Pages

Tuesday, November 18, 2014

Model bersiar tanpa seluar

Lukisan ini mungkin paling baik pernah dihasilkan atau warga New York sememang­nya memang langsung tidak mempedulikan apa yang berlaku di sekeliling mereka.
Satu rakaman menunjukkan seorang model berjalan di sekitar kejiranan Midtown di Manhattan tanpa seluar tetapi tidak disedari orang sekeliling.
Kaki model ini dicat dengan warna menyerupai jean, lengkap dengan kesan jahitan.
Rakaman lucu itu sebahagian daripada eksperimen sosial dilakukan oleh Model Pranksters untuk melihat daya ketajaman pemerhatian orang ramai di New York.
Menurut Elite Daily, model berkenaan Leah Jung dicat oleh syarikat seni badan The Body of Art.
Video yang setakat ini sudah ditonton hingga hampir sejuta pengunjung dalam masa sehari, menunjukkan Leah menaiki kereta api bawah tanah, menuruni eskalator di Times Square dan makan tengah hari di McDonalds.
Sepanjang perjalanannya di tempat itu, tiada sesiapa yang menyedari sebenarnya Leah tidak memakai seluar.
Saat paling terbaik adalah rakaman ketika Leah memasuki rangkaian fesyen Forever 21 dan bertanya kepada seorang pekerja tempat dia boleh membeli 'jean' sama yang dipakainya.
Pekerja berkenaan memandang Leah dan 'jean' yang dipakainya lalu memberitahunya ia mungkin boleh didapati di tingkat bawah.
Bagaiamanapun, bukan semua orang tidak menyedari perkara itu.
Ketika dia membeli Metrocard, seorang lelaki datang menghampiri Leah lalu mengambil gambar 'jean' yang dipakainya dan kemudian segera beredar.
Leah sempat menoleh dan kertawa melihat keadaan itu kerana ada orang yang akhirnya benar-benar memberikan perhatian.
Kajian sama turut dilakukan awal tahun ini di utara Perancis.
Seorang model berjalan di sekitar bandar Lille de­ngan kaki dicat biru seperti jean dan hanya memakai seluar dalam 'g-string.'
Model Perancis ini membenarkan kawannya, jurumekap artis Marie P untuk melukis jean pada kakinya dan keluar untuk melihat reaksi orang ramai.
Dengan hanya memakai coli dan baju yang diikat ke paras pinggang, model itu memulakan perjalanannya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 5:01 AM

LEAH dicat oleh pakar dari The Body of Art untuk menjalankan eksperimen mengenai New York.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9736#foto

Ratusan Pekerja China di Arab Saudi Jadi Muallaf Setelah Melihat Ka’bah


http://detikislam.blogspot.com | .
Telah kita tahu bahawa Kaabah merupakan kiblat bagi umat Muslim. Berkujung ke Baitullah itu merupakan kewajiban umat Muslim yang terdapat pada rukun Islam. Dengan melihat kaabah ternyata dapat menggetarkan hati seseorang sehingga orang-orang bukan Islam pun kini tertarik untuk memeluk agama Islam.

Hidayah boleh datang dari pelbagai keadaan yang tidak pernah diduga. Mungkin itu lah yang dialami oleh ratusan pekerja China di Arab Saudi yang kemudian memilih Islam sebagai agamanya yang baru.

Setelah melihat kaabah dari televisyen, tiba-tiba hati mereka bergetar. Pintu hidayah seakan terbuka. Allah SWT melapangkan jalan mereka untuk mengucapkan dua kalimah syahadah. Lebih dari 600 pekerja berasal dari negara China memeluk Islam.

Mereka adalah sebahagian daripada 4,600 rakyat China yang bekerja dengan projek landasan kereta api yang menghubungkan Mekah dan Madinah. Landasan kereta itu akan melalui Jeddah dan Khum. Peristiwa ratusan pekerja China memeluk Islam berlaku pada tahun lalu.

Pada awalnya, hanya 370 orang pekerja China yang Muslim daripada 4600 pekerja China berada di negara tersebut. Penduduk tempatan meminta pihak kerajaan mengupah buruh Cina yang beragama Islam. Namun Allah mempunyai rencana lain dengan kedatangan para pekerja itu.

Kedatangan ke Arab Saudi membuka peluang bagi mereka untuk melihat Islam lebih jelas dari tanah tempat agama ini diturunkan. Seperti yang dikatakan seorang pekerja yang telah menjadi Mualaf.

Pekerja yang telah menukar namanya menjadi Hamza (42) ini mengaku tertarik pada Islam selepas melihat kaabah untuk kali pertama di televisyen Saudi. "Ini menggetarkan saya. Saya menyaksikan siaran langsung solat dari Masjidil Haram dan umat Islam yang sedang berjalan mengelilingi Kaabah (tawaf)," katanya.

"Saya bertanya kepada teman yang Muslim tentang semua hal ini. Dia kemudian membawa saya ke Pejabat Bimbingan Asing yang ada di syarikat, di mana saya mempunyai peluang untuk belajar tentang pelbagai aspek mengenai Islam," katanya. Kini Hamza merasa lebih bahagia dan lebih tenang selepas menjadi seorang Muslim.

Pekerja lain, Ibrahim (51), mengalami peristiwa yang hampir sama pada September tahun lalu. Dia yang bekerja di bahagian penyelenggaraan syarikat kereta Api China menjadi seorang Muslim selepas melihat ka'bah. "Walaupun kami berada di China, kami tidak mempunyai peluang untuk belajar tentang Islam. Ketika saya tiba di Mekah, saya sangat terkesan oleh perilaku penduduknya. Perlakuan yang sama bagi orang Muslim dan non-Muslim mempunyai kesan besar pada saya, "tambahnya.

Sementara, Abdullah Al-Baligh (51), diberi petunjuk untuk memeluk Islam setelah melihat perubahan positif dari rakan-rakannya yang lebih dulu menjadi mualaf. "Enam bulan selepas saya tiba di Mekah, saya melihat rakan-rakan saya yang sudah memeluk Islam benar-benar berubah. Tingkah laku mereka boleh diteladani. Saya menyedari bahawa Islam adalah kekuatan di sebalik perubahan tersebut," ujarnya.

"Apabila saya bertanya padanya, dia mengatakan bahawa dia sama sekali tidak tahu tentang agama ini sepanjang tinggal di China. Sekarang, dia mempunyai pemahaman yang lebih tepat tentang Islam dan ingin menjadi lebih teladan."

Begitu pula dengan Yunus. Pekerja berasal China ini baru mempelajari Islam ketika berada di Mekah. "Islam di China begitu kurang. Aku baru mengetahui Islam setelah datang ke Saudi," ujarnya

* Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

Jawab periksa di padang untuk elak penipuan

Beijing: Lebih 1,000 pelajar menduduki peperiksaan mereka di luar kelas dengan dipantau guru yang menggunakan teropong untuk mengelak penipuan.
Guru di Kolej Shaanxi Sanhe sebuah kolej di wilayah Shaanxi membawa keluar semua kerusi dan meja di dalam kelas ke padang sukan sekolah itu.
Peperiksaan yang menyerupai penjara itu dilihat perlu kerana pelajar China amat bijak menipu. termasuk menggunakan gajet ala perisik.
Keadaan padang yang terbuka itu membolehkan guru mendapat pemandangan lebih menyeluruh terhadap semua pelajar yang mengambil peperiksaan itu, malah kamera dan teropong turut digunakan.
Seramai 3,800 pelajar itu mengambil peperiksaan berkenaan secara berkala dalam kumpulan 1,200 dan setiap sesi dipantau 80 gurul.
Kaedah ini digunakan di sekolah berkenaan sejak 10 tahun lalu.
Ujian itu diadakan dua kali setahun bagi memastikan tahap kebijaksanaan pelajar untuk rujukan majikan pada masa depan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 5:02 AM


PELAJAR menjawab soalan peperiksaan di padang sekolah.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9747#sthash.XVORYTWq.dpuf

Cipta selimut untuk tidur di pejabat



Agensi - POSTER iklan yang mempromosikan selimut berbentuk cengkerang yang dicipta oleh Lew.


NEW YORK – Seorang pelajar universiti di sini mencipta sehelai selimut yang membantu seseorang itu tidur atau berehat di mana sahaja tanpa gangguan.
Selimut berbentuk cengkerang itu dicipta oleh seorang pelajar, Eden Lew dan bakal dipasarkan bulan depan sempena perayaan Krismas.
Lew berkata, dia mendapat idea untuk menghasilkan selimut tersebut selepas mendapati dia susah untuk berehat atau tidur sebentar pada waktu siang kerana terdapat banyak gangguan.
“Saya sebelum ini sukar untuk berehat atau tidur pada waktu siang apabila berada di tempat awam kerana terasa terganggu.
“Bagaimanapun, selimut ini membantu sesiapa sahaja tidur atau mahu berehat bersendirian ketika berada di dalam kenderaan awam atau di pejabat,” katanya.
Menurutnya, selimut yang diberi nama Nutshell itu boleh dilipat dan dimasukkan ke dalam beg galas bagi membolehkan dibawa ke mana sahaja. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1118&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz3JMn2Ssqw 
Hakcipta terpelihara 

Saintis rancang hidupkan semula mamot



Agensi - SEORANG saintis melihat bangkai seekor anak mamot yang dijumpai di satu kawasan berais di Siberia, Rusia pada tahun lalu.


NEW YORK – Bangkai seekor anak gajah purba atau mamot yang dijumpai di dalam satu kawasan berais di Siberia mungkin akan diklonkan untuk menghidupkan semula haiwan berkenaan.
Sekumpulan saintis dari Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan dilaporkan berusaha mengambil sampel daripada bangkai berkenaan yang dijumpai pada tahun lalu itu.
Mamot itu berada dalam keadaan baik selepas berada di dalam ais sejak beribu-ribu tahun lalu.
Kini para saintis berharap sampel yang masih sempurna yang diambil daripada bangkai berkenaan membolehkan haiwan itu dihidupkan semula dengan teknik pengklonan selepas pupus hampir 10,000 tahun lalu.
Seorang pakar paleontologi dari AS, Dr. Tori Herridge berkata, inilah kali pertama beliau menemui bangkai mamot yang berada dalam keadaan sangat baik dan masih mempunyai daging.
“Saya sebelum ini mengkaji haiwan yang hanya tinggal sisa tulang atau bulu tetapi kali ini sangat berlainan kerana saya boleh menghidu bau darah mamot ini,” katanya. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1118&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz3JMmocxa3 
Hakcipta terpelihara 

Sumpahan jam bernilai RM79 juta

Pemilik, orang tersayang mati ketika simpan objek itu

Jutawan Arab, Sheikh Saud Bin Mohammed Al-Thani (kiri) meninggal
Jutawan Arab, Sheikh Saud Bin Mohammed Al-Thani (kiri) meninggal dunia dua hari sebelum menjual jam randik jenama Patek Philippe 1933 miliknya. – AGENSI
LONDON 17 Nov. - Sebentuk jam randik mewah berharga 15 juta pound (RM79 juta), didakwa memiliki sumpahan apabila tiga individu termasuk pemilik serta insan tersayang mereka meninggal dunia sewaktu jam berkenaan berada dalam simpanan mereka.
Terbaharu, kerabat diraja Qatar, Sheikh Saud Bin Mohammed Al-Thani, 48, meninggal dunia minggu lalu, dua hari sebelum beliau merancang untuk melelong jam jenama 1933 Patek Phillipe itu.
Akhbar Daily Mirror melaporkan, Sheikh Saud yang merupakan pengumpul barangan antik, meninggal dunia akibat komplikasi serangan jantung di kediamannya, di sini.
Jam tersebut dibeli jutawan berkenaan pada 1999 pada harga 7 juta pound (RM36.7 juta).
Pemilik asal jam berkenaan, Henry Graves menempah barangan mewah itu daripada pembuat jam mewah, Patek Phillipe pada 1925.
Tujuh bulan selepas disimpan sebagai koleksi, rakan baik Graves meninggal dunia, diikuti anak lelakinya, George yang maut dalam satu nahas jalan raya.
Kematian tiga individu itu membuatkan banyak pihak mendakwa jam tersebut memiliki sumpahan.
Jam itu dilelong di Geneva minggu lalu kepada seorang pembeli yang tidak didedahkan identitinya pada harga RM15.3 juta pound (RM80.2 juta).
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/sumpahan-jam-bernilai-rm79-juta-1.26008#sthash.aVWUINpP.dpuf

Warga emas mati hidup semula

Janina Kolkiewicz merasai pengalaman ngeri apabila ditempatkan
Janina Kolkiewicz merasai pengalaman ngeri apabila ditempatkan di dalam bilik mayat selama 11 jam selepas doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia. – AGENSI
LUBARTOW, Poland, 17 Nov. – Seorang nenek yang telah disahkan meninggal dunia oleh doktor, didapati masih lagi hidup selepas 11 jam berada di dalam bilik mayat.
Laman web UPI.com melaporkan, Bogumila Kolkiewicz anak saudara kepada Janina Kolkiewicz berkata, dia terpaksa menghubungi Dr. Wieslawa Czyz selepas mendapati ibu saudaranya tidak bernafas dan nadinya tidak lagi bergerak di rumah mereka di sini.
Katanya, Czyz mengesahkan wanita berusia berusia 91 tahun itu sudah meninggal dunia dan turut mengeluarkan sijil kematian bagi ibu saudaranya.
Bagaimanapun, ujar Bogumila, kakitangan hospital yang bertugas di bilik mayat menyedari beg plastik yang membungkus mayat Janina kelihat seperti bergerak-gerak sebelum mereka mendapati wanita itu masih hidup selepas 11 jam berada di bilik tersebut.
“Janina tidak mengingati apa yang sudah berlaku kerana dia telah nyanyuk,” jelasnya.
Tambah Bogumila, ibu saudaranya kini berada dalam keadaan normal dan tahap kesihatannya semakin baik selepas keluar dari hospital.
“Saya pasti dia sudah meninggal dunia ketika itu. Saya terkejut dan tidak faham dengan apa yang berlaku. Jantungnya tidak lagi berdegup dan dia sama sekali tidak bernafas,” kata Czyz.
Polis Daerah Lublin kini sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut dan sudah memulakan prosiding bagi mendakwa doktor berkenaan atas kesalahan jenayah.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/warga-emas-mati-hidup-semula-1.26004#sthash.HXCY25pQ.dpuf

Islam dahulu jumpa benua Amerika

Lakaran artis menunjukkan Columbus sejurus tiba di benua Amerika
Lakaran artis menunjukkan Columbus sejurus tiba di benua Amerika sebelum mendakwa tanah itu milik keluarga diraja Sepanyol pada 1492. – AGENSI
ISTANBUL 17 Nov. – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mendakwa benua Amerika dijumpai oleh orang Islam pada abad ke-12, hampir tiga abad lebih awal sebelum Christopher Columbus menjejakkan kaki ke benua itu.
“Hubungan antara Amerika Latin dan Islam telah bermula sejak abad ke-12 lagi. Islam (terlebih dahulu) menjumpai Amerika pada 1178, bukannya Columbus.
“Pelayar Islam (mula) tiba di Amerika pada 1178. Columbus (mengesahkan) pernah menyebut tentang kewujudan sebuah masjid di sebuah bukit di pantai Cuba,’’ katanya semasa berucap pada satu sidang kemuncak pemimpin-pemimpin Islam dari Amerika Latin, di sini.
Menurut Erdogan, Ankara bersedia membina sebuah masjid di tapak yang dimaksudkan oleh pengembara dari Genoa itu seperti yang tercatat dalam diarinya, lapor portal berita Al-Jazeera.
“Saya ingin membincangkan perkara itu dengan rakan-rakan saya dari Cuba. Sebuah masjid amat sesuai (dibangunkan) di atas bukit itu hari ini,’’ kata Erdogan.
Kebanyakan buku sejarah sebelum ini melaporkan bahawa Columbus menjejakkan kaki ke benua Amerika pada 1492 ketika mencari laluan maritim baharu ke India.
Beberapa ulama Islam, baru-baru ini, mendakwa Islam terlebih dulu sampai di Amerika, walaupun tiada sebarang tinggalan struktur binaan Islam pra Columbus pernah ditemukan.
Dalam satu artikel kontroversi diterbitkan pada 1996, pakar sejarah Dr. Youssef Mroueh daripada Yayasan As-Sunnah Amerika merujuk sebuah diari tentang kedatangan Columbus menyatakan tentang kewujudan sebuah masjid di Cuba.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/islam-dahulu-jumpa-benua-amerika-1.26015#sthash.2dvKGqEV.dpuf