Pages

Saturday, October 31, 2015

Model ancam saman selepas iklan dirinya jadi viral


GAMBAR iklan sebuah klinik pembedahan plastik yang memaparkan wajah Heidi Yeh dengan seorang model lelaki bersama tiga kanak-kanak.
TAIPEI: Seorang model Taiwan yang dipaparkan dalam iklan sebuah klinik pembedahan plastik mengancam untuk menyaman agensi pengiklanan dan klinik itu selepas iklannya menjadi viral di internet.
Heidi Yeh sebelum ini bersetuju untuk menjadi model iklan sebuah klinik pembedahan plastik yang memaparkan wajahnya dengan seorang model lelaki bersama tiga kanak-kanak.
Bagaimanapun iklan itu menjadi viral di internet selepas ada dakwaan menyatakan dia diceraikan oleh lelaki di dalam iklan itu selepas melahirkan anak yang hodoh dan didakwa membuat pembedahan plastik.
Heidi memberitahu kepada BBC, kehidupannya selepas gambar itu menjadi viral sangat drastik apabila dia kehilangan pekerjaan sebagai model dan banyak agensi memberhentikannya sebagai model mereka.
"Saya kehilangan banyak perkara dalam hidup. Setiap hari saya menangis kerana menerima banyak cemuhan selain kehilangan punca pendapatan.
"Ia ibarat mimpi ngeri sepanjang kerjaya model saya," katanya.
Heidi berkata berdasarkan kontrak yang ditandatangani dengan agensi pengiklanan yang berpangkalan di Amerika Syarikat, J Walter Thompson (JWT), menyatakan iklan itu akan digunakan di akhbar, majalah dan klinik itu saja.
Tetapi JWT kemudian menggunakannya di laman web dan Facebook sebelum dikongsi oleh beberapa pengguna Facebook seterusnya menjadi viral.
Pada tahun 2013, sebuah tabloid China membuat artikel palsu mengenai seorang suami menyaman isterinya apabila dia mendapati isterinya menjalani pembedahan plastik sebelum mereka berjumpa kerana anak-anak mereka mempunyai wajah yang berbeza.
"Apabila saya mula mendengar mengenai perkara ini dari seorang teman, saya berfikir bahawa ini hanyalah khabar angin saja.
"Kemudian saya sedar seluruh dunia sudah mengetahui kisah ini dan mereka memikirkan ia adalah kisah benar.
"Malah rakan-rakan saya ketika itu termasuk teman lelaki bertanya mengenainya," katanya. - BBC/AGENSI

Lelaki nyanyuk koyak wang kertas lebih RM32,000


Lelaki nyanyuk koyak wang kertas lebih RM32,000

30 OKTOBER 2015
Lelaki nyanyuk koyak wang kertas lebih RM32,000

SICHUAN - CHINA . Seorang warga emas yang dikatakan mengalami masalah nyanyuk dari wilayah Sinchuan bertindak mengoyak wang simpanannya bernilai 47,600 Yuan (RM32,151) pada Ahad.

Luo yang juga pesara doktor haiwan disahkan menghidap penyakit nyanyuk yang menyebabkan dia tidak sedar apa yang dilakukannya.

Memetik CCTV News, tindakan Luo hanya disedari selepas anaknya yang cuba mengeluarkan duit simpanan lelaki itu terkejut selepas keseluruhan simpanan ayahnya tiada.

Selepas meneliti catatan urusniaga menunjukkan bapanya telah mengeluarkan wang tersebut.

Keluarga itu akhirnya menemui semua wang tunai yang hilang disimpan di dalam beg pakaian besar, namun apa mengejutkan kesemua wang kertas tersebut sudah dikoyak.

Enggan menyalahkan tindakan Luo, anaknya itu meminta pertolongan pegawai bank untuk mencantumkan semula wang-wang berkenaan.

Pengurus bank, Wang Jun berkata, dia bersama 9 kakitangan yang lain membantu mencantumkan kesemua wang tersebut

"Hanya lima keping 100 Yuan berjaya disambung semula setakat ini dan akan mengambil beberapa minggu untuk menyambung semua wang-wang berkenaan," katanya

Berjalan dengan kasut 70kg untuk kekal sihat


Berjalan dengan kasut 70kg untuk kekal sihat

31 OKTOBER 2015
Berjalan dengan kasut 70kg untuk kekal sihat

SICHUAN - CHINA. Seorang lelaki berusia 55 tahun tidak perlu menghabiskan masa dan duit ke gimnasium untuk kekal sihat sebaliknya hanya  berjalan dengan memakai kasut seberat 70kg setiap hari.

Huang Baoquan yang tinggal di sebuah perkampungan kecil di pedalam Sichuan akan melakukan senaman dengan memakai kasut yang dibuatnya sejak 30 tahun lalu.

Huang berkata, dia telah melakukan rutin senaman yang sama setiap pagi selama lebih 30 tahun.

"Setiap hari saya perlu bersenam dengan kasut ini sekurang-kurangnya satu jam sehingga berasa selesa. Jika tidak seluruh badan akan berasa lemah," katanya dipetik People  Daily Online.

Huang akan berjalan lebih 200 meter dengan memakai kasut seberat 70kg sambil memengang pemberat setiap hari.

Rutin harian yang dilakukan Huang menarik perhatian ramai dan tiada siapa yang mampu untuk berjalan memakai kasut berkenaan setakat ini malah seorang lelaki patah kaki selepas cuba untuk berjalan dengan kasut tersebut.