Pages

Tuesday, February 9, 2016

Hijarbie kini popular di Instagram



PATUNG 
permainan kanak-kanak Barbie bertudung menjadi tumpuan pelayar laman Instagram sejak awal bulan ini.
Akaun tersebut yang diuruskan oleh seorang pelajar dari Nigeria, Haneefah Adam, 24 menampilkan patung Barbie yang dipakaikan pakaian kasual dan tudung jahitannya sendiri.
Kata Haneefah kepada Buzzfeed, pakaian yang dipakai oleh Barbie miliknya diinspirasi oleh pemakaian wanita Muslim yang terkini.
"Saya mahu Hijarbie menjadi inspirasi kepada kanak-kanak perempuan Muslim. Sebuah patung yang sama budaya dan agama dengan latar belakang mereka," kata Haneefah.
Haneefah berharap Hijarbie berupaya membuat wanita Muslim lebih menghargai kecantikan diri, stail dan penampilan.
"Hijab membawa maksud kesederhanaan kepada saya. Hijab adalah mahkota saya dan melambangkan kawalan diri saya sendiri terhadap bagaimana saya ingin dilihat oleh orang lain.
"Hijab (menutup aurat) juga adalah satu kewajipan dalam agama Islam," balas Haneefah sambil tersenyum.
Instagram beliau kini sudah mempunyai 12,000 pengikut yang kebanyakannya berminat untuk mendapatkan anak patung tersebut untuk koleksi peribadi
.

'Pelakon' filem Transformers dilelong


Trak Peterbilt 379 'Optimus Prime'.

TRAK
 ikonik Peterbilt 379 yang dipopularkan dengan watak 'Optimus Prime' dan Chevrolet Camaro SS yang 'berlakon' watak 'Bumblebee' telah dilelong sejak 22 Januari lepas.
Perkara tersebut diumumkan oleh gergasi filem Hollywood, Paramount Pictures dan pengarah francais filem Transformes, Michael Bay.
Syarikat lelong, Barret-Jackson teruja menerima penghormatan untuk melelong 'hero' filem Transformers berkenaan.
"Kami gembira kerana Paramount Pictures memilih kami sebagai pelelong Optimus Prime dan Bumble Bee. Kami sentiasa aktif dan akan memilih penjaga terbaik kepada hero-hero ini," kata CEO Barret-Jackson, Craig Jackson.
Selain daripada dua kenderaan berkenaan, Barret-Jackson juga melelong hampir 1,400 kenderaan eksotik lain pada lelongan tahunan berkenaan.
Antara kenderaan 'high profile' yang juga dilelong adalah X66 Double COPO Yenko Camaro, L88 Corvette tahun 1969, GTO Judge convertible tahun 1971 dan dua Buick big-block tahun 1970 untuk kategori 'muscle cars'
.

Ferrari 335 Sport Scaglietti, kereta paling mahal di dunia


Orang ramai melihat model kereta Ferrari 335 Sport Scaglietti
Orang ramai melihat model kereta Ferrari 335 Sport Scaglietti yang dipamerkan di karnival Paris Retromobile di Paris kelmarin yang berjaya dijual pada harga 32 juta euro (RM48.58 juta). REUTERS
PARIS 6 Feb. – Sebuah kereta Ferrari klasik model 335 Sport Scaglietti berjaya dijual pada harga 32 juta euro (RM48.58 juta) dalam satu lelongan di Paris semalam, sekali gus memecahkan rekod harga kereta paling mahal di dunia.
Portal Mail Online melaporkan, kereta tersebut dibeli oleh seorang pembeli yang enggan identitinya didedahkan.
Kereta lumba itu pada awalnya dibeli dan dimiliki oleh seorang pengumpul dari Perancis, Pierre Bardinon yang merupakan seorang pelumba kereta pada 1970.
Bagaimanapun, Bardinon yang meninggal dunia pada 2012, memaksa keluarganya menjual kereta itu di sebuah syarikat lelongan bagi menyelesaikan bil cukai wa-risan keluarga berkenaan.
Kereta legenda itu mampu mencapai kelajuan sehingga 299 kilometer sejam pada 1957.
Kenderaan itu menjadi pilihan pemandu-pemandu terkenal untuk berlumba dan pengeluar kereta dari Itali berkenaan diberikan gelaran Pengeluar Dunia pada 1957 ekoran penghasilan kereta itu.
Pengarah pengurusan bagi pusat lelongan Artcurial Motorcar, Matthieu Lamoure berkata, rekod kereta paling mahal sebelum ini dipegang sebuah lagi kereta Ferrari jenis 250 GTO yang dijual pada harga 28.5 juta euro (RM132.33 juta) pada 2014.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/ferrari-335-sport-scaglietti-kereta-paling-mahal-di-dunia-1.187567#sthash.IkankvBc.dpuf