Pages

Tuesday, July 21, 2015

Cantum Tangan Kiri Pada Kaki Kanan Sebulan


Diterbitkan: Isnin, 20 Julai 2015 12:46 PM
Tangan kiri Zhou yang terputus dicantum pada kaki kanannya untuk memastikan darah terus mengalir.

HUNAN: Beberapa doktor di bandar Changsa di sini terpaksa mencantumkan tangan kiri seorang lelaki di kaki kanannya bagi memastikan darah terus mengalir menerusi prosedur pembedahan yang unik baru-baru ini.
Pembedahan seumpama itu dilakukan ke atas mangsa yang dikenali sebagai Zhou itu juga bagi memberi masa untuk saraf dan tendon yang cedera kembali pulih.
Tangan mangsa terputus selepas terkena mesin di kilang tempat dia bekerja. Anggota itu akan dicantum semula ke tempat asal selepas sebulan.
Ketua pembedahan mikro di Hospital Xiangya, Dr. Tang Juyu berkata, kaedah itu bertujuan menyelamatkan tangan Zhou dan pihaknya pernah melakukan pembedahan seperti itu akibat kemalangan sama pada 2013.
Kumpulan pakar bedah itu tidak dapat mencantum kembali tangan Zhou dengan segera kerana sendi tangan dan lengannya cedera teruk akibat kemalangan tersebut.
Oleh itu, mereka memilih untuk membiarkan saraf dan tendon pada tangannya pulih dahulu.
“Pada suhu normal, jari yang putus perlu disambung aliran darah dalam tempoh 10 jam tetapi masa yang ada lebih singkat jika tangan atau lengan yang putus. Sel-sel akan mati dan tidak dapat diselamatkan jika tiada aliran darah pada tangan yang putus dalam tempoh lama,” katanya.
Zhou didapati mampu menggerakkan sedikit jarinya selepas pembedahan itu selesai tetapi dia akan memerlukan bantuan pemulihan jangka panjang untuk mendapat kembali fungsi penuh tangannya.

Budak Ketagih Pasir, Plastik & Makanan Anjing


Diterbitkan: Selasa, 21 Julai 2015 11:07 AM
Jessica bersama makanan yang digemarinya - plastik gelembung.

WAKEFIELD: Makanan ringan biasanya menjadi kegemaran kanak-kanak, tetapi berbeza bagi Jessica Walker yang lebih sukakan pasir, tanah liat, plastik gelembung dan makanan anjing.
Kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun ini dikesan ibunya, Lindsay Jackson, 37 mengalami masalah pemakanan sejak bayi lagi.
Kata Lindsay, anaknya berkelakuan pelik sejak kecil apabila merangkak dan memakan biskut yang diletakkan di dalam bekas makanan anjing peliharaannya.
“Sejak kecil Jessica gemar memakan makanan anjing, lumpur, pasir dan lilin.
“Baru-baru ini saya melihat dia mengunyah plastik gelembung yang saya gunakan untuk membungkus barangan,” katanya yang menetap di barat York, United Kingdom.
Menurutnya, lima tahun lalu, doktor mengesahkan Jessica menghidap sindrom luar biasa dikenali sebagai PICA iaitu satu kecenderungan memakan makanan yang tidak berkhasiat.
Katanya lagi, lebih membimbangkan apabila doktor memaklumkan tiada ubat atau cara yang dapat mengubati tabiat pemakanan pelik anaknya.
“Setakat ini, saya hanya mengawasi Jessica dan memujuknya memakan makanan seperti kanak-kanak normal.
“Saya harap Jessica pulih apabila meningkat dewasa,” jelasnya yang bimbang cucunya akan mewarisi tabiat anaknya nanti.

Tukar jantina sebelum menetas

Tukar jantina sebelum menetas

HASIL kajian terbaharu saintis mendapati terdapat spesies cicak yang boleh 'menukar' jantina sebelum ia menetas. Spesies bearded dragons dikatakan mengalami proses pelik itu mengikut suhu panas dan populasi betina didakwa semakin meningkat akibat fenomena cuaca panas ketika ini.

Menurut The Mirror, Clare Holleley di Universiti Canberra berkata, keputusan penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal Nature menunjukkan fenomena itu adalah pertama kali dilihat dalam dunia reptilia.

 "Kajian kami mendapati ia sistem kawalan genetik spesies cicak tersebut mudah berubah dengan kawalan suhu sekeliling. Oleh itu, jantina seks haiwan tersebut ditentukan sepenuhnya oleh suhu pengeraman telur," katanya.

 Katanya lagi, fenomena pelik itu membolehkan haiwan tersebut menyesuaikan diri dengan perubahan iklim yang semakin tidak menentu. - The Mirror

Pembersih vakum termahal

Pembersih vakum termahal

SEBUAH perkakas istimewa telah dihasilkan bagi mereka yang gemar mengumpulkan koleksi mewah.

Menurut The Mirror, set pembersih vakum seberat 7.5 kilogram dengan saduran emas 24 karat berharga 800,000 pound (RM4.7 bilion) itu telah diiklankan secara meluas dan disifatkan sebagai perkakas rumah termahal.

Bagaimanapun, produk edisi terhad tersebut hanya dikeluarkan sebanyak 100 unit dan dijual secara dalam talian oleh Firebox.com.

Setiap unit turut mempunyai nombor siri rasmi dan dilengkapi muncung pembersih lebih besar selebar 36 sentimeter serta berus beroda untuk memudahkan kerja pembersihan habuk.

Ia adalah s

Split Apple Rock tarikan di New Zealand

Split Apple Rock tarikan di New Zealand

SEKALI pandang, ia kelihatan seperti sebuah batu yang terbelah dua. Namun, Split Apple Rock sebenarnya adalah pembentukan batu geologi yang terletak di The Tasman Bay, di luar pantai di utara Pulau Selatan New Zealand.

Diperbuat daripada granit, ia menjadi tarikan pelancong yang popular di perairan Laut Tasman, kira-kira 50 meter antara pantai Kaiteriteri dan Marahau.

Menurut Worldtop.com, batu itu terletak di atas air cetek dan ia juga merupakan tempat pelancongan menarik untuk bot pelancong dan serta kapal percutian yang beroperasi di sepanjang pantai Taman Negara Abel Tasman.

Menurut lagenda Maori, batu yang bentuknya menyerupai buah epal terbelah dua itu adalah hasil pergaduhan antara dua adik-beradik lelaki.

Ada pula mitos dalam kalangan penduduk tempatan mengatakan bahawa, terdapat dua orang dewa yang merebutkan batu itu menyebabkan mereka bertarung sesama sendiri. Akhirnya, mereka membahagiakn batu tersebut kepada dua bahagian.

Namun, sehingga kini asal usul sebenar batu itu masih menjadi tanda tanya.

Misteri ‘tasik lesap’ terbongkar

Misteri ‘tasik lesap’ terbongkar

BARU-baru ini, geosains telah menyelesaikan misteri sejak lebih 10 tahun lalu tentang bagaimana tasik besar dengan berbilion gelen air yang berada di atas kepingan ais di Greenland boleh hilang sepenuhnya dalam beberapa jam.

Menurut Live Science, pada tahun 2006, North Lake Greenland seluas 5.6 kilomerer persegi, melenyapkan hampir 45 bilion liter dalam tempoh hanya dua jam.

Dalam satu kajian diterbitkan dua tahun kemudian, penyelidik menyimpulkan bahawa fenomena itu mungkin terjadi kerana keretakan hidro di bawah kepingan ais menyebabkan lautan air menjadi kosong.

Menerusi imej satelit, jelas menunjukkan kira-kira 13 peratus daripada air tasik mengalir dengan cepat dan menjadi kosong sepenuhnya dalam tempoh 24 jam.

Dalam kajian pada tahun 2008 yang diketuai Laura Stevens, seorang saintis Woods Hole Oceanographic Institution (WHOI) menunjukkan bahawa keretakan hidro sementara menyebabkan aliran berlaku pada skala besar.

Bagaimanapun, kajian gagal mengenal pasti punca sebenar yang menyebabkan keretakan hidro tersebut.

Pompeii, tamadun yang hilang

Pompeii, tamadun yang hilang
Pompeii, tamadun yang hilang

POMPEII menurut sejarah lama mengisahkan sebuah kota terkemuka dalam Empayar Rom yang akhirnya ‘ditenggelamkan’ dengan lava dan debu gunung berapi sekitar 1,500 tahun dahulu.
 
Terletaknya di Itali, Kota Pompeii adalah salah sebuah kota moden yang  terletak di kaki gunung.
 
Kota tersebut cukup terkenal sehingga mampu menarik sesiapa sahaja termasuk peniaga dan pedagang untuk berkunjung ke kota tersebut.
 
Suatu ketika dahulu, Pompeii digambarkan sebagai salah sebuah kawasan di Itali kelihatan sibuk sama seperti kota purba lain.
 
Antara senario biasa di kota tersebut adalah masyarakatnya yang bergerak sibuk ke sana sini, aktiviti berjual beli dalam bangunan, di jalanan atau gedung besar serta berinteraksi antara satu sama lain.
 
Kehidupan Kota Pompeii yang meriah menemui titik noktah pada 23 Ogos tahun 79 Masihi (M), apabila gunung berapi Vesuvius meletus selama dua hari berturut-turut dan melenyapkan apa sahaja yang berada di laluannya.
 
Kota tersebut hilang dalam lipatan sejarah dan tidak ada sesiapa muncul untuk menceritakan ketamadunan Pompeii atau mengakui kewujudan kota tersebut.
 
Sejarah kota ini kekal tertanam di kaki Gunung Vesuvius sehinggalah pada tahun 1594, sekumpulan pekerja telah diarahkan menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius bagi projek membekalkan air kepada sebuah kampung berdekatan.
 
Kerja mengorek tanah yang giat dijalankan terhenti sebaik sahaja salah seorang pekerja menemui selepas menemui objek aneh tertanam di dalam tanah.
 
Objek aneh berbentuk tinggalan artifak itu dikeluarkan satu persatu dan kerja cari gali dilakukan lebih giat di kawasan tersebut.
 
Bagaimanapun, pada 1631, gunung berapi Vesuvius dilaporkan meletus tujuh kali sehingga memusnahkan apa saja yang berada berhampirannya termasuk kawasan penemuan artifak berkenaan.
 
Kerja mengorek tanah penemuan Kota Pompeii hanya dijalankan 76 tahun kemudian selepas Putera d’Elboeuf mendengar kewujudan artifak dan harta karun tertanam di kawasan berkenaan.
 
Atas arahan putera itu, pekerja diupah bagi meneruskan penggalian dan pelbagai tinggalan artifak yang pernah ‘terkubur’ di bawah tanah di kawasan berkenaan dikorek keluar.
 
Misteri Kota Pompeii yang ribuan tahun tenggelam di kaki gunung berkenaan akhirnya terbongkar.
 
Penemuan kota purba itu menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan pelbagai pihak terutama pengkaji sejarah.
 
Antara artifak yang ditemui termasuk tembikar, pasu, dan barangan purba.
 
Selain itu, pencari gali turut melaporkan menemui puluhan patung batu berbentuk manusia dalam keadaan menggerunkan!
 
Antara penemuan aneh itu adalah sekumpulan jasad manusia yang seolah-olah bertukar menjadi patung batu ketika sedang menjamu selera.
 
Kesemua patung yang ditemui mempamerkan raut wajah terkejut dan ketakutan seolah-olah  terkejut dengan bencana yang datang secara tiba-tiba.
 
Kajian seterusnya membongkar cerita sebenar mengenai kota Pompeii.
 
Kota tersebut dibina sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi (SM) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu suatu kelompok masyarakat di tengah Itali.
 
Pompeii kemudian berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan sehinggalah gunung berapi Vesuvius yang sebelum itu ‘sepi’ selama dua juta tahun akhirnya meletus lava panas sehingga membanjiri kota itu.
 
Tiada seorang pun daripada penduduk terselamat.
 
Debu tebal bencana itu terus menenggelamkan serta melenyapkan Pompeii daripada sejarah peradaban dunia dan turut menukarkan penduduknya menjadi patung batu.

Ada apa di Istana Moosham?


TIDAK ramai yang mengetahui wujudnya sebuah istana indah, Istana Moosham yang terletak di Salzburg, Austria.
 
Kepada yang pernah berkunjung ke Austria, pasti tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke istana yang megah berdiri sejak abad ke-13 ini.
 
Istana ini dibina oleh Putera Biskop Salzburg dan dibina 1,079 meter dari aras laut.
 
Bagaimanapun, istana indah ini menyimpan sejarah yang aneh dan jahat.
 
Menurut sejarah, istana ini dikatakan menjadi lokasi pembunuhan kejam ke atas ribuan wanita yang didakwa mengamalkan ilmu sihir pada zaman tersebut.
 
Pada masa itu, wanita-wanita hidup ketakutan kerana bimbang dituduh mengamalkan ilmu sihir oleh pemerintah mereka.
 
Penganiayaan yang sangat kejam ini berlaku antara tahun 1675 dan tahun 1690.
 
Sejarah mengatakan, sesiapa sahaja yang ditangkap dan dituduh sebagai ahli sihir akan dibicarakan di istana tersebut.
 
Ada di antara mereka yang mati dirantai di dalam kurungan, selebihnya akan mati ketika diseksa atau ketika hukuman mati dilaksanakan.
 
Wanita-wanita yang dituduh sebagai ahli sihir akan diarahkan kepalanya dipenggal.
 
Mangsa termuda yang dituduh sebagai ahli sihir adalah seorang budak miskin yang merupakan seorang pengemis jalanan.
 
Dia tidak mampu membela dirinya dalam perbicaraan, menyebabkan dia diseksa sebelum dijatuhi hukuman.
 
Kaedah yang digunakan untuk menyeksa mangsa-mangsa pula dianggap sangat mengerikan dan meninggalkan kesan ke atas diri mereka sepanjang hayat mereka.
 
Ada yang dipotong jari dan tidak kurang juga ditekap besi panas di bahagian tubuh badan bagi menandakan mereka pernah dituduh sebagai ahli sihir.
 
Akibat tidak dapat menahan derita dan mahu kesakitan dihentikan, kebanyakan mereka terpaksa mengaku mengamalkan ilmu sihir.
 
Kini Istana Moosham diubah menjadi muzium dan buka kepada umum untuk lawatan harian.
 
Ramai di antara pengunjung dan pekerja muzium mendakwa pernah mengalami beberapa siri aneh di dalam istana tersebut.

Menurut Pemilik semasa istana, Theresita Wilczek berkata, Bilik Toni adalah bilik yang paling menyeramkan bagi semua pengunjung yang pernah melawat istana tersebut.

Katanya, bilik tersebut pernah dihuni oleh lelaki yang bertanggungjawab menyeksa wanita-wanita berkenaan sebelum menjalankan hukuman mati ke atas mereka.
 
Istana Moosham juga dipanggil Istana Ahli Sihir kerana sejarahnya yang hitam dan panjang.

Tanam gadis untuk kukuhkan binaan istana?


Tanam gadis untuk kukuhkan binaan istana?
MATSUE Castle atau Istana Hitam yang dibina pada tahun 1611 dilaporkan merupakan salah sebuah binaan tertua di Jepun.

Tidak seperti kebanyakan istana lain di Jepun yang musnah atau rosak akibat peperangan, istana lama ini merupakan salah sebuah istana  yang masih tersergam kukuh di tempatnya.

Namun ada rahsia di sebaliknya.

Walaupun sering menjadi tarikan pelancong, siapa sangka istana keenam tertua di Jepun ini menyimpan 1001 misteri semasa pembinaannya.

Menurut legenda Istana Hitam, pembinaan istana tersebut yang dikatakan bermula sejak tahun 1607 telah menjadikan seorang gadis sebagai korban bagi mengekalkan kekuatan binaan istana.

Hitobashira atau ‘Tiang manusia’ adalah kepercayaan lama yang diamalkan oleh masyarakat zaman dahulu kala.

Masyarakat zaman dahulu percaya bahawa pembinaan tersebut akan menjadi lebih kuat dan kukuh sekiranya manusia ‘ditanamkan’ di dalam tiang atau dinding binaan.

Sebuah portal melaporkan, dengan ‘menanam’ manusia ke dalam setiap dinding dan tiang, mereka percaya bahawa pembinaan  tersebut mendapat keberkatan daripada tuhan-tuhan mereka dan apa yang dibina akan kekal dan tahan dari kerosakan.

Bagaimanapun, binaan yang mengamalkan kepercayaan ini dikatakan dihantui oleh manusia yang ‘diabadikan’ dalam tiang dan dinding.

Berbalik kepada legenda Istana Hitam ini, sejarah mengatakan seorang gadis telah ditanam hidup-hidup di dalam dinding istana semasa pembinaannya. Pada masa itu, kontraktor binaan yang dikatakan mencari gadis yang sesuai untuk dijadikan korban menjumpai seorang gadis yang sedang menari di sebuah festival.

Mereka kemudiannya memukul dan menculik gadis itu sebelum menanamnya hidup-hidup dalam dinding istana.

Gadis tersebut yang namanya tidak pernah direkodkan, dianggap sebagai korban kepada istana; dan pengorbanannya adalah untuk memastikan istana kekal utuh dan stabil.

Khabarnya, gadis tersebut merupakan gundik diraja Matsue yang sangat cantik dan gemar menari.

Setelah istana tersebut siap dibina, pihak diraja mengeluarkan larangan ke atas mana-mana gadis untuk menari di jalanan di Matsue kerana istana tersebut akan mengalami gegaran setiap kali gadis menari di jalanan.

Bandar timbul semula selepas tenggelam 25 tahun

Bandar timbul semula selepas tenggelam 25 tahun

VILLA Epecuen adalah sebuah perkampungan pelancongan yang suatu ketika dahulu pernah menjadi tumpuan ramai.

Berbeza dengan pusat pelancongan yang lain, Villa Epecuen yang terletak di sepanjang pantai Lago Epecuen iaitu sebuah tasik garam ini mempunyai tahap garam kedua tertinggi di dunia dan sepuluh kali lebih tinggi daripada mana-mana lautan.

‘Hilangnya’ pusat pelancongan indah ini disebabkan oleh limpahan hujan luar biasa sekitar tahun  1985 sehingga menenggelamkan banyak bandar di situ.

Terletak 600 kilometer di bahagian barat daya Buenos Aires, Argentina, tasik ini menjadi tumpuan kerana dikatakan boleh menyembuhkan penyakit sendi, penyakit kulit anemia, kencing manis dan kemurungan.

Kuasa terapeutik yang terdapat pada tasik ini menjadi terkenal selama beberapa abad.

Penempatan di Villa Epecuen bermula lewat abad ke-19. Penduduk dan pengunjung pertama dikatakan mula mendirikan khemah di sepanjang pantai untuk menikmati aktiviti di kawasan tersebut.

Bermula dari perkampungan gunung yang lengang, Villa Epecuen berubah kepada resort pelancongan yang sibuk.

Tidak lama kemudian, lokasi pelancongan ini berubah kepada tarikan pelancongan antarabangsa dari seluruh Amerika Syarikat dan dunia.

Menjelang tahun 1960, bilangan pelancong yang berkunjung ke Villa Epecuen mencecah sehingga 25,000 orang, sekali gus menjadikan ia sebagai lokasi pelancongan yang sangat popular manakala bilangan penduduk pula dicatatkan mencecah 5,000 orang pada tahun 1970-an.

Manakala kegiatan ekonomi melibatkan hotel, penginapan asrama, spa, kedai-kedai dan muzium melibatkan 300 perniagaan pula dikatakan berkembang dengan pesat.

Zaman kegemilangan Ville Epecuen ‘pudar’ apabila musim hujan berlangsung dalam jangka panjang melimpahkan hujan lebih banyak ke kawasan bukit-bukit di sekelilingnya; menyebabkan Ville Epecuen ditenggelamkan sedikit demi sedikit.

Pada 10 November 1985, air hujan yang turun di sekitar empangan dilaporkan menenggelamkan bandar tersebut hingga empat kaki, sekali gus memaksa penduduknya berpindah sedikit demi sedikit keluar dari pusat pelancongan terbabit.

Menjelang tahun 1993, banjir yang berlanjutan dikatakan menenggelamkan bandar tersebut sehingga 10 meter.

Villa Epecuen hanya ‘muncul’ semula ke permukaan hampir 25 tahun kemudiannya (tahun 2009) apabila banjir mulai reda; meninggalkan sisa-sisa bangunan dan tapak pusat pelancongan yang masih teguh berdiri.
Bandar timbul semula selepas tenggelam 25 tahun

20 tahun tak gunting rambut

Aden: Seorang guru di Yaman Selatan yang tidak menggunting rambutnya sejak 20 tahun lalu, akhirnya mengambil keputusan untuk berbuat demikian berikutan kemenenangan kumpulan pemisah di wilayah itu mengusir pemberontrak Houthi.
Abdul Hakim al-Yafi dari wilayah al-Yafei, timur laut bandar Aden, tidak pernah menjejaki kedai gunting sekali 1994 selepas persetujuan menyatukan Yaman Selatan dan Utara.
Dia berikrar untuk tidak menggunting rambutnya kerana membantah penyatuan berkenaan.
Bagaimanapun, akhbar Sada yang diterbitkan di Arab Saudi memetik beberapa aktivis sebagai berkata, Abdul Hakim mengambil keputusan menggunting rambutnya selepas kejayaan kumpulan pejuang di Aden minggu lalu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Julai 2015 @ 5:45 AM


ABDUL HAKIM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64883#sthash.QnsxHQJg.dpuf

Lelaki China cipta kereta masa depan

Chen Yinxi bersama kereta buatannya dalam Pameran Industri Automotif Antarabangsa Hainan 2015 di Hainan pada minggu lepas. Agensi
 BEIJING 19 Julai – Seorang pemuda dari China menjadi tumpuan pada sebuah pertunjukan kereta di China, Pameran Industri Automotif Antarabangsa Hainan 2015 apabila memperkenalkan kereta masa depan yang dibinanya sendiri.
Laman web Oddity Central melaporkan, Chen Yinxi, 27, yang merupakan seorang jurutera automobil mengejutkan orang ramai apabila membina kereta itu seorang diri di rumahnya dengan hanya melibatkan kos sebanyak 30,000 yuan (RM18,267).
Pemuda itu mengambil masa selama lima bulan untuk menyiapkan kereta itu sebelum memperkenalkannya kepada orang ramai pada pameran tersebut yang diadakan pada minggu lepas.
Yinxi berkata, dia berusaha menyiapkan bahagian luaran kenderaan tersebut menjelang 10 Julai lalu untuk membolehkannya menyertai pameran berkenaan.
Walaupun kereta berwarna merah tersebut dilihat mampu menyaingi kereta mewah seperti Ferrari atau Lamborghini, Yinxi berkata, namun keretanya hanya mampu mencapai kelajuan 60 batu sejam.
“Saya masih perlu menyiapkan bahagian dalaman kereta itu, selain peralatan di bahagian hud,’’ katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/lelaki-china-cipta-kereta-masa-depan-1.114862#sthash.giqgT5NS.dpuf