Razali mengangkat buaya julung sebelum dibawa ke warung berhampiran. |
KUALA TERENGGANU – Kegembiraan seorang lelaki untuk mendapatkan ikan bertukar cemas apabila tauk (mata kail) yang dibiarkan semalaman di Sungai Tekah dekat Kampung Kesom Che Nordin, Manir, dimakan seekor buaya julung seberat 33 kilogram, Jumaat lalu.
Mat Razali Ismail, 51, yang sering menahan tauk di sungai itu sekiranya ada kelapangan, pada mulanya menyangka mata tauk miliknya itu dimakan ikan tapah, tetapi sangkaannya nyata meleset apabila buaya yang tersangkut.
“Saya tahan tauk petang Khamis dan datang semula hari ini (Jumaat) kira-kira jam 9 pagi. Apabila saya menghampiri tauk ini, ia seolah-olah ditarik sesuatu yang besar. Dalam hati saya berkata, pasti seekor ikan tapah, tetapi apabila semakin dekat, saya lihat kelibat seekor buaya.
“Pada mulanya saya hanya mendiamkan diri kerana memikirkan sama ada mahu menarik buaya ini ke darat atau membiarkan ia melekat pada mata tauk, tetapi akhirnya saya mengambil keputusan untuk tarik ke darat.
“Ketika itu, saya seorang diri (dalam perahu), tetapi dengan berbekalkan sedikit ilmu bagi menenangkan buaya, saya kuatkan semangat dengan mengusung buaya julung itu ke darat setelah mengikat mulutnya, kemudian saya bawa menaiki motosikal sejauh empat kilometer ke warung berhampiran,” katanya.
Razali kemudiannya menghubungi Perhilitan Terengganu untuk memaklumkan penangkapan itu dan pada sebelah petang (Jumaat), buaya sepanjang 2.1 meter diserahkan kepada jabatan berkenaan.
Bagaimanapun, kata Razali, kejadian itu adalah kali kedua berlaku pada dirinya, di mana kejadian pertama berlaku kira-kira 10 tahun lalu di sungai sama.
“Saya memang tahu sungai ini banyak buaya, tetapi haiwan ini tidak akan kacau kita kalau kita tidak kacau dia (buaya),” katanya.
Pada masa sama, Razali berkata, dia tidak serik untuk terus menahan tauk di sungai berkenaan kerana itu adalah hobinya pada masa lapang.