Pages

Tuesday, March 25, 2014

Pengantin tiba-tiba bersilat

WARTAWAN SINAR HARIAN
Pengantin tiba-tiba bersilat
Mohd Shahfizal secara tiba-tiba meninggalkan kerusi pengantin untuk beraksi.
25 Mac 2014
 SUNGAI PETANI - Orang ramai yang menghadiri majlis perkahwinan di Taman Keladi dekat sini kelmarin gempar apabila pengantin lelaki yang lengkap mengenakan pakaian mempelai meninggalkan kerusi tempat duduk pengantin yang telah dikhaskan.

Tindakan pengantin lelaki, Mohd Shahfizal Muhammad Shahfawi, 27, yang bekerja di sebuah syarikat industri itu turut mengejutkan pasangannya, Nor Hasliza Abd Rashid, 24, yang sedang disandingkan bersama ketika itu.

Bukan sahaja tetamu yang hairan, malah ibu bapa pengantin turut terkejut menjadikan suasana sedikit cemas dan kelam-kabut.

Bagaimanapun, tindakan Mohd Shahfizal itu dilakukan bagi membolehkannya membalas ‘panggilan’ salah seorang ahli pertubuhan silat yang sedang dalam pertunjukan ketika itu.

Dia dilihat mengambil tempat di lokasi pertunjukan silat bersama beberapa ahli pertubuhan berkenaan sebelum mempamerkan kemahiran yang dimiliki dalam seni mempertahankan diri tersebut.

Tindakannya mendapat perhatian pengunjung yang kemudian mengerumuni tempat pertunjukan bagi menyaksikan dengan lebih dekat.

Menurut Shahfizal yang juga Jurulatih Silat Lincah Malaysia, tindakan itu dilakukan bagi ‘membalas’ pergerakan setelah dicabar anak buah yang sedang membuat pertunjukan ketika itu.

Mohd Shahfizal berkata, dia terus memulakan langkah apabila dicabar anak buah yang sedang beraksi.

“Saya juga tidak menyangka akan turut serta membuat pertunjukan kerana mengikut perancangan awal, hanya anak buah sahaja yang terlibat.

“Tetapi, secara tiba-tiba mereka ‘mencabar’ saya untuk turut serta dan saya menyambut cabaran itu tanpa dirancang. Namun Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar akhirnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Nor Hasliza yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta turut terkejut dengan tindakan suami yang secara tiba-tiba meninggalkan kerusi pengantin untuk beraksi.

“Saya juga tidak menyangka suami akan membuat persembahan kerana dia pun tidak membuat sebarang persiapan,” katanya.

Perahu lama ‘timbul’

Oleh Ahmad Ismail
Segamat: “Pada waktu malam selepas membawa pulang perahu lama itu ke rumah, saya bermimpi dikejar dua lelaki berbadan besar,” kata Sulaiman Hussain, 39, penduduk Kampung Spang Loi yang mendakwa menemui artifak lama berusia ratusan tahun ketika mencari ikan di Sungai Muar.
Menurutnya, dia menemui perahu berkenaan bersama beberapa serpihan pinggan mangkuk dan botol serta terompah kayu ketika mencari ikan di sungai yang terletak berdekatan rumahnya pada jam 5.30 petang, 14 Mac lalu. 
Katanya, dia ke sungai berkenaan bersama lima rakannya untuk mencari ikan berikutan paras air yang surut susulan kemarau.

“Tidak lama kemudian, saya ternampak sebatang kayu besar timbul dan membawanya pulang ke rumah kerana bercadang untuk dijadikan pagar kebun sayuran saya.
Foto
PENDUDUK kampung melihat perahu yang ditemui Sulaiman (kanan).

“Dengan bantuan rakan lain, kami cuba menariknya tetapi terlalu berat. Apabila menyimbahnya dengan air sungai untuk melihat apakah sebenarnya kayu yang kami tarik itu, saya terkejut apabila mendapati ia sebenarnya sebuah perahu.
-metro


Perahu lebih 100 tahun dijumpai
Penduduk jumpa perahu dagang China ratusan tahun
2014/03/25 - 01:02:29 AM Oleh Ahmad Ismail 
Segamat: Pelbagai artifak dipercayai berusia ratusan tahun ditemui sekumpulan lima lelaki ketika mencari ikan di Sungai Muar di Kampung Spang Loi, dekat sini. 

Artifak berkenaan seperti perahu, serpihan pinggan mangkuk, botol dan terompah kayu, ditemui kira-kira jam 5.30 petang pada 14 Mac lalu, berikutan air sungai yang surut akibat musim kemarau, berdekatan antara satu sama lain. 


Perahu berkenaan yang mempunyai ukiran huruf BMC 1184, dipercayai milik pedagang China yang sering menggunakan sungai berkenaan pada awal 1900-an. 

Perahu yang diperbuat daripada kayu, dipercayai boleh memuatkan 30 penumpang. 

Penduduk, Sulaiman Hussian, 39, berkata perahu itu ditemui terdampar di tepi sungai dalam keadaan terlungkup berikutan air surut kerana musim kemarau. 

"Ketika melihat kayu besar di tepi sungai, saya mengambil keputusan membawanya pulang untuk dijadikan pagar kebun. Dengan bantuan rakan, saya menarik kayu itu sebelum terlihat bentuknya seperti perahu dengan di tengahnya kelihatan ukiran huruf BMC 1184. 

"Rakan kami yang juga Orang Asli, Ijam, 29, memaklumkan kayu itu jenis batang Penak sebesar tiga pemeluk yang biasanya dibuat perahu jalur menggunakan pasak kayu tanpa paku,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. 
Sulaiman berkata, dia bersama rakannya kemudian menyewa jentolak dan lori untuk membawa pulang perahu itu. 

Pada malam berikutnya, dia mendakwa bermimpi dikejar dua lelaki berbadan besar berbaju putih dan berseluar hitam. 

"Malah, anak saya berusia enam tahun, Mohd Irwan Adwa, mendakwa turut melihat beberapa lelaki di atas perahu itu pada malam perahu itu dibawa ke rumah sehingga menyebabkan dia demam," katanya. 

Sementara itu, Ketua Kampung Spang Loi, Jamaludin Atan, berkata perahu itu dipercayai milik pedagang Cina yang menggunakan laluan itu untuk berurus niaga kira-kira pada tahun 1914. 

Katanya, pedagang itu membawa pelbagai barangan termasuk getah, kayu gaharu, rotan dan damar untuk melakukan sistem tukar barang di pekan Buloh Kasap. 

“Barangan itu ditukar dengan beras, gula, garam dan tepung,” katanya. 
Dalam pada itu, Pegawai Daerah Segamat, Abd Rahim Nin, berkata penemuan perahu itu membuktikan sungai di daerah itu menjadi laluan penting pedagang pada zaman dahulu. 
-bharian
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/25

Peminta sedekah guna telefon mahal


Lelaki itu berkata, dia bersedia untuk memberi sedekah kepada wanita itu apabila dia melihat wanita itu mengeluarkan telefon bimbit berkenaan dari beg yang dipegangnya dan membuat panggilan secara sembunyi.
Lelaki itu memberitahu akhbar Sabq dia berjaya merakam kejadian itu menggunakan telefon bimbitnya ketika wanita itu menggunakan telefon pintar model terbaru itu berhampiran sebuah masjid di Jeddah.
Video yang dimuat naik ke Youtube itu menunjukkan peminta sedekah itu dirakam mengguna telefon bimbit berkenaan dia menyedari perbuatannya dirakam.
- Agensi
Foto
PEMINTA sedekah wanita itu menggunakan telefon pintar.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/25