Pages

Saturday, July 7, 2012

78 terbunuh banjir di selatan Rusia

78 terbunuh banjir di selatan Rusia
Pemandangan dari udara menunjukkan bandar Krimsk, Rusia tenggelam dalam banjir yang mengorbankan 78 orang.
MOSCOW - Sekurang-kurangnya 78 orang terkorban dalam kejadian banjir di wilayah Krasnodar, selatan Rusia.
Menurut Kementerian Kecemasan Rusia hari ini, banjir di kawasan itu berpunca daripada hujan lebat sejak semalam.
Menurut laporan agensi berita Rusia, Itar-Tass, kebanyakan mangsa terbunuh adalah di daerah Krymsk.
Seramai 67 orang terbunuh di Bandar Krimsk, yang terletak kira-kira 1,200 kilometer ke selatan Moscow.
Air naik sehingga tujuh meter (23 kaki) di kawasan Krymsk malam tadi.
Kawasan Gelendzhik menerima hujan kira-kira 280 milimeter dalam beberapa jam sahaja.

Rakyat Libya mula undi dalam PRU bebas pertama

Rakyat Libya mula undi dalam PRU bebas pertama
Seorang pemilih menunjukkan kad daftar sebagai pengundi.
TRIPOLI - Rakyat Libya keluar mengundi hari ini pada pilihan raya bebas yang pertama dalam lima dekad lalu, dan juga yang kali pertama selepas pemimpin mereka, Muammar Gaddafi digulingkan menerusi kebangkitan rakyat tahun lalu.

Selepas empat dekad pemerintahan Muammar, rakyat Libya akan memilih wakil rakyat bagi mengisi 200 kerusi Parlimen.

Kira-kira 80 peratus daripada 3.5 juta pengundi yang layak telah mendaftar untuk memilih wakil rakyat daripada kalangan lebih 3,500 orang yang bertanding.

Daripada 2.8 juta yang mendaftar sebagai pengundi, 45 peratus adalah wanita.

Seramai 559 wanita mendaftar bertanding bagi 44 peratus kerusi mewakili parti dan 88 lagi di peirngkat kerusi individu.
Daripada 200 kerusi yang ditawarkan, Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) telah memperuntukkan 100 kerusi bagi bahagian barat Libya, 40 (selatan) dan 60 (timur).Rakyat Libya mula undi dalam PRU bebas pertama - Global - Sinar Harian:

Shard London Bridge dibuka kepada umum

Shard London Bridge dibuka kepada umum
Shard London Bridge muncul bangunan tertinggi di Eropah Barat.
LONDON - Shard London Bridge setinggi 309.6 meter dibuka dengan rasminya oleh Perdana Menteri Qatar, Sheikh Hamad Bin Jassem Bin Jabor Al Thani dan putera Queen Elizabeth II, Prince Andrew, Duke of York, semalam.

Bangunan 72 tingkat itu adalah mercu tanda terunggul di London dengan rekaan tirus bercermin sekali gus menjadi bangunan tertinggi di Eropah Barat.

Jika tiada awan, orang ramai dapat melihat Perancis melalui ruang tinjau di tingkat teratas dengan bayaran 25 pound (RM123).

Bangunan yang siap selepas 12 tahun pembinaan itu, menempatkan ruang pejabat, hotel, pangsapuri eksklusif, tiga tingkat restoran dan ruang tinjau serta berada di kedudukan ke-
59 senarai bangunan tertinggi dunia.Shard London Bridge dibuka kepada umum - Global - Sinar Harian:

WikiLeaks dedah rahsia terbaru

WikiLeaks dedah rahsia terbaru - Global - Sinar Harian:

WikiLeaks dedah rahsia terbaru
WikiLeaks dedah lebih dua juta emel rahsia politik di Syria untuk peringkat pertama, kelmarin.
LONDON - Laman pembocor maklumat, WikiLeaks, kelmarin mendedahkan lebih dua juta emel pegawai kerajaan termasuk pelbagai kementerian di Syria yang bertarikh dari Ogos 2006 sehingga Mac lalu.

Jurucakap laman itu, Sarah Harrison berkata, pendedahan peringkat pertama ini melibatkan 2,434,899 emel termasuk 68,000 dalam bahasa Rusia.

Dalam satu kenyataan, pengasas WikiLeaks, Julian Assange menyatakan tindakan mereka membocorkan emel rahsia tersebut tidak hanya akan memalukan kerajaan kerana ia turut melibatkan pembangkang di negara itu.

"Kami tidak berniat mengkritik mana-mana pihak tetapi tujuan utama WikiLeaks adalah untuk memahami kepentingan, tindakan dan cara pemikiran mereka serta konflik yang sedang berlaku pada masa ini," katanya.

Antara kandungan emel tersebut mendakwa syarikat pertahanan gergasi Itali, Finmeccanica masih terus membekalkan alat komunikasi kepada rejim Presiden Bashar al-Assad selepas pergolakan tercetus pada Mac tahun lalu.

Sementara itu, agensi berita Al-Akhbar di Lebanon yang sebelum ini menyokong kerajaan Syria memaklumkan mereka akan menjalinkan kerjasama dengan WikiLeaks untuk mendedahkan lagi emel mengenai politik dalaman negara itu dan urusan perniagaan elit mereka.

Mac lalu, akhbar Britain, The Guardian juga mendedahkan kandungan ribuan emel peribadi Asma, isteri kepada Assad yang menunjukkan dia berbelanja mewah secara dalam talian
walaupun Syria sedang bergolak.

Pendedahan itu menyebabkan Kesatuan Eropah (EU) sebulat suara untuk mengenakan sekatan ke atas beliau termasuk larangan melancong dan berbelanja di negara anggota mereka.

Kuasa Allah Memang Maha Hebat

Kuasa Allah Memang Maha Hebat (Gambar):
http://naimnikmat.blogspot.com,07 Jul 2012
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/s480x480/149508_171812176181292_6020146_n.jpg

Kuasa Allah memang luar biasa dan Maha Hebat.

Alpine Ibex adalah sejenis kambing liar di kawasan pergunungan Eropah. Kambing jenis ini boleh mendaki permukaan gunung yang cerun dan curam, malah ia boleh memanjat setinggi 6,500 ke 15,000 kaki. Kambing ini gemar menjilat garam pada batu. Dan kebolehannya mendaki itu menjadi ketakjuban ramai saintis yang membuktikan bahawa Alpine Ibex adalah 'gravity-defying goats' yang memiliki sepasang kaki yang mampu melekat dengan utuh di permukaan cerun berbanding manusia atau haiwan lain.

SUMBER

'via Blog this'

Tujuh Nama Lain Mekah Dalam Al Quran

Tujuh Nama Lain Mekah Dalam Al Quran:
Mekah al-Mukarammah merupakan kota tertua dunia dan tempat permulaan Islam. Allah SWT menyebut dalam Al Quran tentang Mekah. Terdapat tujuh nama lain Mekah dalam Al Quran.

1. Makkah, sebagaimana firman Allah SWT, “Dan Dia­lah yang mencegah tangan mereka dari (membinasakan) kamu dan mencegah tangan kamu dari (membinasakan) mereka di tengah kota Makkah. Setelah Allah memenangkan kamu atas mereka.” (Al-Fath [48]: 24).

2. Bakkah, Allah SWT berfirman, “Sesung­guhnya rumah ibadah pertama yang dibangunkan untuk manusia ialah Baitullah di Bakkah, yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi seluruh alam.” (Ali Imran [3]: 96).

3. Umm Al-Qura, firman Allah SWT, “Dan ini (Al Quran) adalah kitab yang telah Kami turunkan yang diberkahi; membenarkan kitab-kitab yang (diturunkan) sebelumnya dan agar kamu memberi peringatan kepada (penduduk) Ummul Qura (Mekah) dan orang-orang yang di luar lingkungannya. Orang-orang yang beriman kepada adanya kehidupan akhirat tentu beriman kepadanya (Al Quran) dan mereka selalu memelihara sembahyangnya.” (Al-An‘am [6]: 92).

4. Al-Balad, seperti firman Allah SWT, “Aku bersumpah dengan negeri ini (al-balad. Makkah) dan engkau (Muhammad) bertempat di negeri ini (al-balad. Makkah).” (Al-Balad [90]: 1-2).

5. Al-Baldah, sebagaimana tersurat dalam firman Allah SWT, “Aku (Mu­hammad) hanya diperintahkan menyembah Tuhan negeri ini (al-baldah, Makkah) yang telah Dia sucikan.” (Al-Naml [27]: 91).

6. Al-Balad Al-Amin, Allah SWT berfirman, “Demi buah Tin dan buah Zaitun, demi gunung Sinai, dan demi negeri yang aman ini (al-Balad al-Amin, Makkah).” (Al-Tin [95]: 1-3).

7. Al-Balad Al Aminin, sebagaimana tersurat dalam firman Allah Swt, “Dan ingatlah ketika Ibrahim berdoa, “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri (Makkah) ini negeri yang aman (al-Balad al-Aminin).” (Al-Baqarah [2]: 126).

Sumber :www.republika.co.id/

'via Blog this'

Pengsan lihat suami hidup

Pengsan lihat suami hidup - Pahang - Sinar Harian:
Jasmin pengsan sebaik sahaja melihat kelibat suaminya bersama bot selamat mendarat selepas dikatakan
Jasmin pengsan sebaik sahaja melihat kelibat suaminya bersama bot selamat mendarat selepas dikatakan hanyut di tengah laut.
KUANTAN - Kerisauan seorang wanita hamil tiga bulan yang setia menanti suaminya yang dikatakan hanyut di tengah laut berakhir walaupun pengsan ‘menyambut’ kepulangan lelaki itu semalam.

Sebelum itu, Jasmin Ali, 29, yang menanti di tepi pantai bersama empat anaknya kelihatan begitu sugul seolah-olah harapan sudah tiada untuk melihat suaminya Wahyu Hidayat Hashim, 34, pulang dengan selamat.

Namun, siapa sangka doanya dimakbulkan apabila melihat kelibat suami bersama bot yang dinaikinya dalam keadaan selamat menghampiri pantai menyebabkan dia tidak dapat mengawal emosi sebelum pengsan.

Menurutnya, dia buntu apabila dimaklumkan suaminya ‘hilang’ selepas turun ke laut dengan menaiki bot fiber kira-kira 6.30 petang kelmarin atas permintaan rakannya.

"Selepas itu tiada berita walaupun saya cuba menghubunginya," katanya ketika ditemui di tepi pantai Balok, semalam.

Turut berada di tempat kejadian, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Chengal Lempong, Sheikh Zahari Sheikh Sulaiman, Ketua Balai Beserah, Chief Inspektor Wan Rohamidun Wan Ishak.

Sementara itu, Wahyu Hidayat yang menaiki bot bersendirian menceritakan detik cemas yang berlaku terhadapnya berkata, dia terpaksa bertarung nyawa selama 15 jam di tengah laut.

"Bot ketika itu kehabisan minyak ketika dalam perjalanan balik ke darat," katanya.

Katanya, kira-kira jam 8 malam kelmarin, dia bertolak pulang dari kapal tetapi malangnya bot itu kehabisan minyak menyebabkan dia terpaksa  melabuhkan sauh dan pada masa sama telefon bimbitnya kehabisan bateri.

“Sepanjang malam saya menunggu dan berdoa di atas bot malangnya tidak ada sesiapa yang melalui kawasan itu sehingga mendapat bantuan bekalan minyak dari sebuah bot nelayan,” katanya yang pertama kali melalui situasi itu.

Menurutnya, sebelum selamat berlabuh di Pantai Balok, botnya juga dibawa ombak dan tiba di kawasan Sungai Ular tetapi tidak boleh ke pantai.

Wahyu Hidayat mengakui bimbang akan berlaku kejadian yang tidak diingini di tengah laut.

“Saya hanya mampu menunggu walaupun bimbang sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini di tengah laut,” katanya ketika ditemui.

'via Blog this'

Lubang misteri terbesar di China

Lubang misteri terbesar di China - Global - Sinar Harian:
Lubang misteri terbesar di China
Sebuah kereta terjerlus ke dalam lubang misteri di wilayah Hunan, kelmarin.
BEIJING - Sepasukan polis terpaksa melakukan operasi mencari dan menyelamat lewat malam kelmarin, apabila secara tiba-tiba sebahagian lebuh raya di jalan Xiangjiang, wilayah Hunan, China, roboh lalu membentuk sebuah lubang besar.

Kejadian itu turut meranapkan sebuah kereta dan meragut seorang pemandu akibat terjerlus ke dasar lubang berkenaan.

Lubang berkeluasan 30 meter persegi itu terbentuk pada laluan paling sibuk dalam wilayah berkenaan.

Menurut anggota penyelamat, mangsa yang terperangkap itu, gagal diselamatkan selepas usaha mengenal pasti dasar lubang tersebut menemui jalan buntu.

Justeru itu, bagi mengelakkan kemalangan berulang, pihak berkuasa tempatan terpaksa menutup jalan berkenaan dan siasatan kemunculan lubang misteri berhampiran sungai Viangjiang itu sedang dilakukan.

'via Blog this'

Bedah siasat Arafat ambil masa

Bedah siasat Arafat ambil masa:
WANITA Palestin berjalan di hadapan lukisan mural wajah Yasser Arafat dan bekas pemimpin Hamas, Ahmed Yassin di Gaza City, 4 Julai lalu. - REUTERS
RAMALLAH 6 Julai - Usaha untuk memeriksa semula jasad Yasser Arafat yang disyaki mati pada 2004, mungkin mengambil lebih masa.
Ini kerana pihak berkuasa Palestin mahu menghantar sepasukan pakar ke Eropah terlebih dahulu bagi mendapatkan maklumat lanjut dari makmal Switzerland dan hospital tentera Perancis.
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah memberikan kebenaran untuk berbuat demikian tetapi keputusan akhir untuk mengambil tindakan itu dilihat akan mengambil sedikit masa.
Pembantu Abbas, Nimr Hamad berkata, satu pasukan pakar akan dihantar ke Eropah untuk mendapatkan maklumat lanjut dari Institut Switzerland dan hospital tentera Perancis di mana Arafat yang merupakan bekas Presiden Palestin meninggal dunia pada 11 November 2004.
Satu lagi halangan terhadap pengambil tindakan itu adalah persetujuan ahli keluarga rapat Arafat termasuk anak saudaranya, Nasser al-Kidwa, bekas utusan khas Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dam ketua Yayasan Yasser Arafat.
Pada awal minggu ini, Nasser kelihatan bersetuju dengan bedah siasat dilakukan dan memberitahu stesen televisyen Al-Jazeera bahawa penemuan institut tersebut adalah bukti dakwaannya selama ini iaitu Arafat telah diracun.
Nesser gagal dihubungi sejak memberi kenyataan kepada al-Jazeera.
Abbas berkata, beliau hanya akan mengarahkan bedah siasat diadakan jika ahli keluarga Arafat memberikan persetujuan namun tidak menyatakan siapakah yang dimaksudkannya.
Siasatan penuh akan menyebabkan soalan yang kurang menyelesakan diajukan kepada kepimpinan Palestin.
Israel sebelum ini dituduh mendalangi kematian Arafat dan jika bedah siasat mendedahkan beliau telah diracun, siasatan juga akan melihat mereka yang rapat dengan bekas pemimpin Palestin itu.
Dalam pada itu, Tunisia meminta Liga Arab untuk mengadakan satu pertemuan peringkat menteri bagi membincangkan keadaan sekitar kematian Arafat. - AGENSI

'via Blog this'

Jeneral paling tadah

myMetro | Jeneral paling tadah: "BEIRUT: Seorang Jeneral berprofil tinggi yang rapat dengan Presiden Bashar al-Assad dan keluarganya, berpaling tadah, memberi tamparan baru kepada rejim itu, kata sumber yang rapat dengan Kerajaan, semalam.

Sumber yang tidak mahu namanya didedahkan, berkata, “Jeneral Munaf Tlass, berpaling tadah tiga hari lalu, dan dia dikatakan telah meninggalkan Syria.”
Tlass adalah pegawai tentera berpangkat paling tinggi yang meninggalkan rejim Syria itu.

Dia adalah anak kepada bekas Menteri Pertahanan, Mustafa Tlass, rakan karib bapa Assad dan pendahulunya, Hafez. Tlass juga anggota pemerintahan kanan di Syria dan juga sahabat Assad ketika mereka kanak-kanak.


Keluarga Tlass yang berfahaman ahli Sunnah wal Jamaah itu berasal dari bandar yang dikuasai pemberontak, Rastan, di tengah wilayah Homs, yang sekarang ini dibedil oleh tentera rejim.


Tlass berpangkat Jeneral dalam pasukan elit Pengawal Republikan, yang ditugaskan untuk melindungi rejim. Tlass diketepikan lebih daripada setahun lalu, selepas dia dianggap tidak boleh dipercayai.

Menurut sumber rapat dengan Damsyik, Tlass memulakan beberapa misi perdamaian tetapi gagal antara penyokong setia rejim dan pemberontak di Rastan dan selatan wilayah Daraa. - AFP "

'via Blog this'

Pemandu wanita ditahan

myMetro | Pemandu wanita ditahan: "ARAR (Arab Saudi): Polis menahan wanita berusia 43 tahun kerana memandu di Arar, di utara Arab Saudi.

Wanita itu pada mulanya dilihat memandu di simpang utama bersama seorang lagi wanita yang duduk di sebelahnya.
Polis mengekorinya sehingga dia meletakkan kenderaan di hadapan sebuah bank. Dia ditahan dan akhirnya dibebaskan di bawah penjagaan bapanya. - Arab News "

'via Blog this'

Dipecat kerana mekap berlebihan

FRANCINE ikrar enggan ubah gaya penampilan.


FRANCINE ikrar enggan ubah gaya penampilan.
LONDON: Seorang pekerja hospital yang dibuang kerja kerana memakai terlalu banyak mekap berikrar untuk tidak mengubah penampilannya untuk sesiapa pun.
Francine Siddaway, 28, dipecat daripada kerja tukang cuci dengan gaji 14,857 pound (RM73,111) setahun di Hospital Addenbrooke di Cambridge enggan mengurangkan pemakaian kosmetik gaya Mesir.
Francine yang kini menganggur selepas bekerja di hospital itu selama tiga setengah tahun, percaya dia menjadi mangsa ketika 600 kakitangan Medirest diarahkan menerima pemotongan gaji atau hilang pekerjaan.

Dia menjelaskan mekap adalah “senjatanya” dan berkata, ia penting untuk memberi keyakinan pada dirinya.

Tukang cuci itu yang kini menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang berikrar tidak akan pernah mengubah penampilannya untuk sesiapa jua.

“Saya suka gaya mekap orang Mesir. Mekap adalah senjata saya - ia membuat saya berkeyakinan.

“Mereka kata mekap saya ‘keterlaluan’, tetapi itu tidak mungkin kerana pekerja lain sering memuji saya.

“Saya rasa selesa dengan memakai mekap dan saya tidak nampak bagaimana ia boleh menjejaskan kerja saya atau menyebabkan sebarang masalah kesihatan atau keselamatan.

“Saya bekerja keras, jadi saya tidak lihat ia sebagai satu masalah. Saya rasa saya menjadi mangsa dan dilayan dengan buruk.

“Saya menghadiri temu duga untuk pekerjaan ini dengan gaya mekap seperti ini dan sejak itu sudah memakainya sedemikian.

“Jelas sekali mengapa kini mereka tiba-tiba memutuskan menghadapi masalah dengan cara mekap saya pada waktu sama pengurangan kakitangan dilakukan.

Francine yang diberitahu boleh tinggal di flet dekat hospital berkenaan jika dia mampu membayar sewa diberhentikan pada 27 April lalu.

Namun, dia mengambil keputusan untuk membuat rayuan dan dihubungi Medirest pada 1 Julai lalu mengatakan mereka tidak akan mengambilnya bekerja semula. - DM

Kaki robotik paling canggih dicipta

GAMBAR menunjukkan sepasang kaki robotik yang dicipta dua saintis di Amerika Syarikat.



PARIS - Dua saintis di Amerika Syarikat (AS), Anthony Lewis dan Theresa Klein menyatakan mereka telah membina sepasang kaki biomekanikal yang paling canggih di dunia.
Kedua-dua mereka dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik Dan Komputer Universiti Arizona, AS, berkata, ia merupakan kaki robotik pertama yang boleh meniru pergerakan kaki manusia.
Menurut mereka, panjang kaki robotik tersebut sekitar separuh daripada kaki manusia dewasa.
Kaki robotik tersebut dilengkapi beberapa sensor dan sebuah komputer kecil bagi membantu ia bergerak di atas permukaan yang berbeza.
Bertujuan untuk membantu saintis memahami cara pergerakan manusia, kaki robotik berkenaan diharap dapat membantu pesakit lumpuh berjalan pada masa depan.
Ciptaan itu didedahkan semalam dalam Journal of Neural Engineering.
- AFP

Fosil ikan paus gergasi diselamatkan

SATU fosil ikan paus gergasi yang terdapat di gurun Ocucaje, Peru pada Rabu lalu.



LIMA, Peru - Sekumpulan ahli geologi berusaha sejak empat tahun lalu untuk menyelamatkan fosil-fosil ikan paus gergasi di gurun Ocucaje 310 kilometer dari sini.
Ahli-ahli arkeologi itu membersihkan fosil itu dengan menggunakan berus selain menggunakan campuran plaster untuk melindunginya daripada retak.
Fosil-fosil itu terdedah selepas pasir yang menimbusnya terhakis akibat tiupan angin.
Menurut beberapa ahli geologi dari Institut Geologi Perlombongan dan Kaji Logam (Ingement), kawasan 'perkuburan ikan paus itu' menjadi gurun ekoran satu letusan gunung berapi yang memusnahkan semua kehidupan laut.
Ia tertanam selama tiga hingga 20 juta tahun lalu.
Menurut kajian 20 tahun lalu, seekor ikan paus sperma gergasi yang berjuta-juta tahun lalu berukuran 20 meter panjang.
- AFP

Penduduk lancar kempen berpakaian sopan



DUA wanita berjalan dekat papan tanda yang meminta pembeli-belah berpakaian sopan di sebuah pusat beli-belah di Dubai pada 25 Jun lalu.


ABU DHABI - Dua wanita di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mengetuai kempen di laman Twitter bagi mencari cara untuk menangani peningkatan bilangan golongan Hawa memakai seluar pendek di pusat beli-belah di negara ini.
Kempen itu dimulakan oleh seorang wanita, Asma al-Muhairi, 23, yang pernah terserempak dengan dua wanita asing yang memakai seluar terlalu pendek di sebuah pusat beli-belah di UAE.
"Ketika saya pergi ke sebuah pusat beli-belah, saya menyaksikan dua wanita asing memakai (seluar) yang saya tidak boleh anggap sebagai seluar pendek. Ia ialah seluar dalam," katanya yang merupakan seorang pekerja dalam bidang pemasaran.
"Kenapa ia (pemakaian seluar pendek) berterusan. Kenapakah ia berlaku di dalam pusat beli-belah? Saya melihat kanak-kanak di sekitar pusat itu," katanya.
Asma yang gagal untuk meminta pihak pengurusan pusat beli-belah campur tangan dalam isu tersebut kemudian bertindak menyuarakan pandangannya di Twitter bersama dengan seorang lagi wanita, Hanan al-Rayes pada Mei lalu.
Kebimbangan mereka itu mendapat banyak reaksi balas daripada pengguna laman tersebut.
Kedua-dua wanita itu kemudian melancarkan kempen di laman tersebut yang dikenali sebagai @UAEDressCode yang bertujuan mencari cara bagi memerangi peningkatan bilangan wanita memakai pakaian singkat dan seluar pendek di pusat beli-belah.
Kempen itu ketika ini mempunyai lebih 3,000 pengikut. - AGENSI

Kastam Hong Kong rampas kokain RM311 juta

GAMBAR menunjukkan kokain yang dirampas dipamerkan kepada wartawan pada sidang akhbar di Jabatan Kastam dan Eksais di Hong Kong semalam.



HONG KONG - Beberapa pegawai Kastam Hong Kong semalam menyatakan bahawa mereka berjaya membuat rampasan dadah kokain paling besar di pulau ini.
Para pegawai itu yang mendapat maklumat daripada kastam Amerika Syarikat (AS) merampas 650 kilogram dadah kokain dengan nilai pasaran sebanyak AS$98 juta (RM311 juta) di dalam sebuah kontena kapal.
Kontena itu dibawa dari Ecuador dengan sebuah trak.
Trak itu dalam perjalanan ke sebuah kawasan industri di daerah New Territories pada Rabu lalu.
Pihak kastam memintas trak tersebut dan menahan tiga orang lelaki tempatan termasuk seorang pemandu.
"Ia merupakan rampasan kokain terbesar pernah dilakukan di Hong Kong," kata Ketua Biro Siasatan Dadah Kastam, John Lee kepada wartawan.
Menurutnya, para pegawai menemui 22 beg yang mengandungi 541 kepingan kokain dan setiap kepingan seberat 1.2 kilogram.
Lee berkata, dia percaya kebanyakan kokain itu akan dihantar ke negara-negara Asia Tenggara.
Bagaimanapun dia menafikan bahawa Hong Kong merupakan laluan transit bagi penyeludupan dadah. - AFP