Pages

Monday, April 11, 2011

Menilai Keimanan Sejati Kepada Allah SWT


http://winterwing.files.wordpress.com/2010/10/alam-semesta.jpg?w=367&h=229
Al-Jarjani Berkata :
” Iman pada bahasa ialah mengakui dengan hati, Iman pada syara’ adalah Iktiqad dengan hati dan Ikrar dengan lidah.
Dikatakan sesiapa mengucap dan beramal tetapi tidak beriktiqad maka adalah Munafiq.
Sesiapa mengucap tanpa amal tetapi beriktiqad adalah Fasiq dan sesiapa tidak mengucap maka itu adalah Kafir “.
-Blog peribadirasulullah

Hikmah Wuduk


http://img683.imageshack.us/img683/7095/wuduk.jpg
Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.
Penjelasan 1 : Dalam kehidupan seharian, kita tidak terlepas dari melakukan dosa lidah dan berkata perkara yang tidak sepatutnya.
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak. Janganlah Kau hitamkan muka ku ini”.
Penjelasan 2 : Ahli syurga wajahnya putih berseri-seri.
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kananku ini”.
Penjelasan 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya melalui tangan kanan.
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisabku di tangan kiriku ini.”
Penjelasan  4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya melalui tangan kiri.
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, lindungilah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy -Mu”.
Penjelasan  5 : Panas di Padang Mahsyar tidak terkira ibarat matahari sejengkal di atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”
Penjelasan  6 : Seharian kadangkala kita terdengar orang mengumpat, memfitnah dan sebagainya.
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.”Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim”.
Penjelasan 7 : Ahli syurga akan melintasi titian Siratul Mustaqqim dengan pantas sekali.
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,”Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat”
Penjelasan  8 : Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah.
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Begitu juga dengan aturan mengambil wudhu’. Di dalam tertibnya, sebenarnya tersembunyi hikmah yang sama sekali tidak kita jangka. Maka, bersyukurlah dan sentiasalah mengerjakan solat dengan permulaan wudhu’ yang sempurna.
-Blog peribadirasulullah

7 Perkara menghalang kekhusyukkan dalam solat


http://photos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc1/hs243.snc1/9020_148734503701_676143701_2668944_7996892_n.jpg
1-Menggantungkan gambar di ruang solat( Selain daripada ayat suci Al-Quran ).
2-Memakai pakaian yang bertulis, bergambar dan berwarna-warni.
3-Tidak makan apabila hidangan telah tersedia, sedangkan anda dalam keadaan lapar.
4-Solat dalam keadaan menahan kencing atau air besar.
5-Solat dalam keadaan terlalu mengantuk.
6-Solat di hadapan atau di belakang mereka yang sedang berbincang.
7-Solat dalam keadaan marah atau dalam keadaan bernafsu.
-Blog peribadirasulullah

Wuduk melahirkan 7 sifat kerohanian/spritual terpuji


http://islam.dunyahalal.com/islam_dunyahalal_com/media/Image/hikmah-mengambil-air-wuduk_500x188.jpg
1-Melahirkan perasaan untuk bertaubat kepada Allah SWT.
2-Menyesal diatas dosa yang telah dilakukan.
3-Menghilangkan perasaan cinta kepada dunia yang keterlaluan.
4-Menghilangkan perasaan riak dan tidak mengharap pujian dari mana-mana pihak.
5-Menghilangkan perasaan bangga diri.
6-Menghilangkan sifat khianat dan menipu.
7-Menghapuskan sifat dengki.
-Blog peribadirasulullah

Gaddafi terima pelan damai: Zuma


TRIPOLI: Muammar Gaddafi sudah menerima pelan damai Kesatuan Afrika (AU) bagi menamatkan konflik di negara itu, kata Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma, di sini.


“Delegasi saudara kita sudah menerima pelan damai yang kami bentangkan," kata Zuma dalam kenyataan ringkas kepada wartawan di kediaman Gaddafi, Bab Al-Aziziya.
Zuma berkata, butiran cadangan penyelesaian itu akan digariskan dalam satu perutusan. Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan bila ia akan diumumkan.
Sementara Zuma akan meninggalkan Libya, anggota lain delegasi AU itu akan berada di Tripoli sebelum berlepas ke Benghazi yang dikuasai pemberontak.

Di sana, mereka akan membentangkan pelan AU itu yang turut membabitkan gencatan senjata segera.

Selain Zuma, delegasi AU itu disertai tiga pemimpin negara Afrika lain iaitu, pemimpin Mali, Amadou Toumani Toure; pemimpin Mauritania, Mohamed Ould Abdel; dan pemimpin Congo, Denis Sassou Nguesso.

Turut sama ialah Menteri Luar Uganda, Henry Oryem Okello, yang mewakili Presiden Yoweri Museveni. - AFP 

Jepun keluar amaran tsunami selepas gempa kuat dekat Fukushima


TOKYO: Amaran tsunami dikeluarkan untuk timur Jepun selepas gempa bumi kuat melanda negara itu dengan pusat gempa berhampiran loji nuklear yang lumpuh akibat tsunami besar sebulan lalu.


Jabatan Geologikal Amerika Syarikat menyatakan gempa bumi itu bermagnitud 7.1 pada kedalaman hanya 10 kilometer dan berpusat 86 kilometer ke tenggara bandaraya Fukushima.
Agensi Meteorologikal Jepun pula mengeluarkan amaran tsunami dan menyatakan ombak setinggi satu meter boleh melanda wilayah Ibaraki, kawasan yang paling teruk dilanda tsunami bulan lalu.
Ombak setinggi setengah meter juga dijangka melanda wilayah Fukushima. - AFP 

Tergamam hidangan patin RM13,000

TEMERLOH - Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di sini terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000.
Menurut seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan, beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.
"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260.
"Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur,” katanya.
Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.
Bernama difahamkan ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram, dan apabila dimasak, ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiznya.
Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram, dan jika dimasak, dijual antara RM5 dan RM7 seketul. - Bernama

Israel tolak serang Iran sejak 2005


BAITULMAQDIS 10 April - Pegawai pertahanan Israel seawal 2005 menolak kemungkinan rejim Zionis itu melancarkan serangan ke atas kemudahan nuklear Iran.

Pendirian Israel itu didedahkan oleh kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS) yang dibocorkan kepada laman web WikiLeaks.
Dokumen yang disalurkan kepada akhbar Israel, Haaretz oleh WikiLeaks itu memperincikan perbualan antara diplomat AS dengan pegawai pertahanan Israel, yang menunjukkan rejim Yahudi itu tidak merancang untuk menyerang program nuklear Teheran.
Satu kabel pada Disember 2005 memetik pegawai Israel sebagai berkata, 'tidak ada kemungkinan serangan tentera dilancarkan ke atas Iran', lapor Haaretz.
Satu lagi telegram sebulan kemudian, yang memperincikan perbualan antara seorang anggota Kongres AS dengan timbalan ketua Suruhanjaya Tenaga Atom Israel ketika itu, Ariel Levite memberi gambaran lebih jelas bahawa Israel menganggap serangan ke atas kemudahan nuklear Iran sebagai tidak boleh dilaksanakan.
Levite berkata, kebanyakan pegawai Israel tidak percaya penyelesaian menerusi tindakan ketenteraan boleh dilakukan.
"Mereka percaya Iran telah belajar daripada serangan Israel ke atas reaktor Osirak di Iraq (pada 1981) dan menempatkan komponen program nuklearnya dalam kedudukan berselerak di seluruh Iran, sehingga sesetengah elemennya langsung tidak diketahui oleh Israel", menurut telegram AS yang dipetik oleh Haaretz.
Israel, satu-satunya rejim di Asia Barat yang mempunyai senjata nuklear, menganggap Iran sebagai musuh nombor satu selepas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad berkali-kali meramalkan rejim Zionis itu akan runtuh.
Israel seperti kuasa Barat menuduh Iran menggunakan program tenaga nuklearnya untuk menyembunyikan usaha membina senjata atom. - AFP
-Utusan

Lagi maut protes antikerajaan di Yemen


SANAA 10 April - Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan berpuluh lagi cedera dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan di Sanaa dan Taiz semalam.

Presiden Ali Abdullah Saleh yang terus didesak berundur daripada jawatannya itu sejak Januari lalu, menolak rancangan negara-negara Teluk untuk menamatkan pemerintahan autokratiknya.
Sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan pada minggu ini.
Semalam, cubaan beratus-ratus penunjuk perasaan merempuh sekatan polis di Taiz ketika berarak ke Istana Presiden mendorong pasukan keselamatan melepaskan tembakan dan gas pemedih mata.
''Seorang terbunuh dan 43 orang cedera ditembak termasuk tiga orang yang kini berada dalam keadaan kritikal. Kira-kira 30 orang cedera dipukul dengan belantan dan dilempar batu,'' kata seorang doktor, Rahim al-Samiei.
Di Sanaa, pertempuran berlaku ketika penunjuk perasaan cuba meluaskan kem mereka, kata penduduk.
''Berpuluh-puluh cedera apabila lelaki berpakaian awam dipercayai pegawai pasukan keselamatan melepaskan tembakan,'' kata ahli perubatan.
Dalam pada itu, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) di Sanaa berkata, 24 kanak-kanak terbunuh dan 638 lagi cedera ekoran pertempuran dengan pasukan keselamatan itu.
''Sebanyak 24 kanak-kanak maut dan 638 cedera dalam krisis politik dari 18 Februari hingga 5 April lalu,'' kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan yang diperolehi agensi berita China, Xinhua. - Reuters/Bernama

15 maut serangan NATO terhadap tentera Libya


AJDABIYAH 11 April - Seramai 15 orang terbunuh dalam satu serangan udara yang dilancarkan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) terhadap enam kenderaan tentera kerajaan, semalam.

Serangan tersebut berlaku di sebelah utara bandar Ajdabiyah membabitkan enam kenderaan tentera yang sedang membawa anggota tentera Libya.
NATO berkata, pihaknya telah memusnahkan 25 buah kereta kebal tentera Libya semalam, 11 buah di Ajdabiyah manakala 14 lagi di Misrata. - Reuters
-Utusan

China tahan penganut Kristian di Beijing




POLIS China mengarahkan penganut-penganut Kristian ke dalam bas setelah mereka yang merupakan pengikut Gereja Shouwang mahu mengadakan upacara sembahyang di kawasan terbuka di daerah komersial Zhongguancun, Beijing, semalam. – Reuters


BEIJING 10 April – Polis Beijing hari ini menahan berpuluh-puluh penganut Kristian dari ‘sebuah rumah gereja’ yang tidak diiktiraf kerajaan selepas mereka cuba untuk mengadakan upacara keagamaan di kawasan terbuka.
Kumpulan itu sedang menyanyikan lagu-lagu rohani dan berdoa sebelum polis menyumbat mereka ke dalam bas di daerah barat Haidian, Beijing hari ini, menurut kumpulan hak asasi Kristian yang beribu pejabat di Amerika Syarikat (AS), China Aid.
“Pihak berkuasa Beijing sering tidak mengendahkan perlembagaan rakyat yang menjamin hak kebebasan beragama,” kata pengasas dan Presiden China Aid, Bob Fu dalam satu kenyataan.
Polis enggan mengulas berhubung laporan itu ketika dihubungi AFP dan meminta supaya soalan difakskan kepada mereka.
The New York Times melaporkan, seorang jurugambarnya adalah antara mereka yang ditahan, tetapi telah dibebaskan.
Menurut China Aid, lebih 100 orang telah ditahan, tetapi akhbar itu melaporkan seramai ‘berpuluh-puluh’ orang sahaja yang ditahan.
AS dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan serius mereka beberapa minggu lalu berhubung peningkatan tindakan keras di seluruh China ekoran penahanan seniman, peguam, penulis, aktivis dan golongan intelektual.
Insiden gereja ini berlaku seminggu selepas Ai Weiwei, seniman yang lantang bersuara dan membantu mencipta Stadium Sarang Burung untuk Olimpik Beijing 2008, ditahan atas kesalahan ‘jenayah ekonomi’ yang tidak dinyatakan.
Gereja itu cuba mengadakan majlis agama di luar selepas diusir oleh pemilik bangunan yang menerima tekanan supaya tidak meneruskan kontrak penyewaan.
Menurut China Aid, Shouwang yang merupakan gereja rumah terbesar di Beijing menjemput penganutnya berhimpun awal hari ini di satu kawasan terbuka di tempat awam yang menghubungkan bangunan SinoSteel dan Restoran China Poetic. – AFP
-Utusan

Tentera Mesir sedia guna kekerasan

KAHERAH 10 April - Tentera yang memerintah Mesir memberi amaran mereka akan menggunakan kekerasan bagi menamatkan protes di Dataran Tahrir selepas dua maut dalam keganasan yang meletus malam tadi apabila pasukan keselamatan bertindak ke atas penunjuk perasaan.
Askar dan polis menggunakan alat renjatan elektrik, taser dan belantan dalam usaha untuk mengusir penunjuk perasaan dari dataran itu, medan protes yang membawa kepada penyingkiran Hosni Mubarak sebagai Presiden pada 11 Februari lalu.
Bunyi tembakan kedengaran di seluruh dataran tersebut dalam operasi malam tadi.
Namun beratus-ratus penunjuk perasaan tidak menghiraukan tindakan pasukan keselamatan dan enggan berganjak.
Beribu-ribu lagi menyertai mereka untuk menuntut penyerahan kuasa kepada kerajaan awam dan peletakan jawatan Field Marsyal Mohamed Hussein Tantawi, yang mengetuai Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata.
"Dataran Tahrir akan dikosongkan daripada penunjuk perasaan dengan kekerasan bagi memastikan kehidupan pulih seperti biasa," kata jurucakap Majlis, Mejar Jeneral Adel Emarah.
Tentera menjadi sasaran bagi sekumpulan penunjuk perasaan tegar yang menuduhnya bersekongkol dengan saki-baki rejim Mubarak dan menolak desakan supaya lebih ramai bekas pegawai rejim itu disingkirkan.
"Majlis tentera adalah sebahagian daripada rejim yang korup, dan terdiri daripada ketua-ketua tentera yang mendapat manfaat daripada Mubarak dan pemerintahannya yang merompak rakyat Mesir selama 30 tahun," kata seorang penunjuk perasaan, Abdullah Ahmed, 45.
Mengulas mengenai amaran Emarah itu, seorang lagi penunjuk perasaan, Zain Abdel Latih berikrar mereka akan menggunakan kekerasan jika tentera menggunakan kekerasan.
"Negara ini bukan Libya, di mana tentera boleh menyerang kami dengan sewenang-wenangnya," katanya. - Reuters
-Utusan

Operasi cari mayat diteruskan



Penduduk meninjau kawasan yang dipenuhi kereta-kereta yang musnah akibat tsunami dan gempa bumi pada 11 Mac lalu, di Rikuzentakata, negeri Iwate, Jepun, semalam. – AP


TOKYO 10 April – Kira-kira 22,000 askar melancarkan satu lagi operasi untuk mencari mayat di sepanjang kawasan pantai Pasifik di utara Jepun hari ini, genap sebulan sejak gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu.
Sebanyak 90 pesawat udara, 50 kapal dan bot serta 100 penyelam menjalankan operasi mencari mayat yang dihanyutkan ke laut, manakala 14,000 askar memeriksa runtuhan rumah, bangkai kenderaan dan timbunan sampah-sarap di darat.
Kira-kira 15,000 orang masih hilang manakala 13,000 disahkan terkorban dalam malapetaka terburuk di Jepun sejak Perang Dunia Kedua.
“Di kawasan darat, kami mencari mayat di bawah runtuhan dan di kawasan ditenggelami air.
“Kami mengerahkan helikopter dan kapal terbang untuk meninjau kawasan pantai, muara sungai dan kawasan banjir,” kata seorang jurucakap Pasukan Pertahanan Darat.
Tentera Amerika Syarikat (AS) mengerahkan 110 anggotanya dan dua pesawat udara untuk menyertai operasi sehari itu.
“Sudah hampir sebulan sekarang dan banyak lagi mayat mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan.
“Kami menemui 80 hingga 100 mayat setiap hari dan perlu mencari yang lain secepat mungkin,” katanya.
Operasi maritim tertumpu kepada perairan dekat Rikuzentakata, sebuah bandar kecil di wilayah Iwate yang ranap dilanda tsunami. – AFP
-Utusan

Tidak hirau amaran letupan Gunung Taal



MANILA: Beribu-ribu penduduk yang mendiami kawasan berhampiran gunung berapi di sebuah pulau berhampiran bandar raya ini tidak mengendahkan amaran supaya berpindah ketika kemungkinan gunung itu meletup semakin meningkat.
Hanya 77 penduduk yang tinggal dekat kawah Gunung Berapi Taal meninggalkan pulau yang popular di kalangan pelancong, kira-kira 65 kilometer ke selatan Manila.


Kira-kira 7,000 petani, nelayan dan pemandu pelancong mendiami pulau berkenaan.
Kerajaan sebelum ini memberi amaran, magma semakin meningkat ke arah permukaan berikutan peningkatan pengeluaran gas secara mendadak dan memungkinkan letupan berlaku.


Lawatan ke pulau berkenaan kini dilarang sementara pegawai merayu supaya penduduk meninggalkan pulau itu. Gunung berkenaan pernah meletup 33 kali dengan yang terakhir pada 1977. - APmyMetro | Tidak hirau amaran letupan Gunung Taal

Liga Arab syor zon larangan terbang

KAHERAH: Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Mussa semalam berkata, pertubuhan itu akan meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menguatkuasakan zon larangan terbang di ruang angkasa Semenanjung Gaza.
Wilayah Palestin itu menjadi sasaran serangan udara rejim Israel sejak beberapa hari lalu.

Amr memberitahu mesyuarat tergempar duta negara anggota liga itu bahawa blok Arab di PBB diarah meminta diadakan persidangan Majlis Keselamatan bagi menghentikan keganasan Israel di Gaza dan menguatkuasakan zon larangan terbang.
Walaupun mungkin berjaya mendesak persidangan itu diadakan, sekutu Israel, Amerika Syarikat pasti akan menggunakan kuasa veto untuk menolaknya. - AP
myMetro | Liga Arab syor zon larangan terbang

Gencatan senjata di Gaza

GAZA: Israel dan pegawai kanan Hamas semalam menggambarkan kesediaan mereka untuk mengadakan gencatan senjata bagi menamatkan keganasan terbaru yang bermula minggu lalu hingga meragut 19 nyawa warga Palestin.
Pertempuran itu mencetuskan kebimbangan kemungkinan peperangan lebih besar meletus, termasuk pencerobohan di wilayah tepi pantai itu seperti yang berlaku pada hujung 2008.

Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri berkata: “Jika keganasan Israel terhenti, keamanan akan kembali secara semula jadi. Ketenangan akan disambut dengan ketenangan.” Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak yang menyuarakan hasrat untuk mengadakan gencatan senjata.
“Jika pejuang Palestin berhenti menyerang, kita juga akan berhenti menyerang,” kata Barak kepada Radio Israel.

Rejim Zionis itu melancarkan serangan udara tiga hari berturut-turut di seluruh Semenanjung Gaza dengan mensasarkan pejuang Palestin dan juga orang awam dan sepanjang tempoh itu juga, sekurang-kurangnya 120 roket dan mortar dilepaskan oleh pejuang Palestin terhadap wilayah selatan Israel.

Sami dalam kenyataannya berkata, Hamas tidak berhasrat meningkatkan ketegangan dengan Israel dan pada masa sama mempertahankan tindakan kumpulan itu dan kumpulan militan lain di Gaza.
“Kami tidak berminat untuk meningkatkan ketegangan dan kumpulan pejuang Palestin hanya mempertahankan diri mereka dan rakyat Palestin lain dalam menghadapi keganasan yang semakin meningkat di pihak Israel,” katanya. - Reuters
myMetro | Gencatan senjata di Gaza

Graduan menganggur Arab Saudi tunjuk perasaan

JEDDAH/RIYADH: Berpuluh-puluh graduan universiti yang menganggur dan guru mengadakan tunjuk perasaan di dua bandar raya di Arab Saudi, semalam, menuntut peluang pekerjaan dan gaji lebih baik.
Lebih 20 penunjuk perasaan berhimpun di luar bangunan pejabat Kementerian Pendidikan di Jeddah, manakala seramai 20 lagi di luar kementerian sama di Riyadh, kata saksi dan penunjuk perasaan. “Insya Allah, saya akan berada di sini hingga Jumaat ini. Kami tidak peduli lagi kerana sudah tujuh tahun menganggur. Kami tiada pilihan lain,” kata guru bahasa Arab yang menyertai tunjuk perasaan di Jeddah, Omar Alharbi, 34.

“Saya bercadang untuk berada di sini hingga ada penyelesaian,” tambahnya.

Bapa enam anak yang bekerja sebagai guru di sekolah swasta itu dibayar 1,800 riyal (RM1,450) sebulan, lebih sedikit daripada bantuan 2,000 riyal (RM1,611) yang dibayar oleh kerajaan kepada penganggur. Meskipun kaya dengan hasil hasil minyaknya, Arab Saudi berusaha untuk mengurangkan pengangguran yang kadarnya mencapai 10 peratus tahun lalu. - Reuters
myMetro | Graduan menganggur Arab Saudi tunjuk perasaan

PM Britain naik angin





LONDON - Perdana Menteri Britain, David Cameron (gambar) menggunakan kata-kata kesat dalam penerbangan pulang dari lawatannya ke Pakistan selepas beliau dimaklumkan tentang kontroversi berkaitan komennya bahawa Britain sepatutnya dipersalahkan kerana mencetuskan banyak krisis besar dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Perdana menteri berkenaan berpaling kepada seorang wartawan yang membangkitkan isu tersebut dan menjawab menggunakan kata-kata kesat.
Insiden itu berlaku selepas Cameron, 44, cuba menjauhkan dirinya dengan sejarah kolonial Britain semasa beliau menyampaikan satu ucapan di Pakistan.
Ditanya tentang permusuhan panjang antara Pakistan dan India berhubung isu wilayah Kashmir yang bermula sejak pemerintahan Empayar British, beliau memberitahu:" Saya tidak mahu menampilkan Britain sebagai watak utama yang mana, seperti masalah-masalah lain di dunia, kami yang bertanggungjawab kerana mencetuskan isu tersebut,"
Kenyataannya dikritik hebat dan menjadi tajuk utama akhbar-akhbar Britain pada keesokan harinya tetapi beliau cuma mendapat tahu tentang perkembangan tersebut semasa dalam penerbangan pulang ke London kelmarin.
"Britain perlu berhenti daripada malu tentang sejarahnya sebagai negara penjajah," seorang pakar Unit Pengkajian Dasar Komanwel, Daisy Cooper ketika mengulas kenyataan Cameron.
Beliau kemudian bertanya siapakah wartawan yang melaporkan berita tersebut dan apabila wartawan berkaitan mengangkat tangan, beliau terus memakinya.
- Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Pesawat kargo bawa pam air gergasi ke Jepun


PAM air gergasi bergerak masuk ke dalam pesawat kargo Rusia di Atlanta, Amerika Syarikat pada Jumaat lalu.


ATLANTA, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah pesawat kargo gergasi Rusia di sini digunakan untuk membawa pam air antara yang terbesar di dunia ke Jepun, lapor sebuah akhbar semalam.
Pam seberat 95 tan berharga AS$2 juta (RM6.04 juta) itu diletakkan di atas lori 26 roda dan akan digunakan untuk menyembur air ke dalam loji jana kuasa nuklear Fukushima Daiichi di timur laut Jepun yang rosak akibat gegaran gempa bumi kuat pada 11 Mac lalu.
Ketua Pegawai Ekekutif Putzmeister Amerika, Dave Adams berkata, pihaknya berharap peralatan yang dikeluarkan syarikatnya akan dapat membantu kerajaan Jepun menyelesaikan masalah di loji jana kuasa nuklear itu.
Masalah yang berlaku di loji tersebut kini ialah pekerja-pekerja berusaha untuk menyejukkan reaktor nuklear selepas sistem penyejukan mengalami kerosakan. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Tak boleh tutup mulut lepas menguap




SEBANYAK 26 batang kayu kecil dimasukkan ke dalam mulut Holly Thompson.


KINGSTHORPE, Britain - Seorang remaja perempuan berumur 17 tahun, Holly Thompson tidak dapat menutup mulut selepas dia menguap semasa berada di dalam kelas di Sekolah Perempuan Northampton di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini, dia meminta seorang rakan menutup mulutnya tetapi apa yang berlaku ialah dia berasa sakit semasa percubaan itu dilakukan.
Holly kemudian dihantar menemui seorang jururawat sekolah tetapi dia gagal untuk menutup mulutnya walaupun air panas dan ketul ais diletakkan di bawah dagunya.
Dia kemudian dihantar ke Hospital Besar Northampton dan rahangnya terkatup semula selepas 26 batang kayu kecil mirip batang aiskrim dimasukkan ke dalam mulutnya.
Dr. Ejiro Obakponovwe memasukkan batang kayu itu yang diikat dengan pita pelekat dengan tujuan untuk menjadikan rahang Holly menjadi letih kerana gigi Holly menggigitnya buat seketika.
Doktor wanita itu menarik perlahan-lahan batang kayu tersebut sebelum dia memegang kedua-dua pipi pelajar tersebut dan menutup mulut Holly.
Pelajar itu kemudian dapat menutup semula mulutnya tanpa berasa sakit. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Belanda mungkin haramkan penyembelihan binatang


SEBUAH kedai menjual daging halal di Amsterdam, Belanda.


AMSTERDAM - Penyembelihan binatang ternakan mungkin diharamkan di Belanda selepas kaedah tersebut yang terkandung dalam agama Islam dan Yahudi, ditentang oleh majoriti wakil rakyatnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebuah akhbar melaporkan majoriti wakil rakyat Belanda menganggap kaedah penyembelihan halal seperti yang diamalkan umat Islam, bersifat kejam terhadap haiwan.
Satu rang undang-undang mengenainya akan didebat di Parlimen Belanda pada hujung bulan ini.
Sebelum ini, undang-undang Belanda mengarahkan haiwan ternakan diberikan renjatan elektrik supaya ia pengsan sebelum dibunuh dengan pengecualian diberikan untuk daging yang disediakan untuk orang Islam dan Yahudi.
Kaedah tersebut kononnya untuk mengurangkan kesakitan dan ketakutan haiwan terbabit.
Cadangan untuk mengharamkan kaedah penyembelihan itu bagaimanapun, ditentang hebat komuniti Islam dan Yahudi di negara berkenaan.
"Jika undang-undang ini diluluskan tiada apa yang dapat kami lakukan kecuali mengadakan protes," kata seorang aktivis halal di Belanda, Abdulfatteh Ali-Salah.
Seorang jurucakap sebuah pertubuhan Yahudi, Ruben Vis pula menganggap rang undang-undang tersebut melanggar hak kebebasan beragama.
Larangan penyembelihan haiwan telah pun diamalkan di New Zealand, negara-negara rantau Scandinavia dan Baltik serta Switzerland.
Terdapat sekitar sejuta orang Islam daripada keseluruhan 16 juta penduduk Belanda manakala kira-kira 50,000 orang Yahudi turut tinggal di negara Eropah berkenaan. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

NATO perhebat serangan udara


SEORANG pejuang pemberontak melintasi sebuah kereta kebal yang musnah dibom jet pejuang NATO, ketika menuju ke Adabiyah.


ADABIYAH - Beberapa serangan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mengenai pasukan tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi di bandar ini, timur Libya semalam, kata sumber pemberontak.
Sumber berkenaan berkata, sekurang-kurangnya 15 mayat askar yang setia kepada pemimpin Libya itu bergelimpangan selepas siri serangan itu.
Seorang wartawan agensi berita Reuters memberitahu, dia melihat mayat-mayat rentung berhampiran enam kenderaan tentera Gaddafi dua lokasi berlainan di barat bandar ini.
Serangan NATO itu menyusul selepas tentera Gaddafi memperhebatkan pada hujung minggu lalu bagi merampas semula bandar strategik ini.
"Serangan udara NATO berjaya memusnahkan 11 kereta kebal yang sedang menuju ke Adabiyah dan serangan udara ini akan berterusan siang dan malam," kata seorang pegawai NATO di Brussels.
"Serangan dilakukan selepas pemberontak di Adabiyah berdepan ancaman senjata berat tentera Gaddafi," tambahnya.
Pada jumaat lepas dan kelmarin pakatan itu memusnahkan 15 buah kereta kebal tentera Gaddafi berhampiran bandar Misrata, satu-satunya bandar di barat Libya yang jatuh ke tangan pemberontak.
Serangan udara Barat terhadap rejim Gaddafi bermula pada 19 Mac lepas menerusi mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi melindungi rakyat Libya selepas pemimpin berkenaan mengerahkan angkatan bersenjata negara itu bagi mematahkan kebangkitan rakyat.
Dalam perkembangan berkaitan, beberapa pegawai perubatan memberitahu sekurang-kurangnya 12 pemberontak Libya maut dalam pertempuran sengit di sini. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia