Pages

Friday, February 22, 2013

Tukang kasut derma RM 621,000 ke hospital pediatrik



PITTSBURGH - Seorang tukang kasut mengumpul hasil bayaran sebagai pengilat kasut selama 30 tahun untuk didermakan ke hospital pediatrik di Pittsburgh, Amerika Syarikat.
Albert Lexie berkata, sepanjang tempoh itu, beliau mengumpul AS$200,00 (RM621 000) sejak 1980-an dan mengenakan upah AS$1 (RM3) kepada pelanggan di hospital berkenaan.


“Kebanyakan pelanggan memberi bayaran lebih termasuk seorang doktor yang memberikan AS$50 (RM150) kepada saya ketika Krismas tahun lalu," katanya.

Dr Joseph Carcillo berkata, Lexie menderma lebih daripada satu pertiga gaji seumur hidupnya kepada Kumpulan Wang Hospital Penjagaan Percuma Kanak-kanak, bagi membantu ibu bapa yang tidak mampu untuk membayar kos perubatan anak mereka. - AP

Pelari maraton berusia 101 tahun berlatih di Hong Kong




FAUJA (kanan) berjoging bersama jurulatihnya, Harmander Singh di sebuah taman di Hong Kong semalam.


HONG KONG - Seorang pelari maraton kelahiran India yang berusia 101 tahun, Fauja Singh berjoging semasa dia berlatih di sebuah taman di sini semalam.
Dia yang kini menetap di Britain akan mengambil bahagian dalam perlumbaan maraton sejauh 10 kilometer pada Ahad ini.
Fauja akan bersara sebagai pelari maraton secara rasmi selepas mengambil bahagian pada pertandingan tersebut. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0222&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2LaYhba3q 
Hakcipta terpelihara 

Tukar tayar semasa kereta senget




TANGAN penumpang itu mengangkat tayar ketika kereta tersebut berada dalam keadaan senget.


LOS ANGELES - Satu rakaman klip video menunjukkan aksi seorang penduduk Arab Saudi menukar tayar bekalang semasa kereta yang dinaikinya bergerak dalam keadaan senget, lapor akhbar New York Daily News kelmarin.
Menurut akhbar itu, aksi tersebut dilakukan di sebuah lebuh raya di negara tersebut.
Seorang penumpang yang duduk di bahagian belakang membuka pintu dan menukar tayar kereta tersebut semasa ia berada dalam keadaan senget.
Klip tersebut dimuat naik pada 10 Februari lalu.
Dalam rakaman di YouTube itu, pelagak ngeri tersebut dilihat turut menanggalkan skru tayar dengan tangannya. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0222&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2LaXK5tbp 
Hakcipta terpelihara