Pages

Friday, August 20, 2010

Wook tak mahu lagi jadi janda



WOOK tetap setia dengan suaminya, Mohd. Nor (gambar kecil).


HULU TERENGGANU – Warga emas berusia 108 tahun, Wook Kundur akan setia menunggu suaminya, Mohd. Nor Musa, 38, sehingga dia betul-betul insaf dan meninggalkan ketagihan dadah kerana tidak mahu menjadi janda untuk kali ke-23.
Namun, dalam tegas dia menyatakan, ini adalah kali terakhir dia mengeluarkan simpanannya untuk menjamin suaminya dan jika Mohd. Nor ditahan lagi selepas ini, lelaki itu terpaksa meringkuk di penjara.
“Tok tetap akan tunggu dia sebab tak nak jadi janda lagi,” kata Wook mengulas tindakannya mengeluarkan simpanan sebanyak RM2,000 untuk membebaskan Mohd. Nor yang sekali lagi ditahan dipercayai terlibat dengan dadah pada 9 Ogos lalu.
Sebelum ini, Mohd. Nor pernah ditahan selama setahun di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Sungai Besi dan Besut sebelum dibebaskan 15 Julai lalu.
Menurut Wook yang ditemui di rumah adiknya di Taman Perumahan Tok Randok, Ajil dekat sini, dia memang kesal dengan tindakan suaminya itu yang disifatkan masih tidak insaf kerana masih terjebak dengan dadah.
Bagaimanapun, katanya, dia juga tidak mahu ada perkahwinan lain lagi selepas ini.

Nelayan kahwin anak bilionair



KAPAL layar mewah yang dinaiki Guy Barnett ke Dartmouth, Britain.


LONDON - Nasib seorang nelayan yang hidup amat sederhana dari Dartmouth, Devon, Britain, Guy Barnett berubah serta-merta apabila dia bertemu jodoh dengan anak perempuan seorang individu yang merupakan antara paling kaya di dunia di Kanada, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebelum meninggalkan kampung halamannya di Devon, Barnett bertugas membawa pelancong untuk menangkap ikan tenggiri di atas sebuah bot kecil berusia 80 tahun.
Barnett kemudian meninggalkan Devon untuk bekerja sebagai kelasi di atas sebuah kapal layar mewah milik seorang bilionair Kanada, John Risley yang kini menjadi bapa mertuanya.
Barnett berkenalan dengan anak bilionair itu, Sarah ketika dia bekerja di atas kapal tersebut.
Pasangan itu berkahwin di rumah agam milik Risley di Kanada pada Jumaat lalu.
Majlis sederhana tersebut dihadiri oleh 150 tetamu.
Mereka kemudian belayar ke Eropah dengan penuh bergaya di atas sebuah kapal layar mewah, Northern Star yang bernilai AS$156 juta (RM488 juta).
Kapal itu singgah di Dartmouth untuk majlis resepsi yang mewah.
"Kami mengadakan majlis resepsi di atas kapal bagi membolehkan rakan-rakan saya menghadirinya," kata Barnett.
Dia dan isterinya, Sarah berbulan madu di atas kapal mewah enam tingkat yang disewa khas oleh bapa Sarah, John sebagai sebahagian daripada hadiah perkahwinan untuk mereka.
Barnett sebenarnya sudah lapan tahun bekerja dengan Risley, 62, pemilik sejumlah kapal penangkap ikan di Amerika Utara. - Agensi

4.6 juta mangsa banjir tiada tempat tinggal


ISLAMABAD - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam menganggarkan seramai 4.6 juta orang masih tiada tempat berlindung selepas banjir besar melanda Pakistan.
Angka itu adalah tiga kali ganda lebih tinggi berbanding anggaran bantuan PBB ketika badan dunia itu bersiap sedia untuk meningkatkan bantuan ke Pakistan.
PBB menyifatkan banjir yang menyebabkan krisis kemanusiaan terburuk di Pakistan itu sebagai antara bencana alam terbesar pernah melanda dunia.
Namun, ketika bantuan asing mula tiba, pengkritik-pengkritik mengecam komuniti antarabangsa kerana terlalu lambat bertindak.
Setakat ini, sekurang-kurangnya enam juta mangsa banjir bergantung kepada bantuan kemanusiaan untuk meneruskan kehidupan.
Mangsa-mangsa banjir memerlukan makanan, tempat tinggal dan air minuman bersih manakala kebimbangan turut meningkat berhubung tercetusnya wabak penyakit seperti taun, demam kepialu dan hepatitis.
"Dianggarkan 4.6 juta orang masih tiada tempat tinggal," kata jurucakap Pejabat PBB bagi Koordinasi dan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), Maurizio Giuliano, di Islamabad. - AFP

Bayi 10 bulan seberat 20kg



GAMBAR menunjukkan Lei Lei kelihatan ceria ketika didukung ibunya, Cheng Qingyu di Yiyang, China baru-baru ini.



BEIJING - Seorang bayi di China yang berusia 10 bulan memiliki berat sama seperti seorang kanak-kanak normal berusia enam tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Berat bayi yang bernama Lei Lei itu mencecah 20 kilogram (kg) dan dia turut digelarMichelin Baby yang merujuk kepada maskot pengeluar tayar terbesar dunia dari Jerman yang bertubuh besar.
Menurut ibu bayi itu, Cheng Qingyu, anaknya mempunyai berat badan normal ketika dilahirkan namun disebabkan selera makan yang tinggi berat badannya bertambah sejak dilahirkan.
Lei Lei ketika ini berada di sebuah hospital di wilayah Hunan selatan China, yang merupakan tempat dia menjalani pemeriksaan untuk mengenal pasti punca beratnya bertambah. - Agensi

Tikus gergasi ditemui di dalam rumah


SEEKOR tikus gergasi yang ditembak mati.


BRADFORD, England - Penduduk di kawasan kediaman Ravenscliffe di sini mengadu kepada pihak berkuasa Britain mengenai kemunculan spesies tikus bersaiz gergasi ditemui di dalam rumah mereka, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang penduduk, Brandon Goddard, 31, mendakwa, dia berjaya menembak mati seekor tikus itu yang sepanjang 76 sentimeter (sm).
Namun dia kemudian mendapati terdapat beberapa lagi ekor tikus yang masih bebas berkeliaran di kawasan kediaman mereka.
Jiran Goddard, Julie Briggs berkata, dia dan suaminya, Andrew Denton, 24, pernah mendengar bunyi tikus itu bergaduh di sebalik dinding rumah mereka sambil kejar-mengejar seperti perlumbaan kereta.
Masalah itu dilaporkan kepada seorang pakar di Persatuan Mamalia Britain, Laura Drake yang datang menyiasat ke kawasan kediaman tersebut.
Dia menganggap tikus itu mungkin coypu, sejenis rodensia dari Amerika Selatan dan sering dirujuk sebagai tikus gergasi.
Katanya, haiwan itu sudah pupus di Britain lebih 20 tahun lalu namun menegaskan adalah tidak mustahil keturunannya masih wujud manakala Presiden Kelab Tikus Yorkshire, Colin Arundel berkata, tikus tersebut mungkin gemuk kerana mendapat banyak sumber makanan. - Agensi

Kapal dipenuhi aktiviswanita ke Gaza



SAMAR al-Hajj (dalam bulatan) dikerumuni wartawan di Pelabuhan Tripoli, Lebanon semalam.


BEIRUT - Sebuah kapal yang dinaiki 50 aktivis wanita akan belayar ke Gaza, Palestin pada Ahad ini dari Cyprus untuk menghantar bantuan kemanusiaan.
Menurut penganjur misi itu, Samar al-Hajj, kapal itu dinaiki sejumlah wanita dari Lebanon dan warga asing termasuk seorang bintang pop.
Kapal itu akan cuba melanggar sekatan rejim Israel ke atas wilayah Palestin itu.
Rejim Zionis itu dikecam masyarakat antarabangsa selepas sekumpulan komando Israel menceroboh dan membunuh sembilan aktivis Turki yang dalam pelayaran membawa bantuan ke Gaza dengan kapal Mavi Marmara pada 31 Mei lalu. - AFP

3 Ayat yang mendorong doktor amerika memeluk Islam


http://www.youtube.com/watch#!v=Cuh2T-p2SH4&feature=related


Selama beberapa tahun berulang-alik  dari Hospital tetapi apabila pada suatu malam terpandang papan yang mengukir kalimah dibawah sehingga menarik hatinya memeluk Islam... Subhanallah.
1. Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa.
3. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan,
4. dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia."

3 Mata yang Allah SWT Cintai di Akhirat kelak



http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs499.snc3/27222_1339756266618_1612515666_836115_4310538_n.jpg
Sufyan bin Muhammad bin Ajlan menerangkan hadis yang menerangkan: "Tiap mata akan menangis pada hari kiamatkecuali tiga iaitu:
  • Mata yang pernah menangis kerana takut kepada Allah s.w.t.
  • Mata yang dipejamkan dari apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t.
  • Mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah

5 Perkara yang menyebabkan penyesalan di Akhirat kelak



http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs354.snc3/29301_125494890809736_100000476786814_241086_5379305_n.jpg
Maka siapa yang tidak memperhatikan lima macam ini dimasa hidup, dia akan menerima lima macam sesudah mati iaitu:
  • Menyesal terhadap apa yang dia tinggalkan kepada ahli  keluarganya  yang akan menjadi musuhnya.
  • Menyesal kerana menunda-nunda amal kebaikan sehingga sedikit amal kebaikannya.
  • Menyesal kerana melihat dosa-dosa yang amat banyak sehingga memohon  izin untuk kembali ke dunia untuk bertaubat tetapi Allah SWT  tidak  mengizinkan.
  • Menyesal kerana banyak yang menuntutnya dan tidak dibayar tuntutan itu kecuali dengan amal.
  • Allah s.w.t. murka kepadanya dan tidak ada jalan untuk memohon keredhaan Allah SWT  Yang Maha Esa.

5 Perkara yang wajib orang mukmin berfikir



http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs107.ash2/38692_144628075556485_115533561799270_324851_5880671_n.jpg
Maka selayaknya setiap orang memikirkan lima perkara  iaitu:
  • Memikirkan dosa-dosanya yang lalu, sebab dia telah melakukan dosa-dosa tersebut tetapi tidak mengetahui apakah dimaafkan Allah SWT ataupun tidak.
  • Dia telah melakukan  amal kebaikan tetapi belum mengetahui apakah Allah SWT telah  menerima amalan tersebut atau pun  tidak.
  • Dia telah mengetahui apa yang telah lalu dari masa hidupnya dan belum mengtahui bagaimana kesudahannya
  • Dia telah mengetahui bahawa Allah SWT telah menyediakan tempat untuknya maka dimanakan tempat yang  dia akan masuk
  • Dia tidak mengetahui apakah Allah SWT redha  kepadanya atau pun  murka padanya.

Misteri ratusan ikan muncul di tepi pantai



BEBERAPA orang menangkap sejumlah besar ikan dengan mudah di sebuah pantai di bandar Naic, barat daya Manila semalam.


MANILA, Filipina - Ratusan ikan yang masih lagi hidup dilaporkan timbul secara mendadak di perairan Naic di wilayah Cavite dekat sini sejak pagi kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.
Datuk Bandar Naic, Edwina Mendoza berkata, penduduk di empat buah kampung bergegas menangkap sejumlah ikan itu.
Bukan sahaja ikan tetapi hidupan laut lain seperti ketam, ikan pari dan udang turut boleh ditangkap dengan mudah.
Seorang pakar pertanian tempatan menyalahkan perubahan cuaca sebagai penyebab kejadian itu.
Menurutnya, fenomena itu berlaku disebabkan faktor perubahan iklim apabila suhu di laut meningkat.
Peningkatan suhu itu menyebabkan ikan terpaksa berenang mendekati permukaan laut bagi mendapatkan oksigen.
Fenomena itu merupakan kali kedua dilaporkan pernah berlaku di perairan Cavite. - Agensi

Enau merimbun, maksiat menjadi-jadi


- SRI DIAH

Firman Allah SWT dalam surah An-nisa’ ayat 93: 

“Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.” 

Lumrahnya, sepanjang Ramadan yang penuh berkat ini, ramai orang yang sedang berlumba-lumba merebut pahala. Sebelah pagi jika ada waktu luang, solat dhuha dilakukan dan malamnya pula berqiam sampai ke pagi. Lena sekejap dan terus melakukan solat Subuh pula. 

Namun dalam masa yang sama semakin ramai yang berbuat kemungkaran sehingga tergamak melakukan dosa dan sampai kepada kategori membunuh. Insan yang lemah tidak bermaya dicampak ke tong sampah. Dibuang ke longkang. Di humban ke dalam sungai dan juga mangkuk tandas. 

Hakikatnya cinta itu suci. Siapa yang mengotorinya? Cinta itu agung, tapi siapa yang menjerumuskan cinta ke lembah hina? Cinta itu penawar tapi cinta itu juga racun. Melainkan cinta kita kepada Ya Rahman, Ya Rahim yang mencipta sekalian alam. 

Penyakit ini berpunca daripada pengaruh sosial yang tidak terbendung, cetek ilmu agama dan menafikan ajaran Islam. Sejak awal kehidupan remaja lagi, mereka sudah disogokkan dengan kisah-kisah cinta, kisah-kisah glamor dunia artis tempatan dan barat, kisah-kisah dalam drama, kisah-kisah remaja yang bertentangan dengan adat dan syariat Islam. 

Kemudian mereka mempraktikkan apa dibaca, apa ditonton dan apa yang didengar. Setelah terjebak dengan hubungan terlarang, ia menjadi nikmat pula dan sukar untuk keluar dari kancah dosa... lalu terjadi janin terlarang. Mahu mengadu kepada siapa? Siapa mahu bertanggungjawab? Memang, untuk mudah, campak sahaja. 

Sedih, pilu, ngeri, tak berperikemanusiaan dan banyak lagi perkataan seumpama bagi menggambarkan tentang kes pembuangan bayi sekarang yang bagaikan satu fenomena di negara kita. Statistik kes ini menunjukkan peningkatan yang ketara dari tahun ke tahun dan bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan bagi Malaysia sebagai sebuah negara Islam. 

Kehidupan generasi muda masa kini yang kebanyakannya bertunjangkan keseronokan duniawi telah mengheret mereka ke kancah pergaulan bebas tanpa mengira batas-batas agama. Akibat terlalu ghairah mengejar kenikmatan dunia, ada di kalangan masyarakat yang alpa sehingga terjebak dengan perbuatan zina sehingga mengandungkan anak luar nikah. 

Bukan masyarakat tidak proaktif membantu kerajaan menangani isu pembuangan bayi. Bukan masyarakat tutup mata dan tutup telinga. Walau ada aduan terus ke Talian Nur (15999) namun sekiranya kes semakin melambak-lambak hingga tidak tertanggung, siapa pun sukar hendak membantu. 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, Talian Nur 15999 yang beroperasi selama 24 jam sehari itu boleh diakses oleh semua pelanggan untuk membuat aduan. 

Katanya, talian tersebut merupakan talian setempat yang diwujudkan sebagai pusat maklumat serta aduan untuk segala krisis masyarakat dan ia boleh dihubungi melalui talian tetap, telefon bimbit dan telefon awam. 

Oleh kerana kerja memerangi kemungkaran, maksiat, khalwat, bersekedudukan, zina dan sumbang mahram ini memerlukan satu operasi bersepadu, maka wajarlah pihak lain juga mewujudkan talian masing-masing. 

Ini kerana Talian Nur hanya untuk pusat maklumat, pertanyaan, menyalurkan sebarang aduan yang membabitkan isu-isu atau kes-kes sosial di sekeliling mereka. Mereka tidak boleh bertindak lebih daripada itu. 

Pihak Jabatan Agama Islam dan Polis Diraja Malaysia juga masing-masing mempunyai ruang tugas yang terhad dan tidak boleh melangkaui bidang tugas pihak lain. Maka eloklah mereka bekerjasama menjadi satu kuasa yang lebih kuat dan mantap. 

Tidak dinafikan langkah penguatkuasaan yang lemah oleh pihak bertanggungjawab membuka peluang yang lebih kepada remaja yang hidup tanpa pegangan dan hala tuju yang jelas. 

Statistik menunjukkan bilangan besar individu yang terbabit dengan kes pembuangan bayi dikesan berusia antara 18 hingga 25 tahun mengikut statistik bermula 2004 hingga 2009 yang dikeluarkan oleh pihak PDRM. 

Sebenarnya anggota masyarakat dan jiran juga turut dipersalahkan kerana gemar mengambil sikap ‘seperti enau di dalam belukar’. Ini menyebabkan kes pembuangan bayi sukar dibanteras. 

Ironinya kita tertanya-tanya... kenapa setiap kali timbulnya kes-kes seperti buang bayi, seks bebas dan yang sewaktu denganya, pasti remaja dipersalahkan? Kenapa tidak disalahkan ibu bapa yang alpa, yang leka dengan kerjaya hingga kurang memberi didikan agama dan perhatian kepada anak-anak?

Mereka lalai daripada sembahyang



الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ
(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
Surah Al-Maa'uun, Ayat 5