Pages

Thursday, October 20, 2011

19 tentera Filipina maut

myMetro | 19 tentera Filipina maut:
ZAMBOANGA: Tentera Filipina, semalam menuduh pejuang pemisah Islam membunuh enam anggota tentera yang ditawan ketika pertempuran di pulau selatan negara itu dengan sekurang-kurangnya 13 lagi tentera maut.
Kejadian Selasa lalu adalah satu daripada pertempuran paling buruk antara tentera kerajaan dengan gerila pemisah Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) sejak bertahun-tahun lamanya dan menyukarkan rundingan damai yang sudah pun menemui jalan buntu. Tentera Filipina berkata, mereka melakukan pemburuan ke atas anggota kumpulan kecil Abu Sayyaf yang dikaitkan dengan al-Qaeda di dalam hutan di Pulau Basilan apabila unit MILF menyerang hendap tentera mencetuskan pertempuran selama sembilan jam.

Menurut jurucakap tentera daerah, Leftenan Kolonel Randolph Cabangbang, seramai 12 tentera terbunuh dalam pertempuran itu dan seorang lagi disahkan maut sejurus kemudian.

Tentera sebelum itu melaporkan 10 lagi anggotanya hilang dengan enam daripadanya ditawan oleh pejuang MILF. - AFP
'via Blog this'

Budak 10 tahun kuasai 10 bahasa

Sonia Yang
myMetro | Budak 10 tahun kuasai 10 bahasa:
Baru berusia 10 tahun, Sonia mengagumkan juri ketika dia menyertai pertandingan bahasa bersama lebih 5,000 peserta semalam.

Peserta diuji mengenai pengetahuan terhadap bahasa asing, serta kemampuan belajar bahasa baru.

Dilahirkan di Taiwan dan berpindah ke England bersama keluarganya, Sonia kini menetap di Cheadle Hulme, Stockport.

Ketika tiba di England, Sonia mampu bercakap bahasa Jepun, China dan Inggeris, selain bahasa ibundanya.


Sonia juga mampu menguasai bahasa Kazakhstan, Uganda, Jerman, Sepanyol, Perancis dan Portugal. - TS

'via Blog this'

Derita buah zakar terlampau besar

MENDERITA...Warren berdepan dengan pelbagai kesukaran ketika berada di luar rumah
MENDERITA...Warren berdepan dengan pelbagai
 kesukaran ketika berada di luar rumah

Selama ini, lelaki berusia 47 tahun itu hanya mendiamkan penderitaannya, namun semalam dia membuat rayuan terbuka bagi membolehkan pembedahan dijalankan dan mampu menjalani hidup seperti biasa.

Warren memiliki buah zakar seberat 44.5 kilogram.
Disebabkan pembesaran melampau pada buah zakarnya, Warren tidak boleh memakai seluar, selain terpaksa bergantung kepada pemakanan antibiotik dan ubat setiap hari.

Apabila keluar rumah, Warren perlu mengenakan seluar besar yang diubah suai.


Katanya, bukan mudah bergerak dari satu tempat ke tempat lain dengan keadaannya begitu.
“Masalah ini memaksa saya menghabiskan lebih banyak masa di rumah,” katanya.



Bagaimanapun, keadaan itu tidak menjadikan Warren terlalu kecewa.
Menurutnya, selain mempunyai sahabat, dia mahu menjalin hubungan cinta dengan wanita idamannya.

“Di sebalik kekurangan ini, saya tidak kecewa, berputus asa atau terfikir untuk membunuh diri,” katanya.

Kata Warren, dia percaya masalah itu berpunca daripada insiden pada 2008.

“Saya terkepit kemaluan ketika tidur dan keesokan harinya, ia membesar seperti bola,” katanya.

Sementara itu, doktor berkata, Warren menghadapi masalah limfatik pada zakarnya menyebabkan berlaku takungan cairan pada organ berkenaan dan ia membengkak secara melampau. - TS
'via Blog this'


Lesen ikut tarikh lahir

Berita Harian Online | Lesen ikut tarikh lahir:
2011/10/2010

Kurangkan kes pemegang lesen tak aktif, rayuan perbaharui lesen

KUALA LUMPUR: Mulai pertengahan bulan depan, pembaharuan Lesen Memandu Kompeten (CDL) akan dibuat mengikut tarikh lahir pemegang lesen bagi memudahkan mereka mengingati tarikh memperbaharui lesen masing-masing, sekali gus menyaksikan tarikh tamat tempoh lesen sama dengan tarikh lahir.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata inisiatif yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu bertujuan mengurangkan kes pemegang lesen tidak aktif dan rayuan untuk memperbaharui lesen memandu tamat tempoh melebihi tiga tahun.

Selain itu, katanya, kaedah baru itu juga alternatif kepada sistem penyampaian notis peringatan dilaksanakan jabatan terbabit.
Pelaksanaan pembaharuan lesen memandu melalui penyelarasan tarikh tamat CDL mengikut tarikh lahir ini akan membabitkan agensi seperti JPJ, Jabatan Pendaftaran Negara, Pos Malaysia dan e-Khidmat, katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

Bagi tarikh lahirnya pada 29 Februari, tarikh tamat sah lesen memandu dicadangkan pada 28 Februari dan tarikh pembaharuan pada 1 Mac.

Bagaimanapun, jika pemegang lesen tidak mahu menggunakan tarikh itu, mereka hendaklah memperbaharui lesen memandu bagi tempoh empat tahun berdasarkan tahun lompat yang berikutnya.

Sejajar penyelarasan tarikh tamat lesen memandu, bayaran juga akan diselaraskan melalui dua kaedah iaitu bagi pemegang lesen yang tempoh pembaharuannya antara tarikh tamat sah lesen hingga tarikh lahir antara 12 hingga 18 bulan termasuk tempoh lanjutan, kerajaan akan menanggung bayaran lesen bagi tempoh lanjutan itu.
Sebagai contoh, bagi tempoh sah lesen sedia ada iaitu 20 Februari 2011 hingga 19 Februari 2012 dan tarikh lahir pemegang lesen adalah 10 Oktober 1980, hanya bayaran RM30 dikenakan iaitu bagi tempoh 20 Februari 2012 hingga 19 Februari 2013.

Baki lanjutan selama lima bulan 20 hari (kurang daripada enam bulan) adalah percuma iaitu antara 20 Februari 2013 hingga 10 Oktober 2013.

Cho Ha berkata, bagi pemegang lesen yang tempoh pembaharuannya antara tarikh tamat sah lesen hingga tarikh lahir antara 19 hingga 24 bulan termasuk tempoh lanjutan, mereka perlu membayar untuk lanjutan tempoh melebihi enam bulan tetapi kurang daripada 12 bulan.

Kadar bayaran lesen memandu masih RM30 setahun, katanya.


'via Blog this'

Manila rampas 25 bot China

Berita Harian Online | Manila rampas 25 bot China:




2011/10/20

Tentera Filipina bertindak selepas bertembung di Laut China Selatan

MANILA: Filipina semalam berkata ia merampas 25 bot kecil China selepas tentera lautnya bertembung dengan kapal nelayan besar di perairan Laut China Selatan yang menjadi rebutan.

Pertembungan kelmarin menyusul siri kejadian antara kedua-dua negara di Laut China Selatan tahun ini yang membawa kepada ketegangan hubungan diplomatik.
Pihak berkuasa Filipina berkata, kapal China yang lebih besar menunda 25 perahu kayu enjin berhampiran Tebing Reed, kira-kira 150 kilometer dari kepulauan Palawan di barat negara Filipina.
Kapal China itu tersesat ke dalam perairan kami, kata jurucakap Jabatan Luar Filipina, Raul Hernandez.

Bagaimanapun, dia tidak memandang serius pertembungan itu, menyifatkan ia sebagai kejadian kecil dan berkata Filipina mempertimbangkan untuk mengembalikan bot kayu berkenaan, yang tiada orang ketika ditemui.

Kapal lebih besar melepaskan perahu berkenaan apabila didekati kapal tentera laut Filipina, kata ketua tentera wilayah, Mejar Jeneral Juancho Sabban.

Kami mahu menjelaskan tiada niat buruk di pihak kami. Prosedur normal ialah mendekati mereka dan memberitahu mereka berada dalam wilayah kami, dan jika menangkap ikan, mereka perlu ada kebenaran daripada kerajaan.
Ketika tentera laut mendekati, induk kapal tiba-tiba memutuskan tali tunda dan meninggalkan bot kecil. Kami mungkin menakutkan mereka, katanya sambil menyangkal laporan media tempatan kapal tentera laut sengaja melanggar kapal nelayan China.

Pihak berkuasa Filipian berkata, mereka tidak tahu mengapa kapal berkenaan menunda banyak bot kecil.

Jurucakap Kedutaan China, Sun Yi, berkata pegawai hubungan tentera negaranya ke Filipina masih belum memberikan laporan mengenai kejadian itu.
Sehingga itu, saya tidak dapat memberi komen mengenainya, katanya.

China menuntut semua tapak bersejarah Laut China Selatan termasuk perairan yang hampir dengan pantai Filipina dan negara Asia Tenggara lain. Taiwan, Vietnam, Brunei dan Malaysia turut bersaing menuntut sebahagian kawasan perairan itu. AFP


'via Blog this'

Samsung keluar telefon Galaxy

Kosmo! Online - Dunia:



DUA model wanita menunjukkan telefon bimbit Galaxy Nexus
Android di Hong Kong semalam.


HONG KONG - Gergasi elektronik Korea Selatan, Samsung Electronics semalam memperkenalkan telefon bimbit terbaharunya, Galaxy Nexus.
Ia merupakan telefon pintar pertama menggunakan versi terkini sistem pengoperasian Android keluaran Google.
Galaxy Nexus merupakan hasil kerjasama Samsung-Google.
Pengeluaran itu adalah reaksi terhadap telefon pintar terbaharu keluaran Apple, iPhone 4S yang sudah dijual melebihi empat juta unit selepas kurang seminggu ia dipasarkan.
Dalam satu majlis pelancarannya di sini, Eksekutif Google, Andy Rubin berkata, sistem pengoperasian terkini Android itu yang dikenali sebagai Sandwich Ais Krim boleh digunakan pada telefon bimbit, komputer tablet dan pelbagai gajet lain.
Telefon itu turut memiliki teknologi pengecaman muka dan bukan kata laluan untuk mengaktifkannya.
Ia akan mula dijual pada bulan depan di Amerika Syarikat, Eropah, dan Asia termasuk China serta Jepun.
Harga telefon pintar tersebut bagaimanapun tidak didedahkan. - Agensi

'via Blog this'

Kapal, pedang ditemui selepas 1,000 tahun ditanam

Kosmo! Online - Dunia:



PEDANG milik seorang panglima perang Viking yang ditemui di Ardnamurchan, Scotland.


ARDNAMURCHAN, Britain - Beberapa ahli arkeologi menemui sebuah makam berusia 1,000 tahun yang menyimpan mayat seorang panglima perang bangsa Viking, lapor sebuah akhbar semalam.
Mayat tersebut disimpan dalam sebuah perahu sepanjang 17 kaki bersama pedang miliknya, kepala kapak dan sebuah cawan tanduk.
Penemuan tersebut dibuat di kawasan pedalaman tanah tinggi di Ardnamurchan, Scotland.
Ia merupakan makam Viking pertama di Britain yang ditemui dalam keadaan sempurna.
Berasal dari rantau Scandinavia merangkumi Denmark, Norway dan Sweden, bangsa Viking merupakan pelaut handal yang menjelajah ke seluruh Eropah sekitar abad kelapan. - Agensi

'via Blog this'

Buku teori genius matematik dipamerkan

Kosmo! Online - Dunia:



BUKU yang mengandungi teori matematik Archimedes dipamerkan di Muzium Seni Walter di Baltimore, Amerika Syarikat.


BALTIMORE - Buku berusia 1,000 tahun yang mengandungi teori matematik daripada ahli matematik terkenal dunia, Archimedes yang hidup pada kurun ketiga sebelum Masihi dipamerkan di Muzium Seni Walter di sini sejak Ahad lalu.
Sebelum ini buku itu dilelong pada harga AS$2 juta (RM6.21 juta) pada 1998.
Selepas pameran itu berakhir pada 1 Januari depan, ia akan dikembalikan kepada pemiliknya.
Archimedes tinggal di Greek Syracuse dan terkenal dengan teriakan Eureka yang bermaksud, saya telah menemuinya.
Dia menjerit perkataan itu selepas membuat penemuan mengenai teori pengapungan air semasa dia sedang mandi.
Archimedes juga dikenali kerana pencapaiannya yang mengagumkan seperti pam air, tulisan mengenai matematik dan lastik. - Agensi

'via Blog this'

Motosikal guna najis manusia

Kosmo! Online - Dunia:



GAMBAR yang disiarkan di laman YouTube menunjukkan sebuah motosikal menggunakan najis manusia di Jepun.


TOKYO - Sebuah motosikal di Jepun menggunakan najis manusia sebagai sumber kuasa.
Ia yang dinamakan Motosikal Tandas Neo, dibina oleh firma tandas, Toto, dalam usaha membantu mengurangkan asap karbon dioksida sebanyak 50 peratus dalam tempoh enam tahun.
Dilengkapi tandas modifikasi dan makmal bergerak untuk memproses najis, kenderaan beroda tiga itu boleh bergerak selaju 80 kilometer (km) sejam.
Jika semua itu tidak cukup canggih, motosikal berkenaan juga boleh bercakap dan menulis mesej di udara dengan menggunakan sistem pengimejan cahaya.
Ia kini dipandu uji dalam sesi jelajah sejauh 960km di Jepun dan dijadualkan tiba di Tokyo pada 2 November ini.
Pada awal tahun ini, seorang lelaki melakukan perjalanan sejauh 20,000km mengelilingi Australia dengan menaiki sebuah motosikal berkuasa lemak ikan dan jejari kentang. - Agensi

'via Blog this'

Cincin berlian RM279,652 dilelong hanya RM118,083

Kosmo! Online - Dunia:



CINCIN pertunangan milik Crystal Harris.


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Crystal Harris yang merupakan bekas tunang pemilik majalah bogel Playboy, Hugh Hefner, melelong cincin pertunangan mereka yang dibeli pada harga AS$90,000 (RM279,652), lapor sebuah akhbar semalam.
Wanita berkenaan, Crystal Harris, 25, cuma memperoleh AS$38,000 (RM118,083) selepas menjual cincin berlian seberat 3.39 karat itu dalam lelongan kelolaan firma lelongan Christie di sini kelmarin.
Seorang pembeli misteri membayar AS$47,500 (RM147,511) untuk barang kemas tersebut selepas dicampur cukai dan beberapa caj lain.
Harga itu lebih tinggi daripada anggaran beberapa jurulelong.
Satu sumber menyatakan kepada laman hiburanTMZ bahawa Crystal tidak lagi mahu memandang cincin tersebut kerana ia membawa kenangan pahit.
Crystal yang merupakan bekas model Playboy memutuskan pertunangan dengan Hefner pada Jun lalu. - Agensi

'via Blog this'

Kubu bawah tanah di hotel Vietnam ditemui

Kosmo! Online - Dunia:



SEORANG juruteknik menaiki tangga dari kubu bawah tanah di Hotel Metropole.


HANOI, Vietnam - Sebuah kubu yang menjadi tempat berlindung aktres Hollywood, Jane Fonda, Jane Baez dan tetamu asing lain semasa Perang Vietnam ditemui di sebuah hotel bersejarah di sini.
Lokasi tepat kubu tersebut kekal misteri sehinggalah beberapa pekerja membuka atap konkrit Hotel Metropole semasa mereka mengubah suai sebuah bar di dalam bangunan itu pada musim panas tahun ini.
Seorang doktor tempatan yang telah bersara menyatakan, dia pernah berlindung di kubu berkenaan pada tahun 1972 bersama penyanyi Amerika Syarikat (AS), Baez dan Fonda.
Doktor wanita itu berkata, Baez menyanyikan sebuah lagu untuk menenangkan para tetamu apabila AS mengebom Hanoi semasa serangan udara yang dinamakan Pengeboman Hari Krismas.
Mengulas berhubung penemuan tersebut, pengurus besar Hotel Metropole berkata, beliau percaya kubu berkeluasan tujuh buah bilik itu perlu dipulihara sebagai sebahagian peninggalan bersejarah Vietnam. - Agensi

'via Blog this'

Thai nafi sekat maklumat banjir

Kosmo! Online - Dunia:



Sebuah lori digunakan untuk mengangkut mangsa-mangsa banjir di Bang Bua Thong, wilayah Nonthaburi, pinggir Bangkok semalam.



BANGKOK – Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra semalam mempertahankan integriti kerajaan di sebalik kesangsian yang hangat diperkatakan mengenai maklumat yang diberikan oleh kerajaan ketika negara itu berdepan dengan banjir terburuk dalam tempoh puluhan tahun.
“Kami menyatakan kebenaran kepada rakyat Thailand. Kami tidak menyembunyikan sebarang maklumat daripada orang awam tetapi banjir kebetulan adalah amat kritikal.
“Kami tidak ada masa untuk bermain politik kerana kita perlu menyelesaikan masalah rakyat,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Perdana Menteri itu memberi respons kepada satu soalan sama ada sudah tiba masa untuk kerajaan memaklumkan kisah sebenar apabila menyalurkan maklumat kepada orang awam.
Soalan itu timbul berikutan beberapa pihak percaya kerajaan menyekat beberapa maklumat kerana bimbang dengan tamparan politik.
Lebih-lebih lagi, menurut tinjauan pendapat awam oleh Abac Poll baru-baru ini, rakyat memberi penarafan 3.4 daripada 10 mengenai prestasi menyeluruh Pusat Bantuan Operasi Banjir dalam menyalurkan maklumat kepada orang ramai.
Tambahan pula, 87 peratus responden menyifatkan maklumat dan berita dari pusat itu tidak boleh dipercayai manakala 86 peratus berpendapat pusat itu tidak memberikan maklumat yang jelas.
Menurut tinjauan itu, sistem amaran awal banjir mendapat penarafan hanya 3.1 daripada 10.
Kekecewaan orang awam semakin meningkat di sebalik arahan dalam beberapa kes di mana kilang dan orang awam diminta berpindah hanya selepas air banjir sudah sampai di depan pintu.
“Hari ini, kita berjuang menghadapi banjir besar. Kami tidak berjuang apa-apa lagi,” kata Yingluck sambil menegaskan itu sahaja keutamaan kerajaan ketika ini.
Beliau meminta semua pihak memberi kerjasama kepada kerajaan dalam menangani krisis banjir itu serta menggesa orang ramai tidak mengalihkan beg pasir yang diletakkan sebagai penghadang banjir.
Kira-kira satu pertiga daripada negara itu masih lagi ditenggelami banjir dengan 2.4 juta penduduk dari lebih 10,000 kampung di 27 wilayah di utara dan tengah negara itu terjejas akibat bencana itu yang melanda secara berperingkat sejak 25 Julai lalu.
Selain itu, lebih 14,000 buah kilang dengan lebih 660,000 pekerja turut terjejas.
Lembaga Pembangunan Sosial dan Ekonomi Kebangsaan Thailand (NESDB) menganggarkan kerugian akibat banjir di lima kawasan perindustrian dengan jumlah tenaga kerja lebih 220,000 pekerja di Ayutthaya mencecah 120 bilion Baht (kira-kira RM12 bilion). – Bernama

'via Blog this'