Pages

Tuesday, March 23, 2010

Ayam-ayam paling cantik didunia...























Pemandu rentung dalam kereta terbabas


SEREMBAN: Seorang lelaki rentung selepas kenderaan dipandunya terbabas lalu terjatuh ke dalam longkang sebelum terbakar di Kilometer 279 Lebuhraya Utara Selatan (Plus), di Nilai, malam kelmarin. 

MUSNAH...keadaan Toyota Harrier yang dipandu mangsa selepas nahas.
MUSNAH...keadaan Toyota Harrier yang dipandu mangsa selepas nahas.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa Ang Kok Seng, 32, cuba keluar dari Toyota Harriernya yang terbakar.
Jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan awal, Ang yang memandu seorang diri dari arah ibu kota menghala ke Selatan dipercayai gagal mengawal kenderaannya lalu melanggar sebuah Proton Wira.
“Selepas melanggar Proton Wira berkenaan, kenderaannya itu terbabas ke kiri lalu melanggar besi penghadang jalan dan terjatuh ke dalam longkang lalu terbakar,” katanya.
Menurut beliau, mayat mangsa dikeluarkan anggota Bomba dan Penyelamat.
Menurutnya, pemandu Proton Wira iaitu seorang lelaki berusia lingkungan 30-an membuat laporan polis mengenai kejadian itu.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk dibedah siasat,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Turus Trafik Negeri Sembilan, Asisten Superintendan Abd Halil Hamzah yang dihubungi, berkata polis masih menjalankan siasatan lanjut dan meminta saksi yang melihat kemalangan itu supaya tampil bagi membantu siasatan.
Mereka boleh menghubungi Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban 06-6033394 atau balai polis berhampiran.

Hidup penuh penipuan

2010/03/23
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

LOS ANGELES: Bintang golf Amerika Syarikat, Tiger Woods menganggap kehidupannya penuh penipuan dan mengaku melakukan pelbagai perkara keji sebelum skandal seksnya yang mencalar imej baiknya diketahui umum.
Dalam temubual pertama sejak terbabit dalam kemalangan di depan rumahnya di Windermere, Florida, November lalu, Woods mendakwa terapi menyedarkannya keburukan dilakukan dan tidak menyangka dia menjadi sebegitu teruk.


“Hidup saya penuh penipuan. Saya melakukan pelbagai perkara yang mengecewakan ramai orang.


“Namun, terapi menyedarkan saya, mendedahkan keburukan yang saya lakukan,” katanya kepada wartawan ESPN, Tom Rinaldi. Dia mendakwa mula mengatur semula hidupnya.


“Selepas akur dan berusaha mengatasi masalah ini, saya kini berasa lebih stabil dan kuat,” katanya.


Namun, dia mengaku detik paling sukar ketika terpaksa bersemuka dengan ibu dan isterinya, Elin.

“Mereka berdua paling kecewa. Paling sukar untuk mengaku perbuatan buruk yang saya lakukan kepada mereka kerana mereka amat rapat dengan saya.” Woods mengaku isterinya amat sedih dengan perbuatannya itu.


“Dia sedih, marah dan terkejut dengan apa yang saya lakukan dan dia sememangnya berhak kecewa,” katanya. Woods menjalani terapi di sebuah klinik di Mississippi pada Januari dan Februari. Dia bagaimanapun enggan menceritakan apa yang dilaluinya di klinik itu.


“Yang pasti ia amat sukar terutama melihat diri sendiri mengikut kaca mata yang tidak ingin anda lakukan dengan rela,” katanya lagi.


Mengulas mengenai skandal seksnya dijadikan bahan jenaka dalam siri kartun South Park terbitan Matt Stone dan Trey Parker, beliau berkata: “Ia menyakitkan hati tapi ia semua salah saya dan saya faham kenapa mereka mencerca saya.” Woods turut berkata, dia mungkin dapat dibantu jika ada di antara mereka yang rapat mengetahui sikap buruknya itu.


“Alangkah bagusnya jika mereka mengetahui apa yang saya lakukan. Hakikatnya, saya cuba berhenti tapi gagal melakukannya,” katanya kepada Golf Channel. - AFP

'Isteri muda' kembali ke sekolah

KOTA BHARU: “Anak saya begitu gembira dapat kembali ke sekolah selepas tergendala selama sebulan akibat dikahwinkan bapanya dengan seorang lelaki tabligh pertengahan bulan lalu,” kata Siti Sarnan Mat Ail.
Siti Sarnan, 42, berkata, anak kedua daripada enam beradik itu, Siti Zubaidah Hussin, 11, sudah mula bersekolah di Sekolah Arab Riayatul Diniyah, Kampung Bukit Mas, Tanah Merah, bermula kelmarin dan begitu gembira bertemu rakan baru.
Katanya, Siti Zubaidah juga boleh menyesuaikan diri dengan suasana sekolah baru itu selain sungguh bersemangat ke sekolah dan kini berada di tahun lima.

“Siti Zubaidah kelihatan begitu gembira dapat pergi ke sekolah bersama beberapa sepupunya.

“Nampaknya dia sudah dapat menerima semua yang terjadi ke atasnya dan trauma terhadap kejadian itu semakin hilang,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, semalam.

Menurut Siti Sarnan, rakan baru Siti Zubaidah juga boleh menerima keadaan anaknya itu dan mereka sentiasa memberi semangat kepada anaknya itu untuk meneruskan kehidupan.


Katanya, dia berharap anaknya akan berjaya dalam hidup dan menjadikan pengalaman dikahwinkan pada waktu muda tanpa kerelaannya itu sebagai pengalaman berguna bagi mematangkan kehidupannya.

“Saya sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada Siti Zubaidah supaya melupakan semua yang berlaku ke atasnya,” katanya.

Sebelum ini, akhbar melaporkan Siti Zubaidah dikahwinkan oleh bapanya, Hussin Salleh, 54, kepada rakan jemaah tanpa kerelaan anak perempuannya itu.

Selepas dikahwinkan Siti Zubaidah dibawa ke Kuala Lumpur oleh lelaki berkenaan selama 23 hari sebelum ditemui semula kira-kira jam 6.30 petang di Madrasah Al-Ikhwan Taman Samudera Jaya, Batu Caves, Jumaat minggu lalu.

Sementara itu, Siti Sarnan berkata, trauma anaknya terhadap kejadian malang itu juga semakin hilang selepas mendapat sokongan dan dorongan daripada keluarga selain tinggal bersama datuknya, Mat Ail Hassan, 70, di Kampung Bukit Mas, dengan kerelaannya sendiri.

“Saya berharap kes ini selesai dengan secepat mungkin supaya kehidupan Siti Zubaidah kembali normal selain menyerahkan kepada pihak berwajib untuk menyelesaikan kes ini,” katanya.

'Saya reda takdir Allah'

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my
2010/03/23
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: “Walaupun hasrat untuk melihatnya belajar di kolej tidak kesampaian namun saya reda dengan ketentuan Illahi,” kata Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa TV7, TV8, TV9 dan Rangkaian Radio Kumpulan Media Prima, Datuk Manja Ismail.
Beliau berkata demikian selepas selesai upacara pengebumian anak bongsunya, Muhammad Ikhwanul Ashraf, 18, yang maut selepas kereta dipandunya terbabas dan merempuh pembahagi jalan di USJ3, Subang Jaya, awal pagi semalam.


Difahamkan, kelmarin Manja mendaftarkan anak bongsu daripada tiga beradik itu di Kolej Sunway untuk meneruskan pengajian dalam jurusan A Level selepas menamatkan pengajian di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).


Menurut Manja, dia bagaikan tidak percaya anak bongsunya itu pergi meninggalkan mereka sekeluarga kerana ketika malam sebelum kejadian, Ikhwanul masih sempat menonton perlawanan bola Liga Perdana Inggeris bersamanya di rumah mereka di USJ5.


“Keletahnya yang suka berjenaka masih segar di mata selain kata-katanya yang melucukan itu pula terngiang-ngiang di telinga...namun apakan daya, Allah lebih menyayanginya,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini, semalam.


Turut menziarah jenazah Allahyarham ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Selain itu, turut menziarah ialah Pengerusi Media Prima Bhd, Datuk Johan Jaaffar; Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Datuk Amrin Awaluddin; Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan; Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima, Datuk Ahmad A Talib; Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Anthony Firdauz Bujang; Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Zainul Arifin Mohammed Isa; Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar, Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Mior Kamarul Shahid dan Timbalan Pengarang Kumpulan BHSB, Mahfar Ali. Manja berkata, selepas selesai menonton perlawanan antara pasukan Liverpool dan Manchester United kira-kira jam 11 malam, anaknya itu keluar rumah.


“Arwah kata nak tengok perlawanan antara pasukan Chelsea dan Blackburn Rovers bersama rakannya. Saya hanya mengetahui kemalangan itu selepas dimaklumkan rakan arwah kira-kira jam 5 pagi,” katanya.


Sementara itu, Ketua Bahagian Keselamatan Awam dan Trafik Selangor Superintendan Che Hussin Omar ketika dihubungi, berkata siasatan awal mendapati mangsa yang dalam perjalanan dari Persiaran Kewajipan menuju ke SS19 gagal mengawal kereta dipandunya sebaik tiba di satu selekoh tajam di kawasan kejadian.


“Jalan licin selepas hujan lebat juga dipercayai punca mangsa gagal mengawal kenderaan,” katanya.

Kempen Selamatkan Negara.



1. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara [JPN] Datuk Alwi Ibrahim telah mendedahkan peningkatan Anak Luar Nikah [ALN] yang didaftarkan ke Jabatan Pendaftaran Negara: [Berita Minggu : 21 Mac]

a] 2007 : 16,100 anak Luar nikah
b] 2008 : 16,541 anak luar nikah
c] 2009 : 17,303 anak luar nikah

2. Datuk Alwi juga menyebut bahawa dalam tempoh 5 tahun terakhir Jabatan Pendaftaran Negara telah mencatatkan 74,723 anak luar nikah yang membabitkan orang melayu Islam .

Fakta ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat ]

3. Sepanjang tempoh yang sama [ 5 tahun ] , seramai 214,033 bayi luar nikah didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf termasuk kes anak yang tidak berbapa dari pelbagai bangsa dalam negara kita .

4. Fakta yang saya paparkan ini satu lagi episod kebinasaan dan kemusnahan yang sedang deras melanda negara . Membunuh sistem nilai dan memasung maruah ummah . Segalanya angkara nafsu yang tidak dipandu oleh wahyu . Hidup dalam satu sistem politik dan sosial yang terhindar dari petunjuk Allah swt dan pedoman sunnah Rasulullah saw.

5. Sistem pendidikan , perumahan , pembangunan , IT , media dan lainnya yang sangat jelas serta ketara tidak menepati syarat dan sistem Islam adalah antara penyumbang utama kepada keruntuhan moral dan akhlak . [ sebagai contoh ....]

Pendidikan : Tidak menitik beratkan pentarbiyyah untuk melahirkan insan yang soleh dan bermoral . Nilai agama dan moral tidak menjadi asas utama dalam memburu kecemerlangan akdemik .

Perumahan : Rumah murah 2 bilik tidak sesuai untuk rakyat kerana menyumbang kepada gejala sumbang mahram serta susun atur kawasan perumahan yang tidak islamik sebagai contoh kawasan perumahan yang tidak disediakan surau oleh pemajunya dan pusat pengajian agama tambahan serta kawalan akhlak dan moral selain warden yang menjaga keselamatan tetangga .

Pembangunan Hanya memburu keuntungan sehingga dalam satu daerah biarpun majoriti muslim masih dibenarkan kedai - kedai jualan arak dan kondom secara terbuka seperti seven eleven dan pertumbuhan kelab malam , karaoke , rumah urut yang tidak terkawal tumbuh bagai cendawan selepas hujan .

6. Seperkara lagi yang saya lihat tidak kurang juga pentingnya ialah kegagalan pihak berwajib menjalankan tanggungjawab untuk mencegah kemungkaran [ an Nahyu a'nil mungkar ] . Seketika , nasib pelacur , mak nyah lebih baik dari penceramah agama dan pendakwah yang sering diburu kerana tiada tauliah . Demikian juga nasib kelab malam dan pusat hiburan yang mendapat cop "halal" oleh pihak berkuasa tempatan nyata lebih baik dari masjid dan surau yang tidak dibenarkan menganjur majlis - majlis ilmu .

7. Apa yang berlaku ialah al amrul bil mungkar wa nahyu a'nil makruf ! Khatib yang membaca khutbah tanpa tauliah dari jabatan agama meskipun mendapat ijazah dari universiti Islam senantiasa dalam resah dan gusar diburu oleh penguatkuasa agama berbanding rasa selamat dan selesanya mereka yang langsung tidak hadhir solat jumaat .

8. Setiap kali dipersoal , pihak penguatkuasa ini sering menggunakan hujjah arahan orang atas !
Tentunya orang atasan ialah orang yang berkuasa iaitu kerajaan yang memerintah .Malang bagi sebuah kerajaan yang memiliki kuasa dan mandat rakyat tidak menggunakannya untuk membasmi maksiat dan mungkar tetapi sebaliknya menunjukkan sikap anti agama atau anti Islam . Islam yang mereka mahu ialah Islam yang boleh kompromi dengan maksiat dan mungkar .

[ contoh : Masjid dibina tetapi Kelab Malam juga dibina . Musabaqah Al Quran dianjur tetapi Akademi Fantasia juga dianjur . Peluang pekerjaan disedia tetapi pusat - pusat judi juga disediakan dan banyak lagi contoh contoh lain .]

9. Bukan tidak tegur dan bukan juga tidak dinasihati , tetapi mereka sukar memahami . Kita telah menghantar memorundum , kita telah menegur dalam kunjungan hormat kita , kita juga sudah sebut dalam dialog , wacana ilmiah , debat , khutbah , kuliah , ceramah bahkan demonstrasi . Kita juga menegur mereka secara rasmi di dalam Parlimen , Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri tetapi semuanya tidak membuahkan hasil . Mereka hanya memekakkan telinga dan menggulung lidah .

10. Menjadi tanggungjawab setiap individu untuk bangkit berjuang bagi menyelamatkan negara dari kebinasaan dan kemusnahan ini dengan membuat desakan agar syariat Islam dilaksana dan didaulatkan . Ianya adalah satu desakan berasas setelah semua pihak menyaksikan kegagalan total sistem peraturan dan undang - undang ciptaan manusia .


GEJALA MUSNAH LANTARAN AMANAH DIABAIKAN



Gejala buang bayi memang sudah lama berlaku. Sudah ratusan malah mungkin ribuan bayi yang tidak berdosa di buang di merata tempat oleh manusia berhati iblis. Darjat manusia ini lebih teruk dari binatang kerana binatang pun tahu sayang kepada anaknya.

Hari ini media sekali lagi melaporkan kejadian buang bayi yang berlaku dalam semak berhampiran tempat pembuangan sampah di Jalan Medan Ipoh Satu. Bayi ini masih hidup walaupun basah kuyup ditimpa hujan.

Semalam, media juga melaporkan bahawa terdapat 17,303 orang anak luar nikah di daftarkan pada tahun 2009.

Apa maknanya kedua-dua fakta di atas.? Maknanya ialah gejala maksiat zina sudah menjadi perkara biasa di Malaysia. Kalau dikira purata anak luar nikah yang dilahirkan di Malaysia ialah 47 orang sehari.

Saya lebih suka membicarakan punca kepada perkara sebelum kita berfikir tentang cara penyelesaiannya. Mengikut kaedah 'Problem Solving', sebelum kita membuat 'Correctieve Action' atau langkah pembetulan kita mesti mencari punca-punca masalah ini.

Di bawah ini adalah punca-punca kepada gejala zina, buang bayi dan anak luar nikah :-

1) Tiadanya kesedaran agama di kalangan penzina kerana mereka sudah tidak takut kepada Allah sehingga sanggup melakukan dosa besar iaitu perzinaan. Mereka ini mungkin tidak mempunyai asas agama yang kuat.

2) Pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita disebabkan ibu bapa tidak melarang mereka, keluar rumah dan bergaul bebas, kawan-kawan dan masyarakat tidak memberi nasihat dan membiarkan maksiat terus berlaku.

3) Persekitaran yang sudah rosak dengan program-program maksiat/pergaulan bebas seperti konsert, kelab malam, dangdut, disko dan sebagainya. Selain itu gejala berdua-duaan ke sana ke mari sudah menjadi tidak salah di sisi masyarakat dan ibubapa serta undang-undang.

4) Gejala meminum arak dan dadah di kalangan muda-mudi juga sudah menjadi perkara biasa dan bila kepala sudah khayal maka mudah maksiat berlaku.

5) Tiadanya undang-undang yang mampu mencegah perbuatan mungkar yang berlaku sekarang. Undang-undang yang ada sekarang adalah ciptaan manusia yang tidak mampu menggerunkan manusia. Sedangkan Allah sudahpun menurunkan undang-undangNya untuk mencegah perbuatan zina dan maksiat ini. Malangnya kerajaan yang ada sekarang terus berdegil tidak mahu melaksanakan hukum Allah ini.

6) Sistem pendidikan yang ada di negara kita sekarang gagal melahirkan pelajar yang beriman dan berakhlaq kerana apa yang diutamakan ialah pencapaian akademik semata-mata sehingga mengabaikan kesedaran Islam dan kekuatan Iman di kalangan pelajar-pelajar. Sebab itulah generasi muda hari ini amat rapuh pegangan agamanya sehingga sanggup berzina dan bergaul bebas tanpa rasa berdosa.

7) Program mencegah kemungkaran dibuat sambil lewa sehingga membiarkan tempat-tempat hiburan, rumah pelacuran dan lain-lain dibiarkan beroperasi macam cendawan lepas hujan.

8) Banyak lagi punca-punca lain yang ada tetapi bagi saya fakta di atas adalah antara perkara asas yang menjadi penyebab kepada gejala ini.

Pagi tadi semasa saya mendengar siaran radio Ikim.FM saya mendapati 100 % pendengar mahukan undang-undang Islam di tegakkan di Malaysia dan kata mereka itulah sahaja jalan penyelesaian yang mampu menyelesaikan masalah tersebut. Ini kerana menurut mereka hanya undang-undang Allah yang ada keberkatan dan pencegahan dari Allah sedangkan akal manusia tidak mampu untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah ini.

Di bawah ini saya cadangkan beberapa jalan penyelesaian kepada perkara ini.

1) Tukar kerajaan yang ada hari ini kerana dengan menukar kerajaan kepada kerajaan PR Insya Allah undang-undang Islam akan ditegakkan; sistem pendidikan akan diubah dengan menekankan ilmu Islam; Program Amar Makhruf dan Nahi Mungkar akan ditingkatkan; tempat-tempat maksiat ditutup, program-program maksiat dan pergaulan bebas dihentikan dan sebagainya.

2) Ibubapa mestilah menghadkan pergaulan anak-anak dengan tidak membenarkan mereka keluar malam dan tidak membenarkan anak-anak gadis keluar secara bersendirian bila-bila.

3) Dan lain-lain.

BAGI SAYA SELAGI KERAJAAN BN MEMERINTAH SELAGI ITULAH MEREKA TIDAK AKAN MENEGAKKAN UNDANG-UNDANG ISLAM DAN MEREKA HANYA MEMANDANG ISU INI SEBAGAI REMEH. DARI ITU RAKYAT MESTI MENUKARKAN KERAJAAN YANG ADA PADA HARI INI IAITU KERAJAAN BN KEPADA KERAJAAN PR.
Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka

Jangan abai hak Rasulullah



SENARIO begini lumrah kelihatan acap kali tiba hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.


SUDAH menjadi agenda terpenting dalam setiap majlis Maulid Nabi SAW, ucapan selawat dan memuji Baginda dialunkan dan dikumandangkan. Selain mendapatkan pahala dan keberkatan, majlis ini juga berperanan mendekatkan umat Islam kepada nabi mereka dalam rangka mengingatkan umat Islam tentang ketinggian dan keluhuran agama Islam yang dibawa Baginda SAW.
Namun, dalam kerancakan penganjuran maulid, dalam keindahan suasana keistimewaan dan ketinggian Rasulullah SAW dihayati dan dimartabatkan, ada terdengar suara-suara sumbang yang menempelak majlis seperti ini kerana dikatakan mengandungi unsur ghuluw (pelampauan) dalam memuji Baginda SAW.
Setakat manakah kebenaran dakwaan mereka ini? Jika memuji Nabi SAW dikatakan boleh membawa kepada perbuatan menyamatarafkan kedudukan Baginda SAW dengan Allah SWT, bagaimanakah pula dengan pujian dan sanjungan tinggi menjulang yang diberikan kepada manusia-manusia lain yang jauh lebih rendah kedudukannya daripada Nabi Muhammad?
Pada minggu lepas, kita telah membicarakan bahawa Baginda SAW juga adalah seorang insan ciptaan Allah, tetapi berbeza daripada manusia lain dengan dikurniakan pelbagai keistimewaan tertentu oleh Allah.
Justeru, memandang Baginda sebagai seorang manusia semestinya disertai dengan pandangan istimewa sesuai dengan kedudukan Baginda yang telah dimartabat dan dijulang oleh Allah dan bukannya menurut pandangan mereka yang terkesan dengan fahaman Jahiliah.
Jika kita tidak menyingkap ayat-ayat al-Quran dan hadis yang sarat membicarakan perkara ini pun, akal yang sejahtera sudah boleh menerima dan mudah untuk memahaminya.
Seseorang yang ditugaskan membawa suatu risalah yang agung daripada Tuhan Yang Maha Agung sudah tentu mempunyai ciri-ciri istimewa dan khusus bagi memastikan risalah agung itu dapat disampaikan dengan sempurna.
Salah faham makna ta'zhim dan ibadah
Masalah ini hanya terjadi apabila seseorang itu tidak dapat memahami dengan jelas tentang hakikat ta'zhim (mengagungkan atau membesarkan) dan hakikat ibadah (penyembahan).
Mereka juga tidak dapat membezakan antara dua kedudukan iaitu kedudukan Allah dan makhluk di mana setiap kedudukan mempunyai hak-haknya yang khusus.
Oleh itu, mereka mencampuradukkan di antara kedua-duanya dan menganggap apa jua bentuk ta'zhim yang dilakukan merupakan suatu penyembahan kepada yang diagungkan. Rentetan itu, perbuatan berdiri bagi menghormati orang yang mulia, mencium tangan, membesarkan Nabi Muhammad SAW dengan menyematkan gelaran Sayyid dan Maulana, berdiri di hadapan Nabi SAW ketika menziarahinya dengan adab-adab yang baik, penuh hormat dan merendah diri; semuanya dianggap ghuluw (berlebih-lebihan dan melampau) di sisi mereka, hingga membawa kepada penyembahan kepada selain Allah SWT.
Hakikatnya, anggapan seperti ini merupakan suatu kejahilan dan kesilapan, bahkan Allah dan Rasul-Nya tidak reda terhadapnya dan ia tidak sejalan dengan roh syariat Islam.
Sujud para malaikat kepada Nabi Adam
Kita sedia maklum, Nabi Adam as merupakan insan dan hamba Allah yang soleh dan pertama daripada jenis manusia. Allah SWT telah memerintahkan para malaikat supaya sujud kepadanya sebagai memuliakan dan membesarkan ilmunya dan sebagai pemberitahuan kepada mereka, bahawa Allah telah memilih Adam as menjadi Nabi daripada sekalian makhluk-Nya. Ini dijelaskan dalam surah al-Isra' ayat 61 hingga 62. Begitu juga dalam surah (Saad ayat 76 dan surah al-Hijr ayat 30 hingga 31.
Dari ayat-ayat ini kita melihat, para malaikat turut mengagungkan insan yang diagungkan oleh Allah SWT, cuma Iblis bersikap takbur dan enggan sujud kepada makhluk yang diciptakan daripada tanah. Alasan yang dikemukakan, ia diciptakan daripada api, sedangkan Nabi Adam diciptakan daripada tanah, sehingga ia enggan memuliakan Adam a.s dan tidak mahu sujud kepadanya.
Iblis adalah makhluk pertama yang bersikap takbur dan tidak mahu mengagungkan insan yang diagungkan oleh Allah SWT. Lantaran itu, ia diusir dan dihalau jauh daripada rahmat Allah kerana sikap sombong dan takbur terhadap hamba yang soleh.
Pada hakikatnya, sikap takbur iblis itu merupakan suatu kesombongan terhadap Allah kerana sujud itu sebenarnya kepada Allah; sebagai menurut perintah-Nya. Ini menjelaskan kepada kita perintah sujud tersebut adalah sebagai suatu penghormatan kepada Nabi Adam dan bukannya suatu penyembahan.
Hak-hak Rasulullah
Adapun hak Nabi SAW supaya diagungkan dan dimuliakan adalah sebagaimana perintah Allah SWT dalam al-Quran: Sesungguhnya Kami telah mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai Rasul yang menjadi saksi (yang diterima keterangannya), dan sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar). (Kami mengutusmu wahai Muhammad) supaya engkau dan umatmu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dan supaya kamu kuatkan agamanya dan memuliakannya. (al Fath: 8-9)
Dalam ayat lain, disebutkan: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan Rasul-Nya. (al-Hujurat: 1)
Allah juga berfirman: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara cakap kamu melebihi suara cakap Nabi SAW. (al Hujurat: 2)
Dalam ayat yang lain pula disebut: Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara kamu sama seperti seruan atau panggilan sesama kamu. (al-Nur: 63)
Umat Islam dilarang mendahului Nabi Muhammad SAW dalam berkata-kata ketika berada di hadapan Baginda. Bahkan, mendahului percakapan Nabi SAW dianggap sebagai akhlak atau adab yang buruk.
Kita juga dilarang mendahului Baginda atau tergesa-gesa menghukum suatu perkara sebelum Baginda menentukan hukumannya, ataupun berfatwa tentang apa sahaja perkara; baik berkaitan dengan peperangan, mahupun hal-hal lain yang berkaitan dengan urusan agama kecuali dengan perintahnya. Kemudian Allah menasihatkan dan memperingatkan umat Islam agar tidak menyalahi perintah tersebut, sebagaimana menurut surah al-Hujurat ayat 1 tadi.
Al Sulami ra. berkata tentang maksud ayat ini, "Maksudnya adalah bertakwalah kamu kepada Allah dengan tidak meremehkan atau mengabaikan hak-hak Nabi Muhammad SAW dan mensia-siakan kehormatannya, kerana sesungguhnya Allah Maha Mendengar segala perkataan kamu dan Maha Mengetahui segala perbuatan kamu".
Dalam ayat seterusnya, Allah SWT melarang umat Islam daripada meninggikan suara melebihi suara Nabi SAW dan mengeraskan suara kepada Baginda SAW seperti percakapan sesama rakan biasa. Menurut pendapat yang lain, maksudnya Allah SWT melarang umat Islam memanggil Baginda SAW seperti panggilan sesama mereka dengan menyebut namanya sahaja. Tetapi hendaklah mengagungkan, menghormati dan memanggil Baginda SAW dengan semulia-mulia panggilan; yang disukainya, seperti panggilan, "Wahai Rasulullah!" dan "Wahai Nabi Allah!"
Allah juga memperingatkan orang yang bersikap biadap terhadap Rasulullah SAW dengan ancaman akan dihapuskan amalan mereka jika mereka melakukan perbuatan yang tidak sopan terhadap Rasulullah SAW. Bahkan, Allah mencela mereka dengan menganggap mereka sebagai orang yang bodoh dan menyifatkan mereka sebagai orang yang tidak berakal.
Perintah dan peringatan Allah di atas ini jelas menunjukkan ketinggian Baginda SAW di sisi-Nya yang wajib kita muliakan dan besarkan sepanjang masa.
Tidak timbul dalam menyempurnakan hak dan adab terhadap Baginda SAW, soal penyembahan Nabi Muhammad SAW selagi seseorang itu mengetahui yang mana menjadi hak Allah dan yang mana menjadi hak Rasulullah SAW. Perbincangan selanjutnya akan menyusul minggu hadapan.

KISAS lahirkan ramai pemimpin



Bangunan istana lama, Istana Jemaah masih kekal (kiri) dan bangunan sekolah di kompleks KISAS, Jalan Kota Raja, Klang.


KETIKA ditemui pada Khamis lalu, raut wajahnya masih bersisa kepenatan. Ini kerana semalamnya merupakan hari terakhir beliau menjalani Program Latihan Khidmat Negara.
Namun, Fatin Syahirah Mohamad Nawi 17, merupakan remaja yang paling gembira dan begitu bersyukur ke hadrat Ilahi.
Manakan tidak apabila anak keempat dari 10 adik beradik ini tergolong antara pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009. Beliau beroleh keputusan yang sangat cemerlang iaitu pangkat A+ untuk kesemua 11 mata pelajaran yang diambil.
"Walau sebijak mana pun seseorang pelajar itu, tetapi dia masih memerlukan bimbingan dan sokongan pihak sekolah bagi mencipta kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan," ujar Fatin Syahirah.
Beliau yang sebenarnya masih terkejut dan menganggap keputusan yang dicapai sebagai satu keajaiban.
Katanya, selain fokus atau tumpuan sepenuhnya dalam kelas, menjaga hubungan baik dengan guru adalah amat penting bagi mendapat keberkatan dalam menuntut ilmu.
"Saya sedih dengan keadaan semasa di mana ramai pelajar yang tidak menghormati guru seperti dilaporkan media kerana ia satu perbuatan yang begitu biadap dan derhaka.
"Saya lekas meminta maaf kepada guru sekiranya menyedari ada terkasar bahasa atau tersilap kata, kerana dalam hayat seseorang itu, guru merupakan ibu bapa kedua kita, maka wajib kita menghormati dan mentaati mereka," katanya.
Begitu sekali beliau menghormati guru yang masing-masing merupakan warga bertuah Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) yang genap 55 tahun penubuhannya pada 8 April tahun ini.
Peranan yang boleh kita lihat pada KISAS adalah sangat luhur dan unggul di negara ini dalam menerajui legasi pendidikan Islam. Kini, sebahagian besar bekas pelajar KISAS menjadi pemimpin-pemimpin utama negara dalam pelbagai bidang.
Sama ada dalam kerajaan mahupun swasta, bekas pelajar mereka benar-benar mengukir nama di persada negara dan antarabangsa. Kesemua mereka mencorakkan negara dan mereka jugalah yang begitu banyak memberikan sumbangan terhadap bangsa dan agama.
Ini termasuklah mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman yang dikira antara pelopor sebagai pelajar kolej (ketika itu dikenali sebagai Kolej Islam Malaya), iaitu dari tahun 1959 hingga 1962.
Ulama terkenal, Datuk Dr. Harun Din al-Hafiz, bekas duta negara ke Mesir yang juga mantan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir, Pengerusi FELDA yang pernah menganggotai Kabinet, Tan Sri Dr. Yusuf Noor sehinggalah, Dr Bukhari Lubis (UPSI), Zahazan Mohamad, Idris Ahmad (PAS). Dr. Lo'lo' Mohd. Ghazali (PAS), Datuk Rosol Wahid (UMNO), Datuk Shahaniza Shamsuddin (UMNO), mantan Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, peguam syarie Zainul Rijal Abu Bakar, penggiat seni, Allahyarham Zubir Ali dan Faisal Tehrani (sastera dan teater).
Sehinggakan gambaran yang diberikan jika kita melontarkan batu tanpa mengira tempat di negara ini, batu itu pastinya mengenai bekas pelajar KISAS yang jika kita dapati masing-masing tidak sahaja memegang jawatan penting dalam pengurusan Islam negara malah dalam bidang kehakiman, perundangan, ekonomi, doktor perubatan, pensyarah sehinggalah kepada usahawan dan ahli perniagaan yang berjaya.
Begitu sekali KISAS yang telah melahirkan beribu-ribu bekas pelajar 'menakluk' negara ini.
Lahirnya KISAS ini adalah dari sejarahnya yang tersendiri.
Penubuhannya mendapat restu seluruh warga Islam tidak sahaja dari Malaysia, malah disambut gembira oleh penduduk Islam Singapura dan Brunei.
Lebih-lebih lagi Kolej Islam Malaya dirasmikan penubuhannya dalam suatu istiadat diraja, istiadat yang dimulakan selepas solat Jumaat di tapak Istana Jemaah, Kampung Jawa oleh Sultan Hishamudin Alam Shah Alhaj, iaitu Sultan Selangor yang ke VI.
Almarhum merupakan Sultan yang menjadi kesayangan rakyat atas keprihatinan tinggi baginda dalam soal pendidikan dan dakwah Islam di negara ini.
Keprihatinan tinggi itu apabila kolej ini pada asalnya merupakan sebuah istana yang kemudian diwakafkan berserta tanah yang seluas 5.78 hektar oleh baginda.
Lantas itu KISAS juga dikenali sebagai Bumi Wakafan ekoran kemuliaan baginda untuk mewakafkan istana dan tanah itu yang diharapkan oleh baginda pada masa itu dapat melahirkan para ulama yang bertakwa. Seterusnya menerangi masyarakat negara ini dengan roh-roh islam serta dapat menghapuskan segala bentuk kekufuran dan jahiliah yang ada.
Pelajar awalnya terdiri seramai 43 orang yang datang dari seluruh pelosok Tanah Melayu, Singapura dan Brunei dengan tenaga pengajarnya ketika itu terdiri tokoh-tokoh pengajar akademik terkemuka tempatan dan dari luar negara terutamanya dari Universiti al Azhar, Mesir.
Pengambilan pelajarnya terus ditingkatkan setiap tahun khususnya dengan memberikan tawaran kepada bekas-bekas pelajar terutamanya dari Sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dari seluruh negara untuk menyambung tingkatan empat dan lima di kolej.
Pada tahun 1967, kolej ini diambil alih oleh Kementerian Pelajaran dan dijadikan sekolah bantuan penuh kerajaan yang dikenali sebagai Kolej Islam Kelang (KIK).
Diikuti pada tahun 1972, KIK mencapai taraf Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dengan diberi pelbagai kemudahan dan kelengkapan sekolah dan asrama para pelajar.
Pada tahun 1989 KIK kemudiannya bertukar nama kepada Kolej Sultan Alam Shah (Kisas) oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Ini bagi mengenang dan menghargai sumbangan besar ayahanda baginda dalam penubuhan kolej itu.
Kisas terus mengukir kejayaan apabila kelulusan para pelajarnya dalam SPM dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) sering dinobatkan menjadikan Kisas antara Sekolah 10 Terbaik Negara.
Sehinggalah baru-baru ini Kisas antara 20 sekolah yang terpilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) cohort yang pertama.
Justeru, sejarah dan perkembangan Kisas sehingga hari ini mungkin dapat dikongsi dalam suasana yang nostalgia dan ukhuwah apabila Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kisas dan Persatuan Alumni Kisas (Alkis) menganjurkan Majlis Makan Malam Perdana KISAS 2010 di Hotel De Palma, Shah Alam, Selangor, 20 Mac ini.
Pengarah projek, Baharom Kassim berkata, majlis tersebut dijangka dapat mengumpulkan sehingga 800 tetamu terutamanya bekas pelajar KISAS tanpa mengira tahun kemasukan.
"Majlis ini sangat bermakna lebih-lebih lagi bakal dirasmikan oleh Dr. Yusuf Noor sebagai salah seorang pelajar generasi awal Kolej Islam Malaya," katanya.
Menurut Baharom, majlis yang julung-julung kali itu juga diadakan bagi memberitahu masyarakat mengenai Kisas dan bagaimana mereka sama-sama membantu dan menyokong sebuah institusi pendidikan Islam yang bertujuan untuk melahirkan modal-modal insan di negara ini.
"Kami berharap dapat mengumpulkan seramai mungkin tetamu yang terdiri dari para ibu bapa, para pelajar, alumni, guru-guru dan bekas guru bagi menjadikan malam tersebut adalah malam untuk mengenang semula Kisas dan menyuntikkan semangat dan dorongan untuk mereka terus bersama Kisas," katanya.
Walaupun tidak dapat hadir, mereka masih boleh memberi sumbangan menerusi akaun simpanan bank iaitu BIMB 12-010-01-001168-2.
Maklumat lanjut mengenai majlis ini boleh menghubungi Baharom di talian 019-3799101, Wan Abdul Rahim di talian 012-3923171 dan Azmi 013-3840710 atau melayari blog http://makanmalamperdanakisas. blogspot.com.

Muzakarah Haji tingkatkan keberkesanan ibadat



Jamil Khir (tengah) bermesra dengan salah seorang dari 420 peserta yang menghadiri muzakarah haji kebangsaan ke-26 di kota bharu kelantan baru-baru ini.


ULAMA terkenal, Sheikh Muhammad Mutawalli al Sya'rawi berkata: Haji merupakan khatimah (penutup) bagi rukun Islam dan pelengkap nikmat Allah kepada manusia. "Justeru sesiapa yang dimungkinkan oleh Allah SWT untuk menunaikan rukun haji, sebenarnya Allah telah melengkapkan kepada hamba-hamba-NYA nikmat Rububiyyah.
Ini kerana nikmat Rububiyyah mendahului segala nikmat Uluhiyyah dan ia merupakan nikmat kurniaan Allah," katanya.
Justeru, ibadat Haji yang menjadi kemuncak ibadat wajib individu umat Islam itu merupakan perjalanan ke alam yang kekal abadi, iaitu dengan segala macam bekalan yang diizinkan Allah dalam pakaian ihram, berwukuf di Arafah, lontaran batu-batu di jamrah, tawaf mengelilingi Kaabah, mencukur atau memendekkan rambut di kepala.
Semua itu bak kata ulama terkenal negara, Dr. Muhammad Uthman el Muhammady menjadi lambang ketaatan dan kehambaan yang setinggi-tingginya.
"Bila amalan-amalan (ibadat) itu ditunaikan dengan baik dan sempurna pada zahirnya bererti berjaya juga dari aspek batinnya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja di sebuah majlis ilmu tahunan, Muzakarah Peringkat Kebangsaan Kali ke 26 Musim Haji 1431H anjuran Lembaga Tabung Haji (LTH) di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu Kelantan.
Muzakarah yang mengumpulkan seramai 420 para peserta dari seluruh negara termasuk wakil dari negara-negara Asia Tenggara, Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei Darussalam untuk bertemu dan bermuzakarah selama tiga hari bagi mencapai dua objektif utama iaitu;
1) Menyeragam dan menyelaras penyampaian hukum hakam berkaitan ibadat haji, umrah dan ziarah.
2) Meningkatkan keberkesanan Bimbingan Ibadat Haji Kepada Jemaah Haji.
Para peserta terdiri daripada pembimbing Ibadat Haji negeri-negeri, para pengarah LTH negeri, pengurus atau penyelia pentadbiran haji dan para pembimbing ibadat haji (pengelola jemaah haji).
Muzakarah yang dirasmikan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang turut melancarkan DVD Ibadat Haji dan Umrah dan DVD Kenang-kenangan Musim Haji 1430H yang merupakan medium pembelajaran ibadat Haji dan Umrah yang lebih menarik dan mudah difahami oleh para jemaah yang turut menggambarkan suasana terkini di Tanah Suci.
Sedikit mengenai muzakarah yang telah menjangkau usia 26 tahun itu, yang telah berjaya mengumpulkan sebanyak 142 kertas kerja ilmiah untuk diperbincang dan dikumpulkan sebagai panduan untuk para jemaah haji.
Panduan yang diselaraskan dan diguna pakai oleh para jemaah itu telah berjaya menjadikan mereka saban tahun menjadi jemaah cemerlang dan contoh di kalangan jutaan umat Islam yang mengerjakan haji.
Muzakarah kali ini yang bertemakan dari sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud: Ambillah daripadaku ibadat haji kamu. (Riwayat Muslim).
Memberikan makna iaitu umat Islam mengambil sepenuhnya dengan mengikut dan penghayatan yang mendalam peribadatan Baginda Rasulullah SAW dan para sahabat ketika menyempurnakan rukun-rukun haji dan wajib Haji. Maka dengan cara itu, segala ibadat haji itu akan memberi kesan yang mendalam ke arah mencapai haji mabrur.
Sebanyak enam kertas kerja dibentangkan pada muzakarah kali ini yang membincangkan pelbagai topik haji yang penting. Ini termasuklah apa yang dimaksudkan dengan mengenai wakalah (wakil) haji dan umrah, korban dan segala permasalahan, adakah petugas haji sebenarnya tidak dibenarkan untuk menunaikan haji sebagai para anggota keselamatan seperti polis semasa bertugas di Tanah Suci, masalah menampakkan semua jari dan tumit kaki semasa mengerjakan ibadat haji, masalah mengenai darah haid dan lain-lain masalah jemaah haji wanita dari perspektif perubatan dan sebagainya lagi.
Namun berapa ramai di kalangan kita memahami sepenuhnya pengertian sepenuhnya atau falsafah di sebalik ibadat haji yang tidak sekadar kemuncak atau menyempurnakan rukun Islam yang lima.
Malah sering kali disebutkan menunggu seruan bagi membolehkan seseorang itu ke Mekah sedangkan selagi tidak ada kefahaman mengenai ibadat itu, selagi itulah ibadat haji tidak akan memberi apa-apa makna kepadanya.
Ini sebagaimana yang banyak ditekankan oleh Dr. Muhammad Uthman dalam kertas kerjanya yang bertajuk, "Pemerkasaan Hidup Kerohanian Dalam Masa Melaksanakan Ibadat Haji."
Beliau menukilkan semula kata-kata Imam Al Ghazali dalam kitab utamanya, Ihya Ulum Al Din bahawa seseorang yang memahami kedudukan ibadat haji dalam Islam, maka sudah pasti akan terus menimbulkan kerinduan dan keinginan yang sangat kuat untuknya mengerjakan ibadat itu.
"Pasti hati yang telah begitu merindui ibadat haji akan berazam dan berusaha untuk ke Mekah tanpa menunggu tempoh tertentu untuknya mengerjakan ibadat itu," katanya.
Mereka yang memahami ibadat haji adalah seperti satu hasrat yang sangat besar untuk menemui Raja daripada segala Raja.
"Yang sedia dan sanggup datang rakyat-rakyat yang ingin menziarahi-NYA dari tempat-tempat yang jauh dari segenap penjuru alam, datang dengan rambut kusut masai, kotor berdebu dalam hal merendah diri menyerah kepada Tuan Pemilik Rumah.
"Iaitu jika tidak mempunyai kefahaman yang jelas mengenai ibadat haji, yang bagi mereka suatu amalan yang tidak enak pada nafsu dan tidak akan mengerti oleh akal fikiran mereka akan falsafah di sebalik melemparkan batu jamrah, berlari-lari anak antara Safa dan Marwa itu," katanya.
Iaitu kita mesti mengetahui bahawa ibadat tawaf itu ibadat yang menyerupai para malaikat yang mengelilingi Arasy dengan jangan menyangkakan maksud tawaf itu keperluan jasad para jemaah untuk mengelilingi Kaabah semata-mata.
"Bahkan maksud tawaf ialah tawaf kalbu dengan zikir mengingati Tuhan Yang Mempunyai Kaabah itu dan ketika beristilam (melambaikan tangan ke arah Batu Hitam, Hajar Aswad) hendaklah beriktikad bahawa kita sedang melakukan janji setia dan ketaatan kepada Allah dan kita yakinkan bahawa kita akan menunaikannya," katanya.
Ini sebagaimana hadis Rasulullah yang bermaksud: "Hajar Aswad adalah (umpama) Tangan Kanan Tuhan di muka bumi maka makhluk-NYA (seolah-olah) berjabat salam dengan-NYA sebagaimana seorang lelaki berjabat salam dengan saudaranya."
Sementara ibadat Saie antara Safa dan Marwa membawakan falsafah ibadat yang begitu tinggi iaitu tidak sekadar memperingati peristiwa Siti Hajar, isteri Nabi Ibrahim yang berulang alik antara bukit Safa dan Marwa sebelum air zam-zam terbit di bawah hentakan kaki anaknya, Nabi Ismail.
Menurut Dr. Muhammad Uthman, Saie itu umpama mengharapkan belas kasihan daripada Allah iaitu pergi menghadap-NYA tanpa mengetahui ia mendapat penerimaan yang baik di sisi Tuhan atau sebaliknya.
"Maka terus meneruslah seseorang hamba itu berulang alik bagi mendapatkan rahmat daripada Allah.
"Malah Safa dan Marwa itu seolah-olah kita pergi berulang alik kepada dua neraca timbangan amal di Padang Kiamat. Safa umpama neraca kebaikan dan Marwa pula seolah-olah neraca yang sebaliknya, kita seolah-olah pergi dan datang antara azam dan keampunan," katanya.
Begitu sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr. Muhammad Uthman mengenai ibadat-ibadat yang lainnya juga. Iaitu seperti berwukuf di Padang Arafah, melontar tiga jamrah dan sehinggalah setiap jemaah yang melakukan ziarah ke Madinah Munawarrah.
"Bila mata anda melihat dindingnya (bangunan-bangunan yang menandakan kita sudah masuk ke Madinah) maka hendaklah kita ingat; inilah negeri yang dipilih oleh Allah untuk Nabi-NYA, iaitu baginda berhijrah ke negeri itu, baginda menentukan aturan syarak- syarak yang wajib dan yang sunatnya, baginda berjuang menentang musuh dan menzahirkan agamanya sehingga baginda wafat dan dimakam di situ.
Sesungguhnya ibadat Haji memerlukan seorang yang tidak sahaja berbekalkan makan minum sepanjang berada di Tanah Suci, tetapi yang mengetahui segala macam aspek ibadat, sekali pun dianggap remeh temeh.
Persoalan seperti melakukan hubungan kelamin selepas melontar Jamrah Kubra, melontar Jamrah secara berlebihan, bagaimana niat ihram dalam keadaan haid, mengalami pendarahan yang tidak menentu, terkentut ketika mengerjakan tawaf, meninggal dunia sebelum menyempurnakan rukun haji, solat dalam hotel berimamkan imam di Masjidil Haram, perbezaan kedudukan tawaf sunat dan tawaf umrah sunat, bolehkah meletakkan syarat ketika berniat ihram dan sebagainya lagi.
Maka sebab itu diadakan muzakarah bagi mempelbagai kemusykilan para jemaah untuk dicari jalan keluar dan seterusnya dapat menyempurnakan ibadat yang sangat besar maknanya itu.

Elak fanatik Mazola



MUZIUM Rumah kelahiran Buya Hamka yang sentiasa menerima kunjungan pelawat di Kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia.


Siapakah role model yang mempunyai pendekatan toleransi dalam isu khilafiah fiqh di nusantara ini?
ANZARUDDIN: Bagi menangani situasi perpecahan yang semakin meruncing dalam kalangan umat Islam, setiap individu Muslim terutamanya yang tinggal di nusantara sangat berhajat kepada peribadi yang dapat dijadikan role model.
Tidak syak lagi dalam hal ini Rasulullah SAW ialah model terbaik yang sepatutnya dicontohi. Namun mungkin ada pihak tertentu yang mempersoalkan bagaimana seseorang individu Muslim yang hidup di zaman moden ini dapat meneladani secara keseluruhan peribadi Rasulullah yang mendapat bimbingan terus dari wahyu.
Demikian juga dengan para sahabat yang adakalanya dianggap mustahil dicontohi kehidupan mereka atas alasan mereka adalah generasi terpilih yang dididik secara langsung oleh Nabi lebih daripada 1,400 tahun yang lalu.
Justeru saya berpendapat mengapa tidak dikemukakan contoh di kalangan ilmuwan atau pendakwah berbangsa Melayu sendiri yang lahir dan hidup di zaman yang belum begitu jauh dari zaman kita sekarang.
Tokoh yang saya maksudkan itu ialah Buya Hamka, seorang tokoh pendakwah kelahiran Alam Melayu yang wajar diteladani peribadinya kerana telah berjaya membawa kesatuan kepada umat Melayu melalui pendekatan dakwahnya yang berprinsip.
Nama sebenar beliau ialah Dr. Abd. Malik bin Sheikh Abd. Karim bin Sheikh Muhammad Amrullah. Dilahirkan di desa Tanah Sirah, Sungai Batang, Maninjau, Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia pada 16 Februari 1908 @ 13 Muharam 1362 Hijrah. Beliau meninggal dunia pada usia 73 tahun.
Bagaimana pendirian yang dipegang oleh Buya Hamka dalam permasalahan fiqh?
ANZARUDDIN: Antara resipi kejayaan dakwah Buya Hamka adalah pendekatan bertoleransi yang beliau amalkan ketika berinteraksi dengan persoalan-persoalan khilafiah dalam fiqh.
Contoh yang pertama berlaku ketika Buya Hamka dipertanggungjawabkan sebagai imam dan khatib di Masjid al-Azhar, Kebayoran, Jakarta Selatan.
Pada suatu hari seorang tokoh Nahdhatul Ulama (NU) Kiai Abdullah Syafie datang untuk solat Jumaat di sana. Sebaik sahaja Buya melihat kedatangan tokoh ulama Betawi, beliau meminta Kiai Abdullah menaiki mimbar menggantikannya sebagai khatib.
Buya juga meminta supaya azan dikumandangkan sebanyak dua kali sebagai menghormati kebiasaan yang diamalkan di masjid-masjid yang dikuasai oleh NU yang berpegang dengan mazhab al-Syafie.
Jadi bukan hanya mimbar Jumaat yang diserahkan, bahkan azan pun ditambah menjadi dua kali, semata-mata kerana Buya Hamka menghormati pendapat sahabatnya.
Inilah contoh dua orang tokoh ulama sejati yang ilmunya mendalam dan wawasannya luas. Siapa yang tidak mengenali Buya Hamka, pengarang kitab Tafsir al-Azhar yang hebat.
Demikian juga siapa yang tidak mengenali Kiai Abdullah Syafi'i, salah seorang pengasas dan pemimpin Perguruan Asy-Syafi'eyah, yang mana secara umumnya para kiai (ulama) Betawi masa kini adalah bekas murid-murid beliau.
Pada sekitar tahun 1970-an pula, Buya Hamka berkunjung ke Kota Banjarmasin. Pengurus Masjid Jamek Banjarmasin meminta tokoh Muhammadiyah itu menyampaikan khutbah Jumaat. Bagaimana reaksi yang ditunjukkan oleh bekas ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI) pusat yang pertama itu?
Beliau terlebih dahulu bertanya kepada pengurus masjid, adakah khatib di situ mesti memegang tongkat? Secara serentak, para jemaah menjawab, "Ya".
Buya Hamka bertanya lagi: "Apakah khatibnya memakai jubah dan serban?" Para jemaah menjawab, "Ya".
Beliau bertanya demikian supaya dapat melakukan adaptasi bagi menyesuaikan dirinya dengan kebiasaan komuniti yang akan dihadapinya. Hal ini perlu dilakukan kerana beliau akan solat di Masjid yang majoriti ahli jemaah dari kalangan NU.
Akhirnya, Buya Hamka muncul sebagai khatib dengan penampilan yang sesuai dengan kebiasaan di Masjid Jamek tersebut. Masyarakat terpukau mendengar khutbah Buya Hamka.
Begitu juga setiap kali hendak mengimami solat subuh. Beliau akan bertanya terlebih dahulu kepada para jemaah, sama ada mereka memilih untuk berqunut atau tidak. Apabila majoriti para jemaah memilih untuk berqunut, maka tokoh Muhammadiyah ini akan mengimami solat subuh tersebut dengan qunut.
Buya Hamka memang tergolong dalam tokoh pimpinan Muhammadiyah yang terkenal sebagai anti qunut.
Walaubagaimanapun hubungan baiknya dengan Kiai Abdullah Syafi'i menyebabkan dia memilih untuk berqunut sebagai menghormati pendapat tokoh ulama itu yang menyatakan bahawa hukum qunut subuh adalah sunat muakkad.
Bagaimana pula ketegasan beliau dalam bab akidah yang telah disepakati?
ANZARUDDIN: Walaupun Buya Hamka terkenal sebagai seorang ilmuwan yang penyabar dan memiliki peribadi yang lembut, beliau adalah seorang ulama yang gigih dan bersikap tegas dalam mempertahankan kebenaran. Hal ini dapat dilihat terutamanya dalam hal yang berkaitan dengan akidah.
Sebagai contoh, Buya Hamka mengkritik keras Gabenor H. Ali Sadikin (Pemerintah Daerah Khusus Ibu Kota (DKI) Jakarta di sekitar tahun 1970-an) yang mencadangkan agar jenazah warga kota Jakarta dibakar sahaja disebabkan oleh kawasan perkuburan awam yang semakin terbatas.
Hamka lantang menegaskan bahawa Islam tidak pernah membenarkan jenazah umat Islam diperlakukan dengan cara yang demikian.
Beliau menegur Gabenor Ali walaupun antara beliau dan gabenor itu sudah terjalin hubungan yang erat sejak sekian lama.
Buktinya, Buya Hamka sendiri yang telah membimbing Gabenor itu secara khusus ketika menunaikan haji.
Hamka juga mengkritik hebat cadangan mengadakan perayaan Krismas dan Aidilfitri bersama, kerana pernah secara kebetulan kedua-dua perayaan itu jatuh pada tarikh yang berdekatan antara satu sama lain.
Dalam salah satu tulisannya yang berjudul Toleransi, Sekularisme, atau Sinkretisme, Hamka menyebut bahawa tradisi kongsi raya (merayakan hari-hari perayaan agama yang berbeza secara bersama) sebenarnya tidak dapat menyuburkan toleransi beragama.
Sebaliknya, menurut beliau, apa yang akan disuburkan ialah sifat hipokrit (kemunafikan).
Pendirian tegas Buya Hamka mengenai krismas dan aidilfitri itu seterusnya menjadi fatwa MUI yang diketuai oleh beliau.
Menurutnya, hukum merayakan krismas dan aidilfitri secara bersama adalah haram. Kerajaan Indonesia melalui Menteri Agama, Alamsyah Ratuprawiranegara meminta MUI menarik-balik fatwa tentang haramnya umat Islam terlibat dalam sambutan kongsi raya (merayakan krismas bersama-sama dengan para penganut Kristian).
Pada bulan Mei 1981, Hamka memilih meletakkan jawatan sebagai Ketua MUI kerana merasakan nasihatnya tidak lagi dipedulikan oleh kerajaan Indonesia.
Pendirian Hamka yang tegas dalam mempertahan-kan akidah sangat jauh berbeza dengan para pendokong faham pluralisme agama.
Beliau tidak ragu-ragu melepaskan kedudukannya demi sesuatu yang diyakininya benar. Tiga bulan kemudian, iaitu pada 24 Julai 1981, Hamka pulang ke rahmatullah.
Apakah kesan kepada masyarakat awam Islam akibat seriusnya fanatik mazhab ini?
ANZARUDDIN: Salah satu perkembangan yang menyedihkan dalam masyarakat Islam nusantara dewasa ini ialah makin kuatnya kecenderungan meninggalkan akhlak ketika menghadapi perbezaan dalam persoalan fiqh.
Seriusnya sikap fanatik mazhab ini sampai ke peringkat di mana seseorang itu sanggup menuduh sesat kepada sesiapa sahaja yang melakukan amalan yang berbeza dengannya.
Sifat taksub di kalangan pengikut mazhab cukup membimbangkan kerana mereka nampaknya lebih mengutamakan qaul mazhab daripada nas-nas yang sahih. Apa yang sepatutnya menjadi pegangan adalah al-Quran dan al-sunnah.
Gamatnya pertelagahan di kalangan para pendokong mazhab yang berbeza menyebabkan umat Islam mengabaikan tanggungjawab menyelesaikan pelbagai masalah lain yang melanda diri mereka.
Sayangnya kerana banyak tenaga umat Islam telah dihabiskan untuk berpolemik dan bercakaran sesama sendiri. Andainya umat Islam tidak dilalaikan dengan isu perbezaan fiqh, tentunya mereka lebih dapat menumpukan perhatian kepada isu-isu yang lebih besar termasuk pencerobohan Yahudi di bumi Palestin, sikap diskriminasi golongan Kristian di Amerika, pembunuhan umat Islam di Afghanistan dan sebagainya.
Lalu, apakah jalan keluar bagi konflik fanatik mazhab ini?
ANZARUDDIN: Jalan keluar dari belitan konflik fanatik mazhab yang melanda kini sebenarnya dirumus dalam ungkapan keramat al-'Allamah al-Sayyid Muhammad Rasyid Redha: "Bekerjasamalah dalam hal-hal yang disepakati dan berlapang dadalah dalam hal-hal yang diperselisihkan".
Pendekatan dakwah yang dibawa oleh al-Sayyid Rasyid Redha inilah sebenarnya yang telah diadaptasi oleh Buya Hamka dalam konteks alam Melayu.
Buya Hamka telah menyerap semangat dan pemikiran al-Sayyid Rasyid Redha dan pendahulunya iaitu al-Sheikh Jamaluddin al-Afghani dan al-Sheikh Muhammad Abduh yang banyak membicarakan tentang cara-cara mengatasi kelemahan dan kemunduran umat Islam
Memang sukar mencari para pendakwah yang memiliki kefahaman fiqh yang mendalam dan akhlak yang terpuji di zaman moden ini. Namun kedua-dua aspek yang dimiliki oleh Buya Hamka itu berjaya menjadikan dakwahnya lebih dapat diterima oleh masyarakat Indonesia di zamannya.
Dalam situasi sekarang yang agak gawat dengan perbalahan umat dan gersang dari nilai-nilai akhlak, tokoh berjiwa besar dan berakhlak tinggi seperti beliau memang amat diperlukan terutamanya di nusantara.
Buya Hamka bukan hanya pandai berkata-kata, malah berjaya memberikan contoh ketegasan sikap dan keindahan perilaku.
Justeru menjadi tanggungjawab kita menghidupkan kembali dan menyebarluaskan pendekatan dakwah Buya Hamka. Sikap dan pendekatannya yang mesra menyebabkan beliau sentiasa berada di tengah-tengah antara dua titik ekstrem.
Walaupun ada pihak yang menganggapnya sebagai lemah, tetapi sebenarnya itulah strategi beliau sehingga boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat dalam pelbagai situasi.
Alangkah indah dan hebatnya apabila Islam ditampilkan dengan penuh kasih sayang dan kedamaian. Sesiapapun yang mengaku beriman sepatutnya mendahulukan akhlak seperti bertoleransi dan saling hormat menghormati dalam beragama.
Mungkin boleh kita simpulkan bahawa lebih baik bagi seseorang Muslim itu berakhlak mulia meskipun kurang banyak ibadahnya, daripada banyak ibadahnya tetapi kasar dan buruk akhlaknya.
Jadi, apakah tindakan yang perlu diambil untuk menjernihkan kembali 'krisis' fanatik mazhab yang berlaku?
ANZARUDDIN: Dalam usaha mengembalikan sinar kegemilangan fiqh Islam yang semakin pudar, usaha penjernihan sikap dan pemikiran harus segera dilakukan.
Sejarah telah membuktikan bagaimana Buya Hamka berjaya mengembalikan budaya tasamuh (toleransi) dalam kalangan umat Islam.
Sikap tasamuh merupakan resipi penting yang mendasari sikap dan perwatakan generasi sahabat serta tabien dalam menangani fenomena perbezaan pendapat.
Ia termasuk sikap berlapang dada dalam menerima pandangan yang berbeza, hormat-menghormati dan sayang-menyayangi antara satu sama lain serta tidak fanatik kepada pandangan sendiri.
Dalam kata lain, mengembalikan semula pendekatan dakwah Hamka iaitu mendahulukan persoalan akhlak berbanding fiqh, memang sangat diperlukan bagi meredakan pelbagai konflik dalaman yang sedang membelenggu umat Islam dewasa ini.
Sebenarnya pendekatan yang digunapakai oleh Buya Hamka adalah manifestasi akhlak dalam perbezaan pendapat yang telah diwarisi sejak zaman para sahabat Rasulullah SAW lagi.
Sebab itulah jika kita menelusuri sejarah, kita akan dapati bahawasanya para imam mazhab juga turut berselisih pendapat dalam pelbagai persoalan namun mereka tidak pernah cuba memonopoli kebenaran.
Dengan kata lain, walaupun mereka berbeza pendapat dalam banyak perkara cabang, mereka tidak pernah berpecah-belah. Hati mereka tetap bersatu di bawah payung ukhuwah. Maknanya, mereka berbeza tetapi tetap saling menghormati dan bertoleransi.

Habibah mengembalikan mas kahwinnya


HABIBAH binti Sahak bin Tsalabah al-Anshariyah merupakan wanita yang banyak memberi sumbangan kepada Islam. Ibunya bernama Amrah binti Masud. Habibah mempunyai seorang adik-beradik perempuan yang bernama Rughainah binti Sahal.
Habibah merupakan seorang pelapor hadis. Dia melaporkan hadis dari Nabi Muhammad. Dia sering ke rumah Nabi Muhammad untuk mempelajari dan menimba ilmu pengetahuan Islam. Isteri-isteri Nabi Muhammad sudah kenal rapat dengan Habibah kerana dia juga sering melawat isteri-isteri Nabi Muhammad.
Penah dilaporkan, Nabi Muhammad pernah jatuh hati terhadap Habibah. Nabi Muhammad berhajat untuk melamar Habibah. Tetapi Nabi Muhammad bimbang akan timbul perasaan cemburu di kalangan kaum Ansar. Nabi Muhammad ingin menjaga hubungan baik di antara orang Muhajirin dan Ansar.
Akhirnya, Habibah berkahwin dengan Sabit bin Qais. Sabit adalah salah seorang sahabat Nabi Muhammad. Perkahwinan mereka tidak bahagia. Habibah berasa tidak bahagia dan tenang untuk hidup bersama Sabit lagi. Peristiwa ini menyebabkan Habibah terpaksa berjumpa dengan Nabi Muhammad.
'Baik saya pergi memberitahu masalah saya ini kepada Nabi Muhammad," bisik Habibah seorang diri.
Habibah bergegas berjumpa dengan Nabi Muhammad. "Wahai tuan, saya datang berjumpa tuan kerana saya ingin mencerita masalah yang sedang saya hadapi ini."
"Apakah masalah yang sedang awak hadapi?" tanya Nabi Muhammad.
"Sabit bin Qais adalah suami saya. Saya tidak berniat memburuk-buruk akhlak dan agamanya. Tetapi saya sudah tidak tahan hidup dengannya kerana dia tidak menunaikan hak terhadap isteri dan keluarganya.
Nabi Muhammad mendengar kata-kata Habibah lalu bertanya, "Sekiranya awak ingin berpisah dengannya, sanggupkah awak mengembalikan mas kahwin yang diberikan oleh Sabit kepada awak?"
Habibah terus menjawab tanpa menunggu masa yang panjang, "Ya, saya bersedia untuk memulangkan kebun yang diberikannya sebagai mas kahwin kepada saya."
Habibah terus pulang dan berjumpa dengan Sabit bagi memulangkan kebun milik suaminya itu. Selepas itu berlakulah perpisahan di antara Habibah dan suaminya. Habibah meneruskan kehidupan dengan beramal ibadah kepada Allah. Akhirnya datang seorang lelaki bernama Ubay bin Kaab melamarnya. Ubay lebih dikenali dengan gelaran Abu al-Mundzir. Dia adalah seorang sahabat Nabi Muhammad yang turut menghimpun al-Quran pada zaman Nabi Muhammad.
Abu al-Mundzir adalah seorang sahabat Nabi Muhammad yang banyak ilmu pengetahuannya. Dia juga kuat beramal. Sehingga pada suatu hari Nabi Muhammad telah berkata kepada Abu al-Mundzir, "Wahai Abu al-Mundzir, Sesungguhnya Allah telah menyuruh saya membaca al-Quran untuk awak."
Lalu Abu al-Mundzir bertanya kepada Nabi Muhammad, "Benarkah Allah telah menyebut nama saya kepada tuan?"
"Ya, wahai Abu al-Mundzir," jawab Nabi Muhamad
Abu al-Mundzir menangis kerana berasa terlalu gembira dengan berita yang didengarnya itu. Dia berasa sangat bertuah kerana menjadi sahabat Nabi Muhammad.
Habibah dan Abu al-Mundzir hidup sebagai sepasang suami isteri yang bahagia. Suaminya merupakan seorang pelapor hadis. Suaminya banyak melaporkan hadis dari Nabi Muhammad. Dia melaporkan sebanyak 164 buah hadis. Suaminya meninggal dunia pada tahun 30 Hijrah.
Habibah juga tidak ketinggalan dalam melaporkan hadis dari Nabi Muhammad. Dia sering kali pergi ke rumah Nabi Muhammad bagi mempelajari ilmu agama Islam. Dia juga sering melawat isteri-isteri Nabi Muhammad sehingga mereka kenal rapat dengan Habibah.
Antara hadis yang terkenal dilaporkan oleh Habibah ialah tentang faedah yang didapati oleh ibu bapa yang mempunyai anak yang meninggal semasa kecil dan masih belum baligh.
Pada suatu hari, Habibah datang ke rumah Nabi Muhammad. Pada masa itu Nabi Muhammad baru saja sampai di rumahnya. Habibah sedang berbual dengan isteri Nabi Muhammad. Kemudian Habibah mendengar beberapa ilmu agama Islam yang baru dipelajarinya pada hari itu daripada Nabi Muhammad
Nabi Muhammad pun berkata, "Apabila terdapat di antara sepasang suami isteri yang kematian tiga orang anaknya semasa masih kecil dan masih belum baligh, anak-anak tersebut akan berdiri betul-betul dihadapan pintu syurga."
Habibah mendengar dengan penuh teruja. Dia memasangkan telinga dan menguatkan daya ingatannya untuk mempelajari ilmu itu.
"Kemudian kami akan mengatakan kepada anak-anak kecil itu, silakan masuk ke dalam syurga. Mereka lantas menjawab, kami tidak akan masuk ke syurga selagi kedua-dua ibu bapa kami ikut masuk ke syurga bersama-sama kami," jelas Nabi Muhammad panjang lebar.
Habibah binti Sahal seorang wanita yang banyak menyumbang kepada sejaranh Islam. Dia terus hidup sehingga zaman Khalifah ar-Rasyidin. Namun begitu tarikh sebenar kematiannya tidak dinyatakan secara terperinci dalam catatan sejarah Islam.