Pages

Saturday, July 6, 2013

Lagi gempa bumi landa Sumatera

JAKARTA 6 Julai - Gempa bumi sekuat 6.4 pada skala Richter melanda kepulauan Sumatera hari ini, selepas beberapa hari gempa bumi kuat melanda Aceh yang mengorbankan berpuluh-puluh orang dan ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal.
Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, tiada amaran tsunami dikeluarkan dan tiada laporan kerosakan selepas gempa itu berlaku pada kedalaman 23 kilometer dari barat daya pulau Sumatera.
Pegawai Agensi Meteorologi, Kajian Iklim dan Geofizik, Suharjono berkata, gempa yang baharu itu tidak mungkin menyebabkan kerosakan dan ancaman tsunami. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130706/lu_08/Lagi-gempa-bumi-landa-Sumatera#ixzz2YH29HBvx
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Terbaru, Mesir Dari Sumber Tentera.. AS Akan Menyesal?


Mesir,Info 6 Perkara.
1) General Asisi mohon berunding dengan Dr Muhammad Morsi untuk dibenarkan meninggalkan Mesir dengan selamat bersama dengan orang-orang yang terlibat dalam rampasan kuasa semalam.

2) Tentera Mesir terbahagi 2. Ketua Turus Tentera Darat meminta Asisi menarik balik kenyataan rampasan kuasa yang dibuatnya.

3) Akhbar Chanell 2 mengulas - Amerika akan menyesal kerana memberikan lampu hijau kepada penggulingan Mursi.

4) Dijangka 3 juta rakyat Mesir sedang bergerak menuju Kaherah menyatakan sokongan kepada Presiden Mesir yang Sah: Dr. Muhammad Mursi.

5) Kereta kebal menurunkan gambar-gambar Asisi.

6) Pertemuan Duta Amerika: Peterson, Asisi dan Al-Baredei berbincang mencari jalan keluar untuk keadaan terbaru ini.

(KedahLanie/Sumber: Jurucakap Tentera)


Satu-satunya pemimpin dunia islam yang hafiz al-quran

Tahanan dipaksa makan di bulan Ramadan


Tahanan dipaksa makan di bulan Ramadan
Tahanan Guantanamo yang mogok lapar akan dipaksa makan pada bulan Ramadan.
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT - Pihak berkuasa di Penjara Teluk Guantanamo dilaporkan akan memaksa tahanan di pusat tahanan itu makan pada bulan Ramadan.

Dipetik AFP, menurut pengasas bersama gerakan keadilan sosial, CodePink, Medea Benjamin berkata, tindakan paksa makan itu melanggar hak asasi manusia.

"Ia juga tidak menghormati agama Islam dan dengan jelas dilihat sebagai pelanggaran hak asas tambahan ke atas tahanan," jelasnya lagi.

Dalam satu kenyataan, Jabatan Keadilan AS menegaskan kononnya tindakan paksa makan itu bukan satu masalah kepada tahanan yang berpuasa kerana ia hanya dilaksanakan pada waktu malam.

Bagaimanapun, para aktivis tetap mengecam kaedah yang digunakan tersebut memandangkan lebih 130 daripada 166 tahanan kini nekad mogok lapar sejak kira-kira lima bulan lalu. 

Musnahnya terowong Gaza



Musnahnya terowong Gaza
Terowong Gaza digunakan untuk membawa masuk keperluan dari Mesir ke Gaza.
Infografik Terowong Gaza
Infografik Terowong Gaza
RAFAH - PALESTIN - Penderitaan dialami rakyat Palestin di Gaza ekoran kepungan Rejim Zionis dengan bantuan sekutunya Rejim Mubarak seperti akan kembali berulang.

Selepas penggulingan Presiden Mohamed Mursi kelmarin, tentera Mesir mengarahkan beberapa jentolak memulakan kerja-kerja pemusnahan merobohkan terowong yang menghubungkan laluan antara Mesir dan Genting Gaza.

Media RNN melaporkan, kerja-kerja pemusnahan itu dikawal ketat tentera Mesir lengkap dengan senjata senapang automatik dan kenderaan tentera sebagai perisai.

Saksi berkata, jentolak itu kelihatan sejak beberapa hari lalu namun hanya memulakan kerja pemusnahan sejurus rampasan kuasa berlaku.

Sumber Mesir pula melaporkan, kelibat tentera itu mula dilihat sejak kelmarin di kawasan berkenaan.

“Laluan yang digunakan untuk membawa masuk pelbagai bekalan dan barang ke Genting Gaza mula ditutup beberapa hari sebelum rusuhan di Mesir,” katanya.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan di Gaza mulai bimbang apabila bekalan bahan bakar untuk penjanaan elektrik dan ambulans semakin berkurangan.

“Kami khuatir penutupan ini bakal berpanjangan kerana kemasukan bekalan bahan bakar sukar didapati kerana Israel sentiasa mencatu kemasukan bahan bakar tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Pasukan Keselamatan Palestin pula dikatakan meningkatkan kawalan di kawasan terowong berkenaan bagi menggelakkan kekecohan di Mesir merebak ke negara itu.

Terowong antara Mesir dan Gaza itu merupakan laluan utama kepada penduduk 1.8 juta penduduk Gaza sejak pengepungan Israel pada 2006.

Mursi sejak awal kempen pencalonan presiden lagi menunjukkan sikapnya yang jelas terhadap isu Palestin, kesetiaannya yang tak berbelah bagi bersama perjuangan rakyat Palestin di dalam menuntut hak permastautinan dan pembebasan Masjidil Aqsa.

Walaupun Mursi menggalas beban dan tanggungjawab berat memperbaiki sistem lama yang ditinggalkan dan kerja memantapkan kedudukan sosioekonomi rakyatnya, namun bantuan dan sokongan kepada Gaza mula ditunjukkan melalui pembukaan sempadan Rafah dan bantuan lain.

Pendirian Mursi membuka ruang kepada dunia luar untuk memasuki tembok penjara terbesar dunia itu. Malangnya, satu-satunya laluan yang ada kini dimusnahkan jentolak tentera Mesir.

Datuk 92 nikahi gadis 22 tahun


Datuk 92 nikahi gadis 22 tahun
Mujamaie bersama isterinya, Muna.
SAMMARA - IRAQ. Seorang datuk berusia 92 tahun menikahi seorang gadis berusia 22 tahun, Khamis lalu.

Musali Mohammed al-Mujamaie dan isterinya, Muna Mukhlof al-Juburi berbeza umur 70 tahun.

Majlis pernikahan mereka diadakan sekali dengan pernikahan cucunya.

Mujamaie yang bekerja sebagai petani menikahi Muna setelah tiga tahun kematian isterinya yang pertama.

Bersama isterinya yang pertama, Mujamaie memiliki 16 anak.

Akui sangat bahagia dengan pernikahan itu, Mujamaie merasa kembali berusia 20 tahun.

“Saya sangat bahagia dapat menikah sekali bersama cucu saya.

“Saya merasa seperti kembali berusia 20 tahun,” katanya yang sudah merancang untuk menikah bersama-sama dua cucunya yang berusia 16 dan 17 tahun itu.

Pai terbesar dunia dihasilkan di Florida

SEORANG pegawai sedang mengukur diameter pai yang dimasak di Florida semalam.


KEY WEST, Florida - Satu acara sambutan festival citarasa makanan berperisa limau di sini telah dimulakan dengan percubaan pihak penganjur untuk menghasilkan sebiji pai perisa limau terbesar di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Pai yang dimasak semasa pelancaran acara Festival Key Lime itu berukuran lebih dari 2.4 meter lebar dan seberat 453.6 kilogram.
Pai itu dikatakan telah dimasak oleh tiga orang chef.
Senarai ramuan untuk memasak juadah gergasi itu membabitkan jus daripada 5,760 biji limau purut, 250 liter susu pekat manis dan 90.7 kilogram biskut lemak.
Penghasilan pai gergasi itu akan didaftarkan dalam Guinness Book of World Records sebagai pai berperisa limau terbesar dunia.
Hasil kajian yang dilakukan mendapati kuih tart dan pai berperisa limau purut berasal daripada Key West sekitar tahun 1800.
Justeru, dewan perundangan negeri tersebut telah mencipta pai berperisa limau sebagai pai rasmi Florida pada 2006.
Festival itu berlanjutan sehingga hari Sabtu (hari ini) dengan pertandingan memakan pai dan pertandingan ratu cantik 'Miss Key Lime'. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0706&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2YF1aaMPO 
Hakcipta terpelihara 

Tanduk badak sumbu bernilai RM3.19b akan dijual

SEORANG pegawai Kastam sedang memeriksa tanduk badak sumbu yang dirampas di Johannesburg kelmarin.


JOHANNESBURG - Afrika Selatan bercadang mahu menjual sejumlah tanduk badak sumbu bernilai AS$1 bilion (RM3.19 bilion) yang dirampas untuk membiayai usaha konservasi dan menangani kebanjiran tanduk badak sumbu di pasaran gelap, lapor MSN News kelmarin.
Justeru, Afrika Selatan sedang berusaha memohon kebenaran untuk melakukan cadangan tersebut agar ia dapat dilaksanakan.
Bagaimanapun, kumpulan konservasi alam sekitar berasa bimbang bahawa tindakan tersebut akan mencetuskan peningkatan permintaan yang mendadak dalam pasaran gelap di beberapa pasaran utama seperti Vietnam.
Peningkatan pasaran terjadi kerana tanduk tersebut sangat dikehendaki untuk kegunaan dalam perubatan tradisional.
Menteri Alam Sekitar Afrika Selatan, Edna Molewa menyatakan bahawa Afrika Selatan akan mendapatkan kebenaran untuk melakukan jualan tersebut pada mesyuarat Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam (CITES), 2016.
"Afrika Selatan tidak boleh terus dijadikan mangsa terbusan oleh beberapa sindiket yang tidak bertanggungjawab menyembelih badak sumbu kami," katanya.
Afrika Selatan merupakan rumah kepada lebih daripada 20,000 badak sumbu. Namun jumlah tersebut dijangka berkurangan sebanyak 800 ekor pada tahun ini kerana aktiviti pemburuan haram.
Sebanyak 73 peratus jumlah badak sumbu dunia ada di Afrika Selatan.- Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0706&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2YF16rfNZ 
Hakcipta terpelihara 

Set makanan Maharaja Patalia dilelong RM9.58 juta


SEBAHAGIAN daripada set makanan Maharaja Patalia yang dilelong di London kelmarin.


LONDON - Satu set perkakasan makanan yang dikurniakan oleh bekas Maharaja Patalia telah dilelong oleh sebuah firma lelongan pada harga AS$3 juta (RM9.58 juta) di sini kelmarin.
Menurut firma lelongan Christie di London, kira-kira 1,400 keping set perkakasan makanan itu telah dibeli oleh seorang pengumpul yang tidak dikenali.
Set perkakasan seberat hampir 500 kilogram itu telah ditempah dari London sebagai penghargaan atas lawatan selama tiga hari keluarga diraja yang berakhir dengan jamuan yang indah pada 24 Februari 1922.
Setiap keping set makanan yang indah itu mempunyai sepuhan perak yang mempunyai hiasan rumit.
Ia dikurniakan oleh Maharaja Bhupinder Singh pada tahun 1922 untuk lawatan ke Patiala oleh Putera Wales yang merupakan King Edward VIII.
Christie dalam kenyataannya berkata, setiap keping set perkakas itu datang dengan corak skrol dan sempadan daun di atas barisan watak serta corak haiwan. Setiap set itu dipisahkan oleh pisau.
"Terdapat pelbagai jenis ukiran yang diukir dalam bentuk senjata, mahkota dan pelbagai huruf.
"Ia dijual sebagai sebahagian daripada Jualan Luar Biasa Rumah Lelong," kata firma lelongan Christie kepada BBC.- Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0706&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2YEzyQFvL 
Hakcipta terpelihara 

SIAPA DR. MUHAMMAD MORSI SEBENARNYA?



Laporan ini diterjemahkan oleh Al-Fadhil Ustaz Nazmi Muhammadun Abd Rahmanul Karim:

1. Dr.Muhammad Morsi,walaupun beliau ialah seorang Presiden,beliau hanya berada di Istana Presiden untuk kerja-kerja pengurusan negara dari 8.00 pagi hingga 10.00 malam. selepas itu,Beliau akan balik ke rumah sewa beliau untuk berehat. dan rumah sewa itu b sewanya sendiri oleh beliau. Tedapat 10 orang wakil dari Ikhwanul Muslimin yang membantu beliau setiap hari dalam pengurusan negara dan mereka ini tidak meminta walau satu b gaji.

2. Beliau menghafal Al-Quran secara keseluruhannya.

3. Beliau ialah seorang jurutera (metallurgy engineering) salah satu bidang dari bidang pembuatan (manufactruing engineering).

4. Beliau,Isteri beliau, 5 anak mereka, dan 3 cucu mereka, semuanya adalah Hafiz/Hafizah Quran.

5. Salah seorang anak beliau,berkhidmat sebagai doktor di Arab Saudi. Kerajaan Saudi telah memanggil beliau dan meminta beliau untuk berhenti sebagai doktor kerana beliau ialah anak seorang presiden mesir dan negara yang besar. Jawapan anak beliau ialah: "Bapaku ialah Presiden Mesir,dan itu b dan amanahnya.aku hanya anak kepada seorang bapa dan aku akan berkhidmat sebagaimana orang awam yang lain dalam mencari rezeki."

6. Waktu solat jumaat, Dr.Muhammad Morsi datang awal satu jam dari solat jumaat dan beliau berada di saf paling depan sekali dan membaca Surah Al-Kahfi.dan tidak ada sebarang pengawal atau protokol untuk membezakan beliau dengan rakyat.

7.Apabila beliau melakukan kerja-kerja lawatan,perjumpaan dan urusan negara,Beliau menggunakan kereta beliau sendiri untuk ke sana.

8. Beliau ke-mana-mana tidak mempunyai sebarang protokal ataupun pengawal peribadi untuk melindungi beliau.

Semoga Allah S.W.T memelihara dan merahmati serta memudahkan urusan Dr.Muhammad Morsi dalam urusan pemerintahan negara Mesir dan menjaga kebajikan rakyat dan umum islam secara kesulurhannya.dan kita berdoa juga semoga Allah S.W.T membangkitkan pemimpin-pemimpin seperti ini di negara-negara islam yang lain juga,insyaAllah

*setelah membaca peribadi dr morsy, maka tidak hairanlah Israel dan sekutunya amat gembira dengan guling kuasa ini... namun yang amat mendukacitakan media tv malaysia turut menggelar beliau sebagai diktator.... :'

5 lagi mayat ditemui


Blang Mancung (Aceh): Pasukan penyelamat menemui lima lagi mayat mangsa gempa bumi, menjadikan jumlah kematian akibat bencana itu yang melanda Selasa lalu kepada 35.

Jurucakap pasukan penyelamat tentera, Andra Pahlevi berkata, mayat seorang kanak-kanak perempuan ditarik keluar dari runtuhan tanah di Kampung Serempa, Aceh Tengah.


Dalam pada itu, empat mayat budak lelaki ditemui di satu lagi lokasi berhampiran Kampung Bah.

Gempa bumi 6,1 magnitud itu memusnahkan lebih 4,300 kediaman dan bangunan, mencederakan 275 orang dan menyebabkan 6,500 penduduk hilang tempat tinggal.

Sementara itu, sebahagian besar penduduk di kawasan terpencil masih belum mendapat bantuan.
“Kerosakan teruk di beberapa kawasan jumlah mangsa yang tinggi menyebabkan kami berdepan dengan kesukaran untuk mengagihkan bantuan.

“Tambahan pula, bantuan adalah terhad,” kata Setiausaha Pengurusan Bencana Aceh Tengah, Masrizal Edy.

Ketua Polis daerah, Artanto berkata, mangsa yang belum menerima bantuan itu ialah di Aceh Tengah dan Bener Meriah, yang terjejas teruk akibat gempa bumi itu.

“Kejadian tanah runtuh dan kerosakan harta benda menyebabkan beberapa kawasan sukar dijejaki,” katanya. - AP

RM13,000 sebulan untuk minum susu badan


Beijing: Golongan kaya di China menghabiskan ribuan ringgit untuk mendapatkan susu badan hingga mendorong wanita untuk menjadi ibu susuan.

Perkembangan ganjil itu menyaksikan peningkatan orang dewasa membeli susu badan atau meminumnya terus dari ibu susuan atau selepas ia diperah.

Laporan perkhidmatan itu mencetuskan kemarahan di China dengan puluhan ribu menyelarnya dalam laman web Sino Weibo.

Menurut akhbar Southern Metropolis Daily, agensi pembantu rumah menawarkan khidmat ibu susuan untuk kanak-kanak baru lahir, pesakit atau sesiapa yang sanggup membayar 16,000 yuan (RM13,000) sebulan.


Pelanggan berkata, mereka inginkan nutrisi yang terkandung dalam susu itu.


“Pelanggan dewasa boleh minumnya seperti bayi atau dari pam payu dara jika mereka malu,” kata Lin Jun, pemilik syarikat yang menawarkan khidmat itu. - Agensi