Pages

Friday, January 31, 2014

Gagal kahwinkan anak 8 tahun

Sana’a: Seorang lelaki dipenjara enam hari kerana cuba mengahwinkan anak perempuannya yang berusia lapan tahun dengan seorang anggota keluarganya.
Laman web Al Masder kelmarin melaporkan seorang kanak-kanak perempuan, Iftikhar, 8, akan dikahwinkan dengan sepupunya. 
Aktivis tempatan menggesa polis dan pertubuhan hak asasi kemanusiaan agar campur tangan dan menghentikan perkahwinan itu.

Ketua pasukan keselamatan daerah Ibb, Mohammad Al Qudisi kemudian menghantar anggotanya ke kediaman keluarga itu bagi menghalang perkahwinan berkenaan.
Foto
POLIS membawa Iftikhar (tengah) untuk diserahkan kepada bapa saudaranya selepas bapanya dipenjarakan, semalam.

Selepas mendapat tahu mengenai ketibaan polis, bapa kanak-kanak itu melarikan diri selepas mengurung isteri dan mangsa.

Ibu mangsa pada awalnya menentang perkahwinan itu tetapi akur selepas suaminya mengugut mahu menceraikannya.

Polis semalam menyerahkan kanak-kanak itu kepada bapa bapa saudaranya yang menghubungi aktivis apabila mendengar yang anak saudaranya itu akan dikahwinkan. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/31

Tutup bida jual dara

Brasilia: Wanita Brazil yang sudah empat kali cuba menjual daranya kepada pembida tertinggi di Internet akhirnya membatalkan hasratnya itu.
“Bidaan ditutup,” kata Catarina Migliorini kepada Huffington Post melalui emel.
Sebaliknya, Yahoo! Brazil melaporkan Catarina, 23, bercadang menyerahkan dirinya kepada pemenang bagi rancangan realiti ‘There’s Something About Catarina’ yang masih dalam peringkat perancangan di Brazil.

Bagi rancangan itu, 20 lelaki dari seluruh dunia akan bertanding untuk menjadi pasangan seks pertama Catarina selain memenangi hadiah AS$1 juta (RM3.3 juta). 
Foto
CATARINA
Sebuah laman web diwujudkan untuk mencari calon bagi rancangan berkenaan. 
Ini kali keempat Catarina berusaha meraih untung daripada menjual daranya.
Kali pertama dilakukan pada Oktober 2012 melalui dokumentari Australia ‘Virgins Wanted’ membabitkan bidaan di Internet.

Pemenangnya jutawan Jepun dikenali sebagai ‘Natsu’ dengan tawaran sebanyak $780,000 (RM2.6 juta).

Bagaimanapun, Catarina kemudian menarik diri kerana ragu-ragu mengenai ‘Natsu’ dan identiti sebenarnya selain mendakwa hampir ditipu pembuat dokumentari itu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/31

Petani tua mati lepas 6 bulan kahwin gadis muda

Baghdad: Seorang petani berusia 97 tahun yang menggemparkan media Iraq tahun lalu apabila berkahwin dengan wanita muda meninggal dunia di rumahnya semalam.
Dia mati hampir enam bulan selepas melangsungkan perkahwinan itu. 
Musli Mohammed Al Majmai mencetuskan kontroversi di Iraq selepas mengahwini gadis yang 70 tahun lebih muda daripadanya.

Dua cucunya berkahwin pada hari yang sama di kediaman mereka di Saladin, wilayah utara Iraq pada Julai 2013.
Foto
MUSLI menjadi tajuk utama media selepas berkahwin dengan gadis yang jauh lebih muda daripadanya tahun lalu.

Akbar tempatan melaporkan Musli mempunyai 325 orang anak, cucu dan cicit hasil daripada perkahwinannya sebelum itu. - Agensi .
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/31

Lembu pakai kaki palsu



KBTX
GAMBAR menunjukkan kedua-dua kaki plastik palsu anak lembu yang bernama Hero.


COLLEGE STATION, Texas - Seekor anak lembu yang kehilangan kedua-dua belah kaki belakangnya akibat masalah luka yang beku mampu berjalan selepas mendapat sepasang kaki palsu, lapor stesen televisyen KAGS TV kelmarin.
Anak lembu yang diberi nama Hero itu telah diselamatkan oleh seorang wanita, Kitty Martin pada April tahun lepas di Virginia, Amerika Syarikat (AS) kerana masalah luka itu.
Menurut Kitty, dia telah membuat panggilan telefon ke beberapa buat pusat haiwan di AS untuk merawat haiwan tersebut.
Pihak Kolej Universiti Perubatan Veterinar Texas A & M di sini kemudian bersetuju untuk mengambil haiwan tersebut dan memasang dua kaki plastik palsu untuk memudahkan haiwan tersebut berjalan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0131&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2ryRZ0PJh 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki tawar makanan percuma kepada pengguna jalan raya di AS



REUTERS
MILLER berjalan di tepi sebatang jalan raya semasa dia menawarkan makanan dan minuman secara percuma kepada pengguna kenderaan di Atlanta, Amerika Syarikat kelmarin.


ATLANTA, Georgia - Seorang warga Amerika Syarikat (AS), Matther Miller sanggup membawa beg galas yang mengandungi sandwic berintikan jeli dan kacang serta minuman panas kepada pemandu kenderaan di sini kelmarin.
Miller akan berjalan di tepi jalan dan bertanya kepada penumpang kenderaan yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya akibat cuaca sejuk melampau sama ada mereka mahu makanan dan minuman itu.
Dia menawarkan makanan dan minuman itu secara percuma.
Ribut salji melanda Atlanta kelmarin menyebabkan ribuan pengguna jalan raya terperangkap dalam kesesakan jalan raya.
Kawasan di selatan AS kini dilanda ribut salji yang menyebabkan tujuh orang mati pada Selasa lalu. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0131&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2ryRJjKQO 
Hakcipta terpelihara