Pages

Sunday, April 10, 2011

NAFSU MAKAN GANJIL





SETIAP 30 MINIT MENGIDAM: Cik Adele Edwards mengunyah sepan kusyen yang terasa manis bak gula-gula. - Foto TLC



Ada yang melahap batang-batang besi, tanah liat, pasir, tahi, kapur, pena, kertas, sudu, bateri, sabun, syampu, poliester dan sepan.

APABILA perut Cik Adele Edwards mulai berkeroncong dan kelaparan, beliau tidak akan bergegas menuju ke dapur untuk mencari cemil-cemilan.Sebaliknya, beliau hanya duduk di ruang tamu dan menyiat cebisan sepan dari kerusi malasnya sebelum mengunyah sepan tersebut ibarat keropok atau manisan candy!Cik Edwards, seorang warga Amerika berusia 30 tahun, juga ketagih makan getah walaupun beliau sedar, tabiat pemakanannya itu boleh meragut nyawanya.'Rasanya, sepan dan poliester itu jauh lebih sedap berbanding biskut atau kek! Saya tak mampu berhenti menelannya! Saya ketagihan dan sejauh ini, lapan kusyen sofa dan lima kusyen kerusi di rumah saya 'jahanam' gara-gara si raksasa buas... sayalah tu... menelannya sehingga kenyang! Agaknya, lebih 100 kilogram bahan sintetik telah saya telan!' ceritanya kepada tabloid The Mirror.Tabiat pemakanannya yang menggila dan menjejas mutu kesihatan itu merupakan gangguan pemakanan dan penyakit yang dipanggil pica.Ia diambil sempena perkataan Latin bagi burung murai (magpie), burung yang dikenali dengan tabiatnya yang memakan apa sahaja.Kebanyakan pesakit pica adalah wanita dan kanak- kanak. Mereka yang menghidap pica mempunyai nafsu makan yang ganjil untuk tempoh lebih sebulan lamanya. Ada pesakit yang makan besi, tanah liat, pasir, tahi, kapur, pena, kertas, sudu, bateri, sabun, syampu, poliester dan sepan.Cik Edwards bagaimanapun mengakui dirinya merintih kerana terasa tabiat tersebut boleh membawanya di ambang maut.Beliau sering keluar masuk hospital dan baru-baru ini, beliau terpaksa dikejarkan ke unit kecemasan kerana ususnya tersumbat dek memakan sepan kusyen berlebihan.Para doktor yang prihatin dengan keadaannya turut memberi amaran, jika perbuatan itu tidak dihentikan, alamat anak-anaknya itu akan menjadi anak yatim tidak lama lagi.'Saya ingin berhenti makan sepan, tetapi saya tak mampu dan tiada daya upaya berbuat demikian.'Pada usia 10 tahun, saya sudah mula makan sepan kusyen selepas melihat sepupu saya menyiat sarung kusyen dan memakan sepan, semudah dia mengunyah singgam!'Memang perbuatan itu aneh, tetapi selepas mencubanya dan membiarkan rasa sepan itu melekat di lidah saya, seronok pula rasanya. Saya sukakan tekstur sepan itu dan mengunyahnya selalu. Kadangkala, saya menelan cebisan sepan itu seakan-akan ia manisan candy! Rasanya manis macam gula-gula!' ujar Cik Edwards, tersenyum girang, seakan-akan kanak-kanak yang mengidam coklat.Ditanya tidakkah ibu bapanya bimbang dengan selera makannya yang pelik itu, Cik Edwards berkata, perkara itu pada awalnya dirahsiakan daripada pengetahuan ibu bapanya.'Saya stres apabila ibu bapa saya bercerai. Secara tidak langsung, saya menjadi penagih sepan kusyen! Saya tidak bersikap terbuka terhadap ketagihan saya ini kerana bimbang ada yang menyangka saya pelik. Justeru, setiap kali kelaparan, saya akan perlahan-lahan menuju ke sofa, membuka sarungnya dan menyiat sepan di dalam kusyen itu. Saya hanya senyap-senyap makan di dalam bilik atau bilik air!' ujarnya.Ibunya, bagaimanapun, mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Si ibu akan bertanyakan tentang sofa yang tampak berbonjol-bonjol atau senget sebelah dan tidak rata. Namun, beliau tidak sangka anaknya itulah yang menjahanamkan kusyen tersebut dengan memakan sepannya!SAKIT KRONIK'Rahsia saya itu tidak dapat disimpan lama. Selepas lima tahun, saya mula kerap sakit perut yang tidak tertanggung lagi! Saya meraung-raung di bilik. Nak buang air besar, sembelit pula!' jelasnya mengenai pengalaman perit itu.Beliau kemudian dihantar ke hospital dan dikesan menghidap masalah pembuangan najis kronik.Pemeriksaan x-ray menunjukkan cebisan sepan dan bahan poliester menyekat usus kecilnya dan menghambat penghadaman makanan.'Doktor tanya sama ada saya termakan sepan. Saya buat-buat tak tahu apa-apa tapi akhirnya, saya menangis kerana terlalu takut!' katanya lagi.Saluran najis yang sumbat itu kemudian diredakan apabila doktor memberinya julap untuk memudahkannya membuang air besar.Kajian menunjukkan bahawa pica berpunca daripada kekurangan zat besi.Pelbagai sesi terapi disarankan untuk Cik Edwards. Sayangnya, sesi tersebut tidak membawa sebarang kesan kerana beliau mencari sumber sepan gantian jika ibunya melarangnya mendekati sofa di ruang tamu.'Saya menggeledah almari ibu dan terjumpa sepan pada blausnya. Saya juga temui bahan gabus pada berus cat. Saya mula menjilatnya seakan ia lolipop!'Memanglah sepan blaus ibu lebih bersih daripada sepan sofa yang berhabuk! Sungguhpun begitu, saya tetap rindukan bau hapak kusyen kerusi malas! Saya akan mengambil sepan blaus ibu dan mengesatnya atas lantai berdebu sebelum memakannya! Kotor tetapi saya suka!' katanya, tanpa sedikit pun mengerutkan wajahnya.Chansey, teman lelakinya yang berusia 26 tahun, berkali-kali memujuknya supaya menghentikan perbuatan itu.'Ia ibarat meminta orang kaki botol berhenti minum arak. Saya cuba juga berhenti tetapi air liur saya pula meleleh tanpa henti! Apabila doktor memberitahu saya sepan itu meracuni tubuh saya, saya terasa gementar dan tidak dapat bayangkan kehidupan anak-anak saya. Kalau saya mati dan orang tanya mereka sebabnya, bayangkan kalau jawapannya... ibu mati kerana banyak makan kusyen!' Cyberita Online Ekstra!

Warga tua diselamatkan 1 bulan selepas tsunami

ENCIK KUNIO SHIGA: Sejak berlaku bencana tsunami pada 11 Mac lalu, beliau terdampar sendirian di rumahnya tanpa alat pemanas dan tidak dapat berjalan jauh. - Foto AP




Pihak berkuasa mengepam keluar air tercemar daripada loji nuklear Fukushima sampai hari ini
MINAMI SOMA (Jepun): Seorang lelaki berusia 75 tahun, Encik Kunio Shiga, yang terdampar sendirian di rumahnya tanpa alat pemanas dan tidak dapat berjalan jauh, diselamatkan oleh seorang wartawan dan dua jurugambar agensi berita The Associated Press (AP).Beliau, malah, tidak tahu apa yang berlaku pada isterinya.Rumah ladang Encik Shiga terletak di penghujung sebatang jalan raya berlumpur yang dipenuhi pokok-pokok tumbang dan sepahan bangkai haiwan ternakan akibat tsunami pada bulan lalu.Jiran-jiran beliau pula telah meninggalkan kawasan itu yang terletak dalam lingkungan 20 kilometer (km) dari loji nuklear Fukushima Dai- ichi. Di kawasan inilah semua penduduknya diarah keluar oleh pihak berkuasa kerana khuatirkan ancaman radiasi yang bocor dari loji berkenaan.Tidak ada pekerja penyelamat yang datang untuk menyelamatkan Encik Shiga, yang kehabisan bekalan makanannya.Apabila wartawan dan dua jurugambar AP itu tiba di rumah Encik Shiga kelmarin, peladang yang kelihatan ketakutan dan kebingungan itu berkata: 'Awaklah orang pertama yang bercakap dengan saya (sejak kejadian gempa bumi sekuat 9 pada skala Richter dan tsunami yang menyusulinya pada 11 Mac lalu).''Awak ada makanan?' tanya beliau. 'Saya sedia membayarnya,' tambahnya.Encik Shiga, dengan penuh rasa terima kasih, menerima sebotol air dan 15-20 bungkus snek pemberi tenaga yang diberikan oleh pertugas AP itu.Dengan kebenaran Encik Shiga, pihak AP memberitahu polis tempatan mengenai keadaan beliau, dan seorang pegawai polis yang bertanggungjawab bagi kes orang hilang kelmarin menghubungi agensi berita itu untuk mengatakan bahawa Encik Shiga telah diselamatkan dan dibawa ke sebuah pusat persinggahan.Kawasan tempat beliau tinggal di kejiranan Odaka kini sebuah bandar lengang.Kejadian gempa dan tsunami bulan lalu itu telah menyebabkan 28,000 orang mati atau hilang, dan memusnahkan kebanyakan kawasan di timur laut Jepun.Sementara itu, Jepun akan mengepam air radioaktif daripada loji nuklear Fukushima Dai-ichi ke laut hingga hari ini, sehari terlewat daripada yang dijadualkan sebelumnya, kata agensi keselamatan Jepun, semalam.Pengumuman itu dibuat sehari selepas China melahirkan kebimbangannya terhadap air tercemar yang dikeluarkan dari loji nuklear berkenaan, mencerminkan kekhuatiran antarabangsa berhubung dengan krisis nuklear di Jepun itu sejak sebulan yang lalu.'Kami akan berusaha mengeluarkan air... kami menjangka ia selesai esok (hari ini),' kata Encik Hidehiko Nishiyama, timbalan ketua pengarah Agensi Keselamatan Nuklear dan Industri (Nisa) Jepun, kepada wartawan semalam.Pengendali loji nuklear itu, Tokyo Electric Power Company (Tepco), sebelum itu berkata ia menjangka akan menghentikan pengepaman air tercemar itu ke laut semalam, tetapi kerja-kerjanya tergendala oleh satu gangguan kuasa Khamis lalu.Tepco sedang berhempas pulas untuk menangani krisis nuklear terburuk sejak peristiwa Chernobyl di Russia.Pengeluar reaktor nuklear, Toshiba Corp, mengusulkan satu rancangan 10 tahun untuk menghentikan aktiviti empat daripada enam reaktor yang rosak di loji berkenaan, kira-kira 240 km dari Tokyo, kata agensi berita Kyodo News. -- AP, Reuters.Cyberita Online Luar Negara

Barak tawar gencatan senjata di Gaza

BAITULMAQDIS: Israel bersedia menghentikan bedilan terhadap kumpulan bersenjata di Semenanjung Gaza jika pejuang Palestin itu bersetuju melakukan perkara sama, kata Menteri Pertahanan, Ehud Barak.


“Jika mereka berhenti membedil kita juga akan berhenti membedil," katanya dalam siaran radio Israel sebagai mengulas laporan kesediaan sayap politik Hamas untuk mencapai gencatan senjata.
Ia adalah kali pertama seorang menteri Israel membayangkan gencatan senjata sejak pertempuran dengan pejuang Palestin meletus berikutan serangan terhadap bas sekolah Israel Khamis lalu. - AFPBerita Harian Online | Barak tawar gencatan senjata di Gaza

Libya tembak dua helikopter pemberontak

TRIPOLI: Dua helikopter pemberontak yang melanggar zon larangan terbang di Libya ditembak jatuh oleh tentera Muammar Gaddafi di wilayah Brega, kata Timbalan Menteri Luar, Khaled Kaaim.


“Pihak pemberontak menggunakan dua helikopter dan ditembak jath di wilayah Brega," katanya.
Kaaim turut membidas NATO yang menguatkuasakan zon larangan terbang itu kerana membenarkan pemberontak melanggar resolusi Majlis Keselamatan PBB itu.
“NATO pada Sabtu membenarkan pemberontak melanggar resolusi ini dan menggunakan helikopter tempur," katanya sambil menaambah NATO memihak dengan pemberontak. - AFP Berita Harian Online | Libya tembak dua helikopter pemberontak

Tentera Jepun, AS lancar usaha baru cari mayat mangsa tsunami



TENTERA Jepun menarik tali bagi mengalih kereta yang rosak dalam timbunan runtuhan di Onagawa, Miyagi, hari ini. Tentera Jepun dengan bantuan tentera Amerika Syarikat melancarkan usaha besar-besaran bagi mencari mayat mangsa gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu. - Foto AP



TOKYO: Tentera Jepun dan Amerika Syarikat melancarkan satu lagi usaha besar-besaran mencari mayat mangsa gempa bumi dan tsunami di sepanjang pantar timur laut Jepun.


Kira-kira 22,000 tentera Jepun dan 110 tentera AS melakukan pencarian menerusi darat, udara dan laut.
“Sebulan selepas gempa bumi dan tsunami, ramai mangsa masih hilang. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk mencari mayat mangsa untuk keuarga mereka," kata jurucakap Kementerian Pertahanan Jepun, Norikazu Muratani.
Seramai 25,000 orang dikhuatiri maut dalam bencana pada 11 Mac lalu tetapi hanya 13,000 kematian disahkan. Banyak mayat kemungkinan besar sudah dihanyutkan ke laut dan tidak akan ditemui.


Pencarian serupa selama tiga hari dengan bilangan tentera lebih ramai minggu lalu hanya menemui 70 mayat.


Usaha terbaru hari ini hanya akan berlangsung sehari dan tidak membabitkan zon larangan di sekeliling loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi yang membebaskan radiasi. - AP Berita Harian Online | Tentera Jepun, AS lancar usaha baru cari mayat mangsa tsunami

Syria kerah kereta kebal kekang kekacauan

AMMAN: Kereta kebal Syria dikerah berkawal di kawasan rusuhan dalam usaha mengekang kekacauan akibat tunjuk perasaan pro demokrasi yang masuk minggu keempat.


Bantahan awam terhadap pemerintahan Presiden Bashar al-Assad yang sebelum ini tidak pernah dibayangkan, merebak ke seluruh Syria biarpun beliau cuba meredakan kemarahan dengan memberi harapan untuk perubahan di negara dengan 20 juta penduduk itu.
Saksi berkata, pasukan keselamatan menggunakan peluru hidup dan gas pemedih mata untuk menyurai ribuan penduduk yang berkabung semalam di bandaraya Deraa selepas upacara pengebumian penunjuk perasaan yang terkorban kelmarin.
The mourners had assembled near the old Omari mosque in the old quarter of Deraa, a mostly Sunni Muslim city where resentment against minority Alawite rule runs high.
Syrian security forces later deployed overnight in the Mediterranean coastal city of Banias, home to one of Syria’s two oil refineries.
Several tanks were seen in the northern district of the conservative city where protests intensified as Assad used increasing force to quell demonstrations in the south. Berita Harian Online | Syria kerah kereta kebal kekang kekacauan: "Mutakhir"

Lagi pertempuran antara pemberontak dan tentera pro-Gaddafi

AJDABIYAH, Libya 10 April – Pertempuran antara pemberontak dan tentera setia kepada pemimpin Muammar Gaddafi meletus lagi di timur Libya ketika Persatuan Palang Merah membawa bekalan ubat-ubatan ke bandar Misrata semalam.
Pasukan tentera setia kepada Gaddafi menyerang kawasan barat pinggir Ajdabiyah iaitu tempat bermulanya serangan pemberontak untuk menawan telaga minyak Brega.
Seorang wartawan Reuters mendakwa mendengar bunyi tembakan mesingan selama 30 minit dan ia kedengaran dari arah barat pintu masuk ke kubu pemberontak Benghazi 150 kilometer ke timur laut Libya.
Utusan Malaysia Online - Terkini

25 terbunuh dalam pergolakan di Syria

AMMAN: Bantahan-bantahan tercetus di seluruh Syria terhadap pemerintahan Presiden Bashar al-Assad, kelmarin, dan sekurang-kurangnya 25 orang dikatakan terbunuh di bandar Deraa, di selatan Syria, yang menjadi tempat bermulanya pergolakan sejak tiga minggu lalu.

Di sebelah timur negara itu, ribuan puak Kurdi membantah dan menuntut pembaharuan walaupun presiden Syria minggu ini telah menawarkan untuk melonggarkan peraturan yang menghalang kebanyakan anggota puak itu daripada mendapatkan kewarganegaraan, kata para aktivis.
Bantahan-bantahan melanda negara yang mempunyai 20 juta penduduk itu dari pelabuhan Latakia di kawasan Mediterranean ke Albu Kamal dekat sempadan Syria dengan Iraq, sedang kegiatan demonstrasi memasuki minggu keempat sebagai mengingkari tindakan keras pasukan keselamatan Encik Assad dan senarai ikrar pembaharuannya yang semakin bertambah.'Kebebasan, kebebasan, kami mahukan kebebasan,' laung ribuan pembantah di kebanyakan bandar Syria. Ada pula yang melaungkan: 'Kami mengorbankan darah kami untukmu, Deraa.'Para penduduk berkata pasukan keselamatan menggunakan meriam air dan bom-bom asap untuk menyuraikan 2,000 pembantah di Hama, di mana ribuan orang terbunuh pada 1982 apabila bapa Encik Assad, Encik Hafez Al-Assad, menghancurkan pemberontakan bersenjata oleh kumpulan Ikhwanul Muslimin (Ikhwan).Di Deraa, di mana bantahan-bantahan kali pertama tercetus pada bulan lalu, para penduduk berkata pasukan keselamatan menembak ke arah ribuan pembantah, yang membakar bangunan Parti Baath dan memecahkan patung saudara lelaki presiden, Basil.Seorang sukarelawan di hospital Deraa dan seorang aktivis berkata 22 orang terbunuh, sedang agensi berita lain memetik angka kematian itu sebagai 25 orang, dan 120 lagi cedera, menjadikan perangkaan kematian sejak tiga minggu lalu kepada lebih 90 orang. -- Reuters.Cyberita Online Luar Negara

Malaysia bantah Indonesia tahan bot

BAGAN DATOH 9 April - Malaysia akan menghantar nota bantahan kepada kerajaan Indonesia berhubung penahanan tiga buah bot nelayan dari Hutan Melintang, Perak oleh pihak berkuasa republik itu semalam, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar).
Beliau berkata, bantahan itu akan dibuat melalui Kementerian Luar dan ia akan disampaikan oleh Duta Malaysia di Jakarta kepada kerajaan negara jiran itu.
Menurutnya, penahanan bot itu dilaporkan berlaku di perairan Selat Melaka kira-kira 25 batu nautika dari sempadan perairan Malaysia-Indonesia dan 45 batu nautika barat daya Pulau Pinang.
"Nota bantahan itu meminta supaya pihak berkuasa Indonesia menghentikan tindakan menahan bot nelayan negara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan anugerah kecemerlangan Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata, kedua-dua buah negara telah bersetuju untuk menangani masalah seperti itu secara semangat kejiranan demi menjaga hubungan baik.
''Dalam perbincangan saya dengan Menteri Pertahanan dan Menteri Perikanan dan Kelautan Indonesia baru-baru ini, kita telah mencapai kata sepakat menangani masalah itu secara telus.
"Tetapi kita tidak faham mengapa kejadian ini masih berlaku di peringkat bawahan yang sanggup merosakkan hubungan baik dengan mengadakan tindakan provokasi," katanya.
Menurutnya, sebelum ini enam buah bot nelayan yang ditahan tiga bulan lalu juga belum dibebaskan walaupun selepas proses perundangan dijalankan.
"Saya dapat tahu peralatan menangkap ikan, alat perhubungan canggih telah dirampas, yang tinggal hanya badan bot dan enjin saja," katanya.
Ahmad Zahid berkata, jika Malaysia melakukan tindakan yang sama ke atas bot negara jiran, media cetak dan elektronik republik itu akan menghentam negara dengan pelbagai tuduhan.
"Kita berharap kedua-dua negara menghormati keputusan yang telah dicapai kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan dan kita minta pihak berkuasa Indonesia supaya menghormati undang-undang negara ini," tambahnya. - Bernama
Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Tonton video lucah di DPR




Gelagat Arifinto yang leka menonton video lucah sempat dirakam seorang jurugambar media semasa sidang DPR, Jumaat lalu. - AGENSI


JAKARTA 9 April - Anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia, Arifinto terperangkap dengan lensa jurugambar media ketika asyik menonton video lucah semasa sidang DPR berlangsung di sini, Jumaat lalu.
Arifinto dari Parti Keadilan Sejahtera (PKS) menonton video tersebut menerusi komputer tablet miliknya tanpa menyedari gelagatnya itu dirakamkan jurugambar akhbarMedia Indonesia, Mohammad Irfan.
Beliau dilihat begitu khusyuk menonton video itu sambil menundukkan tubuh dan meletakkan komputer tablet di ribanya dan sesekali dilihat menyentuh skrin komputer itu ketika melayari halaman-halaman yang menampilkan aksi-aksi lucah.
Arifinto yang mengakui menonton video luah ketika persidangan DPR berlangsung berkata, keadaan itu berlaku secara tidak sengaja kerana dia pada asalnya hanya mahu membaca e-mel yang dikirim.
Bagaimanapun, ketika mahu membuka kotak e-mel terdapat rangkaian yang disertakan bersama muncul secara tiba-tiba.
"Kerana ingin tahu apa kandungan rangkaian itu saya membukanya dan mendapati ia merupakan video lucah.
"Beberapa saat selepas itu saya terus memadamkan video itu," kata Arifinto mempertahankan dirinya pada sidang media sejurus menyedari aksinya dirakamkan.
Kenyataan Arifinto itu mengundang perdebatan apabila jurugambar yang merakamkan gelagat wakil rakyat itu memberitahu, dia dapat melihat dengan jelas wakil PKS itu memilih klip video lucah dari komputernya.
"Saya mempunyai bukti bahawa video yang ditonton Arifinto bukan dari rangkaian yang terdapat pada e-mel. Beliau mengambil masa selama dua minit memilih klip video yang berdurasi seminit itu, " ujar jurugambar berpengalaman itu lagi.
Sementara itu, Ketua DPR, Marzuki Alie menyifatkan tindakan Arifinto itu boleh menjejaskan reputasi wakil rakyat selain menyebabkan beliau dikritik secara terbuka di laman sosial Twitter oleh rakan-rakan dan musuh politiknya. - Mingguan
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

8 maut angkara lori?


Keadaan kereta yang remuk teruk dihempap lori mengakibatkan tiga beranak terkorban di Kilometer 40 Jalan Persekutuan Kuala Lumpur - Ipoh berhampiran Serendah, Hulu Selangor, semalam. – Gambar ihsan www.ondscene.my


SERENDAH





Tiga beranak terbunuh apabila kereta dinaiki dihempap lori di Kilometer 40, Jalan Persekutuan Kuala Lumpur-Ipoh di simpang ke Ladang Sungai Gapi berhampiran Serendah, semalam.





  • BALING





  • Pegawai Khas kepada Penyelaras Dewan Undangan Negeri Kupang, Yahaya Md. Daud, 40, dan anak bongsunya, Muhamad Fahin Afdal, 2, maut dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Simpang Empat Telok Pendiat - Charuk Nau, Baling.




  • KUANTAN





  • Tiga lelaki maut apabila kereta Proton Saga dinaiki bertembung dengan sebuah lori di hadapan Sekolah Kebangsaan Sungai Ular, Kuantan.

    Tiga beranak terbunuh di Serendah


    Anggota bomba dan penyelamat berusaha mengeluarkan tiga mangsa kemalangan ngeri di Serendah, semalam.


    SERENDAH 9 April – Tiga beranak yang berpisah selama empat hari hanya sempat melepaskan rindu beberapa jam sebelum kesemua mereka maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer 40, Jalan Persekutuan Kuala Lumpur-Ipoh di simpang ke Ladang Sungai Gapi berhampiran Serendah dekat sini, pagi ini.
    Dalam kejadian pada pukul 6.30 pagi itu, Mohd. Farid Idris, 29; isterinya, Eirlenna Asrani, 28, dan anak tunggal mereka, Muhammad Faiz Hakimi, 4, meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta mereka remuk teruk dirempuh sebelum dihempap lori tanah 10 tayar.
    Mohd. Farid dan Eirlenna masing-masing bertugas sebagai pembantu perubatan dan jururawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini.
    Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, ketika kejadian, tiga beranak itu dalam perjalanan dari Kampar, Perak ke ibu kota dengan menaiki kereta Proton Satria.
    “Semasa melalui tempat kejadian, kereta yang dipandu Mohd. Farid dipercayai bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan.
    “Kenderaan mangsa diseret sejauh 70 meter sebelum terjatuh ke cerun sedalam dua meter. Lori yang gagal berhenti itu terbalik lalu menghempap kereta tersebut sehingga menyebabkan kesemua mangsa tersepit di bawah kenderaan berat itu,” katanya di sini, hari ini.
    Tambahnya, mayat tiga beranak itu hanya berjaya dikeluarkan daripada kenderaan yang remuk selepas tiga jam.
    “Usaha mengeluarkan mayat yang dilakukan oleh anggota bomba memakan masa kerana kereta tersebut berada di bawah lori,” ujarnya.
    Menurutnya, pemandu lori tersebut, K. Duraisingam, 40, bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan.
    Sementara itu, ibu Mohd. Farid, Azmah Zarif, 50-an memberitahu, anak dan menantunya bertolak pulang dari rumahnya di Kampar pada pukul 5.30 pagi ini.
    “Ahmad Farid meninggalkan anaknya dengan saya selama empat hari untuk dijaga kerana Eirlenna berkursus di Negeri Sembilan. Pada pukul 9.30 malam semalam, kedua-dua mereka tiba di Kampar untuk mengambil semula Muhammad Faiz Hakimi selepas terlalu rindu empat hari tidak bertemu,” katanya.
    Jenazah ketiga-tiga beranak itu dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Kampar petang ini.Utusan Malaysia Online - Berita Utama

    Jepun haram petani tanam padi di tanah tercemar radiasi

    BEIJING 9 April - Kerajaan Jepun akan mengharamkan petani daripada menanam padi di tanah yang dicemari radiasi dari loji tenaga nuklear Fukushima yang rosak akibat gempa bumi dan tsunami bulan lalu.
    Pengharaman itu akan dikuatkuasakan ke atas semua tanah yang dicemari tahap radiasi tinggi dan petani terlibat akan diberi pampasan.
    Setakat ini, tanah yang memiliki kandungan radiasi tinggi hanya ditemui di dua tempat di Iitate, sebuah perkampungan yang terletak kira-kira 40 kilometer dari loji nuklear Fukushima Daiichi yang rosak akibat bencana berkembar bulan lalu itu.
    "Kami perlu melaksanakan polisi itu secepat mungkin kerana waktu ini adalah musim menanam. Kita juga mahu mendengar pendapat pakar dan pegawai tempatan tentang bagaimana untuk memulihkan tanah ini," kata Menteri Pertanian, Michihiko Kano yang mengumumkan pengharaman itu semalam.
    Terdapat juga kebimbangan tentang radiasi dalam sayuran dan susu, sehingga menyebabkan beberapa negara terutamanya China telah mengharamkan import barangan tertentu dari Jepun.
    China semalam turut memperluas lagi pengharaman import makanan dan pengeluaran dari Jepun yang merangkumi barangan makanan, pengeluaran pertanian dan makanan ternakan dari 12 lokasi berhampiran loji Fukushima, lapor agensi berita Xinhua yang memetik kenyataan Pentadbiran Keselamatan Makanan Kuarantin.
    Pentadbiran itu turut meminta supaya sijil bebas radiasi disertakan bersama makanan yang diimport dan lokasi pengeluarannya juga perlu dinyatakan.
    Kesatuan Eropah pula mengetatkan tahap radiasi yang boleh diterima dalam makanan import dari Jepun, semalam. - AP/AFP
    Utusan Malaysia Online - Luar Negara

    Lagi pertempuran di Libya

    AJDABIYAH, Libya 10 April – Pertempuran antara pemberontak dan tentera setia kepada pemimpin Muammar Gaddafi meletus lagi di timur Libya ketika Persatuan Palang Merah membawa bekalan ubat-ubatan ke bandar Misrata semalam.
    Pasukan tentera setia kepada Gaddafi menyerang kawasan barat pinggir Ajdabiyah iaitu tempat bermulanya serangan pemberontak untuk menawan telaga minyak Brega.
    Seorang wartawan Reuters mendakwa mendengar bunyi tembakan mesingan selama 30 minit dan ia kedengaran dari arah barat pintu masuk ke kubu pemberontak Benghazi 150 kilometer ke timur laut Libya.
    Utusan Malaysia Online - Terkini

    Syria lepaskan tembakan surai orang ramai saksikan pengkebumian

    AMMAN 10 April – Pihak berkuasa Syria melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang menghadiri upacara pengkebumian penunjuk perasaan anti demokrasi yang terkorban dalam pertempuran Jumaat lalu.
    Menurut saksi kejadian, pihak berkuasa menggunakan senjata api dan melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan beribu-ribu orang awam yang berhimpun di masjid Omari berhampiran dengan sempadan Jordan sambil melaungkan slogan kebebasan.
    Sekurang-kurangnya 37 orang terkorban di seluruh negara pada Jumaat lalu dalam pertempuran besar-besaran dengan pihak berkuasa ekoran menentang pentadbiran Presiden Bashar al-Assad. – Reuters
    Utusan Malaysia Online - Terkini

    Pegawai Khas ADUN Kupang, anak bongsu maut


    Dua maut dan dua cedera dalam kemalangan antara kereta Proton Wira dengan lori di Telok Pendiat-Charuk Nau, Baling, semalam. – MINGGUAN/AZMAN MD. NOOR


    BALING 9 April – Pegawai Khas kepada Penyelaras Dewan Undangan Negeri Kupang, Yahaya Md. Daud, 40, dan anak bongsunya maut dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Simpang Empat, Telok Pendiat - Charuk Nau, Baling, dekat sini, hari ini.
    Ketua Polis Daerah Baling, Supritendan Mat Daud Mat Hasan berkata, kejadian berlaku apabila sebuah lori dari arah Carok Nau menuju ke Simpang Telok Pendiat bertembung dengan kereta Proton Wira yang dipandu Yahaya dari arah bertentangan ketika cuba mengelak sebuah motosikal yang melintas secara tiba-tiba.
    Akibat kejadian itu, Yahaya dan Muhamad Fahin Afdal, 2, tersepit dalam kenderaan mereka dan terpaksa dikeluarkan oleh anggota Bomba dan Penyelamat Baling.
    Anak mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan Yahaya mati di Hospital Baling pada pukul 2 petang.
    Dalam kejadian itu, Yahaya yang memandu kereta bersama isterinya, Rusnani Abu Bakar, 30, anak sulungnya, Mohamad Faiz, 3, dalam perjalanan ke Hospital Baling (HB) untuk mengambil ubat salah seorang anak mereka yang demam.
    Md. Daud berkata, akibat kemalangan itu, isteri Yahaya cedera parah dan anaknya dirawat di HB.
    Pemandu lori berkenaan, Zakaria Harun, 47, hanya mengalami kecederaan ringan.Utusan Malaysia Online - Berita Utama

    3 warga asing maut bertembung lori


    Mayat tiga warga asing yang maut apabila kereta yang dinaiki bertembung dengan lori di Jalan Kuantan-Kemaman, semalam.


    KUANTAN 9 April – Tiga lelaki maut manakala seorang lagi parah apabila kereta jenis Proton Saga yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di hadapan Sekolah Kebangsaan Sungai Ular di sini hari ini.
    Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, kejadian pada pukul 5 petang itu berlaku apabila kereta yang dipandu dari arah Kuantan-Kemaman dipercayai memasuki laluan bertentangan.
    “Kereta terbabit memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori dari arah Kemaman ke Kuantan.
    “Ekoran itu, pemandu kereta dan dua penumpang meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
    Menurutnya, kesemua mangsa dipercayai warganegara Indonesia dan mayat mereka dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat.
    “Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti identiti mangsa,” jelasnya.
    Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.UTUSAN

    Alasan buat kerja amal


    TIDAK TAKUT... sebahagian peserta pondan menyertai pertandingan Miss Malaysia 2010, baru-baru ini.
    TIDAK TAKUT... sebahagian peserta pondan menyertai pertandingan Miss Malaysia 2010, baru-baru ini.

    KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila satu pertandingan ratu mak nyah dianjurkan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di pantai timur dengan berselindung di sebalik motif kerja amal untuk membantu golongan kurang bernasib baik.
    Lebih menggemparkan, Metro Ahad difahamkan, pertandingan Miss Malaysia 2010 membabitkan ratu dari seluruh negara itu turut dihadiri golongan kenamaan bergelar Datuk dan artis terkenal, Noraniza Idris yang bertindak sebagai juri.


    Penganjur dikatakan memilih negeri berkenaan sebagai tuan rumah berikutan kekaburan undang-undang syariah di negeri itu untuk menghukum golongan mak nyah jika berpakaian dan berkelakuan seperti wanita di khalayak.


    Pertandingan ratu cantik mirip di Pattaya, Thailand itu terbongkar selepas didedahkan di beberapa laman web sejak Selasa lalu.


    Susulan itu, wartawan Metro Ahad berjaya menjejaki salah seorang peserta pertandingan berkenaan untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai acara itu.


    Lina (bukan nama sebenar) berkata, program yang diadakan pada malam itu bertujuan mengutip derma bagi badan dan pertubuhan kebajikan di sekitar negeri berkenaan.


    Katanya, pertandingan berkenaan diadakan tahun lalu di sebuah hotel bertaraf empat bintang di sebuah negeri di pantai timur.


    Menurutnya, rata-ratanya disertai individu beragama Islam dan kebanyakannya sudah menukar jantina menerusi pembedahan dan suntikan hormon.


    “Kami tidak takut menyertai pertandingan itu kerana pihak penganjur menjelaskan negeri berkenaan tidak mempunyai undang-undang yang boleh disabitkan kepada golongan mak nyah mahupun penganjuran program berkenaan.


    “Apapun, pertandingan ini bukan untuk suka-suka saja, kami juga terbabit dalam kerja amal. Dalam kata lain, sambil ‘enjoy’, buat benda baik,” katanya.


    Rakaman video selama 7 minit 10 saat itu dimulakan dengan paparan temubual sebahagian daripada 30 peserta yang mewakili negeri masing-masing.


    Menerusi penyertaan pertandingan ratu cantik pondan itu, golongan terbabit dikatakan berada di puncak impian apabila berpeluang merubah diri menjadi wanita yang tampil dengan gaya anggun dan menawan, selain meraih pelbagai gelaran.


    Berdasarkan rakaman video berkenaan, rata-rata peserta pondan yang menyertai pertandingan itu terdiri daripada remaja dan berusia lingkungan 20-an hingga 30-an.


    Ketika acara berlangsung, tanpa segan silu peserta menggayakan pelbagai gaun seksi dan baju tradisional negeri masing-masing lengkap dengan pelbagai aksesori sambil berjalan ‘catwalk’ persis model dan cuba mengikuti penampilan artis terkenal tanah air.


    Malah, wajah beberapa peserta seakan-akan pelakon wanita popular dan antaranya ‘Rozita Che Wan’ dan ‘Tiz Zakiah’.


    Bagi menambah tarikan, pertandingan itu turut menyelitkan acara nyanyian secara ‘miming’ sambil menari mengikut rentak lagu yang disampaikan.


    Selepas tamat pertandingan nyanyian, kelibat Noraniza kelihatan menyanyikan lagu untuk menghiburkan pengunjung, selain menjadi juri pertandingan ratu cantik terbabit.


    Pada penghujung acara, peserta dibahagikan kepada beberapa kategori dan pemenang gelaran Miss Malaysia 2010 itu diberikan kepada peserta dari sebuah negeri di utara.myMetroAlasan buat kerja amal

    Kelam-kabut dalam bas


    TERABUR...muatan roti bertaburan di atas lebuh raya.
    TERABUR...muatan roti bertaburan di atas lebuh raya.


    PENDANG: “Ketika itu, bas terhuyung-hayang dan sebaik bangun saya dapati cermin kiri bas pecah dan keadaan menjadi kelam-kabut. Ada di antara rakan-rakan saya yang cedera di kepala akibat terhantuk pada badan bas termasuk saya yang luka di kepala,” kata Muhammad Baihakir Mohamad Fadlah, 23.
    Dia ialah antara sembilan pelajar yang cedera dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyyah (HSB), di sini semalam, selepas bas yang membawa 36 penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok di sini merempuh belakang sebuah lori yang sarat dengan muatan roti di kilometer 72.3 Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) menghala ke utara di sini, awal pagi semalam.


    Difahamkan, lori yang dirempuh bas berkenaan gagal dikawal sebelum ia terbalik dan merempuh penghadang jalan. Dalam kejadian jam 3.20 pagi itu, sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan pulang ke Sintok cuba memotong sebuah lori yang penuh dengan muatan roti, namun gagal sebelum merempuh belakang lori berkenaan.


    Pemandu lori, Roslan Muhammad, 49, berkata, dia dalam perjalanan dari Shah Alam berseorangan dan sebaik tiba di kilometer berkenaan, bas yang dipandunya terhuyung-hayang selepas mendengar bunyi dentuman kuat dari arah belakang lorinya.


    “Sebaik dilanggar, saya gagal mengawal lori sebelum melanggar penghadang jalan di situ menyebabkan bahagian belakang lori saya pecah.


    “Bas ekspres berkenaan mungkin cuba memotong saya tetapi tidak berjaya kerana jaraknya terlalu dekat menyebabkan bas berkenaan melanggar bahagian belakang,” katanya.


    Menurutnya, ketika merempuh penghadang jalan dia menyangkakan dia sudah tidak mempunyai peluang untuk hidup namun bersyukur kerana hanya mengalami kecederaan ringan di kepala.


    Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Abd Aziz Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kemalangan berkenaan.


    Katanya, sembilan pelajar yang cedera ringan dibawa ke HSB bagi mendapatkan rawatan dan mereka semua mereka dibenarkan pulang pagi semalam.myMetroKelam-kabut dalam bas

    Tangisan bayi di kawasan kubur


    MASIH HIDUP... bayi perempuan yang ditemui di  tanah perkuburan Islam.
    MASIH HIDUP... bayi perempuan yang ditemui di tanah perkuburan Islam.

    KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan yang cukup sifat ditemui sepasang suami isteri di kawasan tanah perkuburan Islam Danau Kota, Taman Setapak Indah, di sini, pagi semalam.
    Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, pasangan suami isteri terbabit dikatakan mendengar tangisan bayi itu sebelum menghampiri kawasan itu dan terkejut sebaik melihat bayi yang masih hidup di buang di atas rumput.


    Difahamkan, bayi itu ditemui dalam keadaan berbalut dengan kain batik dan tuala berwarna biru malah, keadaan bayi itu juga masih berdarah dan mempunyai uri.
    Bersimpati dengan keadaan bayi perempuan itu, pasangan terbabit kemudiannya bertindak menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan.


    Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, hasil pemeriksaan mendapati bayi itu berkemungkinan baru dilahirkan dalam tempoh tiga jam sebelum ditemui.


    “Bayi yang cukup sifat itu kemudiannya diserahkan kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan kini dirawat di Unit Rawatan Intensif Bayi (Nicu) bagi rawatan selanjutnya,” katanya.
    “Usaha mengesan individu yang bertanggungjawab terhadap pembuangan bayi itu masih giat dijalankan dan polis masih belum menemui sebarang bukti di tempat bayi itu ditemui,” katanya.


    Bagaimanapun, bangsa sebenar bayi seberat 2.35 kilogram (kg) dan berkulit cerah itu masih belum dapat dikenal pasti.
    Menurutnya, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.myMetroTangisan bayi di kawasan kubur

    Keluarga cacamarba

    KUALA LUMPUR: Hanya kerana tidak puas bersama suami yang kini uzur, seorang wanita didakwa tergamak menggoda menantunya sehingga menyebabkan rumah tangga anak tirinya bergolak.
    Lebih menjijikkan, pasangan itu tidak segan silu bermesra di kawasan perumahan dan ada ketikanya mengaku sebagai suami isteri.

    Perkara itu dibongkar anak tiri wanita berkenaan, Azimah (bukan nama sebenar), yang kini menjeruk perasaan apabila suaminya dikebas ibu tirinya.

    Menyedihkan apabila dia hanya mengetahui hubungan itu beberapa bulan lalu sedangkan mereka dipercayai sudah berbuat demikian hampir tiga tahun lalu.

    Secara kebetulan, keperitan itu sama seperti dilalui ibunya kira-kira 17 tahun lalu apabila terpaksa berkongsi kasih sayang ayahnya. Azimah mendakwa ibu tirinya seorang yang kuat seks dan perkara itu diakui bapanya yang kini tidak mampu lagi melayan wanita itu apabila menghampiri usia 70 tahun.


    “Bapa saya pernah berhasrat melepaskan ibu tiri saya apabila tidak mampu melayan nafsu isterinya namun dia enggan diceraikan,” katanya yang ditemui di Bandar Kinrara, baru-baru ini.

    Katanya, hubungan ibu tiri dengan suaminya memang rapat sejak kebelakangan ini namun dia langsung tidak menjangka mereka mempunyai hubungan serius.

    Menurutnya, ibu tirinya menjadi sebahagian daripada keluarga sejak 1994 sebagai isteri kedua bapanya dan dikurniakan tiga anak.

    “Pada awalnya memang sukar saya menerima kehadiran ibu tiri saya dan sering mencari pasal dengannya.

    “Namun lama-kelamaan saya pujuk diri saya supaya menerimanya dan menganggapnya suratan takdir,” kata wanita berusia 42 tahun itu.


    Namun, kekerapan suaminya menghabiskan masa bersama ibu tirinya sejak Ogos lalu membuatnya terfikir adakah hubungan mereka hanya sekadar menantu dan mentua atau sebaliknya.


    Kemuncaknya, tindakan suaminya yang mahu pulang beraya di rumah ibu tirinya di Kelantan dengan alasan mereka berasal dari kawasan sama menguatkan lagi kesangsiannya.


    “Suami memberitahu mahu beraya di rumah mama (ibu tiri) dan membiarkan saya sendirian di sini (Puchong) dan pulang ke Kelantan bersama anak saya.


    “Malah saya dimaklumkan anak mereka pernah berduaduaan di dalam rumah keluarga mama dan lebih mengejutkan, keluarganya menutup mata merelakan perbuatan itu,” katanya.


    Azimah berkata, hubungan terlarang mereka terbongkar dan suaminya mengaku menjalinkan hubungan dengan ibu tirinya.


    Pembongkaran itu membawa kepada perpisahan sementara lebih seminggu bagi menenangkan diri.


    Atas nama kasih dan sayang terhadap lelaki yang dikahwininya hampir 10 tahun lalu, dia memberi peluang kedua kepada suaminya.


    Namun, Azimah sekali lagi kecewa apabila pasangan terlarang itu masih menjalinkan hubungan dan merancang untuk berkahwin.


    “Bagaimana mereka mahu berkahwin sedangkan bapa saya belum menceraikan mama, takkan mereka tidak tahu.


    “Saya pasti mama lebih tahu status dirinya dan dia bukannya cetek agama,” katanya yang kini tawar hati kepada suaminya.

    myMetroKeluarga cacamarba

    Mangsa bencana pindah ke hotel mewah

    TOKYO: Beberapa mangsa gempa bumi dan tsunami yang kehilangan tempat tinggal mula berpindah ke sebuah hotel mewah di bandar raya ini semalam.
    Hotel Grand Prince Kasaka, yang sebahagian biliknya berharga 150,000 yen (RM5,750) satu malam, akan menjadi tempat tinggal sementara untuk kira-kira 360 mangsa.

    Makanan akan disajikan tiga kali sehari dengan bayaran RM10.60 untuk sarapan dan RM17 untuk makan mtengah hari dan malam sementara bayaran untuk penginapan dikecualikan.
    Hotel 40 tingkat itu yang pernah menjadi tempat kegemaran ahli politik serta selebriti, ditutup bulan lalu selepas beroperasi selama 55 tahun. Ia dijangka dirobohkan Julai depan, bermakna mereka yang menginap di situ terpaksa berpindah sekali lagi.

    “Saya cemas setiap kali memikirkan masa depan saya. Tetapi buat masa ini, mungkin saya selesa kerana dapat tinggal di sebuah hotel mewah,” kata seorang mangsa, Shoichi Ono, dari Fukushima. - AP
    myMetroMangsa bencana pindah ke hotel mewah

    Perancis haram burqa esok



    PARIS: Perancis akan menguatkuasakan pengharaman pemakaian purdah mulai esok, menjadikan negara Eropah pertama berbuat demikian.
    Ramai penganut Islam dan pemerhati hak asasi manusia mendakwa, pelaksanaan pengharaman itu adalah taktik Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy untuk meraih undi daripada kumpulan antipendatang dengan menunjukkan beliau turut berkongsi kebimbangan bahawa Islam menjadi ancaman terhadap budaya negara itu.


    Pegawai Perancis menganggarkan, hanya 2,000 wanita daripada anggaran empat hingga enam juta penduduk Islam memakai purdah.


    Wanita yang melanggar pengharaman itu boleh didenda sebanyak RM650. — AFP
    myMetroPerancis haram burqa esok

    Penunjuk perasaan Mesir enggan undur



    KAHERAH: Kira-kira 2,000 orang terus menunjuk perasaan di Dataran Tahrir di sini semalam, tidak mempedulikan tindakan tentera untuk menyuraikan mereka.
    Penunjuk perasaan berkenaan sebaliknya berikrar tidak akan berundur selagi bekas Presiden Hosni Mubarak tidak dibicarakan dan tuntutan lain mereka tidak dipenuhi.


    Sebahagian penunjuk perasaan yang marah dengan langkah tentera menggunakan belantan untuk mengusir mereka malam kelmarin, bertindak melontar batu ke arah kenderaan askar. Dua trak tentera juga dibakar.
    Ratusan ribu rakyat Mesir berkumpul di dataran berkenaan selepas solat Jumaat sebelum dikepung oleh tentera pada sebelah malam.


    “Syukur kami berjaya melawan mereka hingga kami boleh terus berada di sini,” kata seorang penunjuk perasaan.


    Dataran Tahrir menjadi pusat kebangkitan rakyat Mesir hingga membolehkan mereka menggulingkan Hosni pada 11 Februari lalu, selepas 30 tahun berkuasa. — ReutersmyMetroPenunjuk perasaan Mesir enggan undur

    Pertempuran sengit di Misrata


    ANGGOTA pemberontak menahan seorang lelaki yang mereka dakwa penyokong Muammar Gaddafi di Ajdabiyah, semalam.
    ANGGOTA pemberontak menahan seorang lelaki yang mereka dakwa penyokong Muammar Gaddafi di Ajdabiyah, semalam.

    MISRATA: Pengeboman besar-besaran oleh tentera yang setia kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafimenyebabkan sekurang-kurangnya empat orang terbunuh di bandar ini, semalam.
    Sumber dari Benghazi, kubu kuat pemberontak, berkata, mangsa termasuk dua kanak-kanak sementara 10 orang lagi cedera.


    “Tentera Gaddafi meneruskan serangan rambang terhadap kawasan kediaman,” kata sumber itu.
    Misrata yang terletak kira-kira 215 kilometer ke timur Tripoli dan menjadi kubu kuat terakhir pemberontak di barat Libya menjadi medan pertempuran sengit sejak lebih 40 hari lalu.


    Sementara itu, kritikan terhadap peranan pasukan udara Nato semakin meningkat dengan sumber pemberontak di Benghazi berkata, pakatan itu gagal melindungi penduduk awam Misrata dan tidak bertindak secukupnya terhadap tentera Gaddafi.


    Kumpulan penentang itu mendesak supaya Perancis mengambil alih mengetuai operasi berkenaan.
    Dalam pada itu, Kesatuan Eropah dan Kesatuan Afrika mengumumkan usaha untuk mengadakan gencatan senjata.


    Sekumpulan pemimpin Afrika, termasuk Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma akan melawat Libya beberapa hari lagi untuk membantu mencari jalan penyelesaian. - AFP
    myMetroPertempuran sengit di Misrata

    Lima maut kereta bertembung lori


     ANGGOTA bomba dan penyelamat cuba mengeluarkan mayat     Mohd Farid  (gambar kecil) yang maut dalam nahas di Kilometer 40, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, Ladang Gapi, pagi semalam.
    ANGGOTA bomba dan penyelamat cuba mengeluarkan mayat Mohd Farid (gambar kecil) yang maut dalam nahas di Kilometer 40, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, Ladang Gapi, pagi semalam.


    Dua nahas berasingan di Serendah, Baling
    KUALA LUMPUR: Lima beranak daripada dua keluarga maut dalam nahas jalan raya berasingan di Serendah, Selangor dan Baling, Kedah, pagi semalam.
    Dalam kejadian pertama di Serendah, tiga beranak termasuk kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, terkorban apabila kereta Proton Satria dinaiki mereka dirempuh sebuah lori yang membawa muatan batu-bata di Kilometer 40, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, Ladang Gapi, kira-kira jam 6.30 pagi.

    Mangsa dikenal Mohd Farid Idris, 29; isterinya, Eirlenna Asrani, 28, dan anak mereka, Muhammad Faiz Hakimi, empat tahun.

    Kemalangan berlaku ketika Mohd Farid dan Eirlenna dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Cheras selepas mengambil anak tunggal mereka, Muhammad Faiz yang ditinggalkan di rumah ibu Farid di Kampar, Perak sejak seminggu lalu.

    Ketika melalui jalan lama Kuala Lumpur-Ipoh, kereta dipandu Farid yang bertugas sebagai pembantu perubatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), dilaporkan dirempuh sebuah lori dari arah bertentangan sebelum diseret sejauh 70 meter lalu terhumban ke dalam gaung tidak jauh dari simpang Ladang Gapi, Serendah.

    Kereta mangsa kemudian dihempap lori terbabit ketika jatuh ke dalam gaung sedalam dua meter. Berikutan itu, tiga beranak itu tersepit dan saling bertindih dalam kereta yang remuk.
    Ketua Polis Daerah Kuala Kubu Baru, Superintendan Norel Azmi Yahya ketika mengesahkan kejadian itu berkata, polis dengan bantuan dua jentera dari Balai Bomba Kuala Kubu Baru mengambil masa lebih dua jam bagi mengeluarkan mayat ketiga-tiga beranak itu.

    Manakala pemandu lori, Duraisingam Karuppiah, 40, menyerah diri di Balai Polis Kuala Kubu Baru dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Dalam nahas kedua di Baling, seorang bapa dan anak berusia dua tahun maut, manakala isterinya parah selepas kereta dinaiki bertembung sebuah lori di Jalan Simpang Empat Telok Pendiat-Carok Nau di sini, kira-kira jam 10.30 pagi semalam.

    Mangsa terbunuh ialah Yahaya Md Daud, 39, dan anaknya, Mohamad Fahin Afdal Yahaya, dua tahun. Manakala isterinya, Rusnani Abu Bakar, 30, cedera parah. Kemalangan itu berlaku ketika keluarga terbabit dikatakan sedang dalam perjalanan ke Hospital Baling untuk mengambil ubat asma Mohamad Fahin Afdal.

    Kereta jenis Proton Wira dipandu Yahaya yang juga Pegawai Penyelaras UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Kupang dikatakan bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

    Lori itu dipercayai terbabas ketika cuba mengelak sebuah motosikal yang dikatakan memotong secara tiba-tiba dalam kejadian jam 10.30 pagi itu.

    Akibat rempuhan itu, anak mangsa, Mohamad Fahin yang dipangku ibu, Rusnani Abu Bakar, 30, di bahagian depan tempat duduk penumpang mati di tempat kejadian akibat kecederaan serius di kepala dan badan.

    Manakala, Yahaya yang tersepit di tempat duduk pemandu, cedera parah di kepala dan dikejarkan ke Hospital Baling sebelum meninggal dunia kira-kira jam 1.30 petang, semalam.
    Berita Harian Online | Lima maut kereta bertembung lori