- Washington mendakwa Ganj Madrassa mengajar pelajarnya menjadi pengganas selain terlibat dengan gerakan militan
Jabatan Setiausaha AS dalam satu kenyataan melaporkan, sekatan pertama dilakukan ke atas Madrasah Jamia Taleem-Ul-Quran-Wal-Hadith (Ganj Madrassa) selain menahan seorang lelaki didakwa menjadi pemimpin al-Qaeda di wilayah Sindh dan Baluchistan.
Washington mendakwa, Ganj Madrassa yang menempatkan sekurang-kurangnya 150 pelajar dari kalangan keluarga miskin itu kononnya telah dijadikan pusat untuk melatih pelajar dengan aktiviti keganasan termasuk cara menghasilkan bom tangan.
Difahamkan, sepanjang sekatan itu dikenakan kesemua aset akan dibekukan dan berada di bawah kuasa Washington selain rakyat AS dilarang menjalankan perniagaan dengan mereka.
Bagaimanapun, pengasas Ganj Madrassa, Haji Alam Sher menafikan tuduhan tidak berasas tersebut.
"Sekolah ini hanya memberi pendidikan berasaskan ajaran Islam dan tidak mempunyai kaitan langsung dengan pertubuhan haram yang menggalakkan keganasan," katanya dipetik laporan AFP