Pages

Thursday, May 2, 2013

KISAH SHEIKH SUDAIS DAN ANAK PEREMPUAN ALGERIA [KISAH BENAR]


Tidak terlintas dalam fikiran SEORANG IBU DARI ALGERIA untuk menghubungi Dr. Mohammaed Ast-Thanwiyy, hos rancangan mingguan di tv, hanya untuk menceritakan masalah anaknya kepada doktor terbabit, agar mendapat pendapat dan nasihatnya untuk membimbing beliau...

Beliau berkata kepada Dr. Mohammaed, "Saya mempunyai SEORANG ANAK PEREMPUAN YANG BERUSIA 8 TAHUN... DIA PEMINAT SHEIKH SUDAIS (Imam besar Masjidil Haram dan Nabawi).. dia meniru cara bacaan beliau dan pernah memenangi tempat pertama dalam pertandingan di Algeria, dengan meniru cara bacaan Sheikh Sudais Surah Al-Qiyamah...

Dia sentiasa memberitahu saya, impiannya adalah untuk bertemu Sheikh Sudais... Dia bertanya kepada saya, "IBU.. BILA SAYA AKAN BERTEMU SHEIKH SUDAIS?".. Dan saya berjanji dengannya (bahawa dia akan dapat bertemu).... Tetapi saya tidak dapat berbuat demikian.... Dan saya memberitahu dia, Demi Allah, jika saya mempunyai sebuah rumah untuk dijual (saya akan berbuat demikian), dan pergi dengan mu ke Makkah dan bertemu Sheikh Sudais.... Masa berlalu, impian dia tidak juga menjadi kenyataan... Beliau berkata kepada saya "IBU, ANDA TELAH BERBOHONG! Dan ibu tidak akan membawa saya berjumpa Sheikh Sudais! "... Dia mula berubah sehingga membenci segala2nya, walaupun al-Quran, dan saya telah mula memukul beliau"....

Dr. Mohammaed menangani isu itu dengan bimbingan yang indah... Di akhir ceramah, beliau menghantar surat kepada Sheikh Sudais supaya dia menghubungi anak kecil ini, untuk memenuhi impiannya.... Apabila berita itu sampai Sheikh Sudais, beliau mengalu-alukan kedatangan anak dan ibunya ke Madinah, kemudian ke Makkah, dengan perbelanjaan di tanggung oleh Imam Sheikh Sudais, dan dia menjemput mereka ke rumahnya.... Anak kecil ini membacakan al-Quran di hadapannya, dan dia juga Khatam Al Quran di depannya.... Beliau amat terharu dan beliau menangis dengan kegembiraan, dan dia berdoa kepada Allah untuk memberkati anak kecil ini.... Dia juga sanggup membayar untuk pelajaran anak ini.... Masyallah....

Adakah kita tidak mahu alami kejadian seperti ini? ADAKAH KITA LEBIH RELA ANAK KITA BERIMPIKAN UNTUK BERTEMU SELEBRITI @ ARTIS TERKENAL, DARIPADA BERTEMU ALIM ULAMA'... Allahurabbi..
 

Ditembak bapa sendiri


Afghan Woman
Seorang wanita Afghanistan ditembak mati oleh bapanya sendiri di depan 300 penduduk selepas dia dituduh memalukan keluarganya apabila melarikan diri daripada suaminya.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Halima dan berusia antara 18 hingga 20 tahun mempunyai dua anak, menurut Amnesty International. Dia melarikan diri dengan sepupu lelaki ketika suaminya berada di Iran. Tetapi 10 hari kemudian suaminya memulangkan Halima kepada keluarganya di Kookchaheel di daerah Aabkamari di wilayah barat laut Badghis. Bapanya meminta nasihat orang tua di kampung itu dan tiga daripada mereka mengeluarkan fatwa mengarahkan Halima dibunuh di depan khalayak ramai.


Dia ditembak mati pada 22 April lalu. Tidak diketahui apa yang berlaku kepada sepupunya itu yang tidak dikenali identitinya.


Bapanya dan tiga lagi orang tua di kampung itu yang dikaitkan dengan Taliban sudah melarikan diri.


Penyelidik Amnesty International di Afghanistan Horia Mosadiq berkata, amalan yang sangat mengejutkan mengenai wanita menjadi bahan hukuman ganas, termasuk dibunuh di depan khalayak ramai atau secara rahsia perlu diakhiri.


“Pihak berkuasa Afghanistan perlu memastikan bahawa pesalah keganasan terhadap wanita diadili.

“Keganasan terhadap wanita terus menjadi wabak di Afghanistan dan mereka yang bertanggungjawab jarang sekali diadili. “Bukan saja wanita menghadapi keganasan daripada anggota keluarga atas alasan memelihara maruah, tetapi wanita sering berdepan penderaan hak kemanusiaan ekoran hukuman daripada sistem keadilan tradisional yang tidak rasmi. “Sistem ini perlu diperbaharui dan polis perlu mencegah hukuman seperti ini dijalankan,” katanya. Polis tempatan berkata, mereka masih menyiasat kes itu, tetapi tiada sesiapa yang mempunyai kaitan dengan pembunuhan itu ditangkap setakat ini.


Suruhanjaya Hak Asasi Kemanusiaan Bebas Afghanistan (AIHRC) merekodkan lebih 4,000 kes keganasan terhadap wanita dalam tempoh enam bulan lalu.

93 anak masih tidak cukup



Seorang lelaki Emiriah yang mendakwa mempunyai 93 anak hasil perkahwinannya dengan wanita dari hampir separuh dunia akan memperoleh seorang lagi anak tidak lama lagi.

Mohammed Daad Murad yang lebih dikenali sebagai Abu Faisal atau Bid Daad berkata, dia juga akan berkahwin lagi dalam masa terdekat ini.


Abu Faisal berkata, dia melangsungkan perkahwinan pertamanya pada 1969 dan mula menambah isteri selepas itu dengan hasrat untuk memiliki lebih ramai anak.


Penduduk Sharjah yang berusia 67 tahun itu memberitahu sebuah stesen televisyen, semua wanita yang dikahwininya tidak melebihi usia 20 tahun. “Saya sudah berkahwin dengan wanita hampir dari separuh dunia dan kini mempunyai 93 anak. Kami menjangka seorang lagi anak akan dilahirkan dalam masa dua bulan lagi.


“Saya berhenti berkahwin sejak tujuh tahun lalu dan merancang untuk berkahwin lagi bulan depan. Isteri yang enggan melahirkan anak saya lagi dipaksa ‘bersara.’ Ini bermakna saya menceraikan mereka dan memberikan sebuah rumah untuk mereka,” katanya.


Menurut Abu Faisal, anak bongsunya ketika ini berusia lapan bulan.

“Saya masih inginkan lebih ramai lagi anak,” katanya.


Dia tidak menjelaskan kewarganegaraan isterinya atau menyatakan sama ada dia ingat nama mereka.

Dua maut akibat gempa bumi di India



02/05/2013 12:56am

NEW DELHI - Satu gempa bumi berukuran 5.8 pada skala Richter di utara negara ini semalam menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang maut dan mencederakan 70 yang lain termasuk lebih 30 orang pelajar, kata beberapa laporan.
Kejadian dilaporkan berlaku di sepanjang sempadan negeri Jammu, Kashmir dan Himachal Pradesh.
Dua orang mangsa yang maut selepas terperangkap dalam kejadian akibat tanah runtuh yang berlaku selepas gegaran gempa, lapor akhbar Press Trust of India.
Gegaran menyebabkan orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri. - AFP
Menurut Jabatan Meteorologi India, pusat gempa dikesan kira-kira 450 kilometer utara bandar ini.- AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0502&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_24.htm#ixzz2S5J7O4Ux 
Hakcipta terpelihara 

Kota legenda purba ditemui




SEBUAH artifak patung dari kota Heraklion yang dinaikkan ke permukaan laut untuk dikaji.-Reuters


KAHERAH – Sebuah patung gergasi purba telah ditemui di laut Mediterranean yang membawa kepada penemuan kota legenda purba, Heraklion.
Pada sedekad lalu, tiada siapa mengenali Heraklion yang dipercayai sebuah kota pelabuhan purba dengan kesahihan kewujudan kota tersebut dipertikai.
Namun, akhbar Telegraph melaporkan, sekumpulan penyelidik menemui kota itu di dalam laut pada kedalaman 45.72 meter di Teluk Aboukir, Mesir.
Antara artifak yang ditemui termasuk 64 buah kapal, patung batu setinggi 4.87 meter, 700 buah sauh dan sejumlah duit syiling emas.
Pakar arkeologi laut dalam yang menemui kota purba berkenaan, Franck Goddio mendakwa, kota itu dipercayai wujud sekitar kurun kelapan sebelum masihi (SM).
Menurutnya, usia Heraklion adalah lebih tua daripada kota purba terkenal, Iskandariah.
“Kami mungkin perlu meneruskan kerja-kerja penyelidikan kajian untuk 200 tahun lagi sebelum rahsia kota ini dapat dibongkar sepenuhnya kata Goddio. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0502&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2S5GvXWdm 
Hakcipta terpelihara