Pages

Tuesday, June 30, 2015

24 Jam Satu Saat Hari Ini


Diterbitkan: Selasa, 30 Jun 2015 10:13 AM

KUALA LUMPUR: Waktu harian seluruh dunia akan bertambah satu saat hari ini berikutan fenomena dikenali sebagai saat lompat.
Pegawai Sains Agensi Angkasa Negara, Mohd Zamri Shah Mastor berkata, ini bermaksud waktu keseluruhan pada hari ini akan menjadi 24 jam satu saat.
Beliau menarik perhatian bonus satu saat' ini adalah berikutan faktor kadar putaran bumi di atas paksinya yang perlahan.
Kadar putaran bumi antara lain, beliau berkata dipengaruhi faktor pergerakan kutub, geseran pasang surut air laut, interaksi pusat bumi dengan lapisan tengah bumi dan cuaca.
"Faktor-faktor ini boleh menyebabkan putaran bumi sama ada semakin perlahan atau cepat, jadi fenomena saat lompat ini juga bukan sesuatu yang tetap, ia bergantung kepada putaran bumi," katanya kepada Bernama, di sini, Isnin.
Mohd Zamri berkata bonus satu saat itu akan diperoleh di penghujung Selasa.
Dalam hal ini, beliau berkata International Earth Rotation and Reference Systems (IERS) yang berpangkalan di Paris dan berfungsi sebagai badan pemantau putaran bumi akan menyeragamkan waktu piawaian dunia (UTC) mengikut kadar putaran bumi yang sebenar.
"Walaupun bertambah cuma satu saat dan ramai yang terlepas pandang, namun pertambahan waktu ini memberi kesan kepada industri yang berorientasikan pemasaan kepersisan tinggi, katanya.
Setakat ini, menurut Zamri, UTC telah ditambah satu saat sebanyak 25 kali sejak tahun 1972 dengan kali terakhir pada 1 Julai 2012.
Sementara itu, Pengetua Kanan Metrologi, Makmal Metrologi Kebangsaan, Sirim Berhad, Dr Mohd Nasir Zainal Abidin, ketika ditanya sama ada masa, antara lain, di telefon bimbit perlu diselaraskan secara manual, beliau berkata semua alat elektronik akan disegerakan secara automatik ke masa rangkaian pelayan protokol.
Begitu juga dengan komputer saling berkaitan atau rangkaian, katanya sambil menambah bahawa isu kemasukan saat lompat hanya kritikal pada pelayan.
Ditanya kemungkinan pelayan gagal berfungsi dengan baik esok, beliau menjelaskan apa yang berlaku pada fenomena yang sama pada Jun 2012 berlaku pada hujung minggu.
"Walaupun begitu, 10 peratus masa protokol rangkaian pelayan di seluruh dunia melakukan kesilapan. Kebanyakan pelayan dapat ditetapkan dalam masa sejam tetapi beberapa pihak lain mengambil masa sehari," katanya, sambil menambah di Australia, sistem daftar masuk penerbangan ekoran saat tambahan telah menjejaskan laman web popular.
Oleh itu, bagi hari kerja biasa esok, beliau menasihatkan langkah berjaga-jaga dalam perniagaan dalam talian, sistem rangkaian, pembekal perkhidmatan internet, perkhidmatan notari masa digital dan aplikasi seperti MySQL, Hadoop dan Cassandra.
"Beberapa pembekal perkhidmatan sedang mengambil langkah untuk menggantung atau menghentikan operasi untuk beberapa jam sebelum dan selepas perubahan masa. Adalah sukar untuk menyatakan dengan tepat kerana ini tidak banyak dilaporkan.
"Walau bagaimanapun, masalah ini tidak boleh diabaikan kerana jumlah besar transaksi perniagaan boleh berlaku dalam masa sesaat. Tambahan pula, transaksi tidak terhad kepada zon masa tunggal," katanya. - Bernama

Keunikan Ombak Batu

Keunikan Ombak Batu

SEKALI pandang, ia kelihatan seperti ombak besar yang sedang membeku. Tetapi ia bukanlah ombak air sebaliknya adalah Ombak Batu.
Terletak di utara Hyden Rock di Australia, Ombak Batu adalah formasi batuan alam semula jadi berbentuk seperti ombak yang mempunyai ketinggian sekitar 14 meter dan panjang sekitar 110 meter lapor australia.com.
Terbentuk daripada batuan granit inselberg, Ombak Batu juga merupakan sebahagian rizab alam semula jadi di tanah seluas 160 hektar di Taman Hidupan Liar Hyden, kira-kira 296 kilometer di tenggara Perth.
Pakar geologi yakin, Hyden Rock yang merupakan sebahagian daripada Ombak Batu telah berusia lebih 2 juta tahun dahulu.
Hyden Rock terdiri daripada tiga kubah di mana kubah di bahagian tengah dan barat dipisahkan sebuah lembah dalam, yang kini merupakan sebuah takungan.
Setiap tahun, Ombak Batu menerima lebih 140,000 kunjungan pelancong dari serata dunia. Malah, pada tahun 2008, ia pernah digunakan sebagai latar belakang untuk satu episod rancangan realiti televisyen, Japan’s Next Top Model. 

Mumia dalam perut wanita 92 tahun

Mumia dalam perut wanita 92 tahun
Estela Melendez

CHILE - Kejadian terjatuh yang menimpa seorang warga emas baru-baru ini memberikan kejutan terhadap doktor yang merawat beliau.

Menurut doktor dari hospital Claudio Vicuna, Estela Melendez, 92, membawa 'mumia' fetus di dalam kandungannya ketika merawat kecederaan wanita terbabit.

Doktor juga tidak akan membedah Melendez untuk mengeluarkan fetus tersebut kerana umur wanita berkenaan dan pembedahan dikhuatiri akan memberi kesan sampingan.

Laporan Reuters mengatakan mumia fetus tersebut berusia 50 tahun.

Melendez memberitahu, doktor mendakwa beliau dijangkiti tumor di bahagian perut pada lebih 50 tahun lepas.

Tumor tersebut tidak pernah dikeluarkan.

Fetus beku, atau dikenali sebagai lithopedion berlaku apabila fetus mengeras di luar uterus selepas meninggal dunia ketika berada dalam kandungan.

Ratusan obor-obor gergasi terdampar

Ratusan obor-obor gergasi terdampar

KIRA-kira dua minggu lalu, ratusan bangkai obor-obor gergasi terdampar di sepanjang pantai Cefn Sidan di Wales dan Dawlish Warren di Devon, England.
Pengurus kawasan Carmarthenshire, Rory Dickinson berkata, bilangan haiwan itu semakin meningkat tahun ini mungkin disebabkan cuaca panas dan bahan kimia yang yang berubah-rubah di laut.
“Biasanya ia tidak berbahaya dan sebahagian daripada hidupan liar penting dalam lautan di sini,” katanya kepada  Mail Online.
Difahamkan, bilangan haiwan ini semakin banyak sejak beberapa tahun lalu kerana cuaca sejuk sederhana yang membolehkan ia membiak dengan cepat pada kadar luar biasa.
Malah, bilangannya yang semakin bertambah juga membuatkan nelayan mengadu bahawa haiwan itu banyak tersangkut dalam jaring mereka.
Obor-obor dari spesies itu juga adalah terbesar di barat England dan menurut pakar, ia tidak bahaya namun perenang dinasihatkan tidak menyentuhnya.
Lazimnya, ia dapat dilihat dari atas bot di perairan Selat Inggeris, Lautan Ireland dan Outer Hebrides serta jarang berenang berdekatan dengan persisiran pantai. Oleh itu, apabila ratusan spesies ini terdampar di pantai, tidak hairanlah mengapa ia menjadi antara tajuk utama penduduk setempat. 

Ratu cantik kambing

Ratu cantik kambing

PERKAMPUNGAN Ramygala di Lithuania pernah mendapat jolokan 'ibu kota kambing' pada abad ke-16.
Sejak itu, haiwan tersebut telah menjadi simbol popular dalam kalangan masyarakat tempatan yang turut meraikan ulang tahun ke-645 sambutan festival unik tersebut.
Pelbagai acara menarik turut diadakan termasuk pertandingan ratu cantik kambing yang digelar sebagai Goat Parade lapor  The Mirror.
Penduduk tempatan tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan acara tersebut yang diadakan di kawasan terletak 150 kilometer di utara Vilnius pada 20 Jun lalu.
Kesemua 'peserta' tersebut turut dipakaikan dengan pakaian tradisional masyarakat Lithuania dan hanya satu daripadanya akan dimahkotakan sebagai ratu cantik.
"Ia sememangnya satu acara yang menarik dan berjaya mencuit hati penonton," kata penduduk, Marius Daniela. 

Kebumi diri mahu rasai kematian

Shandong (China): Seorang lelaki di sini mengebumikan dirinya semata-mata untuk merasai kematian.
Wang Lei, mencabar dirinya dengan baring dalam lubang dan meminta rakan menimbusnya.
Dia menarik nafas panjang sebelum ditimbus dan menahan nafasnya selama 11 minit 48 saat sebelum rakannya menggalinya keluar di depan orang ramai di sebuah taman awam.
Dia bagaimanapun terpaksa dibantu dan diberikan rawatan kecemasan sebelum dapat berdiri selepas itu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Jun 2015 @ 8:21 AM


WANG Lei ditarik keluar oleh rakannya selepas ‘dikebumikan’ selama 11 minit 48 saat.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/60247#sthash.IyvKMYpe.dpuf

Budak tangkap 9 toyol

Jombang, Indonesia: Penduduk di sebuah kampung di sini kecoh selepas seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun mendakwa menangkap sembilan toyol.
Sejak pagi hingga ke malam, rumah Ineke Puspitasari di kampung Sumobito di sini dikunjungi beratus-ratus penduduk yang mahu melihat toyol itu yang didakwa dikurung dalam balang plastik.
Ineke berkata, dia menangkap toyol itu ketika bermain di belakang rumahnya sehari sebelum Ramadan.
Katanya, ketika bermain dia melihat beberapa toyol berada di belakang rumah dan terus mengambil cermin untuk menangkap makhluk halus itu.
“Toyol itu suka bermain di hadapan cermin dan apabila ia terleka saya terus menangkapnya,” katanya.
Berita mengenai toyol yang ditangkap Ineke itu tersebar luas menyebabkan rumah remaja itu dikerumuni penduduk yang mahu melihat makhluk berkenaan.
Bagaimanapun, penduduk yang datang kecewa apabila tidak melihat toyol di dalam balang plastik berkenaan.
Balang itu diletakkan di luar tingkap rumah bagi memudahkan orang ramai melihatnya dan Ineke turut melukis gambar toyol itu pada sekeping kertas.
“Saya datang ke sini untuk melihat toyol berkenaan tetapi hampa apabila melihat balang itu kosong,” kata ketua kampung Sumobito, Bakheri.
Seorang lagi penduduk juga kecewa kerana tidak dapat melihat toyol berkenaan, tetapi dia percaya Ineke menangkap makhluk itu.
“Beberapa bulan lalu ramai penduduk yang kehilangan wang dan kecurian ini mungkin perbuatan toyol itu,” katanya.
Ineke memberitahu hanya orang yang mempunyai keistimewaan luar biasa sahaja yang mampu melihat toyol berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Jun 2015 @ 8:24 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/60254#sthash.C938Wgfz.dpuf

Strawberi bentuk ayam

Edinburgh: Sepasang suami isteri petani terkejut mendapati buah strawberi di kebun mereka berbentuk tidak ubah seperti seekor ayam, lengkap dengan bentuk kepala, kepak dan paruh.
Buah pelik itu ditemui di Grove Farm di Bonnyrigg berhampiran Edinburgh ketika Reuben dan April Welch menuai buah strawberi untuk musim panas.
Malah, jika dilihat dalam keadaan terbalik, buah berkenaan seperti ayam mengeram. Sebagai tambahan, mereka mengoyakkan secebis daun yang dilekatkan pada buah itu untuk nampak seperti paruh. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Jun 2015 @ 5:12 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/60519#sthash.oWhjRo6L.dpuf

Mujur ada ‘beg udara’

Yorkshire (England): Seorang ibu beranak dua terselamat daripada maut ketika dilanggar kereta kerana memiliki payudara bersaiz besar.
Sarah Foster, 28, mengaku sebelum ini tidak sukakan bentuk badannya termasuk saiz payudara 38JJ, namun kini bersyukur selepas ia menjadi kusyen yang melantunkannya seterusnya menyelamatkan nyawanya dalam kemalangan itu.
Menurutnya, kejadian berlaku terlalu pantas ketika dia keluar dari kereta yang diparkir di tepi jalan untuk merokok dan membuat panggilan telefon.
‘Tiba-tiba saya dilanggar kereta lain selepas pemandunya hilang kawalan. Tetapi saya terselamat apabila saya terus melantun dari cermin hadapan kereta itu ke jalan akibat payudara saya.
“Paramedik yang merawat saya di tempat kejadian berkata saya amat bernasib baik dan sepatutnya bersyukur dikurniakan ‘beg udara’ semulajadi. Memang itulah kata-katanya pada saya.
“Doktor yang merawat saya juga terkejut. Saya masih ingat kata-katanya: ‘Saya tidak tahu bagaimana kamu boleh terselamat, baju dan kasut kamu semua terpelanting akibat pelanggaran itu.’ Memang badan saya lebam teruk, namun tiada kecederaan serius malah tak satu pun tulang patah,” katanya.
Sarah mengaku baru membuat temujanji dengan doktor untuk melakukan pembedahan mengecilkan payudaranya beberapa hari sebelum itu, namun kini mengubah fikirannya.
“Memang saya mengalami sakit belakang teruk dan leher kerana dada terlalu besar. Namun, jika saya sempat melakukan pembedahan itu, pasti saya sudah mati,” katanya.
Menurutnya, pemandu yang melanggarnya tidak didakwa selepas kemalangan itu diklasifikasikan ‘aneh’ tetapi Sarah menerima pampasan £5,000 (RM30,000) daripada syarikat insurans.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Jun 2015 @ 5:15 AM


SARAH
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/60685#sthash.vV9JZuez.dpuf

Lerai ATM guna tangan

Beijing: Seorang wanita yang berang selepas kadnya ditelan mesin pengeluar wang automatik (ATM) bertindak drastik dengan meleraikan mesin itu menggunakan tangannya.
Dalam kejadian di Stesen Kereta Api Changchun itu, saksi melaporkan wanita terbabit tidak menggunakan sebarang peralatan untuk menanggalkan setiap bahagian mesin berkenaan dalam usaha mendapatkan semula kadnya.
Wanita itu mulanya menggoncangkan mesin itu sekuat hati selama 10 minit sebelum penutup mesin itu tercabut.
Dia kemudian menanggalkan bahagian lain.
Menurut saksi dikenali sebagai Sun, dia dihampiri wanita terbabit, yang disyaki mempunyai masalah mental, untuk mendapatkan bantuan.
Dua saksi lain berkata, mereka secara berseloroh memberitahu wanita terbabit bahawa mesin ATM itu menggunakan kawalan suara dan mampu bertindak balas terhadap jeritan.
Mereka terkejut apabila wanita itu mula menjerit terhadap mesin berkenaan supaya memulangkan kadnya menyebabkan orang ramai menghubungi polis.
Polis kemudian membawa wanita itu ke hospital untuk rawatan.
Dua juruteknik bank yang sampai di situ tidak lama kemudian terkejut melihat betapa mudahnya mesin berkenaan dileraikan.
Mereka mengambil masa 10 minit untuk memasang semula mesin itu, namun tidak menemui sebarang kad di dalamnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Jun 2015 @ 5:07 AM


AKSI wanita berkenaan selepas meleraikan mesin ATM itu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/60507#sthash.oDzxnGge.dpuf

Cicak kembar siam

Liverpool (England): Seorang lelaki terkejut selepas cicak jenis beaded dragon peliharaannya menetaskan telur mengandungi anak berkepala dua, dipercayai antara empat seumpamanya di seluruh dunia.
Stephen Evans, 34, yang membela cicak spesies itu sejak 17 tahun lalu berkata, dia pada mulanya menyangka dua anak cicak menetas dari satu telur sebelum menyedari ia sebenarnya satu haiwan dengan dua kepala.
“Malam sebelumnya, saya melihat di dalam alat pengeram dan memang melihat dua kepala. Saya mengandaikannya kembar tetapi ia sebenarnya kembar siam.
“Keluarga dan rakan terkejut dan berkongsi gambar itu di laman sosial. Esok (hari ini) hari jadi saya dan mungkin ini hadiah untuk saya. Malah saya membeli tiket loteri kerana nampaknya saya bertuah,” katanya.
Evans dan isterinya Jodie membela hampir 50 cicak dengan memberi tumpuan kepada jenis ‘bearded dragon’ atau nama saintifiknya ‘pogona’ yang mempunyai warna serta corak badan pelik dikenali sebagai ‘morph.’
Cicak yang baru menetas itu dipercayai cuma yang keempat seumpamanya di dunia dan dinamakan Olaf oleh anaknya berdasarkan watak orang salji dalam filem animasi Frozen.
“Saya membuat pencarian di Internet dan hanya menemui tiga atau empat cicak berkepala dua.
“Memang ia sesuatu yang unik dan tidak mungkin anak lain yang menetas juga akan mempunyai dua kepala seperti ini.
“Olaf nampak kuat dan sihat, malah menetas sendiri tanpa bantuan. Ini satu lagi petanda baik,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Jun 2015 @ 5:12 AM

OLAF, cicak berkepala dua.

Hadiah Hari Bapa RM3.8 juta

Jeannette, Pittsburgh: Tiket loteri yang dibeli anak perempuannya pada saat akhir sebagai hadiah Hari Bapa membolehkan seorang pemadu trak menjadi jutawan kerana tiket loteri itu memenangi hadiah AS$1 juta (RM3.8 juta).
Joseph Morrah, 61, menerima sampul surat berisi tiket loteri berharga AS$20 (RM76) itu daripada anak perempuannya, Christina Morrah, sebagai hadiah, minggu lalu.
Morrah, pemandu trak pasar raya selama 31 tahun, akan bersara dalam masa 200 hari lagi dan berikutan memenangi hadiah loteri itu, dia mengambil keputusan bersara awal.
Keluarga itu yang tinggal di Jeannette, kira-kira 35 kilometer dari Pittsburgh. Rabu lalu, jurucakap loteri Pennsylvania, Lauren Bottaro, berkata tiket itu memang memenangi hadiah AS$1 juta bersama empat lagi tiket.
Morrah yang mempunyai kereta Chevrolet Bel-Air model 1960-an bercadang membeli kereta lain dan sebuah pikap. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Jun 2015 @ 4:46 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/60963#sthash.xp1EJv6H.dpuf

Lelaki bina pejabat guna 8,500 botol

Chongqing (China): Seorang pemuda di bandar ini membina sebuah bangunan pejabat unik yang diperbuat daripada 8,500 botol bir.
Li Rongjun memulakan projek luar biasa berkenaan pada Januari lalu dan siap sepenuhnya pada Mei lalu.
Graduan jurusan seni bina dari Universiti Sains dan Teknologi Mongolia membina bangunan berkenaan di bekas tapak kilang batu marmar di Kampung Lanya di sini.
Sejak bangunan itu siap, ramai penduduk kampung yang datang untuk melihat keunikan bangunan dua tingkat yang dibina daripada botol berkenaan.
Setiap tingkat mempunyai ketinggian 2.8 meter dengan keluasan 29 meter persegi.
Rongjun berkata, bangunan yang dibina itu bakal dijadikan pejabatnya dan dia merancang untuk meluaskan lagi binaan itu.
“Saya membina bangunan ini kerana saya mahukan sebuah pejabat yang unik dan menarik,” katanya.
Seorang penduduk kampung, Li Yan berkata, dia selalu datang ke bangunan itu kerana tertarik dengan seni binanya yang unik.
“Bangunan ini sangat cantik pada waktu petang kerana ia bersinar apabila terkena pancaran cahaya matahari,” katanya.
Bapa Rongjun, Li berkata, anaknya mempunyai bakat yang luar biasa dan sangat teliti ketika membina bangunan berkenaan.
“Rongjun membina lantai bangunan ini beberapa kali selepas dia dapati lantai itu tidak berapa rata.
“Anak saya sangat tekun dan teliti serta sangat mementingkan kesempurnaan,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Jun 2015 @ 8:02 AM


RONGJUN duduk dalam bangunan pejabatnya yang dibina menggunakan botol.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/60863#sthash.5aKR5hZy.dpuf

Ular Sawa ‘pakai’ batu akik

Tuban (Indonesia): Penduduk di kampung Sendanghaji di Tuban, Jawa Timur terkejut apabila menangkap ular sawa yang mempunyai benjolan di kepala seperti batu akik.
Ular sawa sepanjang lima meter itu ditangkap penduduk selepas banyak haiwan peliharaan mereka hilang sejak beberapa minggu lalu.
Seorang penduduk, Busro Ilham berkata, dia dan bersama beberapa penduduk kampung memburu ular sawa itu selepas banyak haiwan ternakannya hilang dipercayai dimakan reptilia berkenaan.
“Penduduk menjadi takut kerana banyak haiwan ternakan mereka seperti ayam, itik dan kambing hilang tiba-tiba,” katanya.
Katanya, mereka berjaya menangkap tiga ular sawa dewasa berhampiran kawasan kampung yang dipercayai memakan haiwan ternakan penduduk.
“Bagaimanapun, seekor ular sawa itu mempunyai benjolan di kepala dan selepas saya teliti ia seperti batu akik.
“Saya tidak tahu benjolan di kepala ular sawa jantan itu adalah batu akik atau ketumbuhan biasa,” katanya.
Tambahnya, dia meletakkan ular sawa itu di dalam satu sangkar di rumahnya dan berita mengenai haiwan berkenaan merebak ke seluruh daerah.
“Ramai penduduk yang datang ke rumah saya kerana mahu melihat ular sawa yang memakai batu akik.
“Ada juga yang mahu membeli ular sawa itu dengan harga yang tinggi, tetapi saya enggan menjualnya,” katanya.
Menurutnya, batu akik biasanya ditemui di dalam tanah dan ia selalunya dijadikan batu perhiasan cincin. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Jun 2015 @ 8:06 AM


ULAR sawa yang mempunyai benjolan seperti batu akik di kepala.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/60869#sthash.vwokroY5.dpuf

Lelaki 73 tahun naik roller coaster 12 ribu kali

Mason (Ohio): Seorang lelaki berusia 73 tahun menaiki roller coaster yang ke 12 ribu kali di lokasi kegemarannya - Taman Tema King's Island di Ohio.
Menurut kenyataan taman tema itu, Gary Coleman dari Monfort Heights menaiki roller coaster Diamondback hari ini.
Paderi yang sudah bersara itu mengunjungi taman tema berkenaan sebanyak 493 kali sejak 2009 apabila roller coaster itu mula dibuka - yang terlaju dan tertinggi di Taman Tema King's Island sehingga 128 kilometer sejam
Menurut Coleman, dia menyukai roller coaster sejak kecil dan bercadang meneruskan kegemarannya itu selagi mampu. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Jun 2015 @ 10:19 PM


Roller coaster Diamiondback yang dinaiki Coleman. - Foto Wikipedia
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/61005#sthash.SjZ0SZqU.dpuf

Bilionair Singapura beli Ronaldo

Singapura: Bilionair Singapura Peter Lim yang memiliki kelab Sepanyol Valencia memasuki pemasaran sukan apabila membeli hak cipta imej bintang bola sepak Cristiano Ronaldo.
Dalam kenyataan hari ini, Mint Media berpangkalan di Hong Kong milik Lim, kontrak enam tahun dipersetujui dengan Ronaldo untuk mengembangkan jenama pemain itu di Asia. Bagaimanapun, ia tidak menyebut jumlah bayaran perjanjian itu.
Mint Media akan memiliki dan menguruskan semua hak cipta imej Ronaldo kecuali yang berkaitan kelab bola sepak Real Madrid.
Ronaldo yang menggunakan popularitinya untuk penjenamaan, disenaraikan majalah Forbes sebagai atlet ketiga menerima bayaran tertinggi pada 2015 selepas peninju Floyd Mayweather dari Amerika Syarikat dan Manny Pacquiao dari Filipina.
Ronaldo ialah pemenang anugerah Pemain Terbaik Tahunan FIFA sebanyak tiga kali dan mempunyai 36 juta pengikut Twitter serta 103 juta pengikut Facebook.
Tahun lalu, Lim membeli Valencia serta pelabur utama dalam McLaren Automotive. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Jun 2015 @ 9:53 PM
Ronaldo (kiri - Foto Mirror Online) dan Peter Lim (kanan - Foto The Guardian)
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/61001#sthash.e8XB21jl.dpuf