Pages

Monday, September 8, 2014

Tuah tangkap udang kara albino


Akhbar Portland Press Herald melaporkan dalam kejadian pertama Bret Philbrick menangkap haiwan berkenaan pada Khamis lalu manakala seorang lagi, Joe Bates membuat tangkapan itu beberapa hari sebelumnya.
Udang kara albino amat jarang ditemui, malah kemungkinan melihatnya dijangka hanya satu dalam sejuta.Dua udang kara itu kini disimpan di Owls Head Lobster Co. Seekor akan di hantar ke Akuarium Negeri Maine dan satu lagi ke Brooks Trap Mill.

Foto
UDANG kara albino yang ditangkap Philbrick dan Bates.

Kedua-duanya masih tidak cukup besar mengikut saiz yang diperuntukkan undang-undang dan dalam keadaan biasa sepatutnya dimasukkan semula ke laut.

Bagaimanapun, Peronda Marin memberikan pengecualian dalam kes itu.Bates turut berjaya melakukan satu lagi tangkapan satu dalam sejuta pada Isnin lalu, iaitu udang kara kuning. - AP

Artikel ini disiarkan pada: 2014/09/08

Ritual merapi mayat amalan di Sulawesi Selatan


SEORANG lelaki merapikan rambut mayat seorang ahli keluarganya semasa upacara MaiNene yang diadakan di sebuah kampung di Toraja dalam wilayah Sulawesi Selatan, Indonesia pada bulan lalu.


TORAJA, Sulawesi Selatan - Satu ritual dinamakan MaiNene atau majlis merapikan mayat dilakukan oleh penduduk sebuah kampung di sini yang terletak di Sulawesi Selatan, Indonesia setiap tahun pada bulan Ogos.
Dalam upacara itu, penduduk kampung akan menggali semula kubur saudara-mara mereka dan mengheret keranda berisi mayat itu menuju ke tempat mereka meninggal dunia.
Menurut kepercayaan penduduk tempatan, walaupun anggota keluarga mereka telah meninggal dunia tetapi roh dan kenangan mendiang masih lagi wujud dan perlu dibersihkan.
Mayat-mayat itu akan dibawa pulang ke rumah sebelum mereka dimandikan dan dipakaikan dengan pakaian baharu sebelum dihias cantik.
Amalan tersebut turut melibatkan mayat kanak-kanak yang dipakaikan pakaian yang cantik dan diberikan anak patung mainan.
Keranda rosak yang menempatkan mayat-mayat pula akan ditukar atau dibaiki sebelum diarak sekeliling kampung dalam satu garisan lurus. - Agensi


Artikel terpelihara  
 

Rumah 'paling kecil di dunia' berharga RM1.43 juta



SEBUAH bilik tidur yang diletakkan di atas bahagian dapur.


LONDON - Sebuah rumah yang dianggap sebagai rumah 'paling kecil di dunia' yang terletak di kejiranan Islington di utara London bakal dijual pada harga AS$450,000 (RM1.43 juta), lapor New York Daily News kelmarin.
Rumah dengan sebuah bilik tidur, dapur dan sebuah bilik air itu terletak di kawasan kejiranan terkenal di London yang mana harga hartanah di lokasi itu melambung pada setiap tahun.
Kediaman tersebut sangat kecil sehingga bilik tidur dibina di atas dapur dan pemiliknya perlu menaiki tangga kecil untuk ke ruang berkenaan.
Seorang ejen jualan rumah berkenaan berkata, hartanah itu sangat unik dan baru sahaja dibina serta dijual di pasaran.
"Ini mungkin rumah paling kecil di dunia tetapi harganya sangat berpatutan di lokasi ini," katanya.
Harga hartanah di Islington telah meningkat sebanyak 20 peratus sejak beberapa tahun lalu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0908&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3CfZe3Gxt 
Hakcipta terpelihara