Pages

Wednesday, August 27, 2014

Wanita India bunuh harimau dengan sabit

RABU, 27 OGOS 2014 @ 3:59 PM

 
NEW DELHI: Seorang wanita berusia 56 tahun berjaya membunuh seekor harimau bintang yang menyerangnya dengan sebilah sabit.

Wanita itu, Kamla Devi, sedang bekerja di ladangnya ketika harimau berkenaan menerkam.

Dia memberitahu stesen penyiaran India, CNN-IBN mengenai bagaimana dia bergelut dengan harimau terbabit selama setengah jam Ahad lalu sebelum berjaya membunuhnya dengan sabit.

"Harimau itu menerkam saya beberapa kali. Lama juga saya cuba mempertahankan diri," katanya di katil hospital di mana beliau mendapat rawatan di Uttarakhand.

Tambahnya: "Apabila diterkam, saya capai sabit dan terus lawan. Selepas itu harimau terbabit mati," katanya.

Devi, yang menjadi janda sejak beberapa tahun lalu, memberitahu Hindustan Times dia sememangnya 'takut' apabila diterkam harimau berkenaan tetapi enggan mengaku kalah.

"Saya kumpulkan semangat saya dan lawan balik. Saya berjanji bahawa ini bukan hari terakhir saya," katanya. - AFP

Saudi bakal dibanjiri 1.3 juta jemaah haji asing


Kira-kira 1.3 juta jemaah haji asing dijangka membanjiri Arab Saudi untuk musim haji kali ini. - AGENSI
RIYADH 26 Ogos - Lebih 1.3 juta jemaah haji asing bakal menunaikan ibadah itu tahun ini, dengan 228,000 daripadanya merupakan jemaah dari negara Asean termasuk Malaysia dan Indonesia.
Menurut Kementerian Haji Arab Saudi hari ini, penduduk dari negara-negara Asia Selatan merupakan jemaah haji paling ramai tahun ini dengan 410,000 jemaah, diikuti jemaah dari negara-negara Arab iaitu 250,000 orang.
Sebanyak 190,000 jemaah pula datang dari Turki dan negara-negara Eropah, bukan negara Arab (170,000) dan Iran (63,000).
Ahli Jawatankuasa Haji dan Umrah Negara, Saad Al-Qurashi berkata, seramai 150,000 jemaah tempatan termasuk pegawai turut dijangka menunaikan haji dan daripadanya seramai 41,000 jemaah bakal mendapat manfaat daripada kos perkhidmatan haji rendah.
Sementara itu, Dewan Perniagaan Mekah menyatakan, Arab Saudi bakal menerima pendapatan sebanyak SR32 bilion (RM26.35 bilion) sepanjang musim haji Oktober ini, peningkatan tiga peratus berbanding tahun lalu.
Menurut laporan dewan tersebut seperti yang disiarkan Saudi Gazette, seorang jemaah asing biasanya memperuntukkan sejumlah SR17,381 (RM14,362) sepanjang menjalankan ibadah haji termasuk kos penginapan, makanan, minuman, cenderamata dan bil telefon.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140827/lu_06/Saudi-bakal-dibanjiri-13-juta-jemaah-haji-asing#ixzz3BY2mAQNM
© Utusan Melayu (M) Bhd 

36 tahun bawa janin


Wanita berusia 60 tahun itu hamil ketika berusia 24 tahun, tetapi mengalami keguguran akibat kandungan membesar di luar rahim, kata seorang doktor, semalam. 
Wanita berkenaan dari kawasan luar bandar di tengah India takut menjalani pembedahan mengeluarkan baki janin itu, sebaliknya hanya mendapatkan ubat tahan sakit di klinik tempatan. 

Walaupun kesakitan itu beransur pulih, ia bagaimanapun kembali beberapa tahun kemudian, memaksanya mendapatkan bantuan perubatan, kata pakar di hospital di Nagpur, Murtaza Akhtar.
Foto
RANGKA janin yang disusun semula selepas dikeluarkan dari perut wanita berusia 60 tahun itu.

“Dia datang kepada kami, mengadu sakit perut,” kata pakar itu.

Doktor mendapati bawah kanan perutnya membengkak dan bimbang ia mungkin barah. 

“Tetapi kami terkejut melihat keputusan imbasan. Ia sebenarnya rangka manusia yang sudah lama berada di dalam perutnya,” katanya.- AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/27

Dijual RM81 untuk jadi pelacur


Bandung: Polis di sini semalam menyelamatkan seorang gadis yang baru saja dijual dengan harga Rp300,000 (RM81) kepada sebuah rumah pelacuran.

Bercakap kepada wartawan di ibu pejabat polis Bandung, ketua polis Mahsudi berkata, pihaknya melancarkan gerakan mencari gadis berusia 14 tahun itu selepas menerima laporan mengenai kehilangannya daripada ibubapanya.
Menurut Mahsudi, pihaknya menahan seorang lelaki dipercayai bapa ayam yang membeli gadis itu daripada lelaki bernama Jem.

Hasil siasatan mendapati gadis itu yang berhenti sekolah, meninggalkan rumah untuk mendapatkan pekerjaan di pusat bandar Bandung.


Dia diperkenalkan dua rakannya kepada lelaki bernama Jem yang hingga kini masih diburu polis.


Jem berjanji mencarikannya kerja sebagai jurujual di kedai akuarium tetapi membawanya kepada bapa ayam dikenali sebagai DS.

‘Jem menjual mangsa dengan harga Rp300,000 kepada DS,” kata Mashudi.
DS dalam keterangannya kepada polis berkata, dia enggan membeli mangsa tetapi didesak Jem.

Dia kini dalam tahanan dan berdepan hukuman penjara lima tahun sekiranya didapati bersalah atas tuduhan permerdagangan manusia. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/27

Singapura beli 16 pesawat penggempur secara sulit


Pembelian itu didedahkan dalam satu artikel yang disiarkan majalan Jane’s Defence baru-baru ini. 
Sebuah akhbar Internet Singapura melaporkan, Singapura pada mulanya membeli 24 pesawat berkenaan dan jika artikel itu sahih, ini bermakna tambahan 16 pesawat itu dibuat tanpa pengetahuan umum atau perbahasan Parlimen. 

Menurut artikel itu, Kementerian Pertahanan tidak mengesah atau menafikan laporan berkenaan, bermakna ia sahih.
Foto
GAMBAR fail pesawat F-15SG.

Artikel itu menyatakan, pembelian itu dibuat secara sulit kerana ‘ia keputusan strategik untuk membuat negara jiran berteka-teki.’ - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/27

Dituduh seks dengan tilam


London: Seorang lelaki dihadapkan ke mahkamah semalam atas tuduhan mengadakan seks dengan tilam.

Dalam keterangannya kepada Mahkamah Majistret di Derry, seorang anggota polis berkata, dia menemui lelaki yang pernah didapati bersalah atas tuduhan seks, berbogel dari pinggang ke bawah.
Sambil menonton filem porno menerusi pemain DVD, dia melakukan gerakan seks dengan tilam di tempat letak kereta sebuah rumah orang tua di bandar itu awal pagi Sabtu lalu.

Martin Gregory Coll, 52, dihadapkan ke mahkamah atas dua tuduhan berkait dengan kejadian itu.


Selain dituduh berkelakuan tidak senonoh, dia juga berdepan tuduhan ‘melakukan perbuatan lucah dan menjijikkan sehingga mencetuskan kemarahan orang awam dengan menonton filem porno secara terbuka sambil mengadakan seks dengan tilam ketika berbogel.’


Sarjan polis itu memberitahu Hakim Peter King, defendan dijatuhi hukuman tertunda minggu lalu kerana mencuri tabung dari sebuah depoh bas dilihat memasuki kawasan rumah orang tua berkenaan menerusi pintu belakang, jam 5 pagi.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/27

Mati kesejukan dalam peti mayat


Amman: Seorang lelaki yang diisytihar mati dan dihantar ke rumah mayat, dipercayai sedar semula dan berusaha untuk keluar dari peti mayat, tetapi akhirnya meninggal dunia kerana kesejukan.

Guru sekolah Masoud Al Hamdouni diisytiharkan mati oleh doktor di hospital di Irbid selepas diserang sakit jantung.


Selepas dihantar ke rumah mayat, anggota keluarganya meminta kebenaran melihat mayatnya sekali lagi.

Bagaimanapun, pekerja rumah mayat terkejut melihat kedudukan mayat Masoud apabila menarik petinya.


“Laporan koroner membuktikan Masoud terjaga dalam peti di rumah mayat Sabtu lalu dan cuba keluar. Dia seolah-olah bergelut untuk keluar sebelum mati akibat kesejukan,” kata pengerusi persatuan guru di Irbid, Qassim Al Masri. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/27

Pencuri paling bodoh


Kedua-dua pencuri itu, Li, 22 dari Hubei dan Wang, 23, dari Juangsu, bercita-cita menjadi kaya dalam sekelip mata. 
Mereka bersama-sama memecah masuk sebuah kereta diletakkan di luar pusat beli-belah di Jiaxing dan nasib mereka baik apabila menemui wang tunai 120,000 yuan di dalamnya. 

Kedua-dua sahabat itu kemudian ke sebuah hotel. Sementara Li baring di atas katil bersama-sama duit itu, Wang merakam gambarnya.
Foto
LI dengan wang yang dicurinya.

Li memuat naik gambar berkenaan ke Internet dengan kapsyen : “Peroleh wang ini dalam masa singkat.”

Polis mengesan sumber gambar itu dan menahan mereka atas tuduhan mencuri. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/27

Lelaki tertinggi meninggal dunia


Leonid Stadnyk, yang dikatakan terlalu ‘pemalu’ sehingga enggan diukur untuk membolehkannya direkodkan dalam buku rekod dunia Guinness dipercayai 21 inci lebih tinggi daripada bekas pemain bola sepak England Peter Crouch.
Petani yang berasal dari perkampungan Podoliansty, Ukraine, dilaporkan meninggal dunia disebabkan pendarahan otak akibat masalah kesihatan berlanjutan.

Stadnyk pernah dilaporkan berkata: “Pada saya, ketinggian luar biasa ini satu sumpahan, hukuman daripada Tuhan. Ia bukannya sesuatu yang patut dibanggakan.
Foto
IBU Stadnyk mengukur ketinggiannya.

“Saya tidak tahu apa dosa dilakukan sehingga dihukum sebegini. Sepanjang hidup ini saya hanya mahu menjalani kehidupan normal seperti orang lain.

“Saya tidak mahu terkenal disebabkan ketinggian luar biasa ini dan tidak ingin direkodkan dalam buku rekod Guinness,” katanya.

Malah, dia juga tidak pernah berkahwin kerana bimbang membawa kesusahan kepada pasangannya.

Stadnyk mula menunjukkan ketinggian luar biasa pada usia 12 tahun apabila ketumbuhan tidak berbahaya dalam otaknya mengakibatkan badannya mengeluarkan hormon pembesaran berlebihan.

Pada satu masa, keadaan dihidapinya itu yang dikenali sebagai ‘giganticism’ menyebabkan dia membesar hampir satu kaki setiap tiga tahun.

Dia juga memakai kasut bersaiz 27 (mengikut ukuran United Kingdom) disebabkan kakinya berukuran hampir 18 inci manakala tapak tangannya mempunyai ukur lilit lebih sekaki. 

Jurucakap Guinness berkata, pihaknya memutuskan untuk menyenaraikan warga China Xi Shin sebagai lelaki tertinggi dunia pada ketinggian hampir 7 kaki 9 inci disebabkan keengganan Stadnyk memberikan kerjasama.- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/27

Pesawat terpaksa mendarat selepas penumpang bergaduh



SEBUAH pesawat Boeing 737 milik syarikat penerbangan United Airlines.


NEW YORK - Sebuah pesawat milik syarikat United Airlines terpaksa membuat pendaratan luar biasa selepas dua penumpang penerbangan berkenaan bergaduh kerana berebut ruangan tempat duduk.
Kejadian tersebut berlaku pada Ahad lalu selepas seorang penumpang lelaki menghalang seorang wanita di hadapannya daripada menurun penyandar tempat duduk kerana dia sedang menggunakan komputer riba.
Ketika kejadian pesawat itu dalam penerbangan domestik dari Newark, New Jersey ke Denver, Amerika Syarikat.
Seorang pramugari kemudiannya meminta lelaki itu membenarkan wanita tersebut menurunkan penyandar tempat duduknya tetapi lelaki berkenaan tetap enggan.
Wanita tersebut yang tidak berpuas hati terus bangun dan membaling lelaki itu dengan cawan berisi air.
Pergaduhan yang tercetus antara kedua-dua penumpang yang berusia 40-an itu menyebabkan pesawat berkenaan terpaksa mendarat di Chicago.
Kedua-dua penumpang itu tidak ditahan pihak berkuasa tetapi mereka tidak dibenarkan meneruskan perjalanan semula. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0827&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz3BXrdAMgK 
Hakcipta terpelihara 

Kura-kura kepala dua ditemui



SEORANG pekerja memegang seekor kura-kura berkepala dua yang ditemui di sebuah ladang ternakan kura-kura di negeri Arkansas, Amerika Syarikat.


AMAGON - Pekerja di sebuah ladang ternakan kura-kura di negeri Arkansas, Amerika Syarikat teruja selepas mendapati seekor kura-kura yang menetas di ladang itu mempunyai dua kepala dan masih hidup selepas beberapa minggu dilahirkan.
Kura-kura itu ditemui dalam kumpulan 30,000 ekor haiwan tersebut yang diternak di ladang kura-kura NEA di bandar ini sebelum dieksport ke China pada minggu lalu.
Seorang pekerja memberitahu bahawa mereka pernah menemui kura-kura yang mempunyai dua kepala, memiliki kaki atau ekor yang banyak tetapi haiwan itu mati sejurus ia menetas.
Sementara itu, seorang ahli biologi berkata, penemuan kura-kura yang memiliki ciri unik seperti itu amat jarang berlaku.
Pihak pengurusan ladang ternakan kini dilaporkan merancang untuk menjual haiwan berkenaan kepada mana-mana pengumpul haiwan yang berminat. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0827&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz3BXrLDw00 
Hakcipta terpelihara 

Budak lelaki terselamat selepas dilanggar kenderaan SUV



KELIHATAN seorang kanak-kanak berada dalam keadaan 
terduduk selepas dilanggar sebuah kenderaan jenis SUV 
di sebatang jalan di bandar Jining, Shadong, China.


SHANDONG - Satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di timur laut China merakam kejadian seorang kanak-kanak lelaki yang sedang mencangkung dan leka bermain dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).
Sewaktu kejadian, kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu bermain kayu dan tukul besi di tengah sebatang jalan di bandar Jining dalam wilayah Shandong sebelum sebuah kenderaan jenis SUV berwarna merah yang dipandu perlahan datang dari arah belakang kanak-kanak itu dan merempuhnya.

SELEPAS dilanggar, kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu terus bangun dan berlari tanpa sebarang kecederaan serius.


Beberapa saat kemudian, kanak-kanak itu kelihatan keluar dari bawah kenderaan itu dalam keadaan terkejut dan bangun sebelum berlari meninggalkan tempat kejadian.
Pemandu kenderaan itu bagaimanapun segera memberhentikan kenderaannya selepas menyedari telah melanggar seorang kanak-kanak.
Dalam kejadian itu, mangsa dilaporkan terselamat dan hanya mengalami luka-luka ringan pada muka dan kakinya.
Menurut pihak berkuasa, kanak-kanak itu terselamat kerana saiz badannya yang kecil selain jarak antara bahagian badan kenderaan dan tayar yang agak tinggi. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0827&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3BXr9GTx4 
Hakcipta terpelihara 

Budak lelaki maut disengat obor-obor paling berbisa



OBOR-OBOR kotak merupakan antara makhluk paling berbisa 
di dunia.


BANGKOK - Pihak berkuasa Thailand semalam meminta pelawat di pulau peranginan Koh Phangan agar berwaspada apabila berenang selepas seorang budak lelaki warga Perancis berumur lima tahun mati disengat obor-obor paling berbisa di dunia.
Mangsa yang bercuti bersama keluarganya mati pada Sabtu lalu selepas dia disengat obor-obor kotak yang disifatkan antara makhluk paling berbisa di Bumi.
"Siasatan awal mendapati kanak-kanak itu mati akibat sengatan obor-obor kotak," kata Leftenan Polis, Saengroj Somrotrat kepada agensi berita AFP.
Koh Phangan yang terletak di Teluk Siam dekat Koh Samui sememangnya menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.
Sengatan obor-obor kotak yang mempunyai belalai sepanjang antara 2 hingga 3 meter itu boleh membawa maut kepada manusia.
Haiwan itu hidup dengan memakan ikan kecil dan spesies krustasia seperti udang.
- AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0827&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3BXqvwY00 
Hakcipta terpelihara