Pages

Wednesday, May 15, 2013

Gempa 7 skala Richter di Kepulauan Mariana Utara



SYDNEY 14 Mei - Satu gempa bumi berukuran 7 pada skala Richter melanda kawasan berhampiran Kepulauan Mariana Utara di barat Lautan Pasifik, hari ini, tanpa menimbulkan ancaman tsunami.
Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa pada kedalaman 603 kilometer iaitu 42 kilometer barat Agrihan dan 395 kilometer utara Kepulauan Saipan disifatkan ahli seismologi terlalu dalam untuk mengakibatkan sebarang impak.
"Orang ramai boleh merasai gegaran kecil akibat gempa itu namun kawasan berkenaan agak kurang penduduk," kata ahli seismologi Geosains Australia, David Jepson. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130514/lu_06/Gempa-7-skala-Richter-di-Kepulauan-Mariana-Utara#ixzz2TJtGhujZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Gunung berapi meletus di Mexico



SANTIAGO XALITZINTLA: Gunung berapi Popocatepetl meletus selama beberapa hari menyebabkan pihak berkuasa membuat persiapan untuk memindahkan penduduk ke tempat lebih selamat.

Bagaimanapun, penduduk di situ sudah biasa dengan keadaan terbabit dan masih meneruskan aktiviti harian mereka seperti biasa.
Pusat Pencegahan Bencana Kebangsaan berkata, Popocatepetl bermaksud "gunung berasap" dalam dialek Aztecs melepaskan banyak asap, gas dan debu yang dapat dilihat sejauh tiga kilometer. - AFP

Ular sawa 50kg baham lembu, ayam ditangkap




DUA belas anggota JPAM memegang ular sawa sepanjang 6.7 meter yang ditangkap di Manjung, Perak semalam.


MANJUNG - Misteri Kehilangan beberapa ekor lembu dan ayam milik penduduk Kampung Batu Hampar Dalam, Taiping akhirnya terjawab dengan tertangkapnya seekor ular sawa sepanjang 6.7 meter semalam.
Ular sawa yang sedang membelit seekor anak lembu itu ditangkap oleh anggota Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM) bersama penduduk kampung.
Menurut jurucakap JPAM Manjung, Koperal Ahmad Zamberi Bahari, pihaknya bergegas ke kampung berkenaan selepas mendapat panggilan daripada penduduk.
Ujarnya, mereka mengambil masa setengah jam untuk menangkap ular sawa tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2TJ89saJC 
Hakcipta terpelihara 

Kereta sport Maserati dimusnahkan




BEBERAPA lelaki memusnahkan sebuah kereta Maserati di depan kawasan Pameran Kereta Antarabangsa di Qingdao, China semalam.- REUTERS


QINGDAO, China - Sebuah kereta sport Maserati dimusnahkan oleh beberapa orang lelaki selepas diarahkan oleh pemiliknya di depan kawasan Pameran Kereta Antarabangsa di sini semalam.
Kereta yang berharga AS$423,280 (RM1.26 juta) itu dimusnahkan selepas pemiliknya kecewa dengan perkhidmatan selepas jualan yang ditawarkan di sebuah pusat penjualan kenderaan tersebut.
Menurut agensi berita Xinhua, pihak pengurusan pusat penjualan kenderaan itu sebelum ini membaiki kereta tersebut dengan menggantikan alat ganti yang lama.
Bagaimanapun, alat ganti lama itu dijual pada harga yang sama dengan alat ganti baharu.
Ekoran itu, pemilik kereta Maserati buatan Itali tersebut meminta beberapa lelaki memusnahkan kereta berkenaan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_10.htm#ixzz2TJ6uYCrR 
Hakcipta terpelihara 

Sekolah ditutup kerana menuai tumbuhan 'viagra' di Nepal




GAMBAR fail menunjukkan beberapa penduduk mengutip tumbuhan Yarshagumba di daerah Dolpa, Kathmandu.- AFP


KATHMANDU - Sejumlah sekolah di pedalaman Nepal lengang dan sesi persekolahan terpaksa dihentikan selepas para penduduk keluar menuai tumbuhan yang didakwa boleh menguatkan tenaga batin di kawasan berbukit, kata beberapa pegawai semalam.
Ibu bapa, pelajar-pelajar serta para guru meninggalkan rumah masing-masing untuk menuai tumbuhan itu yang dikenali sebagai Yarshagumba yang mampu menguatkan tenaga seks.
Tumbuhan itu diberi nama jolokan sebagai viagra Himalaya
"Di daerah Jajakot sahaja, sekitar 8,000 pelajar tidak hadir ke sekolah," kata seorang pegawai di sebuah pejabat pelajaran daerah itu, Prakash Subedi.
Menurutnya, sekolah-sekolah terpaksa ditutup kerana tiada pelajar yang datang.
Beliau berkata, para guru turut mencari tumbuhan berkenaan.
Sebahagian penduduk kampung di Nepal berkumpul di kawasan padang rumput yang tinggi pada setiap musim bunga untuk mengutip tanaman bernilai itu.
Tanaman tersebut mendapat permintaan tinggi di China dan negara Asia lain dan harganya boleh mencecah AS$11,500 (RM34,356) setiap 450 gram.
Pada tahun 2011, mahkamah Nepal menjatuhkan hukuman penjara ke atas 19 lelaki yang didapati bersalah membunuh sekumpulan pekebun ketika tercetus pergaduhan merebut hak mengutip tumbuhan itu empat tahun lalu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2TJ56411z 
Hakcipta terpelihara 

China berusaha selamatkan oasis berusia 2,000 tahun




GAMBAR yang dirakamkan pada 12 Mei lalu menunjukkan Tasik Bulan Sabit di Dunhuang. - AFP


BEIJING - Pemerintah China berusaha untuk menyelamatkan sebuah oasis yang berusia 2,000 tahun yang terletak enam kilometer dari bandar Dunhuang, selatan China.
Oasis yang merupakan kawasan berair di sebuah kawasan padang pasir itu kini dalam bahaya kerana ia boleh ditimbus dengan pasir.
Kawasan oasis itu dikenali sebagai Tasik Bulan Sabit kerana bentuknya seperti bulan sabit.
Paras air di kawasan berkenaan surut sejak beberapa dekad lalu sebelum pihak pentadbiran tempatan mula bertindak memasukkan air ke dalam tasik tersebut pada tahun 2006. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2TJ4Bd9qP 
Hakcipta terpelihara 

Angkasawan selebriti mendarat




MARSHBURN (kanan), Romanenko (tengah) dan Hadfield duduk semasa sesi bergambar selepas mereka selamat mendarat.- AP


MOSCOW - Seorang angkasawan Kanada, Chris Hadfield yang membuat rakaman muzik video di dalam Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISSA) telah kembali ke bumi bersama dua angkasawan lain semalam.
Sebelum ini Hadfield menjadi selebriti dunia menerusi laman Twitter miliknya selepas dia merakamkan gambar dan aksinya di dalam ISS.
Hadfield selamat mendarat di kawasan padang rumput di Kazakhstan bersama seorang angkasawan Amerika Syarikat, Tom Marshburn dan seorang lagi dari Rusia, Roman Romanenko.
Mereka menaiki kapsul Rusia, Soyuz-TMA yang berlepas dari ISS pada awal pagi semalam.
Stesen televisyen Rusia turut menyiarkan pendaratan kapsul Soyuz itu.
Ketiga-tiga angkasawan itu kemudiannya dikeluarkan dari kapsul oleh anggota-anggota pasukan penyelamat.
Ketika berada di ISS, Hadfield membuat rakaman muzik video yang menunjukkan dia bermain gitar dengan menyanyi lagu David Bowie yang berjudul Space Oddity.
Rakaman itu juga disiarkan di laman YouTube. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2TJ3vWJ90 
Hakcipta terpelihara