Pages

Thursday, October 14, 2010

Proton perkenal Inspira berharga RM79,888

SEORANG lelaki melihat model baru keluaran Proton Holding Berhad, Proton Inspira, yang akan menggantikan Waja pada anggaran harga jualan RM79,888 bagi model kelas bawah dan tidak melebihi RM95,000 bagi model peringkat tinggi. Model ini ditawarkan dengan dua kapasiti enjin iaitu 1.8 liter, 2.0 liter dan tempahan boleh dibuat mulai hari ini. - Foto Syed Abdullah Syed Nordin


14/10/2010 7:59pm

SUBANG – Proton Holdings Bhd. memperkenalkan Sedan baharu empat pintu bersaiz sederhana “Inspira”, dengan harga permulaan pada RM79,888 dan ia bukan model pengganti bagi Waja.
"Waja sedang dihentikan. Ini bukan pengganti,” kata Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir di pelancaran awal edisi terbaharu produk Proton itu di sini.
Beliau berkata, model baharu itu adalah hasil daripada perkongsian jangka panjang Proton dengan Mitsubishi Motors Corporation (MMC).
Kerjasama dengan MMC untuk menghasilkan Inspira membolehkan Proton menjimatkan banyak masa dan dana, katanya.
"Daripada pandangan syarikat ia lebih murah,” katanya sambil menambah kos untuk membangunkan sebuah kereta yang benar-benar baharu ialah kira-kira RM700 juta.
"Ia kerjasama sama-sama menang bagi Proton dan MMC,” katanya.
Tempahan bermula hari ini dengan fi minimum RM1,000.
Mereka yang menempah kereta dari hari ini sehingga 15 November akan mendapat perkhidmatan servis dua tahun percuma atau 50,000km pertama. – Bernama

Operasi menyelamat disifatkan tiada bandingan

YANG PERTAMA DISELAMATKAN: Encik Florencio Avalos, keluar dari kapsul Phoneix selepas dibawa naik ke permukaan bumi malam kelmarin, setelah 69 hari terperangkap di dalam lombong emas San Jose dekat bandar Copiapo, 800 kilometer ke utara Santiago, Chile. -- Foto AFP

14 Okt 2010

LUAR NEGARA

PEKERJA LOMBONG CHILE TERPERANGKAP


Pelombong tunjukkan semangat setiakawan dalam keadaan sukar


LOMBONG SAN JOSE (Chile): Operasi bagi menyelamatkan pelombong yang terperangkap selama 69 hari dalam lombong emas dan tembaga di gurun Atacama, utara Chile, disifatkan Presiden Chile, Encik Sebastian Pinera, sebagai 'tiada bandingannya di dunia'.
'Operasi menyelamat serupa ini tidak pernah dilakukan sebelum ini,' katanya semalam.Para pekerja penyelamat menghantar kapsul logam mirip peluru berpandu sepanjang empat meter - diberi julukan Phoenix - untuk menarik keluar pelombong satu persatu ke permukaan bumi.Seramai 33 pelombong terpe- rangkap di dalam lohong sedalam 625 meter di bawah tanah sejak 5 Ogos lalu apabila 700,000 tan batu runtuh lalu menutup jalan keluar dari dasar lombong.Setelah 17 hari mereka disangkakan sudah mati. Namun, secebis nota yang dikirim ke atas pada 22 Ogos lalu melalui satu lohong penyelamat yang digerudi mendapati mereka masih hidup.Sejak itu operasi menyelamat menjadi perhatian seluruh dunia.Makanan, air, oksigen dan saluran komunikasi dikirim kepada pelombong tersebut melalui lubang sampingan. Kemudian kapsul penyelamat dibina khas bagi membawa mereka keluar.Masalah teknikal terburuk yang boleh berlaku ialah jika ada seketul batu jatuh, ia boleh menyebabkan kapsul tersendat dan tidak boleh bergerak, kata penyelaras operasi menyelamat, Encik Andre Sougarett, kepada Associated Press.Kapsul berkenaan dijangka mengambil masa 15 minit untuk membawa pelombong naik.Tetapi jika mereka terpaksa dibawa naik dengan pantas, kelajuan boleh ditingkatkan sehingga tiga meter sesaat, kata Menteri Kesihatan, Encik Jaime Manalich.Pakar-pakar menjangka operasi menyelamat pelombong terakhir hanya dapat diselesaikan selepas 36 jam, yakni hari ini.Para pelombong yang menggelar diri mereka '33' ternyata sehati sejiwa dan kental dengan semangat setiakawan.Orang pertama dipilih untuk dibawa keluar ialah penolong formen, Encik Florencio Avalos, 31 tahun, kerana beliau yang paling sihat dan tegap.Tetapi mereka saling berbalah untuk menjadi orang terakhir diselamatkan, namun akhirnya memutuskan formen Luis Urzua, 54 tahun, yang kepimpinannya membantu pelombong bertahan selama 17 hari tanpa komunikasi dengan dunia luar, sebagai orang paling akhir dibawa keluar.Mereka malah mahu menunggu sehingga kesemua 33 orang ditarik keluar sebelum dibawa ke hospital secara berkumpulan, kata Encik Manalich.Pihak berkuasa sebenarnya mahu menerbangkan setiap pelombong secepat mungkin ke hospital bagi menjalani pemeriksaan dan rawatan, jelasnya.'Rakyat Chile dan seluruh dunia tidak akan melupakan malam ini,' kata Encik Pinera kepada lebih 1,000 wartawan di tapak lombong.'Apabila (rakyat) Chile bersatu, terutama pada waktu sukar, kita dapat melakukan perkara yang besar,' tegasnya. -- Agensi.
http://cyberita.asia1.com.sg

'Satu keajaiban daripada Tuhan'


PERTAMA KE ATAS: Encik Florencio Avalos memeluk seorang yang tidak dikenali selepas keluar daripada kapsul The Phoenix awal pagi semalam, di Lombong San Jose, Chile. -- Foto AFP

LUAR NEGARA

OPERASI MENYELAMAT PEKERJA LOMBONG DI CHILE



LOMBONG SAN JOSE (Chile): Seramai 12 daripada 33 pelombong yang terperangkap selama 69 hari dalam lombong emas dan tembaga di gurun Atacama, utara Chile, ditarik keluar dalam tempoh 10 jam pertama pagi semalam.
Para pekerja penyelamat menggunakan kapsul logam mirip peluru berpandu diberi julukan The Phoenix yang dibina jurutera tentera laut Chile untuk menarik pelombong satu persatu ke permukaan bumi, dari lohong sedalam 625 meter di bawah tanah.'Operasi berjalan lebih lancar daripada yang dirancang,' kata Menteri Kesihatan, Encik Jaime Manalich, kepada pemberita.'Selamat kembali,' kata Presiden Chile, Encik Sebastian Pinera, kepada Encik Jorge Galleguillos, 56 tahun, yang menjadi pelombong ke-11 diselamatkan.'Terima kasih kerana percaya bahawa kami masih hidup,' jawab Encik GalleguillosNama pelombong ke-12 tidak dinyatakan pihak media.Pelombong yang pertama keluar dalam perjalanan kapsul selama 16 minit ialah penolong formen, Encik Florencio Avalos, 31 tahun, sejurus selepas tengah malam kelmarin.Encik Avalos, yang memakai kaca mata hitam dan tersenyum lebar, memeluk isterinya, Cik Monica Araya, 33 tahun, dan anaknya, Barion, tujuh tahun, yang menangis.'Ini satu keajaiban daripada Tuhan,' kata Encik Avalos.Beliau kemudian memeluk Encik Pinera, sedang orang ramai berso- rak kegirangan 'Chile! Viva Chile!' bermaksud 'Chile! Hidup Chile!'.Pelombong kedua, Encik Mario Sepulveda Espina, 40 tahun, ditarik keluar sejam kemudian.Selepas memeluk isterinya, Cik Elvira, beliau menghadiahkan batu lombong kepada para pekerja penyelamat, yang tertawa lucu.'Tuhan telah menyelamatkan saya,' kata beliau.Pelombong ketiga diselamatkan Encik Juan Illanes, 52 tahun, ditarik keluar sejam selepas itu.Satu-satunya pelombong rakyat Bolivia, Encik Carlos Mamani, 23 tahun, dan keempat diselamatkan, disambut anggota keluarga dan dipeluk oleh Encik Pinera.'Syukur kepada Tuhan. Terima kasih Chile!' kata beliau.Presiden Bolivia, Encik Evo Morales, dijangka ke Chile untuk bertemu beliau.Pelombong termuda, Encik Jimmy Sanchez, 19 tahun, Encik Osman Isidro Araya, 30 tahun, dan Encik Jose Ojeda, 46 tahun, merupakan pelombong kelima, keenam dan ketujuh dibawa keluar.Pelombong tertua, Encik Mario Gomez, 63 tahun, merupakan orang kesembilan ditarik keluar sekitar 7.58 pagi semalam.Beliau, yang diberi julukan The Navigator (jurumudi) diberi peralatan khas bagi mengatasi masalah pernafasan.Pelombong kedua diselamatkan, Encik Sepulveda, semalam mengkritik pengurusan lombong dan mahu 'ada perubahan dari segi kerja'.Presiden Chile, Encik Pinera, mengarahkan agar dirombak semula sistem keselamatan lombong selepas kecelakaan itu.'Lombong ini mempunyai sejarah kemalangan yang panjang. Ia tidak akan dibuka semula jika tidak dapat menjamin keutuhan, keselamatan dan nyawa para pelombong,' tegas beliau.Di Santiago, ibu kota Chile, pemandu kenderaan membunyikan hon tanda gembira, manakala di bandar Copiapo, datuk bandar menutup sekolah supaya ibu bapa dan kanak-kanak dapat menyaksikan operasi menyelamat dari kaca televisyen.Operasi tersebut turut disiarkan secara langsung ke Amerika Syarikat, Eropah dan Timur Tengah.Orang terakhir akan dibawa keluar ialah ketua formen, Encik Luis Urzua. Operasi menyelamat dijangka selesai selepas 36 jam, yakni hari ini.Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, memuji kecekapan para pekerja penyelamat.'Kami berdoa semoga dengan rahmat Tuhan, semua pelombong akan keluar dengan selamat,' kata beliau. -- Agensi.
http://cyberita.asia1.com.sg

Sebatian kimia dan keunikan semut



SEKALI pandang, semut adalah sejenis makhluk kecil yang tidak memberikan apa-apa manfaat dalam kehidupan manusia.
Namun begitu, makhluk kecil ini mendapat perhatian istimewa dalam agama Islam sehinggakan di dalam kitab suci Al Quran sendiri ada suatu surah khas yang dinamakan semut iaitu Surah al-Naml.
Kehidupan semut juga agak unik. Bayangkan bagaimana beribu-ribu ekor semut di dalam koloni mereka dapat mengenali antara satu sama lain.
Pernahkah kita memerhatikan pergerakan semut sewaktu ia berjalan dan berjumpa semut lain.
Semut-semut seakan-akan bercium atau bersentuhan antara satu sama lain. Seolah-olah mereka kenal antara satu dengan yang lain di dalam sebuah kumpulan semut yang berjumlah puluhan ribu pada satu-satu masa.
Ahli kimia dan biologi telah bergabung untuk merungkai misteri dan rahsia di sebalik keunikan serangga jenis semut ini yang tidak dipecahkan sejak berabad-abad lamanya.
Saintis kimia dan biologi berusaha untuk menemukan sejenis sebatian kimia yang tersimpan di dalam jasad semut yang membolehkan mereka berinteraksi, kehidupan mereka yang tersusun, teratur, tekun dan juga berdisiplin dalam menjalankan kehidupan sebagai seekor semur di alam ini.
Saintis di Eropah dan Finland telah membuat kesimpulan awal bahawa sejenis semut yang dikenali sebagai Formica exsecta memiliki sebatian kimia campuran alkena dan komposisi setiap sebatian kimia jenis alkena tersebut adalah unik dan berbeza antara satu dengan yang lain.
Kajian awal tentang tingkah laku semut yang dijalankan menunjukkanbahawa, perubahan kecil yang dilakukan ke atas komposisi sebatian kimia yang dimiliki ooleh semut akan memberikan reaksi dan tingkah laku berbeza bagi setiap semut tersebut.
Menurut Stephen Martin dari Universiti Sheffield United Kingdom, mekanisme komunikasi dan interaksi antara beberapa koloni semut dalam kategori atau spesies yang berlainan adalah satu fenomena unik yang cuba dikaji oleh saintis.
Kumpulan penyelidik yang diketuai oleh beliau memulakan penelitian dengan melihat tingkahlaku semut-semut dari satu koloni yang sama dengan meletakkan telur-telur mereka di dalam sarang koloni semut yang lain.
Mereka ingin mengkaji mengapa situasi tersebut berlaku.
Selain itu, satu lagi fenomena yang cuba untuk difahami oleh saintis ialah tentang bagaimana semut-semut ini mampu mengenali ribuan semut lain di dalam sarang dan koloni mereka, namun akan mula bertindak agresif dan menyerang kumpulan semut yang datang dari koloni lain.
Hipotesis awal menunjukkan sebatian kimia yang ada pada semut ini mempengaruhi setiap tindak-tanduk semut.
Semut yang dipilih untuk kajian iniialah jenis Formica execta yang merupakan spesis terbaik untuk mengkaji komposisi kimia yang dimiliki oleh koloni semut bagi memecahkan rahsia komunikasi serangga ini menurut Profesor Stephen Martin.
Spesisi F.execta menghasilkan sebatian campuran kimia alkana dan alkena, dan untuk mengetahui rahsia ini semut merupakan serangga yang paling baik untuk tujuan tersebut.
Seorang lagi saintis kimia dari Universiti Keele, United Kingdom iaitu Profesor Falko Drijfthout menggunakan Gas Chromatography Mass Spectrometry untuk mempelajari profil alkena yang terhasil dari setiap koloni semut.
Dalam kajian beliau, Drijthouft menemui dalam satu koloni, profil alkena hampir sama dengan semua semut yang lain yang menunjukkan bahawa mereka menggunakan hanya alkena dan bukan alkana untuk melihat koloni musuh yang cuba menyusup masuk dalam koloni mereka.
Salah satu kaedah uji kaji yang dijalankan ialah dengan mencelup semut yang diambil dari satu koloni ke dalam bahan kimia heksana iaitu sejenis pelarut universal untuk memecahkan komposisi bau berasaskan alkena yang sedia ada pada badan semut tersebut.
Selepas dineutralkan menggunakan heksana, semut tadi kemudiannya direndam pula ke dalam alkena dan diletakkan semula ke dalam koloninya yang sama.
Dari pemerhatian pengkaji, semut tadi kemudiannya terus diserang oleh semut-semut lain walaupun ia datang dari kumpulan atau koloni yang sama.
Uji kaji lain pula dilakukan dengan menggunakan alkena-alkena jenis berlainan untuk koloni semut yang sama dan keputusanjelas menunjukkan sebatian kimia alkena yang berbeza akan membuatkan kumpulan semut ini tidak dapat mengenali ahli koloni mereka sesama sendiri.
Menurut Martin, penemuan awal, kajian ini adalah sangat penting bagi kumpulan saintis dalam mempelajari biologi dan kimia koloni serangga yang telah mengkaji tentang keunikan kehidupan semut.
Ia seolah-olah memberikan satu petanda atau kod-kod tertentu kepada semut dalam berkomunikasi dan interaksi sesama mereka.
Penemuan sebatian kimia jenis alkena di dalam semut mungkin boleh diaplikasikan dalam penciptaan teknologi terkini sistem pengecaman yang semakin hari semakin kompleks.
Teknologi sistem pengecaman manusia umpamanya menjadi semakin penting apabila saban hari kita dikejutkan dengan berita-berita penjenayah yang gagal dikesan dengan teknologi yang sedia ada.
Kemungkinan penyelidikan Profesor Stephen Martin dan Falko Drijftout tentang komposisi kimia di dalam serangga semut dapat dimanfaatkan untuk tujuan tersebut. Banyak kemungkinan yang boleh berlaku dalam dunia sains dan penyelidikan.
Penulis ialah Pegawai Sains di Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN) Universiti Kebangsaan Malaysia.
http://cyberita.asia1.com.sg

Buah petai penuh khasiat

ANEKA RASA: Petai boleh dijadikan masakan sambal petai.


MUNGKIN tidak ramai yang meminati ulam Petai. Ada yang mengatakan baunya menusuk hidung. Namun tahukah anda Petai mengandungi pelbagai khasiat.
Anaemia
Petai mengandungi zat besi dan boleh menyemarakan pengeluaran haemoglobin (what is this) dalam dalam dan justeru boleh membantu pesakit yang kekurangan darah.
Tekanan Darah
Ulam tropika ini mengandungi bahan potasium yang tinggi tetapi kandungan garamnya pula adalah rendah. Oleh itu Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) baru-baru ini membenarkan industri Petai menyenaraikan khasiatnya untk mengurangkan risiko tekanan darah dan serangan angin ahmar.
Tenaga Minda
Seramai 200 pelajar di Sekolah Twikenham Middlesex dibantu menjalani peperiksaan mereka dengan memakan petai semasa sarapan, masa rehat dan makan tengah hari. Kajian menunjukkan ulam yamg tinggi dengan potasium itu boleh membantu pembelajaran dengan membuat pelajar lebih awas dan segar.
Sembelit
Petai juga mengandungi serat dan boleh membantu menyempurnakan pembuangan air.
Gigitan Nyamuk
Jika anda digigit nyamuk cuba gosokkan bahagian dalam kulit petai pada bahagian yang digigit. Ramai dapati ia dapat mengurangkan lebam dan rasa gatal akibat gigitan serangga tersebut.
Kandungan Vitamin
Petai mengandungi zat vitamin B. Antara lain vitamin B boleh membantu mengamankan sistem saraf.
Kandungan B6 dan B12 dalam Petai juga boleh membantu mereka yang inging membuang tabiat merokok. Ini kerana bahan tersebut dengan bahan potasium dan magnesium dalam petai boleh mengurangkan keingingan untuk merokok.
Jelas Petai menawarkan pelbagai khasiat. Jika dibandingkan dengan buah epal, ia mengandugai empat kali lebih banyak protein, dua kali lebih banyak karbohidrat, lima kali kandungan Vitamin A dan dua kali kandungan vitamin lain.
http://cyberita.asia1.com.sg

Budak melecur selepas minum tonik tenaga

source: http://www.bharian.com.my

By Betty Subaryati
bhkb@bharian.com.my
2010/10/14


  • Foto
    MOHAMAD SHAHRULNIZAM ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab 19 September lalu.
  • Foto
    MOHAMAD SHAHRULNIZAM menunjukkan minuman yang dibelinya di Takbai di rumahnya di Kampung Limbungan, Kelantan, semalam.
Steven Johnson syndrome natural pupils sitting for UPSR missed

Pasir Puteh: Action Year Six pupils take painkillers after drinking tonic restorer of energy, almost total darkness when the body burns to Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu for 20 days.
Foto
MOHAMAD Shahrulnizam show he bought the drinks at his home in Kampung Takbai Yard, Kelantan, yesterday.
Unfortunate events befall students study at the National School (Male), Mohamad Ibrahim Shahrulnizam, it occurs after drinking a bottle of tonic products purchased in the neighboring town of Takbai, while on the way back to the village of her birth, Khatijah Mahyes, 42, in Pattani, southern Thailand to celebrate Eid on 10 September."When stopped at Takbai, Shahrulnizam RM1 buy a bottle of tonic and drink it before complaining of a headache.

"I told him to sleep in the car until he reached the village at 5pm, before giving the pill because she is still a headache.

"However, next morning, her face swollen and bloated and her husband led me back to our house in Pasir Puteh before refer to the Tengku Anis Hospital (HTA.

"My son was referred to the situation HRPZII serious burns and start," he said when met at the Village Limbongan here. 
Khatijah said, her entire body burned black like the other spots filled blisters and cause him to be detained for further treatment in HRPZII and allowed to return on 3 October.

He said doctors had informed Shahrulnizam Steven Johnson syndrome due to an allergic reaction that tonic with a killer headache.

"During this time, we often take a tonic, but have never experienced such an incident Shahrulnizam. Apart from a neighboring country, the drinks are sold in about Earth Sciences, Kok Lanas and Rantau Panjang," he said.

Shahrulnizam said he tired tonic drink that caused it to sit apart Primary School Achievement Test (UPSR) from 21 to 23 September.

"During the examination, the eyes and my face is still swollen. A study at the District Education Officer visited the hospital to assure I can sit for final exams to Form A, the end of December, "he said.

"Although allowed to return from HRPZII, I still have to undergo follow-up of an expert eye, skin and throat of the problems experienced," he said. 

Lelaki ditahan

HULU SELANGOR: Seorang lelaki yang dipercayai terbabit kes pembunuhan seorang warga emas di Kampung Keliang, Kalumpang, di sini, Isnin lalu, ditahan di Ulu Bernam, malam kelmarin.
Suspek seorang warga tempatan berusia 43 tahun itu ditahan kira-kira jam 10.30 malam di rumahnya.Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi, berkata suspek yang mempunyai tiga rekod jenayah itu membabitkan kes dadah dikenal pasti seorang daripada suspek kes pembunuhan itu.
“Suspek kini direman hingga 19 Oktober ini dan kami percaya dia dapat membantu menyelesaikan kes pembunuhan bekas tentera terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Kelmarin, akhbar ini melaporkan mangsa, Saad Johari Yamin, 73, seorang bekas tentera mati ditembak di rumahnya, di Kampung Keliang, Kalumpang, dekat sini.
Kejadian berlaku pada jam 11.58 malam apabila mangsa cuba menjerit meminta pertolongan selepas rumahnya dimasuki penjenayah ketika dia dan isteri, Enson Rashid, 65, tidur.

Pengguna Internet China selar bencana lombong negara itu

BEIJING: Pengguna Internet China semalam mengecam rekod keselamatan perlombongan negara itu ketika gerakan menyelamat 33 pelombong yang terperangkap di Chile dijalankan.
“Mereka bernasib baik dilahirkan di Chile. Jika kami, sudah pasti kami akan terkambus hidup-hidup dan mati,” kata seorang pengguna Internet.

“Operasi menyelamat di Chile memalukan China. Ramai pekerja China mati akibat bencana lombong,” katanya. - Reuters

Gadis malang dapat hidung baru

LONDON: Seorang remaja Afghanistan yang cacat pada mukanya selepas dikelar oleh suami tersenyum lebar ketika menunjukkan hidung palsu barunya untuk kali pertama, semalam.
pix_middle
Aisha, 19, memeranjatkan masyarakat dunia apabila muncul kali pertama di muka depan majalah Time tanpa hidung, Ogos lalu.

Semalam, dia dengan berani muncul di depan khalayak ramai dengan memakai hidung palsu, sesuatu yang memberikan idea kepadanya mengenai bagaimana dia akan kelihatan selepas menjalani pembedahan.

Dia muncul depan kamera televisyen untuk menerima anugerah Enduring Heart di satu majlis untuk Yayasan Grosman Burn, sebuah pertubuhan yang berpusat di Los Angeles yang membiayai pembedahannya.

Aisha menerima anugerah itu daripada isteri Gabenor California, Maria Shriver.

Ketika berusia 12 tahun, bapa Aisha mengahwinkannya dengan seorang lelaki yang didakwa pejuang Taliban, kononnya sebagai membayar hutang.
Dia diserahkan kepada keluarga lelaki itu yang kemudian menderanya dan memaksanya tidur di kandang haiwan.

Apabila cuba melarikan diri, dia ditangkap dan hidung dan telinganya dipotong oleh suaminya sebagai hukuman.
“Apabila mereka memotong hidung dan telinga saya, saya pengsan. Pada tengah malam, saya terasa air sejuk mengalir dalam hidung saya.

“Saya langsung tidak dapat melihat kerana dilitupi darah,” katanya kepada wartawan CNN, Atia Abawi.

Dia dibiarkan di kawasan pergunungan tetapi berjaya merangkak hingga ke kediaman datuknya.

Bapanya berjaya menghantarnya ke pusat perubatan yang dikendalikan tentera Amerika Syarikat, tempat dia dirawat selama 10 minggu.

Mereka kemudian menghantarnya ke sebuah pusat perlindungan rahsia di Kabul dan dihantar ke Amerika Syarikat Ogos lalu. - Agensi

Dapat permata

JERTIH: Kisah gadis misteri yang semakin menarik perhatian orang ramai, Siti Balqis Mohd Nor, 22, bertambah unik apabila tujuh batu permata dipercayai delima, nilam dan zamrud tiba-tiba jatuh dari siling rumahnya, semalam.


BUKTI...Norizan menunjukkan batu permata yang jatuh di rumahnya, semalam.
BUKTI...Norizan menunjukkan batu permata yang jatuh di rumahnya, semalam.

Lima daripada batu itu berwarna putih manakala dua lagi masing-masing berwarna biru dan hijau sebesar kira-kira duit syiling 20 sen.

Kejadian pertama berlaku kira-kira jam 1 tengah hari ketika Siti Balqis dan ahli keluarganya berada di ruang tamu dan mereka terdengar bunyi benda jatuh dalam biliknya.

Selepas membuat pemeriksaan, mereka menemui sebiji batu delima di atas katil.

Manakala batu kedua pula jatuh jam 2.45 petang di ruang tamu, diikuti batu ketiga pada jam 3 petang.

Kira-kira 20 minit kemudian, sebiji lagi batu delima jatuh di hadapan seorang jurukamera TV3 yang sedang minum bersama kru rancangan Misteri Nusantara di ruang tamu dan terpelanting pada kameranya.
Dua biji batu lagi jatuh kira-kira jam 6 petang di ruang tamu dengan salah satu daripadanya berwarna biru dipercayai nilam. Kira-kira sejam kemudian, sebiji batu berwarna hijau dipercayai zamrud pula jatuh di ruang tamu.

Ibu Siti Balqis, Norizan Said, 47, berkata, dia menyifatkan penemuan batu terbabit sesuatu yang luar biasa dan mungkin ada hikmahnya.
Katanya, semua batu berkenaan kini disimpan dalam bekas khas yang direndam dengan air Zam-Zam.

Ratu Cantik India berambut perang




WELLINGTON, New Zealand - Ratu Cantik India New Zealand, Jacinta Lal (gambar), 21, dikritik hebat kerana dia tidak kelihatan seperti seorang wanita berketurunan India, lapor sebuah akhbar semalam.
Bapa Jacinta berketurunan Fiji-India manakala ibunya pula ialah warga New Zealand.
Gadis bermata biru dan berambut perang itu disindir oleh para penonton apabila dia diumumkan sebagai pemenang pertandingan Ratu Cantik India New Zealand bagi peringkat Wellington pada Ogos lalu. Penganjur pertandingan, Dharmesh Parikh mengakui terdapat dua atau tiga aduan mengenai Jacinta.
"Walaupun terdapat aduan, ramai orang India yang menggalakkan saya menyertai pertandingan ini.
"Kita tidak boleh membuat anggapan bahawa semua orang mempunyai pandangan yang serupa hanya kerana komen-komen daripada golongan yang berfikiran sempit," kata Jacinta.
Parikh menyatakan bilangan mereka yang tidak berpuas hati adalah kecil.
"Insiden ini agak menyedihkan dan kurang menyebelahi Jacinta. Dia sepatutnya diterima dalam dunia India kerana dia seorang gadis India yang cantik," kata Parikh. - Agensi