Agensi |Kemas kini:Oktober 14, 2014
(Diterbitkan pada: Oktober 14, 2014 18:04 MYT)
Berhati-hati dengan saluran yang disangkakan bersifat peribadi. Mungkin itu ringkasan mesej yang cuba disampaikan bekas juruteknik komputer Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA), Edward Snowden dalam pendedahan terbarunya seperti yang dilaporkanTechCrunch.com.
Snowden yang kerap menggemparkan dunia dengan isu kerahsiaan maklumat dan kini dalam persembunyian di Rusia, menasihatkan pengguna supaya menjauhi perkhidmatan internet popular seperti Dropbox, Facebook dan Google.
Snowden yang dihubungi melalui sesi temu ramah video jarak jauh sempena Festival New York, berkata demikian ketika ditanyakan soalan mengenai cara melindungi privasi.
“Bila anda mengatakan ‘Saya tiada apa untuk disembunyikan’, anda sebenarnya berkata ‘Saya tidak peduli tentang hak ini’.
“Anda juga berkata ‘Saya tidak memiliki hak ini kerana saya perlu justifikasi mengenainya’. Satu-satunya cara sesebuah hak itu berfungsi adalah pihak kerajaan perlu menjustifikasi pencerobohan dalam hak anda,” kata Snowden yang mencetus ironi kerana temu ramah itu sendiri dibuat menggunakan platform khidmat layanan Google.
Snowden menasihatkan agar pengguna berhenti menggunakan perkhidmatan yang menjejas erti privasi. Dropbox menurut Snowden, tidak disokong enkripsi sementara alternatif seperti SpiderOak perlu diberi perhatian.
"Perbezaan antara Dropbox dan SpiderOak, adalah SpiderOak mengengkripsi data ketika ia berada dalam komputer pengguna, manakala Dropbox hanya mengenkripsi data ketika ia dalam transit (penghantaran) dan di dalam sistem pelayan,” ujar Snowden.
Dia juga menyarankan agar pengguna menjauhi Facebook dan Google walaupun kedua-duanya sudah meningkatkan ciri keselamatan.
Pesannya lagi: “Jangan hantar pesanan teks tanpa enkripsi, dan cubalah perkhidmatan lain seperti RedPhone dan Silent Circle”.
Apabila ditanya mengapa dia tidak kembali ke Amerika Syarikat (AS) untuk perbicaraan, Snowden memberitahu, dia tidak yakin kesnya akan dibicarakan dengan adil berikutan layanan yang diterima pendedah maklumat lain seperti Thomas Drake dan Chelsea Manning oleh pihak berkuasa AS.