Pages

Sunday, April 21, 2013

DULU MENGHINA ISLAM, TETAPI SEKARANG?


Anda kenal siapakah lelaki yang sedang solat di dalam Raudhah as-Syareefah bersebelahan Minbar Nabawi itu?

Beliau ialah ahli politik Belanda yang pernah mengeluarkan filem " Fitna " yang memfitnah dan memburukkan Islam sekitar 2 tahun lalu. Alhamdulillah beliau telah memeluk Islam dan meletakkan jawatan sebagai ahli politik.

Perkara yang menyebabkan beliau memeluk Islam ialah apabila beliau bercadang untuk mengeluarkan sebuah lagi filem memburukkan Islam bersumberkan dari kitab-kitab karangan orang Islam sendiri. Sebaik sahaja beliau membaca kitab-kitab tersebut, gambaran beliau terhadap Islam seperti yang disebarkan media barat berubah sama sekali dengan hidayah Allah.

Ujar beliau: Aku menyesal kerana sepanjang 47 tahun umurku tidak pernah mengenali Islam.

Sumber : https://www.facebook.com/IkhwanWorld

Gempa bumi kuat landa Honshu, Jepun




21 April 2013
KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter melanda Honshu, Jepun pada 11.22 pagi ini.
  
Dalam satu kenyataan di sini, Jabatan Meteorologi Malaysia berkata gempa itu berpusat 537km tenggara dari Hamamatsu, Jepun dan 3,457km timur laut dari Pitas,
Sabah.
  
Bagaimanapun, gempa itu tidak membawa ancaman tsunami.  - Bernama

102 korban gempa China




21 April 2013
Bangunan musnah teruk
Bangunan musnah teruk sejurus gempa berlaku di wilayah Sichuan, China.
BEIJING - Gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Richter menggegarkan wilayah Sichuan, barat daya China menyebabkan 102 penduduk terbunuh dan sekurang-kurangnya 2,200 orang cedera, semalam.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gegaran tercetus kira-kira pukul 8.02 pagi waktu tempatan di daerah Lushan berhampiran bandar Ya'an serta berpusat pada kedalaman 12 kilometer.

Menurut pegawai, gempa bumi itu menyebabkan berlakunya tanah runtuh dan meranapkan bangunan sekali gus menyamai peristiwa gempa kuat yang meragut kira-kira 70,000 nyawa penduduk pada 2008.

Sementara itu, Presiden Xi Jinping dan timbalannya, Li Keqiang mengarahkan semua pasukan keselamatan melakukan operasi mencari dan menyelamat, laporan dipetik daripada Al-Jazeera.

"Tempoh 24 jam ini adalah masa sukar untuk menyelamatkan mangsa. Semua pasukan keselamatan perlu menyelamatkan mangsa dengan pantas," kata Jinping.

Gempa gegar Sichuan

Foto
Kira-kira 2,000 tentera digerakkan ke kawasan bencana untuk membantu usaha menyelamat.
Beijing: Satu gempa bumi sekuat 6.6 magnitud melanda wilayah Sichuan, barat daya China semalam, mengorbankan sekurang-kurangnya 113 orang dan kira-kira 3,000 lagi cedera.
Gempa terjadi pada jam 8.02 minit di daerah Lushan, dekat bandar Ya’an, manakala pusat gegaran terletak 12 kilometer di dalam tanah.

Berdasarkan kenyataan pengguna perkhidmatan blog mikro Sina Weibo, gegaran itu turut dirasai penduduk di wilayah berhampiran dan di ibu negeri Chengdu.
Ribuan orang terpaksa bergegas meninggalkan bangunan ke tempat lapang untuk menyelamatkan diri.

Agensi berita Xinhua melaporkan, 113 orang disahkan mati dan daripada kira-kira 3,000 yang cedera, lebih 150 orang parah sementara sekurang-kurangnya 10,000 rumah musnah.

Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Keqiang berkata, semua usaha perlu ditumpukan untuk menyelamatkan mangsa serta mengelak lebih ramai terkorban.


Stesen televisyen kerajaan pula berkata, hanya kenderaan kecemasan dibenarkan masuk ke Ya’an walaupun lapangan terbang Chengdu kini dibuka semula. Kebanyakan mangsa yang terbunuh adalah di Lushan. Xinhua melaporkan, penyelamat menarik keluar 27 mangsa yang masih hidup dari runtuhan bangunan.
Seorang penduduk Chengdu berkata, dia berada di tingkat 13 sebuah bangunan apabila gempa berlaku.

“Bangunan itu bergoyang kira-kira 20 saat dan saya nampak banyak jubin jatuh dari bangunan sebelah,” katanya.

Bandar raya Ya’an didiami 1.5 juta orang dan dianggap satu daripada tempat lahirnya budaya teh China serta pusat perlindungan panda. - Reuters

157 maut gempa bumi di China



BEBERAPA orang berehat di luar rumah yang hampir runtuh akibat gempa bumi kuat di Kampung Longmen, Sichuan, China semalam.


BEIJING - Gempa bumi kuat melanda wilayah Sichuan di barat laut China menyebabkan 157 orang mati dan lebih 5,00 lagi cedera semalam.
Pada 12 Mei 2008, gempa bumi kuat dengan skala 7.9 Richter melanda wilayah yang sama sehingga menyebabkan lebih 90,000 orang mati.
Menurut agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat, gempa bumi terbaharu itu sekuat 6.6 pada skala Richter dengan kedalaman 12 kilometer dekat bandar Ya'an, daerah Lushan di wilayah Sichuan.
Gegaran gempa bumi itu dapat dirasai oleh penduduk di bandar Chengdu yang merupakan ibu negeri Sichuan menyebabkan orang ramai bergegas keluar dari beberapa buah bangunan.
Agensi berita Xinhua melaporkan, seramai 6,000 askar dihantar ke kawasan yang dilanda bencana.
Kebanyakan kematian berlaku di daerah Lushan yang turut menyebabkan bekalan elektrik dan air terputus akibat gempa bumi tersebut yang berlaku pada pukul 8.02 pagi waktu tempatan.
Ketika gempa bumi berlaku, kebanyakan penduduk masih berada di rumah, tidur dan bersarapan pagi.
Sebahagian penduduk berlari keluar dari rumah dengan hanya memakai seluar dalam dan selimut ketika berlari ke jalan raya.
Pihak berkuasa menyatakan, hampir keseluruhan bangunan di Kampung Longmen musnah akibat gempa bumi itu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0421&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2R3uK98Rc 
Hakcipta terpelihara 

Ular sawa 200 kilogram Cyberjaya ditangkap




ANGGOTA polis memeriksa kenderaan jenis Toyota Hilux yang dinaiki mangsa tembak dari jarak dekat di Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam.


CYBERJAYA - Tiga anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terpaksa mengerah kudrat masa selama empat jam sebelum dapat 'memberkas' seekor ular sawa jantan seberat 200 kilogram berhampiran sebuah tapak pembinaan di Taman Tasik Cyberjaya di sini semalam.
Reptilia sepanjang lapan meter itu ditemui pada pukul 12.50 pagi oleh seorang pekerja tapak tersebut yang pada mulanya menyangka ular tersebut merupakan batang pokok yang merintangi jalan.
Ketua Operasi JPAM Putrajaya, Azman Salleh berkata, ular itu merupakan reptilia terbesar yang pernah ditangkap pihaknya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0421&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2R3tItV3p 
Hakcipta terpelihara 

102 maut gempa di China



Pasukan menyelamat dan penduduk mengangkat runtuhan batu yang menutup sebatang jalan selepas gempa bumi berukuran 6.6 pada skala Richter melanda daerah Lushan, wilayah Sichuan, semalam. - REUTERS
BEIJING 20 April - Gempa bumi sekuat 6.6 pada skala Richter melanda wilayah Sichuan, barat daya China, hari ini dan mengakibatkan sekurang-kurangnya 113 orang terbunuh dan hampir 2600 orang lagi cedera.
Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 8.02 pagi waktu tempatan dan (8.02 pagi waktu Malaysia) di daerah Lushan berdekatan bandar Ya'an dan berpusat 12 kilometer di bawah bumi.
Agensi berita rasmi, Xinhua melaporkan 113 orang disahkan terbunuh dalam kejadian itu, manakala media rasmi melaporkan kira-kira 2600 orang lagi cedera.
Presiden, Xi Jinping dan Perdana Menteri, Li Keqiang berkata, semua usaha perlu dilaksanakan untuk menyelamatkan mangsa bagi mengehadkan peningkatan jumlah kematian.
Xinhua melaporkan, 2,000 askar dikerahkan ke kawasan kejadian bagi membantu operasi mencari dan menyelamat.
''Penyelamat berjaya mengeluarkan kira-kira 27 mangsa daripada runtuhan di Lushan,'' lapor Xinhua.
Saluran televisyen CCTV pula melaporkan hanya kenderaan jabatan kecemasan dibenarkan memasuki Ya-an dan lapangan terbang Chengdu sudah kembali beroperasi.
Kebanyakan mangsa yang terbunuh adalah penduduk di Lushan. Bekalan air dan elektrik di bandar itu dilaporkan terputus. Gempa tersebut turut dirasai oleh penduduk di wilayah berdekatan dan Chengdu.
Gambar di laman-laman web China menunjukkan runtuhan bangunan dan orang ramai yang luka diberikan rawatan di hospital. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130421/lu_07/102-maut-gempa-di-China#ixzz2R3CTBHPR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Gempa kuat gegar pantai timur Rusia, tiada korban



WASHINGTON 21 April - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter menggegarkan pantai timur Rusia awal pagi Ahad waktu tempatan.
Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), tiada laporan kerosakan dan kemalangan jiwa direkodkan dalam kejadian yang berlaku pukul 1.12 pagi (Ahad) atau pukul 9.12 malam tadi waktu Malaysia.
Gempa bumi itu berlaku 98 kilometer tenggara bandar Severo-Kurilsk berhampiran kawasan kurang berpenghuni di Kepulauan Kuril yang ditadbir Rusia pada kedalaman 20.2 kilometer. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130421/lu_01/Gempa-kuat-gegar-pantai-timur-Rusia-tiada-korban#ixzz2R3CF48HG
© Utusan Melayu (M) Bhd 

156 korban gempa bumi



 
Foto
Bangunan runtuh selepas gempa melanda Kampung Gucheng di Lushan, Ya’an barat Laut Sichuan. - AP Photo
Foto
 
5,500 cedera gegaran magnitud 6.6 landa Sichuan

Beijing: Seramai 156 orang terbunuh dan 5,500 lagi cedera selepas gempa bumi magnitud 6.6 menggegarkan kawasan terpencil serta kawasan pergunungan Sichuan, wilayah barat daya China, semalam.
Lokasi gegaran terletak dekat kawasan gempa bumi besar yang mengorbankan hampir 70,000 penduduk pada Mei 2008.
Kami amat sibuk ketika ini, ada kira-kira lapan atau sembilan mangsa yang cedera, doktor sedang menguruskan kes itu” Liu, Doktor Hospital Ya’an

Gempa terbaru berlaku jam 8.03 pagi (0002 GMT) di daerah Lushan dekat bandar Ya’an dengan pusat gempa pada kedalaman 12 kilometer, kata biro Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa itu dirasai penduduk di wilayah berjiran dan ibu kota wilayah Chengdu, menyebabkan ramai penduduk bergegas keluar bangunan, lapor perkhidmatan mikro blog Sina, Weibo.

Agensi Xinhua melaporkan, angka korban dan cedera dengan 330 mangsa tenat.

Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri, Li Keqiang berkata semua usaha perlu dilakukan bagi menyelamat dan mengehadkan angka kematian. Li dalam perjalanan ke Ya’an.
“Isu paling penting dalam tempoh 24 jam selepas berlaku gempa ialah menyelamatkan nyawa,” kata Li.

6,000 askar dikerah bantu
Xinhua berkata, 6,000 askar dikerahkan membantu usaha menyelamat. Stesen televisyen CCTV berkata, hanya kenderaan kecemasan dibenarkan masuk ke Ya’an dengan lapangan terbang Chengdu dibuka semula.

Kebanyakan kematian tertumpu di Lushan yang sudah terputus bekalan air dan elektrik.

Gambar di laman web China menunjukkan bangunan runtuh dan penduduk dengan balutan berlumuran darah dirawat dalam khemah di luar hospital yang rosak sedikit.

Penyelamat di Lushan menarik 32 mangsa terselamat keluar dari runtuhan, lapor Xinhua. Di perkampungan hampir dengan pusat gempa, hampir semua rumah dan bangunan runtuh, menurut rakaman disiarkan televisyen tempatan.

“Kami amat sibuk ketika ini, ada kira-kira lapan atau sembilan mangsa yang cedera, doktor sedang menguruskan kes itu,” kata seorang doktor di hospital Ya’an dikenali sebagai Liu.

Hospital sedang merawat mangsa yang cedera di kepala dan kaki, tambahnya.

Seorang penduduk Chengdu, terletak 140 kilometer dari Ya’an memberitahu Xinhua, dia ada di tingkat 13 bangunan apabila merasa gegaran.

Bergegar 20 saat

Bangunan itu bergegar kira-kira 20 saat dan kepingan jubin jatuh dari bangunan berhampiran.

Ya’an mempunyai 1.5 juta penduduk dan satu daripada tempat asal budaya teh China. Ia juga menempatkan pusat utama perlindungan panda gergasi di negara itu. - REUTERS