Pages

Sunday, October 28, 2012

Subhanallah...Bayi yg lahir tanpa hidung dan bermata satu di Afrika..

Gempa bumi di Kanada, Hawaii dilanda tsunami

HONOLULU - Gempa bumi pada magnitud 7.7 di kawasan Kanada menyebabkan tsunami di Hawaii tetapi belum ada maklumat berkenaan dengan kemusnahan.

Gelombang pertama tsunami, setinggi hampir satu meter (2.5 kaki) melanda Hawaii pada jam 10.30 malam waktu tempatan (4.30 petang waktu Malaysia).

Beberapa maklumat menyebut di sesetengah kawasan ketinggian tsunami mencecah dua meter. Bagaimanapun ia belum disahkan.

Gempa bumi dilaporkan berlaku di kawasan sedalam 18 kilometer di bandar perlombongan Prince Rupert, 200 ke barat daya Kanada.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, tsunami pertama berukuran satu meter tinggi dan tidak sekuat disangkakan.

Ramalan awal menjangkakan ia akan mencecah setinggi dua meter atau enam kaki.

“Tsunami datang sebagaimana dijangkakan. Saya sebenarnya menjangkakan tsunami lebih buruk,” kata Gerard Fryer dari pusat itu.

Sembahyang Raya Aidil Adha di China....Subhanallah

Bersarapan di Al Quds - Jerusalem


Hanya pahala yang dikira

Gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 gegar British Columbia

VANCOUVER: Gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 menggegarkan pesisir pantai pasifik di wilayah British Columbia lewat hari ini sehingga mencetuskan kejadian tsunami kecil, demikian menurut pihak berkuasa negara itu.

Jabatan Kaji selidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa terbabit dicatatkan pada pusat gempa 198 kilometer (km) selatan-barat daya Prince Rupert dengan kedalaman 10 km. - Reuters

Telur ayam sebesar guli

Telur ayam sebesar guliZaiton Mat Amin, 62, berkata, dia yang berasal dari Terengganu gemar membela haiwan ternakan sejak muda lagi, malah aktiviti tersebut telah dijadikan hobinya untuk mengisi masa lapang.

Menurutnya, kira-kira tiga tahun lalu, perkara aneh telah berlaku apabila ayam yang dibelanya mengeluarkan telur lebih kecil berbanding saiz telur ayam biasa.

“Kebanyakan telur tersebut bersaiz telur puyuh dan yang paling kecil adalah sebesar guli. Ada orang cakap,  ayam jantan sahaja yang akan mengeluarkan telur kecil, namun berbeza pula dengan ayam saya kerana yang bertelur itu ayam betina, ibu ayam.

“Malah, kesemua orang yang datang melihat telur ini berasa pelik kerana saiznya yang begitu berbeza. Tetapi, bagi saya dan keluarga ia sudah menjadi kebiasaan kerana boleh dikatakan setiap bulan pasti ayam saya akan mengeluarkan telur dalam saiz tersebut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ibu kepada lima anak itu berkata, dia juga memiliki lebih daripada seekor ayam yang boleh mengeluarkan telur bersaiz kecil itu dan kesemuanya disimpan di dalam reban bersebelahan kediamannya.

Menurutnya, tidak seperti telur ayam biasa, telur tersebut mempunyai perbezaannya di mana ia lebih hanyir manakala isinya bewarna putih dan tidak mempunyai kuning telur.

Zaiton berkata, bagi dirinya, telur tersebut dimakan begitu sahaja kerana yakin ia boleh menyembuhkan penyakit.

“Untuk sebiji telur ini saya menjualnya dengan harga RM3. Malah, kebanyakan mereka yang mencari telur ini adalah untuk tujuan berubat.

“Tambahan pula, ia tidak membusuk, sebaliknya jika disimpan dalam tempoh yang lebih lama, isinya akan mengering dan ia menjadi ringan. Tidak seperti telur lain apabila disimpan lama ia akan rosak,” katanya.

Mahu suami lengkap kuota

SOLAT... (dari kiri) Roslina,  Sulizah dan Wan Akmal (duduk tengah) dan bersama adik angkatnya, Zunaidah (kiri) bersalaman selepas berjemaah.
SOLAT... (dari kiri) Roslina, Sulizah dan Wan Akmal (duduk tengah) dan bersama adik angkatnya, Zunaidah (kiri) bersalaman selepas berjemaah.
 KUALA TERENGGANU: Terbiasa berkongsi kasih berempat, pemergian madu tua ke rahmatullah tahun lalu membuatkan tiga isteri seorang ahli perniagaan sanggup membuka jalan kepada suami mereka untuk menerima seorang lagi wanita bagi melengkapkan kuota poligami.
Mendedahkan rahsia itu, ketiga-tiga madu terbabit memberitahu, mereka sudah meluahkan rasa hati kepada suami, Ariffin Mohamad, 66, dengan mencalonkan adik angkat mereka, Zunaidah Chua Abdullah, 37, yang kini tinggal bersama untuk mendalami agama, sebagai isteri keempat.

“Bagaimanapun, abang Ariff tidak menunjukkan minat, mungkin kerana dia masih terkenangkan arwah kakak (isteri pertama) tapi memberitahu, biar jodoh dan takdir menentukan cadangan kami.

BESAR... rumah keluarga Ariffin Mohamad di Lorong Surau Haji Yaacob Kampung, Tebuk Bukit Tunggal, Kuala Terengganu.
BESAR... rumah keluarga Ariffin Mohamad
di Lorong Surau Haji Yaacob Kampung,
Tebuk Bukit Tunggal, Kuala Terengganu.
“Dia beritahu, kalau sudah jodoh, dia akan berkahwin dengan siapa saja, asalkan kami semua dapat menerimanya. Namun, setakat ini abang Arif belum menunjukkan minat, mungkin kerana masih terkenangkan arwah kakak,” kata isteri ketiga, Sulizah Salleh, 54, sambil disokong isteri kedua, Roslina Soh Abdullah, 56, dan isteri keempat, Wan Akmal Wan Abdul Rahman, 54, ketika ditemui Metro Ahad di rumah mereka di Kampung Tebauk, di sini.

Meskipun madu pertama Fatimah Abdullah, 61, meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang, ikatan kasih sayang yang kukuh ketika hayatnya menyebabkan ketiga-tiga isteri ahli perniagaan itu tidak pernah berasa kehilangan wanita berkenaan.

“Walaupun kami kini tinggal bertiga, pada kami, kakak (panggilan kepada arwah madu pertama) masih bersama dan kami tidak pernah merasai kehilangannya,” kata Sulizah.


Menurutnya, hubungan akrab antara dia dan dua madunya dengan arwah ketika hayatnya menyebabkan sehingga kini mereka masih merasai arwah ada bersama walaupun hampir setahun meninggal dunia.

“Ketika hayatnya, arwah kakak yang baik dan penyayang dan banyak membantu kami menyesuaikan diri dengan kehidupan bermadu.

“Tunjuk ajar yang arwah kakak beri menyebabkan kami tidak pernah berasa hidup bermadu. Hubungan kami seperti adik-beradik dan kami menghormatinya sebagai kakak sulung,” katanya.

Sebagai isteri keempat, Wan Akmal menghormati tiga madunya (kini dua) sebagai kakak sendiri dan tidak pernah beranggapan mereka berempat berkongsi suami.

Malah, dia mengakui sikap suami yang tegas, bertanggungjawab dan jujur dalam segala permasalahan menyebabkan semua isteri tidak pernah berasa hati sesama mereka.

“Hubungan kasih sayang dan keakraban ini bukan hanya pada kami, tapi turut berlaku kepada 17 anak dan menantu kami yang tidak pernah membezakan antara kami apabila menganggap kami sebagai ibu kandung mereka.

“Abang Arif tidak pernah membawa masalah kerjanya ke rumah tapi kalau kami melihat dia resah atau termenung, tiada siapa yang akan ‘menerkamnya’, sebaliknya hanya menunggu dia menegur dan membelai kami berempat... biasanya dia tidak akan lama termenung sendirian,” katanya.

Walaupun menyedari kemewahan dan kesenangan itu penting dalam kehidupan, semua isterinya beranggapan senjata utama kebahagiaan keluarga mereka ialah hubungan kasih sayang.

“Kami memiliki kasih sayang yang sama, termasuk dengan anak. Itulah rahsia yang membolehkan kami hidup bahagia selain peranan insan istimewa iaitu suami yang bertanggungjawab, tegas dan jujur, selain sifatnya yang periang serta sering membuatkan kami terhibur.

“Secara jujur, kami berasa sepi dan terasa kehilangannya jika suami tiada di rumah walaupun untuk satu hari kerana urusan kerja,” katanya.

Roslina mengakui sejak menjadi isteri Ariffin 39 tahun lalu, kehidupannya penuh bermakna dan tidak menduga hidup bermadu tidak menimbulkan masalah buatnya dan tidak pernah menyesal bertukar agama.

“Arwah kakak banyak mengajar dan mendidik saya mengenai Islam, termasuk cara berpakaian dan pergaulan. Kini hidup saya tenang bersama dua ‘adik’ di bawah satu bumbung,” katanya.

Bukan saja bahagia memiliki keluarga besar yang hidup dalam suasana penuh harmoni, tiga madu berkenaan turut berasa bangga apabila memiliki anak bijak yang berjaya dalam pelajaran.

Kecemerlangan dalam pendidikan terbukti apabila sembilan daripada 17 anak Ariffin berjaya ke menara gading. Empat daripada mereka kini bekerja, manakala lima lagi mengikuti pengajian di tiga pusat pengajian tinggi dalam negara.

“Syukur, Allah menganugerahkan mereka otak yang cergas. Kami tidak pernah mengatur sistem pembelajaran anak seperti menghantar mereka ke kelas tambahan atau menggaji guru khas di rumah.

“Disiplin tinggi selain patuh dengan peraturan ditentukan bapa mereka menyebabkan anak tahu apa sepatutnya dilakukan, termasuk belajar dan mengulang kaji pelajaran.

“Selain itu, kami membekalkan anak dengan air penerang hati dan surah Yasin yang menjadi amalan kami sekeluarga setiap hari. Alhamdulillah, sehingga kini Allah memakbulkan doa kami,” kata Roslina.

Ketika ditanya sejak bila suami mereka mula menjadi pelupa dan kerap tersalah memanggil nama isterinya, mereka menjelaskan, perkara itu berlaku kira-kira setahun lalu, iaitu sejak pemergian arwah madu pertama.

Bagaimanapun, Ariffin masih sihat dan tegap serta tidak kelihatan seperti lelaki berusia 66 tahun, mungkin dipengaruhi faktor pemakanan.

Selain tidak menyentuh minuman sejuk, dia tidak akan makan makanan berminyak atau berlemak. Bukannya cerewet, Ariffin akan makan apa saja yang dimasak, asalkan ia tidak menggunakan minyak atau santan yang banyak. Dia juga jarang menjamu selera di luar, kecuali jika diajak atau sekadar menjaga hati kawan.

Zeenat wanita paling kerdil

Zeenat Bi bergambar bersama dua anak perempuan penjaganya di kediamannya di Bhopal, India.

NEW DELHI 27 Okt. - Seorang wanita India berusia 113 tahun mendakwa dia merupakan wanita kerdil paling tua di dunia.
Zeenat Bi yang tinggal di Bhopal, menerima wang persaraan daripada kerajaan yang merekodkan umurnya kini 101 tahun.
Bagaimanapun, wanita tersebut mendakwa umur sebenarnya adalah 12 tahun lebih tua daripada yang direkodkan.
Menurut Guinness World Records, Lowell Deforest Mason, 74, merupakan pemegang terkini rekod tersebut.
Zeenat yang setinggi 914 sentimeter atau tiga kaki berkata, dia masih ingat kehidupannya ketika India masih di bawah pemerintahan Britain dan apabila Putera India, Putera Nawab masih berpengaruh di negara ini.
Jika umur sebenarnya adalah 113 tahun maka Zeenat dilahirkan ketika pemerintahan Ratu Victoria yang dikenali sebagai Maharani India.
Wanita itu berkata, dia melihat negara ini membangun ketika dia membesar.
''Saya masih ingat ketika pemerintahan Britain, bandar ini masih sebuah hutan.
''Saya juga masih ingat apabila orang Britain pertama kali memperkenalkan roti buatan mereka. Roti itu sangat sedap.'' katanya.
Zeenat melahirkan dua hasrat yang ingin dicapainya sebelum dia meninggal dunia iaitu bertemu pelakon Bollywood, Salman Khan dan menunaikan haji. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121028/lu_06/Zeenat-wanita-paling-kerdil#ixzz2AY7nhuJx
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Saintis cipta sarung tangan pintar



CIPTAAN Gountlet Keyboard membolehkan pengguna menggunakan ibu jari untuk menaip mesej tanpa perlu menaip pada papan kekunci atau skrin sentuh yang terdapat pada telefon pintar. - AFP
HUNTSVILLE, Alabama 27 Okt. - Sekumpulan saintis sebuah universiti di sini mencipta sejenis sarung tangan yang membolehkan pengguna telefon pintar menaip mesej dengan menekan huruf yang terdapat pada sarung tangan tersebut.
Ciptaan itu, Gountlet Keyboard yang dihasilkan oleh empat jurutera komputer Universiti Alabama, diilhamkan daripada filem Minority Report lakonan Tom Cruise yang disiarkan pada 2002.
Seorang daripada pereka cipta tersebut, Jiake Liu berkata, dengan sarung tangan itu, pengguna boleh menggunakan ibu jari mereka untuk menyentuh huruf yang terdapat pada jari dan tapak tangan mereka tanpa perlu menggunakan papan kekunci atau skrin sentuh pada alatan elektronik mereka.
Katanya, fungsi space dan enter turut dimasukkan dalam sarung tangan terbabit yang dihubungkan melalui Bluetooth.
"Gauntlet Keyboard boleh berfungsi dengan komputer, telefon pintar, alat kawalan permainan video, alat muzik dan peralatan tentera.
"Ciptaan ini juga boleh digunakan sebagai papan kekunci kepada penguna yang cacat sebelah tangan atau kekurangan jari," katanya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121028/lu_08/Saintis-cipta-sarung-tangan-pintar#ixzz2AY5i53Se
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Richman penderma susu badan terbanyak

Alicia Richman menjadi wanita pertama menderma 86 gelen susu
badan kepada The Mothers' Milk Bank of North Texas.
TEXAS 27 Okt. - Seorang wanita yang tinggal di North Texas diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai penderma susu badan terbanyak bagi membantu kanak-kanak malang.
Alicia Richman, 28 dari Granbury, menderma 86 gelen atau 325.3 liter susu badan di antara Jun 2011 dan Mac lalu kepada badan kebajikan The Mothers' Milk Bank of North Texas. Badan kebajikan tersebut membekalkan susu ibu kepada unit rawatan rapi neonatal. Jumlah tersebut dianggap terlalu besar kerana seorang bayi yang baru lahir hanya minum susu kira-kira 88 mililiter sehari. Richman berkata, dia mengumpul susu badannya di mana-mana sahaja termasuk ketika bekerja dan bercuti. ''Saya tidak pernah membeli formula untuk meningkatkan pengeluaran susu badan,'' katanya. Richman mula menderma susu badan selepas melahirkan anak lelakinya yang kini berumur 19 bulan selepas mendapati dia mengumpul susu melebihi keperluan anaknya. ''Saya mengumpul susu yang boleh memenuhi dua peti sejuk, ia melebihi apa yang anak saya perlukan,'' katanya. Kemudian wanita tersebut memutuskan untuk membantu anak pra-matang dan bayi yang tidak sihat yang memerlukan susu badan berbanding susu formula. ''Saya merasakan Tuhan merahmati saya dengan pengeluaran susu badan yang banyak dan saya perlu membantu bayi yang sakit untuk mereka terus hidup,'' katanya. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121028/lu_07/Richman-penderma-susu-badan-terbanyak#ixzz2AY4vmCge
© Utusan Melayu (M) Bhd 

146 maut pertempuran hari pertama

Beberapa anggota Tentera Pembebasan Syria (FSA) melihat beberapa mayat anggota tentera kerajaan di bandar Haram, wilayah Idlib, kelmarin. - REUTERS
BEIRUT 27 Okt. - Gencatan senjata yang diumumkan di Syria sempena menghormati Aidiladha, tidak mampu dipertahankan apabila 146 orang maut dalam pertempuran pada hari pertama perayaan itu semalam.
Mereka yang terkorban ialah 53 orang awam, 50 anggota pemberontak dan 43 askar tentera Syria dalam pertempuran antara pemberontak dan tentera kerajaan.
Pemantau Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain berkata, jumlah kematian tersebut dijangka meningkat ekoran pertempuran baru masih berlaku pada hari ini.
Sebelum ini, kerajaan Syria dan kebanyakan komander pemberontak bersetuju untuk melakukan gencatan senjata yang dianjurkan utusan khas Liga Arab-Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Lakhdar Brahimi sempena sambutan Aidiladha.
Bagaimanapun, ketenangan gencatan senjata itu hanya dicapai selama beberapa jam sebelum pertempuran mula meletus.
Pertempuran terbaru hari ini berlaku di Damsyik, Aleppo dan Daraa selain Deir Ezzor yang menyaksikan empat orang termasuk seorang kanak-kanak maut.
Pemantau Hak Asasi Manusia Syria berkata, tentera Syria melancarkan serangan dengan menyasarkan beberapa kawasan di Damsyik di mana seorang mati ditembak oleh penembak tepat dan seorang lagi maut dalam serangan bom.
''Sejumlah orang turut cedera dalam serangan tentera di beberapa kawasan di Aleppo,'' kata badan pemantau tersebut.
Badan pemantau itu berkata, lebih 35,000 orang maut dalam konflik yang bermula sejak 19 bulan lalu.
Pemantau Hak Asasi Manusia Syria bergantung kepada jaringan aktivis dan anggota pasukan perubatan di hospital awam dan hospital tentera untuk mendapatkan maklumat mengenai kejadian yang berlaku di sana. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121028/lu_02/146-maut-pertempuran-hari-pertama#ixzz2AXaNYAOm
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Perkampungan Rohingya musnah di Kyaukpyu

Asap tebal di sebuah perkampungan Rohingya yang terbabit dalam
konflik agama dan etnik di Kyaukpyu berhampiran Sittwe, baru-baru ini. - AGENSI
SITTWE, Myanmar 27 Okt. - Kumpulan hak asasi manusia, Human Rights Watch (HRW) hari ini melahirkan kebimbangan ke atas keselamatan beribu-ribu penduduk Islam di Rakhine selepas beberapa imej satelit menunjukkan satu perkampungan di kawasan perairan di barat Myanmar musnah dalam keganasan sejak seminggu lalu.
Imej yang dikeluarkan HRW itu menunjukkan kemusnahan teruk di perkampungan Kyaukpyu yang penduduk utamanya adalah puak Rohingya beragama Islam, merupakan antara beberapa kawasan di mana berlakunya konflik agama dan etnik.
''Lebih 811 buah bangunan dan rumah bot di Kyaukpyu musnah dalam kebakaran pada 24 Oktober lalu, menyebabkan kebanyakan penduduk Rohingya melarikan diri ke utara iaitu ke Sittwe.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121028/lu_01/Perkampungan-Rohingya-musnah-di-Kyaukpyu#ixzz2AXaBlyQ3
© Utusan Melayu (M) Bhd 

18 maut di hari kedua Aidiladha

BAGHDAD 27 Okt. - Sekurang-kurangnya 18 orang maut dalam serangan yang menyasarkan puak Syiah dan puak Kurdis dalam dua serangan berbeza ketika umat Islam menyambut hari kedua perayaan Aidiladha hari ini.
Seorang pegawai keselamatan dan perubatan berkata, letupan bom yang dipasang di sebuah bas mini membawa jemaah Syiah di bandar Taji menyebabkan lima orang terbunuh.
Doktor memberi amaran angka kematian mungkin meningkat dan seorang kapten polis di Taji berkata, kira-kira lapan orang terbunuh dalam serangan yang berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia).
Di Mosul, 350 kilometer dari utara Baghdad, tiga serangan menyasarkan komuniti Shabak, menyaksikan lima orang maut dan sembilan orang lain cedera, kata pegawai keselamatan.
Dalam serangan berasingan, lelaki bersenjata menyerbu sebuah rumah milik keluarga Shabak dan membunuh lapan orang dan mencederakan empat orang yang lain. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121028/lu_03/18-maut-di-hari-kedua-Aidiladha#ixzz2AXZy3Ofs
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Armstrong diminta bayar semula RM21.2j

FOTO Yang dirakam pada Julai 2007 ini menunjukkan
 Lance Amstrong berada di atas podium selepas
memenangi perlumbaan Tour de France.
AUSTIN, Texas – Sebuah syarikat yang telah membayar pelumba sensasi Amerika Syarikat (AS), Lance Armstrong lebih AS$7 juta (RM21.2 juta) sebagai bonus memenangi perlumbaan Tour de France meminta supaya wang tersebut dipulangkan.
Jurucakap SCA Promotions menyatakan pihaknya akan menghantar surat tuntutan kepada Armstrong memandangkan gelaran memenangi tujuh perlumbaan Tour de France telah ditarik balik.
SCA Promotions membayar Armstrong sebanyak RM21.2 juta kerana memenangi kejuaraan itu untuk kali keenam pada tahun 2004. Secara keseluruhannya, SCA Promotions dikatakan telah membayar Armstrong sebanyak AS$12 juta (RM36.4 juta).
Agensi Anti-Doping AS baru-baru ini melaporkan terdapat bukti jelas bahawa Armstrong menggunakan dadah untuk meningkatkan prestasi sewaktu menyertai perlumbaan Tour de France.
Kesatuan Lumba Basikal Antarabangsa pada Isnin lalu telah mengharamkan Armstrong daripada menyertai sukan lumba basikal seumur hidup dan menarik semula semua tujuh gelaran Tour de France yang dimenanginya.
Peguam Armstrong, Tim Herman bagaimanapun menegaskan anak guamnya tidak akan memulangkan wang tersebut. Ini kerana tidak terdapat klausa dalam perjanjian bahawa beliau perlu berbuat demikian. – Agensi

Kanak-kanak disangka mati ditemui selamat

NICOSIA, Cyprus – Tiada siapa yang tahu berapa lama seorang kanak-kanak lelaki, Bushr Al-Tawashi, 2, berada di dalam rumahnya yang telah musnah di ibu negara Syria sebelum tentera pemberontak menemui dan menyerahkan Bushr kepada ibu bapanya yang percaya bahawa anak mereka sudah mati.
Ketika berusaha melarikan diri apabila pertempuran antara tentera kerajaan dan pemberontak tercetus di Al-Kaboun, pinggir Damsyik, ibu bapa Bushr, Arin Al-Dakkar dan Machhour Al-Tawashi menyangka anak mereka telah diambil oleh ahli keluarga yang lain.
“Apabila tiba di sebuah kem pelarian, mereka mula menyedari kehilangan Bushr. Malangnya, pertempuran sengit menghalang mereka untuk kembali ke Damsyik,” kata seorang peguam dari Cyprus, Stella Constantinou.
Yakin bahawa anaknya sudah tiada, Al-Tawashi, isteri dan dua orang anaknya tiba di Cyprus pada 6 Ogos lalu untuk mendapatkan suaka. Mereka kini tinggal di bandar Limassol, Cyprus.
Setelah mendengar berita Bushr masih hidup, keluarga itu meminta bantuan Constantinou. Kementerian Luar Cyprus membantu mempercepatkan proses menyatukan semula kanak-kanak itu dengan keluarganya.
“Saya tidak dapat menjelaskan bagaimana perasaan saya apabila melihat Bushr. Pada mulanya dia tidak mengenali saya, tetapi setelah kami mujuknya, dia mula memanggil ‘ayah, ayah,” kata Al-Tawashi. – Agensi