Pages

Tuesday, July 19, 2011

Keluarga Muslim Contoh!

Cerita ini saya dapati selepas saya menghadiri sebuah usrah umum baru-baru ini. Ustazah menceritakan kisah ini selepas melihat sesuatu yang menakjubkan semasa menziarahi rumah sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah seorang guru biasa.

Beliau tiba di rumah sahabatnya ini pada waktu tengah hari tetapi belum masuk waktu Zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walaubagaimanapun, beberapa orang daripada 8 orang anak mereka (kesemuanya lelaki; yang paling tua Tingkatan 1 manakala yang paling muda masih bayi) baru pulang dari sekolah.

Waktu zohor masuk. Abang yang tua mengajak kesemua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri menjadi imam. Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur dalam lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhuk dan solat bersama jemaah. Dia ikut rukuk apabila imam rukuk, dia ikut sujud apabila imam sujud dan apabila selesai imam memberi salam, dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. Subhanallah, adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk!


Ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-disuruh.

Ceritanya tidak berakhir di situ. Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, Ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan Subuh berkumandang kalau saya tidak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air...dilihatnya anak-anak kecil semuanya sedang sibuk berwudhuk. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke-7 entah berapa tahun sibuk mengambil wudhuk di bilik air pada waktu subuh yang paling awal.

Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir. Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk Ustazah). Sewaktu hendak mula solat, si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat.

Dan sekali lagi cerita tidak berakhir di situ. Ustazah tersebut bercadang ingin sambung tidur kerana penat musafirsemalamnya tidak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila mahu melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, “Anak-anak, hari ini ayah nak bagi kuliah mengenai solat dan puasa...” Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.

Subhanallah, apabila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya, dia menjawab bahawa ia persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya Al-Fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki; akan menjadi pemimpin, pasangan suami isteri ini tidak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman.

Cuba kita tanya diri kita sendiri, berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga; berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk; berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat dan memimpin adik-adik mereka; berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa sehingga taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan morang yang lebih dewasa? Subhanallah walhamdulillah... Moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua.

P/s: Semoga keluarga kami dapat mencontohinya, ameen Ya Rabbal A'lameen

Semoga beroleh manfaat dan dirahmati Allah.

Keluarga Muslim Contoh! | baitulmuslim.com

7 Sunnah Penting


Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, anda tidak rugi sedikitpun, tidak perlu kredit kepada blog ini dan tidak perlu backlink..cukup sekadar sebarkan, dan menjadi manfaat pada semua - malaysiasensasi.net
MalaysiaSensasi.Net: [Mesti Baca] 7 Sunnah Penting

Kisah Seorang Gadis Kecil Bernama Bar’ah



Ini adalah kisah gadis berumur 10 tahun bernama Bar`ah, yang orangtuanya doktor dan telah pindah ke Arab Saudi untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Pada usia ini, Bar `ah menghafal seluruh Al Qur’an dengan tajweed, dia sangat cerdas dan gurunya mengatakan bahawa dia sudah maju untuk anak seusianya. Keluarganya kecil dan berkomitmen untuk Islam dan ajaran-ajarannya. hingga suatu hari ibunya mulai merasa sakit perut yang parah dan setelah beberapa kali diperiksakan diketahuilah ibu bar’ah menderita kanser, dan kanser ini sudah dalam keadaan kriktikal.

Ibu bar’ah berfikir untuk memberitahu puterinya, terutama jika dia terbangun suatu hari dan tidak menemukan ibunya di sampingnya dan inilah ucapan ibu bar’ah kepadanya

“Bar`ah aku akan pergi ke syurga di depan anda, tapi aku ingin kamu selalu membaca Al-Quran dan menghafalkannya setiap hari kerana Ia akan menjadi pelindungmu kelak..“

Gadis kecil itu tidak benar-benar mengerti apa yang ibunya berusaha beritahukan, Tapi dia mulai merasakan perubahan keadaan ibunya, terutama ketika ia mulai dipindahkan ke hospital untuk waktu yang lama. Gadis kecil ini menggunakan waktu sepulang sekolahnya untuk menjenguk ibunya ke sana dan membaca Quran untuk ibunya sampai malam sampai ayahnya datang dan membawanya pulang.

Suatu hari pihak rumah sakit memberitahu ayah bar’ah bahawa keadaan isterinya itu sangat buruk dan dia perlu datang secepat melalui telefon, sehingga ayah bar’ah menjemput Bar `ah dari sekolah dan menuju ke hospital. Ketika mereka tiba di depan hospital dia memintanya untuk tinggal di kereta sehingga dia tidak akan terkejut jika ibunya meninggal dunia.

Ayah keluar dari keretanya, dengan penuh air mata di matanya, ia menyeberang jalan untuk masukhospital, tapi tiba-tiba datang sebuah kereta dengan laju dan melanggar ayah bar’ah dan dia meninggal di depan puterinya itu, tak terbayangkan tangis gadis kecil ini pada saat itu…!

Tragedi Bar `ah belum selesai sampai di sini. Berita kematian ayahnya yang disembunyikan dari ibu bar’ah yang masih dirawat di hospital, namun setelah lima hari semenjak kematian suaminya akhirnya ibu bar’ah meninggal dunia juga. Dan kini gadis kecil ini sendirian tanpa kedua orangtuanya dan oleh orangtua teman-teman sekolah bar’ah memutuskan untuk mencarikan kerabatnya di Mesir, sehingga kerabatnya boleh merawatnya.

Tak berapa lama tinggal di Mesir gadis kecil Bar `ah mulai mengalami nasib yang sama dengan ibunya dan oleh keluarganya ia lalu diperiksakan dan setelah beberapa kali ujian didapati bar’ah juga mengidap kanser, tapi sungguh mengejutkan kala dia diberitahu kalau ia menderita kanser. Inilah perkataan bar’ah kala itu:

“Alhamdulillah, sekarang aku akan bertemu dengan kedua orang tua saya.”

Semua teman-teman dan keluarga terkejut. Gadis kecil ini sedang menghadapi musibah yang bertubi-tubi dan dia tetap sabar dan ikhlas dengan apa yang ditetapkan Allah untuknya! Subhanallah ...

Orang ramai mula mendengar tentang Bar `ah dan ceritanya dan Kerajaan Saudi memutuskan untuk mengurusnya, ia mengirimnya ke Britain untuk pengobatan penyakit ini. Salah satu saluran TV Islam (Al Hafiz – The pelindung) dapat menghubungi gadis kecil ini dan memintanya untuk membaca Quran dan ini adalah suara yang indah yang di lantunkan oleh bar’ah …




Mereka menghubungi lagi Bar’ah sebelum ia pergi ke Coma(nama kota) dan dia berdoa untuk kedua orangtuanya dan dia menyanyikan nasyid..







Hari-hari terlewati dan kanser mulai menyebar di seluruh tubuhnya, para doktor memutuskan untuk memotong kakinya, dan ia telah bersabar dengan apa yang ditetapkan Allah baginya tapi beberapa hari setelah operasi kakinya kanser sekarang menyebar ke otaknya, lalu oleh doktor memutuskan untuk melakukan operasi otak dan sekarang bar’ah berada di sebuah hospital di Inggris menjalani perawatan.

Silakan berdoa untuk Bar’ah, dan bagi saudara-saudara kita di seluruh dunia.


Jadikanlah Sabar dan Shalat Sebagai Penolongmu. Dan Sesungguhnya Yang Demikian itu Sungguh Berat, Kecuali Bagi Orang-Orang yang Khusyu
[Al-Baqarah:45].

Kisah terjadi di tahun 2009 dan Bar'ah kini telah kembali pada sang khalik dia menemui orang-orang yang dicintainya. Ketika kisah Bar'ah ditampilkan di TV2 Timur tengah ribuan orang menamakan bayi perempuannya dgn nama Bar'ah.


Read more: http://www.borakkosong.com/2011/05/sedihmesti-bacakisah-seorang-gadis.html#ixzz1SYxdNIDI
Sedih,,mesti baca..Kisah Seorang Gadis Kecil Bernama Bar’ah (True Story) | borak kosong

Lelaki Kacak bersama Jenazah.

SALAM SEMUA. Sedikit perkongsian buat saudara2 ku di WC di waktu hujung minggu ni. Artikel ni sy copy dr fb.


Hadis yang Menarik Rasulullah S.A.W

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana


'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'




Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasabiasa saja...tengok je..
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari.ia stroke...Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke .
Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung"
namun kita semestinya menyedari perjuangan Islam adalah tanggungjawab kita.
[MESTI BACA]Lelaki Kacak bersama Jenazah.

Kereta terbang ibarat Transformer kini jadi realiti




KERETA terbang Terrafugia Transition terbang diiringi sebuah pesawat di Britain, baru-baru ini. - AGENSI


LONDON 18 Julai - Konsep kereta terbang yang telah lama dicetuskan bakal menjadi kenyataan di Britain dalam masa lima tahun lagi apabila pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dilapor telah meluluskan satu model kereta futuristik itu baru-baru ini.
Kereta terbang dua tempat dudukTerrafugia Transitionyang bernilai 155,000 pound (RM752,021) itu boleh terbang dengan kelajuan maksimum 184 kilometer sejam.
Kenderaan itu perlu menjalani 20 jam ujian penerbangan dan setiap kali butang pendaratan ditekan, sayapnya akan tertutup secara automatik dalam masa 15 saat.
Untuk setiap perjalanan baru, kereta terbang itu memerlukan kuasa yang disalurkan dari bahagian kipas ke roda belakangnya.
Ketika dalam mode kereta, kenderaan masa depan itu boleh dipandu pada kelajuan maksimum 104 kilometer sejam dan ia boleh disimpan di dalam garaj sama seperti model kereta lain.
"Ia tidak ubah seperti apa yang digambarkan dalam filem Transformer," kata pengasasnya, Carl Dietrich.
Walaupun kenderaan itu pada mulanya disasarkan kepada pelanggan di AS, lebih 20 rakyat Britain telah menyatakan minat mereka untuk membeli kereta terbang bebas karbon tersebut.
Pengeluaran kenderaan itu bakal menjadi kenyataan selepas Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan AS baru-baru ini mengumumkan pengecualian untuk membenarkan ia berada di jalan-jalan AS.
Lembaga Penerbangan Sivil mengesahkan, pengumuman itu akan memudahkan lagiTerrafugia Transition menerima pengesahan oleh Agensi Keselamatan Eropah yang beribu pejabat di Cologne.
Dua prototaip kenderaan itu hampir siap sepenuhnya dan beberapa perubahan akan dilakukan sebelum ia mula dikilangkan tahun depan. - Agensi
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

KISAH LELAKI YANG BERMALAM DI SYURGA

Lima orang buruh yang sangat miskin tinggal di sebuah kampong yang kecil. Mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap untuk menampung sara hidup diri sendiri dan keluarga.

Kelima-lima mereka berpakat untuk mencari pekerjaan di bandar bersebelahan dengan kampong mereka.

Mulalah mereka membanting tulang di Bandar setiap hari dari pagi hingga ke petang. Mereka hanya pulang ke kampong menemui keluarga pada cuti hujung minggu. Namun salah seorang daripada mereka tidak begitu. Setelah selesai pekerjaan yang dilakukan ketika menjelang waktu Maghrib, dia segera menunaikan solat, kemudian bergegas pulang ke rumahnya di kampong. Keesokannya dia datang semula ke Bandar untuk meneruskan kerjanya.

Keadaan itu membuatkan kawan-kawan berasa hairan. Mereka berkata kepadanya, “mengapa kamu memenatkan diri berulang alik tidur bersama keluarga di kampong yang jauh jaraknya, pada hal kamu tak ada isteri dan anak-anak?”

Dia menjawab, “sesungguhnya aku pulang setiap malam untuk tidur di syurga!”
Kata-kata itu disambut dengan gelak ketawa oleh teman-temannya. Mereka berkata, “selama ini kami anggap kamu seorang yang siuman. Mungkin disebabkan kamu terlalu penat berulang alik fikiran kamu jadi kacau. Lebih baik kamu jumpa doctor supaya dia periksa dan rawat kamu.”

Dia menjawab, “sebelum jumpa doctor, mari kita jumpa seseorang yang boleh jadi orang tengah yang dapat menentukan bahawa kata-kataku adalah benar dan kamu tidak akan mendustaiku lagi.”

Mereka bertemu dengan seorang imam di sebuah masjid, lalu menceritakan kisah kawan mereka itu.

Dengan tenang imam meminta lelaki itu menceritakan kisahnya.

Dia berkata, “saya adalah anak tunggal kepada dua ibu bapa yang telah tua. Sayalah yang bertanggungjawab mencari nafkah untuk menyara mereka. Selepas selesai bekerja dan menunaikan solat Maghrib, saya terus pulang ke rumah saya di kampong. Setiba di rumah saya dapati ayah dan ibu saya telah makan malam dan tidur dengan nyenyak. Saya mengambil selimut dan tidur di hujung kaki mereka. Apabila fajar menjelang, saya membangungkan mereka untuk menunaikan solat Subuh. Saya sediakan air untuk mereka berwuduk, menyediakan sarapan dan keperluan-keperluan mereka. Selepas itu barulah saya ke Bandar untuk menyambung kerja dengan hati yang tenang. Saya benar-benar rasa bahagia kerana dapat menghabiskan malam saya di syurga.”

Imam berkata kepada empat orang sahabatnya, “demi Allah, sahabat kamu ini benar! Sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya): “Syurga itu di bawah telapak kaki ibu”
KISAH LELAKI YANG BERMALAM DI SYURGA ~ Qatrunnada.net

Jenazah Ahli Parlimen Titiwangsa selamat dikebumi




ABDUL Hadi Awang dan Dr. Aminuddin Abd. Hamid Karim mengaminkan doa pada pengkebumian jenazah Dr. Lo' Lo' di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 18 Julai - Suasana pilu menyelubungi Masjid Al-Akram, Datuk Keramat di sini hari ini apabila orang ramai hadir menziarahi jenazah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Mohd. Ghazali (gambar) yang meninggal dunia di Hospital Selayang malam tadi.
Allahyarham yang merupakan doktor perubatan berusia 54 tahun, disahkan meninggal dunia pukul 10.15 malam tadi akibat penyakit kanser.
Jenazah Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat dan AJK Dewan Muslimat Pas Pusat itu dimandi, dikafan dan disembahyangkan di masjid tersebut.
Solat jenazah diimamkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada pukul 10 pagi sebelum jenazah diusung ke Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat yang terletak kira-kira 500 meter dari masjid.
Jenazah ibu kepada empat anak berusia antara 25 hingga 30 tahun itu selamat disemadikan pada pukul 10.30 pagi.
Antara yang hadir menziarahi jenazah ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Turut hadir, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar; Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali dan Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd. Yusof.
Sementara itu, suami Lo' Lo', Prof. Madya Dr. Aminuddin Abd. Hamid Karim berkata, mereka sekeluarga reda dengan pemergian Allahyarham yang menderita penyakit kanser sejak Ogos 2009.
"Arwah sebelum menghembuskan nafas terakhir berpesan supaya segala tugas ke arah keagamaan yang diusahakannya dapat diteruskan.
"Beliau ingin melihat anak-anak muda tidak meninggalkan solat dan menjauhi maksiat. Pesanan itu diberikan kepada anak-anak kami," katanya ketika ditemui di tanah perkuburan.
Utusan Malaysia Online - Politik

Bayi lelaki ditinggalkan depan rumah pegawai tadbir




Inspektor Wan Nazifah Nawan dan seorang kakitangan hospital bersama bayi lelaki yang kini ditempatkan di hospital di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 18 Julai - Seorang wanita di Kampung Hilir Masjid, Kota dekat sini terkejut apabila menemui seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di hadapan rumahnya pada petang Jumaat lalu.
Bayi seberat 4.8 kilogram dipercayai berusia dua bulan itu berpakaian lengkap dan dibalut dengan tuala ditemui di tangga di rumah pegawai tadbir berusia 54 tahun itu.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, selepas diambil wanita itu menyerahkan bayi itu kepada adiknya seorang guru di Kuala Krai.
Beliau berkata, bagaimanapun semalam, wanita yang menemui bayi itu telah pergi ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendaftarkan bayi tersebut sebagai anak angkat.
"Pegawai JKM terbabit memaklumkan pihaknya tidak boleh memproses permohonan tersebut dan perlu membuat laporan polis terlebih dahulu. Wanita itu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu pada pukul 6.05 petang semalam.
"Ekoran itu, polis telah mengambil bayi tersebut dan ditempatkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk pemeriksaan kesihatan dan mengambil sampel darah bagi mengesan ibu bapanya," kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.
Azham memberitahu, bayi tersebut dipercayai berketurunan Melayu berdasarkan warna kulit dan rupa parasnya.
Katanya, pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk usaha untuk mengesan ibu bapa bayi terbabit.
Utusan Malaysia Online - Jenayah

Gunung Lokon meletup dua kali semalam


JAKARTA: Gunung berapi Lokon di Sulawesi meletup sebanyak dua kali, semalam susulan daripada letupan terbesarnya kelmarin, kata ahli volkanologi kerajaan, menyebabkan penduduk kekal berlindung di pusat perlindungan sementara.
“Dua letupan itu berlaku selang 10 minit menghamburkan debu dan asap hingga 600 meter ke udara,” kata Freddy Korompis dari pos kawalan.
Gunung Lokon setinggi 1,580 meter itu mengalami letupan paling besar Ahad lalu apabila asap tebal dan debu dihamburkan setinggi 3,500 meter ke udara. - AFP
myMetro | Gunung Lokon meletup dua kali semalam

Wanita rugi RM12,000 ditipu ahli sihir


DUBAI: Seorang ahli sihir ditahan setelah menipu seorang wanita supaya membayar Dh15,000 (RM12,000) untuk menyelamatkan perkahwinannya.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Brigadier Khalil Ebrahim Al Mansouri meminta kerjasama orang ramai untuk berhenti berjumpa ahli sihir kerana ia menyalahi hukum Islam dan masyarakat.

Khalil berkata demikian selepas jabatannya yang berkerjasama dengan Jabatan Jenayah Ekonomi menahan seorang lelaki Arab Afrika yang mengamalkan ilmu sihir untuk menipu orang ramai.

Mereka bertindak setelah seorang wanita membuat aduan tentang seorang ahli sihir yang telah menipunya. - AN
myMetro | Wanita rugi RM12,000 ditipu ahli sihir

Rempuh pesawat ke kediaman ibu


ZURICH: Seorang lelaki maut selepas kapal terbang dipandunya sengaja merempuh kediaman ibunya, semalam.
Beberapa minit sebelum kejadian, mangsa menghubungi ibunya dari pesawat sambil bertanya: “Adakah ibu ada di rumah? Saya hanya hendak singgah sebentar!” Konrad Schmidt, 47, yang memandu pesawat itu terbang atas kediaman ibunya sebanyak tiga kali sebelum terbang dengan laju dan merempuh rumah berkenaan di Oberhallau. Mayat Schmidt ditemui di bawah sisa runtuhan rumah itu. Ibunya, Rosemary, 68, terselamat kerana dia berada di ruang bawah tanah rumah berkenaan ketika serangan bunuh diri itu dan dirawat kerana mengalami kejutan. Saksi memberitahu polis tiada kemungkinan kejadian itu adalah satu kemalangan.

Menurut seorang jiran, Schmidt yang menganggur sudah lama bermusuhan dengan ibunya. “Mereka tidak sependapat mengenai banyak perkara.” Schmidt lebih banyak dibesarkan oleh ibunya dan selepas perkahwinan ibu bapanya musnah, dia begitu hampa. Dia menyalahkan ibunya atas perpisahan mereka, manakala bapanya berpindah keluar dan mati akibat penyakit kanser tidak lama selepas itu. - DM

myMetro | Rempuh pesawat ke kediaman ibu

Puting di tapak kaki wanita





PUTING  pada tapak kaki wanita berusia 22 tahun.
PUTING pada tapak kaki wanita berusia 22 tahun.


pix_topright


LONDON : Seorang wanita muda mencatatkan sejarah perubatan selepas disahkan mempunyai puting ketiga di kakinya.
Penyelidik percaya masalah yang dialami wanita berusia 22 tahun itu adalah yang pertama seumpamanya.

Antara satu hingga lima peratus penduduk dunia dipercayai menghidap masalah itu, yang secara klinikalnya dirujuk sebagai tisu payu dara tambahan. Puting tambahan itu biasanya ditemui pada bahagian atas pinggang.

Bintang pop, Lily Allen juga terkenal kerana memiliki puting tambahan pada payu dara kirinya.

Kakitangan perubatan percaya, kemunculan puting tambahan di bawah paras pinggang, terutama di tapak kaki, tidak pernah berlaku sebelum ini.


Penemuan itu dilaporkan dalam jurnal perubatan, Dermatology Online.

Pengarangnya menulis: “Seorang wanita berusia 22 tahun mendapatkan rawatan bagi masalah di tapak kaki kirinya, puting payu dara yang terbentuk dengan baik, dikelilingi areola dan bulu.

“Ujian mikroskopik terhadap dermis menunjukkan kewujudan folikel bulu, kelenjar ekrin dan kelenjar minyak. Tisu lemak juga dikesan pada pangkal lesi itu. Penemuan klinikal dan histopatologik adalah selaras dengan diagnosis tisu puting tambahan yang juga dikenali sebagai ‘pseudomamma.’ “Berdasarkan pengetahuan kami, ini adalah laporan pertama mengenai tisu payu dara tambahan di kaki.” Menurut laporan itu, ia wujud sejak lahir. Wanita berkenaan tidak mengadu sakit dan tidak ada anggota keluarganya yang lain berdepan dengan masalah itu. Puting tambahan itu kini mempunyai ukur lilit empat sentimeter.
“Tisu puting tambahan yang dikenali sebagai SBT jarang ditemui di luar garisan kelenjar mama. Namun, ia pernah dilihat sebelum ini di belakang badan, bahu, muka dan juga paha,” menurut jurnal itu. - Agensi
myMetro | Puting di tapak kaki wanita

Skandal akhbar rakam bualan telefon: Ketua polis Britain letak jawatan


LONDON: Seorang pegawai kanan polis Britain meletak jawatan semalam sementara bekas pembantu Rupert Murdoch, Rebekah Brooks ditangkap selepas skandal merakam perbualan telefon mencetuskan kegelisahan di kalangan rakyat negara itu.
Pesuruhjaya Polis Metropolitan, Paul Stephenson berkata, dia meletak jawatan berikutan spekulasi mengenai hubungannya dengan empayar Murdoch dan kegagalan polis menyiasat kes itu yang membabitkan akhbar yang kini sudah ditutup, News of the World.

Pengumuman mengejutkan itu dibuat beberapa jam selepas polis menahan Rebekah yang meletak jawatan Jumaat lalu selaku Ketua Eksekutif News International, sayap akhbar Murdoch di Britain, kerana disyaki terbabit dalam skandal merakam perbualan telefon dan cubaan merasuah polis.

“Saya mengambil keputusan meletak jawatan ekoran spekulasi berterusan dan tuduhan yang mengaitkan Polis Metropolitan dengan News International di peringkat atasan,” kata Stephenson menerusi televisyen.

Stephenson dikaitkan dengan bekas Timbalan Pengarang News of the World, Neil Wallis dalam laporan sebelum ini yang mendakwa ketua polis itu menerima tawaran menetap di sebuah spa kesihatan mewah selama lima hari, tempat Wallis menjadi perunding Perhubungan Awam. - AP

myMetro | Skandal akhbar rakam bualan telefon: Ketua polis Britain letak jawatan

Mengidam penggilap perabot


EMMA dengan penggilap perabot kegemarannya.
EMMA dengan penggilap perabot kegemarannya.


BIRMINGHAM: Seorang ibu menghadapi masalah pelik sepanjang tempoh kehamilannya - mengidam makan penggilap perabot.
Emma Veness, 26, perlu makan semburan pembersih itu sekurang-kurangnya tiga kali sehari.

Wanita yang hamil tujuh bulan itu sudah memakan tiga tin semburan pembersih meskipun bimbang ia boleh menjejaskan bayi perempuan yang dikandungnya.

Emma yang disahkan menghidap Pica, penyakit yang jarang berlaku yang menyebabkan penghidapnya mengidam bahan bukan makanan berkata: “Saya tidak dapat menjelaskan kenapa saya begitu sukakannya.

Saya berpendapat ia banyak berkait dengan teksturnya.


“Biasanya saya akan menyemburnya sedikit pada jari dan menjilatnya atau menyemburnya pada kain pengesat dan menghisapnya.”

Emma yang berasal dari Birmingham mula mengidam penggilap perabot apabila hamil dengan anak pertamanya, Darcie yang kini berusia 11 bulan.


Seperti dirinya, teman lelakinya, Gavin Wallis, 27, begitu terdesak untuk menghentikan ketagihan Emma.
Emma, gemar penggilap daripada jenama Asda Smart Price berkata: “Saya mengunjungi doktor tetapi dia hanya memberitahu saya supaya memakan coklat.” - Agensi
myMetro | Mengidam penggilap perabot

Wanita diserang jiran tak puas hati turap jalan depan rumah


AMPANG: Hanya kerana tidak berpuas hati dengan tindakan jiran yang menurap jalan depan rumahnya, seorang wanita berusia 40-an sanggup memukul jirannya dengan cangkul selain turut menggigit lengan kanan anak lelaki jirannya itu.
Dalam kejadian Jumaat lalu, wanita itu dikatakan memukul jirannya berusia 43 tahun selepas melemparkan kata-kata kesat terhadap mangsa dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang.

Menurut sumber, suspek yang tinggal bersebelahan rumah mangsa dipercayai sengaja meletak beberapa ketul batu-bata di jalan depan rumahnya bagi mengelak mangsa meletakkan keretanya.

“Ketika mangsa mengalihkan batu itu, suspek tiba-tiba keluar dari rumahnya dengan memegang cangkul sebelum menyerang mangsa.

“Anak mangsa yang melihat ibunya diserang cuba membantu sebaliknya dia dibaling dengan batu dan digigit di lengan hingga cedera,” katanya.


Sumber berkata, mangsa tidak mengetahui alasan sebenar jirannya itu bertindak demikian kerana dia hanya menurap tar jalan masuk ke rumahnya tanpa membabitkan rumah jiran lain.

“Serangan itu menyebabkan mangsa terpaksa dipapah masuk ke dalam rumah bagi menyelamatkan diri kerana suspek semakin bertindak agresif.

“Mangsa turut cedera di kepala kerana dipukul dengan batang cangkul manakala anaknya cedera di lengan kanan dan telinga kanan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.
myMetro | Wanita diserang jiran tak puas hati turap jalan depan rumah

Lelaki diacu pisau dituduh persenda dua pondan


AMPANG: Tanpa sebarang sebab munasabah, seorang lelaki diacukan pisau kerana dituduh mempersendakan dua pondan dalam kejadian di Taman Nirwana, di sini, 13 Julai lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, mangsa bersama teman wanitanya berusia 20-an dalam perjalanan ke Taman Dagang, di sini, untuk makan malam sebelum melintas di hadapan dua pondan terbabit.

Menurut sumber, sebaik melepasi pondan itu, seorang daripada mereka tiba-tiba naik marah dan memaki-hamun sambil mengeluarkan kata-kata kesat kerana kononnya mangsa mempersendakan pakaian mereka.

“Mangsa yang bingung dengan tindakan pondan berkenaan kemudian memberhentikan motosikal untuk memberi penjelasan dia tidak mengeluarkan kata-kata seperti yang didakwa.

“Sebaik mangsa menghampirinya, pondan berkenaan masih tidak berpuas hati selain terus menuduh mangsa mengeluarkan kata-kata menjatuhkan maruahnya dan kemudian terus menghubungi seseorang dipercayai abang kepada seorang daripada pondan itu,” katanya.


Katanya, beberapa minit kemudian muncul seorang lelaki menunggang motosikal dan menghampiri mangsa sambil mengugut agar mangsa tidak membuat kacau di kawasan itu.

Walaupun mangsa berkali-kali memberi penjelasan dan menafikan perbuatannya itu, suspek masih tidak berpuas hati dan mengeluarkan pisau berukuran 15 sentimeter yang disorok di belakang bajunya dan mengacukan kepada mangsa.

“Mangsa yang terkejut dengan tindakan suspek terus menjarakkan diri kerana bimbang suspek bertindak di luar jangkaan dan boleh mendatangkan kecederaan.
“Suspek terus mengugut untuk mencederakan mangsa selain mahu memanggil beberapa rakan lain dengan harapan mangsa takut dan beredar dari tempat kejadian,” katanya.

Sumber berkata, menyedari keselamatan diri dan teman wanitanya terancam, mangsa terus menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

“Suspek yang mengetahui polis akan tiba di tempat kejadian melarikan diri.

“Beberapa minit kemudian, polis yang menaiki kereta peronda tiba di tempat kejadian tetapi gagal menahan suspek yang meloloskan diri lebih awal,” katanya.

Menurutnya, polis kemudian menahan pondan terbabit dan dibawa ke Balai Polis Ampang untuk siasatan lanjut dan mengambil butiran mengenai suspek.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.
myMetro | Lelaki diacu pisau dituduh persenda dua pondan

Pemuda terbabit nahas maut guru wanita direman seminggu

KOTA BHARU: Seorang pemuda berusia 21 tahun ditahan reman seminggu bermula semalam bagi membantu siasatan polis berhubung kejadian kemalangan maut membabitkan seorang guru wanita, Junaidah Mohd Nor, 44, di Kampung Tunjong, di sini, 11 Julai lalu.
Pemuda yang memandu van ketika kemalangan itu ditahan polis pada hari lahir ke-44 guru berkenaan, kelmarin.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Bharu, Rozita Md Saad bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Akhbar sebelum ini melaporkan, kasih seorang ibu tiada tandingannya apabila seorang guru yang dalam keadaan tersepit dan nazak dalam sebuah kereta sempat menggunakan sisa kudratnya memberi isyarat kepada empat anaknya keluar dari kereta, sebelum dia meninggal dunia.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, Junaidah yang dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putera bagi menghantar empat anaknya ke sekolah, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.


Seorang anak mangsa Natasha Juliana Mohd Nawi, 10, patah kaki dan tangan manakala tiga lagi, Nurul Julia Mohd Nawi, 17; Nabila Jasmi, 15, dan Nur Jaihan Afilin, 13, cedera ringan.

Kemalangan berlaku apabila kereta Proton Wira dipandu bertembung dengan van yang gagal dikawal akibat cuba memotong kenderaan lain.
Sebelum bertembung dengan kereta mangsa, van itu berlanggar dengan Perodua Kancil dan dua motosikal. Pemandu van itu menghilangkan diri selepas kejadian berkenaan.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman, berkata, suspek ditahan kira-kira jam 3.30 petang di rumah keluarganya di Kampung Sungai Budur selepas seminggu menghilangkan diri.

Katanya, suspek ketika ditahan berada dalam rumah bersama ibu bapanya.

“Siasatan mendapati suspek melarikan diri sejurus kejadian kerana bimbang ditahan memandu tanpa lesen.

“Siasatan pihak kami mendapati suspek balik ke rumah secara kebetulan dan kami yang mendapat maklumat daripada orang ramai segera membuat intipan dan mengesan lokasi suspek. Ketika tangkapan dilakukan suspek gagal melepaskan diri kerana menyedari kawasan di sekeliling rumahnya sudah dikepung,” katanya.

Azham berkata, siasatan lanjut dijalankan mendapati, suspek tidak mempunyai pekerjaan dan disahkan positif dadah jenis methamphetamine selepas ujian air kencing dijalankan ke atasnya.

Katanya, polis percaya kes kemalangan membabitkan lima kenderaan dekat Kampung Tunjong itu dapat diselesaikan dengan penahanan suspek.

Sementara itu, penahanan suspek dilakukan tidak sampai satu setengah jam selepas suami guru terbabit, Mohd Nawi Deraman, 45, ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk mengetahui perkembangan kes membabitkan kemalangan itu.
myMetro | Pemuda terbabit nahas maut guru wanita direman seminggu

Barang kemas lesap lepas nikah


SUBANG JAYA: Kegembiraan satu keluarga menyambut ahli keluarga baru selepas selesai majlis pernikahan menjadi sebaliknya apabila mendapati semua barang kemas dan wang tunai dianggarkan berjumlah lebih RM100,000 yang disimpan dalam sebuah bilik khas di rumah keluarga berkenaan di USJ 12 di sini, lesap, Sabtu lalu.
Kejadian itu hanya disedari kira-kira jam 11.30 malam apabila ibu pengantin yang berusia 55 tahun pergi ke bilik berkenaan untuk mengambil beg tangannya dan terkejut mendapati semua barang diletakkan dalam bilik itu hilang.

Menurut sumber, sebelum kejadian, semua barang kemas dan wang tunai itu diletakkan dalam sebuah bilik khas di tingkat atas rumah berkenaan.

Katanya, majlis perkahwinan itu bermula kira-kira jam 8 malam dengan kehadiran tetamu jemputan serta sanak-saudara dan akad nikah berlangsung kira-kira jam 9.30 malam sebelum diikuti majlis makan malam.

“Ada kemungkinan mereka yang melakukan perbuatan itu menyusup masuk ke bilik berkenaan untuk melarikan pelbagai barang kemas dan wang tunai itu kerana ketika kejadian, ahli keluarga pengantin sibuk melayan tetamu,” katanya.


Beliau berkata, sebaik menyedari kehilangan barang kemas dan wang tunai berkenaan, mangsa cuba bertanyakan ahli keluarga lain tetapi tiada siapa yang mengetahuinya.

Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis. Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.
myMetro | Barang kemas lesap lepas nikah

Bongkar rahsia suami durjana

AMPANG: Bapa setan. Itulah yang layak digelar kepada seorang lelaki berusia 42 tahun apabila sanggup merogol anak kandungnya berusia lapan tahun.

Difahamkan, lelaki durjana itu dipercayai melakukan perbuatan terkutuknya sejak setahun lalu sebelum dia melarikan diri selepas perbuatannya diketahui isterinya, kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, ibu mangsa berusia 29 tahun turut dipukul di kepala oleh suaminya akibat bertanyakan mengenai perbuatan terkutuk dilakukan kepada anak perempuan mereka.

Wanita terbabit yang kesal dengan tindakan suaminya membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati, di sini.


Menurut sumber, kejadian itu terbongkar apabila si isteri terjaga dari tidur dan mendengar tangisan anak perempuannya yang ditidurkan di ruang tamu rumah mereka di Kampung Pasir, di sini.


“Pada mulanya dia menyangka kanak-kanak itu menangis kerana mahukan susu. Dia yang keluar dari bilik melihat suaminya di sebelah anaknya sebelum ke dapur menyediakan susu.

“Sebaik selesai memberikan susu, wanita itu terkejut dan hairan melihat ada kesan seolah-olah minyak pada kemaluan anaknya,” katanya.

Menurutnya, wanita itu bagaimanapun tidak mengesyaki apa-apa sebelum dia melihat kesan sama di kemaluan anaknya beberapa hari kemudian.

“Suatu hari, si ibu yang tidak sedap hati bertanyakan kepada kanak-kanak itu berhubung perbuatan bapanya dan kanak-kanak terbabit menceritakan apa berlaku.


Terkejut mendengar pengakuan anaknya, wanita terbabit bertanya pula kepada suaminya menyebabkan lelaki itu naik berang.


“Suspek memukul kepala isterinya selain memaki hamun wanita itu disebabkan perbuatan keji dilakukan selama ini terbongkar,” katanya.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.


Menurutnya, suspek masih diburu dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

myMetro | Bongkar rahsia suami durjana

Dipukul tegur suami tidur bilik adik

KAJANG: Angkara menegur suami tidur di bilik adiknya, seorang isteri berusia 20-an dibelasah hingga cedera dalam kejadian di rumah mereka di Bandar Baru Bangi, di sini, awal pagi kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 1 pagi itu menyebabkan isteri malang itu mengalami bengkak di rahang dan bibir selain cedera di badan.


Difahamkan, mereka sering bertengkar dan setiap kali itu, wanita berkenaan akan menjadi mangsa tendangan dan pukulan suaminya yang dikatakan di bawah separuh sedar akibat pengambilan dadah.

Selain itu, anak perempuan tunggal mereka yang berusia dua tahun turut menjadi mangsa apabila dipukul dan dihempap ke atas katil sekiranya si suami mahu melepaskan geram.


Sumber polis berkata, pada hari kejadian, mangsa cuba menegur suaminya yang menyelinap masuk ke dalam bilik adik iparnya dan menyuruh lelaki itu masuk semula tidur di dalam biliknya.


“Teguran itu membuatkan suaminya naik berang lalu mereka bertengkar selama beberapa minit sebelum muka mangsa ditumbuk hingga lebam.

“Adik ipar mangsa yang menyedari kejadian itu cuba meleraikan pergaduhan berkenaan tetapi gagal sebaliknya suami mangsa semakin ganas memukul mangsa,” katanya.


Sumber berkata, walaupun mangsa cuba merayu, namun ia tidak diendahkan.

“Sebaik puas memukul mangsa, suaminya bertindak keluar dari rumah. “Wanita itu yang kesakitan mendapatkan rawatan di hospital berdekatan sebelum membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

myMetro | Dipukul tegur suami tidur bilik adik