Fosil mammoth hampir sempurna yang ditemui Yevgeny Salinder di daerah Taymyr, utara Rusia. - Agensi |
Mammoth itu ditemui oleh Yevgeny Salinder, 11, dari daerah Taymyr.
Saintis percayai ia merupakan antara fosil yang hampir sempurna pernah dijumpai di Rusia.
Gajah purba dipercayai baru berusia 15 tahun itu, mempunyai berat kira-kira 500 kilogram dan dipercayai berusia 30,000 tahun.
Ketika ditemui, fosil gajah jantan purba itu tidak mengalami banyak kerosakan dengan daging, tulang, bulu, dan lapisan lemak masih terdapat pada tubuh mamalia itu.
Malah, bahagian gading, tulang rusuk dan mulut pada bahagian kanan mammoth itu juga dapat dilihat dengan jelas.
Selepas Salinder memaklumkan apa yang ditemui kepada ibu bapanya, saintis mengesahkan penemuan itu dan percaya ia adalah fosil mammoth kedua yang terpelihara dengan baik yang ditemui sejak 1901.
Bangkai gajah purba itu kini dinamakan sebagai 'Zhenya' mengambil nama samaran Salinder dan akan dikaji lebih lanjut oleh para saintis. - AGENSI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121006/lu_04/Mammoth-ditemui#ixzz28VX75viH
© Utusan Melayu (M) Bhd