Pages

Wednesday, March 24, 2010

Muzeum Palestin Ungkap Konspirasi Yahudi – Jerman


TEBING BARAT (SuaraMedia) – Seorang akademisi di Tebing Barat telah membuat sebuah projek yang tidak biasa di wilayah Palestin. Dalam muzeum Holocaust yang dibangunnya, dia menarik garis paralel dari kejadian tersebut dengan penderitaan yang dialami rakyat Palestin pada saat ini.
Desa Na’alin adalah sebuah lokasi yang ganjil untuk sebuah projek yang tidak biasa. Setelah kemenakannya terbunuh dalam sebuah demonstrasi, Hassan Musa bersumpah akan melakukan segalanya untuk mencegah lebih banyak jatuh korban jiwa. Dia kemudian mendirikan sebuah bangunan yang hampir tidak terdengar gaungnya di Palestin – sebuah muzeum Holocaust. Namun, pesan-pesan yang ada di dalamnya memiliki porsi yang sama bagi orang-orang Israel dan Palestin.
“Holocaust sudah berakhir dan (kejadian tersebut) dilakukan di Jerman, namun konsekuensinya, hasilnya dilampiaskan kepada rakyat Palestin,” kata Musa. “Padahal rakyat Palestin tidak bersalah dan tidak ada hubungannya dengan hal tersebut.”
Muzeum tersebut menunjuk pemerintah Jerman, dan menuding Jerman telah memberikan “wang ganti rugi” agar Israel melampiaskan segalanya kepada rakyat Palestin – sebuah tudingan yang terus disangkal oleh Israel.
Kebanyakan sistem pengangkutan Israel dibina dengan dana dari Jerman dan pada tahun 1950an dan 1960an, dana sistem reparasi Jerman dipergunakan untuk meratakan jalanan Israel dan membangun sistem pengangkutan awam.
Sejak tahun 1952 hingga limabelas tahun berikutnya, Jerman memberikan dana dua miliar marks (mata wang Jerman dulu) sebagai pampasan atas pembunuhan Yahudi selama Holocaust. Kesepakatan tersebut menguntungkan kedua pihak.
Kala itu, Israel adalah sebuah “negara” baru yang sukar mendapatkan dana dan Jerman tengah mencari cara untuk memulihkan citra dari keterkejutan dunia atas tindakan Jerman pada Perang Dunia II.
“Pada dekad 1950an, sebahagian besar orang Israel menolak menjalin hubungan dengan Jerman tanpa ada imbalan,” kata Shlomo Shpiro dari Pusat Komunikasi dan Kebijakan Internasional. “Perasaan anti-Jerman itu begitu kuat sehingga paspot Israel dinyatakan berlaku di semua negara kecuali Jerman. Bahkan tidak ada yang sudi menginjakkan kaki di Jerman.”
Setelah sekian lama, Noah Clug, masih berkutat dengan dilema yang sama. Dia adalah seorang yang “selamat” dari Holocaust yang kehilangan sebagian besar anggota keluarganya dalam perang. Setiap bulannya dia menerima €200 dari pemerintah Jerman sebagai wang ganti rugi.
“Ini adalah sebuah masalah – sebuah masalah moral,” katanya. “Akan tetapi Jerman membunuh 6 juta Yahudi dan merompak 9 juta lainnya. Saya rasa mereka berkewajiban moral untuk membayar, selain itu juga sebagai bentuk tanggung jawab.”
Sebuah dilema yang sangat difahami oleh Chen Yurista yang tergiur dengan pembayaran dari pihak Jerman. Dia bernegosiasi dengan pemerintah Jerman dengan mengatasnamakan korban Holocaust, namun anehnya Datuknya sendiri menolak menerima wang ganti rugi dari Jerman.
“Dia (Datuknya) punya hak untuk mengatakan tidak, sementara saya punya ‘kewajiban moral’ untuk terus melangkah maju dan mencoba untuk menolong orang-orang yang memerlukan bantuan,” katanya. “Negosiasi berjalan dengan alot, namun kami kembali setiap tahunnya selama enam puluh tahun terakhir, dan kami telah mencapai banyak hal.”
Saat ini, hubungan diplomatik antara kedua negara berjalan dengan baik. Sementara Jerman tidak lagi memberikan dana kepada Israel, kedua negara masih memiliki hubungan dagang yang dekat dan juga menjalin kerjasama dalam bidang ilmu pengetahuan.
Selama hal-hal seperti ini berlanjut, rakyat Palestin di Tepi Barat akan terus menyalahkan Jerman kerana telah menimpakan segala kesalahan kepada Palestin dan membuat Palestina berada dalam kesengsaraan. (dn/rt) Dikutip oleh SuaraMedia.com

h1n1 konspirasi kapitalis buat duit

capt_photo_1241489034431-1-0Hishamuddin Rais
Ogos 12, 09
5:29pm
Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motosikal, akan ada paku-paku tajam ditaburkan. Ia bertujuan membocorkan tayar.
Tidak berapa jauh dari tempat paku itu, ada pula iklan “tukar tiub”.
Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di jalan menuruni terowong lebuh raya Karak sering ditaburkan minyak. Pernah sekali keretanya tergelincir.
Tidak jauh dari terowong ini, ada lori tarik kereta menunggu.
Cerita ini contoh taktik untuk menjalankan perniagaan – cara mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan, rukun imannya ialah keuntungan. Semua peniaga ingin mendapat untung.
Lebih banyak untung, lebih cepat jadi kaya.
Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 44 orang telah ditewaskan oleh virus selesema A (H1N1). Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita, malah di seluruh dunia.
Apa sebenarnya semua fenomena ini?
Pada 1963, satu persidangaan diadakan di Iron Mountains, tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika Syarikat sedang bertarung di Vietnam, Laos dan Kemboja.
Persidangan para pemikir ini untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika Syarikat. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku peperangan.
Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan:
- Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum korporat,
- Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial,
- Melahirkan musuh sebagai strategi politik.
Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetik dan pembunuhan besar-besaran dalam usaha untuk mengawal manusia bagi memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis.
Di sini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi – bioterrorism. Teknologi hayat akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.
Pada 1970 telah keluar satu memo, National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini.
Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia.
Petikan sebahagian kandungan memo tulisan Kessinger:
“There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers (though apprently not recent migrants) may serve as a volatile, violent force which threatened political stability.
International relation – population factors are crucial in and after determinants of violent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem.
The complex social and economic factors involved call for comprehensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group.”
Dalam bahasa mudah, Kessinger melihat manusia miskin – penduduk miskin kota – sebagai sampah dan perlu dikawal dan dibersihkan. Ia samalah dengar dasar ’setinggan sifar’ yang selalu diuar-uarkan dalam negara kita ini.
Justeru, hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang berkait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat.
Malah semua makmal penyelidikan ini kait-mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana daripada syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrak daripada Jabataban Pertahanan Amerika Syarikat.
Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka untuk membuat keuntungan maksimum. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan agar perniagaan mendapat untung besar.
Syarikat ubat-ubatan bernabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit, lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – inilah dasar kaum kapitalis.
Justeru, jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, HIV, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal.
Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor, begitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini.
Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan:
1 – mengurangkan penduduk dunia, dan
2 – menjual ubatan.
Tidak masuk akal? Ia hanya teori konspirasi? Ia pandangan gila Hishamuddin Rais? Sabar dahulu.
Cuba fikirkan pula bagaimana depleted uranium (DU) sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat persenjataan menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakkan apa sahaja – dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal.
DU ini, daripada apa yang diheboh-hebohkan, adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak berbahaya kepada manusia. Kenyataan ini bohong!
Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia.
DU akan melahirkan barah. Anak-anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan – apabila ibu atau ayahnya telah terhidu DU – akan lahir bukan seperti bayi.
Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang-bengkok. Bayi-bayi ini gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknologi kaum imperial Anglo-Amerika.
Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus-menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat.
Ini pandangan karut daripada Hishamuddin Rais? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga. Betul.
Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom.
Ia adalah penyakit baru – pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 1980-an, para veteran Desert Storm di United Kingdom menuntut agar Golf Syndrom ditakrif sebagai penyakit.
Permintaan ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini.
Para veteran – satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir ramai yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan.
Jangan hairan, kaum kapitalis memang tidak berhati perut. Apa yang penting, keuntungan besar. Dan ini juga selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains.
Ia juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Kessinger.
Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka – samalah seperti mengawal penduduk Kampung Kerinchi daripada berpindah ke Country Height atau menggodam setinggan di Kampung Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tunku.
Juga, hampir kesemua soldadu yang berperang itu adalah anak-anak kelas bawahan. Mereka ini, seperti kata Kessinger, sampah yang akan membawa masalah.
Soldadu Amerika hampir 80 peratus berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.
Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Malah George W Bush sendiri telah mengelak daripada pergi menyertai Perang Vietnam.
Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang “dibebaskan” atau yang telah dibocorkan, maka ternyata virus terbaru A (H1N1) ini juga telah menetas dari bilik makmal.
Dasar pengurangan umat manusia di bumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strategi itu.
Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan di sini – atau menganggap ia hanya teori konspirasi – sila cari dan baca.
Ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan isu ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet.
Pada ketika ini, tela diheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ia juga pengiklanan besar dari kaum kapitalis.
Untuk sementara waktu kita diberitahu bahawa vaksin ini masih dalam kajian.
Bayangkan, mula-mulanya kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut, ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap.
Sama seperti menabur paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Beginilah sifat kapitalis. Beginilah cara kaum kapitalis membuat untung.
Dalam sistem ekonomi sosialis – ubatan adalah untuk kesihatan, bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis, hospital milik rakyat, bukan untuk diswastakan.
Dalam ekonomi sosialis, perubatan untuk semua dan bukan untuk yang kaya.
Dalam sistem masyarakat sosialis, umat manusia penjana tamadun, bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan, bukan untuk keuntungan.

Si genius tolak wang





2010/03/24

ST PETERSBURG: Seorang lelaki Russia menolak imbuhan bernilai RM3.32 juta selepas dia berjaya menyelesaikan kebuntuan matematik yang gagal diatasi sejak 100 tahun lalu.
Dianggap lelaki paling pintar di dunia, Dr Grigory Perelman, 44, kini masih menetap di sebuah rumah pangsa kotor di St Petersburg. Apabila dimaklumkan mengenai hadiah ditawarkan Institut Matematik Clay di Amerika Syarikat, Perelman enggan menerimanya.
“Saya ada semua yang diperlukan,” katanya tanpa membuka pintu rumah, semalam.

Dia memecahkan kebuntuan teori Andaian Poincare yang memeningkan pakar matematik selama seabad.

Rumusan Perelman diposnya ke Internet dan mengagumkan pakar matematik.

Empat tahun lalu, dia tidak muncul untuk menerima anugerah berprestij daripada Kesatuan Matematik Antarabangsa di Madrid, Sepanyol.

Anak Pemimpin Hamas Murtad dan Menjadi Agen Israel



mossab1
Tiadalah perkara yang lebih menyakitkan hati apabila umat Islam sendiri menjadi pembelot kepada agama dan bangsanya dalam usaha membantu musuh menghancurkan harakah Islamiyah.
Begitulah halnya yang berlaku kepada organisasi yang membela umat Palestin sekarang ini iaitu Hamas. Tidak cukup dengan hentaman dan terkaman Israel sepanjang hari, kini muncul pula pendedahan akhbar-akhbar Israel bahawa anak kepada Sheikh Hassan Yousef iaitu Mosab Hassan bekerja untuk Israel melalui organisasi Shin Bet.
Sheikh Hassan Yousef merupakan antara pemimpin kanan Hamas yang kini berada di penjara Israel kerana dituduh menyertai organisasi pengganas. Beliau ditangkap pada September 2005 dan sebelum itu pernah beberapa kali ditangkap sebelum dilepaskan pada September 2004.
Mossab Hassan Yousef
Kita tidak pasti apa yang menyebabkan Mossab menjadi tali barut kepada Israel dan yang lebih menyedihkan adalah beliau sendiri telah murtad dan menukar kepada agama Kristian.
Keputusan beliau untuk menjadi kafir amat menghairankan banyak pihak kerana Mossab dilahirkan dalam keluarga Islam malah ibu bapanya juga berketurunan arab Islam sejati.
hamas_son2
Menurut laporan berita Fox News, ‘anjing’ ini telah bertukar ke agama Kristian pada sekitar Ogos 2008 ketika berada di penjara Israel. Semenjak itu, Mossab dilihat seringkali dilihat berulang-alik memasuki sebuah gereja di Jalan Barabas, San Diego, California.
Semenjak menjadi agen Israel pada 1996, Mossab dikatakan bertanggungjawab dalam urusan penangkapan beberapa orang pemimpin Hamas, pembocoran maklumat rahsia dan beberapa nombor telefon peribadi pemimpin-pemimpin Hamas.
masab
(Kiri) Mossab Hassan (kanan) ayahnya, Sheikh Hassan Youssef
Antara orang-orang kanan Hamas yang dibelot oleh Mossab sehingga berlaku penangkapan ialah Komander Ibrahim Hamid, Marwan Bargouti, Abdullah Bargoutti dan bapanya sendiri iaitu Syeikh Hassan Yousef.
Selain itu, Mossab juga dikatakan menggunakan gelaran The Green Princebagi dirinya dalam organisasi Shin Bet. Menurutnya, Green (hijau) dipilih merujuk kepada warna bendera Hamas manakala Prince (Putera) bermaksud anak kepada salah seorang pemimpin hamas.
Pembelotan Mossab ini boleh dikatakan bakal menjadi punca kepada berulangnya perang Israel-Palestin dan Mossab sendiri mungkin salah seorang agen yang sangat mahal di hati Israel selain daripada Dr. Ashraf Marwan.
Berikut ialah temuduga wartawan Jonathan Hunt bersama Mossab Hassan Yousef yang dikeluarkan oleh Fox News.
“I believe that all those walls that Islam built for the last 1,400 years are not existing (sic) anymore. They don’t recognize this. They built those walls and made people ignorant because they’re afraid.”
“When I was 18 years old, and I was arrested by the Israelis and was in an Israeli jail under the Israeli administration, Hamas had control of its members inside the jail and I saw their torture; (they were) torturing people in a very, very bad way.”
“When I studied the Bible carefully verse by verse, I made sure that that was the book of God, the word of God for sure, so I started to see things in a different way, which was difficult for me, to say Islam is wrong.”
“…I started to figure out the problem is Islam, not the Muslims and those people - I can’t hate them because God loved them from the beginning. And God doesn’t create junk. God created good people that he loved, but they’re sick, they have the wrong idea. I don’t hate those people anymore but I feel very sorry for them and the only way for them to be changed (is) by knowing the word of God and the real way to him.”
Persoalan-persoalan dalam kaedah Teori Konspirasi
Kemarahan tentang pembelotan Mossab terhadap umat Islam sememangnya sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Namun demikian, sebagai blog konspirasi, beberapa persoalan harus dipandang lebih jauh dalam isu Mossab ini kerana ia mungkin membawa kepada beberapa petunjuk yang mencerminkan kepada kebenaran teori-teori penyiasat konspirasi antarabangsa yang diutarakan selama ini.
Antara persoalan-persoalan yang boleh ditimbulkan dalam isu ini ialah
  • Mengapa Mossab Hassan memeluk agama Kristian dan bukannya Judaissedangkan dia ditahan di Israel.
  • Adakah teknologi nano-robot keluaran Illuminati sudah mencapai tahap mampu menukar aqidah?
  • Adakah Mossab Hassan merupakan sampel kajian Illuminati yang sangat berjaya yang bakal mencerminkan satu kaedah perang masa depan yang diluar jangka?
  • Mengapa Mossab Hassan mendedahkan rahsia peribadinya dikhalayak umum sedangkan dia sendiri mengetahui tindakannya itu akan menyebabkan dia bakal dibunuh. Persoalannya adakah dia dengan rela mendedahkan identitinya atau dia diarah untuk berbuat demikian.
Wallahu’alam …

Taktik Mossad Dalam Pembunuhan Al-Mabhouh



mabhouh
kemaskini 19 Februari 2010
Berikut ialah beberapa video penuh rakaman CCTV yang didedahkan oleh Jabatan Polis Dubai.
PART 1
PART 2
Part 3
kemaskini 16 Februari 2010
Semalam, Ketua Polis Dubai, Leftenan Jeneral Dhahi Khalfan Tamimmendedahkan dalam satu sidang media gambar suspek-suspek yang disyaki terlibat dalam pembunuhan Al-Mabhouh.
6e36d990d4
(Gambar) Jeneral Tamim menunjukkan kepada media gambar salah seorang suspek.
pports248b3
(Gambar) Suspek-suspek yang disyaki terlibat.
Berikut ialah ringkasan sidang akhbar Polis Dubai dengan media antarabangsa di Dubai, UAE.
  • Bilangan yang disyaki meningkat kepada 11 orang berbanding 10 orang sebelum ini.
  • Suspek-suspek berpakaian seperti pemain tenis sambil membawa alat-alat tertentu yang dipercayai bagi menyuntik Al-Mabhouh.
  • Berikut ialah senarai nama suspek yang didedahkan oleh Polis Dubai (nama-nama dipercayai adalah nama samaran) Gail Folliard, Kevin Daveron, Evan Dennings, Paul John Keely, Stephan Daniel Hodes, Melvyn Adam Mildiner, Jonathan Louis Graham, James Leonard Clarke, Michael Lawrence Barney dan Michael Bodenheimer. Manakala seorang lagi dipercayai mastermind ialah Peter Elvinger (rakyat Perancis).
  • Tamim juga mendedahkan, kesemua agen itu dibantu oleh dua orang lagi suspek yang dipercayai warga Palestin yang kini ditahan Polis Dubai. Identiti mereka tidak didedahkan.
kemaskini 12 Februari 2010
  • Laporan terbaru dari Intelligance Online mendedahkan jumlah sebenar agen yang terlibat dalam pembunuhan Al-Mabhouh ialah 10 orang dan 3 darinya adalah wanita.
  • Pembunuhan tersebut dilakukan di Hotel Al-Bustan Rotana bilik nombor 130.
  • Pembunuhan tersebut juga mengundang campur tangan pelbagai agensi risikan rahsia khususnya dari UAE, Jordan, Mesir, Iran dan Syria.
  • Hasil siasatan juga mendedahkan salah seorang dari 3 wanita Israel itu menyamar sebagai pembantu hotel yang lengkap berpakaian uniform hotel.
Ketua Polis Dubai menegaskan pada 7 Februari 2010 lepas bahawa mereka yakin kematian Mahmoud Al-Mabhouh adalah angkara sekumpulan perisik Mossad yang memecah masuk ke bilik hotel tempat Allahyarham menginap.
Menurut Dhahi Khalfan (ketua polis Dubai) didapati sekurang-kurangnya 7 orang warga Israel yang terlibat dalam pembunuhan tersebut. Manakala dikalangan mereka kemungkinan terdapat seorang wanita atau lebih.
Cara Pembunuhan Al-Mabhouh
Antara tipu helah yang digunakan untuk memburu dan membunuh Al-Mabhouh ialah ketujuh-tujuh orang warga Israel tersebut menggunakan passport warga Ireland untuk memasuki negara Dubai dan mengisytiharkan diri sebagai pelancong.
Manakala seorang lagi pemimpin Hamas, Mahmoud Al-Zahar mendakwa sebahagian perisik-perisik tersebut juga memasuki Dubai dengan cara mengikuti rombongan salah seorang menteri Israel, Uzi Landau yang sedang menghadiri sebuah persidangan berkaitan sumber tenaga.
uzi_zahar
(Kiri) Uzi Landau (Kanan) Mahmoud Al-Zahar
Menurut laporan, sebelum pembunuhan bilik Al-Mabhouh telah diceroboh oleh sekumpulan perisik. Mereka kemudiannya menangkapnya dan menyuntik tangannya dengan sejenis dadah yang mampu merangsang sakit jantung yang kronik.
Selain itu, laporan perubatan juga mendapati Al-Mabhouh telah dikenakan kejutan elektrik pada anggota fizikalnya dan ini berdasarkan kesan-kesan bukti-bukti penjerutan pada badannya.
Polis Dubai dan pimpinan Hamas yang lain sangat yakin pembunuhan tersebut didalangi oleh Israel kerana Al-Mabhouh dibunuh hanya selepas tiga hari menteri Israel menghadiri seminar di UAE. Mereka yakin agen-agen Mossad turut sama menyelinap masuk ke UAE bersama-sama rombongan menteri Israel.
Menurut pemerhati, Al-Mabhouh sangat dikehendaki oleh Mossad kerana Israel mendakwa beliau merupakan orang tengah yang bertanggungjawab membawa masuk senjata-senjata dari Iran ke Palestin untuk digunakan oleh anggota-anggota keselamatan Hamas.
Disebabkan itu, maka Mossad menuduh bahawa tujuan Al-Mabhouh ke Dubai adalah bagi menguruskan urusan pemindahan senjata yang dibekalkan Iran. Namun begitu, polsi Dubai menegaskan bahawa mereka tidak yakin terhadap tuduhan tidak berasas itu dan percaya bahawa kehadiran Al-Mabhouh ke Dubai adalah atas urusan perniagaan.
Antara punca lain pembunuhan adalah dikatakan bahawa ia adalah dendam Israel kepada Al-Mabhouh yang pernah membunuh dua anggota tenterannya 21 tahun lalu iaitu Avi Sasportas dan Ilan Saadon.
Wallhu’alam …

Minuman herba Teh Bamboo




DEKORASI unik dan segar The Bamboo berjaya menarik ramai pelanggan.


BUDAYA minum teh dalam masyarakat Cina dipercayai wujud sejak 5,000 tahun dahulu. Bagi masyarakat Cina, teh adalah sebahagian daripada hidangan tradisi yang dinikmati sejak ribuan tahun lalu.
Mereka percaya teh yang diminum untuk kesihatan dan kenikmatan itu mempunyai legendanya sendiri. Minuman herba itu ditemui secara tidak sengaja oleh Maharaja Shen Nung daripada Dinasti Tang pada Tahun 2737 Sebelum Masihi.
Kisahnya bermula apabila daun sepohon pokok teh jatuh ke dalam air mendidih dalam sebuah kendi dan aroma campuran itu membuat maharaja tidak dapat menahan keinginan untuk merasainya.
Legenda dari India pula mengaitkan penemuan teh dengan biarawan Bodhidharma. Semasa bertapa, dia mengunyah beberapa daun yang tumbuh berdekatan yang menyegarkannya kembali.
Walaupun India hari ini merupakan penghasil teh terbesar di dunia, tetapi tidak ada catatan sejarah mengenai minum teh di negara itu sebelum abad ke-19.


Apa pun legendanya, hari ini teh Cina (Camelia Sinensis) atau dikenali juga sebagai teh hijau bukan hanya dinikmati oleh kaum Tionghua sahaja, bahkan ia semakin digemari segenap lapisan rakyat Malaysia.
Teh Cina yang rasanya tawar dikatakan mempunyai pelbagai khasiat seperti mengatasi diabetes, meningkatkan kerja insulin dalam badan selain menyegarkan tubuh.
Menyedari potensi perniagaan teh Cina, ia mendorong seorang usahawan, May Kwan membuka sebuah kedai khas menjual minuman herba di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Menariknya, Kedai Teh Bamboo itu merupakan satu-satunya kedai khusus menjual teh dan minuman herba lain yang mendapat status pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
May Kwan yang merupakan pemilik Syarikat Zhu Xuan Herbal Tea Sdn. Bhd. itu memberitahu, idea membuka kedai tersebut berikutan adanya rungutan daripada pelanggan beragama Islam yang mendakwa sukar mencari kedai halal menghidangkan minuman tersebut.
Beliau yang sebelum ini memiliki dua kedai minuman teh Cina di Paya Terubong, Air Itam dan Jalan Anson, George Town menggunakan konsep sama di premis barunya itu. Bezanya premis tersebut dikendalikan oleh pekerja beragama Islam sepertimana yang dikehendaki Jakim.
"Di sini kita menghidangkan teh Cina, teh bunga selain tidak kurang sepuluh jenis teh herba. Ada yang diimport dari China, Taiwan dan India selain teh tempatan.

PHILIP TAN (kiri) dan May Kwan di hadapan kedai Teh Bamboo milik mereka di Bayan Lepas.


"Bagi teh herba yang dijual, ada pelbagai jenis dengan pelbagai khasiat yang berbeza misalnya baik untuk penglihatan, hati, jantung dan suara, jadi terpulang kepada pelanggan untuk memilih.
"Selain minuman, kita turut menyediakan hidangan ringan seperti kuih-muih tempatan, kek, buah-buahan dan juga beberapa hidangan sampingan yang dimasak menggunakan bahan-bahan herba," ujarnya.
Kedai lot tepi yang terletak di Bayan Point berhampiran bulatan Bayan Baru itu dibuka sejak awal Mac ini diusahakan bersama suaminya, Philip Tan dengan pelaburan kira-kira RM200,000.
Bagaimanapun, Kedai Teh Bamboo yang boleh memuatkan kira-kira 70 pelanggan pada satu-satu masa itu, bukan seperti kedai minuman biasa yang menghidangkan teh panas dan makanan semata-mata. Ia melayan pelanggan mengikut pakej yang mereka pilih mengikut harga yang berpatutan.