Pages

Thursday, March 8, 2012

Derita budak tong sampah

myMetro | Derita budak tong sampah:JOHOR BAHRU: “Adik cari makanan di tepi jalan dan tong sampah sebab lapar, bapa pula asyik tidur selepas makan,” kata seorang budak lelaki berusia lima tahun ketika menceritakan pengalamannya mencari sisa makanan untuk dikongsi bersama bapanya, seorang penagih tegar.
Kanak-kanak yang dikenali sebagai Fahmi itu berkata, selepas ibunya menghilangkan diri sejak beberapa bulan lalu, bapanya yang juga penghidap HIV positif kembali aktif menagih dadah hingga tidak mampu bekerja.

Menurutnya, berikutan itu, setiap pagi dia berjalan kaki sehingga dua kilometer bagi mencari makanan untuk mengisi perut selain mengemis sebelum hasilnya diserahkan kepada bapanya.
“Ada juga orang marah apabila adik meminta makanan setiap hari, tetapi adik takut bapa marah dan pukul jika gagal membawa pulang makanan atau wang.

“Sudah banyak tempat bapa bawa adik termasuk di bawah jambatan menyebabkan adik selalu digigit nyamuk selain disengat serangga,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Selain menyelongkar tong sampah mencari sisa makanan, Fahmi juga sering pergi ke belakang restoran mencari sisa makanan walaupun sudah berkulat dan busuk semata-mata mahu dibawa pulang dan diserahkan kepada bapanya.
Sementara itu, Pengurus Rumah Sinar Sofia Taman Perling, di sini, Ari Rahayu Rahmat yang keluar membuat tinjauan sebelum menemui Fahmi berkata, kanak-kanak itu hidup ala nomad selain pernah tinggal di bawah jambatan di Perling bersama bapanya.

“Saya difahamkan, sebelum ini, kedua beranak itu menerima bekalan makanan dihantar sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di pusat bandar raya.
“Bagaimanapun, operasi NGO berkenaan dihentikan menyebabkan Fahmi hilang sumber makanan ditambah dengan bapanya yang menganggur serta menagih dadah.

“Akibatnya, Fahmi terpaksa menagih simpati pengusaha restoran atau menyelongkar tong sampah untuk mendapatkan makanan,” katanya.

Menurutnya, ada pengusaha restoran yang sanggup memberi makanan kepada Fahmi, tetapi ada juga yang menghalau dan menghina kanak-kanak itu.

“Memandangkan bapa Fahmi dikenali sebagai Abdullah berusia 40-an sering ketagihan dadah, maka dia tidak mampu bekerja atau menanggung kehidupan anak tunggalnya itu.

“Sebaliknya, Fahmi yang masih kecil terpaksa memikul tanggungjawab mencari wang dengan mengemis dan jika gagal berbuat demikian, bapanya akan memukulnya,” katanya.

Katanya, beliau sendiri pernah membantu menghulurkan bekalan makanan dan pakaian kepada Fahmi, namun usahanya memujuk Abdullah supaya membenarkan kanak-kanak berkenaan tinggal di Rumah Sinar Sofia masih tidak berjaya.

'via Blog this'

Belasah abang rebut kereta

myMetro | Belasah abang rebut kereta: "AMPANG: Gara-gara berebut kereta, seorang abang cedera dibelasah adik lelakinya yang dipercayai tidak berpuas hati dengan tindakan abangnya tidak membenarkannya menggunakan kereta berkenaan.

Mangsa yang berusia 32 tahun itu cedera di muka dan terpaksa menerima rawatan di hospital sebelum nekad membuat laporan polis, pagi semalam.


Menurut sumber, kejadian bermula apabila mangsa yang tinggal di Taman Muda, di sini, memarahi adik lelakinya berusia 20-an itu ketika berada di rumah kira-kira jam 9 malam kerana menyebabkan salah satu cermin kereta milik keluarga rosak.

“Mangsa kemudian tidak membenarkan adik lelakinya itu menggunakan kereta berkenaan lagi selepas ini. Adik mangsa dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan itu dan mula mengamuk menyebabkan ibu mereka yang menyedari pergaduhan adik beradik itu meleraikannya."

'via Blog this'

Pesara guru temui keris berusia 1,500 tahun

myMetro | Pesara guru temui keris berusia 1,500 tahun: "KOTA BHARU: Seorang pesara guru menemui sebilah keris dipercayai berusia 1,500 tahun dan berasal dari era kerajaan Champa.

Zakaria Abdullah, 70, berkata beliau menemui keris itu ketika mencangkul rumput di halaman rumahnya di Kampung Telipot dekat sini pada 15 Feb lepas.
"Saya percaya usia keris ini sekitar 1,500 tahun kerana mengikut sejarah orang Melayu Champa mula berhijrah ke Kelantan, khususnya ke Pengkalan Chepa pada tahun 600 Masehi," katanya ketika ditemui di kediamannya hari ini.

Zakaria yang juga pakar rujuk Persatuan Seni Purba dan Kraftangan Kelantan berkata beliau yakin keris itu dihasilkan Melayu Champa kerana tidak mempunyai lok seperti yang dihasilkan orang Majapahit.


Beliau yakin keris sepanjang lapan sentimeter dengan lebar mata 2.5sm dipercayai diperbuat daripada besi waja kerana tebal dan berat.


"Bagaimanapun saya akan membawa keris tersebut kepada pihak yang berkenaan termasuk Muzium Negeri bagi mengesahkan penemuannya itu serta untuk kajian lanjut," katanya.

Zakaria berkata beliau juga tidak bercadang untuk menjual atau menyerahkan kepada mana-mana pihak sehingga kajian selesai dijalankan pihak berwajib. - BERNAMA"

'via Blog this'

Terkandas jalan tenggelam

myMetro | Terkandas jalan tenggelam:SESAK...kenderaan yang terkandas di Jalan Tun Razak.
SESAK...kenderaan yang terkandas di Jalan Tun Razak.
TENGGELAM...seorang penduduk melihat keretanya yang ditenggelami banjir di Kampung Lembah Jaya Utara, malam tadi.
TENGGELAM...seorang penduduk melihat keretanya yang ditenggelami banjir di Kampung Lembah Jaya Utara, malam tadi.
KUALA LUMPUR: Ribuan kenderaan dan orang ramai terkandas di sekitar ibu kota akibat banjir kilat di beberapa jalan utama berikutan hujan lebat sejak lewat petang semalam.
Selain beberapa jalan utama di pusat bandar, turut dilaporkan kejadian pokok tumbang dan kemalangan kecil membabitkan kenderaan ringan akibat jalan dinaiki air.

Tinjauan Harian Metro mendapati, antara kawasan terjejas ialah Jalan Pudu, Jalan Istana, Jalan Bukit Bintang, Jalan P Ramlee dan beberapa kawasan di Ampang terutama Bukit Belacan dan Lembah Jaya dinaiki air sehingga ke paras pinggang akibat hujan lebat tanpa henti sehingga jam 9 malam tadi.
Jurucakap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, antara jalan yang terjejas teruk dalam kejadian banjir kilat ialah Jalan Travers, Jalan Bangsar-Mahameru, Jalan Silang manakala beberapa kawasan di Ampang termasuk Desa Pahlawan, Hiliran Ampang serta jalan Hulu Langat dinaiki air sehingga ke paras lutut.

Menurutnya, sebuah kereta dan motosikal terbabit kemalangan sebelum terhumban ke dalam longkang di hadapan Balai Polis Travers, bagaimanapun tiada kejadian yang tidak diingini berlaku kerana kedua-dua pemandu dan penunggang motosikal diselamatkan.

Katanya, pihaknya sudah menghantar skuad bantuan ke semua kawasan termasuk meminta bantuan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memutuskan bekalan elektrik di kawasan yang mengalami kejadian pokok tumbang seperti Jalan Silang bagi memudahkan proses pembersihan kawasan dijalankan.
Sementara itu, Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, hujan lebat di ibu kota menyebabkan Jalan Sultan Ismail ditutup kepada kenderaan ringan, namun kembali dibuka sepenuhnya mulai jam 10 malam tadi.

Beliau berkata, empat jalan utama mengalami kesesakan teruk sejak petang semalam iaitu Jalan Raja Chulan, Jalan Naga Sari, Jalan Dato’ Onn dan Jalan Sultan Ismail.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya sudah menggerakkan semua jentera bomba di kawasan terjejas teruk untuk menyalurkan bantuan bagaimanapun, sehingga kini tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat kejadian terbabit.

'via Blog this'

6 tentera Britain maut di Afghanistan

myMetro | 6 tentera Britain maut di Afghanistan: "LONDON: Enam tentera hilang dan kini dipercayai terbunuh di Afghanistan selepas satu letupan terkena sebuah kereta perisai, kata Kementerian Pertahanan Britain, semalam.

Jurucakap kementerian itu, Gordon Mackenzie, berkata kejadian itu berlaku ketika mangsa melakukan rondaan keselamatan menggunakan kereta perisai Warrior di Helmand.


Terletak di selatan Afghanistan, kebanyakan tentera Britain ditempatkan di wilayah berkenaan.

Menurut Mackenzie, keluarga tentera terbabit dimaklumkan mengenai insiden itu.


Jika disahkan maut, ia akan menjadikan jumlah tentera Britain yang terbunuh di Afghanistan meningkat lebih 400 orang sejak Oktober 2001.


Sementara itu, Setiausaha Pertahanan Britain, Philip Hammond, berkata insiden itu sama sekali tidak akan menghalang tentera negara berkenaan terus melakukan tugas mereka di Afghanistan. - AFP"

'via Blog this'

Obama tidak anggap program nuklear Iran ancaman utama

myMetro | Obama tidak anggap program nuklear Iran ancaman utama:WASHINGTON: Presiden Barack Obama semalam berkata, program nuklear Iran tidak dianggap ancaman utama ketika ini, tetapi kuasa besar dunia akan “segera” berunding jika Teheran mahu menamatkan krisis berkenaan.
Kenyataan itu dibuat di sidang media pertama Obama di Rumah Putih dalam tempoh lima bulan dan cepat menarik perhatian calon presiden dari parti Republikan.

Ia juga dikeluarkan sehari selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata dia tidak mampu menunggu lebih lama bagi mendapatkan hasil melalui diplomasi dengan Iran.
Dalam sidang media sama, Obama turut mengecam “cakap besar” Republikan dan kegagalan parti itu mempertimbangkan kos sesuatu perang.

“Tanggapan yang perlu kita pilih dalam tempoh satu atau dia minggu, sebulan atau dua bulan ini tidak dibuat berdasarkan fakta,” katanya.

Menurut Obama, pintu diplomasi boleh menggagalkan bom Iran.
Bagaimanapun, Obama turut mengingatkan, dia tidak akan bertolak-ansur jika Iran memiliki senjata nuklear dan sedia melancarkan serangan pada waktu sesuai.

Kenyataan itu dibuat selepas kuasa besar dunia memberikan reaksi terhadap kesediaan baru Teheran berbincang mengenai isu nuklear negara itu.
Kata Obama, kenyataan “segera” Teheran itu menunjukkan sama ada Iran serius mahu mengelakkan perang. Kini dalam usaha mendapatkan mandat bagi penggal kedua, Obama mengecam lawannya dari Republikan kerana menuntut tindakan ketenteraan dilakukan ke atas Iran.

Kenyataan Obama itu dibuat bagi mengulas desakan Republikan, terutama daripada tokoh paling popular parti itu setakat ini, Mitt Romney, yang menggesa tindakan ketenteraan diambil ke atas Iran.

“Serangan ke atas Iran bukan satu permainan atau boleh dilakukan begitu saja,” katanya. - AFP

'via Blog this'

Rejim Zionis mahu dapatkan bom pemusnah kubu AS

myMetro | Rejim Zionis mahu dapatkan bom pemusnah kubu AS:TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, meminta Amerika Syarikat meluluskan penjualan bom pemusnah kubu GBU-28 dan pesawat canggih yang digunakan untuk mengisi minyak jet tentera untuk Israel.
Seorang pegawai kanan AS semalam berkata, Netanyahu membuat permintaan itu ketika bertemu Setiausaha Pertahanan, Leon Panetta, di Washington, Isnin lalu.

“Presiden Barack Obama mengarahkan Panetta bekerjasama secara langsung dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak, berhubung isu itu.
“Ia membayangkan Washington cenderung meluluskan permohonan berkenaan,” katanya.

Ketika ditadbir George W Bush, AS enggan menjual GBU-28 dan pesawat canggih itu kepada Israel kerana dibimbangi akan digunakan untuk menyerang kemudahan tenaga nuklear Iran.

Di sebalik sekatan itu, Washington tetap menyediakan bantuan ketenteraan bernilai hampir RM9 bilion setahun kepada Tel Aviv.
Pada 27 Februari lalu, wartawan terkemuka AS, David Sanger, mendakwa AS menyediakan teknologi ketenteraan dan senjata kepada Israel untuk membantu Tel Aviv jika rejim Zionis itu menyerang program tenaga nuklear Iran. AS dan Israel percaya Iran membangunkan senjata nuklear dan beberapa kali mengancam menyerang negara itu walaupun Teheran mendakwa ia adalah untuk keamanan. - AFP

'via Blog this'

Israel bakal guna kaedah baru perangi Palestin

myMetro | Israel bakal guna kaedah baru perangi Palestin: "TEL AVIV: Satu laporan menyatakan, rejim Zionis memperkenalkan kaedah baru bagi “melancarkan serangan bawah tanah” sebagai persediaan berperang dengan Hezbollah dan Hamas.

Akhbar Haaretz melaporkan, kaedah itu dibangunkan sejak Perang Lubnan Kedua (selama 33 hari pada 2006) dan Operasi Cast Lead (konflik Israel - Hamas di Gaza selama 22 hari) untuk berhadapan dengan sistem terowong bawah tanah digunakan Hezbollah dan Hamas di Semenanjung Gaza.


Menurut akhbar itu, tentera Israel percaya Hezbollah memiliki berpuluh-puluh pangkalan bawah tanah yang digunakan untuk mengawal operasi mereka.

“Kumpulan Hamas juga mengendalikan puluhan terowong perang yang menghubungkan beberapa rumah di Gaza,” lapor Haaretz.


Selama ini, terowong bawah tanah menjadi laluan untuk membawa masuk makanan dan keperluan asas lain kepada penduduk Gaza yang terus dikepung Israel.


Tentera Israel juga sering melakukan latihan ketenteraan dalam sistem terowong yang sengaja direka dengan meniru laluan “pertubuhan pengganas” di Palestin. - Press TV"

'via Blog this'

Nato bantu pemberontak

myMetro | Nato bantu pemberontak:NEW YORK: Dokumen didedahkan laman sesawang WikiLeaks menunjukkan, tentera Nato diketuai Amerika Syarikat kini beroperasi secara sulit di Syria bagi menjatuhkan kerajaan negara itu.
Berdasarkan e-mel rahsia daripada seorang penganalisis firma perisikan berpangkalan di AS, Stratfor, dia mendakwa menghadiri mesyuarat dengan beberapa pegawai Nato dari Perancis dan Britain di Pentagon Disember tahun lalu.

Kata penganalisis itu, dia diberitahu tentera Nato kini ada di Syria untuk melatih kumpulan bersenjata.
“Pasukan SOF (tentera operasi khas dipercayai membabitkan anggota dari AS, Britain, Perancis, Jordan dan Turki) berada di Syria dengan memberi tumpuan kepada misi meninjau dan melatih pemberontak,” katanya.

Penganalisis Stratfor itu berkata, rancangan Nato adalah melakukan serangan gerila dan melaksanakan pembunuhan bagi menggulingkan kerajaan Syria.

Pendedahan itu dibuat selepas pakatan tentera Barat menafikan mereka menghantar anggota masing-masing ke Syria.
Pada masa sama, kumpulan bersenjata di Syria juga baru-baru ini mengaku menerima kelengkapan ketenteraan dari Perancis dan Britain untuk membolehkan mereka menyerang tentera kerajaan.

Kelmarin, Presiden Syria, Bashar al-Assad, berkata rakyat negara itu berazam menumpaskan kumpulan pengganas dan terus melaksanakan reformasi.
Katanya, tentera asing kini cuba menjatuhkan kerajaan Syria.

Sejak kekacauan berlaku pertengahan Mac tahun lalu, ratusan orang, termasuk anggota keselamatan, terbunuh di Syria. - Press TV

'via Blog this'

2 askar rogol gadis bawah umur serah diri

myMetro | 2 askar rogol gadis bawah umur serah diri: "PATTANI: Dua anggota tentera yang dituduh merogol gadis Islam berusia 16 tahun, menyerah diri kepada polis, semalam.

Prebet Winai Klangwichai, 21, yang dituduh merogol dan Prebet Somyos Jantharaphut, yang dituduh merakam perbuatan itu dan menghantar klip video melalui telefon bimbit, didakwa atas tuduhan merogol beramai-ramai, memisahkan gadis bawah umur daripada ibu bapanya dengan niat mencabul dan memisahkan seorang gadis bawah umur daripada ibu bapanya tanpa kebenaran.
Perbuatan mereka dikatakan dirakam Januari lalu dan disebarkan di Internet.

Setelah mengaku bersalah di Balai Polis Yarang, kedua-dua suspek itu ditahan di kem tentera Inkhayuthaborinharn di daerah Nong Chik.


Timbalan Ketua Polis Bahagian Penyiasatan, Leftenan Kolonel Anthee Kor-aree berkata, doktor telah melakukan pemeriksaan ke atas gadis itu dan pegawai penyiasat kini menunggu laporan perubatan.


Gadis dan ibu bapanya dipanggil untuk disoal di pejabat Pendakwa Raya Awam di Pattani. - Bangkok Post"

'via Blog this'

Parlimen cadang peraturan haram ahli dewan wanita berpakaian seksi

myMetro | Parlimen cadang peraturan haram ahli dewan wanita berpakaian seksi:JAKARTA: Kumpulan Wanita berang selepas parlimen Indonesia berkata ia akan membuat draf untuk menghalang ahli parlimen daripada memakai pakaian yang “provokatif” seperti skirt pendek ke pejabat, dengan alasan pakaian sedemikian mengundang rogol.
Speaker Dewan Rakyat Marzuki Alie berkata, “Kami tahu terdapat banyak kes rogol dan perbuatan tidak senonoh yang berlaku sejak akhir-akhir ini dan ini disebabkan wanita tidak memakai pakaian yang sesuai.” 
Katanya, “Wanita yang berpakaian seksi menaikkan nafsu lelaki, jadi ia mesti dihentikan. Anda tahu bagaimana sifat lelaki. Dengan memakai pakaian yang provokatif, ia akan menyebabkan mereka melakukan perkara yang tidak sepatutnya.”

Timbalan Ketua Jawatankuasa Hal Ehwal Isi Rumah, yang mengetuai peraturan baru itu, Refrizal berkata, “Skirt pendek dan pakaian menjolok mata seolah-olah menggoda ahli dewan lelaki.”

Media tempatan melaporkan tindakan itu dikatakan disokong oleh dua orang ahli dewan wanita bekas model.

Kumpulan Hak Asasi Wanita Indonesia berkata mereka marah dengan komen itu dan meminta supaya berhenti menyalahkan mangsa rogol.

Pengasas Kumpulan Tindakan Wanita Menentang Rogol, Chicka Noya berkata, “Ia sungguh tidak masuk akal apatah lagi ia keluar dari mulut mereka yang terkenal dan berpengaruh.”

“Kami ingatkan mereka agar membuat undang-undang untuk melindungi wanita daripada keganasan bukan mengkritik cara mereka berpakaian,” katanya.

Komen itu dibuat enam bulan selepas Gabenor Jakarta, Fauzi “Foke” Bowo, membuat komen yang serupa dengan berkata kejadian rogol yang semakin berleluasa yang berlaku di dalam bas mini awam adalah disebabkan wanita memakai skirt pendek.

Dia menggesa wanita Indonesia supaya tidak memakai skirt pendek ketika menaiki pengangkutan awam.

Komen itu menyebabkan sekumpulan wanita membuat bantahan dengan slogan “My miniskirt, my right. Foke you”, (Skirt pendek saya, hak saya), di mana Foke itu adalah nama gelaran untuk Fauzi. - Jakarta Post

'via Blog this'

2 wartawan The Sun cuba bunuh diri

myMetro | 2 wartawan The Sun cuba bunuh diri:LONDON: Dua wartawan kanan yang bekerja dengan syarikat News International milik Rupert Murdoch cuba membunuh diri ketika tekanan memuncak terhadap penerbit News of the World yang tidak berfungsi lagi itu.
Tiga sumber yang rapat dengan syarikat itu memberitahu media, semalam, dua wartawan di akhbar harian the Sun cuba untuk membunuh diri. Siasatan ekoran isu skandal penggodaman telefon terus mendedahkan tindakan meragukan dibuat kakitangan yang ada sekarang dan bekas kakitangannya. Seramai 11 kakitangan dan bekas kakitangan the Sun, akhbar tabloid paling laris di Britain ditahan tahun ini kerana disyaki merasuah polis atau penjawat awam untuk mendapatkan maklumat. Penahanan mereka dibuat ekoran maklumat kepada polis oleh Jawatankuasa Standard dan Pengurusan (MSC), badan yang dibentuk syarikat induk News Corp untuk membantu siasatan polis dan urusan mahkamah.

Tugas MSC yang dibentuk untuk bebas daripada konglomerat akhbar Britain utama, News International menimbulkan kegetiran antara kakitangan, kebanyakannya berasa kesetiaan mereka dikhianati oleh majikan.
“Mereka rasa bagaikan dicampak ke bawah bas,” kata seorang kakitangan News International kepada media. “Mereka lebih daripada marah ada unsur pengkhianatan, bukan saja dengan organisasi tetapi keadaan persekitaran yang kacau-bilau,” katanya. News International menghadapi pelbagai siasatan dan kes mahkamah selain persoalan dikemukakan masyarakat mengenai standard akhbar selepas kritikan terhadap amalannya mula dipertikai Julai tahun lalu. Ahli politik yang satu ketika dulu rapat dengan Murdoch, termasuk Perdana Menteri David Cameron membelakanginya dan menuntut jawapan selepas akhbar The Guardian mendedahkan News of The World menggodam telefon pelajar sekolah yang dibunuh, Milly Dowler. Kakitangan akhbar tabloid itu sangat tertekan sejak dua minggu lalu kerana mereka juga perlu menerbitkan akhbar mingguan Ahad, yang diumumkan Murdoch untuk menggantikan News of the World. News International meningkatkan bantuan psikiatri kepada kakitangannya supaya mereka dapat mengatasi tekanan dihadapi. - Reuters

'via Blog this'

Pengawal curi cincin RM57j

myMetro | Pengawal curi cincin RM57j:SULTAN Brunei bersama Mariam sebelum mereka bercerai pada Februari 2003.
SULTAN Brunei bersama Mariam sebelum mereka bercerai pada Februari 2003.
LONDON: Bekas isteri Sultan Brunei mendakwa seorang pengawal peribadinya mencuri dan menjual sejumlah berlian bernilai lebih �12 juta (RM57) juta sebelum menggantikannya dengan replika murah.
Mariam Aziz, 55, berkata bekas pengawal peribadinya, Fatimah Kumin Lim, mencuri seutas gelang berlian �3.5 juta dan dua cincin berlian �8.7 juta pada 2008 serta 2009 untuk digunakan bagi membayar hutang judinya.

Peguam Mariam, Max Mallin, memberitahu Mahkamah Tinggi semalam, Fatimah, 34, “mengaku” dia “tidak amanah” dengan mengambil barang kemas itu ketika bertugas di rumah majikannya di Kensington.
Kata Mallin, pengakuan itu dibuat Fatimah ketika suspek disoal siasat polis di Brunei.

“Bagaimanapun, kini Fatimah mendakwa pengakuan itu dibuat secara paksa,” katanya.

Menurut Mallin, Fatimah mendakwa dia diarah oleh Mariam supaya menjual berlian itu bagi menampung hutang perjudiannya yang dibuat atas nama pengawal peribadi terbabit.
Mahkamah diberitahu, anak angkat Mariam, Afifa Abdullah, 26, diperdaya supaya “meminjamkan” dua cincin berlian biru dan kuning kepada Fatimah tetapi barang kemas itu tidak dipulangkan.

Kata Afifa, Fatimah dua kali meminta untuk meminjam cincin itu “selama beberapa jam” pada November dan Disember 2009.
Fatimah juga, katanya, berjanji akan memulangkan barang kemas berkenaan tidak lama selepas itu.

“Menurut Fatimah, dia menguruskan perjanjian hartanah dan meminta izin meminjam barang kemas ibu (Mariam).

“Ketika itu, saya memang percaya kepada Fatimah kerana dia seperti kawan karib saya,” katanya.

Afifa berkata, apabila disedari cincin berlian itu dipalsukan, Fatimah merayu kepadanya supaya ia dirahsiakan daripada pengetahuan Mariam.

Menurut Afifa, Mariam panik apabila mendapat tahu barang kemasnya hilang, manakala satu daripadanya adalah palsu.

“Ibu saya (Marian) tidak mengizinkan berlian itu diserahkan kepada Fatimah,” katanya.

Sementara itu, Fatimah - tidak hadir dalam perbicaraan semalam - berkata, dia tidak diwakili peguam kerana kekurangan wang.

Mariam juga menuntut ganti rugi atas kehilangan gelangnya, selain mahu berlian biru dan kuning yang dibeli peniaga di Geneva dipulangkan kepadanya.

Perbicaraan bersambung hari ini. - DM


'via Blog this'

Baling selipar, bekas imam dipenjara setahun

Berita Harian Online | Baling selipar, bekas imam dipenjara setahun:PUTRAJAYA: Seorang bekas imam yang bertindak membaling sepasang selipar ke arah tiga hakim dihukum penjara selama setahun oleh Mahkamah Persekutuan hari ini setelah didapati bersalah menghina mahkamah. 

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang mempengerusikan tiga panel hakim itu, berkata hukuman berkenaan adalah setimpal dengan tindakan Hoslan Hussin, 46, yang menjatuhkan maruah institusi kehakiman.
Beliau berkata, kesalahan yang dilakukan Hoslan adalah serius, tidak boleh dibiarkan serta perlu dibendung.
"Kamu sebagai pesalah, jika tidak dikenakan tindakan akan boleh menggugat kuasa mahkamah dan boleh menjatuhkan maruah mahkamah. Apa-apa kritikan yang hendak dibuat terhadap hakim hendaklah dibuat dengan munasabah dan baik, bukan dengan cara mengugut dan maki hamun. 

"Mahkamah yang ada bidang kuasa perlu dihormati oleh semua pihak. Perlu dinyatakan bahawa tindakan prosiding yang diambil di dalam kes ini (menghina mahkamah) bukan untuk melindungi maruah kami secara peribadi tetapi adalah untuk melindungi maruah dan kewibawaan mahkamah yang mulia ini dalam sistem kehakiman di negara ini. 

"Mahkamah perlu menjatuhkan hukuman setimpal dan berbentuk pencegahan untuk kepentingan awam," kata Hakim Zulkefli. - BERNAMA 
'via Blog this'

Terkejut segelas air sejuk RM1.50

Berita Harian Online | Terkejut segelas air sejuk RM1.50:   FARID  menunjukkan resit harga segelas air sejuk RM1.50  yang diterima    dari sebuah premis  R&R Tapah, Perak arah selatan.
FARID menunjukkan resit harga segelas air sejuk RM1.50 yang diterima dari sebuah premis R&R Tapah, Perak arah selatan.
MELAKA TENGAH: Segelas air sejuk berharga RM1.50. Itu harga terpaksa dibayar seorang pelajar, Farid Hariri Yusof, 22, bagi segelas minuman itu di sebuah premis di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah di Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan, baru-baru ini. 

Beliau yang singgah bersama keluarga di perhentian itu kira-kira jam 8 pagi pada 4 Mac lalu selepas menghadiri majlis perkahwinan sepupu di Simpang Pulai, Perak terperanjat apabila dikenakan harga itu bagi segelas air sejuk.
Ketika ditemui di kediamannya di Taman Rumpun Bahagia, Bachang, di sini, semalam, beliau berkata, kadar caj berkenaan sebagai melampau dan tidak masuk akal, berbanding dengan kos sebenar penyediaan minuman itu yang kebiasaan hanya antara 20 hingga 30 sen.
“Pada mulanya saya mahu membeli sebotol air mineral kecil sejuk di perhentian itu, tetapi kedai berkenaan tidak menjualnya. Selepas itu, saya memesan segelas air sejuk bersama dua kopi O panas dan secawan teh tarik untuk ahli keluarga yang lain. 

“Ketika mahu membayar di kaunter, saya terkejut apabila terpandang pada skrin yang memaparkan harga segelas air kosong itu dicaj RM1.50. Saya kemudian meminta resit daripada juruwang berkenaan dan memeriksanya jika tersilap kira. 

“Namun, bila saya lihat pada resit itu ia adalah benar. Lalu saya bertanya kepada juruwang itu mengenai harga luar biasa itu. Juruwang berkenaan hanya menyatakan harga itu sudah ditetapkan oleh pengusaha kedai sebelum ini,” katanya. 

Farid memohon supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) segera menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya.
'via Blog this'

Pucuk paku rahsia dapat 18 anak

Berita Harian Online | Pucuk paku rahsia dapat 18 anak:     ISA   dan Mek Jah   bersama sebahagian   18 anaknya ketika ditemui rumahnya di Kampung Pantai Pulau Kundor, Kota Bharu.
ISA dan Mek Jah bersama sebahagian 18 anaknya ketika ditemui rumahnya di Kampung Pantai Pulau Kundor, Kota Bharu.
Mek Jah jaga pantang selepas bersalin, banyak makan ulam untuk kekal sihat 

KOTA BHARU: Amalan mengambil pucuk paku, bunga nipah dan akar kayu serta mengelak minum air batu, membolehkan pasangan suami isteri dari Kampung Pantai Pulau Kundor, di sini, mampu mempunyai 18 anak, tiga daripadanya sudah meninggal dunia.
Mek Jah Yusof, 52, dan suaminya, Isa Hassan, 56, berkahwin ketika usia muda 15 dan 17 tahun, dikurniakan cahaya mata pertama selepas tiga tahun berumah tangga.
Mek Jah berkata, sepanjang perkahwinannya beliau sentiasa patuh kepada suaminya termasuk tidak pernah menolak ajakan suaminya untuk bersama walaupun penat menguruskan anak yang ramai. 

“Tiada rahsia khusus membolehkan saya mempunyai anak ramai, hanya berpantang dan menjaga pemakanan, seperti hanya makan nasi dengan ulam segar, serta mengelak minum air batu. 

“Sepanjang pantang selepas melahirkan pula, saya memang patuh terhadap nasihat ibu yang mempunyai sembilan anak, manakala suami pula ada 15 adik-beradik, namun keluarga kami tidak pernah mengenali sebarang vitamin atau ubat moden untuk sihat berbanding pasangan sekarang. 

“Saya dan suami juga kuat bekerja bagi membesarkan anak yang ramai, seawal jam 7 pagi, Isa perlu turun sungai di Kampung Pulau Kundor, untuk memotong pokok nipah sebagai sumber pendapatan keluarga. 
“Saya pula membantunya dengan memilih batang nipah dan memotongnya untuk mendapatkan bahagian bunga yang akan dihiris nipis untuk dijual kepada pelanggan sekitar kampung ini, ” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Pantai Pulau Kundor di sini. 

Katanya, anak pertama lelaki, Zulkifli, yang kini berusia 34 tahun dan sudah berumah tangga serta mempunyai empat anak berusia antara dua hingga enam tahun. 

“Daripada 18 anak makcik itu, tiga daripadanya meninggal dunia sebaik dilahirkan beberapa bulan iaitu anak yang ketiga, kelima dan yang ke-16, manakala selebihnya yang sulung hingga yang bongsu kini berusia lapan tahun hidup sihat dan tinggal bersama makcik di rumah usang ini,” katanya. 

Katanya, 12 daripada 15 anaknya sudah tidak bersekolah dan hanya mampu bersekolah setakat tingkatan tiga malah ada yang hanya setakat sekolah rendah. 

“Kami hidup miskin, namun sepanjang perkahwinan hampir 40 tahun lalu, tidak pernah bergaduh besar, melainkan hanya satu kali ketika berdepan masalah kewangan yang kritikal,” katanya.
'via Blog this'

Di mana Nurul Nadirah: Keluarga harap Dirang selamat

Berita Harian Online | Di mana Nurul Nadirah: Keluarga harap Dirang selamat:pix_gal0
Ibu kanak-kanak hilang yakin anak disembunyikan di kawasan berhampiran

PASIR GUDANG: Selepas lapan hari berlalu, keluarga Nurul Nadirah Abdullah, 5, yang lebih manja dengan panggilan Dirang, masih menaruh harapan tinggi supaya anak kecil itu ditemui segera dalam keadaan selamat.
Harapan itu disandarkan mereka selepas mengadakan solat hajat serta doa selamat, selain pandangan lima pengamal perubatan tradisional dan Islam yang membantu keluarga Dirang.
Ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, berkata sejak hari pertama anaknya dilaporkan hilang, beliau dan suaminya, Lima Medeng, 25, berusaha mencari anak kesayangan mereka di sekitar daerah ini kerana yakin Dirang masih berada di kawasan berdekatan.

“Saya sekeluarga hanya mampu berterima kasih kepada sumbangan semua pihak, termasuk bomoh dan ustaz yang membantu dengan ikhlas tanpa meminta sebarang bayaran daripada kami yang sememangnya tidak berkemampuan kerana suami masih mencari pekerjaan.

“Bomoh dan ustaz yang kami temui sekitar Pasir Gudang, Seri Alam dan Masai mendakwa Dirang selamat tetapi dalam kawalan seseorang. Mereka menasihatkan kami mencarinya di kawasan rumah kosong di sini kerana percaya Dirang dikurung di situ,” katanya.

Roselyn berkata, setakat ini, pencarian yang dilakukan mereka belum berhasil dan tiada sebarang petunjuk Dirang disembunyikan di kawasan berkenaan. 
“Saya dan suami tidak akan berputus asa, selagi terdaya kami tetap akan berusaha mencari Dirang selain mengusahakan majlis doa selamat dengan menjemput jiran bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan Dirang.

“Poster Dirang akan ditampal bagi memudahkan pencarian anak kedua kami itu,” katanya.

Sementara itu, kumpulan perbankan RHB akan memasang poster gambar Dirang yang dilaporkan hilang sejak lapan hari lalu pada lebih 1,800 mesin pengeluaran wang (ATM) miliknya di seluruh negara dalam usaha membantu menjejaki kehilangan kanak-kanak terbabit.

Pengarah Perkhidmatan Korporat RHB, Norazzah Sulaiman, berkata pihaknya juga akan memaparkan gambar Dirang pada laman web bank berkenaan bagi membolehkan orang ramai yang menggunakan khidmat dalam talian mereka membantu mengesan anak kedua daripada tiga beradik itu.

Beliau berkata, RHB juga akan bekerjasama dengan beberapa media tempatan untuk mengiklankan gambar kanak-kanak terbabit.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Mohd Faizal Abu Bakar, berkata pihaknya akan menyediakan khidmat kaunseling kepada keluarga kanak-kanak terbabit.
'via Blog this'

Tuduh pengawal curi berlian

Berita Harian Online | Tuduh pengawal curi berlian:pix_gal0
Bekas isteri Sultan Brunei dakwa barang kemas dijual RM57.25j bayar hutang judi 

LONDON: Bekas permaisuri Sultan Brunei, Mariam Aziz, 55, menuduh bekas pengawal peribadinya, Fatimah Kumin Lim, 34, mencuri dan menjual berlian kepunyaan beliau bernilai £12 juta (RM57.25 juta) sebelum menggantikannya dengan yang palsu.
Dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi di sini semalam, Mariam mendakwa, Fatimah ‘mengambil tanpa kebenaran’ seutas gelang tangan berlian bernilai £3.5 juta (RM16.6 juta) dan dua bentuk cincin berlian berharga £8.7 juta (RM41.50 juta) pada 2008 dan 2009 untuk digunakan bagi membayar hutang judinya.
Peguam Mariam, Max Mallin, memberitahu Mahkamah Tinggi, Fatimah mengaku mengambil ‘secara salah’ kedua-dua barang kemas berkenaan ketika ia disimpan di rumah anak guamnya di Kensington, ketika disoal siasat polis di Brunei. 

Beliau bagaimanapun menambah, Fatimah sekarang mendakwa bahawa dia ‘dipaksa’ membuat pengakuan. 

“Fatimah berkata, dia diarahkan oleh Mariam agar menjual berlian berkenaan untuk membayar hutang judi bekas permaisuri itu sendiri tetapi menggunakan nama pengawal peribadinya. 

Mahkamah juga diberitahu bahawa anak angkat Mariam, Afifa Abdullah, 26, diperdaya untuk ‘meminjamkan’ Fatimah dua bentuk cincin berlian biru dan kuning, tetapi tidak pernah dikembalikan. 
Afifa berkata, Fatimah meminta untuk meminjam kedua-dua cincin berkenaan dua kali pada November dan Disember 2009, selama beberapa jam dan berjani akan ‘memulangkannya secepat mungkin’. 

“Fatimah memberitahu saya bahawa dia sedang menjalankan satu urus niaga hartanah dan bertanya jika saya boleh meminjamkan barang kemas berharga kepunyaan bonda saya. Ketika itu saya benar-benar percayakannya. Dia seperti sahabat karib saya,” katanya. 

Afifa berkata, Fatimah merayu kepadanya agar tidak memberitahu Mariam, apabila cincin dipinjamnya diganti dengan cincin palsu. 

“Bonda saya panik apabila mendapati bahawa cincin sebenar sudah hilang, manakala sebentuk lagi cincin yang menyerupainya sudah diubah,” katanya. 

Afifa berkata, bondanya tidak memberi izin untuk menyerahkan berlian berkenaan kepada tertuduh, sambil menambah bahawa beliau mendapat tahu bahawa Fatimah mengaku mencuri barang kemas itu di Brunei. 

Fatimah yang tidak hadir pada perbicaraan berkata, dia tidak diwakili peguam kerana kekurangan wang, juga dituduh mengambil gelang berlian daripada majikannya pada 2008 sebelum menjualnya. 

Mariam mengemukakan saman ganti rugi bagi nilai penuh gelang tangan itu dan mengemukakan satu lagi kes menuntut cincin berlian biru dan kuning itu dikembalikan daripada seorang peniaga yang dikatakan membelinya di Geneva.– Agensi
'via Blog this'

Selama 17 Tahun tinggal di kuburan.





Pernahkah Anda mengetahui kisah ini?

Kisah seorang pemuda yang hidup selama 17 tahun dalam kuburan?
Anda mungkin mengira bahwa ia tinggal di daerah dekat kuburan.
Tidak! Dia tidak tinggal di daerah dekat kuburan, tapi ia tinggal di dalam kuburan itu sendiri.
Bagaimana kisahnya?

Anda mungkin tidak akan mempercayai kisah ini, karena pemuda ini lahir dari keluarga berada.
Ayah dan Ibunya orang yang terpandang dan memiliki kekayaan yang berlimpah.
Dalam pandangan masyarakat sekitar, kedua orang tua ini adalah orang tua yang sempurna,
namun orang hanya bisa menilai apa yang tampak.

Orang-orang tidak tahu bahwa kedua orang tua terpandang inilah yang memasukkan anaknya ke dalam kuburan,

dan menjalani hidup selama 17 tahun di dalam kuburan!

Setiap hari, sang anak makan, minum dan tidur di dalam kuburan, yang penuh kegelapan.
Sang Anak juga hanya bisa menjalani apa yang diberikan kedua orang tuanya, tanpa perlawanan.
Menjelang ulang tahun pemuda itu yang ke-17,
orang tuanya berjanji akan mengabulkan apa pun permintaan si pemuda sebagai hadiah ulang tahunnya.

Sang pemuda berpikir, inilah saatnya dia akan mengajukan permintaannya,
ia tidak ingin lagi tinggal di kuburan, tapi apakah orang tuanya benar-benar akan mengabulkan permintaannya?

Hari itu pun tiba. Sang pemuda berulang tahun yang ke-17.
Kedua orang tuanya datang menghampiri dan menanyakan hadiah apa yang ia inginkan.
Sang pemuda menjawab, “Ayah, Ibu… saya tidak meminta banyak, saya hanya minta satu hal.” “Apa, Nak? katakanlah, Ayah dan Ibu pasti akan mengabulkan permintaanmu”

“Ayah dan Ibu berjanji?”
“Tentu, Nak. Ayah dan Ibu berjanji akan memenuhi permintaanmu, selama kami mampu.”
“Ayah… Ibu… saya tidak ingin tinggal lagi di kuburan”
“Apa? Apa maksud permintaanmu itu, Nak?”
“Ayah sudah berjanji akan mengabulkan permintaanku,
dan hanya itu permohonanku, Yah.”
“Iya, Nak. Ayah sudah berjanji… tapi… tapi… Ayah tidak mengerti, Nak.”
“Ayah, sudah 17 tahun saya tinggal di sini, tapi tidak seharipun saya mendengar Ayah atau Ibu membaca Al-Quran.
Sedangkan Rasulullah pernah mengatakan
bahwa rumah yang tidak pernah dibacakan Al-Quran di dalamnya adalah seperti kuburan.
Saya tidak ingin tinggal lagi di kuburan, Yah.”“

”Ayah dan Ibu sang pemuda terdiam.
“Ayah dan Ibu bahkan tidak pernah mengajariku bagaimana membaca Al-Quran.
Memang rumah ini mewah, besar dan orang-orang melihatnya sebagai istana.
Tapi mereka tidak tahu, bahwa di mata Rasulullah, rumah ini seperti kuburan.
Jika Ayah dan Ibu mau menepati janji mengabulkan permintaanku, tolong Yah..
Aku tidak ingin lagi tinggal di kuburan.

Ajarilah aku membaca Al-Quran, agar rumah ini bercahaya dengan cahaya Al-Quran.
”Renungan Di manakah kalian selama ini makan, minum, tidur dan menetap? di rumahkah? di kos kah? di kontrakan kah? atau kah di kuburan?
karena Rasulullah mengibaratkan rumah yang tidak pernah dibacakan Al-Quran di dalamnya,
seperti kuburan..

Jadi, di manakah sebenarnya kalian tinggal saat ini?
Jika menurut kalian, artikel ini bermanfaat.
Silakan di-share untuk teman Anda,
sahabat Anda, keluarga Anda, atau bahkan orang yang tidak Anda kenal sekalipun.
Jika mereka tergerak hatinya untuk menghidupkan Al-Quran di tempat tinggalnya setelah membaca artikel yang Anda share, maka semoga Anda juga mendapatkan balasan pahala yang berlimpah dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Bapa angkat akur hukuman ke atas ustaz

Utusan Malaysia Online - Mahkamah:



MOHD. Zaberi Shafie melihat gambar anak angkatnya, Saiful Syazani Saiful Sopfidee di Kampung Jejawi Hutan Buluh, Kangar, semalam. - UTUSAN/ FAIZAL ABU HASSAN


KANGAR 7 Mac - Bapa angkat kepada Saiful Syazani Saiful Sopfidee, murid tahun satu Sekolah Rendah Agama Al-Furan, Jejawi di sini yang meninggal dunia akibat dipukul oleh warden asrama sekolah tersebut, akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah hari ini.
Mohd. Zaberi Shafie, 41, berharap hukuman penjara selama 18 tahun ke atas Hanif Mohd. Ali, 27, kerana menyebabkan kematian Saiful Syazani akan menjadi pengajaran yang berguna kepada semua.
''Kasihan pula kepada ustaz ini selepas mendengar keputusan mahkamah kerana selepas ini dia akan menghabiskan usia mudanya di penjara,'' katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jejawi Hutan Buluh di sini hari ini.

'via Blog this'

Ustaz muda dipenjara 18 tahun

Utusan Malaysia Online - Mahkamah:


ALOR SETAR 7 Mac - Seorang ustaz dihukum penjara 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerana menyebabkan kematian pelajar berusia tujuh tahun, Saiful Syazani Saiful Sopfidee di Arau, Perlis pada tahun lalu.
Hanif Mohd. Ali, 27, dijatuhi hukuman tersebut setelah mengaku bersalah atas tuduhan pindaan menyebabkan kematian kanak-kanak itu di bilik warden asrama putera Sekolah Rendah Agama Al-Furqan, Arau antara pukul 6 petang dan 12 tengah malam, 31 Mac 2011.
Tertuduh yang juga warden asrama sekolah tersebut membuat pengakuan itu semalam mengikut pertuduhan di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda.
Hanif sebelum ini didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh dengan niat namun dipinda kepada menyebabkan kematian selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan asal di akhir kes pendakwaan.

'via Blog this'

AS dakwa 6 suspek kumpulan Anonymous

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:


NEW YORK 7 Mac - Enam suspek ketua kumpulan penggodam antarabangsa dikenali sebagai Anonymous, didakwa oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS), semalam atas kesalahan melakukan jenayah siber.
Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berkata, kesemua tertuduh didakwa melakukan penggodaman dan mengkucar-kacirkan laman web agensi kerajaan dan korporat.
Antara yang didakwa ialah Hector Xavier Monsegur, yang dikenali sebagai Sabu, individu yang bertanggungjawab menyerang laman web Paypal milik Ebay, MasterCard Inc dan Visa Inc antara Disember 2010 dan Jun tahun lalu.
Serangan tersebut dilakukan sebagai tindak balas terhadap keengganan syarikat terbabit memberi sumbangan kepada WikiLeaks, kumpulan yang membocorkan maklumat sulit diplomatik pada 2010.
Dakwaan terhadap Monsegur difailkan di Mahkamah Persekutuan di New York atas kesalahan jenayah maklumat.

'via Blog this'

Pentagon cipta robot paling pantas

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:



Video merakamkan robot Cheetah dipamerkan oleh Darpa sebuah agensi penyelidikan Pentagon kelmarin. - AFP


WASHINGTON 7 Mac - Agensi penyelidikan Pentagon telah mencipta robot paling pantas di darat yang dinamakan 'Cheetah' dan ia mampu memecut kelajuan sehingga 29 kilometer sejam.
Robot tidak berkepala itu kelihatan seperti seekor anjing kecil dan ia tunjukkan dalam keadaan sedang berlari di atas alat treadmill di dalam gambar dan video yang dikeluarkan oleh Agensi Projek Penyelidikan Lanjutan Pertahanan (Darpa).
''Pergerakan robot itu direka berdasarkan pergerakan haiwan yang pantas di alam semula jadi.
''Kelajuan robot itu pula ditingkatkan berasaskan pergerakan seekor Cheetah sebenar,'' kata Darpa dalam kenyataannya.
Larian Cheetah telah merekodkan satu 'rekod baru bagi robot berkaki di darat' mengetepikan rekod sebelum ini, berkelajuan 21.1 kilometer sejam yang dicatatkan pasukan Institut Teknologi Massachusetts (MIT) pada 1989.

'via Blog this'

Enam kuasa dunia terima tawaran Iran

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:


BRUSSELS 7 Mac - Enam kuasa dunia menerima tawaran Iran untuk menyambung semula rundingan mengenai program nuklearnya, berikutan kebuntuan selama setahun yang meningkatkan kebimbangan perang baru akan meletus di Asia Barat.
Ketua dasar luar Kesatuan Eropah (EU), Catherine Ashton membuat pengumuman itu semalam, sejurus selepas Rusia menggesa dialog secara langsung dengan Iran disambung semula dengan segera, memandangkan surat Teheran pada bulan lepas menunjukkan kesediaannya untuk mengadakan rundingan serius.
Ketika Israel makin lantang bersuara mengenai tindakan ketenteraan ke atas Iran, rundingan itu boleh meredakan krisis yang telah menyebabkan harga minyak melonjak dan mengancam untuk mengheret Amerika Syarikat (AS) ke dalam perang ketiga dalam tempoh sedekad.
Ketua perunding nuklear Iran, Saeed Jalili dalam suratnya kepada Ashton pada bulan lepas berkata, Teheran mahu membuka semula rundingan dan bersedia untuk membawa beberapa 'inisiatif baru' ke meja rundingan.

'via Blog this'

Syria gempur wilayah Idlib pula

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:



Seorang lelaki membawa roket pelancar di kawasan kediaman al-Hamidiya di bandar Homs, pada 25 Februari lalu. - AFP


BEIRUT 7 Mac - Kereta kebal dan kenderaan membawa anggota tentera kerajaan menuju ke wilayah Idlib di barat Laut Syria, hari ini bagi menggempur bandar itu, selepas tentera kerajaan berjaya menawan daerah Baba Amr di bandar Homs pada Khamis lalu.
Menurut Majlis Kebangsaan Syria (SNC), perikatan utama pembangkang di negara ini, sebanyak 42 kereta kebal dan 131 kenderaan pengangkut tentera meninggalkan Latakia di bandar Saraqeb.
Sementara itu, beberapa anggota pemberontak terbunuh dalam pengeboman tentera kerajaan di Maaret al-Numan hari ini, satu lagi bandar di wilayah Idlib.
SNC menggesa masyarakat antarabangsa, Liga Arab dan badan bukan kerajaan antarabangsa 'bertindak segera bagi mengelak pembunuhan beramai-ramai di Baba Amr berulang di Idlib.

'via Blog this'

Jenazah Osama Laden dibakar?

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:


LONDON 7 Mac - Jenazah bekas ketua rangkaian al-Qaeda, Osama bin Laden tidak dikebumikan di laut seperti yang didakwa oleh Amerika Syarikat (AS), tetapi mayatnya diterbangkan ke AS untuk dibakar di satu lokasi rahsia.
Beberapa e-mel yang didakwa diperoleh oleh kumpulan penggodam komputer, Anonymous mempertikaikan kenyataan rasmi White House mengenai tempat persemadian terakhir Osama.
E-mel tersebut dipercayai sebahagian daripada 2.7 juta e-mel yang dibocorkan oleh Anonymous daripada firma analisis perisikan Stratfor dan dikongsi bersama dengan WikiLeaks.
Stratfor menyifatkan penggodam sebagai 'pencuri' dan memberi amaran sesetengah e-mel itu mungkin dipalsukan atau dipinda.
Menurut e-mel tersebut, Osama ditembak mati semasa serbuan komando SEAL tentera laut AS di rumah persembunyiannya di Abbottabad, Pakistan pada Mei 2001 dan mayatnya diterbangkan ke AS untuk dibakar.

'via Blog this'