-anting berlian kegemaran ibunya, mendiang Puteri Diana kepada isterinya, Kate Middelton, lapor sebuah akhbar semalam. Sebelum ini, Middleton, 29, yang kini memakai gelaran Duchess of Cambridge menerima sebentuk cincin berlian bertatahkan nilam seberat 19 karat milik ibu William itu sebagai hadiah pertunangan mereka.

Wanita berkenaan turut diberikan kebenaran untuk mengubah suai anting-anting berlian tersebut mengikut cita rasa tersendiri. "Kini mereka telah berkahwin justeru William mahu isterinya memiliki sebahagian barang kemas kegemaran Puteri Diana," kata seorang petugas istana diraja Britain. Anting-anting tersebut merupakan batu permata paling berharga milik Diana dan dia sering kali memakainya ketika menghadiri beberapa majlis sekitar tahun 1980-an dan 1990-an. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia

Hosni akan dibicarakan bersama bekas menteri

KAHERAH - Sebuah mahkamah Mesir memutuskan untuk menggabungkan perbicaraan bekas Menteri Dalam Negeri, Habib el-Adly dan Hosni Mubarak kerana membunuh hampir 900 penunjuk perasaan semasa kebangkitan rakyat selama 18 hari.

Kebangkitan rakyat itu berlaku pada Januari dan Februari sehingga mengakibatkan Hosni meletakkan jawatan sebagai presiden pada 11 Februari lalu. Mahkamah itu menetapkan 3 Ogos depan sebagai permulaan perbicaraan tersebut. Enam pembantu Habib juga akan dibicarakan bersama dalam kes berkenaan. - AP

Kosmo! Online - Dunia

Penduduk marah nahas kereta api laju



GAMBAR yang bertarikh 24 Julai lalu menunjukkan dua kren digunakan untuk mengangkat sebuah gerabak kereta api laju yang terbabas dari landasan kereta api di pekan Shuangyu dekat bandar Wenzhou, timur China.


WENZHOU, China - Media China dan orang awam marah semalam ekoran nahas kereta api laju yang berlaku pada Sabtu lalu. Nahas itu menyebabkan saham kereta api merudum sekali gus mencetuskan keraguan berhubung rancangan meluaskan lagi rangkaian pengangkutan awam itu. Dalam kejadian itu, sebuah kereta api laju yang terhenti dengan tiba-tiba kerana kehilangan kuasa telah dirempuh oleh sebuah kereta lain. Tiga pegawai kanan perkhidmatan kereta api dipecat mankala pihak pemerintah melancarkan kajian mengenai tahap keselamatan perkhidmatan tersebut.

Namun, pakar-pakar menyatakan nahas berkenaan yang menyebabkan 36 orang terbunuh telah mencetuskan perasaan bimbang dalam kalangan rakyat. "Saya bimbang. Kelmarin ketika saya menempah tiket, saya menimbang sama ada akan beralih dengan menggunakan bas," kata seorang pekerja dalan industri pakaian, Yu Dabao. Nahas kereta api pada Sabtu lalu itu berpunca daripada panahan petir. Akhbar People's Dailysemalam memberi petunjuk bahawa keselamatan mungkin diambil mudah semasa membina sistem rangkaian kereta api. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia

Tempoh tahanan pembunuh 'gila' dilanjut



ANDERS BEHRING BREIVIK


OSLO - Pihak pendakwa raya Norway akan menuntut agar tempoh reman ke atas suspek utama kes serangan berkembar yang berlaku pada minggu lalu, Anders Behring Breivik dilanjutkan kepada lapan minggu. "Pendakwa raya, Christian Hatlo akan meminta tempoh reman dilanjutkan sehingga lapan minggu dan memohon agar perbicaraan dilakukan secara tertutup," kata mahkamah dalam satu kenyataan.

Di Norway, tempoh maksimum tahanan reman adalah selama empat minggu. Sehingga kini, hanya Breivik menjadi suspek utama dalam serangan bom dan tembakan yang membunuh sekurang-kurangnya 93 orang pada Jumaat lalu. Suspek berusia 32 tahun itu mengaku membunuh dan bertanggungjawab melakukan serangan tersebut, satu insiden terburuk dalam sejarah Norway sejak Perang Dunia Kedua. - AFP

Kosmo! Online - Dunia

Wanita didakwa cuba dirogol bekas ketua IMF dedah diri

IMEJ menunjukkan Nafissatou Diallo (kiri) bercakap kepada wartawan Robin Roberts dari stesen televisyen ABC News.


NEW YORK - Seorang pekerja Hotel Sofitel yang mendakwa bekas Ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn melakukan serangan seksual ke atasnya akhirnya mendedahkan diri buat kali pertama.

Pekerja wanita tersebut, Nafissatou Diallo mendedahkan buat kali kejadian yang menimpa dirinya itu Diallo memberikan kenyataannya kepada majalah Newsweek dan stesen berita ABC News. Kedua-dua media itu menyiarkan temu ramah Diallo kelmarin.

Diallo berkata, Strauss-Kahn menyerangnya seperti seorang lelaki yang gila pada 14 Mei lalu di bilik suite berharga AS$3,000 (RM8,922) satu malam di Manhattan, New York. Wanita itu yang memperoleh upah AS$25 (RM75.35) sejam kerana membersihkan 14 bilik hotel sehari berkata, dia diberitahu oleh seorang pelayan perkhidmatan bilik bahawa suite tersebut kosong. Namun, Strauss-Kahn tiba-tiba muncul di dalam bilik dalam keadaan bogel dan membuatkannya terkejut, katanya. "Oh tuhan, saya minta maaf," kata Diallo kepada Strauss-Kahn.

Diallo berkata, dia memusingkan badan untuk keluar dari bilik hotel. Bagaimanapun, Strauss-Kahn bertindak menghalangnya, katanya lagi. Kemudian, Diallo berkata, Strauss-Kahn bertindak seperti seorang lelaki yang gila. "Anda seorang yang cantik," kata Strauss-Kahn kepada wanita tersebut. Menurut Diallo, dia kemudian ditarik oleh Strauss-Kahn ke bilik tidurnya. "Saya berkata, tuan, hentikan. Saya tidak mahu kehilangan pekerjaan saya," jelas Diallo.

"Saya tidak melihat ke arahnya. Saya berasa amat takut. Saya tidak menjangkakan sesiapa berada di dalam bilik. "Dia menarik saya ke atas katil," katanya kepada majalah itu. Diallo berkata, Strauss-Kahn kemudian bergelut dengannya. "Saya keluar di sana. Saya tidak kembali lagi. Saya berasa agak gementar," ceritanya lagi. Strauss-Kahn masih dibicarakan berhubung kes itu dan dia tidak mengaku salah melakukan serangan seksual. Dia meletakkan jawatan sebagai Pengarah Urusan IMF sekoran kejadian berkenaan. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia