Sayuran seperti kobis dan brokoli dikatakan mampu menjadi pelindung radiasi. |
Dr Eliot Rosen dari Pusat Kanser Komprehensif Georgetown Lombardi di Amerika Syarikat berkata, penyelidikan sebelum ini mendapati sayuran seperti kubis, brokoli dan kubis bunga mengandungi 3’-diindolylmethane (DIM) yang dianggap sebagai ciri terbaik untuk mencegah barah.
"Kajian terbaru pula menunjukkan ia mampu menjadi pelindung kepada tisu normal penghidap barah yang sedang menjalani rawatan selain dipercayai dapat melindungi individu dari kesan akibat bencana nuklear," jelasnya dipetik DailyMail
Difahamkan, DIM juga dapat mengurangkan kesan sampingan terhadap pesakit yang terdedah dengan sinar radiasi ketika rawatan kemoterapi tersebut.