Pages

Friday, July 31, 2015

Panda tipu hamil nak layanan istimewa

Taipei: Seekor panda di sebuah zoo di sini, berpura-pura hamil kerana mahu dipindahkan ke tempat kurungan lebih baik pada musim panas ini.
Yuan Yuan, satu daripada dua panda yang dihadiahkan kepada Taiwan oleh kerajaan China pada 2008 sebelum ini menunjukkan tanda hamil, termasuk hilang selera makan dan rahimnya yang semakin menebal sejak 11 Jun.
Bagaimanapun, pakar panda dari China yang melakukan pemeriksaan ultrabunyi terhadap panda itu mendapati Yuan Yuan tidak hamil, menurut Agensi Berita Pusat Taiwan.
Panda berusia 11 tahun itu menjalani permanian berhadas pada 26 dan 27 Mac lalu, menurut jurucakap zoo.
Tanda-tanda kehamilan mula hilang dengan tahap selera makan dan tingkah laku Yuan Yuan kembali normal selepas dia ditempatkan di dalam kurungan lebih baik.
Panda yang hamil di zoo itu dipindahkan ke tempat kurungan khas yang dilengkapi pendingin udara, menerima bantuan tambahan ketika makan dan diberi tumpuan sepanjang masa.
Penyelidik percaya Yuan Yuan, selepas meneliti perubahan dalam layanan yang diterimanya ketika hamil pada Julai 2013, menunjukkan tingkah laku serupa ketika hamil supaya dia boleh ditempatkan dalam kurungan berhawa dingin ketika musim panas.
Penyelidik bagaimanapun, tidak dapat menjelaskan bagaimana rahim Yuan Yuan boleh menebal.
Bagaimanapun, ini bukan kes pertama.
Beberapa bulan lalu, panda bernama Ai Hin memperdaya pegawai di Pusat Kajian Pembiakan Chendu dengan berpura-pura hamil untuk mendapatkan layanan istimewa.
Pegawai sebelum itu merancang mengadakan siaran secara langsung menerusi televisyen untuk menyiarkan saat Ai Hin melahirkan anak. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Julai 2015 @ 6:48 AM


YUAN YUAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/67201#sthash.s3di4z0N.dpuf

India bakal jadi negara paling ramai penduduk di dunia


NEW YORK 30 Julai – India bakal mengenepikan China sebagai negara paling ramai penduduk di dunia menjelang 2022 dan populasi dunia dijangka mencapai jumlah 9.7 bilion menjelang 2050, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Infografik Populasi Dunia
Menurut bancian pada 2013, India mempunyai 1.225 bilion penduduk berbanding China yang mempunyai 1.357 bilion penduduk.
Laporan tersebut menyebut, jumlah keseluruhan manusia di bumi dijangka meningkat sebanyak 2.4 bilion daripada 7.3 bilion penduduk pada masa kini.
Malah PBB menjangkakan, jumlah berkenaan akan meningkat sehingga 11.2 bilion menjelang 2100 dan menyaksikan Nigeria mempunyai lebih ramai penduduk berbanding Amerika Syarikat (AS) pada 2050.
Tambah laporan tersebut, separuh daripada peningkatan itu tertumpu di India, Nigeria, Pakistan, Republik Demokratik Congo, Ethiopia, Republik Tanzania, AS, Indonesia dan Uganda.
Menurut Pengarah Bahagian Populasi Jabatan Ekonomi dan Hal Ehwal Sosial PBB, John Wilmoth, peningkatan mendadak jumlah penduduk dunia, kebanyakannya berlaku di negara-negara miskin disebabkan kadar kelahiran yang tinggi.
“Peningkatan penduduk di negara miskin memberi cabaran besar untuk menghapuskan isu kemiskinan, ketidaksamaan, kelaparan dan masalah kekurangan zat makanan dalam kalangan penduduk.
“Selain itu, sistem pendidikan dan kesihatan perlu ditingkatkan dan diperluaskan bagi memastikan agenda pembangunan di negara terbabit berjalan lancar,” katanya seperti dilaporkan portal Mail Online.
Keputusan kajian itu disiarkan oleh PBB menerusi laporan bertajuk, Time for Global Action for People and Planet, yang dijalankan sejak 2010 menerusi bancian penduduk di seluruh dunia, selain tinjauan demografi dan kesihatan, baru-baru ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/india-bakal-jadi-negara-paling-ramai-penduduk-di-dunia-1.118824#sthash.jRgb2Q8Z.dpuf

Penyelam temui harta karun RM3.5 juta


Beberapa keping duit syiling antara harta karun yang ditemukan
Beberapa keping duit syiling antara harta karun yang ditemukan di dasar laut Sepanyol oleh penyelam , baru-baru ini. AGENSI
PARIS 30 Julai – Sebuah keluarga penyelam terkejut selepas mereka menemui harta karun bernilai lebih 600,000 pound (lebih RM3.5 juta) di dalam rangka sebuah kapal yang tenggelam kira-kira 300 tahun lalu di dasar laut Sepanyol, baru-baru ini.
Menurut laman web Mirror.co.uk, keluarga Schmitt dari Florida melaporkan mereka menemui 51 keping duit syiling emas, seutas kalung berkerawang emas dan sekeping duit syiling yang disebut Royal, dipercayai dibuat khas untuk Raja Phillip V di Sepanyol.
Kesemua harta karun tersebut dianggarkan bernilai 638,000 pound (RM3.7 juta) dengan duit syiling khas untuk keluarga diraja sahaja bernilai separuh daripada jumlah itu.
Lebih menarik, harta karun itu ditemui kira-kira 4.5 meter dari dasar laut.
Harta karun itu dipercayai milik sebuah kapal Queen Jewels LLC yang karam, pada 30 Julai 1715, ketika berlaku taufan besar dan mengorbankan kesemua anak kapalnya.
Ketika kejadian, kapal berkenaan dalam pelayaran dari Havana, Cuba menuju Sepanyol dan ia merupakan sebuah daripada 11 buah kapal yang karam ekoran cuaca buruk.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/penyelam-temui-harta-karun-rm3-5-juta-1.118845#sthash.wBSGdG3v.dpuf