Pages

Thursday, March 12, 2015

Jumpa ketulan emas 2.7 kg


emas
Brown memegang ketulan emas yang ditemui.
SYDNEY - AUSTRALIA. Seorang pencari gali di Australia menemui ketulan emas seberat 2.7 kilogram ketika sedang mengimbas sebuah kawasan di Wedderburn, Victoria, menurut media, semalam.

Agensi berita The Age melaporkan, pada awalnya Mick Brown menyangka ia adalah gumpalan besar tembaga lebur ketika alat pengesan logamnya mengesan objek itu beberapa minggu lalu.

"Selepas menggali lebih dalam, permukaan objek jelas menunjukkan ia adalah emas. Saya ingin jual ia kepada pengumpul peribadi dan wang itu akan digunakan untuk membayar hutang serta belanja isteri dan anak-anak," katanya.

Difahamkan, ketulan emas berkenaan dianggarkan bernilai AS$103,400 (RM 382,000). - dpa

'Saya buang air, bayi saya terkeluar'


'Saya buang air, bayi saya terkeluar'
Elois (kiri) dan Marie.
ESSEX - ENGLAND. Dua tahun lepas, Marie Delanote terkejut apabila kepala bayinya terkeluar ketika beliau sedang membuang air kecil.

Menurut Dailymail, wanita tersebut, yang kini berumur 34 tahun memberitahu bahawa anaknya, Eloise, 3, lahir 4 bulan lebih awal.

"Saya tak sangka saya akan bersalin seawal itu kerana sebelum ini tiga anak lain dilahirkan secara normal (tempoh lengkap)," kata Marie.

Menurutnya, beliau dikejarkan ke hospital sebelum itu kerana berasa tak sihat.

"Ketika itu, saya tidak rasa apa-apa kerana bayi saya sangat kecil," kata Marie berkenaan kelahiran Eloise di dalam tandas hospital.

Menurut doktor, Eloise terkena jangkitan Streptococcus A dan B. Dua luka berdarah juga ditemui di bahagian otak bayi tersebut.

Bagaimanapun, bayi tersebut selamat dan sihat selepas empat bulan.

"Eloise sangat istimewa" akhiri Marie.

Penyepit makanan tertusuk otak bayi


Penyepit makanan tertusuk otak bayi
Imbasan menunjukkan sebatang penyepit makanan tertusuk ke hidung sehingga menembusi bahagian otak.
CHAOYANG CITY - CHINA. Bayi berusia 12 bulan terpaksa menahan sakit selama 10 hari selepas sebatang penyepit makanan tertusuk ke hidungnya sehingga menembusi bahagian otak tanpa disedari oleh ibu-bapanya.
Hanghang, sedang makan bersama ibu dan bapanya di rumah mereka di Chaoyang City, China sebelum tersadung dan terjatuh sehingga menyebabkan penyepit makanan berkenaan tertusuk ke lubang hidungnya.
Ibu bapanya sudah mengeluarkan penyepit makanan itu sebelum membawa Hanghang ke hospital.
Malang sekali doktor yang merawatnya juga tidak menyedari rupa-rupanya masih terdapat 6cm penyepit makanan yang tertinggal di dalam hidung Hanghang sehinggalah dia mengalami muntah.
Selepas melihat kanak-kanak tersebut muntah, ibu bapanya terus membawanya kembali ke hospital dan penyepit berkenaan dikeluarkan.
Ibu bayi tersebut, Yu Liao, 25, berkata, selepas pulang dari hospital suaminya telah membuang semua penyepit makanan kerana bimbang sesuatu seperti itu akan berlaku lagi. 
"Pada masa itu, kami tidak tahu masih ada sebahagian penyepit makanan tersebut tertinggal di dalam hidungnya.
"Anaknya telah mula menunjukkan tanda-tanda kurang bermaya dan kemudian mula muntah jadi kami membawa dia kembali ke hospital dan doktor mendapati bahawa separuh daripada penyepit makanan tersebut masih tertinggal di dalam hidung anaknya dan tertusuk sehingga ke dalam otaknya."
Sementara itu, doktor hospital yang merawatnya, Li Shaovi berkata, bayi tersebut bernasib baik dan ia tidak memberi kesan yang teruk kepadanya.
"Pergerakan badannya berfungsi seperti biasa menyebabkan keluarganya tidak menyedari penyepit makanan tersebut masih di dalam.
"Nasib baik, ia tersekat di kawasan bukan fungsi otak.
"Selepas mengeluarkan baki penyepit itu, keadaannya bertambah baik dengan serta-merta namun masih perlu mendapatkan rawatan lanjut kerana mengalami jangkitan di bahagian otaknya", katanya dipetik Mirror.uk

Kampung dihuni penduduk cacat saraf



DONGWEN bersama dua anak kembarnya yang menghidap penyakit CP iaitu sejenis kecacatan pada otak.


HUNAN, China – Sebuah kampung di sini digelar Kampung Otak Lumpuh apabila dipenuhi dengan kanak-kanak yang menghidap penyakit palsi serebrum (CP) iaitu sejenis penyakit berkaitan kecacatan pada otak.
Kanak-kanak tersebut dihantar oleh ibu bapa mereka yang menghadapi masalah kewangan dan tidak mampu menanggung perbelanjaan di hospital.
Ratusan keluarga telah berpindah ke kampung di daerah Changsa di wilayah Hunan itu dengan bayaran 100 Yen (RM59) kerana mahu mendapatkan rawatan di Hospital Pemulihan Xiangya Bo’ai yang tidak mengenakan sebarang caj perubatan di bawah skim kerajaan.
Bagaimanapun, perkhidmatan percuma itu hanya diberikan kepada ibu bapa yang berpendapatan rendah dan tidak menerima sebarang bantuan bagi mengubati penyakit CP yang dihidapi anak mereka.
“Saya kembali yakin bahawa anak saya boleh hidup dengan baik dengan adanya kawasan seperti ini. Jika sesuatu berlaku kepada saya, penduduk di sini boleh menjaganya,” kata seorang bapa, Zhu Dongwen. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0312&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3U90rrqQd 
Hakcipta terpelihara