Pages

Tuesday, December 28, 2010

Perihal Syaitan Laknatullah



Maarij bermaksud nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas bahangnya atau " Al-Lahab " iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru. Sesetengah ulama pula mengatakan " Al-Maarij " itu ialah api yang sangat terang yang memiliki suhu yang amat tinggi sehingga bercampur antara merah, hitam, kuning dan biru.

Sesetengah pendapat pula mengatakan Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan " As-Samuun " iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah SWT jadikan Jaan.

Menurut suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud RA pula menyatakan bahawa angin Samuun yang dijadikan Jaan itu hanyalah satu bahagian daripada 70 bahagian angin Samuun yang sangat panas itu.

Dari api yang amat panas inilah Allah SWT telah menciptakan Jin, iaitu dari sel atau atom atau daripada nukleas-nukleas api. Kemudian Allah SWT masukkan roh atau nyawa padanya, maka jadilah ia hidup seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT. Jin juga di beri izin oleh Allah SWT menzahirkan berbagai-bagai bentuk dan rupa yang disukai dan dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah SAW mengikut tahap dan kemampuan masing-masing. Jin juga diperintahkan oleh Allah SWT menerima syariat Islam sepertimana yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada manusia. Rupa bentuk Jin yang asal selepas di cipta dan ditiupkan roh itu, hanya Allah SWT dan Rasulnya sahaja yang mengetahuinya. Menurut sesetengah ulama rupa, tabiat, kelakuan dan perangai Jin adalah 90 % mirip kepada manusia.

Asal kejadian manusia ialah campuran daripada Jisim Kathif iaitu tanah dan air, Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani, iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang dinamakan "Latifatur-Rabbaniah " sesuai dengan manusia sebagai sebaik-baik kejadian yang diciptakan Allah SWT dan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Manakala kejadian Jin pula ialah campuran Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang sesuai dan sepadan dengan kejadian Jin. Manakala makhluk-makluk lain pula Allah SWT jadikan daripada salah satu unsur tersebut, contohnya, binatang yang dijadikan daripada campuran Jisim Ksayif dan Jisim Syafaf sahaja. Batu dan tumbuh-tumbuhan pula dijadikan daripada Jisim Kasyif semata-mata. Manakala Malaikat pula dijadikan daripada Nurani semata-mata.

Manusia memerlukan masa mengandung selama 9 bulan untuk melahirkan zuriat dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk matang dan menjadi baligh. Berbeza dengan Jin di mana, apabila di sentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka Jin perempuan akan terus mengandung dan beranak dan anak Jin yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaanya sehingga ke hari kiamat. Iblis laknatullah pula apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan mengeluarkan 33 biji telor. Dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang benih itu apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan keluar seperti yang terdahulu. Begitulah proses pembiakan Jin dan Iblis sehinggalah ke hari kiamat.

Sesetengah ulama berpendapat bahawa Azazil itu bukanlah moyang Jin, sebenarnya beliau merupakan satu Jin yang paling abid dan alim di kalangan Jin yang di angkat menjadi ketua ahli-ahli ibadat kepada Jin dan Malaikat. Dia menjadi angkuh dan takbur di atas keilmuan, ketakwaan dan banyak beribadat serta asal usul kejadiannya berbanding dengan manusia ( Adam AS). Maka dengan sifat beliau yang sombong itu Allah SWT telah melaknatnya menjadi kafir dengan nama Iblis.

Jin, Ifrit, Syaitan laknatullah dan Iblis laknatullah adalah merupakan sebahagian daripada golongan Jin, cuma tugas dan fungsi mereka sahaja yang berbeza. Jin sebagaimana yang telah diterangkan di atas ialah sejenis mahkluk Allah yang tersembunyi dan tidak kelihatan oleh manusia. Pengetahuan mereka lebih luas dan sangat panjang usianya. Manakala Ifrit pula adalah daripada golongan Jin yang sangat kuat dan bijak menipu serta sangat busuk hati terhadap manusia. Golongan ini tersangat sombong lagi amat durhaka kepada Allah SWT. Iblis laknatullah dan Syaitan laknatullah juga terdiri daripada golongan Jin dan mereka merupakan golongan Jin yang sangat sombong lagi durhaka, pengacau dan menjadi musuh utama manusia dan mendapat kutukan Allah SWT sehingga ke hari kiamat.

Lafaz "syaitan" sebenarnya berlaku untuk golongan jin dan manusia yang melampaui batas dan membangkang terhadap hukum-hakam Allah. Orang Arab kadangkala menamakan "ular" sebagai syaitan kerana ia membangkang, cepat bergerak dan amat membahayakan. Allah SWT menyebutkan bahawa pohon "Zaqqum" bagaikan kepala syaitan. Pohon Zaqqum adalah pohon yang tumbuh di dasar neraka sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: "Muncungnya bagaikan kepala syaitan." (Ash-Shaffat: 65)

Syaitan laknatullah sentiasa melihat kita sedangkan kita tidak dapat melihatnya. Dia mendengar apa yang kita katakan sedangkan kita tidak merasa apa bisikannya. Iblis laknatullah menggoda manusia dengan cara yang halus dan tidak dirasakan. Rasulullah SAW ada bersabda: "Sesungguhnya syaitan berjalan dalam tubuh manusia seperti berjalan atau mengalirnya darah."

Dari Abu Hurairah RA, katanya Rasulullah SAW bersabda: "Syaitan mengikat tengkuk salah seorang kamu (setiap orang) ketika tidur pada waktu malam dengan tiga ikatan. Apabila orang yang tidur itu bangun dari tidurnya kemudian dia mengingati Allah SWT (membaca doa bangun tidur) maka terbukalah satu ikatan. Jika dia berwuduk, terbukalah satu ikatan lagi dan jika dia mengerjakan solat (fardu Subuh) terbukalah yang ketiga, sehingga dia menjadi sihat dan cergas. Kalau tidak melakukan yang tiga itu, dia merasakan rimas atau malas."

Permusuhan iblis laknatullah serta syaitan laknatullah dengan bani Adam sampai kemuncaknya pada waktu munculnya Al Masih Ad-Dajjal. Pada waktu itu, syaitan laknatullah akan menggandakan usahanya untuk menjerumuskan bani Adam sama-sama menemaninya ke neraka Jahannam. Moga Allah SWT memberi kita perlindungan dari tipudaya syaitan laknatullah ini.

Umar al-Khattab RA berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:
  1. Zalituun laknatullah - Duduk di pasar atau kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
  2. Wathiin laknatullah - Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah SWT.
  3. A'awanlaknatullah - Menghasut sultan, raja, pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan atau kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
  4. Haffaf laknatullah - Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat.
  5. Murrah laknatullah - Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah SWT. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour.
  6. Masuud laknatullah - Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.
  7. Daasim laknatullah - Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim laknatullah akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
  8. Walahaan laknatullah - Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
  9. Lakhuus laknatullah - Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.
Wallahu'alam.
http://abumusa2.blogspot.com

4 Perkara baik dan terlebih baik-Hadis



http://www.moveed.com/data/media/189/CB108094.jpg
Nabi SAW bersabda, ada 4 perkara yang dipandang baik tetapi terlebih baik :
  1. Sifat malu pada lelaki adalah baik, tetapi terbaik jika sifat tersebut terdapat pada wanita.
  2. Keadilan adalah sifat yang baik pada setiap orang, tetapi sifat tersebut terlebih baik jika terdapat pada seorang pemimpin.
  3. Taubat seorang yang sudah tua dalah baik, tetapi taubat seorang pemuda adalah terlebih baik.
  4. Derma dari  seorang jutawan adalah baik, tetapi terlebih baik jika derma adalah dari seorang yang fakir.
1001 Feqh Nasihah, m/s : 20.

11 Tanda-Tanda Kebahagiaan





http://www.moveed.com/data/media/189/CB103603.jpg
  1. Menjauhkan diri dari urusan dunia yang tidak memberi manfaat Akhirat dan suka kepada urusan Akhirat.
  2. Sangat berminat membaca Al-Quran dan beribadat kepada Allah SWT.
  3. Tidak bercakap dengan perkara yang tidak memberi faedah.
  4. Memelihara solat 5 waktu.
  5. Menjaga diri daripada perkara haram dan fitnah.
  6. Bersahabat dengan mereka yang melakukan kebajikan.
  7. Merendah diri dan tidak takabbur.
  8. Bersifat dermawan dan bersifat mulia.
  9. Mempunyai  perasaan belas kasihan sesama makhluk Allah S#T.
  10. Membuat jasa dan bakti kepada orang lain.
  11. Sentiasa mengingati mati.
1001 Feqh Nasihah, m/s : 14.

11 Tanda-Tanda Kesengsaraan



http://www.moveed.com/data/media/189/CB067350.jpg
  1. Tamak terhadap harta benda dunia.
  2. Keinginan kuat kepada nafsu syahwat dan kenikmatan dunia.
  3. Gemar bercakap perkara yang tidak memberi faedah dan suka membuat fitnah.
  4. Mengambil mudah solat lima waktu.
  5. Bersubahat dengan orang-orang jahat.
  6. Berperangai buruk.
  7. Sombong dan suka membangga diri.
  8. Tidak suka menolong orang lain.
  9. Sedikit rasa kasih sayang terhadap orang-orang beriman.
  10. Bakhil dan kedekut.
  11. Lupa kepada mati.
1001 Feqh Nasihah, m/s : 15.

Amerika jangka militan al-Qaeda akan serang




ORANG ramai berpusu-pusu ke pusat beli-belah     Toys R Us store di New York's Times Square, kelmarin, meskipun pihak berkuasa mengambil langkah keselamatan menghadapi serangan pengganas.
ORANG ramai berpusu-pusu ke pusat beli-belah Toys R Us store di New York's Times Square, kelmarin, meskipun pihak berkuasa mengambil langkah keselamatan menghadapi serangan pengganas.


Beratus-ratus kamera dipasang di hotel, pusat beli-belah


WASHINGTON: Amerika Syarikat memperhebatkan kawalan keselamatan di 'sasaran mudah' seperti hotel dan pusat beli-belah, di samping stesen kereta api dan pelabuhan, dalam usaha menghadapi ancaman al-Qaeda, kata pegawai kanan, kelmarin.
Setahun selepas perancangan untuk meletupkan sebuah pesawat yang menuju ke AS digagalkan, Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, Janet Napolitano memberitahu program State of the Union menerusi Cable News Network (CNN) bahawa tempat tertentu dan pengangkutan awam kini diberikan pengawasan lebih rapi.
“Kami mengawasi sasaran mudah – hotel, pusat beli-belah – semuanya pernah diawasi setahun lalu dan juga melatih kakitangan mereka mengenai cara untuk bertindak jika berlaku sesuatu,” kata Napolitano.


Sejak ada cubaan untuk mengebom kawasan Times Square pada malam minggu di New York, Mei lalu, langkah diambil bagi memasang beratus-ratus kamera keselamatan sebagai sebahagian daripada perancangan untuk menambahkan kamera sehingga mencapai angka 3,000 unit.


September lalu, bandar raya ini mengaktifkan kira-kira 500 kamera pengawasan baru di tiga stesen kereta api bawah tanah paling sibuk - Times Square, Stesen Pennsylvania dan Grand Central.


“Mesej yang ingin kami sampaikan adalah segala-galanya lebih baik daripada tahun lalu, terutama pengawasan udara.
“Pada masa sama, kami juga menimbang beberapa langkah lain,” kata Napolitano.
Ketika pengganas berusaha mengelakkan dikesan pengawal keselamatan di lapangan terbang dan mencari ruang baru, katanya, pihak berkuasa juga mengambil langkah untuk memperluaskan lagi pengawasan.


“Apa yang kami harus buat, mungkin mencari apa lagi yang mungkin dilakukan oleh mereka, kerana tugas kami bukan saja untuk bertindak tetapi perlu berfikir ke depan, apa yang akan berlaku.


“Justeru kami memperhebatkan langkah di bahagian hadapan pengangkutan, bukan kerana ada ancaman khusus di sana, tetapi kerana kami tahu, berdasarkan kejadian di Madrid dan London, bahawa ia salah satu sasaran bagi pengganas,” kata Napolitano.


Serangan bom penyerang bunuh diri mengorbankan 52 orang pengguna bas dan tiga kereta api bawah tanah London pada 2005.


Dalam kejadian paling buruk di Eropah, 191 orang terbunuh dan hampir 2,000 cedera di Madrid pada Mac 2004 apabila 10 beg galas yang diisi dengan paku dan bahan letupan meletup dalam empat kereta api ketika kesesakan waktu pagi.


Pada sambutan Krismas tahun lalu, Umar Farouk Abdulmutallab, pemuda Nigeria yang mendakwa dilatih oleh al-Qaeda di Yaman, gagal meletupkan bom yang disembunyikan dalam seluar dalamnya ketika pesawat merentas lautan Atlantik yang penuh dengan penumpang sedang mendarat di Detroit.


Pihak berkuasa AS bertindak balas dengan memasang mesin pengesan baru dan melakukan pemeriksaan tubuh lebih rapi di lapangan terbang.


Napolitano berkata, penumpang antarabangsa di AS juga menghadapi pengawasan lebih ketat sebelum mereka tiba ke pintu masuk pesawat. – Agensi

Pembunuhan kejam, ganas hangatkan 2010

Pembunuhan kejam dan ganas yang melangkaui pemikiran waras manusia normal hangat diperkatakan sepanjang tahun ini.

Berikut adalah antara episod tragis yang juga dianggap antara perlakuan jenayah paling ngeri dalam sejarah negara.

Pembunuhan Sosilawati Lawiya
* 30 Ogos - Jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi terdiri daripada pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsudin, 44; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38; dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang selepas ke Banting, Selangor atas urusan pembelian tanah.

azlan* 9 dan 10 September - Polis menahan lapan suspek berusia 19 hingga 41 tahun termasuk dua peguam adik beradik dan pekerja Ladang Gadong, Jalan Tanjung Sepat, Morib.

* 12 September - Polis mengesahkan Sosilawati dan tiga yang lain menjadi mangsa pembunuhan kejam di Ladang Gadong. Siasatan lanjut mendapati selepas dibunuh, mayat mereka dibakar manakala abu dibuang ke sebatang sungai berhampiran.

* 15 Oktober - Dua daripada suspek dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Teluk Datok atas tuduhan melupuskan bahan bukti dengan membakar mayat dan membuang abu keempat-empat mangsa.

Pembunuhan di Gemencheh
* 5 Januari - Rasidi Ismail, 34, membunuh adik perempuan, bapa, datuk dan neneknya di kediaman keluarganya di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan.

- Mayat Atan Daud, 90, dan isterinya Sutiah Katas, 80, Ismail Awang, 76, dan
Siti Khadijah Ismail, 22, ditemui sama ada dipenggal, ditikam atau anggota mereka putus dalam serangan ganas menggunakan parang.

- Rasidi memenggal kepala Ismail sebelum menanamnya di tanah perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.

* 7 September - Rasidi dibebaskan daripada pertuduhan membunuh empat anggota keluarganya setelah didapati tidak waras semasa melakukan perbuatan itu.

Dera kanak-kanak sehingga mati
* 25 Februari - Syafiah Humaira Sahari, 3, didera dengan tendangan dan pijakan menggunakan kasut bola oleh teman lelaki ibunya Mohd Fazli Azri Jamil sehingga menyebabkan kematiannya di Ulu Yam Lama, Batang Kali.

- Kanak-kanak itu dilaporkan meninggal dunia akibat pendarahan otak dan mengalami kerosakan buah pinggang, akibat dihentak dan ditendang dengan kuat oleh suspek.

* 22 September - Mohd Fazli dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

* 4 Mac - K Haresvarran, 18 bulan, dipijak yang menyebabkan tulang rusuknya retak selain hatinya pecah ketika berada di taman permainan di Pangsapuri Vista Damansara, Jalan Kenanga, Kampung Sungai Ara, Petaling Jaya.

- Kanak-kanak malang itu dipercayai didera oleh suami kepada bekas penjaganya yang merupakan seorang kelindan lori berusia 33 tahun di sebuah taman permainan di Pangsapuri Seri Ara, Damansara.

Pembunuhan Siti Mazni Abdul Rahman
* 17 Disember - seorang gadis tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Putera, Tongkang Pecah, Siti Mazni Abdul Rahman,14, ditemui mati di ladang kelapa sawit yang terletak 150 meter dari rumahnya di Batu Pahat, Johor.

- Mayatnya ditemui dengan kesan tikaman di bahagian hadapan badannya dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya disorok di bawah timbunan daun-daun kelapa sawit di ladang berkenaan.

- Siti Mazni dilaporkan hilang dua hari sebelum itu apabila dia tidak pulang ke rumah selepas memberitahu neneknya Mailiah Idris, 62, yang dia keluar untuk berjumpa dengan rakan-rakannya.

* 19 Disember - Lima orang termasuk empat pelajar ditahan berkaitan kejadian itu.

--Bernama
malaysiakini

Perisik Mossad dikenakan hukuman gantung di Iran

TEHRAN: Iran menjatuhkan hukuman gantung terhadap seorang lelaki yang dipercayai perisik kepada Perkhidmatan Risikan Israel dikenali Mossad, menurut laporan agensi berita negara itu, IRNA. 
IRNA yang memetik pejabat pendakwaraya Tehran, berkata Ali Akbar Sadiat, digantung hari ini di Tehran selepas hukuman mati itu dikenakan atas dakwaan bekerja untuk Mossad.
Ali Akbar juga didapati bersalah kerana mempunyai kaitan dengan Mossad sejak enam tahun. - AFP

Jumlah pembantu rumah pulang bawa anak luar nikah meningkat 273 peratus

JAKARTA: Jumlah pembantu rumah yang pulang dari negara luar bersama anak hasil hubungan luar nikah meningkat 273.7 peratus tahun itu berbanding 2009.
Menurut Badan Perlindungan dan Penempatan Tenaga Kerja Indonesia, hingga kini 71 pembantu rumah pulang membawa anak hasil hubungan sulit di negara luar berbanding hanya ada 19 kes seumpama itu tahun lalu.

Data agensi itu juga menunjukkan, jumlah pembantu rumah yang pulang dalam keadaan hamil juga meningkat 8.1 peratus daripada 197 orang pada 2009 menjadi 213 tahun ini.

Ketua agensi berkenaan, Jumhur Hidayat, berkata keadaan itu mungkin menjadi lebih serius jika tenaga kerja yang akan ke luar negara tidak diberi kekuatan mental. - Agensi

Wanita tua mati kali kedua

SAO PAULO: Polis Brazil mula melakukan siasatan terhadap kes seorang wanita tua yang diisytihar mati, tetapi terjaga ketika berada dalam keranda beberapa jam kemudian di sebuah rumah mayat.
Wanita berusia 88 tahun itu, Maria das Dores (gambar) diisytihar benar-benar mati dua hari selepas kejadian itu.

Namun, siasatan yang dilakukan polis di Minas Gerais bertujuan memastikan sama ada penjagaan kesihatan yang teruk dan kesilapan dalam menentukan penyakit menyebabkan kematian wanita itu. Akhbar O Globo memetik kenyataan pejabat Datuk Bandar Ipatinga sebagai berkata, doktor mengesahkan Maria mati Rabu lalu. Dia bagaimanapun terjaga ketika dalam keranda empat jam kemudian sebelum dihantar ke hospital serta-merta.

Menurut kenyataan itu, Maria mati dua hari kemudian tetapi tidak menyebut punca kematiannya kecuali berkata, dia menghidap darah tinggi. - AP

Gesa tunda solat Isyak

MANAMA: Seorang kolumnis Arab Saudi mencetuskan perdebatan hangat apabila menggesa supaya solat Isyak ditunda kepada sekurang-kurangnya sejam dalam usaha merangsangkan ekonomi, keadaan sosial, kesihatan dan keselamatan.
“Saya hairan kenapa pihak berkuasa tidak menunda solat Isyak kepada sejam supaya kedai dan pusat beli- belah boleh ditutup lebih awal dan hanya restoran, farmasi dan stesen minyak terus dibuka,” kata Salah Al Shihi dalam kulumnya yang disiarkan akhbar Al Watan.

Semua kedai di Arab Saudi tutup ketika solat Isyak dan dibuka semula hingga tengah malam. “Tidak ada alasan keagamaan yang menghalang waktu solat ditunda. Sebaliknya, ia akan mendatangkan lebih banyak kebaikan,” kata Salah.

Menurutnya, pihak berkuasa Arab Saudi menunda beberapa minit solat Isyak sepanjang Ramadan untuk membolehkan umat Islam yang berpuasa mempunyai waktu secukupnyanya untuk berehat selepas berbuka.

Beberapa ulama berkata solat Isyak boleh dilakukan bila-bila masa sebelum tengah malam.

Menurut Salah, jika solat Isyak ditunda sepanjang masa, keadaan sosial ratusan pekerja di pusat beli-belah akan meningkat.


“Saya menerima sepucuk surat daripada seorang lelaki Saudi, pekerja sebuah pusat beli-belah yang mengadu dia terpaksa bekerja hingga lewat malam ketika keluarga dan orang lain berseronok membeli belah waktu itu.

“Kata lelaki itu, usianya sudah menjangkau 60 tahun tetapi keluarganya tidak begitu mengenalinya kerana sentiasa bekerja,” kata Salah.
“Saya bersimpati dengan lelaki itu dan mereka yang senasib dengannya.

“Kita perlu menukar tabiat sosial kita, menunda menunaikan solat dan menutup kedai pada penghujung waktu solat Isyak.

“Semua kedai di negara lain tutup jam 9 malam tetapi di Saudi, orang ramai berbelanja hingga tengah malam.

“Saya hairan apa yang menyebabkan masyarakat kita berbeza dengan penduduk negara lain,” katanya.

Wanita 292.1 kg makan 30,000 kalori


DONNA SIMPSON makan makanan 30,000 kalori pada Sabtu lalu



NEWARK - Seorang ibu yang mempunyai dua anak di negeri New Jersey, Amerika Syarikat (AS), Donna Simpson memakan makanan mengandungi 30,000 kalori yang boleh mengenyangkan lebih 12 orang, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia mengambil masa dua jam dan membelanjakan AS$231(RM717) untuk menghabiskan dua ayam belanda seberat 11.3 kilogram (kg), sejumlah daging, 6 kg kentang, lima buku roti, 2.2 kg herba, 1.8 liter kuah, 1.8 liter sos kranberi dan 9 kg sayur ketika makan malam Hari Krismas pada Sabtu lepas.
Simpson yang seberat 292.1 kilogram dan tinggi 1.57 meter itu merupakan ibu paling gemuk di dunia tetapi dia mahu menambahkan berat badannya sehingga 453.6 kilogram untuk bergelar wanita paling gemuk di dunia. - Agensi, kosmo

Guru yoga paling muda di dunia




WALAUPUN berusia tujuh tahun, Shruti Pandey boleh melakukan posisi yoga yang sukar.


NEW DELHI - Seorang budak perempuan berumur enam tahun, Shruti Pandey menjadi guru yoga termuda di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia kini mengajar sekumpulan orang dewasa di Allahabad, India.
Budak perempuan itu sudah mengajar golongan dewasa sejak dua tahun lalu.
Pelatih budak itu, Hari Chetan yang berusia 67 tahun mengesan bakat budak tersebut semasa dia menjadi muridnya semasa berusia empat tahun.
"Dalam tempoh enam bulan latihan, dia mengejutkan orang ramai kerana dia berjaya melakukan posisi yang sukar dengan mudah dan sempurna," kata Chetan.
Shruti berkata: "Saya berasa seronok apabila orang ramai mengikuti arahan saya. Saya seperti seorang guru yang sebenar.
"Saya meminati yoga selepas melihat abang saya melakukan senaman itu. Saya cuba untuk mengikuti pergerakannya tetapi ia amat sukar. Justeru, saya meminta ibu bapa saya menghantar saya ke kelas yoga."
Salah seorang pelajarnya berusia 90 tahun memuji kesabaran Shruti semasa mengajar.
Seorang pelajarnya yang berusia 48 tahun menyatakan dia berjaya mengawal kemarahan selepas mengikuti kelas yoga itu. - Agensi, kosmo

Individu gemar bersosial miliki saraf otak besar



NEW YORK - Satu kajian di Amerika Syarikat (AS) mendapati mereka yang gemar bersosial dan memiliki ramai kenalan memiliki kelompok saraf yang besar dikenali sebagai amigdala, lapor sebuah akhbar semalam.
Amigdala merupakan kelompok saraf berbentuk seperti kacang di dalam otak manusia. Kajian itu melibatkan imbasan ke atas 58 otak sukarelawan.
Dalam kajian itu, kumpulan yang menemui lebih ramai anggota keluarga dan rakan-rakan memiliki amigdala yang lebih besar berbanding mereka yang kurang bersosial.
Seorang penulis kajian berkenaan, Lisa Feldman Barrett dari Universiti Northeastern menyatakan, penemuan tersebut tidak memeranjatkan kerana amigdala berfungsi untuk membantu manusia mengenali sama ada seseorang itu merupakan rakan, orang asing atau musuh.
"Amigdala merupakan pusat kepada jaringan otak yang penting untuk aktiviti sosial," katanya.
Menurutnya, setiap orang mempunya satu amigdala yang sebahagiannya berada di sebelah kiri dan sebahagian lagi di kanan.
Kajian amigdala menjadi tumpuan pada awal bulan ini apabila beberapa penyelidik melaporkan mengenai seorang wanita yang memiliki amigdala yang tidak berfungsi.
Wanita berkenaan didapati tidak berasa takut dengan haiwan berbisa dan situasi yang mengancam dirinya. Seorang pakar otak, Arthur Toga dari Universiti California, Los Angeles menganggap kajian itu dilakukan dengan sempurna manakala keputusan yang dihasilkan adalah kukuh.
Menurutnya, idea untuk mengaitkan struktur otak dengan kelakuan manusia merupakan sesuatu yang menarik dan penting. - Agensi

Gambar sensasi terbaru Rahma Azhari


RAHMA AZHARI (tengah) bergambar dengan jurulatih Filipina, Simon McMenemy (kanan) di sebuah disko di Jakarta baru-baru ini.

JAKARTA - Pelakon sinetron Indonesia, Rahma Azhari, 29, sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila gambar yang menunjukkan wajah miripnya bersama seorang lelaki dalam sebuah kolam mandi tersebar di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.
Gambar itu menunjukkan seorang wanita mirip Rahma mencium seorang lelaki.
Sebelum ini, Rahma mencetuskan kontroversi apabila bergambar dalam keadaan intim dengan jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Filipina, Simon McMenemy.
Isu terbaru itu kini heboh diperbincangkan di jaringan kumpulan Blackberry Messengar (BBM) dalam kalangan peminatnya di negara itu.
Sehingga kini, tiada sebarang pengakuan yang dibuat oleh pelakon filem Pocong Kamar Sebelah itu berhubung isu terbaru tersebut.
Adik kepada pelakon terkenal Ayu Azhari itu juga tidak dapat dihubungi melalui telefon bimbit. - Agensi
kosmo

Facebook paling popular semasa Krismas



LONDON - Laman jaringan sosial Facebook merupakan laman web paling popular di Britain pada Hari Krismas sekali gus mengatasi enjin carian Internet, Google untuk kali pertama, lapor sebuah akhbar semalam.
Kunjungan ke Facebook pada hari berkenaan merangkumi 10.50 peratus daripada semua penggunaanInternet di Britain dengan Google mencatat 9.77 peratus.



Pada Mac tahun ini, Facebook mengatasi Google sebagai laman web yang menerima kunjungan terbesar di Amerika Syarikat.
Ia menerima 7.97 peratus daripada keseluruhan trafik di Internet manakala Google pula berada di tempat kedua dengan 7.03 peratus.
Facebook yang diasaskan oleh sekumpulan pelajar Universiti Harvard termasuk Mark Zuckerberg, empat tahun lalu, kini mempunyai 500 juta pengguna di seluruh dunia. - Agensi

Abramovich beli bangunan pangsapuri RM717 juta


ROMAN ABRAMOVICH (kanan) dan kekasihnya Dasha Zhukova menyaksikan satu perlawanan bola sepak di Stadium Bloomfield, Tel Aviv, Israel pada 31 Januari 2008.

LONDON - Bilionair Rusia dan pemilik kelab bola sepak Chelsea, Roman Abramovich membeli sebuah bangunan pangsapuri mewah di Britain yang dianggarkan bernilai sekitar £150 juta (RM717 juta), lapor sebuah akhbar semalam.
Terletak di Lowndes Square di sini, kediaman itu mempunyai keluasan 2,787 meter persegi dengan lapan bilik tidur, tiga tingkat bawah tanah, sebuah kolam renang, sebuah panggung wayang mini, sauna serta beberapa flat untuk stafnya.
Ia memberi banyak keselesaan kepada Abramovich, 44, teman wanitanya, Dasha Zhukova, 29, dan seorang anak lelaki mereka Aaron yang berumur setahun.
Rumah tersebut bakal menjadi lambang kekayaan dan cita rasa mewah Abramovich yang memiliki beberapa belas kediaman dan merupakan orang ke-15 terkaya di dunia dengan anggaran kekayaan mencecah £14 bilion (RM66.9 bilion).
"Nampaknya, kediaman itu akan dihiasi seperti sebuah istana. Beliau mahu hiasan dalaman yang berprestij dengan dekorasi tudor era Victoria," kata satu sumber.
Menurutnya, kertas cadangan bagi pengubahsuaian kediaman tersebut telah diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan.
Bangunan tersebut pada asalnya merupakan rumah bandar berkembar yang dipisahkan menjadi sembilan apartmen mewah pada 1998. - Agensi
kosmo