Pages

Friday, June 29, 2012

Agenda Yahudi pesong akidah



ISU kristianisasi, liberalisme dan pluralisme semuanya ada hubung kait antara satu sama lain. Allah SWT menyatakan di dalam al-Quran, maksudnya: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan reda kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.” (surah Al-Baqarah, 2: 120)
Yahudi dan Nasrani akan menggunakan apa jua peluang untuk memastikan umat Islam meninggalkan agama sedikit demi sedikit. Benar di dalam hadis sabda Nabi s.a.w, maksudnya: “Sesungguhnya kalian akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sehingga jika orang-orang yang kalian ikuti itu masuk ke lubang dhob, pasti kalian pun akan mengikutinya.” Kami (sahabat) berkata, “Wahai Rasulullah, Apakah yang diikuti itu adalah Yahudi dan Nasrani?” Baginda menjawab, “Lantas (kalau bukan mereka) siapa lagi?” (riwayat Muslim no. 2669, dari Abu Sa’id Al Khudri) Dalam hadis yang lain sabda Nabi: “Umat hari ini akan mengikuti Yahudi sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sehingga sekiranya ada dalam kalangan mereka (Yahudi) mendatangi ibu mereka (berzina) secara terbuka, akan ada di kalangan umatku orang yang berbuat begitu juga.” (riwayat At-Tirmidzi) Nabi mengkhabarkan kepada kita akan ada dalam kalangan umat Islam yang mengikut apa jua perbuatan Yahudi. Yahudi tidak datang kepada kita membawa agama mereka kerana ia bukanlah agama yang boleh disebarkan. Agama Yahudi bersifat agama bangsa, hanya manusia berbangsa Israel saja yang boleh beragama Yahudi. Orang Melayu seperti kita tidak boleh menjadi Yahudi. Kerja Yahudi hanyalah ingin menghancurkan manusia selain bangsa mereka. Melihat sejarah Yahudi, mereka memerangi dan membunuh Nabi mereka seperti dilakukan terhadap Nabi Musa, Isa, Idris, Sulaiman. Kerja Yahudi adalah memusnahkan. Agenda jahat Yahudi Berbeza dengan Yahudi, Nasrani atau Kristian adalah agama yang disebarkan. Penganutnya mengajak orang ramai menerima ajaran agama mereka dan bersama dengan mereka. Umat Islam berhadapan dengan dua pihak yang memiliki agenda masing-masing. Agenda Yahudi ialah tetap mahu berkuasa kerana mereka berbangga dengan keturunan dan kekuatan kerajaan Sulaiman, Idris, Musa, Dawud, iaitu keturunan nabi yang sangat hebat dan sama keturunan dengan mereka. Mereka hendak menjadi ketua dan yang mengikut petunjuk dan telunjuk adalah Kristian. Yahudi hendak merosak manusia dengan cara menyebarkan ideologi seperti liberal dan plural.

Penganut Kristian yang benar-benar berpegang dengan Kristian ortodoks yakni berpegang dengan agama konservatif dan berpegang dengan kitab mereka Injil (walaupun sudah diubah suai), Yahudi tidak menerima pemikiran ini. Tetapi ini adalah agenda Yahudi untuk merosakkan manusia melalui kebebasan berfikir. Mereka menyeru manusia menggunakan akal semata-mata, membuat manusia meninggalkan wahyu al-Quran dan sunah. Itulah usaha mereka dalam proses liberalisasi di mana mengasingkan dunia dengan agama, juga mengasingkan iman dengan amal. Mereka menanam dalam pemikiran manusia bahawa amalan baik atau jahat tidak memberi kesan kepada naik dan turunnya iman.
Asal liberal ialah Murji-ah Ideologi liberal sudah lama muncul dalam Islam melalui satu kelompok yang bernama Murji-ah. Murji-ah adalah golongan Islam yang sudah menjadi liberal iaitu mengasingkan antara iman dan amal. Mereka percaya bahawa orang yang melakukan perbuatan buruk tidak salah asalkan niat dan hati baik. Maka muncullah golongan yang tidak beramal dengan agama tetapi apabila dikritik mereka akan menjawab, “niat kami baik walaupun zahir kami teruk”. Ini jawapan salah, inilah jawapan orang memiliki di dalam jiwa dan mindanya ideologi liberal.

Sudah semestinya ia ada hubung kait dengan kristianisasi. Cara pertama untuk memasukkan ideologi Kristian adalah dengan menanam doktrin liberal dalam pemikiran manusia. Selepas ideologi ini diterima, mereka menyebarkan pula doktrin pluralisme (menganggap semua agama adalah sama iaitu mengajak kepada kebaikan). Selepas doktrin liberal dan plural ini diterima, manusia akan meninggalkan wahyu dan hanya menggunakan akal untuk menilai kebaikan dan keburukan.

Agama Kristian memfokuskan pada kasih sayang dan tolong-menolong. Di dalam Islam ada disiplin dan ketegasan. Kelihatan seolah-olah Kristian agama yang lembut, baik dan membantu manusia, juga agama yang mudah. Oleh kerana pemikiran manusia sudah diresapi ideologi liberal dan plural menyebabkan mereka mudah menerima dan mengiktiraf Kristian sebagai salah satu agama. Pluralisme iktiraf selain Islam Permulaan dengan mengiktiraf Kristian sebagai satu agama yang sah sesungguhnya boleh membawa kepada kekufuran. Kita tidak boleh mengiktiraf agama lain kerana satu-satunya agama yang diiktiraf oleh Allah adalah Islam. Bagaimanapun kita harus membenarkan penganut agama lain beramal dengan agama mereka secara aman di negara ini, dan kita beramal dengan agama kita. Kita hidup dalam keadaan yang harmoni. Ada orang beragama lain, mereka beragama dengan agama mereka dan kita beragama dengan agama kita. Tetapi mereka tidak mengiktiraf agama kita sebab sekiranya mereka mengiktiraf nescaya mereka masuk agama kita, dan jika kita mengiktiraf agama mereka kita masuk agama mereka. Masing-masing dengan pegangan akidah masing-masing, hidup dalam keadaan harmoni dan hormat menghormati pegangan masing-masing. Firman Allah SWT bermaksud: “Katakanlah: ‘Hai orang-orang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmu agamamu, dan untukku agamaku.’” (surah Al-Kafirun 109: 1-6) Ideologi plural dan liberal akan membawa kepada pengiktirafan agama lain dengan slogan “semua agama mahukan kebenaran tetapi dengan cara yang berbeza.” Lihatlah betapa bahayanya ideologi ini. Jadi kesimpulannya, semua ideologi ini adalah usaha untuk merosakkan umat Islam daripada dalam.
Penulis berkelulusan Sarjana Usuluddin Hadis, Universiti Yarmouk, Jordan

myMetro | Agenda Yahudi pesong akidah:

Tanggung derita akibat ketumbuhan di muka




HEE THYE THAI (kanan) menunjukkan muka Leong Chee Ming yang bengkak di Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.Itulah peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan kesedihan seorang ibu, Hee Thye Tai, 66, yang hanya mampu melihat penderitaan anaknya, Leong Chee Ming yang mengalami masalah ketumbuhan pada muka.
Kecacatan di muka Chee Ming itu adalah akibat penyakit Port Wine Stain atau kecacatan salur darah yang dihidapinya sejak lahir lagi.
Biarpun sudah berusia 42 tahun, Chee Ming tidak seperti orang dewasa lain.
Dia tidak pernah mempunyai pengalaman manis sewaktu zaman persekolahan bahkan tidak mempunyai kawan sepermainan disebabkan ketumbuhan pada mukanya menakutkan orang lain.
Menurut Thye Tai, muka anaknya itu pada mulanya hanya bengkak sedikit ketika kanak-kanak tetapi ia semakin membesar mengikut peningkatan usia anaknya.
Katanya, anaknya pernah menjalani pembedahan membuang satu ketumbuhan pada dahi semasa berumur 16 tahun.

Krisis bekalan air Tebing Barat semakin buruk

Krisis bekalan air Tebing Barat semakin buruk
Penduduk di Tebing Barat mengalami krisis bekalan air akibat sekatan haram Israel.
BANDAR GAZA - Krisis bekalan air di Tebing Barat semakin buruk terutamanya di kawasan selatan berikutan sekatan haram Israel.

Ketua pihak berkuasa bekalan air Palestin, Shaddad Attili menegaskan rejim Zionis sememangnya bertanggungjawab terhadap masalah itu.

"Israel gagal untuk membekalkan air di wilayah Palestin mengikut seperti apa yang telah dipersetujui menerusi perjanjian di Oslo sebelum ini," katanya.

Sementara itu, laporan dikeluarkan kumpulan hak asasi manusia mendedahkan bekalan air ke Gaza turut tercemar dengan najis manusia.

Kandungan nitrat dalam bekalan air tersebut juga didakwa 10 kali ganda lebih tinggi daripada tahap yang dibenarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Keadaan itu menyebabkan penduduk di Gaza terutamanya wanita hamil dan kanak-kanak terdedah dengan penyakit seperti anemia serta serangan barah.

Pada masa ini, rejim Zionis mengawal kira-kira 84 peratus bekalan air di Tebing Barat selepas merampas tiga kolam takungan air milik penduduk Palestin dan turut menghalang mereka daripada menggunakannya untuk keperluan seharian.

Sindiket jenayah siber tumpas

Sindiket jenayah siber tumpas - Global - Sinar Harian: "WASHINGTON - Sekurang-kurangnya 24 individu yang disyaki terlibat dengan aktiviti jenayah siber ditahan, kelmarin dalam satu operasi yang dilancarkan oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Peguam Preet Bharara memaklumkan sindiket itu menjalankan kegiatan penipuan dengan cara mencuri dan menjual maklumat kad kredit di Amerika Syarikat, Kanada dan 11 negara lain di rantau Eropah serta Asia.

Operasi penyamaran yang dijalankan oleh FBI sejak dua tahun lalu berjaya memberkas 11 suspek di Amerika Syarikat manakala 13 lagi yang beroperasi di luar negara.

Sementara itu, serangan siber yang semakin meningkat menyebabkan AS$80 juta (RM256 juta) dilaporkan lesap daripada akaun bank di Eropah, Amerika Syarikat dan beberapa negara lain.

Difahamkan, mereka menggunakan kemahiran tinggi dan teknologi canggih untuk menyasarkan akaun bernilai tinggi di bank terlibat."

'via Blog this'

Blair ingin kembali sebagai PM Britain

Blair ingin kembali sebagai PM Britain - Global - Sinar Harian:
Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair
Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair
LONDON - Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair menyuarakan hasrat dan keinginan untuk sekali lagi kembali berkuasa sebagai pemimpin negara tetapi mengakui ianya amat mustahil.

"Sepanjang tempoh lima tahun selepas meletakkan jawatan sebagai perdana menteri, banyak saya belajar dan jika diberi peluang, tentu saya akan menjadi seorang pemimpin yang lebih baik dan bagus," katanya dalam satu temu bual bersama akhbar tempatan London Evening Standard sempena ulang tahun kelima peletakan jawatannya.

Blair mendakwa dipaksa melepaskan jawatannya oleh Gordon Brown iaitu Perdana Menteri Britain, meskipun pada dasarnya beliau beranggapan boleh terus memimpin Parti Buruh.

Beliau turut menuduh Brown sebagai punca utama kepada kekalahan dalam pilihan raya yang tidak dapat di elakkan sehingga terpaksa meninggalkan Parti Buruh susulan berlakunya krisis kewangan negara.

"Saya melihat banyak perkara dari dunia luar dan memperoleh pengajaran berharga sejak lima tahun yang lalu.

"Pengajaran yang diperoleh dalam tempoh ini mungkin sangat berguna kepada saya sebagai seorang perdana menteri iaitu jika kita tahu bagaimana dunia sedang membangun, pastinya kita akan dapat gambaran jelas kaedah terbaik untuk mengeluarkan negara daripada zon kepayahan atau bahaya" katanya.

'via Blog this'

Bom meletup, tujuh terbunuh

Bom meletup, tujuh terbunuh: "QUETTA 28 Jun - Sebutir bom yang diletakkan dibawah gerai teh dekat stesen kereta api di barat daya Pakistan meletup menyebabkan tujuh orang terbunuh, termasuk seorang kanak-kanak dan mencederakan 18 orang yang lain.

Seorang pegawai kanan polis, Qazi Hussain Ahmad berkata, letupan itu mensasarkan kereta api ekspres yang datang dari bandar Quetta dari arah barat daya menuju ke Rawalpindi yang datang dari utara, ketika ia tiba di Stesen Sibi.

Seorang pegawai pentadbiran tempatan, Shahid Saleem berkata, letupan itu berlaku pada kira-kira pukul 11.30 malam semalam. - AFP"

'via Blog this'

Letupan di Baghdad, 18 maut

Letupan di Baghdad, 18 maut:BAGHDAD 28 Jun - Tiga insiden letupan bom berasingan dilaporkan di sekitar Baghdad, hari ini menyebabkan 18 orang terbunuh, manakala lebih 50 cedera, menurut sumber hospital dan pihak berkuasa.
Sekurang-kurangnya sembilan maut dan 30 cedera apabila sebutir bom meletup di tempat letak kereta berhampiran pintu masuk sebuah pasar di daerah Washash.
Kejadian kedua melibatkan letupan bom kereta di pekan Taji, menyebabkan empat maut dan 20 cedera, manakala letupan di tepi jalan yang mensasarkan polis peronda di daerah Abu Dsheer meragut lima nyawa. - REUTERS

'via Blog this'

Rohingya tidak dianggap etnik Myanmar

Rohingya tidak dianggap etnik Myanmar:YANGON 28 Jun - Pertubuhan yang mewakili lapan etnik di Myanmar dan bekerjasama dengan parti pembangkang di negara ini, hari ini menolak Rohingya sebagai etnik minoriti di negara ini.
Laman web Radio Free Asia yang memetik kenyataan Setiausaha Barisan Demokratik Kebangsaan (NDF), Khun Oh sebagai berkata, etnik Rohingya tidak diiktiraf sebagai warganegara Myanmar.
Katanya, NDF mahu pandangannya diketahui di kalangan penduduk negara ini dan di luar negara berikutan rusuhan yang berlaku di negeri Rakhine yang mengorbankan hampir 80 nyawa sejak 28 Mei lalu.
Kira-kira 800,000 etnik Rohingya tinggal di Myanmar dan dianggap sebagai pendatang haram serta tidak diberikan kerakyatan.
Khun berkata, sebelum konflik terbaru itu tercetus, penduduk Buddha Rakhine sering bertelagah dengan etnik Rohingya.
"Keganasan yang berlaku itu disebabkan peraturan imigrasi dan penguatkuasaan undang-undang yang lemah," katanya.
Namun, Khun berkata, pendatang Rohingya berpeluang mendapat kerakyatan negara ini sekiranya memenuhi beberapa syarat, termasuk pengetahuan bercakap dalam bahasa kebangsaan.
"Sesiapa yang telah tinggal di negara ini, sama ada masuk secara sah atau tidak, boleh menjadi warganegara sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan," katanya.
Pada 15 Julai ini, Presiden Thein Sein dilapor akan membincangkan isu Rohingya semasa kunjungannya ke Bangladesh, yang merupakan negara asal bagi kira-kira 200,000 etnik Rohingya sebelum mencari perlindungan di Myanmar sejak berpuluh-puluh tahun lalu. - AGENSI

'via Blog this'

Pemimpin PULO dipenjara

Pemimpin PULO dipenjara:
Salah satu insiden keganasan di selatan Thailand. Beberapa orang pelajar sebuah sekolah kerajaan di daerah Yarang, wilayah Pattani memeriksa tapak bilik darjah mereka yang musnah dalam serangan pada 7 Jun lalu. Dalam serangan itu, pemberontak bertindak membakar sekolah itu yang kebanyakan pelajarnya adalah beragama Islam. - REUTERS
BANGKOK 28 Jun - Mahkamah Rayuan Thailand semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas seorang anggota gerakan pemisah, Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani (PULO), Koseng Cheloh atau Useng (gambar) .
Akhbar Bangkok Post melaporkan, ia sekali gus membatalkan keputusan Mahkamah Jenayah Thailand sebelum ini yang menggugurkan semua dakwaan keganasan ke atas Useng.
Anggota pemisah itu didakwa terlibat dengan pemberontakan, mengumpul senjata dan merekrut anggota untuk melakukan aktiviti keganasan dengan tujuan untuk memecah belahkan lima wilayah di selatan negara daripada Thailand.
Mahkamah dimaklumkan antara 1968 hingga 10 Februari 1998, Useng dan beberapa anggota PULO lain turut memeras ugut wang perlindungan daripada ahli perniagaan di lima wilayah tersebut dan menggunakan wang berkenaan untuk membeli senjata bagi menjalankan aktiviti keganasan.
Mahkamah juga dimaklumkan bahawa Useng dikenal pasti pada 1998 oleh seorang lagi anggota PULO, Hayee Dao yang ditangkap kerana disyaki mengetuai PULO baru, sebagai pemimpin sayap PULO yang beroperasi di bandar-bandar.
Dia ditangkap pada 7 Disember 2005 atas dakwaan membunuh.
Useng juga gagal membuktikan dakwaan dia tinggal di Malaysia selama 10 tahun dan melanjutkan pelajaran di Syria serta Libya selama beberapa tahun, kata mahkamah.
Mahkamah Jenayah menggugurkan kes terhadap Useng pada 1 Disember 2008 atas alasan bukti yang dikemukakan terhadapnya sangat meragukan.
Bagaimanapun, pihak pendakwa raya bertindak membuat rayuan ke atas keputusan itu.
Sebelum ini beberapa pemimpin dan anggota PULO yang ditangkap, telah dikenakan hukuman penjara.
Bekas komander lapangan PULO, Da-oh Thanam, 55, dikenakan hukuman penjara seumur hidup atas dakwaan menjalankan aktiviti gerakan pemisah antara 1968 hingga 1998.
Dua anak buahnya, Budo Betong, 75, dan bekas ketua unit senjata PULO, Sama-ae Thanam, 64, turut dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. - AGENSI

'via Blog this'

Usaha ICRC pindah orang awam di Homs gagal

Usaha ICRC pindah orang awam di Homs gagal: "GENEVA 29 Jun - Usaha Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) untuk mengeluarkan orang awam dan penduduk yang cedera di bandar Homs semalam, sekali lagi menemui jalan buntu selepas pasukan penyelamat gagal memasuki bandar bergolak itu.

Ketua ICRC di Asia Barat, Beatrice Megevand-Roggo berkata, sebelum ini, kerajaan Syria dan kumpulan penentang telah bersetuju untuk menghentikan pertempuran buat sementara bagi memberi laluan kepada pasukan ICRC memindahkan orang awam, terutama yang cedera.

"Namun persetujuan yang dibuat tidak dipenuhi dan anggota pasukan penyelamat kami tidak dapat memasuki kawasan terbabit," katanya. - REUTERS"

'via Blog this'

‘Turki sedia angkatan perang’

ERDOGAN memberikan isyarat bagus dari kokpit pesawat Hurkus pada satu majlis di Industri Angkasa Lepas Turki di Ankara, kelmarin. - Foto REUTERS

ERDOGAN memberikan isyarat bagus dari kokpit pesawat Hurkus pada satu majlis di Industri Angkasa Lepas Turki di Ankara, kelmarin. - Foto REUTERS
ANKARA: Turki menempatkan senjata antipesawat dan kelengkapan perang lain di sepanjang sempadannya dengan Syria, lapor televisyen semalam, beberapa hari selepas tentera Syria menembak jatuh jet tentera Turki menyebabkan ketegangan kedua-dua negara. 

Konvoi kecil trak tentera yang menunda senjata antipesawat, memasuki pangkalan luar tentera di kampung Guvecci, yang berdepan pangkalan luar tentera Syria di seberang sempadan dan lokasi tentera dan pemberontak negara itu bertempur beberapa bulan lalu, lapor televisyen TRT.
Beberapa senjata antipesawat juga ditempatkan di beberapa kawasan lain sepanjang sempadan. Beberapa trak dilihat membawa pelancar roket.
Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, Selasa lalu memberi amaran mana-mana unit tentera Syria yang mendekati sempadannya akan dianggap ancaman. 
Sekutu Turki, pasukan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menyatakan sokongan kepada Ankara dan mengutuk serangan Syria tetapi tidak menyebut mengenai serangan ke atas Damsyik. 

Penempatan tentera itu dibuat sebelum Presiden Abdullah Gul mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Kebangsaan semalam, lapor TRT. Mesyuarat itu, yang dihadiri anggota Kabinet dan pegawai kanan tentera, dijangka memberi tumpuan kepada ketegangan dengan Syria. 

Turki dan Syria mempunyai hubungan rapat sebelum kebangkitan bermula Mac 2011, tetapi sejak itu Turki menjadi pengkritik terhadap rejim Syria dan berulang kali menggesa Presiden Bashar al Assad supaya meletak jawatan ketika 33,000 rakyat negara itu mendapatkan perlindungan di Turki. 
Turki turut memberikan tempat kepada kumpulan pembangkang awam selain beratus-ratus anggota tentera berpaling tadah mempunyai kaitan dengan Tentera Bebas Syria. 

Seorang menteri Syria kelmarin, berkata tentera negaranya tersalah sangka pesawat Turki ditembak jatuh itu milik Israel. 

Menteri Penerangan Syria, Omran al-Zoebi, memberitahu rangkaian A Haber di Turki kelmarin, negaranya tidak mahu sebarang krisis dengan Turki. 

Al-Zoebi berkata, jet Turki dan Israel kebanyakannya buatan Amerika membawa kepada kesilapan tentera Syria yang menyangka ia jet Israel. – AP

Bangkai pesawat hilang 60 tahun ditemui

ANCHORAGE (ALASKA): Bangkai pesawat yang ditemui di satu glasier berhampiran Anchorage awal bulan ini dipercayai sebuah kapal terbang yang hilang pada 1950-an bersama lebih 50 orang penumpang kata pihak berkuasa tentera semalam. 

Jurucakap Jabatan Pertahanan Amerika Syarika, Kapten Jamie Dobson, berkata beberapa bukti di kawasan bangkai dikaitkan dengan pesawat Globemaster C-124 yang hilang di wilayah itu pada November 1952.
“Beberapa bukti di bangkai pesawat ada sama dengan Globemaster G-124 milik Tentera Udara Amerika Syarikat yang terhempas pada 1952,” kata Dobson.
“Kami masih lagi menyiasat kemungkinan lain tetapi sehingga kini kami mengetahui bahawa kebanyakan bukti adalah dikaitkan dengan pesawat terbabit.” 

Hubungan kali terakhir dengan pesawat itu adalah ketika ia terbang di Pulau Middleton di Teluk Alaska, 257 kilometer ke tenggara Anchorage. 

Pesawat itu membawa 41 penumpang dan 11 krew, termasuk juruterbang, Kapten Kenneth J. Duval, 37 dari Vallejo, California dan juruterbang kedua, Kapten Alger M.Cheney, 32 dari Lubeck, Maine. 

Bangkai pesawat ditemui beberapa hari selepas kemalangan di Gunung Gannett tetapi tiada tanda-tanda ada mangsa terselamat dan keadaan cuaca buruk menyukarkan operasi ketika itu. Pesawat itu terbiar dan operasi selepas itu gagal untuk mengesan bangkai pesawat. 
Kini selepas hampir 60 tahun, bangkai terbabit ditemui semula pada 10 Jun oleh krew sebuah helikopter Pengawal Keselamatan Tentera Alaska apabila ia terbang rendah di kawasan berhampiran Knik, sebuah glasier di utara Pergunungan Chugach 64 kilometer ke Anchorage. 

Selepas misi mencari dan menyelamat tambahan oleh Pasukan Tugasan Bersama Alaska dan Pengawal Kebangsaan Alaska, pihak berkuasa mengenal pasti pesawat itu sebuah pesawat tentera lama. 

Pihak berkuasa pada awalnya gagal mengenal pasti pesawat itu menyebabkan pasukan penyiasat JPAC dihantar untuk melakukan siasatan.– Agensi

Mursi menang, Hosni kian sakit

KAHERAH: Moral bekas diktator Mesir, Hosni Mubarak, merosot dan berkali-kali mengalami koma selepas berita kemenangan Dr Mohamed Mursi Isa al-Ayyat diketahuinya.
Pegawai hospital tentera yang merawat Hosni berkata, kejayaan Mohamed Mursi sangat memberi kesan kepada bekas presiden itu.

“Menurut laporan perubatan, moral Hosni, 84, semakin rendah, mengalami kemurungan dan berulang-kali koma,” katanya. Sumber itu berkata, pasukan perubatan Hosni kini melakukan pelbagai ujian ke atas otak dan jantungnya. Calon Ikhwan Muslimin, Mohamed Mursi, disahkan sebagai presiden pertama Mesir dilantik secara demokratik melalui pilihan raya 16 dan 17 Jun lalu. - AFP

Tentera Turki ke sempadan

ISTANBUL: Turki menghantar pelancar peluru berpandu dan kenderaan tentera ke sempadan Syria sebagai “koridor keselamatan” negara itu, seminggu selepas Damsyik menembak jatuh jet tenteranya.
Menurut media semalam, kira-kira 30 kenderaan tentera bersama sebuah lori penunda pelancar peluru berpandu meninggalkan pangkalan di Hatay, selatan Turki, ke sempadan dengan Syria yang terletak kira-kira 50 kilometer dari situ.

Jumaat lalu, sebuah jet Phantom F-4 ditembak jatuh di timur Mediterranean dalam tindakan dianggap Turki sebagai serangan kejam. - AFP

Jangan paksa Syria: Russia

MOSCOW: Russia semalam menyatakan sokongan terhadap peralihan politik di Syria tetapi menolak tekanan Barat untuk menyingkirkan Presiden Bashar al-Assad.
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, berkata Moscow membantah sebarang penyelesaian yang dilaksanakan dari luar Syria. “Nasib Bashar mesti ditentukan dalam kerangka dialog yang dilakukan rakyat negara itu sendiri,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan menjelang rundingan kuasa besar dunia bagi mencari penyelesaian konflik Syria. Ia juga membantutkan harapan negara terbabit yang mempersetujui strategi bersama bagi berdialog dengan wakil Syria di Geneva hujung minggu ini.
Menurut Lavrov, pihak terbabit juga tersilap apabila mengetepikan sekutu Syria, Iran, daripada rundingan berkenaan. Katanya, negara asing tidak wajar memaksakan penyelesaian mereka ke atas Syria. “Kami tidak akan dan tidak boleh menyokong sebarang campur tangan dari luar,” katanya. Lavrov berkata, memang jelas ada keperluan peralihan politik di Syria tetapi kuasa dunia masih tidak bersetuju terhadap draf dicadangkan wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kofi Annan, bagi rundingan berkenaan.

Dia juga merungut “formula individu” itu dibocorkan kepada media hanya dalam tempoh semalaman. “Saya melihatnya sebagai manifestasi yang tidak adil terhadap pendekatan diplomasi,” katanya. Diplomat di PBB berkata, Annan mencadangkan penubuhan sebuah kerajaan peralihan dalam usaha menamatkan konflik Syria yang berlanjutan hampir 16 bulan dan secara umum, ia disokong kuasa besar dunia. - AFP

Ahli politik AS sokong Ahmadiyah

WASHINGTON: Penggubal undang-undang Amerika Syarikat menawarkan sokongan mereka terhadap pemimpin global untuk komuniti Islam Ahmadiyah, yang berhadapan dengan diskriminasi dan keganasan di Pakistan dan Indonesia.
Mereka mengalu-alukan Hadhrat Mirza Masroor Ahmad, ketua atau khalifah kumpulan Islam minoriti, di kompleks Capitol AS dan memuji kumpulan itu kerana menyokong keamanan antara agama dan usaha seperti kempen menderma darah. 
Senator Robert Casey, anggota Demokrat dari Pennsylvania, memuji ketua kumpulan itu kerana “menunjukkan komitmen terhadap toleransi, keadilan dan keamanan.”

Wakil Keith Ellison, yang juga seorang Muslim, memahami masalah Ahmadiyah di Pakistan dan berkata, “Yang jelas dalam dunia ini, terdapat sedikit sangat negara di mana semua orang boleh mengamalkan agama mereka seperti yang mereka mahukan.”

Ditubuhkan pada 1889 di India, Ahmadiyah berbeza daripada fahaman Islam dengan menganggap pengasasnya sebagai nabi.

Pada 1974, undang-undang Pakistan menganggap golongan itu sebagai bukan Islam.

Aktivis berkata, undang-undang itu menyebabkan ramai orang dalam komuniti itu dibunuh.

Lebih 80 orang maut pada Mei 2010 apabila penyerang menyerbu dua masjid Ahmadiyah di Lahore dan kemudian menyerang mangsa yang dirawat di hospital. - AFP

1,600 jam dibazir depan TV

JAKARTA: Purata kanak-kanak di negara ini meluangkan masa lebih banyak menonton televisyen dalam setahun berbanding berada di bilik darjah, kata Timbalan Ketua Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI), Eski Tri Rejeki Suyanto, semalam.
Kajian dibuat KPI menunjukkan kanak-kanak di Indonesia mungkin meluangkan masa empat hingga lima jam sehari atau 30 hingga 35 jam seminggu atau 1,600 jam setahun menonton televisyen.

“Sementara itu, jumlah waktu persekolahan dalam setahun adalah 740 jam. Hasilnya, jumlah masa yang diluangkan kanak-kanak untuk menonton televisyen adalah dua kali ganda jumlah masa yang diluangkan di kelas,” kata Eski seperti mana dipetik daripada agensi berita Antara.
Eski berkata, waktu yang diluangkan menonton televisyen semakin meningkat pada hujung minggu.

Menurutnya, amalan ini bermula sejak awal usia kanak-kanak ekoran tindakan ibu bapa menggunakan televisyen sebagai alat untuk menenangkan anak mereka yang menangis. “Kebanyakan kanak-kanak segera menonton stesen televisyen kegemaran mereka sebaik pulang ke rumah daripada sekolah,” katanya.

Eski berkata, membiarkan kanak-kanak memenuhi masa senggang mereka dengan menonton televisyen adalah amalan yang tidak baik. - Antara

Kapal RM2 bilion milik bilionair misteri

LONDON: Belayar di laut buat kali pertama, kapal layar 400 juta pound (RM2 bilion) itu adalah satu daripada yang terbesar dan termahal pernah dibina.
Pembinaan kapal besar selama empat tahun itu adalah buah fikiran pereka Britain yang ironinya berpangkalan di wilayah tanpa laut, Rutland. Namun di sebalik saiz kapal yang menonjol bernama Topaz itu, identiti pemiliknya kekal rahsia.

Berukuran 147 meter, ia adalah antara kapal terpanjang pernah dibina dan hanya 15 meter lebih pendek daripada Eclipse milik Roman Abramovich yang memegang gelaran kapal terpanjang setakat ini.
Kapal itu juga mempunyai berat hingga 12,000 tan. Siapa pun pemilik bertuahnya, pastinya mempunyai banyak wang.

Identiti pelanggan bilionairnya tidak didedahkan Lurssen, syarikat pembuat kapal itu yang tidak mahu membincangkan pelanggan peribadi mereka ekoran persetujuan yang dibuat.

Hasilnya, maklumat lanjut mengenai kapal itu masih tidak lengkap, tetapi kapal bersaiz besar seperti itu didakwa berharga antara 300 pound (RM1.5 bilion) hingga 400 juta pound (RM2 bilion).
Difahamkan Topaz adalah hasil rekaan pereka Britain, Tim Heywood.

Lelaki berusia 62 tahun yang sudah berpengalaman 40 tahun dalam industri itu memainkan peranan penting dalam menghasilkan beberapa kapal terbaik di dunia. - DM

Ramai yakin Obama mampu tangani makhluk asing

WASHINGTON: Hampir dua daripada tiga rakyat Amerika berpendapat Presiden Barack Obama lebih baik berbanding pesaingnya daripada parti Republikan, Mitt Romney untuk menangani penaklukan makhluk asing, menurut satu kaji selidik dikeluarkan semalam.
Saluran National Geographic menghubungi 1,114 orang dewasa di seluruh negara bulan lalu untuk pendapat mereka ekoran siri baru dokumentari televisyen kabel bertajuk "Chasing UFOs." Sebanyak 36 peratus responden berkata, mereka yakin bahawa objek terbang tidak dikenali (UFO) memang wujud. Sebanyak 11 peratus yakin mereka melihat UFO dan 20 peratus lagi berkata, mereka tahu seseorang yang mendakwa melihatnya.

Dengan Obama yang bakal menghadapi pilihan raya November depan, 65 peratus berkata, Obama lebih mahir berbanding Romney untuk menangani penaklukan makhluk asing, dengan wanita yang berusia lebih muda serta berusia lebih 65 tahun bersetuju dengan pendapat itu berbanding lelaki. Saluran National Geographic berkata, keputusan daripada kaji selidik "Aliens Among Us" melalui e-mel dan Internet itu bersesuian dengan dokumentari "Chasing UFOs" yang ditayangkan Jumaat lalu dengan penduduk Texas serta Colorado menceritakan pengalaman mereka berdepan dengan objek terbang misteri. - AP

Sanggup bogel cegah bantuan

WANG yang cedera terbaring di jalan selepas dilanggar Zhang, manakala seorang petugas mengangkat anaknya yang parah.
WANG yang cedera terbaring di jalan selepas dilanggar Zhang, manakala seorang petugas mengangkat anaknya yang parah.
ZHANG yang berbogel berbaring depan ambulans, semalam.
ZHANG yang berbogel berbaring depan ambulans, semalam.
BEIJING: Anggota polis terpaksa dihubungi untuk menangani seorang wanita bogel yang berbaring di depan sebuah ambulans bagi menghalang kenderaan itu membawa kekasih suaminya yang cedera ke hospital, semalam.
Zhang Shih, 38, dari Linyi, wilayah Shandong di timur China melanggar jirannya, Wang Lu dan anak perempuannya berusia empat tahun ekoran berang wanita itu mempunyai hubungan dengan suaminya.

Namun, ketika petugas khidmat kecemasan tiba, dia melakukan apa saja yang boleh bagi menghalang dua beranak itu mendapatkan rawatan walaupun selepas polis mengacukan pistol ke arah tubuh bogelnya.
“Dia menghalang semua orang daripada memberikan bantuan,” kata jurucakap polis.

“Kemudian apabila ambulans tiba, dia menanggalkan pakaiannya dan berbaring di depan kenderaan itu bagi menghalang ia membawa mangsa ke hospital,” katanya.

Zhang yang berang didakwa melanggar Wang dan anak perempuannya dengan keretanya selepas bertengkar dengan suaminya mengenai kecurangan lelaki itu.
Menurut polis, ibu dua anak itu kemudian berdiri mengawal dua mangsa yang cdera parah itu bagi menghalang sesiapa pun menawarkan bantuan kecemasan kepada mereka.

Dia juga dituduh menumbuk seorang petugas paramedik yang merawat anak perempuan Wang menyebabkan petugas terbabit membiarkan kanak-kanak itu yang kemudian mati akibat kecederaan dialami.
Zhang yang juga seorang guru sekolah rendah kini berdepan dengan tuduhan membunuh, kata pendakwa raya. Sekiranya disabitkan bersalah dia mungkin berdepan hukuman mati.

“Ini bukan jenayah mengenai cemburu. Dia menghalang dua mangsa menerima rawatan perubatan selama hampir setengah jam,” kata pendakwa raya. - DM

Komputer tablet Google dijual RM636


SEBUAH komputer tablet Nexus 7 dipamerkan pada Persidangan Pemaju Google di San Francisco kelmarin.


SAN FRANCISCO - Syarikat Google kelmarin mengumumkan komputer tablet terbaharunya yang mengandungi perisian Android, Nexus 7 akan dijual pada harga serendah AS$199 (RM636) di Amerika Syarikat (AS).
Komputer itu turut mempunyai perkhidmatan kedai internet Google yang menjual pelbagai genre filem, muzik dan lagu. Bagi menarik minat pelanggan, komputer tersebut akan dijual separuh daripada harga iPad. Ketua Unit Android, Hugo Barra berkata, berat komputer itu sama dengan sebuah buku berkulit keras. Menurutnya, komputer tablet Nexus boleh dipesan di rangkaian kedai Google Play di Kanada, Britain dan AS. Komputer tersebut akan dijual pada bulan depan. - Agensi

Kereta kabel tidak berbumbung



SEJUMLAH orang menaiki kereta kabel yang tidak berbumbung di kawasan pergunungan Stanserhorn dekat Lucerne semalam.


LUCERNE, Switzerland - Sejumlah orang menaiki kereta kabel yang tidak berbumbung di kawasan pergunungan Stanserhorn dekat sini semalam.
Para penumpang juga boleh melihat pemandangan Tasik Lucerne dari tingkat atas kereta kebal tersebut.- Agensi

Turki hantar askar di sempadan Syria


SEBUAH trak tentera Turki mengangkut pelancar peluru berpandu di wilayah Hatay dekat sempadan Syria semalam.


ANKARA - Pemerintah Turki menghantar sejumlah askar dan pelancar roket antipesawat di sempadan negara itu dengan Syria, menurut beberapa laporan semalam.
Penghantaran itu dibuat seminggu selepas tentera Syria menembak jatuh sebuah pesawat tentera Turki pada Jumaat lalu.
Menurut akhbar Milliyet, kira-kira 30 buah kenderaan tentera mengangkut pelancar roket antipesawat meninggalkan sebuah pangkalan di wilayah Hatay, tenggara Turki.
Imej yang disiarkan stesen televisyen TRT menunjukkan puluhan kenderaan tentera membawa sejumlah askar ke sempadan negara tersebut.
Stesen televisyen tersebut turut menyiarkan imej beberapa buah kereta kebal yang dihantar ke sempadan Syria.
Ia turut melaporkan bahawa konvoi tentera yang membawa senjata berat dan peluru berpandu bergerak ke daerah Yayladag di wilayah Hatay awal semalam.
Kelmarin, satu konvoi tentera yang membawa beberapa pelancar peluru berpandu bergerak ke daerah Kilis di wilayah Gaziantep.
Agensi berita Anatolia melaporkan lewat kelmarin, pergerakan kenderaan tentera turut berlaku di wilayah Sanliurfa.
Tindakan Syria menembak jatuh pasawat tersebut telah mencetuskan kemarahan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan.
Seorang menteri Syria, Omran al-Zoebi kelmarin menyatakan tenteranya mungkin tersilap menyangka pesawat Turki itu ialah jet milik Israel.
Menteri Penerangan Syria itu memberitahu rangkaian berita A Haber menerusi telefon bahawa negaranya tidak mahu berkrisis dengan Turki.
Turki sebelum ini berulang kali mendesak Presiden Syria, Bashar Al-Assad meletakkan jawatan ekoran penentangan rakyat terhadap pemerintahannya sejak Mac tahun lalu.
Ekoran pertempuran antara tentera Syria dengan para pemberontak, seramai 33,000 penduduk negara itu melarikan diri ke Turki untuk mendapatkan perlindungan. - Agensi

Letupan bom di luar mahkamah Damsyik



BEBERAPA anggota bomba memadamkan kebakaran di lokasi letupan bom di luar bangunan Istana Kehakiman di Damsyik semalam.


DAMSYIK - Dua letupan bom menggegarkan kawasan di tempat letak kereta di luar bangunan Istana Kehakiman yang menempatkan mahkamah tertinggi Syria di sini semalam.
Seramai tiga orang cedera manakala sekurang-kurangnya 20 buah kereta rosak teruk akibat letupan tersebut.
Sejumlah anggota bomba sibuk memadamkan kebakaran manakala beberapa buah ambulans tiba di tempat kejadian.
Sebuah stesen televisyen Syria menganggap kejadian tersebut sebagai serangan pengganas.
Kawasan tempat letak kereta itu digunakan oleh para peguam dan hakim.
Satu sumber polis memberitahu agensi berita AFP, dua bom meletup dalam dua buah kereta milik hakim.
Menurutnya, bom ketiga berjaya dimatikan.
Sementara itu, seramai 69 orang terbunuh termasuk 38 orang awam semalam di Syria ekoran pertempuran antara tentera dengan para pemberontak.
Menurut kumpulan Pemantauan Untuk Hak Asasi Syria, seramai 16 orang terbunuh di Douma, utara Damsyik apabila askar-askar mengepung dan bertempur dengan para pemberontak.
Menurut kumpulan itu, askar-askar yang dibantu helikopter menyerang beberapa buah kawasan di Deir Ezzor, timur Damsyik.
Lebih 15,804 orang terbunuh sejak kebangkitan rakyat menentang pemerintahan Presiden Bashar Al-Assad bermula sejak 16 bulan lalu.
Kelmarin, sekumpulan pemberontak menyerang sebuah stesen televisyen di sini.
- Agensi