Pages

Friday, September 12, 2014

Cungkil mata anak dengan sudu

Fernando Caleb Alvarado Rios
Fernando Caleb Alvarado
Mexico City: Sebuah keluarga dipenjara semalam kerana mencungkil mata seorang kanak-kanak berusia lima tahun dengan sudu ketika melakukan pemujaan setan.

Dalam kejadian itu, Fernando Caleb Alvarado Rios diarah menutup mata oleh ibunya di depan datuk, neneknya serta ibu dan bapa saudaranya sambil mereka menari mengelilinginya dan memuja syaitan.

Tetapi apabila Rios terlalu takut untuk melakukan apa yang disuruhnya, ibunya, Maria del Carmen Garcia mengambil sudu dan mencungkil mata kanak-kanak itu bersama-sama anggota keluarganya yang lain.

Mereka ditangkap apabila jiran yang mendengar bacaan mantera yang kuat dari rumah keluarga itu dan melihat kanak-kanak itu menjerit kesakitan.

Semalam, dua tahun selepas kejadian pada Mei 2012 itu, sebuah mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun ke atas setiap tertuduh.

Seorang saksi berkata: “Kami mendengar jeritan dan mengetuk pintu rumah itu.
Maria del Carmen Garcia Rios
Maria del Carmen Garcia


Tetapi tidak seorang pun membukanya.

Kami memanggil polis yang kemudian memecah pintu rumah itu.” Anggota polis, Benet Curiel memberitahu mahkamah, mereka menyaksikan lima orang dewasa berpakaian seperti syaitan mengerumuni kanak-kanak itu di dapur.

“Dua wanita terbabit berlumuran darah.


Kami terpaksa mengacu pistol untuk memaksa kumpulan itu melepaskan budak berkenaan sebelum memanggil ambulans.


Seorang daripada mereka memberitahu budak itu anaknya dan mengaku bertindak mencungkil mata mangsa,” kata Curiel.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/12

Salib diri selepas dipecat



Dipecat, sopir Paraguay jahit mulut dan paku tangan
Asuncion: Tiga pemandu bas di ibu negara Paraguay ini menyalib diri mereka sebagai sebahagian daripada mogok lapar selepas mereka dibuang kerja.

Elvio Cristaldo dan Eligio Martinez mengambil keputusan menyalib diri mereka di San Lorenzo,pinggir bandar raya Asuncion selepas dipecat kerana membantah waktu bekerja yang lebih singkat.

Rakan mereka, Clemente Lovera, selain menyalib dirinya, juga menjahit mulutnya dan enggan makan selagi dia tidak dibenar kembali bekerja.

Bapa dua anak itu bagaimanapun dipaksa menelan makanan cecair menerusi penyedut sambil dia baring bersama-sama dua bekas rakan setugasnya.

Cristaldo, 39, memberitahu radio tempatan: “Saya tidak akan menyerah walaupun tindakan ini sungguh menyakitkan.” Ketiga-tiga lelaki itu mengadakan tunjuk perasaan di dalam khemah berhampiran agensi Pengangkutan Kebangsaan Paraguay.



- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/12

Kucing terpaksa bersenam kerana obes



BULU King Leo yang tebal terpaksa dicukur bagi memudahkan ia berjalan.


NASHVILLE - Seekor kucing yang mempunyai masalah obesiti terpaksa menjalani latihan senaman menggunakan mesin treadmill untuk membantunya mengurangkan berat badan, lapor New York Daily News kelmarin.
Kucing berusia 10 tahun itu yang dikenali sebagai King Leo memiliki berat badan mencecah 14 kilogram (kg) dan hampir sukar bergerak akibat kegemukan.
Haiwan berkenaan kini ditempatkan di sebuah pusat penjagaan haiwan di bandar ini selepas ia dibuang oleh tuannya.
Pusat jagaan tersebut juga terpaksa mencukur bulu kucing berkenaan bagi memudahkan ia berjalan di atas mesin treadmill.
"King Leo suka berjalan di atas treadmill dan kami tidak menghadapi masalah untuk membantunya bersenam," kata seorang sukarelawan di pusat jagaan itu.
Selain jadual senaman yang ketat, diet pemakanan kucing itu juga dikawal untuk membantu ia mengurangkan berat badan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0912&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3D3EmyUSz 
Hakcipta terpelihara 

Kucing jalani rejim senaman turun berat badan

LAMPLEY memeluk King Leo yang kini menjalani rejim senaman dan diet bagi menurunkan berat badannya menggunakan terapi alat larian treadmill air. - AGENSI
NASHVILLE 11 Sept - Seekor kucing gemuk yang ditemui dalam keadaan selekeh ditinggalkan di tepi jalan, kini menjalani rejim senaman dan diet bagi menurunkan berat badannya menggunakan terapi alat larian treadmill air.
Akhbar Daily Mail melaporkan, King Leo seberat 13.6 kilogram itu ditemui dalam keadaan kotor setelah ditinggalkan di kaki lima sebatang jalan di Nashville, Tennessee oleh seorang pemandu lori.
Kucing baka Maine Coon berusia 10 tahun itu kemudian dibawa ke Pusat Penjagaan dan Kawalan Haiwan Metro sebelum dipindahkan ke Kedai Penyelamat Kucing yang bertindak mencukur bulu haiwan comel tersebut dan memperkenalkan rejim senaman bagi menurunkan berat badan kepada kucing berkenaan.
Seorang juruteknik veterinar, LaTisha Lampley, 34, bertindak memelihara kucing itu selepas menjaganya di pusat haiwan itu.
"King Leong seekor kucing yang menarik, periang dan penyayang. Ia sentiasa mahu bermain dan suka bergurau serta diusap perutnya," kata Lampley yang berasal dari Spring Hill, Tennessee.
Tahap kesihatan kucing itu kini dipantau dan setiap perkembangan terbaharu King Leo akan dimuat naik ke laman sosial Facebooknya, katanya.
"Sebaik-baik sahaja kami meletakkannya di dalam air, ia mula berjalan di atas treadmill seperti ia biasa melakukan senaman itu," katanya, yang turut menggabungkan rejim senaman dengan diet pemakanan yang ketat bagi membantu kucing itu menurunkan berat badannya dengan lebih berkesan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140912/lu_08/Kucing-jalani-rejim-senaman-turun-berat-badan#ixzz3D3DeAQ17
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wanita dikurung dalam tandas selama 3 tahun

WANITA yang dikurung suaminya dalam tandas menunjukkan tempt di mana dia dikurung. - AGENSI
MUMBAI 11 Sept. - Seorang wanita warga India berumur 25 tahun dikurung dalam tandas selama tiga tahun dan dihalang bertemu anaknya, semata-mata kerana dia melahirkan seorang anak perempuan.
Portal berita International Business Times melaporkan wanita yang namanya tidak didedahkan itu ditemui berpakaian koyak dan berkuku panjang, selain tidak boleh membuka matanya akibat silauan matahari.
International Business Times melaporkan wanita tersebut diselamatkan selepas polis memecah masuk tandas yang diubah suai itu di Darbhanga, timur Patna selepas bapanya membuat laporan polis.
Wanita itu didera sejak berkahwin pada 2010 selepas didakwa gagal membawa wang dan barangan hantaran yang mencukupi.
Apabila dia melahirkan anak, wanita itu telah dikurung oleh suaminya, Prabhat Kumar Singh.
Ketua Polis Darbhanga, Seema Kumari berkata, wanita itu tidak boleh membuka matanya akibat silauan matahari kerana dia dikurung dalam bilik yang sempit dan gelap selama tempoh yang lama.
"Mangsa juga tidak dibenarkan berjumpa dengan ibu bapa apabila mereka datang melawatnya," katanya.
Prabhat dan ibu bapanya, Dhirendra Singh dan Indra Devi kini ditahan polis untuk membantu siasatan berhubung kes itu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140912/lu_07/Wanita-dikurung-dalam-tandas-selama-3-tahun#ixzz3D3DEyQ35
© Utusan Melayu (M) Bhd