Pages

Tuesday, March 29, 2011

10 SURAH MUJARAB


By Othman Tahir


1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca
Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman
tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah
ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan
izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17
kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.




2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati,
dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang
membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh
kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat
dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya
dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan
di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan
kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam
satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan
mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah
Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang
Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca
Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan.
Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan
selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat
Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat
Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali
dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam
hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna
Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-
isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara
(yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya
dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah
s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa
yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah
dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti
membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan
syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).
Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan
kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah
yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut
beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan
surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang
membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah,
antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-
Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-
Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut,
Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3
kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari
Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi
musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-
Ikhlas
 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-
Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau
lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati
yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam
gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari
kiamat
."

9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila
hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas
lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan
kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia,
hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3
hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan
dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia,
bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas
diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang
bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah
ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari
godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-
Nas ini juga adalah penerang hati

Tentera Libya, pemberontak bertempur di luar Sirte

BIN JAWWAD, Libya: Tentera pemberontak bertempur dengan tentera kerajaan di luar bandar kelahiran dan kubu kuat Muammar Gaddafi, Sirte, ketika wakil negara Barat dan Arab bersiap untuk bertemu di London bagi mencari jalan keluar untuk pemimpin Libya itu.


Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon, Setiausaha Negara Amerika Syarrikat, Hillary Rodham Clinton, Liga Arab, Kesatuan Afrika dan 40 menteri luar dijadualkan menyertai perbincangan itu bagi meningkatkan tekanan terhadap Gaddafi.
Menteri Luar Itali, Franco Frattini, berkata beberapa negara merancang untuk mengemukakan pelan yang mencadangkan gencatan senjata, hidup dalam buangan untuk Gaddafi dan rangka perbincangan antara ketua suku dan pembangkang berhubung masa depan negara itu.
Seorang daripada pegawai kanan Libya pula dilap0orkan melakukan "lawatan peribadi" ke Tunisia lewat malam tadi.


Tidak diketahui sama ada Menteri Luar Libya, Moussa Koussa, mahu berpaling tadah tetapi tindakan beliau itu meningkatkan kesangsian berhubung keutuhan kerajaan Gaddafi.


Berikutan serangan udara tentera antarabangsa sejak 19 Mac lalu, pemberontak Libya kini dalam kedudukan lebih kuat berbanding seminggu lalu dan sudah menawan semula semua wilayah yang jatuh ke tangan tentera Gaddafi, termasuk dua terminal minyak utama.


Namun, tentera pemberontak tidak memiliki senjata setanding tentera Gaddafi dan tidak jelas bagaimana mereka mahu menawan Sirte tanpa bantuan serangan udara agresif tentera antarabangsa.
Televisyen kebangsaan Libya pula melaporkan serangan udara terbaru NATO malam tadi mensasarkan "sasaran tentera dan awam" di bandar Garyan dan Mizda, tidak jauh dari Tripoli. - AP 

Tentera Bersekutu mahu pisahkan Libya kepada dua



ROM: Timbalan Menteri Luar Libya, Khaled Kaim mendakwa tentera Bersekutu berniat untuk memisahkan negara itu menjadi dua, demikian tuduhan terbaru rejim Muammar Gaddafi yang disiarkan stesen televisyen Itali, hari ini. 


“Taktik yang digunakan tentera Bersekutu kini lebih cenderung untuk memisahkan Libya kepada dua, bermula dengan Somalia baru, dan keadaan ini amat bahaya," katanya kepada rangkaian Rai Uno.
“Jika keadaan ini membawa kepada perang saudara, Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 1973 yang bermatlamat untuk melindungi orang awam adalah berlawanan dengan keadaan di Libya di mana ia membabitkan pembunuhan orang awam," katanya. - AFP

Pemberontak Yaman ikrar perbesar bantahan




BERSATU MELAUNGKAN PROTES: Pembantah antipemerintah Yaman menabik bagi memberi penghormatan bersama dalam satu perhimpunan yang menggesa penggulingan Presiden Saleh di pekarangan Universiti Sanaa, kelmarin. -- Foto REUTERS


SANAA: Para pemberontak jalanan yang dipimpin golongan belia menyuarakan kemarahan mereka terhadap insiatif pembaharuan yang diumum presiden Yaman kelmarin, dengan berikrar akan meningkatkan lagi demonstrasi mereka supaya menjadi satu persengketaan berskala lebih besar.
Mereka berkata mereka tidak akan meninggalkan 'Dataran Perubahan' di luar bangunan Universiti Sanaa di ibu kota Yaman kecuali Presiden Ali Abdullah Saleh meletak jawatan.'Kami tidak akan meninggalkan protes ini kecuali penzalim ini pergi bersama rejimnya yang rasuah, yang telah memusnahkan tanaman dan negara,' kata seorang pembantah bernama Mohamed Haidar kepada agensi berita Xinhua.Pemberontakan itu berlaku selepas pengumuman melalui stesen televisyen negara itu kelmarin mengenai keputusan terbaru parti memerintah pimpinan Encik Saleh bahawa beliau akan kekal sehingga 2013 dan membentuk sebuah pemerintah baru bagi melakar undang-undang perlembagaan dan pilihan raya baru.Seorang ibu yang menghadiri bantahan dekat Universiti Sanaa itu, Cik Om Mohamed, berkata: 'Kami bersumpah tidak akan pulang ke rumah sehingga Saleh diusir dan kami akan mendakwa dia kerana membunuh anak-anak dan suami-suami kami dalam kejadian penembakan pada 18 Mac lalu.'Kejadian di dataran itu mengorbankan 52 jiwa pemberontak, termasuk beberapa kanak-kanak, dan dianggap satu 'pembunuhan beramai-ramai' hingga menyebabkan beberapa pegawai tentera dan sekutu Encik Saleh berpaling tadah dan menyokong gerakan pemberontak.Sementara itu semalam Encik Saleh melantik Mejar Jeneral Ahmed Saeed bin Brik sebagai komander baru Tentera Kawasan Timur dan Briged Mika 27 Timur untuk menggantikan Mejar Jeneral Mohamed Ali Mohsen, yang mengisytiharkan beliau telah menyertai gerakan pemberontak, kata kementerian pertahanan Yaman.Beliau turut melantik Kolonel Hussein Mshaba sebagai komander Briged Infantri ke-15 di wilayah Amran, di utara negara itu, yang bermasalah, bagi menggantikan seorang lagi komander yang berpaling tadah. -- Agensi.

Pemberontak gagal tawan bandar kelahiran Gaddafi

BENGHAZI: Bandar Sirte, yang merupakan tempat kelahiran pemimpin Libya, Encik Muammar Gaddafi semalam gagal ditawan para pemberontak.
Ini meskipun pada awalnya pihak pemberontak mendakwa telah dapat menakluki bandar itu.'Sudah disahkan, Sirte telah jatuh ke tangan golongan prodemokrasi,' kata jurucakap pemberontak, Encik Shamsiddin Abdulmolah, pada awalnya.Beliau ditukil sebagai berkata para pemberontak tidak menghadapi tentangan hebat daripada pasukan pro-Gaddafi.Para pemberontak semakin bersemangat selepas bandar itu menjadi sasaran serangan udara daripada pasukan bersekutu antarabangsa malam kelmarin.Semalam, sembilan letupan kuat dilaporkan menggegarkan bandar Sirte itu, yang terletak 360 kilometer ke utara Tripoli itu.Sementara itu, tentera setia Encik Gaddafi turut bertempur dengan pihak pemberontak di tengah bandar Misrata semalam.'Sepanjang hari kami mendengar pertempuran antara pihak pemberontak dan tentera Gaddafi di sekitar jalan di Tripoli, di tengah bandar dan ia masih berlaku,' kata seorang pemberontak yang ingin dikenali hanya sebagai Sami.Kelmarin, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) bersetuju mengambil alih operasi ketenteraan di Libya.'Nato memutuskan untuk melaksana semua undang-undang yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi melindungi orang awam serta kawasannya daripada sebarang ancaman rejim Muammar Gaddafi,' kata pegawai Nato selepas mesyuarat bersama 28 ahli negara bersekutu.Berikutan itu, Nato mempunyai mandat untuk mengawal dan menentukan pergerakan operasi ketenteraan tersebut.Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Encik Robert Gates, berkata serangan udara tentera bersekutu telah 'melenyapkan' keupayaan Encik Gaddafi memindahkan senjata-senjata berat.Encik Gates turut menarik perhatian mengenai kemungkinan pemerintah Encik Gaddafi akan berpecah.Menurut beliau, satu persidangan antarabangsa di London yang dijadualkan hari ini akan membincangkan strategi politik bagi menamatkan pemerintahan 41 tahun Encik Gaddafi.Sebelum ini, Libya menuduh Nato membunuh rakyatnya sebagai sebahagian daripada rancangan sejagat untuk memalukan dan melemahkan negara itu.Ia mendakwa bahawa serangan tentera bersekutu telah mengorbankan lebih 100 orang awam.Tuduhan itu bagaimanapun dinafikan oleh Nato. -- AFP, AP, Reuters.

Kesan radiasi rendah pada air hujan di Massachusetts

BOSTON (Amerika Syarikat): Pegawai kesihatan berkata satu sampel air hujan di Massachusetts menunjukkan kesan radiasi rendah. Besar kemungkinan radiasi itu berpunca daripada loji tenaga nuklear Jepun yang meletup awal bulan ini.
Pesuruhjaya Kesihatan Awam Massachusetts, Encik John Auerbach, bagaimanapun berkata bekalan air minum di wilayah itu tidak terjejas dan para pegawai tidak menjangkakan sebarang masalah kesihatan.Sejauh ini, Nevada, California, Hawaii, Colorado dan Washington di Amerika telah melaporkan kewujudan kesan radiasi rendah ekoran insiden di Jepun.Para pegawai berkata kadar radiasi yang dikesan itu tidak menimbulkan sebarang kesan kesihatan.Jabatan Kesihatan Awam Massachusetts berkata sampel air hujan itu diambil minggu lalu, tanpa mendedahkan lokasinya.Di Nevada, kesan radiasi sangat rendah dikesan minggu ini, kata pengarah Program Pemantauan Sekitaran Masyarakat, Institut Penyelidikan Padang Pasir, Encik Ted Hartwell, yang yakin isotop radioaktif itu datang dari Jepun kerana jenis tersebut tidak pernah dikesan di Nevada sebelum ini.Pakar radiasi daripada Jabatan Kesihatan Negara Nevada, Encik Eric Matus, turut menarik perhatian radiasi yang dilepaskan di Jepun itu telah bergerak sejauh 16,000 kilometer merentasi Lautan Pasifik dan meluas di atmosfera.Disebabkan itu, kadarnya terlalu rendah untuk menimbulkan sebarang risiko kesihatan.Para saintis berkata mereka tidak terkejut isotop radiaktif dari Jepun dikesan di negara-negara barat.'Ia dibawa oleh angin dan bergerak merentasi lautan,' kata seorang saintis sekitaran, Encik Jeff Daniels. -- AP.

PBB didesak laksana gencatan senjata di Libya


JAKARTA 28 Mac – Indonesia dan beberapa negara lain mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melaksanakan gencatan senjata di Libya, lapor agensi berita China, Xinhua memetik seorang menteri hari ini.

Menteri Luar, Marty Natalegawa pada satu sesi Parlimen berkata, pendirian Indonesia jelas menentang keganasan digunakan dalam menyelesaikan masalah kerana ia akan menyebabkan banyak korban di kalangan orang awam.
‘‘Ketika ini, Indonesia dan beberapa negara di Ibu Pejabat PBB akan menghantar satu surat bersama kepada Presiden Majlis Keselamatan untuk melaksanakan gencatan senjata dan dialog politik antara pihak terlibat.
‘‘Kami telah mengambil usaha kukuh dengan menulis surat kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan beliau memberi maklum balas bahawa PBB menyokong pendirian Indonesia dan akan membuat susulan.
‘‘Bagaimanapun, semua usaha yang diambil tidak akan mencukupi tanpa mengadakan dialog politik,’’ katanya.
Pengerusi Suruhanjaya Parlimen I, Mahfud Siddiq berkata, setiap negara perlu belajar operasi ketenteraan oleh tentera Barat pada masa lalu supaya kejadian di Iraq tidak berulang.
‘‘Setiap negara perlu menyelesaikan masalahnya sendiri secara bebas tanpa campur tangan daripada mana-mana negara terutama campur tangan ketenteraan,’’ jelasnya. – Bernama

Lima artifak Mesir dijumpai semula

KAHERAH 28 Mac - Pasukan keselamatan menemui semula lima artifak yang dicuri dari Muzium Mesir semasa tercetus pemberontakan di negara ini sehingga membawa kepada penggulingan Presiden Hosni Mubarak pada 11 Februari lalu.
Majlis Antikuiti dalam kenyataannya semalam berkata, empat patung gangsa dewa purba Mesir dan sebatang cogan alam gangsa yang dicuri pada 28 Januari lepas telah dikembalikan kepada muzium tersebut, manakala 37 artifak lain masih hilang.
"Empat artifak yang ditemui semula itu dalam keadaan baik tetapi sebuah patung dewa berbentuk biri-biri jantan pecah kepada beberapa keping," menurut kenyataan itu.
Perompak menggeledah beberapa gudang di seluruh negara ini, termasuk sebuah gudang Muzium Mesir selepas pemberontakan yang menggulingkan Mubarak mencetuskan keadaan huru-hara serta kegiatan rompakan dan mencuri.
Minggu lepas seorang pegawai antikuiti berkata, 800 artifak yang dilarikan oleh perompak bersenjata dari sebuah gudang ke timur Kaherah masih hilang.
Kira-kira 300 artifak termasuk dari zaman Firaun, Rom dan Islam ditemui semula, katanya. - AFP

Bahrain nafi Kuwait jadi perantara


Penunjuk perasaan syiah di Bahrain mengibarkan bendera kebangsaan negara itu semasa pengebumian Hani Abdel Aziz, salah seorang penunjuk perasaan yang terbunuh dalam pertempuran dengan pihak berkuasa di Bilad al-Kadim di pinggir Manama pada 25 Mac lalu. - AFP


DUBAI 28 Mac - Menteri Luar Bahrain, Sheikh Khaled bin Ahmed bin Mohammed al-Khalifa hari ini menafikan Kuwait akan menjadi perantara untuk menyelesaikan krisis politik di Bahrain.
Kumpulan pembangkang Syiah utama di Bahrain, Wefaq semalam berkata, mereka akan menerima tawaran daripada Amir Kuwait, Sheikh Sabah al-Ahmad al-Sabah untuk menjadi perantara antara kerabat diraja Bahrain, al-Khalifa yang bermazhab Sunah dengan kumpulan-kumpulan pembangkang Syiah.
Sheikh Khaled di laman Twitter beliau berkata, tidak ada rancangan untuk mengadakan dialog yang diketuai oleh Kuwait.
"Sebarang kenyataan mengenai perantaraan Kuwait di Bahrain adalah tidak benar sama sekali, terdapat usaha sebelum ini (untuk berdialog) yang tidak dibalas, dan usaha itu berakhir dengan pelaksanaan Keselamatan Negara (undang-undang darurat)," katanya.
Pertubuhan serantau, Majlis Keselamatan Teluk (GCC) terdiri daripada Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menyambut baik langkah perantaraan itu, semalam.
"Kami berharap inisiatif ini adalah untuk kepentingan keselamatan dan kestabilan," kata Setiausaha Agung GCC, Abdulrahman al-Attiyah di Kuwait.
Akhbar Kuwait, al-Seyassah semalam berkata, satu delegasi Wefaq dijadual menemui ahli politik Kuwait termasuk Speaker Parlimen, Jassem al-Kharafi.
Awal bulan ini, pemerintah Bahrain menguatkuasakan undang-undang darurat di negara itu dan membawa masuk askar dari negara jiran di Teluk untuk menghentikan kekacauan prodemokrasi yang diketuai penunjuk perasaan Syiah.
Lebih 60 peratus rakyat Bahrain adalah penganut Syiah dan kebanyakan mereka berkempen menuntut sistem raja berperlembagaan, tetapi seruan puak pelampau supaya kerabat di raja digulingkan telah mencemaskan penduduk Sunah yang bimbang kekacauan hanya akan memenuhi kepentingan Iran, kuasa Syiah di seberang perairan Teluk. - Reuters
-utusan

Bacaan silap radiasi di loji nuklear Fukushima


Beberapa pekerja bertugas di bilik kawalan di reaktor No. 2 selepas bekalan elektrik berjaya disambungkan di loji nuklear Fukushima pada 26 Mac lalu. – REUTERS

TOKYO 28 Mac – Kesilapan operator loji nuklear Fukushima, Tokyo Electric Co. (TEPCO) semalam mengeluarkan bacaan radiasi yang salah membangkitkan kemarahan kerajaan Jepun.
Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano menyifatkan kesilapan itu sebagai ‘tidak boleh dimaafkan sama sekali’.
Kebakaran, letupan dan kebocoran radiasi telah berkali-kali memaksa jurutera menggantung kerja bagi mengawal loji enam reaktor di Fukushima, termasuk semalam apabila paras radiasi di reaktor No.2 dikesan melonjak terlampau tinggi.
TEPCO awal semalam melaporkan paras radiasi di reaktor tersebut adalah 10 juta kali melebihi normal, menyebabkan petugas lari meninggalkan unit itu.
Namun pegawai kemudian memohon maaf selepas mengakui mereka tersilap kira dan angka yang sangat tinggi itu tidak munasabah.
Beberapa jam kemudian, Naib Presiden TEPCO, Sakae Muto berkata, ujian baru mendapati paras radiasi 100,000 kali melebihi normal, jauh lebih baik daripada bacaan awal walaupun masih sangat tinggi.
“Saya akui pekerja di tapak loji semakin letih, tetapi ujian radiasi itu digunakan untuk mengambil pelbagai keputusan berhubung keselamatan, kerana itu kesilapan mengeluarkan bacaan tidak boleh dimaafkan sama sekali,” kata Edano yang merupakan ketua jurucakap kerajaan.
Kecairan sebahagian rod tenaga nuklear di dalam bekas reaktor itu menjadi punca paras radiasi sangat tinggi di reaktor No. 2, katanya.
Edano menggambarkan insiden itu sebagai ‘sangat malang’ tetapi berkata, lonjakan paras radiasi dipercayai terbatas di dalam bangunan reaktor. – Reuters

Pemberontak Libya tawan Sirte


Pemberontak melepaskan tembakan menggunakan senjata anti-pesawat ke arah pesawat pejuang tentera kerajaan Libya di Bin Jawad, kelmarin. – REUTERS

SIRTE, Libya 28 Mac – Bandar kelahiran pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, Sirte jatuh ke tangan pemberontak hari ini, selepas beberapa bedilan besar-besaran dilancarkan tentera bersekutu awal pagi ini, kata jurucakap pemberontak, Shamsiddin Abdulmolah.
“Saya mengesahkan bahawa Sirte telah ditawan,” katanya.
Terdahulu, sembilan letupan kuat dilapor menggegarkan bandar Sirte awal pagi ini yang dilancarkan selepas dua letupan kedengaran malam tadi di bandar ini yang dipercayai dilancarkan oleh tentera bersekutu.
Sirte yang terletak kira-kira 360 kilometer di timur Tripoli menjadi sasaran terbaru pemberontak prodemokrasi ketika kumpulan itu mara ke ibu negara Libya dari kubu kuat mereka, Benghazi.
Situasi di Sirte awal pagi ini sunyi dan lengang dan masih belum ada laporan mengesahkan sama ada serangan malam tadi mengakibatkan sebarang kerosakan.
Satu letupan kuat memecah kesunyian antara pukul 12.20 tengah hari hingga 12.35 tengah hari ini waktu Malaysia ketika pesawat perang berlegar-legar di ruang udara, sekali gus menunjukkan serangan dilancarkan tentera bersekutu.
Di Benghazi, pemberontak dilapor melepaskan tembakan ke udara sebagai tanda kemenangan selepas tersebar laporan menyatakan Sirte telah ditawan.
Saksi di Sirte berkata, letupan boleh didengar di bandar ini pada kira-kira pukul 6.30 pagi waktu tempatan, bagaimanapun tiada tanda-tanda menunjukkan pertempuran berlaku. – AP/AFP/Reuters

Kerajaan Libya isytihar genjatan senjata di Misrata

RABAT 29 Mac – Kementerian Luar Negara Libya mengisytiharkan genjatan senjata di Misrata hari ini, kata agensi berita tempatan merujuk kepada kawasan bandar di barat Libya.
“Kementerian Luar Negara...mengisytiharkan unit anti pengganas telah menghentikan serangan terhadap sasaran kumpulan pengganas.
“Bandar Misrata kini dalam keadaan selamat dan tenang di samping perkhidmatan awam sudah mula beroperasi untuk memberikan khidmat mereka kepada penduduk,” kata pihak kementerian yang dipetik oleh agensi berita Jana. – Reuters
-utusan

110 korban letupan diYaman

ADEN: Satu letupan di kilang senjata mengorbankan sekurang-kurangnya 110 orang dan mencederakan 90 yang lain, berhampiran Jaar, bandar di selatan Yaman, semalam.
Kejadian berlaku sehari selepas anggota kumpulan Al-Qaeda menceroboh kawasan berkenaan, kata pegawai kerajaan.


Sumber pasukan keselamatan berkata, letupan berlaku sejurus selepas berpuluh-puluh penduduk berada di dalam kilang itu bagi mencari senjata, sehari selepas serbuan dilakukan anggota Al-Qaeda. Punca letupan itu belum dapat dipastikan.


Kira-kira 30 lelaki bersenjata menceroboh masuk ke kilang itu, kelmarin dan tergesa-gesa meninggalkan tempat itu dengan empat kenderaan dipenuhi senjata, kata seorang saksi. Menurut sumber pasukan keselamatan, insiden letupan itu berlaku sejurus selepas kumpulan militan Al-Qaeda merampas kuasa di Jaar di wilayah Abyan. Kumpulan militan di negara itu mengambil kesempatan terhadap pergolakan yang berlaku untuk merampas kuasa di satu lagi bandar di selatan Yaman. Sementara itu residen Yaman, Ali Abdullah Saleh menarik balik tawaran untuk meletakkan jawatan hujung tahun ini dengan alasan ia akan mencetuskan huru-hara lebih buruk, sama dengan Somalia jika beliau berbuat demikian. - Reuters

Majlis Peralihan Kuasa bentuk Kabinet bayangan

BENGHAZI: Ketika pejuang pemberontak menawan semula satu demi satu bandar di barat, perwakilan pembangkang di Benghazi pula sibuk menubuhkan kerajaan bayangan bagi mengambil alih kuasa daripada Muammar Gaddafi.
Tugas itu bukan mudah.


Dikendalikan tokoh elit, kebanyakan mereka baru pulang dari pembuangan dan terpaksa berdepan dengan sentimen majoriti rakyat Libya, termasuk di luar negara.


Setakat ini, suara pembangkang Libya disatukan dalam Majlis Peralihan Sementara Kebangsaan (PTNC) yang dianggotai 31 ahli mewakili bandar utama di Libya.


Bagaimanapun, atas faktor keselamatan, hanya 13 nama dinyatakan kepada umum.


PTNC diketuai bekas Menteri Keadilan Libya, Mustapha Abdul Jalil, yang dilaporkan memperjudikan dirinya untuk jawatan itu.


Mustapha dibantu Abdul Hafiz Ghoqa yang turut bertindak sebagai jurucakap PTNC.


Penyelaras media PTNC, Mustapha Gheriani, berkata majlis itu dianggotai tokoh yang agak diyakini.


“Mereka tidak dilantik berdasarkan kemahiran yang ada, tetapi pada ketika ini hanya itu amalan demokrasi yang dapat kami laksanakan,” katanya.


Ahli jawatankuasa media PTNC, Iman Bugaighis, berkata mereka cuba sedaya-upaya mendapatkan keyakinan orang ramai melalui pentadbiran di bandar yang dikuasai pemberontak.


Kata doktor gigi itu, bulan lalu kakitangan awam mendapat gaji pada waktu sepatutnya.


“Kami cuba mengekalkannya bulan ini,” katanya.


Kini, katanya, PTNC cuba membentuk Kabinet, lengkap dengan kuasa menteri bagi mengadakan perbincangan dengan rakan sejawat dari negara luar.


“Kami perlukan sebuah badan yang lebih tersusun,” katanya. - AFP
-metro

Russia anggap serangan tentera Bersekutu langgar resolusi PBB

MOSCOW: Russia semalam berkata, serangan ke atas tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi sejak minggu lalu bercanggah daripada resolusi PBB.
Dalam kritikan terbaru Russia terhadap campur tangan tentera asing di Libya itu, Menteri Luar, Sergei Lavrov, berkata Resolusi 1973 diluluskan 17 Mac lalu bertujuan melindungi nyawa orang awam.


“Tapi ketika ini serangan itu nampaknya campur tangan asing dalam perang saudara di Libya dan tiada sesiapa menafikannya,” katanya.


Justeru, katanya, Russia melihat berlaku percanggahan di antara resolusi dengan pelaksanaan misi berkenaan.


Menurut Lavrov, Russia menganggap serangan tentera Bersekutu itu lari daripada matlamat asal resolusi Majlis Keselamatan PBB. Russia memiliki kuasa veto sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan PBB, tetapi mengambil sikap berkecuali ketika usul mengenai zon larangan terbang di Libya diundi baru-baru ini.


Melalui Resolusi 1973 itu, PBB membenarkan ‘segala cara digunakan’ bagi menguatkuasakan zon larangan terbang, sekali gus melindungi nyawa orang awam. - Reuters

Giliran Sirte ditawan?


TETAP BERSEMANGAT TINGGI...sekumpulan warga Libya yang masih setia kepada Gaddafi menari sambil melaungkan kata-kata semangat di depan Bab Al-Aziziyah yang menjadi kubu pemimpin Libya itu di Tripoli, semalam.
TETAP BERSEMANGAT TINGGI...sekumpulan warga Libya yang masih setia kepada Gaddafi menari sambil melaungkan kata-kata semangat di depan Bab Al-Aziziyah yang menjadi kubu pemimpin Libya itu di Tripoli, semalam.


SIRTE: Anggota militia yang setia kepada Muammar Gaddafi bersiap sedia menghadapi kemungkinan diserang, semalam, ketika konvoi pejuang pemberontak dilihat bergerak ke bandar tempat lahir pemimpin Libya berkenaan.
Menaiki lori pikap dilengkapi mesingan, pemberontak terbabit semakin mara ke arah Sirte yang terletak kira-kira 400 kilometer di timur Tripoli.


Perkembangan itu juga menunjukkan kemaraan berterusan pemberontak dari timur Libya selepas mereka menawan Ras Lanuf kelmarin.
Seorang wartawan berkata, dia melihat kenderaan pemberontak dipandu ke arah Bin Jawad, sebuah bandar pinggir laut di timur Sirte.


Sebuah bandar kecil dan usang yang diubah menjadi ibu negara kedua oleh Gaddafi, Sirte kelihatan tenang dengan tentera bertugas di pos kawalan.


Sesekali, anggota militia kelihatan melepaskan tembakan ke udara.
Anggota polis, Osama Nafaa, 32, berkata dia akan berjuang mempertahankan bandar itu jika diserang.


“Saya akan ke Bin Jawad untuk bertugas di barisan depan,” katanya.
Osama turut menunjukkan jaket kalis peluru dengan kesan darah daripada seorang tentera yang maut dalam pertempuran terdahulu.


Serangan udara tentera Bersekutu memudahkan kemaraan pemberontak melebarkan penguasaan mereka dari Benghazi.


Beberapa letupan turut kedengaran di Sirte semalam, dipercayai kesan serangan Bersekutu.


Sementara itu, pegawai kerajaan membawa wartawan melihat sebuah pelabuhan yang didakwa diserang tentera Bersekutu.


Katanya, tiga anak kapal awam maut dalam serangan tiga hari lalu. - Reuters

Aset Raja Badwi

align="center" cellpadding="0" cellspacing="0" class="tr-caption-container" style="margin-left: auto; margin-right: auto; text-align: center;">
Foto
Foto
ATAS dari kiri, Muhammad, Saif al-Islam, Saadi, Mutassim, Hanibal, Saif al-Arab, Khamis dan Aisha.


SUDAH pelbagai gelaran dilontarkan terhadapnya - 'Anjing Gila Asia Barat,' dan 'Pengganas.' Namun, ia sama sekali tidak pernah mencalar semangat pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang memerintah Libya, sebuah negara Afrika yang kaya hasil minyak, sehingga 42 tahun lamanya.
Malah, biarpun sudah berkuasa di negara yang berkeluasan 1.77 juta kilometer persegi itu, Gaddafi yang lebih terkenal sebagai pemimpin berpakaian unik ala jubah dengan topi pelbagai warna senada bajunya, seakan belum puas. Pernah beliau menghimpunkan semua ketua puak Afrika dan mengisytiharkan dirinya ‘Raja Segala Raja’ atau Raja Afrika.
Namun selepas sekian lama mengamalkan sikap ‘muka tebal’ dan meneruskan pentadbiran mengikut tindak tanduknya selain pernah dipulaukan kerana dituduh terbabit dalam keganasan, beliau kini parah dek tentangan rakyatnya sendiri sejak Februari lalu yang turut dikatakan hasil mainan tangan ghaib pihak Barat. Tentangan yang disusuli bedilan Tentera Bersekutu - Amerika Syarikat dan Eropah, Ahad lalu menerusi Operasi Odyssey Dawn atas alasan mahu memaksa Gaddafi menghentikan serangan terhadap rakyatnya sendiri. Antara yang terkorban termasuk anak lelakinya, Khamis yang turut memberi tamparan hebat kepada Gaddafi.

Rentetan peristiwa itu melonjakkan nama Gaddafi di persada antarabangsa yang sebelum ini suam-suam kuku. Bagaimanapun, selain mengenali dirinya sebagai pemimpin yang kini berdepan ujian paling getir, hakikatnya lelaki yang mengakui dirinya raja dua benua - Arab dan Afrika itu juga seperti insan lain, ada kehidupan peribadi dan keunikan yang menjadikannya istimewa berbanding pemerintah lain.

Pemilik nama asal Muammar Abu Minyar al-Gaddafi atau lebih dikenali Kolonel Gaddafi, dilahirkan pada 7 Jun 1942, di dalam khemah masyarakat Badwi di sebuah gurun di Sirte, sebuah bandar Meditterranean, 360 kilometer di timur Tripoli.

Beliau yang lebih sinonim dengan imej rambut lebat, berwajah serius, menduduki tampuk pemerintahan Libya selepas melancarkan rampasan kuasa tentera pada 1 September 1969 dengan menggulingkan Raja Idris. Gaddafi yang ketika itu baru berusia 27 tahun, mewujudkan Republik Arab Libya. Sepanjang tempoh 1970-an hingga 1980-an, kerajaannya dipinggirkan Barat kerana didakwa mengamalkan pelbagai kesalahan, termasuk keganasan dan membunuh pemimpin pembangkang serta mengumpul kekayaan bagi keluarganya.
Kekayaan melimpah ruah dimiliki pemimpin zalim ini dan keluarganya diketahui umum selepas banyak negara di serata dunia mula membekukan aset mereka yang nilainya mencecah berbilion dolar. Kerajaan Amerika Syarikat saja merampas kira-kira AS$30 bilion (kira-kira RM90 bilion) sementara Kanada membekukan RM7.26 bilion, Austria (RM5.14 bilion) dan United Kingdom kira-kira RM3 bilion. Aset yang dibekukan dikatakan hanya sebahagian kecil daripada nilai sebenar harta yang keluarga Gaddafi miliki di serata dunia.

Namun, selaras pergolakan di Libya, timbul persoalan - siapa bakal penggantinya? Gaddafi berkahwin dua - Fatiha dan Safiya Farkash dan mempunyai lapan anak iaitu tujuh lelaki dan seorang perempuan. Kebanyakan anaknya ini memainkan peranan penting mengawal negara di samping mempertingkatkan kekayaan keluarga mereka dengan ada di antaranya bakal pengganti Gaddafi.

Perkahwinan pertama pemimpin ini adalah bersama seorang guru, Fatiha. Malangnya, rumah tangga yang dibina hanya bertahan enam bulan dan hasil perkahwinan itu, mereka mendapat anak lelaki yang dinamakan Muhammad al-Gaddafi. Anak sulungnya itu menyandang jawatan ketua Jawatankuasa Olimpik Libya. Dari segi perniagaan pula, beliau mengetuai syarikat telekomunikasi awam yang mengawal penyedia perkhidmatan telefon dan komunikasi satelit di Libya. Muhammad yang berusia 41 tahun pernah bekerja sebagai saintis komputer.

Enam anak lain Gaddafi adalah dari perkahwinannya bersama Safia Farkash. Saif al Islam al Gaddafi, 39, anak sulung Gaddafi dan Safia, berkelulusan Sarjana London School of Economic, cukup fasih berbahasa Inggeris. Selepas menyambung pengajian dalam bidang seni bina dan ekonomi di Tripoli, Vienna dan London, beliau menubuhkan Yayasan Kebajikan dan Pembangunan Antarabangsa Gaddafi pada tahun 1999. Di samping itu, beliau turut terbabit dalam perniagaan. Saif pernah meninggalkan Libya pada tahun 2006 selepas mengkritik cara pemerintahan bapanya sendiri. Atas pendapat lantangnya itu, dunia barat menganggap beliau berpotensi menjadi pengganti bapanya sebagai pemimpin yang progresif. Namun, Saif kembali ke Libya pada tahun 2008 walaupun beliau menyatakan yang beliau tidak berminat untuk meneruskan legasi pemerintahan bapanya. Ketika pergolakan yang berlaku baru-baru ini, beliau muncul di televisyen dan meminta orang ramai untuk senyap.

Saadi, 38, anak ketiga, pernah menyertai akademi ketenteraan Libya dan berpangkat kolonel seperti bapanya. Ketika perang dengan puak Islamis Libya, beliau berperanan komander unit elit. Pada 2003, beliau ke Itali untuk berkecimpung dalam sukan bola sepak secara profesional. Beliau sebaliknya jarang diturunkan dan atas faktor itu, meninggalkan kerjaya berkenaan lebih awal. Saadi kemudiannya berkahwin dengan anak perempuan pegawai tinggi tentera dan menguruskan Persekutuan Bola Sepak Libya.

Seorang lagi anak lelaki Gaddafi yang disebut-sebut menggantikannya adalah anak keempat beliau, Mutassim Billah Gaddafi, 36. Seperti abangnya Saadi, Mutassim juga pernah mengikuti latihan ketenteraan di Libya dan Arab Saudi, malah beliau berpangkat Leftenan Kolonel dalam pasukan itu. Mutassim juga ke Arab Saudi dengan tujuan melakukan rampasan kuasa terhadap bapanya, namun Gaddafi memaafkannya. Kini, Mutassim menjadi Penasihat Keselamatan Antarabangsa Libya dan juga berkhidmat dalam Majlis Keselamatan Antarabangsa. Sebagai anak Gaddafi, Mutassim juga berkuasa untuk mempunyai angkatan tenteranya sendiri dan beberapa tahun kebelakangan ini, bapanya sering memberi kepercayaan kepadanya dalam menguruskan tugas politik dan diplomatik yang penting.

Antara ketujuh-tujuh anak lelaki pemimpin Libya ini, anak kelimanya, Hannibal Gaddafi, 34, adalah yang paling ‘nakal’ dan mungkin juga paling kasar. Wajah anaknya ini sering terpampang di dada akhbar dengan laporan mengenai kehidupan mewahnya serta kesalahan undang-undang termasuk dituduh memukul teman wanitanya di sebuah hotel di Paris. Hannibal juga pernah ditahan di Switzerland atas tuduhan mendera pembantu rumah di Geneva. Beliau turut digelar raja parti, termasuk sering menjemput artis ternama Amerika ke parti dianjurkannya.

Saif al-Arab Gaddafi, putera keenam Gaddafi agak kurang menjadi tumpuan media dan tidak banyak yang diketahui mengenainya. Usia Saif juga tidak dapat dipastikan, antara 23 hingga 32 tahun namun beliau dipercayai melanjutkan pengajian di Munich, Jerman dan menjalani kehidupan mewah di situ. Pada tahun 2008, beliau ditahan polis Jerman kerana bunyi bising yang dihasilkan kereta Ferrarinya.

Dalam kekalutan yang berlaku di Libya baru-baru ini, anak ketujuh Gaddafi, Khamis, 31, seorang anggota polis yang pernah menjalani latihan khas di Russia terkorban. Khamis dikatakan bertanggungjawab atas kekerasan terhadap penunjuk perasaan di Benghazi dan media melaporkan yang beliau terbunuh dalam kejadian serangan bunuh diri.

Satu-satunya anak perempuan Gaddafi iaitu Aisha al-Gaddafi, 35, berkhidmat sebagai seorang peguam. Jelitawan yang pernah menuntut di Tripoli dan Paris, adalah sebahagian kumpulan peguam bela bekas pemimpin Iraq, Saddam Hussein. Beliau berkahwin dengan sepupu sebelah keluarga bapanya dan mewujudkan pertubuhan kebajikan di Libya. Media Arab menggelar Aisha ‘Claudia Schiffer Afrika Utara’ kerana beliau sering mewarnakan rambutnya perang keemasan. Pun begitu, beliau jarang menampilkan diri di khalayak umum walaupun pernah dilantik sebagai duta muhibah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Begitulah meriahnya keluarga Gaddafi yang seperti pelbagai koleksi pakaiannya yang sering menjadi perhatian, kisah anak-anaknya juga menjadi tumpuan kerana bakal menyambung legasi pemimpin Libya ini. Apa yang pasti, dunia pasti terus menyoroti nasib Raja Afrika ini dan penghujung pertelingkahannya dengan Barat dan terus kekal bergelar pemimpin Libya.

Dikawal pasukan perawan

ANTARA keunikan lain Muammar Gaddafi adalah sentiasa dikelilingi kumpulan pengawal peribadi wanitanya yang digelar ‘Amazonian Guard.’ Kadangkala, mereka juga digelar biarawati untuk revolusi Gaddafi.

Sejak awal 1970-an, kira-kira 40 wanita melindungi dan segelintir daripadanya menjadi penampan tembakan yang ditujukan kepada pemimpin diktator paling lama memerintah ini.

Dilaporkan, kumpulan pengawal peribadi wanita ini sudah bersumpah taat setia kepada Gaddafi, termasuklah ikrar untuk mempertahankan dara atau perawan mereka. Apa yang pasti, kehadiran mereka bukan sekadar perhiasan semata-mata apabila seorang daripadanya maut dan dua lagi tercedera ketika melindungi Gaddafi.

Malah, walaupun pekerjaan ini berbahaya, mereka tetap setia hampir empat dekad melindungi Gaddafi.

Tidak sekadar berbekalkan kemahiran beraksi, menariknya, mereka selalu mengenakan pakaian cantik, kuku yang diwarnakan, mekap tebal serta berkasut tumit tinggi.

Selain melindungi Gaddafi, termasuk ke luar negara, mereka turut berperanan sebagai dayang apabila sering dilihat melayan pemimpin itu di meja makan.

“Mempunyai pengawal peribadi wanita adalah satu daripada perkara yang diingati mengenai Gaddafi. Sukar untuk memberi penerangan rasional mengenainya, selain daripada lumrah pemimpin itu yang mahu dilihat lain daripada lain,” kata Penganalisis Risiko Global dari Eurasia Group, Mohammed el Katiri. 

Pemberontak Libya terus mara



 PENENTANG Gaddafi lalu dekat senjata pelancar roket askar kerajaan yang terbakar di Ras Lanuf.

PENENTANG Gaddafi lalu dekat senjata pelancar roket askar kerajaan yang terbakar di Ras Lanuf.
BIN JAWAD: Penentang pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mara ke tempat kelahiran pemimpin mereka di Sirte semalam, dengan menaiki trak pikap yang dilengkapi dengan mesingan, selain merancang untuk terus ke ibu negara, Tripoli. 


Russia mengkritik serangan udara diketuai Barat yang membawa Libya kepada konflik sambil menyifatkan ia membawa kepada satu perang saudara dan melanggar syarat resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Qatar menjadi negara Arab pertama mengiktiraf pemisah yang kini memasuki minggu keenam menentang pemerintahan Gaddafi selama 41 tahun, sebagai wakil tunggal sah penduduk Libya.
Stesen Al Jazeera kemudian melaporkan, pemisah merampas bandar Nawfaliyah dari tentera yang setia kepada Gaddafi sebelum meneruskan kemaraan ke barat dan menawan Sirte manakala agensi lain melaporkan kota berkenaan masih dalam kawalan tentera. 


Dengan bantuan serangan udara tentera Barat terhadap tentera Gaddafi, pemberontak kembali mengawal terminal minyak utama di timur bagi negara anggota OPEC terbabit. 


“Kami mahu ke Sirte hari ini. Saya tidak tahu sekiranya ia akan berlaku,” kata seorang pemisah, Marjai Agouri ketika beliau menunggu bersama 100 yang lain di luar Bin Jawad bersama tiga pelbagai pelancar roket, enam senjata anti pesawat udara dan kira-kira sedozen trak pikap dilengkapi dengan mesingan. 


Seorang wartawan agensi berita yang berada kira-kira 15 kilometer ke barat Bin Jawad dalam perjalanan ke Nawfaliyah mendengar satu letupan bom di jalan. 
“Ini adalah barisan depan. Tentera berhenti di hadapan sana, kami berhenti di sini,” kata Mohammed al-Turki, 21, seorang pejuang di satu pusat pemeriksaan pemisah, memberitahu Reuters sambil menunjuk ke arah jalan di mana kedengaran bunyi letupan. 


Serangan udara diketuai tentera Barat bermula 19 Mac lalu, kira-kira dua hari selepas Majlis Keselamatan PBB meluluskan ‘semua langkah perlu’ untuk melindungi penduduk awam dari tentera Gaddafi. 


Tetapi misi terbabit berhadapan dengan persoalan dari pengkritik mengenai skop dan sasarannya termasuk sejauh mana ia akan memihak kepada pemisah atau sama ada ia mensasarkan Gaddafi sendiri. 


Russia yang berkecuali dalam undian PBB berkata, serangan Barat terhadap tentera Gaddafi menambahkan lagi kemaraan pemisah. 


“Kami menyifatkan campur tangan NATO sebagai tidak mematuhi resolusi Majlis Keselamatan PBB,” kata Menteri Luar, Sergei Lavrov pada sidang media. – Reuters/Agensi 

Pekerja loji nuklear Jepun cabut lari




Kasut wanita turut diperiksa kemungkinan terkena bahan radioaktif  di sebuah pusat pemindahan di  Fukushima.
Kasut wanita turut diperiksa kemungkinan terkena bahan radioaktif di sebuah pusat pemindahan di Fukushima.


Tidak sedar bacaan radioaktif 10 juta adalah silap hingga gagal ukur tahap kali kedua


TOKYO: Pengendali loji nuklear Daiichi di Fukushima, Tokyo Electric Power Company (TEPCO) semalam memohon maaf berikutan kesilapan bacaan tahap radiasi berikutan kebocoran di loji terbabit yang dikatakan 10 juta kali lebih tinggi sedangkan parasnya 100,000.
Jurucakap TEPCO Takashi Kurita berkata seorang pekerja di loji itu mengukur bacaan dari sistem pendingin di reaktor nombor 2 lari selepas melihat kadar terlalu tinggi hingga tidak mengambil bacaan kedua.
“Angka itu tidak tepat dan kami amat kesal kesilapan ini,” katanya. Laporan mengelirukan itu menyebabkan kegemparan dan meningkatkan kebimbangan di wilayah yang belum pulih daripada bencana gempa bumi dan tsunami 11 Mac lalu.


Terbaru, TEPCO mengakui cecair raioaktif sudah bocor dari reaktor Fukushima manakala pertubuhan Greenpeace menyatakan ia sudah mengesan paras tinggi radiasi di luar zon keselamatan manakala China menjadi negara terbaru mendedahkan pencemaran radiasi di wilayah utaranya, Heilongjiang, selepas Amerika dan Iceland.


Berikutan itu, pakar memberi amaran bahawa Jepun menghadapi masalah berpanjangan menyekat pencemaran radiasi itu.


“Sebuah negara tidak mampu menguruskannya. Ia memerlukan campur tangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
“Pada pandangan saya, perkara ini lebih penting daripada zon larangan terbang Libya,” kata Najmedin Meshkati dari Universiti Southern California.


Turut menambah kebimbangan, satu lagi gempa bumi melanda lewat semalam pada kekuatan 6.5 skala Richter meskipun tiada kematian atau kemusnahan dilaporkan.


Timbalan Presiden TEPCO, Sakae Muto yang memaklumkan bacaan radiasi dalam satu taklimat juga memohon maaf berikutan kesilapan bacaan itu.


TEPCO melaporkan paras radiasi melebihi 1,000 millisieverts sejam ditemui di permukaan air di kawasan luar reaktor dan bacaan ini adalah sama dengan tahap yang ditemui kelmarin.


Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika menyatakan satu dos 1,000 millisievert sudah cukup untuk menyebabkan pendarahan.


Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Kabinet dan jurucakap kerajaan Jepun, Yukio Edano, berkata kesilapan bacaan yang dinyatakan di loji berkenaan ‘benar-benar tidak boleh dimaafkan’.


“Walaupun saya mengetahui pekerja di loji itu mungkin keletihan, ujian paras radiasi ini amat penting kerana ia akan digunakan sebagai landasan kepada langkah keselamatan yang akan diambil. Kesilapan ini tidak boleh dimaafkan,” katanya. – Reuters/Agensi
-bharian

Kuda paling kerdil di dunia


EINSTEIN berada dekat dengan seekor kuda normal di New Hampshire, Amerika Syarikat baru-baru ini.


NEW HAMPSHIRE - Seekor kuda kerdil, Einstein yang merupakan kuda paling kecil di dunia akan menyambut hari ulang tahun kelahiran yang pertama pada bulan depan, lapor sebuah akhbar semalam
Einstein yang hanya mempunyai ketinggian 50.8 sentimeter dan ia menjadi tarikan kerana kuda kerdil yang normal yang lahir akan mempunyai purata tinggi 0.53 meter.
Bagaimanapun, pihak Guinness World of Records tidak akan mengiktiraf Einstein menjadi kuda kerdil paling kecil di dunia selagi haiwan itu belum berumur empat tahun.
"Namun, kami berdua yakin ia (Einstein) sudah berhenti pembesarannya," kata pemilik kuda kerdil itu, Charlie Cantrell dan Rachel Wagner di ladang milik mereka di Barnstead.
Ibu kuda itu setinggi 81.3 sentimeter manakala bapa haiwan itu mempunyai ketinggian 76.2 sentimeter.
Kuda itu dibeli oleh pemiliknya daripada seorang pembiak kuda kerdil. - Agensi

Qatar iktiraf majlis pemberontak Libya

DOHA - Qatar semalam menjadi negara kedua selepas Perancis mengiktiraf majlis pemberontak Libya sebagai wakil tunggal yang sah negara itu sehari setelah majlis tersebut mengumumkan satu kontrak minyak dengan Doha dimeterai.
Majlis Peralihan Kerajaan Sementara Kebangsaan (PTNC) mendakwa mewakili Libya dan rakyatnya selain mengumpulkan wakil-wakil dari seluruh negara itu yang diterima oleh rakyat.
Majlis itu disertai oleh 31 orang yang mewakili bandar-bandar utama di negara Afrika Utara itu.
Majlis itu sudah menandatangani satu kontrak dengan Qatar untuk memasarkan minyak mentah dan menjangkakan pengeksportan minyak akan dilakukan dalam tempoh kurang seminggu, jelas wakil pemberontak, Ali Tarhoni yang bertanggungjawab berhubung isu ekonomi, kewangan dan minyak.
"Kami menghubungi syarikat minyak Qatar dan mereka bersetuju untuk mengambil semua minyak yang dieksport dan memasarkan komoditi tersebut bagi pihak kami," kata Ali. - AFP
-kosmo

Kos perangdi Libya akan mencecah RM3.02b



RICHMOND - Kos serangan Amerika Syarikat (AS) yang mengetuai serangan ke atas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi akan mencecah AS$1 bilion (RM3.02 bilion) walaupun konflik itu disifatkan bukan satu kepentingan kepada negara kuasa besar tersebut.
Wang itu digunakan untuk memusnahkan kemudahan pertahanan udara Gaddafi selain mengebom kereta kebal dan menguatkuasakan zon larangan terbang yang diluluskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Para pemimpin menjangka berdepan tugas sukar untuk meyakinkan Kongres AS bagi memperoleh dana tambahan.
"Ada yang menyatakan kos hanya ratusan juta dolar. Namun, siapa tahu berapa lama perang ini akan berterusan," jelas Senator AS, Richard Lugar dalam program Meet The Press terbitan stesen televisyenNBC pada Ahad lalu.
Kos operasi di Libya dijangka meningkat dengan pantas. Misalnya, kos peluru berpandu Tomahawk yang dilancarkan dari kapal dan kapal selam berharga sekurang-kurangnya AS$1 juta (RM3.02juta) setiap satu.
Jet pejuang F-15 Eagle milik AS yang terhempas pada minggu dilaporkan berharga AS$30 juta (RM90.82 juta).- Agensi

Pemberontak marake bandar kelahiran Gaddafi


ANGGOTA-ANGGOTA pemberontak melepaskan bedilan mortar ke arah tentera pemimpin Muammar Gaddafi dekat bandar Bin Jawad semalam.

BIN JAWAD, Libya - Anggota-anggota pemberontak yang mara untuk menawan bandar kelahiran Muammar Gaddafi, Sirte semalam melepaskan tembakan mortar semasa bertempur dengan tentera pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.
Para pemberontak itu menaiki sejumlah trak yang dilengkapi mesingan berkuasa tinggi.
Kumpulan itu diserang hendap tentera Gaddafi menyebabkan mereka berundur buat seketika.
Bagaimanapun, anggota-anggota tersebut membentuk semula kumpulan bagi menuju ke bandar Sirte.
"Kami berjuang menentang tentera Gaddafi. Kami mara satu hingga dua kilometer pada satu-satu masa," kata seorang anggota pemberontak, Khalif Ali, 22, di bandar Harawah.
Bagaimanapun, kemaraan pantas tentera pemberontak sejak Sabtu lepas dibimbangi akan menyebabkan mereka berdepan masalah bekalan yang tidak mencukupi.
"Kami berdepan masalah kekurangan petrol yang serius," kata seorang pejuang yang menunggu untuk mengisi minyak di bandar petroleum Ras Lanuf.
Terdahulu, stesen televisyen Al Jazeera melaporkan, pihak pemberontak menawan bandar Nawfaliyah, 20 kilometer dari sini, daripada tentera yang setia kepada Gaddafi.
Perkembangan itu menunjukkan pihak pemberontak kini berada 120 kilometer dari bandar kelahiran pemimpin Libya itu.
Seorang wartawan agensi berita Reuters, Michael Georgy melaporkan setakat semalam, situasi Sirte aman tanpa tanda-tanda berlakunya pertempuran.
Sebagai bandar kelahiran Gaddafi dan pangkalan tentera, Sirte yang terletak di antara kubu pemberontak di bandar Bengazhi dan ibu kota Libya, Tripoli, mempunyai nilai strategik serta simbolik kepada kedua-dua belah pihak.
Sekiranya bandar itu jatuh ke tangan pemberontak, mereka mendapat kemenangan psikologi yang akan memudahkan laluan mereka untuk menawan Tripoli.
Dalam perkembangan berkaitan, Rusia mengkritik serangan udara Barat yang telah mengubah arus konflik di Libya.
Rusia menyatakan, serangan-serangan udara itu menandakan Barat berpihak kepada pemberontak dalam perang saudara di Libya sekali gus melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Sebelum ini, PBB meluluskan serangan udara bagi menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya bertujuan untuk melindungi orang awam daripada menjadi mangsa jet-jet pejuang Gaddafi.
Sementara itu, menjelang rundingan 35 buah negara di London hari ini, Itali mengusulkan satu penyelesaian politik bagi menamatkan krisis di Libya.
Cadangan itu antara lain melibatkan satu gencatan senjata segera, suaka politik kepada Gaddafi dan dialog antara pemberontak dengan ketua-ketua suku kaum di Libya.
Krisis di Libya bermula pada 15 Februari lalu apabila rakyat bangkit menentang Gaddafi bagi menuntut pembaharuan ke arah demokrasi.
Gaddafi memerintah negara itu sejak 1969 selepas melakukan rampasan kuasa ke atas Raja Idris yang ketika itu berada di luar negara untuk mendapatkan rawatan perubatan.- Agensi