Pages

Thursday, March 21, 2013

Kafein kurangkan risiko kemalangan jalan raya




21 Mac 2013
LONDON - Kajian terbaru menunjukkan individu yang mengambil minuman mengandungi kafein kurang berisiko terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Laporan diterbitkan dalam Jurnal Perubatan Britain (BMJ) itu turut mendedahkan 63 peratus pemandu jarak jauh yang meminum kopi atau teh selamat tiba di destinasi mereka.

Dipetik AFP, menurut jurnal tersebut, kafein dianggap sebagai strategi tambahan yang berkesan untuk memastikan pemandu terus fokus.

Bagaimanapun, mereka perlu mendapat rehat, tidur dan senaman teratur untuk mendapat lebih tumpuan semasa memandu.

Komodo spesies terancam menetas

21 Mac 2013
Komodo
Seekor anak komodo dari spesies terancam mula menetas.
SURABAYA - Program pembiakan di zoo Indonesia berhasil apabila tujuh komodo dari spesies terancam mula bertelur dan menetas.

Jurucakap zoo, Anthan Warsito berkata, sebanyak 21 telur dari dua komodo telah diletakkan di dalam inkubator di Zoo Surabaya di timur Jawa Indonesia sejak September dan Oktober lalu untuk melalui proses pembiakan normal.

“Namun, telur dari lima komodo lain belum menetas. Kami berharap, dalam tempoh dua bulan ini, kesemuanya akan menetas, “ katanya.

Beliau berkata, anak komodo itu akan diletakkan mikrocip untuk memantau pembesarannya.

Menurut AFP, komodo yang hanya boleh ditemui di pulau-pulau bahagian timur Indonesia itu mampu mencapai saiz kira-kira tiga meter panjang dengan berat 70 kilogram.

Muslimah di China mempunyai masjid sendiri...

MyBabah.com: Muslimah di China mempunyai masjid sendiri...:

Tidak seperti rakan-rakan mereka di seluruh dunia, Muslimah di China pada ketika ini sedang memiliki masjid sendiri, iaitu khusus untuk wanita sehingga mereka dapat kesempatan unik untuk mengembangkan pengetahuan agama mereka sendiri. “Saya berasa sangat gemberi kerana memiliki sebuah masjid yang pada bila-bila masa saya boleh kunjungi,” kata Ma Guifang (80 tahun) kepada China Daily.




“Tidak banyak Muslimah yang menikmati hak istimewa seperti ini.” Selama 20 tahun terakhir, Muslimah tua daripada kelompok etnis Hui telah menghadiri masjid khusus wanita, sebuah fenomena yang unik di negara tirai bambu tersebut. Masjid Lulan didirikan pada tahun 1956 oleh sekumpulan muslimah kemudian bergerak pindah ke Lanzhou di Daerah Henan di tengah China. Walau bagaimanapun, solat di masjid itu tetap dipimpin oleh seorang imam lelaki  di sebuah masjid yang jauhnya 100 meter dengan layanan menggunakan pengeras suara yang disambungkan kepada jamaah perempuan di masjid khas wanita tersebut.

Para Muslimah daerah ini bangga kerana mampu mengurus masjid mereka sendiri. Ma Lan, 46 tahun, bangun pada pukul 4 pagi kemudian memanaskan air untuk mengambil wudu. Dia juga saling bekerja sama dengan jamaah wanita lainnya supaya masjid terus bersih dan siap untuk diguna solat, yang biasanya mengumpulkan sekitar 150 jamaah. “Wanita melakukan semua pekerjaan di sini” kata Ma. Masjid ini dibiayai sepenuhnya oleh sumbangan daripada jamaah Muslimah dan juga para pengunjung. “Kami menerima sekitar 2.000 sampai 3.000 yuan ($321 sampai $481) sebulan,” kata imam Tao Jinling, sambil menunjuk pada daftar derma/sedekah. “Sekitar 20 sampai 30 orang datang ke masjid setiap hari. Jumlah itu meningkat menjadi sekitar 150 semasa hari Jumaat.” Menurut data rasmi, China memiliki 20 juta Muslim, yang sebahagian besar daripada mereka tertumpu di Xinjiang, Ningxia, Gansu, Qinghai dan beberapa daerah lainnya. Kebanyakan kaum Muslimin di China memuji usaha adanya masjid satu-satunya khusus untuk wanita yang boleh mendidik kaum wanita tentang agama mereka. “Hanya China yang memiliki masjid wanita, tetapi ini bukan amalan biasa dalam kalangan Tionghoa Muslim,” kata Jin Rubin, setiausaha agong Persatuan Islam China. “Tetapi satu hal yang pasti adalah bahawa masjid wanita dapat menyediakan mereka dengan tingkat pendidikan yang lebih baik, yang Islam sangat mendorongnya.” Wang Yuming, pengarah masjid Xihu Lanzhou, yang juga menjalankan sebuah sekolah untuk wanita, setuju dengan pernyataan tersebut. “Islam sangat mengambil berat tentang pendidikan untuk wanita kerana kami percaya mereka adalah pembimbing keluarga,” ujarnya “Pengaruh mereka boleh membantu untuk menjaga masyarakat kita tetap stabil.” “Selain mengajar para wanita tentang Al-Qur’an dan Islam, kami juga mengajar mereka matematik dasar dan mendesak mereka untuk memberitahu anak-anak mereka untuk menjauhi dadah,” katanya. “Wanita Muslim layak mendapat tingkat pendidikan yang lebih baik dan masjid adalah tempat terbaik untuk menyediakan hal itu.(fq/oi)

'via Blog this'

Aduhai, kita hanya tinggal di dunia ini 2 minit 6 saat...

MyBabah.com: Aduhai, kita hanya tinggal di dunia ini 2 minit 6 saat...:

Had masa kehidupan seorang manusia di muka bumi ini sangatlah singkat laksana seorang pengembara yang singgah untuk sekadar minum, begitulah Rasullullah s.a.w, manusia agung pilihan menggambarkannya. Sungguh, sebentar sahaja waktunya...




Setiap bayi yang lahir di alam fana ini tidak mempunyai pilihan untuk hidup melainkan dengan dua buah kitab, iaitu kitab catatan perbuatan baik (sijjin) dan kitab mencatat perbuatan buruk (illiyin) yang akan mengiringinya sampai ke akhirat nanti. Ditambah lagi amanah daripada Allah yang khusus diberikan kepada manusia, iaitu solat. Suatu ketika sahabat melihat Ali bin Abi Thalib r.a. ketika berwudu' kulitnya berwarna kuning, dan bergementar badannya ketika solat. Maka sahabat yang melihat peristiwa itu bertanya kepada Ali, “wahai Ali mengapa engkau kelihatan seperti tidak sihat ketika berwudu dan solat?”. Ali bin Abi Thalib pun menjawab “Bagaimana aku tidak gementar jika gunung, pepohon dan makhluk lain ciptaan Allah tidak sanggup memegang amanah ini daripada Allah”

Hidup di dunia ini sangatlah singkat, tidak sebanding dengan kehidupan di akhirat. Sebagaimana firman Allah di dalam surat Al Ma’arij ayat 4:

“Para malaikat dan jibril naik menghadap kepada Allah, dalam sehari setara dengan lima puluh ribu tahun”.

Berarti, sehari di akhirat sama dengan 50,000 tahun di dunia. Apabila dibandingkan umur manusia berdasar ukuran usia Rasullullah s.a.w. 63 tahun, maka hakikatnya, kehidupan manusia hanya setara dengan dua minit enam saat di akhirat. Belum lagi ibadah yang dilakukan seseorang hamba yang belum tentu diterima oleh Allah s.w.t. Oleh itu, gunakanlah waktu sekelumit yang diberikan kepada anda itu dengan sebaik-baiknya...


'via Blog this'

Mangkuk RM7 juta

Foto
New York: Sebiji mangkuk yang dibeli dengan harga kurang AS$3 (RM9) dilelong pada harga AS$2.23 juta (RM6.69 juta) di Sotheby, semalam.
Mangkuk kecil China itu yang dikenali sebagai ‘Ding’ berusia 1,000 tahun dan dibuat ketika pemerintahan dinasti Song yang mentadbir China dari 960 hingga 1279.

Satu-satunya mangkuk serupa dari zaman itu yang diketahui wujud dipamerkan di Muzium Britain sejak 60 tahun lalu.
Selepas membeli dengan hanya beberapa dolar, pembelinya mempamerkan mangkuk itu di ruang tamu rumahnya.

Apabila menyedari keistimewaan mangkuk itu dan nilainya baru-baru ini, dia membawanya ke pakar.

Sotheby menganggarkan mangkuk itu akan dijual antara RM600,000 hingga RM900,000. Bagaimanapun, dua pembida bersaing sengit untuk memilikinya dan akhirnya, peniaga seni terkenal di London, Giuseppe Eshenazi memperolehnya dengan harga RM6.69 juta. - AFP


Cerai kerana anu kecil


Taipei: Seorang wanita menceraikan lelaki yang dikahwininya empat tahun lalu kerana kemaluannya kecil.

Wanita itu, kakitangan kerajaan, Zhang berkata, bekas suaminya gagal menunaikan janji untuk mengadakan seks tiga kali seminggu.


Zhang, 52, menyelar suaminya, Zhou, 55, dengan berkata: “Kemaluannya begitu kecil. Serupa kanak-kanak. Hanya panjang 5 sentimeter. Kami tidak pernah mengadakan seks sepanjang perkahwinan kami,” katanya.

Menurutnya, mereka berkenalan pada 2008 menerusi seorang rakan dan berkahwin lima bulan kemudian.


Dia mahu mengadakan seks dengan lelaki itu sebelum berkahwin tetapi Zhou berkata, dia enggan kerana patuh pada ajaran agama.


Zhang berkata, dia hanya mengetahui mengenai masalah suaminya pada malam hari perkahwinan mereka.

“Dia tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai suami. Kami bergaduh sepanjang malam dan saya ada menyuruhnya berubat, tetapi dia enggan,” kata wanita itu. - The Sun

Iraq terus bergolak

Iraq terus bergolak
Seorang wanita Iraq meninjau keadaan rumahnya yang musnah teruk selepas serangan bom di Kirkuk, 240 kilometer ke Baghdad semalam. Keganasan memuncak ketika ulang tahun ke-10 pencerobohan AS

Baghdad: Bergelut dengan peningkatan keganasan dan krisis politik meruncing, Iraq semalam memperingati tahun ke-10 pencerobohan diketuai Amerika Syarikat yang mahukan sekutu stabil dan demokratik di Asia Barat.

Kerajaan Iraq tidak mengumumkan sebarang majlis meraikan ulang tahun itu semalam, dengan sambutan berkemungkinan diadakan pada 9 April ini, sempena hari kejatuhan Baghdad.
Keganasan memuncak menjelang tarikh berkenaan dengan 120 maut minggu lalu, menurut kiraan AFP berdasarkan laporan pegawai keselamatan dan perubatan, dengan yang terburuk berlaku kelmarin.


Laporan berasingan oleh Iraq Body Count yang beribu pejabat di Britain dan penyelidik di Lancet, meletakkan angka kematian keseluruhan dalam tempoh sedekad pertumpahan darah lebih 112,000 penduduk awam.

Beribu maut setiap minggu

Kematian mencapai kemuncak pada 2006 dan 2007, apabila beribu dibunuh setiap bulan. Keganasan cuma dapat dikawal pada tahun 2008 dan seterusnya, apabila tentera Amerika semakin bertambah dengan militia Sunnah memutuskan untuk menyebelahi tentera Amerika.

Sekurang-kurangnya 20 letupan dan tembakan menyebabkan 56 terbunuh dan lebih 220 cedera kelmarin, hari paling berdarah di Iraq dalam masa enam bulan, membayangkan ketegangan yang terus menyelubungi negara itu.
Serangan dengan matlamat memusnahkan simpanan senjata pemusnah besar-besaran bekas Presiden Saddam Hussein, yang tidak pernah ditemui, fokus peperangan kemudian diubah untuk mengukuhkan Iraq sebagai sekutu Barat di rantau itu.

ISI punca keganasan

Kumpulan Negara Islam Iraq (ISI) yang ada kaitan dengan al-Qaeda mendakwa bertanggungjawab di atas keganasan dalam kenyataan yang dikirim ke forum pergerakan itu semalam.

“Apa yang anda terima kelmarin ialah tahap pertama, Insya-Allah, akan disusuli dengan balas dendam untuk mereka yang dibunuh,” kata ISI.

Di WASHINGTON, Presiden Barack Obama mengeluarkan kenyataan sehari sebelum itu memberi penghormatan kepada tenteranya tetapi tidak menyentuh mengenai rakyat Iraq, sebaliknya menyatakan sokongan kepada veteran Amerika yang cedera dalam konflik itu. - AFP

Ribuan bangkai udang terdampar di pantai




SEORANG penduduk mengambil sejumlah daripada ribuan udang yang ditemui mati di sebuah pantai di bandar Coronel kelmarin.-REUTERS


CORONEL - Ribuan bangkai udang terdampar di sebuah pantai di sini, kira-kira 540 kilometer ke barat daya Santiago, Chile kelmarin.
Udang tersebut mati ekoran pencemaran yang berlaku di kawasan habitatnya dekat pantai tersebut.
Pencemaran itu berlaku selepas air yang digunakan untuk menyejukkan dua loji termoelektrik dilepaskan ke laut tersebut. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0321&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2O92UAWCe 
Hakcipta terpelihara 

Pekerja zoo beri seekor kambing untuk dimakan biawak komodo




DUA pekerja membaling bangkai seekor kambing ke dalam kurungan biawak komodo naga di Zoo Surabaya, Surabaya semalam.- AFP


SURABAYA - Dua pekerja membaling seekor kambing yang telah mati untuk dimakan oleh beberapa ekor biawak komodo naga di Zoo Surabaya di sini semalam.
Lima ekor biawak kemudian mengerumuni bangkai kambing itu di dalam kurungan haiwan tersebut selepas ia dibaling oleh dua pekerja berkenaan.
Haiwan tersebut merupakan biawak paling besar di dunia.
Ia boleh membesar sehingga tiga meter panjang dengan berat sehingga 70 kilogram.
Biawak itu amat popular dalam kalangan pengunjung zoo. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0321&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm#ixzz2O923LoQS 
Hakcipta terpelihara 

Lukisan berusia lebih 17,000 tahun dipamerkan




SALINAN lukisan yang dipamerkan itu menunjukkan haiwan seperti lembu.-AFP


CHIGACO, Amerika Syarikat - Muzium Field di sini mempamerkan salinan beberapa lukisan yang berusia lebih 17,000 tahun kepada orang ramai bermula semalam.
Lukisan tersebut ditemui di sebuah Gua Lascaux di Perancis.
Gua tersebut ditutup kepada orang awam pada tahun 1963 sebagai usaha untuk memulihara lukisan tersebut.
Penutupan tersebut menyebabkan salinan lukisan itu dibuat untuk dipamerkan kepada orang awam.
Pelbagai gambar orang dan haiwan terdapat pada lukisan itu.
Bagaimanapun, pakar-pakar masih belum dapat mentafsirkan makna lukisan tersebut.
Terdapat hampir 2,000 lukisan di dalam gua itu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0321&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2O91rer7c 
Hakcipta terpelihara 

Serangan siber berlaku di Korea Selatan




SEORANG lelaki (kiri) cuba untuk menggunakan sebuah Mesin Teler Automatik semasa serangan siber berlaku di Seoul.-AP


SEOUL - Rangkaian komputer di dua bank utama dan tiga stesen penyiaran televisyen terkenal di negara ini digodam semalam.
Serangan tersebut menyebabkan mesin-mesin pengeluaran dan memasukkan wang lumpuh di seluruh Korea Selatan.
Agensi Keselamatan Maklumat menyatakan, serangan siber itu berlaku pada pukul 2 petang waktu tempatan apabila imej tengkorak muncul pada sejumlah skrin komputer.
Menurut pihak polis dan para pegawai Korea Selatan yang menyiasat kes itu menyatakan punca serangan tersebut masih belum jelas.
Namun, terdapat spekulasi bahawa serangan siber itu dilakukan oleh Korea Utara. Sebahagian komputer mula beroperasi selepas lebih dua jam dan 30 minit tergendala.
Kejadian itu berlaku selepas Korea Utara dikenakan sekatan barang mewah oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kerana melakukan ujian nuklear pada Februari lalu.
Sebuah kumpulan yang tidak dikenali yang bernama Whois Team mengaku menggodam komputer-komputer itu.
Komputer-komputer yang terjejas itu ialah milik rangkaian televisyen YTN, MBC dan KBS.
Ia turut menjejaskan komputer Bank Shinhan dan NongHyup.
Di sebuah kedai kopi Starbucks di sini, para pelanggan diminta untuk membayar tunai manakala terdapat barisan di mesin-mesin pengeluaran dan memasukkan wang semasa kejadian tersebut berlaku.
Kementerian Pertahanan Korea Selatan menyatakan, ekoran kejadian itu, pihak tentera meningkatkan tahap berjaga-jaga berhubung serangan siber.
Bagaimanapun, para pegawai pertahanan melaporkan tiada tanda-tanda serangan siber berlaku pada rangkaian komputer kementerian tersebut. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0321&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2O91ftRhN 
Hakcipta terpelihara