Umat Muslim di wilayah Xinjiang, China, terutama yang bekerjaya sebagai pegawai kerajaan, mahasiswa dan para guru telah dilarang oleh pemerintah setempat daripada melaksanakan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan.
Larangan ini telah mendapat reaksi yang keras dari kelompok muslim minoriti yang selama ini selalu disekat ketika menjalankan ibadahnya oleh Partai Komunis China selama ini.
Dilaporkan oleh beberapa sumber media perdana, para pegawai kerajaan dan para mahasiswa muslim dilarang daripada mengikuti dan mengadakan kegiatan keagaaman selama Ramadan.
"Kami mengingatkan semua orang bahawa mereka tidak diperbolehkan menjalankan puasa Ramadhan," demikian bunyi seruan Radio dan TV Bozhou.
Sebuah pejabat kerajaan yang mengelola Sungai Tarim telah mempamerkan beberapa paparan foto kakitanganya yang mengenakan topi tradisional Uighur "doppa" sambil makan di siang hari bersama rakan-rakan non-Muslim yang lain. Pemerintah China sejak dahulu lagi telah melakukan pelbagaii cara untuk menyekat amalan umat Muslim Xinjiang daripada melaksanakan puasa.
Salah satu caranya memberikan orang-orang Uighur santapan makanan secara percuma. Menurut Dilxat Raxit, juru bicara Kongres Uighur SeDunia di Pengasingan mengatakan, "China seharusnya dapat menjamin kebebasan hak asasi setiap rakyatnyanya yang beragama seperti warga Uighur dan Xinjiang. Dan dapat menghentikan aksi penindasan seperti ini," kata Raxit.
|
Sunday, July 6, 2014
Larangan berpuasa Ramadan di China akan berakhir dengan kegagalan…
Madonna timbul kontroversi pakai niqab
California: Madonna sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila berani tampil menyiarkan gambar terbaru pakaian pilihannya niqab.
Ratu Pop berusia 55 tahun itu berkongsi gambarnya dengan peminat Instagram menunjukkannya memakai niqab minggu lalu, membuatkan 1.6 pengikut bingung dengan penampilan yang dianggap baru itu.
Gambar itu disiarkan dengan ‘hashtag’ yang tidak langsung menjelaskan perbuatannya malah seolah-olah seakan tidak mempedulikan apa difikirkan peminatnya.
Penyanyi lagu Material Girl itu sebelum ini juga pernah menimbulkan kemarahan masyarakat Islam apabila membuat kemunculan tahun lalu memakai topeng rantai besi seperti purdah dengan keterangan ‘Revolusi cinta bermula, Insya-Allah.’
Penyanyi lagu Material Girl itu sebelum ini juga pernah menimbulkan kemarahan masyarakat Islam apabila membuat kemunculan tahun lalu memakai topeng rantai besi seperti purdah dengan keterangan ‘Revolusi cinta bermula, Insya-Allah.’
IMEJ terbaru Madonna berhijab di laman Instagram miliknya.
Pada 1998, Madonna pernah memakai pakaian Geisha ketika membuat video muziknya yang menimbulkan kemarahan peminat dari Asia.
Sikap Madonna yang acuh tidak acuh itu dilihat disebabkan tidak mempunyai pemahaman sewajarnya mengenai adat dan budaya negara lain, malah dia dikatakan memandang remeh prinsip serta nilai di sebalik pemakaian niqab sebagai simbol kesopanan wanita Islam.
Bagaimanapun, Ratu Pop itu tidak memberikan ulasan lanjut mengenai gambar berkenaan. - Agensi
Kembar siam jatuh cinta
New Delhi: Selepas mengharungi perit getir hidup bersama tanpa merasai indahnya percintaan, kembar siam Ganga dan Jamuna Mondal akhirnya jatuh cinta dengan lelaki yang sama.
Kembar siam berusia 45 tahun itu terkenal dengan gelaran ‘Adik-beradik labah-labah’ hidup sebatang kara sepanjang hidup kerana masyarakat tidak dapat menerima penampilan luar biasa mereka.
Namun, selepas bertemu dengan pemuda yang baik, Jasimuddin Ahmad kehidupan mereka menjadi indah.
“Ia cinta pandang pertama. Apabila bertemu dengan Jasimuddin, kami dapat merasakan dia akan menyayangi kami dan dia ikhlas,” kata Jamuna.
“Ia cinta pandang pertama. Apabila bertemu dengan Jasimuddin, kami dapat merasakan dia akan menyayangi kami dan dia ikhlas,” kata Jamuna.
GANGA dan Jamuna bahagia bersama Jasimuddin.
Tambahnya, kehadiran Jasimuddin membuat mereka gembira.
“Dulu, kami menderita dan tidak mahu menempuh kehidupan seperti itu lagi.
“Kami berharap dapat menghabiskan sepanjang hidup kami bersamanya,” katanya.
Kembar itu dilahirkan dengan empat tangan dan mempunyai tiga kaki.
Selain itu, mereka yang berkongsi perut, tetapi mempunyai jantung, buah pinggang dan hati berlainan dilahirkan dalam keluarga daif berhampiran Kolkata, Bengal barat.
Malangnya ibu bapa kembar siam itu tidak mampu membayar kos perubatan lalu meninggalkan mereka ketika usia baru mencecah remaja kerana menganggap kehadiran mereka petanda dilaknat Tuhan.
Disebabkan tiada pendidikan, Jamuna dan Ganga menyara hidup dengan menyertai sarkas malah memperoleh pendapatan boleh dianggap lumayan sebanyak £25 (RM140) sehari.
Pasangan itu pernah cuba melakukan pembedahan, namun menolak idea itu kerana khuatir membahayakan nyawa dan mengakibatkan hilang sumber pendapatan.
Mereka bertemu Jasimuddin, 36, guru sekolah yang bekerja sambilan di sarkas sebagai jurutera bunyi.
“Kami terkejut mengetahui dia memahami dan membalas perasaan kami,” kata Ganga.
Sementara itu, Jasimuddin mengakui kehidupannya lebih bermakna sejak mengenali kekasih uniknya itu.
“Sejak bertemu dengan Ganga dan Jamuna, saya memahami derita yang mereka alami.
Saya sudah biasa begini. Saya sentiasa menganggap derita orang lain milik saya dan cuba memperbaiki keadaan,” katanya.
Ganga berkata, Jasimuddin berhati mulia dan pandai berjenaka.
“Dia sangat baik dan sering menghiburkan kami. Kami menggelarnya Mr India,” katanya.
Ditanya mengenai hubungan kelamin, Ganga dan Jamuna tidak mengulas lanjut namun mengakui hubungan mereka dengan Jasimuddin intim.
Menurut mereka, hubungan dijalin sama seperti hubungan lain malah lebih mementingkan persahabatan dan keseronokan.
Jasimuddin dan dua kekasihnya itu hidup bersama sejak tujuh bulan lalu. Mereka bertiga menolak untuk berkahwin kerana menganggap tidak dapat diterima masyarakat. - Agensi
Saintis jumpa tulang dinosaur
2014/07/06 -
Kanak-kanak melihat fosil dinosaur terbesar yang dipamerkan di Muzium Egidio Feruglio di Trelew, Argentina. - Foto AFP |
Harap dapat gali keluar ratusan lagi fosil
Buenos Aires: Beberapa bulan lalu saintis Argentina menemui tulang dinosaur gergasi. Kini mereka berharap untuk menggali keluar ratusan lagi fosil, terutama bahagian kepala dinosaur gergasi itu.
Beberapa tahun lalu, saintis menemui fosil seperti sauropod (pemakan tumbuhan gergasi dengan leher dan ekor yang panjang) di wilayah Patagonia Argentina. Disahkan bahawa kawasan pedalaman itu pernah suatu ketika dulu menjadi habitat dinosaur terbesar di muka bumi ini.
Pada Mei lalu, saintis mengesahkan penemuan rangka sauropod bersaiz gergasi seberat 80 tan dan tulang enam lagi spesis makhluk lain.
Ia menandakan satu pencapaian penting bagi paleontologis dan mendorong mereka untuk merancang lebih banyak penggalian pada musim bunga di hemisfera selatan bermula bulan September dan pada musim panas pada Disember.
Matlamatnya adalah untuk mencari tengkorak sauropod, yang mungkin ditemui sekiranya penggali berhati-hati mencarinya pada batuan untuk lebih banyak fosil.
“Apa yang kami ada dari tengkorak adalah gigi,” kata ahli paleontologi Jose Luis Carballido dari Muzium Egidio Feruglio, di bandar Trelew, 1,400 kilometer di selatan Buenos Aires.
“Mencari tengkorak adalah penting kerana tidak banyak tengkorak sauropod dari peringkat evolusi ini, kami percaya haiwan ini telah melaluinya,” katanya kepada AFP.
Sehingga kini saintis telah melihat tengkorak dari peringkat evolusi terdahulu dan kemudian yang sebelum daripada itu, kata Carballido.
Tinggalan yang ditemui tahun ini adalah dari haiwan yang berada “di tengah-tengah evolusi itu, tetapi kita tidak tahu bagaimana rupa kepalanya,” katanya.
Penemuan dinosaur terbesar yang pernah ditemui itu berlaku di estet swasta 260 kilometer di barat Trelew apabila seorang pekerja ternampak sesuatu yang sebenarnya adalah tulang paha terbesar pernah dijumpai. Tulang itu mencecah 2.40 meter panjang. - AFP
Bangkai ikan paus jadi daya tarikan
|
NEW PLYMOUTH, New Zealand - Bangkai seekor ikan paus biru yang seberat 100 tan menjadi daya tarikan baharu para pelancong di Pulau Utara di sini sejak Isnin lalu.
Ikan yang dikenali sebagai yang terbesar dan terberat pernah wujud itu ditemui mati di pantai Taranaki, dekat sini.
Gambar mamalia itu dirakamkan oleh seorang jurugambar video, Stefan Nagel yang kemudian memuat naik ke laman YouTube.
Imej di laman tersebut menunjukkan bapa Nagel berdiri dan berjalan di atas badan ikan tersebut.
Setakat ini, para saintis tidak mengetahui punca kematian ikan tersebut.
Namun, mereka percaya ikan itu mati kerana sebab-sebab semula jadi.
Renjer Kanan Jabatan Pemuliharaan Taranaki, Callum Lilley berkata, masih sukar untuk menentukan punca yang menyebabkan ikan tersebut mati kerana organ dalaman mamalia itu rosak teruk.
Namun, katanya, kematian ikan itu bukan berpunca daripada serangan ikan jerung.
Nagel memberitahu Daily Mail Australia, dia memandu kenderaan ke pantai Taranaki dan berjalan sejauh dua kilometer sebelum menemui bangkai ikan berkenaan. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0706&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz36dqfdIWf
Hakcipta terpelihara
Subscribe to:
Posts (Atom)