Pages

Friday, January 14, 2011

3 Perkara meninggikan darjat manusia


www.news-all.com (24).jpg
Tiga hal yang dapat meninggikan derajat manusia ialah:
Membudayakan ucapan salam (di kalangan kaum muslim);
Suka memberi makan kepada tamu dan orang yang lapar; dan
Solat tahajjud pada tengah malam saat orang-orang sedang tidur nyenyak.

3 Perkara menghapuskan dosa


www.news-all.com (61).jpg
Tiga perkara yang dapat menghapuskan dosa adalah :
Menyempurnakan wudhuk  walaupun dalam  keadaan terlalu sejuk;
Melangkahkan kaki untuk melakukan solat berjamaah; dan
Menunggu tibanya waktu solat yang kedua selesai mengerjakan solat yang pertama.”

4 Bahan yang dapat menyucikan jiwa tersirat dalam Al-Quran



4 Bahan yang dapat menyucikan jiwa tersirat dalam Al-Quran « Blog Peribadirasulullah
www.news-all.com.jpg
Empat jenis bahan yang dapat menyucikan jiwa yang dibawa secara hikmah dalam Al-Quran
Pertama : Solat yang dibaratkan sebagai air hujan.
Air hujan yang Allah SWT proses secara saintifik yang berfungsi kepada bumi dan tumbuhan serta memenuhi lautan dan tasik sebagai kegunaan manusia dan lain-lain tumbuhan adalah Lambang Rahmat Allah SWT.
Solat juga membawa erti kepada Cahaya.
Solat yang dimaksudkan kepada cahaya amatlah perlu kepada mereka yang menjalani hidup ini sebagai pelayar di lautan dan para musafir didaratan. Melalui cahaya solat orang beriman boleh membentuk kehidupan harmoni dan membina keadilan dalam kehidupan dalam keluarga dan negara.
Kedua : Puasa yang ibarat sebagai pembersih.
Kerana hanya dengan puasa dapat menghalang perkara maksiat dan mengawal pergerakkan nafsu.
Melalui puas, jiwa manusia akan tawadduk dan bersifat ihsan kepada sesama manusia.
Ketiga : Zakat yang di ibara sebagai air susu.
Zakat fitrah mahu pun zakat harta merupakan kewajiban bagi seorang mukmin yang memiliki harta berlebihan. Haiwanyang Allah SWT cipta seperti lembu dan kambing sentiasa berjasa kepada manusia dengan mengeluarka susu untuk kegunaan manusia.Manusia yang tidak membayar zakat seoleh-olah lebih hina daripada lembu atau kambing yang menabur jasa kepada manusia.
Keempat adalah haji yang diibaratkan sebagai madu.
Islam mengibaratkan haji sebagai madu adalah kerana mukmin yang melakukan fardhu haji adalah mukmin yang telah berjaya membentuk dirinya dengan sempurna dan menaburkan kebaikan kepada orang lain serta alam disekitarnya. Mandu sentiasa mengeluarkan rasa manis pada dirinya dan kepada orang yang meminumnya.Mereka yang minum madu akan menikmati kesihatan yang baik serta minda yang cerdas.

Insan yang paling bahagia

Insan yang paling bahagia « Blog Peribadirasulullah: "Insan yang paling bahagia
http://ec.img.v4.skyrock.com/ec0/otmaneway/pics/679710716_small.jpg

Manusia yang paling bahagia adalah mereka yang memiliki:

1-Hati yang meyakini bahawa Allah sentiasa bersamanya;

2-Jiwa yang sabar; dan

3-Sikap Qana’ah dengan apa yang dimiliki.

Qana’ah adalah menerima pemberian Allah dengan hai ridha dan tidak risau dengan apa yang luput darinya.

Dikirim dalam Kitab Nashaihul Ibaad"

Rusa lompat sebuah kereta



SEEKOR rusa melompat sebuah kereta dekat Rolfstorp, Sweden baru-baru-baru ini.


ROLFSTORP - Seekor rusa melompat sebuah kereta dekat Rolfstorp, Sweden, lapor sebuah akhbar semalam.
Gambar haiwan itu melompat dirakamkan oleh seorang remaja berusia 15 tahun, Tove Sjohlm Mute semasa dia bersarapan pagi di rumahnya.
Haiwan itu melompat selepas beberapa anaknya berjaya menyeberangi jalan raya itu dengan selamat.
Ia melompat bagi mengelak tertinggal jauh daripada kumpulan anak-anaknya. - Agensi

Misteri air bertukar hijau



SUNGAI Goldstream di Kanada bertukar menjadi hijau pada 29 Disember lalu.


OTTAWA, Kanada - Sungai Goldstream di Kanada yang mengalir melalui bandar Langford di British Columbia bertukar menjadi warna hijau, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang jurufoto yang mengembara di tebing sungai tersebut untuk merakamkan gambar burung helang, Tyson Elder sempat merakamkan gambar sungai itu yang berwarna hijau pada 29 Disember lalu.
Bahan pewarna hijau itu tidak menyebabkan kematian ikan dan ia bertukar semula kepada warna asal dalam tempoh sejam.
Para penyiasat pada mulanya menyalahkan satu bahan organik yang digunakan sebagai pencelup sebagai punca kejadian itu.
Namun, semasa kejadian, tiada ujian dilakukan untuk menguji sistem air di kawasan tersebut dengan menggunakan bahan pencelup hijau.
Ketua Jabatan Bomba Langford, Bob Beckett menyalahkan golongan nakal yang tidak dikenali melakukan kejadian itu.
Imej sungai itu boleh dilihat di laman YouTube. - Agensi

Pemuda luahkan makanan yang ditelan



LIANG YUXIN dari Xia Mei, selatan China meluahkan semula seekor ikan emas yang sudah ditelannya baru-baru ini.


BEIJING - Seorang pemuda China, Liang Yuxin mengejutkan doktor kerana kemampuannya untuk meluahkan semula makanan seperti ikan dan rantai sepanjang 25.4 sentimeter yang ditelannya, lapor sebuah akhbar semalam.
Liang yang berusia 25 tahun turut meluahkan semula barang kemas yang sudah ditelannya.
"Saya mendapati saya boleh melakukannya (meluahkan barang yang ditelan). Semasa saya seorang budak, saya tertelan bola secara tidak sengaja dan saya kemudian mendapati saya boleh meluahkannya semula," kata Yuxin yang berasal dari Xia Mei.
Menurutnya, dia kini merancang untuk mendaftar namanya dengan Guinness World Records bagi kategori menelan duit syiling.
"Rekod itu kini dipegang oleh seorang lelaki di Britain dengan sepuluh duit syiling dan saya boleh melakukan dengan menelan 11 duit syiling," katanya. - Agensi

Polis diberi pinjam kereta Lotus



SEORANG anggota polis, Angus Nairn berdiri dekat kereta polis Lotus Evora di sebuah lebuh raya di Midlands, Britain baru-baru ini.


LONDON - Polis di wilayah Midlands diberi pinjam sebuah kereta Lotus Evora yang berharga £50,000 (RM240,526) dan boleh memecut dari 0 hingga 96.56 kilometer sejam (km/j) berdasarkan meter kelajuan dalam tempoh kurang lima saat, lapor sebuah akhbar semalam.
Kereta itu diberi pinjam selama dua minggu untuk pasukan polis yang meronda di lebuh raya di Midlands Barat.
Seorang anggota polis, Angus Nairn berkata: "Ia merupakan sebuah kereta yang laju dan kami berharap untuk membuktikan akan terdapat satu halangan yang berkesan bagi sesiapa yang memikirkan mahu memandu dengan laju atau cuba memandu lebih laju daripada kami."
Menurutnya, kereta itu mempunyai prestasi yang mengagumkan.
Kereta keluaran syarikat Lotus yang kini dimiliki oleh syarikat Proton dari Malaysia itu menggunakan enjin 3.5 liter V6. - Agensi

Tahi bintang melintas di tujuh negeri di AS



GAMBAR yang disiarkan laman TheWeatherSpace.com menunjukkan objek misteri dipercayai tahi bintang yang dilihat dari Arkansas, Amerika Syarikat pada Selasa lalu.


MIAMI - Satu objek misteri melintasi tujuh buah negeri di Amerika Syarikat pada malam Selasa lalu lapor sebuah akhbar semalam.
Pihak berkuasa berkata, cahaya misteri yang dipercayai tahi bintang itu dapat dilihat dari negeri Oklahoma hingga ke Florida.
Beberapa laporan menyatakan terdapat warna hijau pada objek itu yang dipercayai tembaga.
Kakitangan-kakitangan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan menerima berdozen-dozen panggilan berhubung objek itu di langit.
Pengarah Pengurusan Kecemasan di Daerah Copiah, Randle Drane menyatakan beberapa orang melihat cahaya itu dan mendengar satu bunyi kuat telah bertindak menghubungi pihak berkuasa.
"Sebuah jabatan bomba sukarela melakukan gerakan mencari (objek itu) tetapi gagal membuat sebarang penemuan," katanya.
Cahaya misteri yang kelihatan seperti bebola api itu dapat dilihat di Greenwood, Jonesboro, Jackson, Mississippi, Biloxi, dan Florida. - Agensi

Korban banjir di Brazil 335 orang


TERESOPOLIS, Brazil 13 Jan. - Kejadian banjir dan tanah runtuh di kawasan pergunungan berhampiran Rio de Janeiro setakat ini telah mengorbankan sekurang- kurangnya 335 orang, dengan jumlah korban dijangka terus meningkat.
Operasi menyelamat di kawasan utara Rio de Janeiro iaitu Serrana digantung lewat semalam ekoran keadaan gelap dan berbahaya.
Seluruh kediaman di kawasan perbandaran Nova Friburgo, Teresopolis dan Petropolis dilanda banjir lumpur dan batu.
Sekurang-kurangnya tiga anggota bomba turut terbunuh selepas ditimbus bertan-tan lumpur ketika melakukan operasi menyelamat.
Kemusnahan akibat banjir, bagaimanapun masih tidak diketahui kerana komunikasi dan akses ke kawasan terjejas menghadapi kesukaran selepas jalan raya dan jambatan musnah dan perkhidmatan telefon terputus.
Menurut pegawai, kawasan yang teruk terjejas ialah di Serrana, kawasan mundur yang semakin meningkat dan digunakan sebagai pintu masuk untuk golongan bangsawan Brazil pada abad ke-19 serta menjadi kawasan pelancongan terutamanya kepada penduduk Rio ketika musim panas.
"Ini adalah mala petaka dan bencana besar." kata Datuk Bandar Teresopolis, Jorge Mario Sedlacek kepada stesen televisyen GlobeNews.
Teresopolis menjadi bandar yang paling teruk terjejas, menurut maklumat yang dikeluarkan oleh bomba lewat semalam.
Pegawai meramalkan lebih banyak hujan dalam tempoh beberapa hari akan datang.
Sementara itu di Filipina, angka korban akibat banjir dan tanah runtuh ekoran hujan lebat selama lebih tiga minggu meningkat kepada 43 orang.
Kematian terbaru itu melibatkan tujuh orang yang lemas kelmarin dan semalam dalam banjir yang menenggelamkan sebuah kawasan luas di timur wilayah Samar Utara dan Samar Timur.
Pasukan penyelamat turut menemui dua mayat di wilayah Bacolod dan mayat seorang budak lelaki berusia 14 tahun yang dihanyutkan air sungai di bandar Tacloban, semalam. - AFP/dpa

Lelaki Indonesia liwat 96 remaja



JAKARTA 13 Jan. - Seorang lelaki homoseks Indonesia mengaku meliwat hampir 100 remaja sejenis sejak berusia 13 tahun.
Lelaki berusia 34 tahun itu yang hanya dikenali sebagai Sartono, pada awalnya membuat pengakuan, dia pernah mencabul dan menjual 39 remaja lelaki.
"Dia mengaku melakukan seks songsang sejak berusia 13 tahun. Selain meliwat, lelaki itu juga melakukan kekerasan fizikal dan mental ke atas mangsa-mangsanya," kata Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kepulauan Seribu, Reynold EP Hutagalung seperti yang dilaporkan akhbar Kompas, hari ini.
Polis daerah Kepulauan Seribu menangkap Sartono di Stesen Kota, Jakarta Barat pada 9 Januari lalu berdasarkan laporan yang dibuat oleh keluarga seorang daripada mangsa Sartono yang bekerja sebagai penjual alat permainan kanak-kanak.
Menurut Reynold, mangsa yang pernah menjadi pemuas nafsu Sartono itu berusia antara 14 hingga 17 tahun.
Berdasarkan laporan polis juga, butiran jenayah yang dilakukan Sartono sebanyak 42 kali sebelum 2008 dan antara 2008 hingga 2010 pula seramai 54 orang.
Sebilangan besar daripada remaja yang menjadi mangsa pencabulan Sartono merupakan anak jalanan di sekitar stesen kereta api Cikampek, Purwakarta, Bandung, Serang (Banten) dan Kampung Bandan (Jakarta Utara).
Akibat kesempitan wang, Sartono juga pernah menjual mangsa yang dicabulnya antara Rp25,000 (RM8.45) sehingga Rp50,000 (RM17) setiap seorang kepada lelaki homoseksual.
Modus operandi Sartono ialah dengan menawarkan hadiah telefon bimbit kepada mangsanya.
Seandainya mangsa bersedia, dia akan mengajak mereka bersiar-siar dan seterusnya melakukan pencabulan dan menjual mangsa-mangsa itu di beberapa daerah.
Pihak berkuasa juga telah mengambil kenyataan daripada beberapa saksi selain menyita barang bukti seperti tiga unit telefon bimbit milik mangsa.
Siasatan polis juga mendapati, berdasarkan kecenderungan Sartono, dia pernah menjadi mangsa pencabulan di zaman kanak-kanak.
Sartono yang sudah berkahwin dan memiliki empat orang cahaya mata akan dihadapkan ke mahkamah dan diadili di bawah akta Perlindungan Anak-Anak. - UtusanUtusan Malaysia Online - Luar Negara